MELAYU ISLAM BERAJA
TAHUN 8
TAKWIM HIJRAH
PENGENALAN
Takwim hijrah dicipta semasa zaman pemerintahan
Khalifah Saiyidina
Umar Al-Khattab.
Terdapat 12 bulan di dalam takwim hijrah iaitu ;
1. Muharram2. Safar3. Rabiulawal4. Rabiulakhir5. Jamadilawal6. Jamadilakhir7. Rejab8. Syaaban9. Ramadhan10.Syawal11.Zulkaedah12.Zulhijjah
PENGENALAN
Setiap bulan tersebut mempunyai maksud-maksud
tertentu serta
peristiwa-peristiwa penting yang berlaku.
Terdapat 4 bulan yang diharamkan untuk berperang
iaitu bulan
Muharram, Rejab, Zulkaedah dan Zulhijjah.
Pengharaman adalah disebabkan Allah memberi
kemuliaan di dalam
bulan-bulan tersebut serta memberi peluang kepada
umat Islam agar dapat
mengerjakan amal ibadat dengan aman dan sempurna.
Selain itu,
pembiakkan haiwan juga berlaku di dalam bulan-bulan
tersebut.
BULAN-BULAN TAKWIM HIJRAH
MUHARRAM
Maksud
- Diharamkan/dipantang untuk membunuh/menumpahkan darah.
Keterangan
- Bulan pertama dalam sistem takwim hijrah.- Pengharaman dihapuskan setelah pembukaan Mekah.- Nabi Muhammad S.A.W menamakan Bulan Muharram
sebagai Bulan Allah (Shahrullahi).- Hari Asyura jatuh pada 10 Muharram.
Peristiwa-peristiwa penting
- Laut merah terbelah dua semasa Nabi Musa dan tenteranya
menyelamatkan diri dari Firaun.- Allah ciptakan alam.- Turunnya hujan buat pertama kali.- Malaikat Jibrail diciptakan.
SAFAR
Maksud
- Kosong ( orang-orang Arab meninggalkan rumah mereka untuk
menyerang musuh ).
Keterangan
- Bulan ke-2 dalam takwim hijrah.- Kepercayaan khurafat : turunnya bala pada hari Rabu minggu terakhir.- Pesta Mandi Safar untuk menolak bala.- Umat Islam tidak melangsungkan perkahwinan pada bulan ini. - Dipercayai pengantin tidak akan mempunyai zuriat.
Peristiwa-peristiwa penting
- Peperangan Al-Abwa.- Peperangan Zi-Amin.- Peperangan Ar-Raji.
RABIULAWAL
Maksud
- Ketibaan musim bunga, pokok / buah.
Keterangan
- Bulan ke-3 dalam takwim hijrah.
Peristiwa-peristiwa penting
- Nabi Muhammad S.A.W lahir pada 12 Rabiulawal.- Nabi Muhammad S.A.W dilantik menjadi Rasul pada usia 40 tahun.- Nabi Muhammad S.A.W wafat pada 12 Rabiulawal tahun 11H.
RABIULAKHIR
Maksud
- Berakhirnya musim bunga, pokok/buah.
Keterangan
- Bulan ke-4 dalam takwim hijrah.
Peristiwa-peristiwa penting
- Imam Ghazali meninggal dunia.- Peperangan Najran.- Khalifah Saidina Abu Bakar meninggal dunia.- Perlantikan Saidina Umar Al-Khattab menjadi Khalifah.
JAMADILAWAL
Maksud
- Ketibaan musim sejuk ( kering/beku ).
Keterangan
- Bulan ke-5 dalam takwim hijrah.
Peristiwa-peristiwa penting
- Peperangan Al-Ashirah.- Peperangan Zat Ar-Riqa.- Peperangan Mu’tah.- Asma’ binti Abu Bakar As-Siddiq meninggal dunia.- Abdullah bin Az-Zubair meninggal dunia.
JAMADILAKHIR
Maksud
- Musim sejuk berakhir.- Air beku mencair.
Keterangan
- Bulan ke-6 dalam takwim hijrah.
Peristiwa-peristiwa penting
- Peperangan Yarmuk di antara tentera Islam dengan Rom.- Peperangan Zi-Qarad.
REJAB
Maksud
- Kebesaran/kemuliaan.
Keterangan
- Bulan ke-7 dalam takwim hijrah.- Dilarang untuk berperang/menumpahkan darah.
Peristiwa-peristiwa penting
- Peristiwa Israk Mikraj.- Ketetapan sembahyang fardhu 5 waktu.
- Kelahiran Imam Syafie.- Perang Tabuk.
- Pembebasan Baitul-Muqaddis.
SYAABAN
Maksud
- Penyimpangan/berpecah-pecah.
Keterangan
- Bulan ke-8 dalam takwim hijrah.- Orang-orang Arab berpecah mencari air sebelum ketibaan bulan Ramadhan.- Tanggal 15 : Nisfu Sya’aban Allah mengumpulkan buku
amalan lama dengan buku amalan baru untuk tahun akan datang.
Peristiwa-peristiwa penting
- Malam Nisfu Syaaban.- Penukaran arah kiblat.- Peperangan Bani Mustaliq.
RAMADHAN
Maksud
- Panas terik.
Keterangan
- Bulan ke-9 dalam takwim hijrah.- Kewajipan berpuasa dan membayar ke atas seluruh umat Islam.- Sembahyang Tarawih berjemaah.- Malam Lailatul Qadar pada 10 malam ganjil terakhir iaitu 21, 23, 25, 27, 29.
Peristiwa-peristiwa penting
- Pembukaan Mekah pada 10 Ramadhan.- Peperangan Badar pada 17 Ramadhan tahun 2H.
SYAWAL
Maksud
- Apabila unta betina bunting.
Keterangan
-Bulan ke-10 dalam takwim hijrah.-Sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Peristiwa-peristiwa penting
- Perang Uhud.- Perang Khandak ( Ahzab ).
ZULKAEDAH
Maksud
- Untuk duduk.
Keterangan
- Bulan ke-11 dalam takwim hijrah.- Diharamkan berperang /menumpahkan darah.
-Afdal untuk mengerjakan umrah.
Peristiwa-peristiwa penting
- Nabi Muhammad S.A.W mengerjakan umrah.- Haji Tamattu dimulakan.
- Peperangan Bani Quraizah.- Perjanjian Hudaibiyah.
ZULHIJJAH
Maksud
- Bulan haji.
Keterangan
- Bulan ke-12 dalam takwim hijrah.- Umat Islam mengerjakan Haji pada bulan ini.- Sambutan Hari Raya Aidiladha/Korban.- Hari-hari Tasyriq ( diharamkan berpuasa ) pada tanggal 11, 12 dan 13.
Peristiwa-peristiwa penting
- Peristiwa pembunuhan Sayyidina Umar Al-Khattab dan Sayyidina Othman bin
Affan.- Penyembelihan Nabi Ismail A.S.
Takwim hijrah dicipta semasa zaman pemerintahan
Khalifah Saiyidina
Umar Al-Khatab.
Terdapat 12 bulan di dalam takwim hijrah iaitu bulan
Muharram, Safar,
Rabiulawal, Rabiulakhir, Jamadilawal, Jamadilakhir,
Rejab, Syaaban,
Ramadhan, Syawal, Zulkaedah dan Zulhijjah.
Bulan-bulan yang diharamkan untuk berperang ialah
bulan Muharram,
Rejab, Zulkaedah dan Zulhijjah.
Setiap bulan mengandungi maksud beserta beberapa
keterangan dan
peristiwa-peristiwa penting yang berlaku di dalam
bulan-bulan tersebut.
KESIMPULAN
TAMAT