Download - Prosedur 12 Membantu Menyiasat Kes Malaria
PROSEDUR 12 : MEMBANTU MENYIASAT KES MALARIA
Tarikh : 30/3/2012
Lokasi/Lokaliti : Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Perak
Anggota Terlibat :
PPKP U29 En Zulfadhi bin Hazlan
Muhammad Khuzaifah bin Azli (Pelatih)
Muhammad Fadhli bin Zin (Pelatih)
Muhammad Khairul Azizi bin Ayob (Pelatih)
Muhammad Firdaus bin Mohd Safee (Pelatih)
Objektif Umum:
Untuk mengetahui dan memahami serta membasmi punca-punca jangkitan
parasit malaria di kalangan penduduk luar bandar
Bagi mempalajari kaedah kaedah penyiasatan kes malaria
Objektif Khas:
Untuk mencari atau menentukan punca jangkitan penyakit Malaria.
Untuk memutuskan hubungan Parasit Malaria daripada menjadi wabak.
Untuk mengenalpasti jenis-jenis borang yang diperlukan.
Untuk mencari dan mengesan pembawa parasit aktif.
Untuk memberi nasihat atau pendidikan kesihatan kepada penduduk-
pennduduk luar bandar terutama orang asli.
Peralatan dan Bahan :
Borang Siasatan PBV (M) 201
Alat Tulis (pen,pensil)
Peralatan mengambil slaid
Slaid kaca
Lancet
Spreader
Kapas
Clip Board
Peta Tinjau Alam
Kaedah/Tatacara :
Sediakan semua peralatan dan bahan yang mencukupi sebelum bergerak ke
lokaliti.
Menentukan lokaliti kejadian kes atau rumah pesakit berdasarkan peta tinjau
alam serta borang siasatan (follow up).
Melengkapkan Borang Siasatan PBV (M) 201
Mengambil maklumat atau latar belakang pesakit
Mengambil maklumat sejarah rawatan pesakit (12 bulan sebelum tarikh
ONSET)
Mengambil maklumat pergerakan pesakit dalam masa 3 bulan sebelum
tarikh ONSET
Mengambil maklumat pelawat yang datang dari kawasan bermalaria
dalam masa 3 bulan sebelum tarikh ONSET
Mengambil maklumat kontek pesakit di rumah
Mengambil maklumat rawatan yang telah diberikan oleh hospital
Membuat kesimpulan punca jangkitan berdasarkan segala maklumat yang
diperolehi.
Serahkan Borang Siasatan PBV (M) 201 tersebut kepada Penolong Pegawai
Kesihatan Persekitaran U32 untuk tindakan selanjutnya.