i
PROSIDING / PROCEEDINGS OF
PERSIDANGAN KEBANGSAAN EKONOMI MALAYSIA
THE MALAYSIAN NATIONAL ECONOMIC CONFERENCE
ISSN: 2231-962X 2017
Editor:
Prof. Madya Dr. Mariani Abdul Majid
Prof. Madya Dr. Shahida Shahimi
Dr. Mohd Adib Ismail
Dr. Roziana Baharin
En. Liew Chei Siang
DITERBITKAN OLEH / PUBLISHED BY
PUSAT PENGAJIAN EKONOMI
FAKULTI EKONOMI DAN PENGURUSAN
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
DICETAK OLEH / PRINTED BY
PENERBIT UKM
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
ii
Cetakan Pertama / First Printing 2017
Hak Cipta/ Copyright---Fakulti Ekonomi dan Pengurusan
Universiti Kebangsaan Malaysia
Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk
pengeluaran atau ditukarkan ke dalam sebarang bentuk atau dengan sebarang alat juga pun, sama ada
dengan cara elektronik, gambar serta rakaman dan sebagainya tanpa kebenaran bertulis daripada
Fakulti Ekonomi dan Pengurusan UKM terlebih dahulu.
All rights reserved. No part of this publication may be reproduced or transmitted in any form or by any
means, electronic or mechanical, including photocopy, recording, or any information storage and
retrieval system, without permission in writing from the Faculty of Economics and Management UKM.
Diterbitkan di Malaysia oleh / Published in Malaysia by
PUSAT PENGAJIAN EKONOMI
FAKULTI EKONOMI DAN PENGURUSAN UKM
43600 UKM BANGI, Selangor D.E, Malaysia
http://www.ukm.my/fep
e-mel: [email protected]
Dicetak di Malaysia oleh / Printed in Malaysia by
PENERBIT UKM
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
43600 UKM Bangi, Selangor D.E., Malaysia
Perpustakaan Negara Malaysia Data-Pengkatalogan-dalam-Penerbitan
Cataloguing-in-Publications Data
Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke – 12, 2017.
Kelestarian Pembangunan Ekonomi: Ke arah Transformasi Dasar yang Holistik, Inklusif dan
Futuristik
iii
LATAR BELAKANG PERKEM / ABOUT PERKEM
Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia (PERKEM) merupakan siri seminar
tahunan anjuran Pusat Pengajian Ekonomi, Fakulti Ekonomi dan Pengurusan,
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Persidangan ini menyediakan platform
kepada para penyelidik, pembuat dasar dan mereka yang berminat untuk mengikuti
dan mengetahui perkembangan ekonomi Malaysia secara lebih dekat melalui
pembentangan hasil-hasil penyelidikan yang memberi tumpuan terhadap pelbagai
persoalan berkaitan pertumbuhan, pembangunan ekonomi dan persekitaran
perniagaan. Melalui persidangan ini, selain menambah khazanah ilmu dalam bidang
ekonomi dan perniagaan, dapatan kajian yang dibentangkan dapat dijadikan panduan
dan rujukan kepada mereka yang terlibat dalam menyediakan rancangan-rancangan
pembangunan pada masa hadapan, khususnya yang melibatkan ekonomi Malaysia.
The Malaysian National Economic Conference (PERKEM) is an annual seminar
series organized by School of Economics, Faculty of Economics and Management,
The National University of Malaysia (UKM). This conference provides a platform for
researchers, policy makers and those who are interested to know and keep trail
regarding Malaysia's economic development through the presentation of research
findings that focus on various issues pertaining to economic development, growth and
business environment. Through this conference, apart from adding to the body of
knowledge in economics and business discipline, findings from presented papers are
useful as reference point for those involved in preparing future development plans,
especially with regards to the Malaysian economic.
Prosiding PERKEM dan Jurnal Ekonomi Malaysia
Kertas kerja persidangan akan diterbitkan di dalam prosiding PERKEM.
Kertas kerja juga boleh dipertimbangkan untuk diterbitkan dalam Jurnal Ekonomi
Malaysia. Jurnal Ekonomi Malaysia diterbitkan oleh Penerbit UKM dan diindeks oleh
Scopus.
Conference papers will be published in PERKEM proceedings.
Papers may also be considered for publication in Jurnal Ekonomi Malaysia (the
Malaysian Journal of Economics). Jurnal Ekonomi Malaysia is published by Penerbit
UKM and indexed by Scopus.
iv
Senarai Penilai / List of Reviewers PERKEM Ke – 12 2017
Dr. Azrina Abdullah Al-Hadi Junaidah Hasan
Dr. Ali Mohd Noor Dr. Hazrul Izuan Shahiri
Dr. Hairunnizam Wahid Dr. Norshamliza Chamhuri
Liew Chei Siang Prof. Madya Dr. Rubayah Yakob
Mustazar Mansur Prof. Madya Dr. Mariani Abdul
Majid
Norain Mod Asri Dr. Mohd Adib Ismail
Norlaila Abu Bakar Prof. Madya Dr. Shahida Shahimi
Aminudin Mokhtar Dr. Suhaili Alma’mun
v
Prosiding / Proceedings of
PERSIDANGAN KEBANGSAAN EKONOMI MALAYSIA
PERKEM KE – 12 2017
THE MALAYSIAN NATIONAL ECONOMIC CONFERENCE
12th PERKEM 2017
12 – 13 September 2017
Hotel Bangi-Putrajaya, SELANGOR, MALAYSIA
ISSN: 2231-962X 2017
PERSIDANGAN / CONFERENCE
Tema utama persidangan pada tahun 2017 ialah “Kelestarian Pembangunan
Ekonomi: Ke arah Transformasi Dasar yang Holistik, Inklusif dan Futuristik”.
Perkara yang akan menjadi fokus perbincangan persidangan merangkumi tiga aspek
penting yang menjadi tunjang persidangan kali ini iaitu:
pertumbuhan ekonomi yang holistik,
pertumbuhan inklusif, dan
kelestarian pembangunan.
Bertunjangkan tiga aspek penting tersebut, PERKEM 12 meneruskan kelangsungan
dengan menyediakan platform pertemuan kepada semua pihak termasuk para
penyelidik, pentadbir, pelaksana dasar, pihak swasta dan semua pihak yang berminat
untuk sama-sama berbincang dan berkongsi ilmu dalam memperkukuhkan lagi dasar
dan program pembangunan negara.
The main conference theme in year 2017 is “Sustainable Economic Development:
Towards Holistic, Inclusive and Futuristic Policy Transformation”.
The subject matter that will be the focus of the conference discussions will cover three
important aspects that will be the cornerstone of the conference this time, namely:
holistic economic growth,
inclusive growth, and
development sustainability.
Given these three important aspects, PERKEM 12 continues to provide a platform for
all parties including researchers, administrators, policymakers, the private sector and
all interested parties to collaborate and share knowledge in strengthening national
development policies and programs.
vi
SUB-TEMA / SUB-THEMES
Program Transformasi Negara o Transformasi Nasional 50
o Program transformasi kerajaan
o Program transformasi ekonomi
o Program reformasi fiskal
o Dasar Pencukaian dan Program Pembangunan Sosial
National Tranformation Program o Transformasi Nasional 50
o Government Transformation Program
o Economic Transformation Program
o Fiscal Reformation Program
o Taxation Policy and Social Development Program
Ekonomi Holistik o Kos Sara Hidup dan Kualiti Hidup
o Pendidikan dan Pembangunan Modal Insan
o Agihan Pendapatan
o Kesihatan dan Jaminan Sosial
o Kesejahteraan Warga Emas, Kanak-kanak dan Wanita
o Isu Gelandangan dan Orang Kelainan Upaya
o Kelestarian Kualiti Alam Sekitar
o Pembangunan Wilayah, Luar Bandar dan Komuniti
o Pengurusan Zakat oleh Institusi zakat
o Pengurusan Harta Waqaf
o Crowdfunding
o Objektif Pembangunan Mampan/ Sustainable Development Goal
Holictic Economics o Cost of Living and Quality of Life
o Education and Human Capital Development
o Income Distribution
o Health and Social Security
o Well-being of Senior Citizen, Children and Women
o Homeless and Disabilities
o Sustainability of Enviromental Quality
o Rural, Regional and Community Development
o Zakat Management in Zakat Institutions
o Waqf Management
o Crowdfunding
o Sustainable Development Goals
Pertumbuhan Inklusif o pertumbuhan holistik dan mapan
o agihan dan ketakseimbangan
o pembangunan modal insan dan Pengurusan Sumber Manusia Berkualiti
o produktiviti, inovasi, teknologi dan transformasi ekonomi
vii
o kestabilan makroekonomi dan pendapatan
o dasar fiskal dan monetari
o perdagangan antarabangsa, kewangan antarabangsa dan pelaburan
o muamalat dan kewangan Islam
o ekonomi monetari, kewangan dan perbankan
o Kewangan dan Perbankan Islam
o pengukuhan peranan institusi- struktur pasaran, daya saing
Inclusive Growth o Sustainable and Holistic Growth
o Distribution and Inequilibrium
o Human Capital Development and Quality Human Resource Management
o Productivity, Innovation, Technology and Economic Transformation
o Income and Macroeconomic Stability
o Monetary and Fiscal Policies
o International Trade, International Finance and Investment
o Islamic Finance and Muamalat
o Banking, Monetary and Financial Economics
o Islamic Banking and Finance
o Strengthening Institutional Role: Market Structure and Competitiveness
Kelestarian pembangunan o teknologi hijau
o kelestarian kualiti alam sekitar
o resilient city dan Greater Kuala Lumpur
o ekonomi alam sekitar
o sektor komoditi utama
o sektor perindustrian
o sektor perkhidmatan- rekreasi, hospitaliti, pengangkutan, komunikasi
o sektor minyak, gas, tenaga dan sumber
Sustainable Development o Green Technology
o Sustainability of Environmental Quality
o Resilient City and Greater Kuala Lumpur
o Environmental Economics
o Main Commodity Sector
o Industrial Sector
o Services Sector - Recreation, Hospitality, Transportation, Communication
o Oil and Gas, Energy and Resource Sectors
Isu-Isu Terkini dan masa hadapan dalam Ekonomi o isu makroekonomi
o isu golongan mudah terancam
o dasar belanjawan
o dasar monetari
o kejutan luaran- harga minyak, krisis kewangan antarabangsa, krisis harga
makanan
viii
o dasar pembangunan ekonomi- model ekonomi baru, negara ekonomi
berpendapatan tinggi
o dasar perdagangan antarabangsa dan pelaburan
o pembangunan keusahawanan Bumiputra dan kredit mikro
o sektor swasta dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC)
Current and Future Issues in Economics o Macroeconomic Issues
o Vulnerable Groups
o Budgetary Policy
o Monetary Policy
o External Shocks: Oil Price, International Financial Crisis, Food Price Crisis
o Economic Development Policy: New Economic Model, High Income Economy
o Investment and International Trade Policies
o Micro Credit and Bumiputra Entrepreneural Development
o Private Sectors and Government-Linked Companies
ix
KANDUNGAN
Kandungan
ix
Prakata
xviii
TEMA 1 : EKONOMI ISLAM: ZAKAT & WAKAF
1
Kodifikasi Akta Zakat Nasional: Persepsi dan Implikasi
Mohd Suffian Mohamed Esa, Mohd Ali Mohd Noor, Hairunnizam
Wahid
1 - 13
2 Penentuan Had Kifayah Zakat: Satu Cadangan Dimensi Penentuan yang
Baru
Siti Norhidayah Hamzah, Hairunnizam Wahid
14 - 28
3 Hubungan Antara Uruf, Amalan Adat Perpatih Terhadap Pembayaran
Zakat Harta: Kajian di Negeri Sembilan
Mohamad Nurul Azwan Mohamad Taib, Hairunnizam Wahid, Mohd Ali
Mohd Noor
29 - 38
4 Pendanaan Awam (Crowdfunding) dan Zakat: Satu Tinjauan Awal ke
Atas Pendekatan yang Digunakan
Suhaili Alma’amun
39 - 43
5 Kontrak Wakalah dalam Agihan Zakat: Kajian di Majlis Agama Islam
Wilayah Persekutuan
Atiah Ahmad, Hairunnizam Wahid
44 - 54
6 Kesedaran Membayar Zakat Pendapatan di Kalangan Kakitangan Kolej
Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah
Nur Liana ‘Aqilah Derus, Mohd Ali Mohd Noor
55 -63
7 Pembayaran Zakat Pendapatan Melebihi Kadar Kewajipan Zakat:
Kajian dalam Kalangan Kakitangan Kerajaan di Wilayah Persekutuan,
Putrajaya
‘Abdullah Khairi Mohd Asri, Hairunnizam Wahid
64 - 73
8 Pembayaran Zakat Pendapatan dan Tekanan Kos Sara Hidup: Kajian
dalam Kalangan Pensyarah di Kolej Poly-Tech Mara (KPTM)
Sharifah Nor Nadiah Syed Aluwi, Hairunnizam Wahid, Mohd Ali Mohd
Nor
74 - 83
9 Persepsi Asnaf Zakat Al-Gharimin (Perubatan) terhadap Kaedah Agihan
Zakat oleh Lembaga Zakat Selangor: Kajian di Gombak, Selangor
Nur Aliah Mohd Sukeri, Zulaikha Mohd Hanafiah, Hairunnizam Wahid
84 - 94
x
10 Dana Zakat untuk Pembiayaan Pendidikan: Tinjauan Kecenderungan
Pemilihan Aliran Pendidikan dalam Kalangan Asnaf Mualaf di Malaysia
Muhammad Haffiz Muhamad Isa, Hairunnizam Wahid
95 - 107
11 Persepsi Masyarakat Islam Terhadap Agihan Zakat oleh Tabung
Baitulmal Sarawak (TBS) dan Peranan Medium Promosi: Kajian di
Bintulu, Sarawak
Abdul Hayy Haziq Mohamad, Hairunnizam Wahid
108 - 118
12 Keberkesanan Bantuan Modal Zakat daripada Perspektif Penerima:
Kajian di Daerah Kuala Terengganu dan Kuala Nerus, Terengganu
Solehuddin Zulkifli, Nurmaizura Marzuki, Hairunnizam Wahid
119 - 130
13 Keberkesanan Bantuan Modal Perniagaan Terhadap Usahawan Asnaf
dalam Konteks Maqasid Al-Syari’ah: Kajian di Daerah Kuala
Terengganu dan Kuala Nerus, Terengganu
Nurmaizura Marzuki, Solehuddin Zulkifli, Hairunnizam Wahid
131 - 141
14 Analisis Kecekapan Kutipan dan Agihan oleh Institusi Zakat: Satu
Kajian Semula terhadap Majlis Agama Islam Negeri
Ummi Amirah Alias, Hairunnizam Wahid, Azrina Abdullah Al-Hadi
142 - 152
15 Kecekapan Pengurusan Agihan Zakat oleh Lembaga Amil Zakat
Swadaya Ummah (LAZSU): Satu Kajian di Pekanbaru Riau, Indonesia
Sri Hartati, Hairunnizam Wahid, Mohd Ali Mohd Noor
153 - 163
16 Prestasi Kutipan Serta Pematuhan Standard Prosedur Kutipan Zakat:
Kajian di Malaysia
Mohd Fisul Ismail, Hairunnizam Wahid, Mohd Ali Mohd Nor
164 - 175
17 Keberkesanan Pelaksanaan Ceramah Zakat Terhadap Kefahaman Serta
Amalan Membayar Zakat Perniagaan: Kajian di Sepang, Selangor
Siti Umairah Kamaruddin, Hairunnizam Wahid, Mohd Ali Mohd Noor,
Abdul Halim Abu Bakar
176 - 189
18 Factors Affecting Disclosure Practices of Annual Report Zakat
Institutions in Malaysia
Raedah Sapingi, Sherliza Puat Nelson, Siti Normala Sheikh Obid
190 - 199
19 Brotherhood Concept, Islamic Accountability Concept and Agency
Theory in Relation to Disclosure of Annual Report Zakat Institutions: A
Proposed Framework
Raedah Sapingi, Sherliza Puat Nelson, Siti Normala Sheikh Obid
200 - 210
20 Pembangunan Harta Aqar Zakat: Kajian Terhadap Model Pembangunan
Harta Aqar Majlis Agama Islam Negeri Johor
Mohd Azlan Bunasir, Hairunnizam Wahid
211 - 220
xi
TEMA 2 : PERBANKAN & KEWANGAN ISLAM
1
Faktor yang Mempengaruhi Penerimaan Perkhidmatan Perbankan Islam
di Selatan Thailand
Noorasikin Mohd Sidek, Shahida Shahimi, Latifa Bibi Musafar Hameed
251 - 264
2 Hubungan di Antara Kecenderungan Pengguna Perkhidmatan
Perbankan Islam, Niat Penarikan dan Penarikan Deposit
Siti Nor Asmath Wan Hassan, Aisyah Abdul Rahman, Azman Ismail
265 - 274
3 Risiko Tidak Patuh Syariah: Kajian di Hong Leong Islamic Bank
Berhad
Nur Maizatul Dina Mukhtar, S.Shahida, Aisyah Abdul Rahman
275 - 287
4 Insolvency Risk and Bankruptcy of Malaysian Islamic Banks: Full-
Fledged vs Islamic Subsidiaries
Nik Nurul Hidayah Nik Zainuddin, S.Shahida
288 - 298
5 Rebat Pembiayaan dalam Keseimbangan Kadar Fleksibeliti Keuntungan
Jualan Bertangguh
Muhamad Zuhaili Saiman, Ahmad Dahlan Salleh
299 - 307
6 Kajian Mengenai Tahap Persepsi Masyarakat Terhadap Pelan Takaful
Fatin Nabilah Musanif, Hendon Redzuan
308 - 319
7 Takaful Berkaitan Pelaburan: Penerimaan Masyarakat di Kuala
Terengganu
Nur Dhia Marsya Muhammad Najib
320 - 331
8 Kesahan Konstruk dan Kebolehpercayaan dalaman Pengukuran Tahap
Pengetahuan Takaful Mikro
Maisarah Mohd Shahrain, Rubayah Yakob, Hendon Redzuan
332 - 342
9 Faktor Penentu kepada Pulangan Pelaburan Unit Amanah Islam - Satu
Kajian Kes Terhadap Pelabur Dana Dali 1.
Zool Fazlee Nordin, Mohd Ali Mohd Noor, Hairunnizam Wahid
343 - 353
21 Zakat Contribution to National Income in Malaysia (1984-2015)
Nur Hidayah Anuar, Mohd. Ali Mohd Noor
221 - 229
22 Kawalan Dalaman Tadbir Urus Wakaf di Malaysia
Rabiatul Hasanah Mahmood, S.Shahida, Latifa Bibi Musafar Hameed
230 - 238
23 Waqf World Growth Foundation (WWGF): Tinjauan Awal Penubuhan
Hafizah Shamshuddin, Suhaili Alma`Amun
239 - 250
xii
10 Pelaburan Patuh Syariah di KWSP: Tular dan Persoalan yang Timbul
Mohd Syafiq Mat Nor, Suhaili Al Ma’amun
354 - 359
11 Factors Affecting Crowdfunding for Research in Islamic Finance and
Banking
Shofiyyah Moidin, Aisyah Abdul Rahman, Shifa Mohd Nor
360 - 368
12 Integrating Donation-Based Blockchain as Potential Source of Funds in
Islamic Microfinance
Nurusysyifa Datuk Haji Mohamad Nordin, Salina Hj. Kassim
369 - 376
13 Root Issues in Islamic Banking: Content Analysis of Reported Cases of
High Court in Malaysia
Nor Qathrunnada Kamarul Baharin, Mariani Abdul-Majid, Khairul
Akmaliah Adham
377 - 400
14 Inclusion of Islamic Socio Financial Institutions for the Unbankable
Hard Core Poor {A Model Worth Attention}
Magda Ismail A. Mohsin, Shaikh Hamzah Abdul Razak, Syed Othman
Alhabshi, Seyed Kazem Sadr
401 - 410
TEMA 3 : EKONOMI FISKAL, MONETARI & ANTARABANGSA
1
Sistem Matawang Bersandarkan Emas: Tinjauan Menurut Perspektif Al
Quran
Sa’diah Abdul Karim, Mohd Ali Mohd Noor
411 - 421
2 Reexamine of Twin Deficit Hypothesis: Malaysia Case Study
Ahmed M. Saidam, Tamat Sarmidi
422 - 433
3 The Relationship Between Financial Development and Monetary Policy
Effectiveness in Malaysia
Danie Eirieswanty Kamal Basa, Zulkefly Abdul Karim, Mohd Azlan
Shah Zaidi
434 - 441
4 Monetary Policy, Bank Ownership, and the Lending Channel: Evidence
from Banks in ASEAN Countries
Fazelina Sahul Hamid, Muhamed Zulkhibri
442 - 455
5 The Fragmentation in International Production, Financial Market
Openness and Output Correlation: Panel Evidence of Oecd and Briic
Economies
Norrana Khidil, Mohd Azlan Shah Zaidi, Zulkefly Abdul Karim
456 - 466
xiii
6 The Southeast Asia Analysis on Trade Openness Towards Economic
Growth
Nur Lalua Rashidah Mohd Rahsiad, Yong Yoke Chuan, Nurul Shakira
Zainal Abidin
467 - 472
7 Oil Price Shock and U.S. Dollar: Evidence from ASEAN and BRICS
Hadrry Rony
473 - 482
8 The Impacts of Malaysian Free Trade Agreements on Margins of Trade
Rashidi Said, Normaz Wana Ismail
483 - 492
9 A Nexus Between Intra-ASEAN FDI, Intra-ASEAN Exports and
Economic Growth of ASEAN-10: Evidence Using Panel Causality
Analysis
Wong Koi Nyen, Tan Bee Wah, Goh Soo Khoon
493 - 503
10 Digital Trade Related in Selected Asian Countries
Normaz Wana Ismail
504 - 510
11 Economic Effects of Export Tax on Malaysia’s Cessable Rubber
Medical Devices Export: A Gravity Model Approach
Lee Siu Ming, Radziah Adam, Ku’ Azam Tuan Lonik
12 Does Exchange Rate Important Determinant Affecting Export Demand?
Sarah Nursyazmin Mohamad Kamal, Normaz Wana Ismail, Norazwa
Mohamed Hariri
511 - 520
13 Do Sustainability Certifications Matter for Exporting Palm Oil
Companies?
S. Shahida, Hafizuddin-Syah B.A.M, Siti Hanisah Fuad
521 - 530
14 The Determinants of Foreign Direct Investment (FDI) Across Provinces
in ChinaA Panel ARDL Study
Ruan Meng Juan, Zulkefly Abdul Karim
531 - 545
15 Modelling The Volatility of International Tourism Demand and
Macroeconomic Variables
Kasmaroni Hj Makawi, Norlida Hanim Mohd Salleh, Sharmila
Thinagar
546 - 558
16 The Influence of Inbound Tourism for Education on Economic Growth
in Malaysia: A Macroeconomics Viewpoint
Chor Foon Tang, Yong Kang Cheah, Soo Yean Chua
559 - 567
17 Does Country with Multi-Ethnic, Multi-Linguistic and Multi-Religious
Society Induce Tourist Arrivals? Worldwide Evidence
Muzafar Shah Habibullah, Badariah Haji Din, Siow-Hooi, Tan
568 - 576
xiv
TEMA 4 : EKONOMI PEMBANGUNAN
1
Dilema Pengeluaran Makanan dengan Pemeliharaan Sumber Alam
dalam Pembangunan Lestari Islam
Nurul Suhada Ismail
577 - 582
2 Kesan Perbezaan Kadar Inflasi Terhadap Perbelanjaan Kumpulan
Utama Masyarakat di Malaysia
Mohd Khalid Ribuan, Mohd Ali Mohd Noor, Hairunnizam Wahid
583 - 595
3 The Sources of Cost of Living Pressure and an Expensive City to Live
in Malaysia Capital Cities: A Descriptive Analysis of Basic Needs
Budget for Middle Income Earners
Rusli Latimaha, Zakaria Bahari, Nor Asmat Ismail
596 - 606
4 Kos Sara Hidup: Pendapatan Rendah atau Taraf Hidup Meningkat
Mohd Aqmin Abdul Wahab, Hazrul Izuan Shahiri, Mustazar Mansur
607 - 621
5 Perceptions of Public University Students towards the Rising Cost of
Living in Malaysia
Zurina Kefeli
622 - 632
6 The Basic Needs Budget of Middle Income Earners in the Capital Cities
with a High Cost of Living in Malaysia using OLS Regression Analysis
Rusli Latimaha, Zakaria Bahari, Nor Asmat Ismail
633 - 641
7 Pengaruh Modal Sosial ke Atas Peningkatan Pendapatan Kumpulan Isi
Rumah B40 di Malaysia
Syahrin Suhaimee, Mohd Azlan Shah Zaidi, Mohd Adib Ismail
642 - 651
8 The Determinants of Housing Prices: An Empirical Study Based on
Provincial Panel Data in China
Yang Fan, Zulkefly Abdul Karim
652 - 665
9 Hubungan Antara Perubahan Harga Petrol dengan Jualan Kenderaan
Persendirian di Malaysia
Nizam Ahmat, Nor Ermawati Hussain
666 - 672
10 Kesan Cukai Korporat dan Zakat Perniagaan Terhadap Prestasi
Kewangan Industri Kecil dan Sederhana (IKS)
Sri Nooridayu Salleh, Rubayah Yakob, Aisyah Abdul Rahman
673 - 685
11 Explaining Poverty Persistence in Sabah: The Role of Economic
Growth and Public Policy
M. Niaz Asadullah, Jeron Joseph
686 - 696
xv
12 Penganggaran Kecekapan Teknikal dan Faktor Penentu Kecekapan pada
Perusahaan Kecil Sederhana Sektor Perdagangan dalam Penggunaan
Kredit Usaha Rakyat untuk Pengurangan Kemiskinan di Jawa Timur
Atik Purmiyati
697 - 709
13 Measuring Genuine Progress of Malaysia’s Economic Growth, 1986-
2015
Muhamad Azhan Mohd Nor, Jamal Othman
710 - 723
14 Analisis Impak Output Pengganda dan Rantaian Sektor Dalam NKEA
Malaysia
Florand Anak Jacob, Noorasiah Sulaiman
724 - 735
15 Privatization, An Alternative to Economic Growth in The Difficulties of
The State Budget; Indonesian Case
Syanti Dewi
736 - 743
16 The Impact of IQ on Globalization-Income Inequality Relationship
A.R Mazlina, Saifuzzaman Ibrahim, W.N.W Azman-Saini
744 - 751
17 Impak Modal Manusia dan Inovasi Terhadap Produktiviti Faktor
Keseluruhan (TFP) Industri Pembuatan Minyak Sawit di Malaysia
Naiimah Mohd Sofi , Noorasiah Sulaiman, Rahmah Ismail
18 Relative Social Standing – An Adaptation of Social Comparison Theory
in Explaining Economic Behaviour of Saving and Wealth Accumulation
Poh Boon Lian, Nor Ghani Md. Nor, Jamal Othman
752 - 765
19 Kemeruapan Kadar Pertukaran dan Pertumbuhan Ekonomi di Malaysia:
Analisis NARDL
Nur Idayu Ibrahim, Tamat Sarmidi, Roziana Baharin
766 - 775
20 The effect of islamic and conventional banking efficiency on economic
growth
Mohd Shawal Sidek, Mariani Abdul Majid, Azrina Abdullah Al-Hadi
776 - 787
TEMA 5 : EKONOMI BURUH & SUMBER MANUSIA
1
Education Level and Economic Growth: Study on High-Income Nations
in East Asia
Lai Wei Sieng, Ishak Yusoff
788 - 798
2 Economic Returns to Schooling in Malaysia: A Gender Analysis
Norlin Khalid, Rahmah Ismail, Wye Chung Khain, Hakimah Nur Ahmad
Hamidi, Nur Fakhzan Marwan
799 - 806
xvi
3 Unjuran Keperluan Tenaga Manusia dalam Sektor Perkhidmatan
Terpilih: Analisis Input-Output
Bawani Lelchumanan, Rahmah Ismail, Noorasiah Sulaiman
807 - 822
4 Potensi Tenaga Kerja dalam Sektor Hijau Malaysia: Analisis Input-
Output
Saidatul Akma Zakaria, Noorasiah Sulaiman
823 - 836
5 Keperluan Tenaga Kerja dan Rantaian Guna Tenaga dalam Sektor
Pertanian di Malaysia
Nur Syairah Ismail, Noorasiah Sulaiman, Rahmah Ismail
837 - 845
6 Penentu Kemampuan Pekerja dalam Sektor Pembuatan di Malaysia
Farisha Nadiah Mohd Shah, Rahmah Ismail, Wye Chung Khain
846 - 861
7 Penentu Kemampuan Pekerja dalam Sektor Perkhidmatan di Malaysia
Rabiatul Adawiyah Ismail, Wye Chung Khain, Rahmah Ismail
862 - 876
8 Ketaksamaan Pencapaian dalam Firma Bola Sepak: Analisis
Keseimbangan Bersaing Liga Super Malaysia dengan Kehadiran Buruh
Berkemahiran Tinggi
Zanareyah Salim, Hazrul Izuan Shahiri, Mustazar Mansur
877 - 890
9 Kaedah Penghargaan Sebagai Kaedah Pengurusan Motivasi Pekerja:
Analisis dari Perspektif Islam
Noor Hidayah Samsudin
891 - 896
10 Input-Output Analysis of Manpower Skills Requirement and Job
Generating Industries in Malaysia Services Sector
Mohd Shaiful Hizam Bin Johan, Noorasiah Sulaiman
897 - 905
TEMA 6 : EKONOMI PENGURUSAN & KEUSAHAWANAN
1
Entrepreneurial Marketing and Characteristics of Animation
Technopreneurs: The Mediating Role of Self-Efficacy
Hanis Syazwani Kamarudin, Mohar Yusof
906 - 915
2 Faktor Penglibatan Usahawan dalam Perusahaan Runcit di Sepang
Muhammad Fazli Razali, Suhaili Alma’amun
916 - 924
3 Small Medium Enterprises (SMEs)’ Harmony Culture in Indonesia
Syanti Dewi, Ishak Ramli
925 - 931
4 A Study on Role of Leadership and Green Technology towards
Malaysian Economy Growth
Selvi Narayanan, Soorianarayanan
932 - 937
xvii
5 Elemen-Elemen Persekitaran IPTA yang Menyumbang Kepada
Pemikiran Keusahawanan Pelajar
Armanurah Mohamad, Norashidah Hashim, Awanis Ku Ishak
938 - 945
6 Amalan Pengurusan Kewangan dalam Kalangan Usahawan PKS
Bumiputera
Anwar Nabi Alam, Halimah Harun
946 - 954
7 Peranan Aktiviti Integrasi Pertanian dalam Meningkatkan Produktiviti
Pekebun Kecil Kelapa Sawit
Nurul Atiqah Shahril, Mohd Adib Ismail, Muhammad Hakimi Mohd
Shafiai
955 - 965
8 Kejayaan Perniagaan dan Pencapaian Maqasid Al-Syariah dalam
Kalangan Usahawan Penerima Pembiayaan atau Geran Usahawan
MARA (GUM): Kajian di Negeri Sembilan
Shahzihan Mohamad @ Mohd Noor, Hairunnizam Wahid
966 - 978
9 Hubungan Antara Latarbelakang Pentadbir Masjid, Pengurusan
Kewangan dan Keaktifan Aktiviti Masjid : Kajian di Hulu Terengganu,
Terengganu
Huzaifah Sulong, Hairunnizam Wahid, Mohd Ali Mohd Noor
979 - 990
10 Perusahaan Sosial dalam Pendidikan: Kajian Terhadap Kompleks
Pendidikan Islam Bangi, Selangor
Zirwatul 'Isyqi Mohd Nazri, Hairunnizam Wahid
991 -
1001
11 Faktor Penentu Kejayaan Perniagaan dalam Kalangan Usahawan Orang
Asli: Kajian Perbandingan Antara Negeri Selangor dan Negeri Sembilan
Mohd Naim Abd Karim, Mohd Fadzli Che Rus, Hairunnizam Wahid
1002 -
1013
12 Keberkesanan Bantuan Geran Bimbingan Usahawan Orang Asli: Kajian
di Negeri Sembilan & Selangor
Mohd Fadzli Che Rus, Mohd Naim Abd Karim, Hairunnizam Wahid
1014 -
1027
13 Challenges to Sustainable Safeguarding Halal Food Raw Materials
Integrity
Mohd Helmi Ali, Norhidayah Suleiman
1028 -
1034
TEMA 7 : EKONOMI KEWANGAN & PERBANKAN
1
The Effect of Oil Price and US Factors Volatility on Metal Market
Volatility
Chan Weng, Zulkefly Abdul Karim, Norlin Khalid
1035 -
1047
xviii
2 Performance of Malaysian General Insurance Industry; From the Firm’s
Perspective
Nisaparma Anestya, Mustazar Mansur, Hazrul Izuan Shahiri
1048 -
1057
3 Prestasi Unit Amanah di Malaysia
Yasmin Azuddin, Hawati Janor, Hairunnizam Wahid
1058 -
1069
4 Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA): Peluang dan Cabaran Ke
Atas Syarikat Unit Amanah Dd Malaysia
Sahudin Ma’anam @ Saat, Aisyah Abdul Rahman, Rosmah Mat Isa
1070 -
1081
5 Gelombang Penggabungan dan Pengambilalihan di Dunia dan Malaysia
Ria Amaliena Azamuddin, Mohd Hasimi Yaacob
1082 -
1087
6 The Impact of Bank Competition on Liquidity Risk: Comparison
between Conventional and Islamic Banking in Malaysia
Nur Aqilah Abdul Rahman, Aisyah Abdul Rahman, Nafisah Muhammed
1088 -
1098
7 Penentuan Kadar Faedah di Malaysia Menggunakan Pendekatan
Persamaan Peraturan Taylor
Abdul Karim Mhd Sarif, Norlin Khalid
1099 -
1109
8 Pengaruh Norma Subjektif dan Manfaat Tanggapan Kepada Niat
Melanggan Mikro Kredit: Sikap Sebagai Perantaraan (Mediator)
Muhammad Hakimi Mohd. Shafiai, Salmy Edawati Yaacob, Syahrul
Anuar Ali
1110 -
1123
9 Pembiayaan Kos Rawatan Pesakit Kanser Melalui Dana Sadaqah
Crowdfunding: Kajian Kes di Terengganu
Siti Nur Fatin Atirah Rosli, Hairunnizam Wahid, Mohd Ali Mohd Nor
1124 -
1138
10 Portfolio Returns’ Characteristics in Indonesia During The Global Crisis
Ishak Ramli
1139 -
1148
11 The Functional Expense Reporting Practice Among Non-Profit
Organisations
Noor Raudhiah Abu Bakar, Teh Suhaila Tajuddin, Norlia Abdul Karim,
Ridzwana Mohd Said
1149 -
1158
TEMA 8 : ISU-ISU LAIN DALAM EKONOMI
1
Kesedaran Masyarakat Islam Terhadap Penggunaan e-Fidyah dalam
Urusan Pembayaran Fidyah di MAINJ: Kajian di Muar, Johor
Muhammad Shukri Ab Ghani, Hairunnizam Wahid, Mohd Ali Mohd
Noor
1159 -
1171
xix
2 Pindaan Akta GSA (2002) dan Cadangan Model Pembahagian Harta
Pusaka Tanah Rancangan Felda
Noorizan Mohamed Hasnan, Hairunnizam Wahid, Mohd Zamro Muda,
Mohd Yassin Mohd Yusuf
1172 -
1180
3 Perbelanjaan Kesihatan dan Penuaan Populasi: Analisis Empirik
menggunakan Pendekatan Autoregresi Susulan Teragih
Suhaila Saad, Roziana Baharin
1181 -
1188
4 Multi-Factor Crime Activities in Malaysia: Further Evidence from
Bounds Testing of Level Relationships and Granger Non-Causality
Dullah Mulok, Mori Kogid, Rozilee Asid, Jaratin Lily
1189 -
1198
5 Gelagat Tabungan dan Tahap Pengetahuan Pembeli Rumah Terhadap
Proses Kelayakan Pembiayaan Perumahan: Kajian di Lembah Klang
Eh Run Eh Noi, Hairunnizam Wahid
1199 -
1209
6 The Economic Valuation of Environmental Resources in Malaysia: A
Case Study of Taman Tasik Cempaka in Bandar Baru Bangi
Mohd Syauqi Nazmi, Muhammad Taufiqurrahman Ramli, Nik Nor
Rahimah Nik Ab Rahim
1210 -
1217
7 Prospects, Demand-Supply Mismatch of Green or Sustainable Investing
in Malaysia
Raymond Ling Leh Bin, Aye Aye Khin
1218 -
1226
8 Kajian Impak Pembangunan Semula Tebingan Sungai di Malaysia
Azlina Md. Yassin, Haryati Shafii
1227 -
1234
9 Pembangunan Penunjuk dan Indeks Kualiti Hidup Masyarakat Luar
Bandar untuk Kesejahteraan Hidup dan Kelestarian Alam Sekitar
Haryati Shafii, Azlina Md Yasin, Nursyikin Miskam
1235 -
1245
xx
KATA PENGANTAR / PREFACE
Dengan Nama Allah S.W.T. yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Segala Puja
dan puji hanya Bagi-Nya Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam buat junjungan
Nabi Muhammad S.A.W., Rasul akhir zaman.
Alhamdulillah, rasa syukur dirafakkan kepada Allah S.W.T. kerana dengan
keizinan-Nya jua Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia dapat
disempurnakan penerbitannya bersempena PERKEM Ke – 12 2017 yang berlangsung
di Universiti Kebangsaan Malaysia dan Hotel Bangi-Putrajaya, Selangor.
Tujuan penerbitan prosiding ini adalah sebagai bahan bacaan dan rujukan
kepada peserta PERKEM Ke – 12 2017 dan juga kepada yang tidak berkesempatan
untuk menghadiri persidangan kali ini. Persidangan ini merupakan acara tahunan
Pusat Pengajian Ekonomi, Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, UKM. Ia memberi ruang
kepada para penyelidik, pembuat dasar dan individu membentangkan hasil
penyelidikan masing-masing dan berbincang mengenai isu semasa berkaitan ekonomi
Malaysia secara khususnya.
Tema PERKEM kali ini adalah ‘Kelestarian Pembangunan Ekonomi: Ke arah
Transformasi Dasar yang Holistik, Inklusif dan Futuristik’. Tema ini menyokong
usaha dalam merealisasikan Malaysia sebagai sebuah negara ekonomi berpendapatan
tinggi melangkaui wawasan 2020 dan ke arah TN 2050. Bagi mencapai sasaran
tersebut, perkembangan ekonomi dan transformasi dasar yang digariskan perlu
berlaku secara holistik, keterangkuman kekayaan dan keterangkuman pertumbuhan
tanpa mengabaikan semua golongan sasaran serta transformasi dasar yang bersifat
futuristik yang mengetengahkan peranan belia dan golongan muda sebagai pelapis di
masa akan datang.
Sebanyak 122 kertas kerja telah dikumpulkan dan 105 daripadanya dimuatkan
dalam prosiding ini yang disusun berdasarkan sesi pembentangan dan tema-tema yang
ditentukan. Tema-tema tersebut disusun dalam beberapa tema umum berasaskan
bidang kajian. Ia meliputi i) Ekonomi Islam: Zakat & Wakaf, ii) Perbankan &
Kewangan Islam, iii) Ekonomi Fiskal, Monetari & Antarabangsa, iv) Ekonomi
Pembangunan, v) Ekonomi Buruh & Sumber Manusia, vi) Ekonomi Pengurusan &
Keusahawanan, vii) Ekonomi Kewangan & Perbankan viii) Isu-isu Lain Dalam
Ekonomi. Kepelbagaian tema dan bidang ekonomi yang dibincangkan dapat memberi
peluang yang seluasnya kepada peserta persidangan dan pembaca untuk menatapi
pelbagai hasil penyelidikan dan penemuan baharu. Dapatan ini amat bermanfaat
kepada penggubal dasar dan pengkaji akan datang.
Semoga prosiding ini dapat memberi manfaat kepada negara dan bangsa.
Sekian,terima kasih
PROSIDING PERKEM 12, (2017) 44 - 54
ISSN: 2231-962X
Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia ke-12 (PERKEM 12)
"Kelestarian Pembangunan Ekonomi: Ke arah Transformasi Dasar yang Holistik, Inklusif dan Futuristik"
Hotel Bangi-Putrajaya, Bandar Baru Bangi, Selangor, 12 - 13 September 2017
Kontrak Wakalah dalam Agihan Zakat: Kajian Di Majlis Agama Islam Wilayah
Persekutuan
ATIAH AHMAD1
Pusat pengajian Ekonomi,
Fakulti Ekonomi & Pengurusan, UKM
HAIRUNNIZAM WAHID2
Pusat pengajian Ekonomi,
Fakulti Ekonomi & Pengurusan, UKM
ABSTRACT
The appointment of an institution agent as a representative of zakat on behalf of the Majlis Agama Islam Negeri (MAIN)
using the wakalah basis is a catalyst in helping to increase the collection of zakat especially business zakat, income and
property. But not all states in Malaysia who carry out zakat distributions use wakalah eg Sabah and Sarawak. Nonetheless,
the application of zakat distribution by wakalah is not widely discussed by many researchers before. Thus, this study will
explain about the law of Wakalah and to identify the way of wakalah zakat is distributed. This study will examine the
implementation of this wakalah concept at the Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) through the institution
of Pusat Pungutan Zakat (PPZ-MAIWP). This study uses qualitative and quantitative methods such as interviewing zakat
officers and based on some relevant data obtained from various reports of Zakat PPZ-MAIWP. The findings show that
MAIWP has set some procedures to be undertaken by appointed institutional agents starting from the reinstatement of zakat
money to zakat payers to be distributed to eligible asnaf. The findings also show that the implementation of Zakat Wakalah
distribution in MAIWP shows year-to-year increase from the collection and distribution of zakat by individual, companies,
employers and IPTAs. Some suggestions and policy implications are also discussed in this study.
Keywords: zakat distribution, wakalah, PPZ- MAIWP
ABSTRAK Perlantikan agen institusi sebagai wakil mengutip zakat bagi pihak Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) menggunakan asas
wakalah merupakan pemangkin dalam membantu meningkatkan kutipan zakat terutamanya zakat perniagaan, pendapatan
dan harta. Namun tidak semua negeri di Malaysia yang melaksanakan agihan zakat secara wakalah misalnya Sabah dan
Sarawak. Meskipun begitu, aplikasi agihan zakat secara wakalah tidak dibincangkan secara meluas oleh ramai pengkaji
sebelum ini. Justeru kajian ini akan menjelaskan tentang hukum dalam Wakalah dan mengenalpasti tentang cara
perlaksanaan agihan zakat wakalah. Kajian ini akan mengkaji perlaksanaan konsep wakalah ini di Majlis Agama Islam
Wilayah Persekutuan (MAIWP) melalui institusi Pusat Pungutan Zakat (PPZ- MAIWP). Kajian ini menggunakan kaedah
kualitatif dan kuantitatif iaitu antaranya menemubual pegawai zakat yang berkenaan dan berdasarkan beberapa data yang
berkaitan yang didapati daripada pelbagai laporan zakat PPZ- MAIWP. Hasil kajian mendapati MAIWP telah menetapkan
beberapa prosedur yang perlu dilalui oleh agen institusi yang dilantik bermula dari pengembalian semula wang zakat
kepada pembayar zakat untuk diagihkan kepada asnaf yang layak. Hasil kajian mendapati perlaksanaan agihan Zakat
Wakalah di MAIWP menunjukkan peningkatan dari tahun ke tahun daripada aspek kutipan dan agihan zakat secara
individu, syarikat, majikan dan IPTA. Beberapa cadangan dan implikasi dasar juga turut dibincangkan dalam kajian ini.
Kata kunci: agihan zakat, wakalah, PPZ- MAIWP
PENGENALAN Zakat merupakan ibadah wajib termasuk dalam rukun ketiga bagi lima rukun Islam sebagaimana yang dinyatakan dalam
hadis Nabi3. Zakat daripada aspek bahasa bermaksud bersih, suci, subur dan berkembang yang membawa pengertian zakat
1 Pelajar Sarjana Ekonomi, Fakulti Ekonomi dan Pengurusan,Universiti Kebangsaan Malaysia, [email protected] 2 Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Ekonomi, Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia, [email protected] 3 Hadis riwayat Muslim dari Adullah bin Umar, Shahih Muslim (Riyath: Daer el Sala, 1419H, halaman 231)
Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke-12 2017 45
membersihkan harta dan membersihkan diri orang kaya dari sifat kedekut dan bakhil. Manakala daripada aspek syarak pula,
zakat bermaksud mengeluarkan sebahagian harta tertentu diberikan kepada asnaf yang berhak menerimanya setelah
memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh syarak. Sepertimana firman Allah SWT bermaksud:
“ Ambillah zakat dari sebahagian harta mereka, dengan zakat itu kamu membersihkan dan menyucikan
mereka, dan berdoalah untuk mereka. Sesungguhnya doa kamu itu menjadi ketenteraman jiwa buat mereka.
Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui”4
Kahf (1991) pula menyatakan maksud zakat adalah sejumlah sumbangan atau cukai yang diwajibkan ke atas umat
Islam yang mempunyai harta tertentu dan memenuhi semua syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh shariah termasuk jenis-
jenis harta, jumlah dan tempoh masanya yang mencukupi (nisab dan haul). Zakat terbahagi kepada dua jenis iaitu zakat harta
dan zakat fitrah. Zakat fitrah akan dikutip pada bulan Ramadhan sehingga sebelum solat sunat Aidilfitri. Manakala zakat
harta pula tertakluk pada syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh shariah. Adalah perlu untuk dikeluarkan zakat sebanyak
2.5% atau mengikut jumlah yang ditetapkan oleh syarak. Bagi binatang ternakan adalah 1.5% hingga 2.5%, hasil pertanian
5% dan 10% dan hasil perlombongan dan harta yang tertanam pula 20% (Omar Ali dan Myles, 2010).
Kewajipan menunaikan zakat telah dilaksanakan dengan tegas di awal pemerintahan Khulafa’ al-Rasyidin lagi.
Buktinya, Khalifah Abu Bakar al-Siddiq telah membuat keputusan untuk memerangi golongan yang enggan membayar zakat
pada zaman itu. Zakat bukan sahaja disyariatkan untuk membantu golongan kurang berkemampuan tetapi sangat penting
untuk pembangunan ummah (Muhammad, Mohd Yahya & Mohd Hussin Fidlizan, 2013).
Antara hikmah dan tujuan Allah SWT mensyariatkan zakat ialah mengagihkan sebahagian kecil kekayaan daripada
golongan yang berada kepada golongan yang kurang berada, membersihkan diri pembayar zakat, membersihkan dan
menyuburkan harta pembayar zakat, mewujudkan sifat bersyukur terhadap nikmat yang dikurniakan oleh Allah SWT di
kalangan golongan yang berada, mengurangkan perasaan iri hati di kalangan yang kurang bernasib baik, mewujudkan
perhubungan antara hamba dengan Allah SWT di samping perhubungan antara manusia dengan manusia, memberi peluang
kepada golongan hartawan untuk beribadat dalam bentuk mengeluarkan zakat daripada harta mereka, mewujudkan kesatuan
di kalangan masyarakat Islam dalam urusan ekonomi dan kewangan, memberi masyarakat satu cara mengurus ekonomi dan
kewangan yang diredhai Allah SWT dan melahirkan rasa tenang dan tenteram dalam hati dan jiwa pembayar zakat
(Patmawati Hj Ibrahim, 2008).
Secara asasnya zakat merupakan kewajipan yang jelas dalam Islam bagi setiap individu dan harta yang dikenakan
zakat. Namun begitu zakat bukan sekadar urusan individu tetapi melibatkan soal tanggungjawab dan campurtangan
pemerintah menerusi Baitulmal dan seumpamanya untuk menguruskan zakat secara sistematik dari aspek kutipan dan agihan
serta pengurusan wang zakat. Para fuqaha’ berpandangan bahawasanya pemerintah berkuasa memungut zakat dari harta-
harta zahir dan sekiranya diminta untuk ditunaikan, maka wajib bagi rakyat membayar kepadanya. Syaikh Atiyyah
Muhammad Salim menghuraikan kata-kata Abu Bakar al-Siddiq RA tatkala memerangi orang yang enggan berzakat adalah
bukan sahaja kepada yang ingkar kewajipannya sahaja tetapi termasuk juga mereka yang ingkar menunaikannya kepada
pemerintah.Walaupun begitu, wujud perbezaan pandangan ulama pengurusan zakat yang melibatkan harta-harta batin
(seperti emas, perak, wang, perniagaan dan sebagainya) berdasarkan Jadual 1. Firman Allah swt yang bermaksud:
"Ambillah dari harta-harta mereka itu zakat sebagai pembersih dan penyuci dengannya"5.
Para ulama berhujah bahawa ayat ini adalah dalil bahawa zakat itu wajib dibayar kepada pemerintah. Pada zaman
pemerintahan Saidina Abu Bakar RA, terdapat golongan yang berhujah bahawa ayat tersebut khas kepada Rasulullah SAW
sahaja. Namun begitu pendapat ini ditolak oleh Saidina Abu Bakar yang berkata: "Jika mereka enggan membayar walaupun
seekor kambing yang pernah mereka berikan kepada Rasulullah, nescaya akan aku perangi mereka itu".6 Ijtihad Saidina Abu
Bakar RA ini sekaligus menunjukkan bahawa harta-harta zakat itu wajib diserahkan kepada pemerintah.
Perlembagaan Persekutuan telah menyenaraikan zakat di bawah bidang kuasa negeri. Semua negeri di Malaysia
telah memperuntukkan perkara berkenaan dengan urusan zakat ini sama ada di bawah akta atau enakmen di negeri masing-
masing atau diletakkan di bawah enakmen khusus tentang zakat. Akta atau enakmen juga memperuntukkan kuasa kepada
Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) atau syarikat yang dilantiknya memungut zakat daripada pemilik harta dan setiap orang
yang melanggar akta atau enakmen tersebut boleh dikenakan hukuman.
Pelaksanaan zakat mengandungi dua elemen penting dalam memastikan ibadah zakat memberikan rahmat kepada
kehidupan manusia iaitu dari segi kutipan dan agihan zakat. Kecekapan dan ketelusan dalam kutipan dan agihan zakat adalah
sesuatu yang mempunyai kepentingan secara bersama yang tidak boleh dipisahkan kerana kedua-duanya sama penting dalam
memastikan kelestarian hidup yang sejahtera. Zakat adalah wadah unggul yang terbaik bagi membasmi kemiskinan dan
menjana kemajuan ekonomi umat Islam melalui penglibatan golongan asnaf dalam bidang ekonomi. Namun matlamat ini
tidak dapat dicapai sekiranya kutipan zakat tidak memberansangkan khususnya kutipan secara formal oleh sesebuah institusi
4 Al-Quran, Surah At-Taubah, (99:103) 5 Al-Quran, Surah At-Taubah, (103) 6 Muhammad 'Ali al-Sabuni, Mukhtasar Tafslr Ibn Kathir, Beirut: Dar al Quran al-Karim, 1399, vol. ii, h. 167.
46 Atiah Ahmad,Hairunnizam Wahid
zakat. Pendedahan melalui media massa mengenai lebihan wang zakat yang tidak diagihkan sedangkan masih ramai fakir
miskin wujud di negara kita telah menyumbang kepada tahap kepercayaan masyarakat terhadap institusi zakat (Hashim, Al,
& Saad, 2011). Ketidakyakinan individu terhadap institusi zakat dalam agihan telah menyebabkan ramai pembayar zakat
membayar secara terus kepada asnaf (Sanep & Hairunnizam 2005; & Sanep et al. 2006).
Terdapat pembayar zakat yang tidak memahami takrifan asnaf dan tidak merujuk kepada institusi zakat atau MAIN,
mereka telah mengagihkan zakat kepada anak-anak yatim. Terdapat juga persoalan adakah tanggungjawab menunaikan
kewajipan berzakat boleh disamakan dengan memenuhi tanggungjawab sosial yang diminta oleh pihak kerajaan kepada
institusi perbankan dan syarikat? Persoalan ini boleh dibahaskan dan perlu diperhalusi oleh pihak yang berautoriti. Bagi
menangani cabaran ini, beberapa institusi zakat dan MAIN telah menawarkan skim agihan zakat semula kepada pembayar
zakat berdasarkan kadar yang ditentukan dan dibincangkan bersama penerima bantuan yang ingin disalurkan. Dengan
melihat permasalahan kajian, justeru objektif kajian ini menjurus kepada (1) menjelaskan perlaksanaaan sistem agihan zakat
secara wakalah di MAIWP agar masyarakat betul-betul memahami perlaksaan dalam agihan zakat secara wakalah; dan (2)
menganalisis perkembangan sistem agihan zakat berdasarkan konsep wakalah di MAIWP. Kajian ini penting kepada institusi
pengurus zakat terutama di negeri-negeri yang masih tidak melaksanakan sistem agihan zakat secara wakalah untuk
membantu MAIN dalam meningkatkan jumlah kutipan zakat setiap tahun.
KAJIAN LEPAS Kerajaan perlu berperanan dalam mengutip dan mengagihkan zakat sama ada harta yang nyata atau tidak nyata kerana
beberapa alasan. Pertamanya wujud individu yang ambil remeh tentang pembayaran zakat. Jika tiada campur tangan oleh
kerajaan, maka kemungkinan hak zakat kepada asnaf fakir dan miskin tidak dapat dipenuhi. Keduanya pengagihan zakat
oleh kerajaan akan menjaga dan memelihara maruah golongan fakir dan miskin berbanding menerimanya secara terus
daripada golongan kaya. Ketiganya jika individu mengagihkan zakat tersebut, ia akan dipengaruhi oleh sikap tertentu yang
akan membelakangi konsep pengagihan (Wahid, 2009).
Pada zaman Rasulullah SAW, tugas kutipan zakat diserahkan kepada amil yang dilantik oleh Baginda. Antara para
Sahabat yang dilantik oleh Rasulullah SAW sebagai pegawai pengutip zakat atau amil ialah Abu Musa al-Ashari RA, Umar
Ibn al-Lutaybah RA, Muaz bin Jabbal RA, Malik bin Nuwairah RA dan lain-lain lagi. Amalan melantik pengutip zakat yang
dikenali sebagai al-sa’ie, musaddiq dan amil ini telah menjadi tanggungjawab dan kewajipan pihak pemerintah selepas
Rasulullah SAW pada zaman Khalifah Al-Rasyidin sehinggalah ke hari ini (Talib, 2013). Berkenaan dengan sejarah
keamilan di awal Islam pada zaman Nabi Muhammad SAW dan Khulafa’Al-Rasyidin, terutama zaman Abu Bakar Al-Siddiq
RA, dapat diterokai dari beberapa Hadis. Dari Ibnu Abbas RA berkata : ketika Nabi SAW, hendak mengutus Mu’adz RA ke
Yaman beliau bersabda bermaksud:
“Sesungguhnya engkau (Mu’adz),akan mengunjungi suatu kaum dari Ahli Kitab (di Yaman). Apabila kamu
tiba kepada mereka, hendaklah kamu menyuruh mereka untuk bersyahadat (bersaksi) bahawa tidak ada
Tuhan (Yang wajib disembah) selain Allah, dan sesungguhnya Muhammad adalah pesuruh Allah. Kemudian
jika mereka mentaati seruanmu itu, beritahu kepada mereka bahawa Allah memfardhukan kamu supaya
melakukan solat lima kali sehari semalam, katanya: Jika mereka juga mentaati seruanmu itu, maka
hendaklah kamu mengkhabarkan bahawa Allah SWT juga mewajibkan zakat kepada mereka untuk kemudian
diserahkan (dibagikan) kepada orang-orang fakir yang ada di tengah-tengah mereka....” 7.
Dari Abdillah bin Awfa, dia berkata adalah Rasulullah SAW itu didatangi suatu kaum untuk menyerahkan sedekah
(zakatnya), Nabi berdoa bermaksud:
“Ya Allah, berikanlah rahmat ke atas mereka”.8
Pada masa kini, kuasa bagi mengutip dan mengagihkan zakat telah diserahkan kepada Majlis Agama Islam Negeri
(MAIN) seperti yang diperuntukkan dalam Enakmen Pentadbiran Negeri. Terdapat pelbagai bantuan telah disalurkan bagi
memastikan golongan asnaf fakir miskin mendapat pembelaan sewajarnya seperti bantuan kewangan/makanan bulanan,
bantuan pendidikan, bantuan rumah malah aktiviti-aktiviti ekonomi asnaf telah banyak dilakukan bagi memastikan
peningkatan sosio ekonomi di kalangan asnaf (Haji, Shahir, Hajjah & Wahab, 2010). Kuasa ini selaras peruntukan di dalam
Perlembangan Persekutuan. Zakat yang telah difardhukan itu hendaklah dikutip oleh pihak berkuasa seperti Firman Allah
SWT:
7 Hadis Riwayat Al-Bukhari,Muslim Dan An-Nasa’i 8 Hadis riwayat muttafiq’alaih
Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke-12 2017 47
“Ambillah (sebahagian) daripada harta mereka sebagai zakat supaya dengannya engkau membersihkan
dan menyucikan (daripada dosa dan akhlak yang buruk).9”
Agihan zakat kepada golongan asnaf memerlukan satu sistem agihan yang berkesan agar setiap pihak merasakan
mereka dilayan dengan adil dan saksama. Oleh itu peranan yang dimainkan oleh piha pengurusan zakat dalam aspek agihan
zakat ini penting untuk diberi perhatian (Sanep Ahmad, 2009). Al-Wakalah ialah konsep yang mewakilkan seseorang untuk
menyerahkan apa yang dilakukannya dan boleh dilakukan oleh orang lain dalam hidupnya. Unsur hidup dikaitkan bagi
membezakannya dengan wasiat.10 Ulama menyatakan keabsahan akad al-Wakalah ini sebagaimana firman Allah SWT:
“ ... sekarang utuskanlah salah seorang daripada kamu membawa wang
perak kami ini ke bandar…”11
Al-Wakalah turut diaplikasikan didalam kontrak seperti Takaful diamana peserta bersetuju melantik pengendali
takaful sebagai wakil mereka untuk menguruskan dan melaburkan dana mereka Mohd Noor (2013). Islam membolehkan
adanya perwakilan (wakalah) menerusi ayat-ayat Al-quran12 dan Hadith13 yang menunjukkan perwakilan dibenarkan dalam
Islam
METODOLOGI KAJIAN Kajian ini menggunakan dua pendekatan yang berbeza untuk mengumpul data permohanan agihan zakat secara wakalah
oleh MAIWP, iaitu melalui data primer dan data sekunder. Data primer diperoleh daripada temuduga secara bersemuka
dengan Pegawai Unit Wakalah Majlis Agama Islam Persekutuan (MAIWP) iaitu Ustaz Mohd Izham bin Baharom. Temubual
ini dijalankan pada 3 Mei 2017, jam 14:47 petang bertempat di Bangunan PERKIM Majlis Agama Islam Wilayah
Persekutuan. Kaedah temubual ini digunakan bertujuan bagi mendapatkan maklumat terperinci yang tidak dinyatakan dalam
rujukan bercetak.
Kaedah ini juga menghasilkan data primer yang tidak boleh diragui kesahihannya kerana informan yang ditemubual
merupakan pegawai yang mempunyai pengalaman. Hasil temubual berdurasi 57 minit dianalisis bagi mendapatkan
maklumat-maklumat penting yang akan dijadikan sebagai dapatan kajian. Selain itu, kaedah pengumpulan data juga
disokong oleh kaedah-kaedah lain bagi mendapatkan maklumat tambahan serta mengukuhkan lagi kajian ini. Seterusnya
data sekunder ialah data yang dikumpul dari sumber tersedia. Bagi mendapatkan maklumat yang berkaitan, kaedah
pengumpulan data dan maklumat melalui dokumen bertulis seperti artikel jurnal, kertas kerja, kertas prosiding, laporan
tahunan dan sebagainya. Sumber-sumber ini digunakan bertujuan untuk menganalisis sorotan kajian lepas dan juga
maklumat berkaitan institusi-institusi berkenaan.
9 Surah at-taubah ayat 103 10 Joni Tomkin Borhan, 2008. Sistem Takaful di Malaysia: Prinsip Syariah dalam Perniagaan Takaful di Malaysia. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya, hlm. 47. 11 Surah al-Kahfi, ayat 9 12 “....Pengurus-pengurus zakat....”(QS. Taubah 9:60)
“....sekarang utuslah salah seorang dari kamu, membawawang perak kamu ini ke bandar kemudian biarlah dia mencari dan memilih mana-mana jenis
makanan yang lebih baik lagi halal(yang dijual di situ)......” (QS. Al-kahfi 18:19)
Yusuf berkata: “Jadikanlah daku pengurus perbendaharaan hasil bumi(Mesir) sesungguhnya aku sedia menjaganya dengan sebaik-baiknya, lahi mengetahui
cara mentadbirkannnya” (QS. Yusuf 12:55)
Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu
menkalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhan- Nya) itu memberi
pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa melihat (QS. Al-Nisa’ 4:58)
“Dan jika kamu bimbangkan perpecahan diantara mereka berdua (suami isteri) maka lantiklah “orang tengah ”(untuk mendamaikan mereka iaitu) seorang
dari keluarga lelaki dan seorang dari keluarga perempuan. Jika kedua-dua “orang tengah” itu (dengan ikhlas) bertujuan untuk mendamaikan, nescaya Allah akan menjadikan kedua (suami isteri itu) berpakat baik. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui lagi Amat mendalam pengetahuan Nya” (QS. An- Nisa
4:35) 13 Rasulullah SAW semasa hidupnya pernah memberikan kuasa kepada sahabatnya dan banyak hadis yang menunjukkan wakalah dibolehkan. Hadith
tersebut diantaranya:
Dan dari Sulaiman bin Yasar: Bahawa Nabi Muhammad SAW mengutus Abu Rafi’, hamba yang pernah dimerdekakan dan seorang Ansar lalu kedua orang itu menikahkan Nabi dengan Maimunah binti Harith dan pada saat itu (Nabi Muhammad SAW) di Madinah sebelum keluar (ke Miqat Dzil Khulaifah).
(HR Maliki dalam Muwaththa’)
Rasulullah SAW bersabda kepada Unais, “ Pergilah hai Unais kepada wanita tersebut. Jika ia mengakui perbuatannya, rejamlah dia ” (HR Bukhari)
Dari ‘Urwah bin Abil Ja’d Al-Bariqie: Bahawa Nabi Muhammad SAW (pernah) memberikan wang satu dinar kepadanya agar dibelikan seekor kambing
untuk beliau, lalu dengan wang tersebut ia membeli dua ekor kambing, kemudian ia jual satu ekor dengan harga satu dinar. Ia pulang membawa satu dinar
dan seekor kambing. Nabi SAW mendiakannya dengan keberkatan dalam jual belinya. Seandainya ‘Urwah membeli tanah pun ia pasti beruntung” (HR Bukhari).
48 Atiah Ahmad,Hairunnizam Wahid
HASIL KAJIAN MAIWP telah menerima konsep Al-Wakalah sebagai dasar pengembalian semula wang zakat kepada pembayar zakat untuk
diagihkan kepada asnaf yang layak. Konsep Al-Wakalah ini adalah bukan akad pemilikan yang memberi kebebasan
memanipulasi wang zakat. Pembayar dilantik menjadi wakil kepada MAIWP untuk melakukan proses agihan zakat bagi
pihak MAIWP berdasarkan syarat dan garis panduan yang telah ditetapkan oleh MAIWP. Dasar wakalah ini merupakan
pemangkin dalam membantu meningkatkan kutipan zakat terutamanya zakat perniagaan, pendapatan dan harta di Wilayah
Persekutuan melalui pembayaran zakat kepada PPZ. Bagi syarikat/organisasi, dasar pengembalian semula wang zakat ini
mampu mengurangkan bebanan cukai korporat memandangkan setakat ini, syarikat/organisasi tidak mendapat rebat cukai
bagi pembayaran zakat perniagaan berbanding pelaksanaan zakat oleh individu. Dasar pengembalian semula wang zakat ini
adalah tertakluk kepada pembayar zakat yang membayar zakat kepada PPZ serta mengemukakan surat permohonan. Ia
tertakluk kepada kelulusan Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP atau Setiausaha MAIWP.
Jadual 2 menunjukkan pengembalian semula wang zakat dengan kadar 3/8 atau 37.5% kepada syarikat/organisasi,
2/8 atau 25 peratus kepada individu dan 3/8 atau 37.5 peratus kepada Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institut
Pengajian Tinggi Swasta (IPTS). Ini adalah merupakan inovasi berdasarkan siasah (urus tadbir dan budi bicara) pihak
MAIWP dalam memacu kegemilangan ummah. Berdasarkan yang telah ditetapkan oleh syara’. Bilangan Asnaf adalah
seperti mana yang dijelaskan dalam Al- Quran:
“Sesungguhnya zakat-zakat itu, hanyalah untuk orang-orang fakir, orang-orang miskin, pengurus-pengurus
zakat, para muallaf yang dibujuk hatinya, untuk (memerdekakan) budak, orang-orang yang berhutang, untuk
jalan Allah dan orang-orang yang sedang dalam perjalanan, sebagai sesuatu ketetapan yang diwajibkan
Allah; dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.” 14
Penerima zakat adalah terdiri daripada lapan asnaf iaitu fakir15, miskin16, muallaf17 serta perincian had tempoh panggilan
muallaf18, al-gharimin19, fisabilillah20, ibnu sabil21, ar-riqab22 dan amil.
Berdasarkan Rajah 1 carta alir proses kerja unit wakalah empat segmen iaitu Individu, Syarikat atau Organisasi
atau IPT dan majikan akan menjalani proses membayar zakat kepada Pusat Pungutan Zakat. Kemudian megemukakan
permohonan untuk mengagih zakat secara wakalah kepada Pusat Pungutan Zakat. Apabila permohonan diterima maka
permohonan akan dipanjangkan kepada Baitulmal (semak & sokong) kemudian akan dipanjangkan kepada Ketua Pegawai
Eksekutif (KPE). Dokumen kelulusan permohanan mengambil masa 9 hari untuk disemak. Apabila permohonan ditolak fail
14 Surah At-Taubah Ayat 60 15 Seorang yang tidak mempunyai sebarang harta atau pekerjaan atau menerima pendapatan daripada sumber-sumber lain tetapi jumlahnya tidak sampai
50% daripada had kifayah untuk keperluan asas dirinya dan tanggungannya. 16 Seorang yang mempunyai pekerjaan atau pendapatan yang melebihi 50% tetapi tidak mencapai had kifayah untuk keperluan asas dirinya dan tanggungannya. 17 Mereka yang dijinakkan hatinya atau diharapkan kecenderungan hatinya untuk menerima Islam atau memeluk Islam (tetapi belum kukuh Islamnya)
terbahagi kepada dua iaitu (1) Beragama Islam; Baru memeluk agama Islam & orang yang memeluk Islam tetapi masih lemah imannya. (2) Bukan beragama Islam; Boleh dipujuk supaya masuk Islam, cenderung hatinya kepada ajaran Islam, Ketua-ketua kumpulan bukan Islam yang baik hubungannya dengan
ketua-ketua Islam & Masyarakat orang Asli yang boleh dipujuk supaya menganut Islam. 18 Had tempoh panggilan Muallaf: Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Kali ke 108 yang bersidang pada 2-3 November 2015 telah bersetuju menetapkan had tempoh maksima bagi seseorang Saudara Baru dipanggil Muallaf ialah lima (5) tahun. Walau
bagaimanapun, selaras dengan kuasa agama adalah di bawah bidang kuasa negeri, maka Majlis Agama Islam Negeri berhak membuat sebarang
pengecualian yang dikehendaki. Pemberian Zakat kepada Asnaf Muallaf Bukan Islam Yang Cenderung ke arah Islam. Pandangan Pengikut Mazhab Syafi’e dan Maliki- Muallaf Kafir musyrikin harus menerima agihan zakat yang memujuk hati mereka supaya cenderung kepada agama Islam. Pengagihan zakat
kepada orang bukan Islam melalui kod Muallaf dan wajar diberikan jumlah yang sama kepada golongan beragama Islam dan bukan beragama Islam. 19 Golongan yang berhutang untuk memenuhi keperluan asas bagi kemaslahatan diri, keluarga dan tanggungannya atau masyarakat serta individu yang ditimpa musibah dan hutang yang dibenarkan oleh hukum syarak. 20 Mana-mana orang atau pihak yang melibatkan diri dalam sesuatu aktiviti untuk menegak, mempertahan dan mendakwahkan agama Islam serta
kebajikannya. 21 Mana-mana orang yang berada dalam perjalanan atau baru hendak memulakan perjalanan dari mana jua negeri atau negara dengan tujuan yang dibenarkan
Syarak dan memerlukan bantuan bagi meneruskan perjalanan sehingga mencapai tujuan Pembahagian kategori Ibnu Sabil oleh Mazhab Shafi’e: Anak
watan/ Orang yang bermukim di suatu tempat yang hendak memulakan perjalanan; Orang asing yang terkandas dan tidak dapat meneruskan perjalanan. 22 (1) Kesalahan yang berhubungan dengan akidah; Kejahilan dalam agama seperti murtad; Ajaran sesat. Fahaman yang bertentangan dengan akidah ahli Sunnah Wa Jamaah seperti liberalisme, orientalisme dan lain-lain. (2) Kesalahan yang berhubungan dengan kesucian agama Islam dan institusinya;
Menolak kemudharatan seseorang individu daripada belenggu pemikiran yang dialami. Perluasan asnaf ini bagi kes-kes: mencaci/ menghina/ mencabar
agama atau Institusi Islam. (3) Kesalahan yang berhubungan dengan kesusilaan; Menyelamat/ melindungi wanita atau lelaki daripada terjerumus aktiviti –aktiviti tidak bermoral, Aktiviti pelacuran, LGBT (lesbian, gay, bisexual dan transgender) dan lain-lain. (4) Kesalahan yang berhubungan dengan dadah;
Mereka-mereka yang terlibat secara langsung atau tidak seperti pengedar / penagih dan dalam proses pemulihan. Termasuk juga yang terlibat dalam lain-
lain aktiviti penagihan seperti pil-pil kuda, estacy dan seumpamanya. (5) Terbelenggu dengan penyakit kronik, Pesakit Aids/ HIV/ TIBI adalah terbelenggu dari segi kebebasan dan dari menjalani kehidupan yang sihat. (6) Individu Yang Ditinggalkan dan Tiada Tempat Bergantung, Bayi yang ditinggalkan ini
terbelenggu kehidupannya daripada kejahilan terhadap agama, kebebasan dan harta. Diperluaskan kepada isteri/ suami/ ibubapa/ anak-anak yang
ditinggalkan adalah termasuk dalam belenggu agama, kebebasan dan harta. Diperluaskan juga kepada golongan gelandangan. (7) Kes-Kes Ancaman dan
Keselamatan, Perluasan bantuan melalui asnaf bagi kes-kes yang mengancam keselamatan nyawa, maruah diri dan keluarga seperti hutang ah long. Hilang
tempat perlindungan kerana dihalau oleh keluarga / tuan rumah sewa. Konsep dan Skim Agihan, Berfungsi melaksanakan tugas-tugas membebas, mengurus,
melindungi, merawat dan memulih asnaf Ar-Riqab supaya dapat menjalani kehidupan sempurna sebagai muslim. Perluasan asnaf Ar-Riqab bukan sahaja diberikan kepada pusat-pusat pemulihan bahkan kepada individu-individu yang terlibat.
Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke-12 2017 49
akan ditutup manakala apabila permohonan diterima dan mendapat kelulusan Ketua Pegawai Eksekutif (KPE), Baitulmal
akan membuat tuntutan bayaran kepada kewangan. Proses bayaran melalui EFT. Pembayar akan menerima bayaran melalui
EFT. Sebelum agihan secara wakalah dibuat kepada kepada asnaf, taklimat dan penyerahan surat kelulusan iaitu penyerahan
watikah lantikan sebagai wakil akan diberi kepada wakil sebagai akuan penerimaan oleh Baitulmal/ PPZ.
Apabila wakil telah mengikuti program yang telah diadakan oleh pegawai MAIWP, wakil akan lebih faham tentang
konsep asnaf, jumlah had kifayah dan diberi tujuk ajar oleh pegawai terlatih agar agihan zakat diberi berdasarkan kelayakan
asnaf. Selain itu sebagai penerima wakalah, tanggungjawab wakil adalah untuk mematuhi segala syarat-syarat yang telah
ditetapkan dalam kaedah pengurusan wakalah, melengkapkan borang perakuan pembayaran melalui EFT beserta
mengemukakan sesalinan muka depan buku atau penyata akaun bank sahaja untuk tujuan pembayaran. Para wakil hendaklah
menghantar laporan penuh sebaik sahaja pengagihan selesai dilaksanakan dalam tempoh setahun dari tarikh watikah
wakalah. Dalam tempoh setahun, unit wakalah akan membuat peringatan mesra pada enam bulan pertama kepada para wakil
untuk menghantar laporan kemajuan seterusnya permohonan laporan penuh. Wakil atau penerima wakalah yang telah
dilantik perlu mematuhi syarat dan garis panduan yang telah ditetapkan oleh MAIWP. Garis panduan agihan wakalah adalah
seperti di Jadual 3 dan di Jadual 4.
Antara tanggungjawab penerima wakil ialah seperti berikut iaitu (1) Mematuhi segala syarat-syarat yang telah
ditetapkan dalam kaedah pengurusan wakalah. (2) Melengkapkan borang perakuan pembayaran melalui EFT beserta
mengemukakan sesalinan muka depan buku atau penyata akaun bank sahaja untuk tujuan pembayaran. (3) Para wakil
hendaklah menghantar laporan penuh sebaik sahaja pengagihan selesai dilaksanakan dalam tempoh setahun dari tarikh
watikah wakalah. Dalam tempoh setahun, unit wakalah MAIWP akan membuat peringatan mesra pada enam bulan pertama
kepada para wakil untuk menghantar laporan kemajuan seterusnya permohonan laporan penuh. Ini bertujuan untuk
memastikan wang zakat tersebut telah diagihkan mengikut syarat yang telah dipersetujui23 sebagai wakalah.
Jadual 5 menunjukkan tentang perkembangan agihan zakat dan peratus sumbangan agihan zakat menerusi konsep
wakalah oleh MAIWP bagi tahun 2015-2017. Bagi keempat-empat sektor daripada segmen individu, syarikat, IPTA, dan
majikan menunjukkan peningkatan daripada aspek bilangan wakil. Masing-masing menunjukkan peningkatan sebanyak 6.1
peratus, 17.4 peratus dan 8.3 peratus daripada tahun 2015 hingga tahun 2016. Bagi jumlah keseluruhan menerusi konsep
wakalah keempat-empat segmen juga menunjukkan peningkatan sebanyak 8.37 peratus bagi tahun 2015 hingga tahun 2016.
Ini menunjukkan kesan positif pembayar zakat untuk mengagihkan zakat secara wakalah dengan peningkatan bilangan wakil
dari setahun ke setahun. Agihan zakat secara wakalah telah menyumbang nisbah sebanyak 7.10 peratus daripada jumlah
agihan zakat tahunan keseluruhan tahun 2015, nisbah sumbangan sebanyak 9.85 perarus pada 2016 dan terus meningkat
kepada 37.37 peratus nisbah sumbangan sehingga bulan Mac 2017. Peningkatan ketara sumbangan pada sehingga bulan
Mac 2017 akibat penambahan kategori wakil daripada segmen majikan. Peningkatan dari bilangan wakil agihan secara
wakalah secara tidak langsung menunjukkan masyarakat mula berminat dengan konsep agihan wakalah yang diperkenalkan
oleh MAIWP. Sementara agihan zakat tahunan PPZ-MAIWP yang menunjukkan agihan zakat 2015 sebanyak RM608.72
juta menurun kepada RM444.72 juta seterusnya dijangka meningkat kembali pada tahun 2017 kerana sehingga ke bulan
Mac 2017, jumlah agihan telah menunjukkan agihan sebanyak RM122.73 juta.
Data primer hasil daripada temuduga dengan salah seorang pegawai MAIWP juga mengesahkan bahawa mengikut
statistik yang dikeluarkan pada tahun 2016, MAIWP telah memperuntukkan bajet tahunan sebanyak RM45 juta. Pada tahun
2016, secara keseluruhannya, jumlah pembayaran zakat adalah sebanyak RM160 juta dan agen wakalah yang terlibat dalam
wakalah untuk keempat-empat seksyen wakil adalah seramai 500 orang wakil. Antara wakil yang terlibat dalam agihan
secara wakalah adalah termasuklah syarikat yang terkemuka seperti syarikat PICOM yang terlibat menjadi wakil bagi
seksyen IPT dan Celcom Axiata yang terlibat dalam seksyen wakil Syarikat dan wakil Majikan.
PERBINCANGAN DAN IMPLIKASI DASAR Di dalam sistem agihan zakat secara wakalah untuk menjadi wakil amil, keempat-empat segmen iaitu individu, syarikat,
IPTA Majikan perlu mengikuti kursus setelah permohonan untuk menjadi wakil diluluskan oleh MAIWP. Hal ini bertujuan
untuk memberi pengetahuan yang jelas kepada wakil tentang tanggungjawab mereka sebagai wakil untuk mengagihkan
sendiri zakat kepada golongan fakir miskin yang layak. Masyarakat kurang faham bahawa zakat bukanlah seperti sedekah
yang boleh diberi kepada sesiapa sahaja. Zakat hanya boleh diagihkan kepada asnaf yang layak setelah mengambilkira had
kifayah. Had Kifayah dari sudut bahasa ialah kadar keperluan (kecukupan). Manakala dari sudut syarak ialah kadar minima
bagi keperluan asas dalam kehidupan seseorang. Secara ringkasnya, Had Kifayah merujuk kepada suatu kadar keperluan
23 (1) Memastikan laporan yang dihantar sedaya upaya dan semampu mungkin menepati keperluan yang ditetapkan seperti format laporan yang telah disediakan oleh Unit Wakalah Baitulmal. (2) Segala hasil keuntungan daripada simpanan wang Wakalah di dalam bank hendaklah diambil kira sebagai
wang zakat serta diagihkan dengan menggunapakai prosedur yang sama. (3) Sekiranya wang tersebut tidak dapat diagihkan dalam tempoh yang diberikan,
wakil hendaklah memohon lanjutan tempoh (Kelulusan MAIWP adalah tertakluk kepada prestasi agihan semasa). (4) Para wakil dikehendaki memulangkan
semula wang Wakalah kepada MAIWP sekiranya masih gagal mengagihkan dalam tempoh lanjutan yang telah diteatapkan. (5) Menjaga nama baik Majlis
Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP). (6) Dilarang bagi wakil menyerahkan Wang Agihan Zakat Wakalah kepada mana-mana Majlis Agama
Islam Negeri (MAIN) atau Pusat Zakat Negeri (PZN). (7) Dilarang bagi wakil menggunakan wang wakalah untuk kegunaan diri sendiri . (8) Dilarang meletakkan hak pemilikan aset atas nama wakil.
50 Atiah Ahmad,Hairunnizam Wahid
asas minimum yang ditetapkan berdasarkan kos sara hidup semasa. Had ini juga digunakan bagi mengetahui berapakah
kadar yang perlu dibantu untuk menepati kecukupan perbelanjaan asasi. Tujuh perkara asas perkiraan had kifayah ialah (1)
Perlindungan, (2) Makanan, (3) Pakaian, (4) Perubatan, (5) Pendidikan, (6) Pengangkutan; dan (7) Komunikasi. Penerima
wakalah wajib memahami tentang had kifayah kerana ini adalah pengukur bagi menentukan samada asnaf layak ataupun
tidak untuk menerima bantuan zakat. Fiqah tentang zakat dari segi syarat dan rukunnya amat penting. Oleh itu akad didalam
zakat juga haruslah jelas24.
Sebagaimana zakat, wakalah juga mempunyai rukun dan syarat-syarat tertentu. Penerima wakil tidak boleh seorang
yang jahil kerana wakil telah menjadi seorang amil. Amil adalah mereka yang terlibat secara langsung dengan institusi zakat
samada individu atau organisasi bagi mengurus dan mentadbir hal ehwal zakat termasuk pemungutan, agihan, urusan
kewangan dan sebagainya. Jika tersalah agih MAIWP juga akan menanggung dosa kerana menurunkan kuasa kepada pihak
yang salah. Oleh itu taklimat kursus diberikan sebelum watikah pelantikan wakalah. Oleh itu, wakil haruslah benar-benar
faham tentang syarat, hukum dan garis panduan yang ditetapkan supaya zakat yang diagihkan sampai kepada asnaf yang
layak.
Antara faktor lain wakalah diperkenalkan ialah bagi mengelak pembayar zakat berdosa mengagih zakat secara terus
kepada asnaf. Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Othman Mustapha berkata, sejajar dengan
Muzakarah kali ke-76 Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan pada 2006 memutuskan bahawa mengagihkan zakat secara
persendirian tanpa melalui pemerintah (amil yang bertauliah) adalah sah namun berdosa ketika sidang akhbar selepas Majlis
Zakat Koperasi 2015.
"Adalah sah sekiranya diagihkan kepada asnaf yang layak tetapi perbuatan melanggar peraturan dan
undang-undang pemerintah dalam perkara kebaikan adalah berdosa kerana di dalam Islam patuh dan
taat kepada pemerintah atau Ulil Amri dalam perkara kebaikan adalah wajib,"
Melalui pendedahan carta alir dari permohonan wakalah sehingga agihan zakat secara wakalah akan memberi
pendedahan dan gambaran yang jelas kepada masyarakat tentang sistem agihan zakat secara wakalah yang diaplikasikan
oleh MAIWP. Gerak kerja yang sistematik menjamin pengagihan sampai kepada golongan asnaf yang layak. Daripada hasil
kajian, ini membuktikan bahawa perlaksanaan sistem wakil dalam kutipan zakat di PPZ-MAIWP memberi kesan kepada
tren peningkatan terhadap jumlah kutipan dan juga memberi kesan yang positif kepada agihan zakat. Agihan zakat secara
wakalah boleh menjadi instrumen bagi meningkatkan jumlah agihan dan kutipan zakat.
KESIMPULAN Kutipan wang zakat didapati meningkat dari tahun ke tahun. Ini secara langsung meningkatkan jumlah wang zakat untuk
diagihkan kepada golongan anaf. Pengurusan agihan wang zakat perlu dilaksanakan dengan berkesan agar tidak
menimbulkan ketidakpuasan hati dikalangan pembayar zakat.
Pelaksanaan amalan zakat berlandaskan prinsip dan konsep yang telah ditetapkan oleh syarak akan memberikan
rahmat yang besar kepada umat Islam khususnya golongan asnaf terutama fakir dan miskin. Agihan zakat secara wakalah
yang diaplikasikan oleh MAIWP merupakan contoh sistem agihan zakat yang amat bagus terutama bagi meningkatkan
kutipan zakat disebabkan masyarakat yang mewakili antara empat segmen iaitu individu, IPTA, syarikat dan segmen majikan
mendapat peluang untuk mengagihkan sendiri zakat mereka kepada golongan fakir miskin tanpa berdosa mengkut syarat
yang ditetapkan. Agihan zakat tahunan juga dapat ditingkatkan melalui konsep agihan zakat secara wakalah. Sikap tidak
lepas tangan MAIWP dengan cara memastikan penerima wakalah mendapat pengetahuan yang lengkap sebelum membuat
agihan zakat serta memantau dan mewajibkan penghantaran laporan oleh penerima wakil patut dicontohi. Sikap tidak lepas
tangan agar zakat diagihkan kepada asnaf yang layak perlu menjadi contoh kepada MAIN yang turut mengaplikasikan sistem
agihan zakat secara wakalah ini. Ini secara tidak langsung dapat meningkatkan kredibiliti MAIWP yang berperanan sebagai
badan Baitulmal serta meningkatkan kepercayaan masyarakat terhadap institusi Baitulmal.
RUJUKAN Al-Quran, Surah At-Taubah (103)
Al-Quran, Surah At-Taubah (60)
Al-Qardawi, Yusuf, Fiqh al-zakah jld 2, hlm 242-246
Al-Quran, Surah At-Taubah, (99:103)
24 Sebagai contoh akad: Lafaz ijab bagi pembayar zakat :
“Ini zakat fitrah sebanyak RM ………… yang wajib bagi diri saya pada tahun ini kerana Allah Ta’ala.”
Lafaz qabul bagi penerima zakat/amil : “Saya terima zakat sebanyak RM ………………… yang wajib bagi diri tuan pada tahun ini kerana Allah Ta’ala.”
Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke-12 2017 51
Al-Quran, Surah At-Taubah, (103) Hashim, A. H., Al, R., & Saad, J. (2011). Kod Etika Amil Zakat : Satu Cadangan. The World Universities 1st Zakat
Conference 2011 (WU1ZC 2011),PWTC, Kuala Lumpur, 22-24 November 2011.
Haji, T., Shahir, A., Hajjah, P., & Wahab, A. (2010). Pengurusan zakat di negeri Selangor: Isu dan cabaran. Prosiding
Konvensyen Kebangsaan Perancangan & Pengurusan Harta Dalam Islam.
Hadis riwayat Muslim dari Adullah bin Umar, Shahih Muslim (Riyath: Daer el Sala, 1419H, halaman 231)
Hadis riwayat al-bukhari,muslim dan an-nasa’i
Hadis riwayat muttafiq’alaih
Joni Tomkin Borhan 2008 . Sistem Takaful di Malaysia: Prinsip Syariah dalam Perniagaan
Kahf, M. (1991), “Zakat: Unresolved issues in contemporary fiqh, Development and finance in Islam”, IIUM, Kuala
Lumpur.
Laporan Tahunan Majlis Agama Wilayah Persekutuan (2014)
Laporan Zakat pelbagai tahun dan Laporan Kewangan 2015-2017
Mohd Noor, Mohd Syukri (2013) Prinsip al-wakalah dalam al-Kutub al-sittah dan aplikasinya dalam industri takaful di
Malaysia / Mohd Syukri bin Mohd Noor. Masters thesis, University of Malaya
Muhammad, Mohd Yahya Mohd Hussin Fidlizan, M. A. R. A. (2013). Kepatuhan membayar zakat: analisis kutipan dan
ketirisan zakat fitrah di selangor. Jurnal Syariah, 21(2), 191–206.
Muhammad 'Ali al-Sabuni ,Mukhtasar Tafslr Ibn Kathir, Beirut: Dar al Quran al-Karim, 1399, vol. ii, h. 167.
Omar Ali, N. dan Myles, G.D. (2010), “The consequences of zakat for capital accumulation”, Journal of Political economy
Theory.
Patmawati Hj Ibrahim. (2008). Pembangunan ekonomi melalui agihan zakat: tinjauan empirikal. Jurnal Syariah, 16(2), 223–
244.
Pembentangan taklimat wakalah Bahagian Baitulmal MAIWP
Sanep Ahmad. (2009). Agihan Zakat Merentasi Asnaf: Ke Arah Memperkasa Institusi Zakat. Prosiding Perkem Iv, 2, 62–
74.
Sanep Ahmad & Hairunnizam Wahid. 2005. Persepsi agihan zakat dan kesannya terhadap pembayaran zakat melalui institusi
formal. Jurnal ekonomi Malaysia 39:5349.
Sanep Ahmad, Hairunnizam Wahid & Adnan Mohamad. 2006. Penswastaan Institusi Zakat dan Kesannya Terhadap
Pembayaran Secara Formal di Malaysia. International Journal of Management Studies 13(2): 17 5-196.
Talib, A. R. bin. (2013). Konsep Agihan Zakat Kepada Asnaf Menurut Perspektif Syarak. Jurnal Pengurusan Jauhar, 2(2),
7–15.
Takaful di Malaysia. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya, hlm. 47.
Wahid, H. (2009). Pengagihan Zakat Oleh Institusi Zakat Di Malaysia : Mengapa Masyarakat Islam Tidak Berpuas Hati ?
Jurnal Syariah, Jil. 17, Bil. 1 (2009) 89-112 Shariah Journal, 17(1), 89–112.
JADUAL 1: Perbezaan pandangan ulama terhadap harta batin
Bil Pandangan Perbincangan Harta batin
1 Imam Hanafi Pengurusan zakat harta batin diserahkan kepada pemilik harta tersebut. Zakat ini
pada asalnya di bawah kuasa pemerintah, tetapi pada masa Saidina Uthman RA.
pengurusannya diserahkan kepada tuan punya harta kerana maslahah tertentu.
2
Malikiah Wajib membayar zakat kepada pemerintah yang adil sama ada harta zahir atau
batin
3 Imam Shafi’e Pemilik harta hendaklah mengagihkan sendiri zakat harta batin iaitu emas, perak,
barang perniagaan dan zakat fitrah (menurut satu pendapat, sementara satu
pendapat lagi mengatakan zakat fitrah termasuk harta zahir).
4. Imam Hanbali Tidak wajib menyerahkan zakat kepada pemerintah, tetapi pemerintah boleh
menerimanya sama ada harta zahir atau batin
Sumber: al-Qardawi, Yusuf, Fiqh al-zakah jld 2, hlm 242-246
52 Atiah Ahmad,Hairunnizam Wahid
JADUAL 2: Kategori Agihan Wakalah Zakat serta Syarat di MAWIP
Bil Kategori agihan Syarat
1. Individu i. Beragama Islam.
ii. Warganegara Malaysia dan Pemastautin Tetap.
-Bukan warganegara yang beragama Islam boleh dibantu sekiranya bersesuaian.
-Bagi tujuan dakwah kepada orang asli yang bukan Islam boleh dibantu.
iii. Pendapatan Keluarga tidak melebihi Had Al-Kifayah1
2. Agensi/Pertubuhan i. Agensi/pertubuhan yang berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan dan
seumpamanya.
ii. Masjid / surau yang berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Negeri.
iii. IPT dan sekolah yang berdaftar dengan Jabatan / Majlis Agama Islam Negeri
Kementerian Pendidikan Malaysia.
Nota: Had Al-Kifayah mengikut lokasi /negeri masing-masing
Sumber: Pembentangan taklimat wakalah Bahagian Baitulmal MAIWP
JADUAL 3: Bentuk Agihan secara Wakalah di MAWIP
Bil Bentuk Perincian
1. Dibenarkan i. Sebagaimana skim-skim bantuan agihan zakat Baitulmal.
ii. Pembelian peralatan asas masjid, surau atau sekolah seperti karpet, siaraya,
komputer, kipas dan seumpamanya.
iii. Pembiayaan program / aktiviti keagamaan, pendidikan, motivasi,
pembentukan sahsiah dan seumpamanya.
iv.Kos yang boleh dibantu melibatkan bayaran saguhati penceramah, makanan
dan minuman, kelengkapan kursus dan seumpamanya.
2. Tidak Dibenarkan i. Menyelesaikan hutang dengan institusi kewangan atau mana-mana institusi yang
tidak berlesen seperti 'along'.
ii. Menyelesaikan hutang berkaitan dana pendidikan seperti PTPTN,MARA,
Yayasan dan seumpamanya.
iii. Modal perniagaan yang tidak diharuskan oleh syarak.
iv. Pembelian aset seperti rumah, tanah dan kenderaan untuk kegunaan
pembayar.
v. Membiayai urusan ibadah seperti haji, umrah, korban, akikah dan
seumpamanya.
vi. Aktiviti dan peralatan berbentuk hiburan yang bertentangan syarak.
vii. Sambutan ulang tahun penubuhan, hari keluarga dan seumpamanya.
viii. Kejohanan sukan, sukaneka dan seumpamanya.
ix. Lawatan, rombongan, pengangkutan, sewaan dewan dan siaraya.
x. Saguhati kepada VIP.
xi. Percetakan bahan bukan ilmiah.
Sumber: : Pembentangan taklimat wakalah Bahagian Baitulmal MAIWP
JADUAL 4: Kadar, Syarat dan Sasaran Asnaf untuk kontrak Wakalah agihan zakat MAIWP
Kategori Kadar Wakalah1 Syarat Sasaran Asnaf
Individu 2/8 25% Jumlah bayaran zakat melebihi RM50,000.00
dan ke atas sahaja.
(1) Fakir
(2) Miskin
Syarikat/ Organisasi 3/8 37.5%
Tiada had bayaran zakat
(1) Fakir
(2) Miskin
(3) Fisabilillah
Institusi Pengajian
Tinggi 3/8 37.5%
(1) Fakir
(2) Miskin
(3) Fisabilillah
Majikan 1/8 12.5% Jumlah bayaran zakat melebihi RM100,000.00
dan ke atas sahaja.
(1) Fakir
Nota: 1 kadar % daripada jumlah zakat yang dibayar
Sumber : Laporan Tahunan Majlis Agama Wilayah Persekutuan (2014)
Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke-12 2017 53
RAJAH 1: Proses kerja Unit Wakalah
Bayar zakat kepada PPZ
Kemukakan permohonan kepada PPZ
Terima dan panjangkan kepada Baitulmal
(semak & sokong)
Panjangkan kepada KPE
Kelulusan KPE
Tuntutan bayaran kepada KEW.
Proses bayaran melalui EFT
Pembayar terima bayaran EFT
Taklimat dan Penyerahan surat
kelulusan, watikah wakalah dan akuan penerimaan oleh Baitulmal /PPZ
Pantauan pengagihan
Terima laporan dan rekod
PEMOHON
MULA
PPZ
BAITULMAL
KEWANGAN
BAITULMAL / PPZ
LENGKAP
PEMOHON
TAMAT
BAITULMAL
TUTUP FAIL
BAITULMAL
KELULUSAN
3 Hari
Dokumen
Lengkap
9 Hari
Dokumen
Lengkap
9 Hari
Dokumen
Lengkap
YA TIDAK
TIDAK
LULUS
Makluman kepada pembayar (Baitulmal)
54 Atiah Ahmad,Hairunnizam Wahid
JADUAL 5: Perkembangan agihan zakat dan peratus sumbangan agihan zakat menerusi konsep wakalah oleh MAWIP 2015-2017
Nota: 1 Sehingga Mac 2017
2 Mula diperkenalkan tahun 2017
[ ] angka menunjukkan % nisbah agihan melalui wakalah kepada jumlah agihan zakat tahunan
( ) angka menunjukkan % nisbah kepada jumlah keseluruhan menerusi konsep wakalah
Sumber: Laporan Zakat pelbagai tahun dan Laporan Kewangan 2015-2017
Kategori
2015
2016
2017
Bil. Wakil Jumlah
(RM
Juta)
Bil.
Wakil
%
per
ub
ahan
Jumlah
(RM
Juta)
%
per
ub
ahan
Bil.
Wakil
Jumlah
(RM Juta)1
Individu 344
(77.83)
11.89
(27.53)
365
(76.20)
6.10 14.22
(32.46)
19.60 407
(67.83)
13.17
(28.72)
Syarikat 86
(19.46)
29.76
(68.90)
101
(21.09)
17.44 27.71
(63.25)
-6.89 58
(9.67)
12.66
(27.60)
Institusi Pengajian Tinggi 12
(2.71)
1.55
(3.59)
13
(2.71)
8.33 1.88
(4.29)
21.29 14
(2.33)
1.92
(4.19)
Majikan2 - - -
- 121
(20.17)
18.11
(39.49)
Jumlah keseluruhan menerusi konsep
Wakalah
442
(100.0)
43.19
(100.0)
479
(100.0)
8.37 43.81
(100.0)
600
(100.0)
45.86
(100.0)
Jumlah Agihan Zakat tahunan
Keseluruhan
608.72
[7.10]
444.72
[ 9.85 ]
122.73
[ 37.37 ]