1.0 PENDAHULUAN
Menurut Baron, Byrne & Suls (1989) dalam Nota Psikologi Sosial (TP 22053) menerangkan
bahawa psikologi sosial merupakan satu bidang saintifik yang bertujuan untuk memahami sifat
& asbab tingkah laku individu dalam situasi sosial. Definisi ini jelas mengklasifikasikan
psikologi sosial sebagai salah satu dari pelbagai bidang sains di bawah sains sosial.
Bidang sains ini cenderung meneliti bagaimana pemikiran, perasaan & tingkah laku
individu dipengaruhi oleh agen sosial mereka. Agen sosial ini terdiri daripada keluarga, rakan
sekerja/sekelas mahupun kelompok sesebuah organisasi. Hal ini kerana tumpuan psikologi sosial
adalah terhadap interaksi individu dalam sesebuah kumpulan terutama untuk perkembangan diri
sebagai elemen kewujudan sosial.
Sebagai salah satu ilmu disiplin sains, terdapat beberapa elemen dalam psikologi sosial
yang membentuk penyelidikan yang menepati piawai sebagaimana berikut:
Logik, sebab & akibat
Pembolehubah
Pertalian
Generalisasi
Terdapat juga beberapa disiplin lain yang menjadikan psikologi sosial sebagai satu
bidang sains yang merangkumi kaedah-kaedah saintifik dalam penyelidikan psikologi seperti
kaedah pemerhatian, tinjauan & eksperimen serta etika-etika dalam penyelidikan psikologi
seperti kesakitan & kegelisahan, penipuan & debriefing.
2.0 ELEMEN PENYELIDIKAN PSIKOLOGI SOSIAL
1
SEKILAS TENTANG VIDEO EKSPERIMEN “ LITTLE
ALBERT ”
Eksperimen “Little Albert” telah dipelopori ahli psikologi
tingkah laku (Behaviorisme), J.B Watson dan pelajar
lulusan Johns Hopkins University, Rosalie Raynor. Watson
berminat dalam memperkembang lagi eksperimen
pelaziman klasik yang dijalankan pakar fisiologi, Ivan
Pavlov terhadap anjing kepada reaksi emosi manusia.
Eksperimen kontroversi ini melibatkan seorang
kanak-kanak yang digelar “Albert B” oleh Watson &
Rayner, namun lebih dikenali kini dengan nama “Little Albert”. Sekitar usia sembilan bulan,
Watson & Rayner mendedahkan satu siri rangsangan terhadap Albert seperti tikus putih, arnab,
monyet, topeng & surat khabar yang dibakar lalu memerhatikan reaksi kanak-kanak tersebut.
Pada awal eksperimen, budak lelaki itu tidak menunjukkan sebarang reaksi takut terhadap
rangsangan-rangsangan yang didedahkan.
Prosedur eksperimen tersebut diteruskan dengan pendedahan tikus putih kepada Albert
yang disertai dengan pukulan tukul besi ke paip logam. Hasilnya Albert mula menangis setelah
mendengar bunyi yang kuat tersebut. Selepas beberapa kali didedahkan tikus dengan bunyi yang
kuat, Albert terus menangis hanya setelah melihat tikus.
2.1 LOGIK, SEBAB & AKIBAT
Dalam setiap bidang yang melibatkan penyelidikan, seharusnya hukum sebab-akibat menjadi
keutamaan dalam menentukan sebarang persoalan terhadap subjek kajian. Sebagaimana teori
graviti yang dikemukakan Isaac Newton yang timbul dari persoalan bagaimana sebiji epal jatuh
ke tanah, begitu juga dengan penyelidikan sains sosial yang melibatkan andaian asas bahawa
setiap peristiwa berlaku atas beberapa punca/asbab.
2
Misalnya persoalan tentang apakah yang menyebabkan seseorang menjauhkan diri dari
situasi keramaian. Persoalan asbab yang dapat dikupas menerusi persoalan ini adalah seperti,
“adakah kerana kurangnya keyakinan kendiri?” atau “adakah faktor genetik yang mempunyai
sifat inferioriti yang tinggi?”. Seterusnya persoalan asbab tersebut menimbulkan persoalan
tentang akibat seperti, “adakah sebab-sebab tersebut benar-benar mempengaruhi tingkah laku
seseorang?”.
Jadi, melalui eksperimen “Little Albert”, dapatlah dikenal pasti elemen sebab dan akibat
sepertimana rajah berikut:
RAJAH 1.0
3
EMOSI TAKUT = AKIBAT
TIKUS PUTIH + PUKULAN TUKUL KE PAIP
LOGAM = SEBAB
2.2 PEMBOLEHUBAH
Brown (1988) menyatakan pembolehubah sebagai sesuatu yang boleh diubah & berbeza.
Manakala Davis mendefinisikan ia sebagai simbol atau konsep yang diandaikan dalam bentuk
nilai & angka. Pembolehubah juga merupakan satu ciri yang mampu berubah-ubah seperti umur,
jantina & kelas sosial, pendapatan, pencurian, pembunuhan diri dan sebagainya.
Hubungan sebab & akibat berlaku apabila terdapat dua pembolehubah yang
mempengaruhi antara satu sama lain. Misalnya, kekecewaan individu mempengaruhi seseorang
untuk bertingkah laku langsang seperti pembunuhan atau tahap stress yang melampau
mendorong individu untuk terjerumus dalam gejala sosial.
Terdapat 2 pembolehubah yang sering digunakan dalam suatu penyelidikan sama ada
dalam bidang sains teras mahupun sains sosial seperti:
2.2.1 Pembolehubah Bebas
- Pembolehubah yang menjadi asbab kepada suatu akibat.
- Mengkaji keberkesanan pembolehubah bersandar.
- Contoh: 1) Kekecewaan mempengaruhi tingkah laku langsang.
2) Tahap stress yang melampau menyebabkan individu
terlibat dalam gejala sosial.
2.2.2 Pembolehubah Terikat/bersandar/tergantung
- Pembolehubah yang dipengaruhi.
- Akibat terhadap suatu asbab.
- Contoh: 1) Tingkahlaku langsang
2) Penglibatan gejala sosial.
Dalam erti kata yang lebih mudah, sebagai contohnya, penyelidik yang ingin mengenal
pasti kesan suhu bilik darjah terhadap pencapaian pelajar ujian fizik. Bagi mengenal pasti kesan
suhu bilik darjah, penyelidik perlu mempelbagaikan paras suhu dan melihat kesannya pada
pencapaian pelajar. Penyelidikan ini dapat dikenal pasti melalui rajah berikut:
4
RAJAH 2.0
Hal ini kerana, pencapaian pelajar tersebut mungkin dipengaruhi oleh pembolehubah
bebas iaitu suhu bilik. Jadi, menurut penerangan di atas, dapatlah ditentukan 2 pembolehubah
tersebut menerusi video eksperimen “Little Albert” sebagaimana berikut:
RAJAH 3.0
2.3 PERTALIAN
Pertalian lebih dikenali dalam bidang penyelidikan sebagai korelasi. Pertalian yang dimaksudkan
adalah hubungan antara 2 atau lebih pembolehubah. Penyelidikan lazimnya melibatkan
pengumpulan data bagi menentukan perkaitan antara pembolehubah-pembolehubah secara
saintifik.
Kaedah yang digunakan bagi menentukan korelasi antara pembolehubah adalah dengan
membuat analisis secara statistik supaya dapat mengenal pasti wujud atau tidak pertalian antara
pembolehubah tersebut. Misalnya, perkaitan antara kecerdikan dengan pencapaian akademik.
Pelajar yang mendapat skor tinggi dalam ujian IQ cenderung mendapat markah yang tinggi
dalam ujian akademik. Begitu juga sebaliknya, pelajar yang mendapat skor rendah dalam ujian
IQ cenderung mendapat markah yang rendah dalam ujian akademik. Dengan ini, tujuan sebenar
pertalian ini dapat menentukan perkaitan antara pembolehubah lantas menggunakan pertalian
tersebut untuk membentuk ramalan awal pada keputusan penyelidikan yang dilakukan.
5
SUHU = PEMBOLEHUBAH BEBAS
PENCAPAIAN PELAJAR =
PEMBOLEHUBAH TERIKAT
TIKUS PUTIH+PUKULAN KUAT = PEMBOLEHUBAH BEBAS
EMOSI TAKUT = PEMBOLEHUBAH TERIKAT
Merujuk kepada eksperimen “Little Albert”, amat mudah untuk dikenal pasti pemboleh
ubah yang terlibat sepertimana dijelaskan dalam halaman sebelumnya. Pada asasnya,
pembolehubah terdiri daripada suatu asbab & akibat dalam penyelidikan yang ingin dikaji.
Emosi takut yang dialami Albert merupakan pembolehubah terikat. Manakala pembolehubah
bebas dalam eksperimen ini adalah rangsangan-rangsangan seperti tikus putih yang disertai
dengan pukulan tukul ke paip logam yang dikenakan ke atas Albert.
Dalam bentuk yang lebih mudah difahami, kajian pertalian berdasarkan eksperimen ini
dapat dijelaskan melalui pernyataan: “Hubungan antara tikus putih + pukulan yang kuat & emosi
takut.”
2.4 GENERALISASI
Generalisasi dalam konteks psikologi sosial dianggap sebagai kesimpulan umum mengenai
perhubungan yang berulang-ulang antara pembolehubah yang berkaitan. Contoh yang boleh
diambil dari penyelidikan sains perubatan adalah tanggapan tentang penghidap simptom batuk
atau bersin terus-menerus, mual, tiada selera makan dan denyutan jantung yang deras & tidak
teratur disimpulkan sebagai penghidap sakit jantung.
Dalam penyelidikan psikologi sosial pula dapat dijelaskan melalui contoh kekecewaan
individu menyebabkan berlakunya tingkah laku langsang seseorang seperti membunuh,
perompakan dan lain-lain. Jelas di sini bahawa kesemua generalisasi dalam bidang sains adalah
pernyataan tentang kebarangkalian untuk setiap kategori pembolehubah yang diambil kira dalam
penyelidikan. Fungsi generalisasi ini dapat menganalisis perhubungan antara sebab & akibat
yang menerangkan asbab suatu peristiwa terjadi.
6
TIKUS PUTIH + PUKULAN KUAT EMOSI TAKUT
Berbalik kepada eksperimen “Little Albert”, rangsangan tikus putih yang disertai dengan
pukulan kuat menghasilkan emosi takut kepada Albert. Pembentukan tanggapan yang
disengajakan ini menjadi generalisasi bahawa setiap tikus putih seharusnya ditakuti Albert.
RAJAH 4.0
Setelah digeneralisasi, setiap kali Albert didedahkan tikus putih akan menghasilkan
perasaan takut kepadanya malah kepada setiap objek berwarna putih & yang serupa sifat
dengannya.
7
3.0 KAEDAH PENYELIDIKAN SAINTIFIK
3.1 KAEDAH PEMERHATIAN
Kaedah ini memerlukan penyelidik untuk memerhatikan tingkah laku subjek yang dikaji
dengan perancangan yang sistematik dan tersusun. Antara kaedah yang lazimnya
digunakan dalam penyelidikan adalah seperti berikut:
i) Kajian Lapangan – hanya memerhati dan bukan mengubah tingkah laku subjek.
ii) Pemerhatian turut serta – penyelidik melibatkan diri secara langsung dalam
penyelidikan.
iii) Penyelidikan arkib – kajian berkaitan sejarah
iv) Penyelidikan tinjauan – terbahagi kepada 2 iaitu temuramah & soal selidik.
v) Penyelidikan pertalian – mengkaji hubungan antara 2 pembolehubah.
3.2 KAEDAH TINJAUAN
Kaedah yang amat sesuai bagi mendapatkan pendapat orang ramai tentang suatu isu yang
ingin dikaji. Lazimnya kaedah ini melibatkan instrumen seperti soal selidik atau dengan
cara temuduga secara langsung. Tinjauan yang ingin dijalankan haruslah menepati syarat-
syarat berikut:
- Menyiapkan soal selidik yang sesuai bagi mendapatkan maklumat
yang diperlukan. Begitu juga dengan kaedah tinjau temubual.
- Penyelidik yang menggunakan medium temubual haruslah seorang
yang berpengalaman agar tidak dipersoal kredibiliti atau
kelayakannya.
- Sampel kajian haruslah bersesuaian dengan populasi yang ingin dikaji.
- Penyelidik menggunakan ujian-ujian statisik yang sesuai dalam
menganalisis data yang diperoleh.
8
3.3 KAEDAH EKSPERIMEN
Ahli psikologi sosial yang berminat dalam pengujian sesuatu hipotesis (andaian awal)
lebih cenderung menggunakan kaedah ini. Kaedah eksperimen terbahagi kepada 3
bentuk:
i) Eksperimen Makmal
ii) Eksperimen lapangan
iii) Eksperimen semulajadi
- Kajian berkaitan keadaan semulajadi.
- Kajian yang dilakukan dalam makmal dalam keadaan terkawal kerana
penyelidik mengawal faktor yang dikaji.
Berdasarkan hasil kajian yang didapati, penyelidik mengumpul data-data untuk
melihat perhubungan antara faktor atau pembolehubah dalam kajian.
Lampiran yang dijadikan rujukan untuk subtopik ini adalah video yang telah
dipilih untuk elemen dalam penyelidikan sosial di halaman sebelum ini. Video
eksperimen “Little Albert” merupakan contoh yang amat berkait dengan eksperimen
makmal di mana pembolehubah-pembolehubah dikawal oleh penyelidik.
9
4.0 RUMUSAN
Penyelidikan psikologi sosial telah menjadi satu disiplin ilmu yang mengandungi panduan untuk
para penyelidik membuat suatu kajian tentang asbab individu bertingkah laku dalam situasi
sosial. Hal ini jelas berdasarkan perkara-perkara yang telah dibincangkan dalam halaman-
halaman sebelumnya. Dalam mendisiplinkan penyelidikan psikologi sosial ini, penyelidik
haruslah faham dan mahir dalam ilmu asas ini.
Merujuk kepada lampiran video yang dibentangkan, dapatlah difahami bahawa setiap
penyelidikan yang terdapat di dalamnya menepati disiplin ilmu psikologi sosial sebagai satu
bidang sains. Piawaian ini telah diguna pakai bukan sahaja dalam bidang sains sosial, malah
bidang sains teras lain juga amat menitikberatkan kandungan yang sama. Video yang
dibentangkan adalah contoh mudah bagi menggambarkan penyelidikan yang sememangnya
pernah dijalankan ahli psikologi terdahulu, bukan sahaja dalam bidang psikologi sosial namun
terhadap pelbagai cabang lain dalam psikologi.
10
5.0 RUJUKAN
Yahya Don, Psikologi Sosial dalam Pendidikan, PTS Professional Publishing Sdn. Bhd,
Kuala Lumpur, 2006.
Azizi Hj. Yahaya, Menguasai penyelidikan dalam pendidikan: teori, analisis &
interpretasi data, PTS Professional Publishing Sdn. Bhd, Kuala Lumpur, 2006.
http://psychology.about.com/od/classicpsychologystudies/a/little-albert-experiment.htm
Nota Psikologi Sosial (TP 22053), Semester 6
http://ms.wikipedia.org/wiki/Sains_sosial
11