Download - Pukul Berapa Datuk Harimau
PUKUL BERAPA DATUK HARIMAU
PENGENALAN
Permainan kecil ataupun permainan kanak-kanak merupakan permainan
warisan yang diwarisi dari turun-temurun. Permainan yang biasanya dimainkan
oleh kanak-kanak kecil ini telah dimainkan sejak dari dahulu lagi. Salah satu
permainan tersebut ialah permainan Pukul Berapa Datuk Harimau. Permainan ini
dikatakan telah dimainkan sejak dari zaman selepas kemerdekaan lagi.
Permainan ini dapat mengisi masa lapang disamping dapat menjaga kesihatan
kanak-kanak tersebut.
Permainan Pukul Berapa Datuk Harimau dapat menerapkan dalam diri pelajar
konsep masa ataupun waktu. Melalui lagu yang dinyanyikan semasa permainan
itu dimainkan bilangan nombor ataupun waktu yang dinyatakan oleh Datuk
Harimau dapat melatih kanak-kanak mengenai aspek waktu dan masa. Lagu
yang dinyanyikan oleh kanak-kanak turut juga dapat mengajar mengenai aspek
kiraan dan nombor.
Dalam Permainan pukul Berapa Datuk Harimau, permainan ini dimainkan
oleh dua pihak iaitu satu pihak menjadi Datuk Harimau dan satu pihak lagi akan
menjadi kanak-kanak atupun mangsa kepada Datuk Harimau. Permainan ini
mempunyai keluasan tapak yang ditetapkan. Permainan ini mampu memberi
keseronokan kepada pemain atau pun kanak-kanak disamping dapat
menghilangkan tekanan mereka. Permainan Pukul Berapa Datuk Harimau juga
dapat mengajar kanak-kanak berinteraksi dengan kanak-kanak lain.
1.0OBJEKTIF
Permainan kanak-kanak yang dimainkan bertujuan untuk membantu kanak-
kanak dalam pertumbuhan dan pekembangan semasa kanak-kanak dengan
aktiviti yang dijalankan dalam permainan kanak-kanak tersebut.
a) Memilih dan merancang permainan kecil atau permainan kanak-kanak
dengan menggunakan kemahiran yang diajar
b) Mendemotrasikan permainan kepada umum.
2.0KUMPULAN SASARAN
Tahap 2 iaitu tahun 4, tahun 5 dan tahun 6
3.0 PROSES PENYEDIAAN GELANGGANG
Penyediaan gelanggang penyediaan gelanggang
gelanggang permainan
Formasi Permainan
Alatan
4.0PERATURAN PERMAINAN DAN CARA BERMAIN
Peraturan permainan
a) Pemain mestilah berada dalam kawasan yang telah ditetapkan
b) “Murid-murid” yang disentuh atau ditangkap akan mengantikan tempat
Datuk Harimau.
c) Bilangan pemain dalam setiap permainan adalah 5-15 orang sahaja.
d) Masa adalah tidak terhad.
e) Permainan akan dimainkan di kawasan padang yang berkeluasan dalam
anggaran 15 meter x 15 meter.
Cara Bermain
a) Permainan mestilah dimulakan dengan pemilihan Datuk Harimau.
b) Pemain bolehlah membuat pemilihan dengan cara “lap tali lap lam li tap lum”
ataupun “osom”.
c) Pemilihan menggunakan cara osom ialah menggunakan simbol burung,batu
dan air. Setiap simbol ini mempunyai kelebihan dan kekuranggan. Burung
akan menang dengan air tetapi kalah dengan batu. Air pula menang dengan
batu, tetapi kalah dengan burung. Manakala batu pula, menang dengan
burung tetapi kalah dengan air.
d) Selepas memilih Datuk Harimau, pemain-pemain yang lain dipanggil murid-
murid.
e) Murid-murid mestilah berada di belakang garisan selamat.
f) Datuk Harimau pula berada tiga meter dihadapan garisan selamat.
g) Kemudian,Datuk Harimau melangkah satu langkah ke hadapan.
h) Selepas melangkah, murid-murid mestilah secara bersama-sama menyebut
“pukul berapa Datuk Harimau?”.
i) Datuk Harimau pula menjawab “Pukul 2”. Datuk Harimau boleh memilih
untuk menyebut dari Pukul 1 hingga Pukul 11.
j) Apabila Datuk Harimau menjawab “pukul 12”, dia memusing dan mengejar
murid-murid
k) Datuk Harimau akan menyentuh / menangkap salah seorang murid.
l) Murid yang disentuh / ditangkap oleh Datuk Harimau akan mengantikan
tempat Datuk Harimau. Jika Datuk Harimau gagal menyentuh / menangkap
murid-murid, maka dia akan kekal menjadi Datuk Harimau.
Jangka Masa
Tidak terhad
Tempat
Padang atau gelanggang
7.0 KESELAMATAN
a) Permainan ini hendaklah dimainkan di kawasan yang terbuka.
b) Pakaian yang dipakai mestilah sesuai. ( pakaian sukan yang lengkap) .
c) Garisan selamat mestilah berada di tempat yang lapang dan selamat.