@
Pusat Tuisyen Didikan Genius
Program Bahasa Melayu Sekolah Rendah Edubest
Tahap 3B
Modul 2
Nama : ____________________________
Markah Kuiz Komputer
Minggu Tarikh Tatabahasa
(%)
Perbendaharaan Kata (%)
Peribahasa
(%)
Lain-lain
1
2
3
4
5
A. Pemahaman
Pemahaman 1 :
Baca dialog di bawah dengan teliti dan jawab soalan-soalan
berikutnya.
Iwan dan Hadi : Assalamualaikum Abang Zami, apa khabar?
Zami : Waalaikumsalam, abang sihat.
Iwan : Saya begitu meminati dan mengagumi abang.
Boleh abang ceritakan bilakah abang mula
bergiat dalam bidang sukan?
Zami : Abang aktif dalam bidang sukan sejak di bangku
sekolah lagi.Pada mulanya abang aktif sebagai
pelumba lari dalam acara seratus dan empat ratus
meter. Pada tahun 1998, barulah abang
menceburkan diri dalam bidang bola sepak.
Hadi : Maksudnya abang tidak bermain bola sepak
sejak sekolah?
Zami : Ya, abang bermain bola sepak kerana minat
dan dorongan daripada ibu bapa dan kawan-
kawan. Lagipun kegiatan ini dapat menjanjikan masa
depan yang cerah.
Hadi : Apakah kriteria yang perlu ada pada seseorang
pemain bolasepak profesional?
Zami : Pertama dan yang paling penting ialah semangat,
diikuti oleh kekuatan fizikal dan mental. Seseorang
pemain yang profesional juga tidak boleh terlalu
ikutkan perasaan.
Iwan : Selain bermain bola sepak, adakah abang
mempunyai pekerjaan yang lain?
Zami : Abang tidak mempunyai pekerjaan yang lain selain
bermain bola sepak. Tambahan pula sekarang ini
bidang bola sepak telah mencapai taraf profesional.
Semua pemain bola sepak tidak dibenarkan terikat
Program Bahasa Melayu Edubest SR3B02 1
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
dengan pekerjaan lain.
Hadi : Apakah kenangan yang paling manis sepanjang
karier abang?
Zami : Kenangan yang paling manis bagi abang ialah ketika
abang bermain untuk pasukan Kelantan. Abang telah
membawa kemenangan kepada pasukan abang
ketika menentang pasukan Selangor. Pada ketika
itu, abang merasakan bahawa abang seperti
seorang wira.
Hadi : Wah, hebat sekali persembahan abang, ya!
Baiklah, terima kasih kerana meluangkan masa
untuk kami. Kalau ada masa nanti kami akan menulis
surat kepada abang.
Zami : Sama-sama. Abang harap adik berdua akan berjaya
mencapai cita-cita adik.
Iwan : Jumpa lagi.
1. Sebutkan bilangan dan jenis kriteria yang perlu ada pada
seseorang pemain bola sepak. (KBAT)
2. Apakah profesion Zami ?
3. Kenapakah Zami tidak mencari pekerjaan lain ?
4. Sehingga kini, sudah berapa lamakah Zami menceburkan diri dalam
bidang ini ? (KBAT)
5. Berikan sinonim bagi perkataan berikut mengikut konteks petikan :
i. karier
Program Bahasa Melayu Edubest SR3B02 2
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
ii. menceburkan diri
iii. menjanjikan
iv. bergiat
Pemahaman 2 :
Baca laporan di bawah dengan teliti dan jawab soalan-soalan
berikutnya.
LAPORAN AKTIVITI PERKHEMAHAN DI TAMAN NEGARA
Pada 14.11.2001 — 17.11.2001, sekolah kami telah mengadakan
satu aktiviti perkhemahan di Taman Negara, Pahang. Aktiviti ini
dijalankan sempena cuti penggal persekolahan. Seramai dua puluh
orang peserta telah menyertai perkhemahan tersebut. Kami bertolak
dari sekolah pada pukul tujuh pagi dan tiba di Kuala Tembeling pada
pukul satu setengah petang. Dari Kuala Tembeling kami menaiki bot
ke Taman Negara. Perjalanan ini memakan masa selama tiga jam.
Apabila sampai di Taman Negara, kami mula mendirikan khemah
mengikut kumpulan masing-masing. Kemudian, sesi suai kenal diadakan
kerana sesetengah daripada para peserta belum mengenali antara
satu sama lain Pada 15.11.2001, kami bertolak dari tapak perkhemahan
pada pukul lapan pagi menuju ke Gua Telinga. Kami sampai di Gua
Telinga pada pukul satu petang. Perjalanan yang jauh menyebabkan
kami kepenatan dan ada antara kami yang mengalami kekejangan otot.
Pada hari yang ketiga, kami pergi ke Lata Berkoh dengan bot
yang disewa oleh Cikgu Zahid. Mengikut rancangan awal, kami akan
berjalan kaki ke Lata Berkoh tetapi memandangkan ramai peserta
yang kepenatan, Cikgu Zahid telah mengubah rancangan, iaitu pergi ke
Lata Berkoh dengan bot.
Pada waktu malamnya, Cikgu Zahid serta sepuluh orang murid
lelaki telah pergi ke Bumbun Tahan untuk melihat binatang yang
Program Bahasa Melayu Edubest SR3B02 3
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
terdapat di situ dari puncak gunung. Kami dapat melihat beberapa
spesies binatang seperti rusa, gajah, babi hutan dan beberapa jenis
binatang lain.
Pada hari yang ke-4, kami bertolak pulang. Aktiviti ini amat
meletihkan tetapi telah banyak mengajar kami tentang erti kesabaran
dan semangat tolong-menolong antara satu sama lain. Aktiviti ini juga
banyak menguji kekuatan fizikal.
Pendek kata, aktiviti ini merupakan satu pengalaman yang paling
menyeronokkan.
Disediakan oleh, 25 NOVEMBER 2015.
____________________
(MARINI BINTISHUIB)
Setiausaha,
Aktiviti Perkhemahan
1. Berapa harikah mereka berada di Taman Negara ? (hari & malam)
2. Berikan tempoh untuk : (KBAT)
a. perjalanan dari sekolah ke destinasi pertama
b. perjalanan dari destinasi pertama ke destinasi kedua
c. perjalanan dari tapak perkhemahan ke destinasi lawatan
yang pertama
Program Bahasa Melayu Edubest SR3B02 4
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
3. Apakah masalah yang dihadapi oleh ahli rombongan semasa
melawat Gua Telinga ?
4. Berapa orang muridkah yang menyertai rombongan kali ini ?
5. Apakah faedah yang diperoleh ahli rombongan daripada lawatan
kali ini. (KBAT)
6. Senaraikan kata kerja transitif dan tidak transitif:
i-Think
1.
2.
3.
4
1.
2.
3.
4
Program Bahasa Melayu Edubest SR3B02 5
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
B.Tatabahasa Lanjutan
Kata Kerja Transitif & Tidak Transitif
1. Makanan yang_________
kepada udara boleh membawa
penyakit.
A. terdedah
B. terbuka
C. terhadap
D. terpapar
2. Kita hendaklah cermat
semasa ________ dengan
orang lain.
A. bercampur
B. bermain
C. bergaul
D. berhubung
3. Sesiapa yang _______
undang-undang mestilah
dihukum.
A. mematuhi
B. melanggar
C. mengingkari
D. menolak
4. Wanita itu ______ belanga
di atas kepalanya.
A. menjinjing
B. menjunjung
C. mengangkat
D. menanduk
5. Perompak yang ______ beg
tangan Cik Leela telah
ditangkap.
A. mencuri
B. meminta
C. mengugut
D. meragut
6. Tentera musuh mulai _____
ke medan perang apabila tidak
ditentang
A. bergerak
B. pergi
C. mara
D. maju
7. Orang tua _____ bahawa
menghormati guru membawa
pahala.
A. percaya
B. yakin
C. tahu
Program Bahasa Melayu Edubest SR3B02 6
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
D. faham
8. Orang gaji Puan Shamsidar
sedang _____ cili di dapur.
A. memetik
B. menghancurkan
C. menggiling
D. mencernakan
9. Pakaian yang _____ mata
tidak sesuai untuk majlis rasmi.
A. menjolok
B. mencucuk
C. menyakitkan
D. menyedapkan
10. Kereta ayah ______ ke kiri
selepas simpang keempat.
A. berbengkok
B. berpandu
C. berbelok
D. berpusing
11. Pesawah muda itu ______
tanah dengan jentera pembajak.
A. melonggarkan
B. menggemburkan
C. mengorek
D. melembutkan
12. Pihak lawan sedang ______
pasukan kita dengan jaringan 2
– 0.
A. mendepani
B. mendahului
C. mengikuti
D. mengekori
Soalan 13 - 22
A. mencarut
B. berhijrah
C. membisu
D. mengugut
E. berbanding
F. menghela
G. memohon
H. berkawat
I. bersandar
J. tergantung
K. melombong
L. menempeleng
13. Ahli pengakap sedang ____
dengan penuh semangat di
hadapan sekolah.
14. Pekerja-pekerja yang
______ bijih timah di
Semenanjung Malaysia
kebanyakannya berbangsa Cina.
Program Bahasa Melayu Edubest SR3B02 7
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
15. Pemuda yang ______ pada
tiang lampu itu seorang mata-
mata.
16. Mee Lan ingin ______
kebenaran daripada pihak
sekolah untuk bercuti selama
sebulan.
17. Walaupaun berkali-kali
disoal, Jamal tetap ______.
18. Gajah digunakan untuk
_____ kayu balak di Thailand.
19. Budak-budak itu telah
ditangkap oleh pengawas atas
kesalahan ______.
20. Penagih dadah itu ______
Chee Lan agar menyerahkan
wangnya.
21. Ayah Mutu ttelah _____
nya setelah dia didapati
merokok.
22. Keluarga Encik Hashim akan
______ ke Kanada bulan depan.
Soalan 23 – 28 :
A. membakar
B. mengelak
C. mengaku
D. berbisik
E. menghidupkan
F. berkicau
G. mendidih
H. berlangsung
I. melenguh
23. Air yang dijerang itu
______ selepas tujuh minit.
24. Ayah tidak dapat ______
enjin keretanya akibat
kehabisan minyak.
25. Akhirnya, Yen Ling ______
slah di hadapan ibunya.
26. kejohanan Badminton Dunia
sedang ______ di Stadium
Badminton Cheras.
27. Lembu ______ apabila
dikacau.
28. Susan terjatuh apabila cuba
______ sebuah kereta yang
dating dari belakang.
Program Bahasa Melayu Edubest SR3B02 8
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
C. Penulisan
Karangan Jenis Laporan
Panduan Mengarang
1. Laporan ialah karangan jenis berformat. Tajuk laporan (bergaris),
tanda tangan dan nama pelapor serta tarikh laporan hendaklah
ditulis.
2. Terdapat dua jenis laporan, iaitu laporan tahunan persatuan dan
laporan peristiwa.
3. Dalam laporan peristiwa, laporkan apa yang dilihat, didengar atau
diketahui tanpa memasukkan pendapat atau perasaan peribadi.
4. Untuk laporan tahunan persatuan, selain daripada tajuk, anda
hendaklah menyenaraikan jawatankuasa persatuan, sejarah
ringkas persatuan, keahlian, aktiviti persatuan serta harapan
persatuan pada masa akan datang.
5. Jangan gunakan kata-kata yang indah. Gunakan bahasa yang tepat
dan ringkas.
Program Bahasa Melayu Edubest SR3B02 9
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Karangan Contoh:
Program Bahasa Melayu Edubest SR3B02 10
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Latihan:
A. Latihan Kelas
Kamu telah terpilih dalam program lawatan ke sebuah sekolah.
Sepanjang program tersebut, banyak aktiviti yang dijalankan. Tulis
laporan tentang program tersebut. :
Pendahuluan : -tarikh / tempat / bilangan ahli rombongan /
-guru pengiring
-cara & masa pergi
-perjalanan (tempoh & keadaan)
Isi 1 : -tiba
-dibawa ke bilik gerakan
-diberi taklimat tentang sejarah sekolah /
-pencapaian akademik (100% kelulusan 3
tahun berturut-turut
Isi 2 : -lawatan ke persekitaran sekolah
-kagum dengan ….
-bukti kerajinan dan kerjasama murid & guru
-Taman Sains, air terjun mini….
Isi 3 : -perlawanan persahabatan bola….
-bersuai kenal
-tujuan
-dimenangi… dengan jaringan
Isi 4 : -dihidangkan jamuan
-tempat
-bersoal jawab untuk berkongsi pengalaman
-saling memberi galakan dan bertukar
Program Bahasa Melayu Edubest SR3B02 11
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
butir-butir diri
Penutup : -meninggalkan pekarangan sekolah
-memberi kesedaran tentang kepentingan
berusaha demi kejayaan
-nama, tanda tangan pelapor, jawatan
& tarikh laporan ditulis
Latihan 2 : Laporan Sambutan Hari Guru
(Sila rujuk peta minda yang disediakan)
Latihan 3 : Laporan Hari Sukan
(Sila rujuk peta minda yang disediakan)
Latihan 4 : Karangan Cereka - Melengkapkan Cerita (Memulakan
cerita dengan penutup yang diberikan)
Setelah mendengar penjelasan Guru Besar, ibu dan ayah berasa
lega. Mereka juga berazam untuk meluangkan masa untuk adik dan
saya.
Bina Ayat
Program Bahasa Melayu Edubest SR3B02 12
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
D. Bina Ayat
Bina Ayat 1 :
Bina Ayat 2 : Aktiviti
Bina Ayat 3 :
Bina Ayat 4 :
E. Ulasan
Ulasan 1 :
1. ….diserang ikan todak……
2. ….cedera parah…..terkorban
3. ….mengesyorkan raja agar memagari……batang pokok pisang
4. …memperkenankan cadangan……dipagari….
5. …mati …..muncung ikan todak terpacak……menyerang….
Program Bahasa Melayu Edubest SR3B02 13
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Bina Ayat 3 : Cara-cara pasukan keselamatan negara menjaga
keselamatan Negara
1. ….pergi berkelah………bekalan
2. ….memindahkan bekalan……..
3. ….membentangkan tikar di………..meletakkan…&……
4. …bersembang dan menikmati …….
5. …mengutip kulit siput……bermandi-manda ………….pelampung
1. Keselamatan…..dikawal …angkatan tentera ………terdiri
daripada…darat,…….udara & …….laut
2. ……mengawal ruang udara ……pesawat pejuang
3. ….mengawal perairan negara………..kapal perang
4. ……mengawal …………..di sempadan negara …….
5. ……dilengkapi senjata semasa………………………………….
Program Bahasa Melayu Edubest SR3B02 14
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Bina Ayat 4 : Peraturan Hari Sukan
1. Setiap ahli rumah sukan…….berarak serentak………..seragam…..
memenangi ……….. perbarisan
2. ……mestilah memberikan tabik hormat apabila…….
3. ….berdiri tegak & menumpukan …….berucap…
4. ……hanya boleh memulakan larian.....pelepas membunyikan …….
5. ……atlet yang memenangi …….degnan mematuhi peraturan
sukan……….hadiah
Program Bahasa Melayu Edubest SR3B02 15
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
E. Ulasan
Ulasan 1 :
Pengenalan : Demam denggi……berbahaya ….berleluasa….
Isi tersurat :
1. …..disebabkan oleh nyamuk……
2. …membiak di dalam…..bersih….bertakung
3. ….menghentikan kitaran …..mencegah demam…….
4. Isi tersirat :
1. Demam………maut
2. ….membersihkan ……bertakung….memusnahkan….pembiakan ..
3. …mengelakkan gigitan …..memasang jaring pada…..
Penutup : Kesimpulannya, …bekerjasama ……………..…..memusnahkan
kerana ―Tiada Aedes Tiada Denggi‖
Program Bahasa Melayu Edubest SR3B02 16
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Ulasan 2 :
Pengenalan :Akhlak mulia……dipupuk pada setiap…..
Isi tersurat :
1. …berpakaian bersih…….kemas
2. ….membantu warga tua …….melintas jalan
3. …menghormati…….memberikan salam apabila….
Isi tersirat :
1. ….dipupuk sejak kecil di….
2. …di sekolah ….memdidik murid-murid agar….
3. ….dihormati dan disenangi orang ….
Penutup : Kesimpulannya, ….perlu dipupuk…..dari kecil oleh …..
Program Bahasa Melayu Edubest SR3B02 17
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Ulasan 3 :
Pengenalan : ….rekreasi baik …penting kepada…
Isi tersurat :
1. …berjoging / bersiar-siar di….
2. …berkayak di …..
3. …berbasikal / membaca surat khabar di…
Isi tersirat :
1. ….dapat merapatkan perhubugan antara….
2. …dapat mengisikan masa lapang…
3. Aktiviti ini……..…menyihatkan badan……………
Penutup : Kesimpulannya, aktiviti ……………..…..digalakkan demi
kesejahteraan …..
Program Bahasa Melayu Edubest SR3B02 18
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Ulasan 4 :
Pengenalan : Perkhemahan ….mendatangkan ….faedah
Isi tersurat :
1. ….bekerjasama mendirikan khemah…..arahan guru
2. …menyediakan makanan…menjerang air 3. …mengambil air dari ….berdekatan…..
Isi tersirat :
1. ….dapat melatih…..berdikari….….
2. …dapat menggalakkan sikap bekerjasama antara….
3. …melatih …..berdisiplin …..mematuhi arahan & peraturan
Penutup : Kesimpulannya, aktivit perkhemahan…..digalakkan
demi…….
Program Bahasa Melayu Edubest SR3B02 19
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
F. Rampaian Bahasa
Simpulan Bahasa
1. Baharu celik : Baru mendapat kesenangan
2. Bahasa halus : Kata-kata lembut yang bersopan
3. Bahasa kesat : Bahasa kasar yang menyakiti hati orang lain
4. Bangkai bernyawa : Orang yang tidak berguna
5. Banyak akal : Banyak muslihat
6. Banyak lemak : Kelakuan yang mengada-ngada atau berlebihan
7. Banyak tangan : Banyak orang menguruskan sesuatu hal /
urusan
8. Barang berkat : Barang yang didapati secara halal
9. Batang tubuh : Diri sendiri atau peribadi
10. Batu ujian : Sesuatu bentuk ujian yang berat
11. Bau-bau bacang : Hubungan persaudaraan yang jauh
12. Bawa bermenung : Diajak berbincang
13. Bawa bersemuka : Mempertemukan dua pihak yang berselisih
faham untuk mencari penyelesaian
14. Bawa berunding : Diajak berbincang
15. Bawa diri : Mengembara atau melarikan diri
16. Bawa hati : Mencurahkan isi hati ; berasa kecewa
17. Bawa kaki : Berjalan-jalan atau merayau-rayau tanpa
arah; Mengumpulkan kawan-kawan dengan
Program Bahasa Melayu Edubest SR3B02 20
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
niat berlawan
18. Bawa ke tengah : Bawa ke muka pengadilan
19. Bawa mulut : Menceritakan hal seseorang kepada orang lain
20 Bawa nasib : Pergi mencari pekerjaan atau rezeki
21. Bekas tangan : hasil buatan sendiri; tulisan tangan; pukulan
22. Bengkak hati : Kecewa
23. Bengkak perut : Sakit hati
24. Berani lalat : Berani di belakang lawan
25. Berat kepala : Susah memahami pelajaran atau sesuatu
perkara
26. Berat mata : Mengantuk
27. Bergolok bergadai : Kehabisan harta kerana sesuatu perkara
28. Berganti tikar : Mengahwini kakak atau adik isteri atau
saudara suami setelah pasangan meninggal
dunia
29. Beri muka : memberi kebebasan atau terlalu memanjakan
seseorang
30. Betul bendul : Orang yang lurus
31. Bidan terjun : Orang yang diminta melakukan sesuatu
pekerjaan dengan tiba-tiba kerana orang yang
sepatutnya membuat kerja
itu tidak hadir
32. Bintang hati : Kekasih
33. Bodoh sombong : Orang yang bodoh tetapi tidak mahu
Program Bahasa Melayu Edubest SR3B02 21
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
mendengar nasihat
34. Bongkok sabut : Bongkok orang tua
35. Bongkok udang : Bongkok orang muda
36. Buat bodoh : Berpura-pura bodoh
37. Buat nama : menjadi masyhur; menghadiri sesuatu majlis
hanya untuk memenuhi jemputan
38. buaya darat : Lelaki yang suka bertukar teman wanita
39. Buka mata : Sedar
40. Buka mulut : Mengadu hal kepada seseorang
41. Buka tembelang : Mendedahkan keburukan seseorang
42. Bulat fikiran : Keputusan yang tetap
43. Bulat hati : Bersungguh-sungguh
44. Bunga dedap : Perempuan yang cantik tetapi tidak berbudi
45. Bunga wang : Faedah bank
46. Buruk siku : Mengambil semula benda yang sudah diberi
kepada orang lain
47. Buta hati : kejam; susah hendak menerima pelajaran
48. Buta tuli : Membuat suatu pekerjaan tanpa berfikir
panjang
Program Bahasa Melayu Edubest SR3B02 22
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Kata Ganda (B)
1. berbahas-bahasan : berdebat
2. baik-baik : buat dengan baik
3. berbaik-baik : berhubungan baik dengan seseorang
4. basah-kuyup : habis basah
5. baru-baru : kebelakangan ini
6. batu-bata : ketulan batu yang digunakan untuk
membina rumah
7. batu-batan : pelbagai jenis batu
8. bayang-bayang : lembaga gelap yang terhasil akibat
halangan cahaya
9. Bau-bauan : minyak wangi
10. bengkak-bengkil : bengkak-bengkak
11. bengkang-bengkok : tidak lurus
12. beri-beri : sejenis penyakit kaki
13. besar-besaran : secara banyak, besar dan rasmi
14. betul-betul : bersungguh-sungguh, benar-benar
15. biji-bijian : Pelbagai jenis benih
16. bila-bila : bila-bila masa
17. bintik-bintik : tompok atau titik yang ada pada sesuatu
permukaan
18. bincut-bincut : benjol; bengkak
19. bolak-balik : pergi dan balik
Program Bahasa Melayu Edubest SR3B02 23
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
20. seboleh-bolehnya : sedaya upaya
21. bukut-bukau : banyak bukit
22. buli-buli : botol kecil
23. kebudak-budakan : kelakuan seperti budak
24. bukan-bukan : perkara yang tidak benar atau
perbuatan yang tidak diperlukan
25. bunyi-bunyian : alat muzik
26. bulang-bulang : sesuatu yang dililitkan pada kepala
27. terburu-buru : tergesa-gesa
Perkataan Banyak Makna
1. Mangga
a. sejenis buah : Buah mangga itu belum masak.
b. ibu kunci : Mangga pintu yang rosak itu tidak boleh
dibuka.
2. Manis
a. rasa seperti gula: Kopi itu terlalu manis.
b. sangat menarik : Senyuman adik perempuan Zaidi sungguh
manis.
c. cantik, elok : Gadis yang manis itu bernama Cik
Suriani.
d. panggilan untuk : Abang mendekati si manis tanpa
Program Bahasa Melayu Edubest SR3B02 24
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
gadis yang manis rasa segan.
e. sopan, beradab : Duduk baik-baik, tidak manis dipandang
orang.
3. Masak
a. sudah boleh : Nasi itu sudah masak.
dimakan
b. sudah ranum : Buah mangga itu sudah masak.
c. tahu, biasa : Ibu sudah masak dengan perangai adik.
4. Mata
a. pancaindera : Matanya merah setelah tidak tidur
semalaman.
b. bahagian tajam : Mata pisau itu sudah berkarat.
alat pemotong
c. markah : Roslin Hashim telah memperoleh lima
mata berturut- turut dalam set
pertama.
5. Mentah
a. belum masak : Buah betik di halaman rumah masih
mentah.
b. tidak masak : Perut adik sakit kerana termakan nasi
mentah.
c. belum matang : Dia masih mentah untuk menentukan
masa depannya.
d. belum diproses : Kelapa sawit ialah bahan mentah utama
Malaysia.
Program Bahasa Melayu Edubest SR3B02 25
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
6. Muak
a. jemu, bosan : Raini sudah muak dengan makanan di
kantin sekolah.
b. loya, mual : Dia berasa muak setelah terhidu bau
durian.
c. benci, jijik : Pekerja syarikat itu sudah muak
mendengar janji kosong majikan mereka.
Perkataan Hampir Sama Makna
Cara Memasak
1. memasak : memasak secara umum / biasa
2. menanak : memasak nasi (menanak nasi)
3. menjerang : memasak air (menjerang air)
4. menggoreng : memasak dengan minyak di kuali (menggoreng ikan)
5. merebus : memasak dengan air (merebus telur)
6. memanggang : memasak makanan dengan menggunakan bara api
(memanggang ayam)
7. membakar : memasak dengan menggunakan api dan bara
(membakar sate)
8. mengukus : memasak dengan menggunakan wap air
(mengukus ikan)
9. mereneh : memasak sup (mereneh sup)
10. menumis : memasak dengan menggunakan minyak atau lemak
(menumis sambal)
Program Bahasa Melayu Edubest SR3B02 26
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Pepatah Melayu
1. Arang habis besi binasa, tukang kerja penat sahaja
Maksud : Melakukan sesuatu pekerjaan yang tidak memberi
Keuntungan atau faedah, melainkan kerugian.
Contoh : Arang habis besi binasa, tukang kerja penat sahaja,
Begitulah nasib Rahman sejak membuka perniagaannya.
2. Banyak air ikan tidak mati
Maksud : Seseorang yang dapat mengumpul harta akan bahagia
hidupnya.
Contoh : Guna bekerja kuat dari masa mudanya kerana dia
Menganggap bahawa usahanya itu adalah untuk hari
tuanya, bak kata orang banyak air ikan tidak mati.
3. Bagaimana acuan, begitulah kuihnya (Bapa borek anak rintik)
Maksud : Seseorang anak yang mempunyai tingkah laku yang sama
seperti ibu bapanya.
Contoh : Sikap kedekut yang ada pada Khairul saling tidak ubah
seperti ayahnya, benarlah kata pepatah bagaimana
acuan, begitulah kuihnya.
Program Bahasa Melayu Edubest SR3B02 27
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
4. Belakang parang kalau diasah lagikan tajam
Maksud : Walau bagaimana bodoh sekalipun seseorang itu, jika dia
Rajin belajar akan pandai juga.
Contoh : Ayah selalu menasihati anak-anaknya agar rajin belajar
Kerana pada pendapatnya belakang parang kalau diasah
lagikan tajam inikan pula otak manusia.
Program Bahasa Melayu Edubest SR3B02 28
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Pelan Lokasi
@ Pusat Tuisyen Didikan Genius
No.2-1, Jalan 4/109E, Desa Business Centre, Taman Desa, 58100 Kuala Lumpur. Tel: 03-7983 7650
http://www.edubest.com.my