@
Pusat Tuisyen Didikan Genius
Program Bahasa Melayu Sekolah Rendah Edubest
Tahap SR2B
Modul 8
Nama : ____________________________
Markah Kuiz Komputer
Minggu Tarikh Tatabahasa
(%)
Perbendaharaan Kata (%)
Peribahasa
(%)
Lain-lain
1
2
3
4
5
Program Bahasa Malaysia Edubest Modul 8
A. Perbendaharaan Kata & Bacaan
a. Perbendaharaan Kata
Bil. Perkataan/Frasa Kata Akar 意 思
1 pencemaran
-perbuatan mencemarkan/mengotorkan
污 染
2 nyaman
-segar
新 鲜
(空 气)
3
permatang
-jalan kecil yang tinggi sedikit daripada kawasan
sekelilingnya
堤
4 sawah
-bendang
稻 田
5 sepoi-sepoi bahasa
-perlahan-lahan/lembut
微( 风)
6 alangkah
-betapa, sangat
多 么
7 mengeluh
-melahirkan rasa dukacita atau sedih
叹 息
8 sesak
-terlalu penuh
拥 挤
9 membayangkan
-menggambarkan
想 象
10 sepanjang masa
-segenap masa, selama
从 开 始
到 结 束 (
时 间)
11 serius
-teruk/berat dan parah kesannya
严 重
Program Bahasa Melayu Edubest SR2B08 1
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
12 pesat
-cepat
迅 速
13 terhindar
-terlepas /bebas daripada
远 离
14 berterusan
-berlarutan, berpanjangan
持 续
15 mendiamkan diri
-tidak bercakap
沉 默 不 语
16 diajukan
-ditujukan/dikemukakan sesuatu
被 问
17 mengandungi
-berisi , dimuatkan dengan
含 有
18 melarut
-menjadi hancur atau cair dalam cecair
溶 解
19 mementingkan diri
-memikirkan hal diri sendiri sahaja
自 私
20 terdedah
-tidak tertutup, terbuka
曝 露
21 pembangunan
-kegiatan memajukan
发 展
22 menjejaskan
-merosakkan
影 响
23 pendapatan
-gaji
收 入
24 mengawal
-mengawas
守 卫
25 meniti
-berjalan dengan berhati-hati
小 心 地 走
26 mustahil
-tidak mungkin
不 可 能
27 beroperasi
-menjalankan kegiatan
营 业
Program Bahasa Melayu Edubest SR2B08 2
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
b. Latihan Perbendaharaan kata – Isi tempat kosong
1. Dalam perhimpunan, para hadirin tidak boleh bercakap
_________________ agar perjalanan perhimpunan tidak akan
terganggu.
2. Peperangan yang ___________selama dua tahun di negara itu
telah menyebabkan negara itu menjadi negara termiskin di dunia.
3. Pemakanan yang tidak seimbang akan ____________kesihatan
kita.
4. _____________ yang _________di bandar itu telah menarik
pelancong asing ke tempat itu.
5. Orang yang hanya ____________________ tidak akan
mempunyai kawan.
6. ______________dia boleh membuat soalan Matematik itu
sedangkan nombor dari 1 hingga 100 pun dia tidak tahu.
7. _____________udara dan bunyi di banda raya Kuala Lumpur
semakin _________.
8. Angin yang bertiup ________________________pada waktu
petang itu membuat Ramlah ________________saat-saat manis
dia bersama kawan baiknya.
9. Kilang yang ______________tanpa lesen di kampung itu telah
diperintahkan tutup.
10. Makanan yang dijual di tepi jalan ______________kepada
habuk yang disebabkan oleh pergerakan kenderaan.
( %)
Program Bahasa Melayu Edubest SR2B08 3
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Pencemaran Udara
Zee dan abangnya, Zahrul bersiar-siar di hujung kampung. Cuaca
pada petang itu sungguh nyaman. Zee memerhati adiknya bermain
layang-layang di permatang sawah. Angin petang yang bertiup sepoi-
sepoi bahasa itu amat sesuai untuk bermain wau.
“Alangkah seronoknya tinggal di kampung,” bisik Zahrul.
“Kenapa ? Abang tak seronok ke tinggal di bandar ?” tanya Zee.
Zahrul mengeluh panjang. Kalau boleh, dia mahu tinggal di kampung
buat selama-lamanya. Walau bagaimanapun, dia terpaksa melupakan
niatnya kerana dia bekerja di bandar.
“Suasana di bandar jauh berbeza dengan suasana di sini.
Masyarakat bandar sentiasa berlumba-lumba mencari harta kekayaan.
Jalan raya pula sesak dengan kendaraan,” beritahu Zahrul.
Zee terdiam seketika apabila mendengar kata-kata abangnya. Zee
dapat membayangkan bagaimana kehidupan di bandar yang sentiasa
sibuk sepanjang masa,
“Boleh dikatakan pada setiap hari abang menyedut udara yang
kotor. Malah pencemaran udara di kawasan bandar semakin serius.
Udara di kampung pula lebih bersih kerana pembangunannya tidak
sepesat di bandar,” tambah Zahrul.
Zee berasa bertuah kerana kampungnya terhindar daripada
pencemaran udara, Zee berharap agar perkara ini akan berterusan
sampai bila-bila.
Program Bahasa Melayu Edubest SR2B08 4
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
“Abang, apakah punca yang menyebabkan pencemaran udara?” soal
Zee.
“Punca utama yang menyebabkan pencemaran udara ialah asap yang
dikeluarkan daripada kilang dan kenderaan,” terang Zahrul.
“Adakah udara yang kotor ini akan memberi kesan yang buruk ?”
Zahrul hanya mendiamkan diri dengan pertanyaan yang diajukan
oleh Zee.
“Untuk pengetahuan Zee, asap yang dibebaskan dariapda kilang
mengandungi gas racun. Gas beracun ini akan melarut dalam air hujan
dan menghasilkan air hujan yang berasid. Hujan asid ini boleh
memusnahkan tumbuh-tumbuhan. Hidupan di dalam air sungai, tasik dan
kolam juga mati,” jelas Zahrul dengan panjang lebar.
“Jadi, kita hendaklah bersama-sama mencegah pencemaran udara.
Betul tak abang ?” Zee meminta pendapat abangnya.
Zahrul sedar bahawa selama ini manusia lebih mementingkan diri
sendiri daripada memikirkan kebersihan udara.
“Kalau begitu, abang tak payahlah tinggal di bandar,” cadang Zee.
“Sebenarnya Zee, pencemaran udara boleh berlaku di mana-mana
sahaja termasuklah di kampung kita,” beritahu Zahrul.
Zee terkejut dengan kata-kata abangnya. Dia tidak dapat
membayangkan bagaimana keadaan kampung mereka jika berlaku
pencemaran udara.
“Tapi Zee yakin kampung kita tidak akan terdedah kepada
pencemaran udara,” bantah Zee.
Program Bahasa Melayu Edubest SR2B08 5
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
“Pada pendapat abang, tidak mustahil pencemaran udara akan
berlaku di kampung ini dalam masa lima atau enam tahun akan datang.
Cuba Zee lihat pembangunan di kampung kita yang semakin pesat. Tidak
lama lagi banyak kilang yang akan didirikan,” ujar Zahrul.
“Maksud abang, adakah kita akan mendapat penyakit?” tanya Zee.
“Ya, kilang yang beroperasi ini akan membebaskan asap serta
mengeluarkan bau yang boleh menjejaskan kesihatan penduduk,” tambah
Zahrul.
“Abang, apakah yang akan terjadi jika pencemaran udara tidak
dikawal ?” soal Zee lebih bersemangat.
“Pencemaran udara boleh menyebabkan tanaman para petani tidak
dapat tumbuh dengan subur. Oleh itu, pendapatan mereka akan
berkurangan. Murid-murid sekolah juga tidak dapat mengulang kaji
pelajaran kerana bunyi bising jentera,” terang Zahrul.
Zee bimbang jika perkara itu benar-benar berlaku di kampungnya
pada suatu hari nanti.
“Abang, apakah yang harus kita lakukan untuk mengawal
pencemaran udara ?” tanya Zee.
“Langkah yang paling berkesan untuk mengawal pencemaran udara
ialah kita mestilah bersama-sama menjaga kebersihan udara. Pihak
pengusaha kilang juga tidak boleh mendirikan kilang berdekatan dengan
kawasan perumahan,” jelas Zahrul.
“Zee rasa, pencemaran udara dapat dikurangkan jika kita
berkongsi kenderaan, menghentikan amalan merokok dan menanam
pokok-pokok bunga di rumah,” celah Zee.
Program Bahasa Melayu Edubest SR2B08 6
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
“Wah, pandainya adik abang !” puji Zahrul.
Zee tersenyum bangga dengan pujian abangnya.
Hari sudah hampir senja. Zee dan abangnya meniti permatang padi
sambil memanggil adik mereka yang leka bermain wau.
B. Pemahaman
1. Apakah yang menyebabkan abang Zee tidak boleh tinggal di kampung ?
(KBAT)
_____________________________________________________
_____________________________________________________
2. Bagaimanakah kehidupan masyarakat di bandar ?
_____________________________________________________
_____________________________________________________
3. Apakah punca utama yang menyebabkan pencemaran udara ?
_____________________________________________________
_____________________________________________________
4. Pada pendapat kamu, apakah langkah yang boleh diambil untuk
mengatasi masalah pencemaran udara ?
i. jangan membuang samapah
ii. jangan membakar sampah secara terbuka
iii. menggunakan kenderaan awam
Program Bahasa Melayu Edubest SR2B08 7
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
iv. mengurangkan pembebasan asap dari kilang
A. i, ii B, ii, iii C. ii, iii, iv D. i, ii, iii, iv
5. Padankan perkataan daripada Petak A dengan Petak B untuk
membentuk frasa yang bermakna.
1. ___________________ 6. ______________________
2. ___________________ 7. ______________________
3. ___________________ 8. ______________________
4. ___________________ 9. ______________________
5. ___________________ 10. _____________________
( %)
Petak A
1. menjejaskan
2. mendiamkan
3. berkongsi
4. pencemaran
5. panjang
6. mencari
7. punca
8. amalan
9. membebaskan
10.mengeluarkan
Petak B
1. bau
2. merokok
3. kesihatan
4. asap
5. kekayaan
6. utama
7. udara
8. lebar
9. diri
10.kenderaan
i-Think
Program Bahasa Melayu Edubest SR2B08 8
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
C. Tatabahasa
Nota Ringkas:
Ayat Aktif dan Ayat Pasif
1. Ayat aktif dan ayat pasif adalah dua bentuk ayat yang berlainan
tetapi sama maksudnya.
2. Ciri-ciri ayat aktif dan ayat pasif:
Ayat Aktif Ayat Pasif
mengutamakan pelaku
sebagai subjek (di depan
ayat)
kata kerja biasanya
berimbuhan “meN-”
mengutamakan objek dan
perbuatan (di depan ayat)
kata kerja berimbuhan “di-
” dan diikuti dengan
“oleh” (kata sendi)
3. Ayat aktif boleh ditukar kepada ayat pasif dan sebaliknya.
Subjek/Pelaku Ayat Aktif – Ayat Pasif
Pihak 3 Ayat
Aktif
Saifudin menternak ikan emas di dalam akuarium.
(subjek) (kata kerja) (objek) (frasa sendi)
Ayat
Pasif
Ikan emas diternak oleh Saifudin di dalam akuarium.
(objek) (kata kerja) (subjek) (frasa sendi)
Pihak 1 & 2 Ayat
Aktif
Saya/Kamu menternak ikan emas di dalam akuarium.
(subjek) (kata kerja) (objek) (frasa sendi)
Ayat
Pasif
Ikan emas saya/kamu ternak di dalam akuarium.
(objek) (subjek) (kata kerja) (frasa sendi)
4. Frasa sendi dikekalkan di tempat asal (bahagian belakang ayat)
Program Bahasa Melayu Edubest SR2B08 9
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Latihan:
A. Tuliskan subjek, objek, kata kerja dan frasa sendi bagi ayat-ayat
aktif dan pasif berikut.
1. Jefri melukis gambar di halaman rumah.
a. Subjek :
b. Objek :
c. Kata kerja :
d. Frasa sendi:
2. Seekor burung nuri ditangkap oleh Izzaidee dengan sangkar
burung.
a. Subjek :
b. Objek :
c. Kata kerja :
d. Frasa sendi:
3. Rashid dan Razif melawat Eropah pada bulan lalu.
a. Subjek :
b. Objek :
c. Kata Kerja :
d. Frasa sendi:
4. Kurma ayam dimasak oleh ibu dengan kuali baharu.
a. Subjek :
b. Objek :
c. Kata kerja :
d. Frasa Sendi:
5. Kamisan membeli garam dan gula di kedai runcit.
a. Subjek :
b. Objek :
c. Kata kerja :
d. Frasa Sendi:
i-Think
Program Bahasa Melayu Edubest SR2B08 10
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
B. Tukarkan ayat berikut kepada ayat aktif. (KBAT)
1. Siti Nurhaliza mendendangkan sebuah lagu baharu semalam.
_____________________________________________________
2. Haliza Misbun dan Azmeer membuka kedai runcit di Taman Melati.
_____________________________________________________
3. Saya menulis karangan bahasa Melayu di bilik.
_____________________________________________________
4. Anda menghantar buku latihan kepada Cik Anis.
_____________________________________________________
5. Dia menggoreng telur pada waktu petang.
_____________________________________________________
6. Ibu Ibrahim menanak nasi dengan periuk nasi elektrik.
_____________________________________________________
C. Tukarkan ayat pasif berikut kepada ayat aktif. (KBAT)
1. Kuih koci ini dibuat oleh Mak Minah dengan kelapa dan tepung.
_____________________________________________________
2. Lantai telah kami cuci pagi tadi.
_____________________________________________________
Program Bahasa Melayu Edubest SR2B08 11
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
3. Radio dipasang oleh adik dengan kuat.
_____________________________________________________
4. Hukuman tuanku jatuhkan dengan adil.
_____________________________________________________
5. Gitar boleh dipetik oleh Fazli dengan baik sekali.
_____________________________________________________
6. Ucapan itu disampaikan oleh beliau semasa upacara perasmian
diadakan.
_____________________________________________________
D. Pertuturan
Rangsangan 3:
Buat penerangan tentang notis yang terdapat di bawah:
Program Bahasa Melayu Edubest SR2B08 12
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
E. Penulisan
Karangan Keperihalan
Panduan Mengarang
1. Karangan keperihalan meminta anda menulis sesuatu yang anda
lihat atau alami. Anda perlu mencerita dan menyifatkan apa yang
anda lihat atau alami.
2. Biasanya, anda akan menulis karangan tentang majlis, situasi,
keadaan, tempat, aktiviti atau peristiwa.
3. Karangan keperihalan ditulis mengikut urutan peristiwa.
4. Anda perlu menggunakan kata akjektif atau adverb untuk
menjadikan karangan anda lebih menarik
5. Akhiri karangan anda dengan nilai murni
Karangan Contoh:
Minggu lalu aku dan keluarga menghadiri suatu majlis perkahwinan
saudara kami di kampung Seri Kendung, Negeri Sembilan Darul Khusus.
Kami bertolak pada pukul 10.00 pagi dengan menaiki kereta.
Kira-kira pukul 12.30 tengah hari, kami tiba di tempat yang ditujui.
Kami mendapati sudah banyak jemputan yang datang. Majlis itu
kelihatan meriah. Ada yang menolong menghidangkan makanan, ada yang
membasuh pinggan mangkuk, dan ada pula yang berbual-bual. Kedatangan
kami disambut dengan besar hati oleh pak cik dan mak cik. Kami disuruh
menjamu selera bersama dengan tetamu yang lain.
Program Bahasa Melayu Edubest SR2B08 13
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Selepas makan, ibu dan kakak ke bilik pengantin untuk memberinya
hadiah. Sementara aku dan ayah pula membantu pak cik menghidangkan
makanan untuk para tetamu. Aku turut membantu memberikan bunga
telur kepada para jemputan.
Pada pukul 2.00 petang rombongan pengantin lelaki yang diiringi
dengan paluan kompang tiba. Sebelum majlis persandingan, persembahan
silat diadakan. Pengantin diarak ke pelamin dan upacara tepung tawar
diadakan. Sanak saudara dan sahabat handai diberi peluang untuk
menepungtawari pengantin dan bergambar dengan pengantin.
Apabila hari semakin petang, kami pun meminta diri untuk pulang.
Kami bersalam-salaman dengan pak cik dan mak cik. Aku berasa gembira
dapat menyaksikan majlis perkahwinan yang penuh dengan adat istiadat.
Latihan 1 : Keadaan di Stesen Bas
(Sila rujuk peta minda yang disediakan)
Latihan 2 : Hari Pengambilan Laporan Kemajuan Sekolah
(Sila rujuk peta minda yang disediakan)
Program Bahasa Melayu Edubest SR2B08 14
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Simpulan Bahasa
1. Jauh hati : Merajuk
kerana tersinggung oleh
perbuatan atau
percakapan.
2. Kecil hati : Merajuk
3. Lintah darat : Orang
yang mengenakan harga
yang tinggi terhadap
pinjaman yang
diberikan.
4. Makan hati : Menderita
akibat perbuatan orang
lain.
5. Makan suap : Rasuah
6. Otak kering : Susah
atau lambat menerima
pelajaran.
7. Patah hati : Kecewa
atau putus asa.
8. Ringan tangan : Suka
memberikan bantuan
kepada orang lain.
9. Senyum simpul :
Senyum gembira atau
geli hati kerana sesuatu
yang menarik.
10. Tangkai jering :
Orang yang kedekut.
Pintar Kata
(Perkataan Banyak Makna)
1. kesan
a. bekas atau tanda :
Lina cuba
menghilangkan
kesan kotoran pada
baju ayah dengan
serbuk pencuci
yang istimewa.
b. hasil atau akibat :
Ubat itu dikatakan
akan mendatangkan
kesan sampingan
kepada pesakit jika
diambil berlebihan.
2. Lampau
a. lepas :
Pada masa yang
lampau, manusia
tinggal di dalam
gua.
b. lebih daripada yang
dijangka : Dia
gemuk kerana
terlampau banyak
makan.
Input Bahasa
Program Bahasa Melayu Edubest SR2B08 15
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Pelan Lokasi
@ Pusat Tuisyen Didikan Genius
No.2-1, Jalan 4/109E, Desa Business Centre, Taman Desa, 58100 Kuala Lumpur. Tel: 03-7983 7650
http://www.edubest.com.my