Download - Qurban TERBAIK MRA 1433
LAPORAN PERLAKSANAAN
QURBAN TERBAIK 1433 Malaysia-Thailand-Myanmar-Pakistan-Somalia-Sri Lanka-Afghanistan-Mesir
QURBAN TERBAIK SEMAKIN MANTAP Tahun lalu, melalui kempen Qurban Terbaik 1432, MRA telah
berjaya mengagihkan bahagian Qurban sebanyak 408 bahagian
ke enam buah negara iaitu Somalia, Thailand, Indonesia,
Burma, Pakistan termasuk Malaysia. Haiwan Qurban pula ter-
diri daripada Unta, Lembu, Kambing dan Biri-biri.
Alhamdulillah, tahun ini, jumlah bahagian yang diperolehi me-
lalui Qurban Terbaik 1433, MRA telah meningkat kepada 617
bahagian, berlaku peningkatan sebanyak 209 bahagian.
Jumlah pembabitan negara juga meningkat kepada lapan buah
negara, ini bermakna peningkatan dua buah lagi negara.
MRA telah berjaya mengekalkan perlaksanaan Qurban Terbaik
di Somalia, Thailand, Myanmar, Pakistan dan Malaysia, menam-
bah perlaksanaan di Sri Lanka dan Afghanistan.
Kerja-kerja perlaksanaan Qurban Terbaik di negara-negara
tersebut telah dilakukan dengan kerjasama rakan-rakan
pelaksana MRA yang berada di negara tersebut. Ketekunan
dan kerjasama yang mereka berikan amat kami hargai dan
sanjungi.
Untuk makluman, tidak mudah bagi kami melakukan Qurban
di beberapa buah kawasan, terutama di zon konflik dan zon
peperangan. Kami berhadapan dengan beberapa kesulitan
dalam melaksanakan Qurban di Arakan tahun ini.
Konflik yang melanda wilayah Arakan menyebabkan umat Islam
Rohingya menjadi mangsa diskriminasi dan keganasan yang
berterusan. Tekanan dan serangan berlanjutan menjadikan
konflik ini berpanjangan tanpa kesudahan. Ianya juga
meny ebabkan kesukaran bagi umat Islam di Arakan mengerja-
kan ibadah Qurban ditempat terbuka dan disiang hari.
Qurban kami telah dilakukan pada waktu malam dan
dikawasan yang tersorok bagi mengelakkan sebarang masalah.
Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada para penyum-
bang yang telah memilih untuk melakukan ibadah Qurban
bersama MRA. Kepercayaan anda terhadap kami amat
disanjungi dan kami hargai. Kami senantiasa bertekad untuk
memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada setiap peserta
yang menyertai ibadah Qurban kelolaan kami ini.
Bagi tahun Qurban Terbaik 1434 yang bakal mendatang, MRA
mensasarkan untuk menggandakan sekali ganda jumlah
bahagian yang diperoleh pada tahun lalu kepada sekurang-
kurangnya 1400 bahagian.
Kami memerlukan sokongan dan kerjasama dari semua pihak
untuk membantu kami menjayakan kempen Qurban Terbaik
tahun ini.
SEKRETARIAT QURBAN TERBAIK MRA 1433
Malaysian Relief Agency
Agihan terbaik buat penyumbang Qurban melalui MRA
QURBAN TERBAIK 1433
QURBAN TERBAIK
1433H
8 negara
617 bahagian
64 kambing
76 lembu
3 unta
MENERUSKAN SILATURAHIM
MERAPATKAN UKHUWAH Kempen Qurban Terbaik 1433 MRA berjalan dengan
baik dan Alhamdulillah mendapat peningkatan ber-
banding dengan jumlah bahagian yang diterima pada
tahun lalu (1432).
Sambutan orangramai kepada program Qurban
Terbaik MRA semakin meningkat dan kami perlu me-
mastikan sokongan ini berterusan buat tahun-tahun
yang mendatang.
MRA mengucapkan kesyukuran kehadrat ALLah SWT
kerana masih terus diberikan kepercayaan oleh
banyak pihak bagi menggendalikan serta melaksana-
kan ibadah Qurban bagi pihak mereka.
Tahun ini, program Qurban Terbaik 1433 telah berjaya dilakukan
di lapan buah negara seperti berikut (termasuk di Malaysia):-
A. Pakistan
B. Afghanistan
C. Sri Lanka
D. Mesir
E. Thailand
F. Myanmar
G. Somalia
Operasi penyembelihan dan pengagihan daging-daging qurban
sepanjang program Qurban Terbaik 1433 telah berjalan dengan
lancar dikesemua lokasi yang telah ditetapkan. LAPO
RA
N Q
UR
BAN
TER
BAIK
MR
A 1
433
: Hal
aman
2
Tahun 1433H, MRA telah berjaya mengumpulkan sebanyak 617
bahagian Qurban untuk diedarkan samada didalam mahupun diluar
negara.
Berbanding dengan jumlah sebelumnya, 408 bahagian sahaja. Ini
bermakna MRA telah berjaya menambah sebanyak 209 bahagian
lagi tahun ini.
Pertambahan bahagian Qurban ini amat jelas membuktikan kami
sedang mula dikenali sebagai pelaksana ibadah Qurban yang perlu
diberkan peluang dan ruang untuk memberikan perkhidmatan.
Walaupun terdapat penurunan dari segi bilangan Qurban pada
sesebuah negara ini tidak dapat kami elakkan kerana ianya
merupakan kehendak pilihan para penyumbang sendiri.
Disamping itu, kami juga mengalu-alukan sumbangan dalam
bentuk daging dari Individu-individu yang prihatin, juga Masjid
dan Surau, terutamanya pada qariah yang mempunyai jumlah
penduduk yang kurang.
Apa yang akan kami lakukan dengan daging ini? Kami akan
simpan didalam peti sejuk beku dan akan kami serahkan kepada
mereka yang memerlukan selepas dari hari-hari Tasyrik.
Namun fasiliti peti sejuk beku ini hanya dapat diberikan kepada
Masjid/Surau/atau Institusi yang berada didalam kawasan Lembah
Kelang sahaja atas alasan lojistik.
Untuk pertanyaan lanjut mengenai ibadah Qurban dan Akikah
1434, sila hubungi kami di Sekretariat Ibadah Qurban MRA di
talian 03-2697 2007.
PERTAMBAHAN 209 BAHAGIAN BERBANDING TAHUN 1432
LAPORAN QURBAN TERBAIK MRA 1433 : Halaman 3
Kunjungan yang dilakukan oleh Dato Dr. Abdul
Razak Kechik bersama Sdr. Mohd Iqbal Abu Bakar
ke Sri Lanka baru-baru ini telah menambahkan lagi
rangkaian kerja MRA disana. Hubungan yang lama
dipererat dan hubungan baru terus dimeterai,
begitulah semangat kami bekerja didalam organisasi
bantuan kemanusiaan.
MRA berkat sokongan orang ramai telah berjaya
melaksanakan Qurban Terbaik 1433 dengan jayanya
di Sri Lanka.
Sebanyak 40 ekor lembu telah selamat di sembelih
dan diagih-agihkan dagingnya kepada penduduk
setempat di empat buah wilayah yang memerlukan
iaitu di Kanthalai, Thopur, Morthuur dan
Irakakandy.
MRA terlibat dengan program pembaikan dan pem-
bangunan semula Masjid yang musnah akibat
perang, juga program pertanian organik dan pem-
bangunan komuniti di kawasan yang pernah di-
landa perang sebelum ini.
LAPORAN QURBAN TERBAIK MRA 1433 : Halaman 4
Qu
rban
Te
rbai
k 1
433
- S
ri L
ank
a
QURBAN TERBAIK 1433
SRI LANKA
MRA terus membantu SAUDARA diperantauan
Agihan daging di IRAKAKANDY Pertempuran diantara kumpulan Pembebasan Harimau Tamil
Eelam (LTTE) dengan tentera kerajaan Sri Lanka menyebabkan
banyak perkampungan terpaksa dikosongkan, terutama di
kawasan pendalaman dan terpencil, jauh dari bandar dan kota.
Yang lebih menderita ialah penduduk dari perkampungan Muslim,
mereka menjadi mangsa konflik diantara kedua belah pihak yang
bertempur. Kedua belah pihak menaruh syak dan sangsi kepada
penduduk Islam dan sering menjadikan mereka sebagai mangsa.
LAPORAN QURBAN TERBAIK MRA 1433 : Halaman 5
Daging Qurban dihantar kepada mereka yang memerlukan
KANTALAI dikunjungi Antara program kendalian MRA yang berjalan di Sri Lanka ialah
program Pembangunan Komuniti, Pertanian Organik juga Pembinaan
Masjid termasuk pendidikan.
Alhamdulillah, kesemua program ini berjalan dengan lancar, berkat
kerjasama dan bantuan daripada rakan pelaksana tempatan.
Sumbangan daging Qurban melalui program Qurban Terbaik
MRA telah sedikit sebanyak membantu meringankan bebanan
makanan yang mereka tanggung sebelum ini.
Kami amat mengalu-alukan sumbangan orangramai bagi mem-
bantu penduduk setempat yang serba memerlukan.
LAPORAN QURBAN TERBAIK MRA 1433 : Halaman 6
Bantuan diberikan kepada mereka yang serba memerlukan
MOORTHUR tidak dilupakan
LAPORAN QURBAN TERBAIK MRA 1433 : Halaman 7
Semoga Hari Raya Qurban mereka disambut meriah...
Rai Qurban di Thoppur, Sri Lanka
Kesibukan dan keprihatinan kita dalam membantu saudara
tertindas di Arakan, saudara yang berada dalam wilayah
konflik seperti Syria dan saudara yang dijajah seperti di
Palestin dan Kashmir, jangan sampai kita melupakan pen-
duduk Muslim Sri Lanka yang menjadi mangsa konflik
dalam peperangan diantara tentera kerajaan Sri Lanka dan
kumpulan Pembebasan Harimau Tamil Eelam (LTTE)
MRA membantu komuniti Muslim disini untuk berdikari dan
membina semula penempatan mereka yang telah punah
dan musnah dalam pertempuran dahulu. Banyak Masjid
dan Sekolah yang musnah dan rosak, telaga dan sumber
air yang dikambus dan diracun. Ini belum lagi kawasan
yang masih dipenuhi dengan jerangkap samar yang belum
dibersihkan lagi.
LAPORAN QURBAN TERBAIK MRA 1433 : Halaman 8
MRA cuba untuk memberikan yang terbaik
Qu
rban
Te
rbai
k 1
433
- S
ela
tan
Th
aila
nd
QURBAN TERBAIK 1433
SELATAN THAI, THAILAND
Malaysian Relief Agency (MRA) meneruskan misi
Qurban Terbaik di Selatan Thai dengan ber
kerjasama dengan beberapa buah organisasi
tempatan disana.
Tahun ini sebanyak 10 ekor lembu telah ber-
jaya disumbangkan ke wilayah bergolak ini.
Proses menyembelih dan mengagihkan daging-
daging Qurban ini kepada mereka yang
memerlukan telah dilakukan oleh penduduk
setempat dengan kerjasama organisasi yang
telah dipilih oleh MRA.
MRA mengucapkan ribuan terima kasih kepada
para penyumbang Qurban kerana tidak
melupakan wilayah Selatan Thailand yang
masih memerlukan sokongan dan bantuan.
LAPORAN QURBAN TERBAIK MRA 1433 : Halaman 9
Dari SAUDARA untuk SAUDARA
Sejak tahun 2009, MRA telah beroperasi di Selatan Thai merangkumi program
Anak Yatim, Pengupayaan Wanita, Pembangunan Komuniti, Bantuan Kecemasan dan
beberapa lagi program lain.
LAPORAN QURBAN TERBAIK MRA 1433 : Halaman 10
MRA tidak pernah lupa kepada Selatan Thailand
Qu
rban
Te
rbai
k 1
433
- G
aro
we
, So
mal
ia
SOMALIA tetap didalam senarai Qurban MRA dan tidak
dilupakan dalam Qurban tahun ini. Sejumlah 3 ekor unta
telah berjaya disembelih dan diagih kepada para penduduk
setempat yang serba kesusahan, yang masih belum pulih se-
penuhnya dari krisis kebuluran, kemarau serta kemelut politik.
Dengan kerjasama NGO tempatan, YAHAN NETWORKS, MRA
telah berjaya mengatur Qurban Terbaik 1433 Somalia dengan
sebaik mungkin.
Daging-daging Qurban pada tahun ini telah diagih-agihkan
kepada para pelarian dalaman yang telah dikenalpasti men-
ghuni beberapa petempatan di Garowe, Puntland.
MRA secara teknikalnya masih beroperasi di Puntland,
Somalia dan telah mengenalpasti dan bercadang untuk mem-
bangunkan projek pembekalan air bersih kepada kawasan
yang memerlukan dalam tahun 2013 kelak.
QURBAN TERBAIK 1433 Bossaso, Puntland, Somalia
LAPORAN QURBAN TERBAIK MRA 1433 : Halaman 11
Para pelarian Somalia yang tinggal di Kem-kem pelarian
sementara sering menghadapi masalah kekurangan
makanan. Kehadiran Aidil Adha memberikan mereka
peluang untuk menikmati daging segar dan makanan yang
lebih baik dari kehidupan seharian mereka.
Belum lagi peluang untuk mendapat rawatan kesihatan
yang terbaik serta tidak membebankan mereka. Bayangkan
kehidupan seharian yang dilalui. Mereka tidak dapat
menikmati manfaat kehidupan seperti kita yang berada di
Malaysia.
LAPORAN QURBAN TERBAIK MRA 1433 : Halaman 12
Anda memberikan kelainan Qurban kali ini kepada mereka
Qurban Terbaik 1433 - Garowe, Somalia KEMARAU yang melanda Somalia tahun lalu masih belum pulih sepenuhnya,
kawasan rumput untuk ragutan haiwan masih kering kusam tanpa ada se-
barang rumput hijau tumbuh. Langit tanpa awan jelas tidak menunjukkan
sebarang tanda kehadiran awan membawa hujan dikala ini.
Kehidupan juga tidak banyak yang berubah, air masih lagi menjadi satu
keperluan mendesak. Namun ianya tidaklah sedahsyat tahun lalu yang
menyaksikan beberapa kematian disebabkan oleh kekurangan air minuman.
MRA dengan penuh kesedaran tampil membantu para
pelarian Somalia yang tinggal di khemah-khemah dengan
memberikan bantuan bekalan air bersih untuk minuman
dan ternakan.
Program MRA di Somalia masih berterusan dan kami
akan menghantar tim berikutnya bagi mengadakan pe-
mantauan keatas projek-projek yang telah kami laksana-
kan sebelum ini.
LAPORAN QURBAN TERBAIK MRA 1433 : Halaman 13
Dekat Di Mata Lekat DiHati
LAPORAN QURBAN TERBAIK MRA 1433 : Halaman 14
Di SOMALIA, kami berqurban UNTA
Terima Kasih MALAYSIA
Qu
rban
Te
rbai
k 1
433
- S
itw
e, A
rak
an
Agak sukar untuk melaksanakan Qurban di sini
pada mulanya kerana situasi setempat yang
masih belum pulih sepenuhnya. Keselamatan
di lapangan masih tidak dapat dijamin malah
tambah memburukkan lagi ialah berlakunya
rusuhan kali kedua di seluruh wilayah Rakhine.
Rusuhan kali kedua ini turut melibatkan etnik
Kaman dan ianya dikatakan berlaku pada
skala lebih besar dari rusuhan kali pertama
tempohari. Rusuhan kali ini turut melarat
sehingga ke Mandalay dan Kachin, kelihatan
lebih teratur dan lebih terancang daripada
yang pertama.
Dalam suasana serba tidak menentu itu,
Alhamdulillah MRA masih dapat menyempurna-
kan ibadah Qurban yang telah diniatkan oleh
para penyumbang dari Malaysia dan daging-
dagingya telah dapat diagih-agihkan ke
kawasan-kawasan yang memerlukan disekitar
Sitwe.
Kami juga terpaksa mengadakan penyembelihan di waktu malam
kerana keadaan keselamatan yang tidak menentu ketika itu.
MRA akan menumpukan program bekalan makanan dan program
kesihatan di daerah Sitwe dalam masa terdekat ini dan meninjau
potensi bantuan didalam sektor-sektor lain sekiranya diperlukan.
MRA berharap orangramai tidak melupakan Rohingya ditengah
kehangatan isu-isu lain.
QURBAN TERBAIK 1433 Sitwe, Rakhine, Myanmar
LAPORAN QURBAN TERBAIK MRA 1433 : Halaman 15
Lain macam cabaran Qurban tahun ini
LAPORAN QURBAN TERBAIK MRA 1433 : Halaman 16
Daging Qurban sumbangan anda amat dihargai oleh penduduk setempat
LAPORAN QURBAN TERBAIK MRA 1433 : Halaman 17
Terimalah Qurban mereka Ya Allah!
Qurban Terbaik 1433 - Sitwe, Arakan
LAPORAN QURBAN TERBAIK MRA 1433 : Halaman 18
Ibadah Qurban terpaksa dilaksanakan diwaktu malam
Qu
rban
Te
rbai
k 1
433
- C
he
ras
Bar
u
QURBAN TERBAIK 1433 Komuniti Rohingya Cheras Baru
Nasib para pelarian Rohingya di Malaysia terus mendapat perhatian
dan dibela. Komuniti Rohingya yang menetap di Cheras Baru telah
menerima sumbangan seekor lembu dari MRA bagi memeriahkan sam-
butan Aidil Adha tahun ini.
Segala aktiviti menyembelih, melapah, mengurus serta mengagihkan
telah dilakukan oleh komuniti tersebut sendiri.
Pelarian Rohingya merupakan penduduk asal di Arakan
(Rakhine), Myanmar yang terpaksa melarikan diri dari kekeja-
man dan keganasan serta ketidak adilan yang dilakukan
terhadap mereka.
Mereka yang berada di Malaysia mendapat perlindungan dan
diberikan status pelarian oleh UNHCR.
LAPORAN QURBAN TERBAIK MRA 1433 : Halaman 19
Mereka melarikan diri bagi menyelamatkan nyawa mereka
MRA membantu para pelarian Rohingya ini dengan mem-
berikan bantuan pendidikan kepada anak-anak Rohingya
agar mereka dapat mempersiapkan diri mereka serta tidak
ketinggalan dalam bidang akademik dibandingkan dengan
bangsa-bangsa Myanmar yang lain.
Sekolah Komuniti Rohingya MRA menggunakan silibus yang dibangunkan oleh
MRA sendiri menggunakan penanda aras silibus yang digunakan di sekolah-
sekolah rendah di Malaysia. Namun, kami tidak melupakan aliran agama,
sekolah kami masih mengadakan pengajian agama disebelah petang.
LAPORAN QURBAN TERBAIK MRA 1433 : Halaman 20
Mereka adalah MUHAJIRIN dan kitalah ANSAR kepada mereka.
MRA merayu kepada Masjid / Madrasah / Surau / Organisasi / Persatuan Khairat / Persatuan Penduduk / Jawatankuasa
Perlaksanaan Qurban agar dapat mempertimbangkan rayuan kerjasama MRA sempena Qurban 1434 nanti.
1. AGIHAN DAGING QURBAN DALAM MALAYSIA
MRA menyediakan fasiliti bilik pendingin beku di Pasar Basah Chow Kit, Kuala Lumpur bagi menerima agihan daging-daging
Qurban dari Masjid/Madrasah/Surau/Organisasi yang ingin diserahkan kepada kami. Daging-daging ini akan disimpan di bilik
pendingin beku ini sehingga tamat hari Tashrik. Daging-daging ini kemudiannya akan diagihkan kepada rumah-rumah anak
yatim dan keluarga miskin yang serba memerlukan yang telah kami kenalpasti.
Sekretariat MRA akan beroperasi sepanjang tempoh hari ibadah qurban berjalan (10 hingga 13hb Zulhijjah) bagi menerima
sumbangan daging-daging dari Masjid/Madrasah/Surau/Organisasi. Sekiranya anda ingin menyumbang daging qurban kepada
kami sila hubungi Sekretariat Qurban Terbaik MRA untuk memudahkan urusan lojistik.
2. PERLAKSANAAN QURBAN DI DALAM MALAYSIA
MRA turut melaksanakan Qurban Terbaik kepada komuniti yang memerlukan di dalam Malaysia. Komuniti utama yang menjadi
tumpuan kami adalah:-
A. Komuniti Pelarian (Rohingya, Somalia, Syria dan lain-lain)
B. Komuniti Orang Asli (diperkampungan Orang Asli yang dibantu oleh MRA dan jaringan kerjasama kami)
C. Komuniti Mualaf (yang sering dibantu oleh MRA)
MRA akan melakukan acara Qurban bersama-sama dengan komuniti yang terlibat, wakil dan warga Masjid/Madrasah/Surau/
Organisasi dijemput untuk hadir dan bersama dalam majlis dan acara Qurban yang diadakan. MRA bertindak sebagai
fasilitator dalam membantu perlaksanaan acara Qurban ini nanti.
3. PERLAKSANAAN QURBAN DI LUAR NEGARA
MRA mempunyai jaringan kerjasama yang baik di beberapa buah negara luar dan juga di wilayah konflik, justeru kami mem
pelawa pihak Masjid/Madrasah/Surau/Organisasi untuk turut menyumbang melalui aktiviti Qurban di kawasan-kawasan tersebut.
Sumbangan melalui Qurban ini amat membantu kami dalam menggerakkan momentum dalam usaha membangunkan semula
komuniti yang berada dalam kesusahan, kepayahan, bencana dan konflik. Sumbangan ini amat bermakna dan dapat memberi-
kan mereka keyakinan bahawa saudara seagama yang berada di tempat lain turut membantu dan ingat kepada mereka
sentiasa. MRA akan memastikan segala sumbangan dan Qurban yang dilakukan akan direkodkan dan didokumentasikan.
Segala transaksi adalah telus dan dicatat rapi. Untuk makluman, MRA mempunyai laporan akaun yang diaudit setiap tahun.
TAWARAN KERJASAMA
MASJID /ORGANISASI MALAYSIA
LAPORAN QURBAN TERBAIK MRA 1433 : Halaman 21
BILANGAN BAHAGIAN QURBAN MENGIKUT NEGARA
YAYASAN MALAYSIAN RELIEF AGENCY (MRA) mengucapkan
ribuan terima kasih diatas kepercayaan berterusan yang
diberikan oleh para penyumbang. Sokongan yang anda
berikan amat bermakna dan sangat membantu mereka
yang memerlukan di lapangan.
Kami berusaha sedaya mungkin dalam memastikan
amanah yang diberikan dapat dilaksanakan dengan semaksima mungkin. Disesetengah lapangan
dimana aktiviti Qurban Terbaik dilakukan, MRA menggunakan petugas tempatan dari kalangan
rakan pelaksana MRA yang telah kami kenalpasti berpotensi dan berkemampuan untuk melak-
sanakan ibadah ini mengikut cara dan konsep yang digunapakai oleh MRA.
Lapangan Sitwe di Arakan memberikan kami cabaran terbesar dalam perlaksanaan Qurban
Terbaik kali ini, perlaksanaan terpaksa dilakukan diwaktu malam dan dalam keadaan tersorok, ada
operasi merampas kamera dan komputer mengakibatkan petugas kami di lapangan kehilangan
gambar dan lambat berkongsi maklumat mengenai perlaksanaannya.
Sekali lagi, saya amat-amat berterima kasih diatas kesudian tuan-tuan dan puan-puan berserta ahli
keluarga yang memilih untuk melaksanakan ibadah Qurban melalui MRA. Ianya sangat membantu
kami dalam membina dan memantapkan hubungan kami bersama masyarakat setempat.
SEBAIK-BAIK MANUSIA ADALAH YANG PALING BERMANFAAT KEPADA YANG LAIN
MOHD SHAHRULAZILAN SAID
Pengarah Eksekutif
LAPORAN QURBAN TERBAIK MRA 1433 : Halaman 22