2
Ramadhan 1432H / Ogos 2011M
Hak Cipta: Buku ini adalah waqaf penulis kepada seluruh umat Islam, tiada hak
cipta mana-mana syarikat
mencetaknya dengan sebarang alat percetakan, dilarang plagiat sama sekali,
dan dilarang meniagakannya tanpa izin bertulis daripada penulis terlebih
3
Ramadhan 1432H / Ogos 2011M
Hak Cipta: Buku ini adalah waqaf penulis kepada seluruh umat Islam, tiada hak
mana syarikat percetakan, dianjurkan untuk menyebarkannya dan
mencetaknya dengan sebarang alat percetakan, dilarang plagiat sama sekali,
dan dilarang meniagakannya tanpa izin bertulis daripada penulis terlebih
dahulu
Hak Cipta: Buku ini adalah waqaf penulis kepada seluruh umat Islam, tiada hak
percetakan, dianjurkan untuk menyebarkannya dan
mencetaknya dengan sebarang alat percetakan, dilarang plagiat sama sekali,
dan dilarang meniagakannya tanpa izin bertulis daripada penulis terlebih
4
لهل دمإن الح، هرفغتسنو هينعتسنو هدمحن، ئاتيس نما وفسنور أنرش نم وذ باللهعنووأشهد أن ال إله إال الله وحده ،ومن يضلل فال هادي له ،من يهده الله فال مضل له ،أعمالنا
.شريك له وأن محمدا عبده ورسولهال
Sesungguhnya pujian itu bagi Allah. Kita memuji-Nya, kita
memohon kepada-Nya dan kita meminta ampun kepada-Nya. Kita
memohon perlindungan kepada Allah daripada kejahatan diri kita dan
keburukan amal perbuatan kita. Barangsiapa yang diberikan petunjuk
oleh Allah, maka dia tidak akan menjadi sesat. Barangsiapa yang Dia
sesatkan, maka tidak ada pemberi petunjuk untuknya. Saya bersaksi
bahawa tidak ada Tuhan selain Allah yang Maha Esa. Dan bahawa
Muhammad adalah hamba-Nya dan utusan-Nya.
الله ابتك يثدالح قدإن أص، دمحم يدي هداله نسأحال ،و رشاوهثاتدحور مأم، وكل ضاللة في النار ،وكل بدعة ضاللة ،وكل محدثة بدعة
Sesungguhnya perkataan yang paling benar adalah kitabullah.
Dan sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Muhammad SAW. Dan seburuk-buruk perkara adalah yang diada-adakan. Dan semua yang
diada-adakan adalah bid‘ah. Dan semua bid’ah adalah sesat. Dan
semua kesesatan adalah di dalam neraka. - Hadith riwayat Imam Al-Nasa’i dalam Sunannya, Kitab Solat Al-‘Idain, no. 1560.
5
����� �� �� � ����� �� �� � ����� �� �� � ����� �� �� �������������������������������������
����� ����� �������� ����� �������� ����� �������� ����� ���
����� ����� ��� �� � �������� ����� ��� �� � �������� ����� ��� �� � �������� ����� ��� �� � ���
ZikirZikirZikirZikir----Zikir Penghujung Solat Yang Sahih Menurut Zikir Penghujung Solat Yang Sahih Menurut Zikir Penghujung Solat Yang Sahih Menurut Zikir Penghujung Solat Yang Sahih Menurut
AlAlAlAl----Syaikh AlSyaikh AlSyaikh AlSyaikh Al----MuhaddithMuhaddithMuhaddithMuhaddith
`Abdullah `Abdullah `Abdullah `Abdullah Bin `Abdulrahman Bin `Abdulrahman Bin `Abdulrahman Bin `Abdulrahman AlAlAlAl----Sa`dSa`dSa`dSa`d
Diterjemah & ditakhrij hadithnya oleh: Mohd Adli Abdul Khalim
Diselia & disunting oleh: Muhammad Fathi Ali
6
Zikir pertama:
» المالس تأن ماهللا الله رفغتاهللا أس رفغتاهللا أس رفغتأس المالس كنمو
»تباركت ذا الجالل واإلكرام
Astaghfirullah, Astaghfirullah, Astaghfirullah, Ya Allah! Engkau adalah
Zat yang memberi keselamatan, dan daripadaMu segala keselamatan,
Maha Besar Engkau wahai Zat Pemilik kebesaran dan kemuliaan1
1 Matan hadith:
اللهم : وقالكان رسول اهللا صلى اهللا عليه وسلم إذا انصرف من صالته استغفر ثالثا «: عن ثوبان قالقال الوليد فقلت لألوزاعي كيف اإلستغفار؟ » أنت السالم ومنك السالم تباركت ذا الجالل واإلكرام
.تقول أستغفر اهللا أستغفر اهللا: قال
Daripada Tsauban [radhiyallahu `anhu], katanya: «Adalah Rasulullah shallallahu `alaihi
wasallam, apabila selesai solat baginda beristighfar sebanyak 3 kali, dan baginda
mengucapkan: Ya Allah! Engkau adalah Zat yang memberi keselamatan, dan
daripadaMu segala keselamatan, Maha Besar Engkau wahai Zat Pemilik kebesaran dan
kemuliaan» Kata Al-Walid [salah seorang perawi hadith]: Aku bertanya kepada Al-Auza`i:
"Bagaimana [cara mengucapkan] istighfar?" Jawab Al-Auza`i: "Engkau ucapkan:
Astaghfirullah, Astaghfirullah"
Takhrij:
• Diriwayatkan oleh Ahmad [menurut penomboran Syu`aib Al-Arna'uth no. 22365],
Muslim [no. 591], Ibnu Majah [no. 928], Abu Dawud [no. 1513], Al-Tirmizi
[menurut penomboran Al-Albani dan Syu`aib Al-Arna'uth no. 300], Al-Nasa’i [no.
1337], Ibnu Khuzaimah [no. 737, 738], Ibnu Hibban [no. 2003].
• Dalam bab ini ada juga riwayat daripada `Aisyah [radhiyallahu `anha].
Komentar penyunting:
• Berkata Al-Tirmizi sejurus mengeluarkan hadith ini: “Hadith ini Sahih”.
7
Zikir kedua:
ال إله إال اهللا وحده ال شريك له، له الملك وله الحمد وهو على كل «
شيء قدير، اللهم ال مانع لما أعطيت وال معطي لما منعت وال ينفع ذا
دالج كنم دالج «
Tiada sembahan melainkan Allah satu-satunya, tiada sekutu bagiNya.
BagiNya segala kekuasaan dan segala pujian, dan Dia Maha Kuasa
atas segala sesuatu. Ya Allah! Tiada yang dapat menahan apa yang
Engkau berikan, dan tiada yang dapat memberikan apa yang Engkau
tahan. Tidaklah bermanfaat kekayaan dan harta benda daripadaMu
bagi pemiliknya2
2 Matan hadith:
أن رسول اهللا صلى اهللا«: كتب املغرية إىل معاوية بن أيب سفيان: عن وراد موىل املغرية بن شعبة، قاللا إله إال اهللا وحده ال شريك له، له الملك وله الحمد : عليه وسلم كان يقول يف دبر كل صالة إذا سلم
ذا الج فعنال يو تعنا ممل يطعال مو تطيا أعمل انعال م مالله ،يرء قديلى كل شع وهو ددالج كنم«
Daripada Warrad, maula Al-Mughirah bin Syu`bah, katanya: Al-Mughirah [radhiyallahu
`anhu] pernah menulis surat kepada Mu`awiyah bin Abi Sufyan [radhiyallahu `anhuma]:
«Adalah Rasulullah shallallahu `alaihi wasallam, selepas memberi salam setiap kali solat
baginda mengucapkan: Tiada sembahan melainkan Allah satu-satunya, tiada sekutu
bagiNya. BagiNya segala kekuasaan dan segala pujian, dan Dia Maha Kuasa atas segala
sesuatu. Ya Allah! Tiada yang dapat menahan apa yang Engkau berikan, dan tiada yang
dapat memberikan apa yang Engkau tahan. Tidaklah bermanfaat kekayaan dan harta
benda daripadaMu bagi pemiliknya»
Takhrij:
• Diriwayatkan oleh Ahmad [menurut penomboran Syu`aib Al-Arna'uth no. 18183],
Al-Bukhari [no. 844, 1477, 2408, 5975, 6330, 6473, 6615, 7292], Muslim [no.
8
Zikir ketiga:
ال إله إال اهللا وحده ال شريك له، له الملك وله الحمد وهو على كل شيء «
له النعمة وله ال إله إال اهللا وال نعبد إال إياه، باهللا،قدير، ال حول وال قوة إال
الفضل وله الثناء الحسن، ال إله إال اهللا مخلصني له الدين ولو كره الكافرون
Tiada sembahan melainkan Allah satu-satunya, tiada sekutu bagiNya.
BagiNya segala kekuasaan dan segala pujian, dan Dia Maha Kuasa
atas segala sesuatu. Tiada daya dan tiada kekuatan melainkan dengan
[pertolongan] Allah. Tiada sembahan melainkan Allah, dan kami tidak
beribadah melainkan kepadaNya. Dialah Pemilik segala kenikmatan,
segala kurnia dan segala pujian yang baik. Tiada sembahan melainkan
Allah, dengan memurnikan ketaatan kepadaNya, walau pun golongan
kafir tidak menyukai3
593], Abu Dawud [no. 1505], Al-Nasa’i[no. 1341, 1342], Ibnu Khuzaimah [no.
742], Ibnu Hibban [no. 2005, 2006, 2007].
Komentar penyunting:
• Sahih, riwayat Al-Bukhari & Muslim dalam Al-Sahihain
• Disebut “riwayat Al-Bukhari & Muslim” dan bukannya “Muttafaqun `Alaih”
kerana sanadnya berbeza sedikit antara Al-Bukhari dan Muslim, istilah
“Muttafaqun `Alaih” adalah sekiranya sanad dan matannya sama semuanya
tanpa perbezaan.
3 Matan hadith:
لا إله إلا اهللا وحده لا شريك له، «: يف دبر كل صالة حني يسلم كان ابن الزبري يقول: عن أيب الزبري، قالاهللا ولا نعبد إلا إياه، له له الملك وله الحمد وهو على كل شيء قدير، لا حول ولا قوة إلا باهللا، لا إله إلا
معونالنرالكاف كره لوو ينالد له نيصلخإلا اهللا م لا إله ،نساء الحالثن لهل والفض لهكان : وقال» ة و .رسول اهللا صلى اهللا عليه وسلم يهلل ن دبر كل صالة
9
Zikir keempat:
» كادبث ععبت موي كذابني عق مالله«
Ya Tuhanku! Peliharalah aku daripada seksaanMu pada hari Engkau
bangkitkan atau Engkau kumpulkan hamba-hambaMu4
Daripada Abu Al-Zubair, katanya: Ada pun Ibnu Al-Zubair [radhiyallahu `anhu], selepas
memberi salam setiap kali solat dia mengucapkan: «Tiada sembahan melainkan Allah
satu-satunya, tiada sekutu bagiNya. BagiNya segala kekuasaan dan segala pujian, dan
Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu. Tiada daya dan tiada kekuatan melainkan dengan
[pertolongan] Allah. Tiada sembahan melainkan Allah, dan kami tidak beribadah
melainkan kepadaNya. Dialah Pemilik segala kenikmatan, segala kurnia dan segala
pujian yang baik. Tiada sembahan melainkan Allah, dengan memurnikan ketaatan
kepadaNya, walau pun golongan kafir tidak menyukai» Dan kata Ibnu Al-Zubair: "Ada
pun Rasulullah shallallahu `alaihi wasallam selalu menguatkan suara dengan bacaan ini
setiap kali selesai solat."
Takhrij:
• Diriwayatkan oleh Ahmad [menurut penomboran Syu`aib Al-Arna'uth no. 16122],
Muslim [no. 594], Abu Dawud [no. 1506, 1507], Al-Nasa’i [no. 1339, 1349], Ibnu
Khuzaimah [no. 740, 741], Ibnu Hibban [no. 2008, 2009, 2010].
Komentar penyunting:
• Sahih, dikeluarkan Muslim dalam kitabnya Al-Jami’ Al-Sahih
4 Matan hadith:
كنا إذا صلينا خلف رسول اهللا صلى اهللا عليه وسلم أحببنا أن نكون عن ميينه، يقبل علينا : عن الرباء، قال »عبادك –أو تجمع –رب قني عذابك يوم تبعث : فسمعته يقول«: بوجهه، قال
Daripada Al-Bara' [radhiyallahu `anhu], katanya: Apabila kami solat di belakang
Rasulullah shallallahu `alaihi wasallam, kami lebih suka berada di sebelah kanan baginda,
kerana baginda menghadapkan wajahnya ke arah kami. Kata Al-Bara': «Aku mendengar
baginda mengucapkan: Ya Tuhanku! Peliharalah aku daripada seksaanMu pada hari
Engkau bangkitkan atau Engkau kumpulkan hamba-hambaMu»
10
Zikir kelima:
» فترا أسمو تلنا أعمو تررا أسمو ترا أخمو تما قدي مل راغف مالله
لمأع تا أنمو تإلا أن لا إله ،رخؤالم تأنو مقدالم تي، أننم به«
Ya Allah! Ampunilah aku atas apa yang telah aku lakukan, dan apa
yang belum aku lakukan, apa yang aku sembunyikan, dan apa yang
aku zahirkan, dan apa yang aku lakukan secara berlebih-lebihan, dan
apa yang Engkau lebih tahu daripada diriku. Engkau Yang
mendahulukan dan Engkau Yang mengakhirkan. Tiada ilah (Tuhan)
kecuali Engkau5
Takhrij:
• Diriwayatkan oleh Ahmad [menurut penomboran Syu`aib Al-Arna'uth no. 18553],
Muslim [no. 709], Ibnu Khuzaimah [no. 1563, 1565].
Komentar penyunting:
• Sahih, dikeluarkan Muslim dalam kitabnya Al-Jami’ Al-Sahih
5 Matan hadith:
اللهم اغفر لي ما : كان النيب صلى اهللا عليه وسلم إذا سلم من الصالة، قال«: عن علي بن أيب طالب، قالت وما أنت أعلم به مني، أنت المقدم وأنت قدمت وما أخرت وما أسررت وما أعلنت وما أسرف
تإلا أن لا إله ،رخؤالم«
Daripada `Ali bin Abu Thalib, katanya: «Ada pun Nabi shallallahu `alaihi wasallam,
apabila mengucapkan salam selepas solat, baginda mengucapkan: Ya Allah! Ampunilah
aku atas apa yang telah aku lakukan, dan apa yang belum aku lakukan, apa yang aku
sembunyikan, dan apa yang aku zahirkan, dan apa yang aku lakukan secara berlebih-
lebihan, dan apa yang Engkau lebih tahu daripada diriku. Engkau Yang mendahulukan
dan Engkau Yang mengakhirkan. Tiada ilah (Tuhan) kecuali Engkau»
Takhrij:
11
Zikir keenam [tatacara pertama]:
» 10x، اهللا أكبر 10x، الحمد هللا 10xسبحان اهللا «
[Subhanallah] sebanyak 10 kali, [Alhamdulillah] sebanyak 10 kali,
[Allahu Akbar] sebanyak 10 kali6
• Diriwayatkan oleh Ahmad [menurut penomboran Syu`aib Al-Arna'uth no. 729],
Muslim [no. 771], Abu Dawud [no. 760, 1509], Al-Tirmizi [menurut penomboran
Al-Albani no. 3423, dan Syu`aib Al-Arna'uth no. 3721], Ibnu Hibban [2025].
• Sebahagian riwayat menyebutkan bahawa Rasulullah shallallahu `alaihi wasallam
mengucapkan doa ini antara tasyahhud dan salam.
Komentar penyunting:
• Sahih, dikeluarkan Muslim dalam kitabnya Al-Jami’ Al-Sahih.
• Dan berkata Al-Tirmizi dalam Al-Jami’ Al-Mukhtasar: “Hadith ini Sahih, beramal
akan hadith ini disisi Al-Syafie dan sebahagian ashab kami, dan berkata
sebahagian ahli ilmu (iaitu ahli hadith) dari kalangan ahli kufah dan selainnya:
“dibaca - zikir - ini dalam solat Al-Tatawwu’ (iaitu solat sunat) dan bukannya
dalam solat Al-Maktubah (iaitu solat fardhu)”
6 Matan hadith:
كيف ذاك؟ : يا رسول اهللا، ذهب أهل الدثور بالدرجات والنعيم املقيم، قال: قالوا: عن أيب هريرة، قالأفال «: جاهدنا، وأنفقوا من فضول أمواهلم وليست لنا أموال، قالصلوا كما صلينا، وجاهدوا كما : قالوا
أخربكم بأمر تدركون من كان قبلكم، وتسبقون من جاء بعدكم، وال يأيت أحد مبثل ما جئتم به، إال من »جاء مبثله، تسبحون يف دبر كل صالة عشرا، وحتمدون عشرا، وتكربون عشرا
Daripada Abu Hurairah [radhiyallahu `anhu], katanya: Orang ramai berkata: Wahai
Rasulullah! Golongan yang kaya pergi dengan membawa darjat dan kenikmatan yang
berterusan. Baginda bertanya: Bagaimana boleh terjadi seperti itu? Para sahabat
menjawab: Mereka solat sebagaimana kami solat, mereka berjihad sebagaimana kami
berjihad, dan mereka memiliki kelebihan harta untuk bersedekah sedangkan kami tidak
mempunyai harta yang lebih. Maka baginda bersabda: «Mahukah kalian aku khabarkan
suatu perkara yang tidak akan menyamai golongan sebelum kalian, dan tidak pula akan
didahului oleh golongan selepas kalian, dan tiada yang mendapatkannya kecuali orang
12
Zikir keenam [tatacara kedua]:
» 25x، لا إله إلا اهللا 25x، اهللا أكبر 25x، الحمد هللا 25xسبحان اهللا «
[Subhanallah] 25 kali, [Alhamdulillah] 25 kali, [Allahu Akbar] 25 kali,
[La ilaha illallah] 25 kali 7
yang melakukan perkara yang sama? Hendaklah kalian bertasbih [mengucapkan
Subhanallah] selepas setiap kali solat sebanyak 10 kali, bertahmid [mengucapkan
Alhamdulillah] sebanyak 10 kali, dan bertakbir [mengucapkan Allahu Akbar] sebanyak 10
kali»
Takhrij:
• Diriwayatkan oleh Al-Bukhari [6329].
Komentar penyunting:
• Sahih, dikeluarkan Al-Bukhari dalam kitabnya Al-Jami’ Al-Sahih.
7 Matan hadith:
: بأي شيء أمركم نبيكم؟ قال: أن رجال من األنصار رأى فيما يرى النائم، قيل له: عمر، قالعن ابن سبحوا مخسا «: أمرنا أن نسبح ثالثا وثالثني، وحنمد ثالثا وثالثني، ونكرب أربعا وثالثني، فتلك مئة، قال
فلما » مئةوعشرين، وامحدوا مخسا وعشرين، وكربوا مخسا وعشرين، وهللوا مخسا وعشرين، فتلك افعلوا كما قال : أصبح ذكر ذلك للنيب صلى اهللا عليه وسلم، فقال رسول اهللا صلى اهللا عليه وسلم
.األنصاري
Daripada Ibnu `Umar [radhiyallahu `anhuma], katanya: Seorang lelaki Ansar bermimpi,
dan dalam mimpinya dia ditanya: Apakah yang Nabi kalian perintahkan kepada kalian?
Dia menjawab: Baginda memerintahkan supaya kami bertasbih [mengucapkan
Subhanallah] sebanyak 33 kali, bertahmid [mengucapkan Alhamdulillah] 33 kali, dan
bertakbir [mengucapkan Allahu Akbar] 34 kali, maka genaplah 100 kali. Kata orang yang
bertanya: «Bertasbihlah kalian 25 kali, bertahmidlah 25 kali, bertakbirlah 25 kali, dan
bertahlillah [mengucapkan La ilaha illallah] 25 kali, maka genaplah 100 kali.» Apabila
menjelang pagi, lelaki Ansar tersebut menceritakan mimpi tersebut kepada Nabi
13
Zikir keenam [tatacara ketiga]:
» 34x، اهللا أكبر 33x، الحمد هللا 33xسبحان اهللا «
[Subhanallah] 33 kali, [Alhamdulillah] 33 kali, [Allahu Akbar] 34 kali8
shallallahu `alaihi wasallam. Lalu Rasulullah shallallahu `alaihi wasallam bersabda:
Lakukanlah sebagaimana yang diceritakan oleh lelaki Anshar ini.
Takhrij:
• Diriwayatkan oleh Al-Nasa’i [no. 1351].
• Dalam bab ini ada juga riwayat daripada Zaid bin Tsabit [radhiyallahu `anhu].
Komentar penyunting:
• Sahih, dikeluarkan Al-Nasa’i dalam kitab Sahihnya Al-Mujtaba, tanpa komentar
dan isnadnya sahih.
8 Matan hadith:
أو –معقبات ال خييب قائلهن «: عن رسول اهللا صلى اهللا عليه وسلم، قال: عن كعب بن عجرة، قالثالث وثالثون تسبيحة، وثالث وثالثون حتميدة، وأربع وثالثون : دبر كل صالة مكتوبة –فاعلهن
»تكبرية
Daripada Ka`b bin `Ujrah [radhiyallahu `anhu], katanya: Daripada Rasulullah shallallahu
`alaihi wasallam, sabdanya: «Beberapa amalan yang tidak akan merugikan orang yang
mengucapkannya – atau pun mengamalkannya – di penghujung solat fardhu: 33 kali
tasbih [mengucapkan Subhanallah], 33 kali tahmid [mengucapkan Alhamdulillah], dan
34 kali takbir [mengucapkan Allahu Akbar]»
Takhrij:
• Diriwayatkan oleh Muslim [no. 596], Al-Tirmizi [menurut penomboran Al-Albani
no. 3412, dan Syu`aib Al-Arna'uth no. 3711], Al-Nasa’i [no. 1349], Ibnu Hibban
[no. 2019].
14
Komentar penyunting:
• Sahih, dikeluarkan Muslim dalam kitabnya Al-Jami’ Al-Sahih
• Berkata Al-Tirmizi sejurus mengeluarkan hadith ini: “ نو برمعو نسيث حدذا حهب ورصنم اهورو هفعري لمكم والح نيث عدذا الحة هبعى شورظ وافقة حث يلائس المقي ن
هفعكم فرالح نر عمتعالم – Hadith ini Hasan, dan `Amru bin Qays Al-Mula-iy adalah
Thiqah Hafiz, dan meriwayatkan Syu’bah akan hadith ini dari Al-Hakam tanpa
me-rafa’-kannya (iaitu dengan jalur yang tidak marfu kepada Nabi) manakala
meriwayatkan Mansur bin Al-Mu’tamir dari Al-Hakam secara marfu (iaitu dengan
jalur yang bersambung kepada Nabi).
• Perlu diketahui bahawa istilah “Hasan” oleh Al-Tirmizi dalam kitabnya Al-Jami’
Al-Mukhtasar secara umumnya bermaksud hadith itu Dhaif statusnya, dan ia
adalah isyarat lemah dan bermasalahnya sesuatu hadith itu, apabila Al-Tirmizi
ingin menyatakan hadth itu terdapat kelemahanan dan bermasalah maka beliau
akan menyebut “Hasan”.
• Namun dalam beberapa kes yang sedikit, Al-Tirmizi turut menggunakan istilah
“Hasan” bukan dengan maksud status hadith, tetapi beliau ingin menyatakan
bahawa hadith itu padanya masalah kecacatan dalam riwayat isnadnya, namun
kecacatan itu tidaklah sampai menyebabkan hadith itu menjadi Dhaif statusnya,
ia bukanlah satu kecacatan yang merosakkan kekuatan riwayat hadith itu, ini
dinamakan sebagai `Ilah Ghairu Qadilah.
• Kes sebegini ini dapat dilihat apabila beliau menggunakan istilah “Hasan” untuk
hadith yang jika disemak turut terdapat dalam kitab Sahih Al-Bukhari dan Sahih
Muslim sebagaimana yang yang sedang kita bincangkan ini.
• Jika kita lihat akan hadith ini, kita akan dapati bahawa hadith ini mempunyai
masalah dari segi riwayat isnadnya iaitu diperselisihkan samada ia marfu’ atau
tidak, Syu’bah meriwayatkan hadith ini dari Al-Hakam tanpa rafa’ (iaitu dengan
jalur yang tidak marfu kepada Nabi) manakala meriwayatkan Mansur bin Al-
Mu’tamir dari Al-Hakam secara marfu (iaitu dengan jalur yang bersambung
kepada Nabi), namun yang rajihnya ialah riwayat yang marfu’, dan kecacatan
(iaiitu perselisihan samada marfu’ atau tidak itu tadi) sama sekali tidak
mencacatkan kesahihan hadith dan ini kita namakan `Ilah Ghairu Qadilah.
Bahkan Al-Tirmizi sendiri setelah menyebut bahawa hadith ini “Hasan” beliau
menyatakan `Ilah Ghairu Qadilah untuk hadith ini dan beliau sendiri mentarjih
bahawa yang kuat ialah ia marfu’ dengan mengeluarkan hadith ini dari jalur yang
marfu’.
• Contoh yang lain pula ialah hadith yang menggalakkan untuk solat sunat (solat
nafil) itu dilakukan di rumah, iaitu bahawa Rasulullah bersabda: “Afdal solat-solat
15
Zikir keenam [tatacara keempat]:
، لا إله إلا اهللا وحده لا 33x، اهللا أكبر 33x، الحمد هللا 33xسبحان اهللا «
يرء قديلى كل شع وهو دمالح لهو لكالم له له ريك1شx «
[Subhanallah] sebanyak 33 kali, [Alhamdulillah] sebanyak 33 kali,
[Allahu Akbar] sebanyak 33 kali, [La ilaha IllAllah wahdahu la
syarikalahu lahul mulku walahul hamdu wahuwa `ala kulli syai’in
qadir] sebanyak 1 kali 9
kamu dilakukan di rumah-rumah kamu, kecuali solat fardhu - لأفض كملاتي صب ف كموتة إل يوبكتالم – hadith no. 450”, pada hadith ini Al-Tirmizi menyatakan
perbezaan yang terdapat dalam riwayatnya, iaitu: sesetengah meriwayatkan
kata-kata itu daripada Nabi secara marfu’, dan sesetengah yang lain
meriwayatkannya daripada Sahabat Nabi (tidak marfu’). Setelah beliau
menyatakan perselisihan ini, beliau menyebutkan istilah “Hasan” pada hadith
tersebut, dan beliau sendiri kemudiannya mentarjihkan bahawa riwayat yang
bersambung (marfu’) adalah lebih tepat. Sedang perselisihan itu sendiri (yang
disebutkan tadi) bukanlah satu kecacatan yang merosakkan kekuatan riwayat
hadith itu, ini disebut sebagai 'Ilah Ghairu Qadilah.
• Saya telah menjelaskan secara terperinci berkenaan istilah “Hasan” dengan
maksud Dhaif dan dengan maksud `Ilah Ghairu Qadilah serta istilah-istilah lain
bagi Al-Tirmizi dalam buku saya: “Pengenalan Kepada Sunan Al-Tirmizi &
Manhajnya”, untuk memahami manhaj Al-Tirmizi dengan lebih mendalam
dianjurkan untuk pembaca menela’ah buku tersebut.
9 Matan hadith:
ثالثا وثالثني من سبح اهللا يف دبر كل صالة«: عن رسول اهللا صلى اهللا عليه وسلم: عن أيب هريرة، قاللا إله إلا اهللا وحده : متام املائة: ومحد اهللا ثالثا وثالثني وكرب اهللا ثالثا وثالثني فتلك تسعة وتسعون، وقال
»لا شريك له، له الملك وله الحمد، وهو على كل شيء قدير غفرت خطاياه وإن كانت مثل زبد البحر
16
Zikir ketujuh:
»آية الكرسي «
Membaca ayat al-Kursi 10
Daripada Abu Hurairah [radhiyallahu `anhu], katanya: Daripada Rasulullah shallallahu
`alaihi wasallam: «Sesiapa yang bertasbih kepada Allah [mengucapkan Subhanallah] di
penghujung setiap solat sebanyak 33 kali, dan bertahmid kepada Allah [mengucapkan
Alhamdulillah] sebanyak 33 kali, dan bertakbir [mengucapkan Allahu Akbar] kepada
Allah sebanyak 33 kali, maka yang demikian jumlahnya 99 kali, dan kata baginda lagi:
Genapkanlah dengan menjadi 100 dengan ucapan: Tiada ilah (Tuhan) melainkan Allah
satu-satunya, tiada sekutu bagiNya. BagiNya kerajaan dan bagiNya segala pujian, dan
Dia adalah yang Maha Kuasa atas segala sesuatu, maka diampunkan segala
kesalahannya, walau pun kesalahannya sebanyak buih di laut»
Takhrij:
• Diriwayatkan oleh Ahmad [menurut penomboran Syu`aib Al-Arna'uth no. 8834],
Muslim [no. 597], Ibnu Khuzaimah [no. 750], Ibnu Hibban [no. 2016].
Komentar penyunting:
• Sahih, dikeluarkan Muslim dalam kitabnya Al-Jami’ Al-Sahih
10
Matan hadith:
من قرأ آية الكرسي يف دبر كل صالة «: وسلمقال رسول اهللا صلى اهللا عليه : عن أيب أمامة الباهلي، قال »مكتوبة مل حيل بينه وبني دخول اجلنة إال املوت
Daripada Abu Umamah Al-Bahili [radhiyallahu `anhu], katanya: Sabda Rasulullah
shallallahu `alaihi wasallam: «Sesiapa yang membaca ayat Al-kursi di penghujung setiap
solat fardhu, tiada yang menghalangnya antaranya dan syurga melainkan maut»
Takhrij:
• Diriwayatkan Al-Nasa’i [no. 100] dalam `Amal Al-Yaum wa Al-Lailah, Ibnu Al-
Sunni [no. 121] `Amal Al-Yaum wa Al-Lailah.
Komentar penyunting:
17
Zikir kelapan:
»سورة الفلق وسورة الناس –املعوذات «
Membaca Al-Mu`awwizat (Al-Mu`awwizatain iaitu surah al-Falaq dan
surah al-Naas)11
• Hadith Abu Umamah ini isnadnya Hasan
• Ayat Al-Kursi ialah ayat ke-255 dalam Surah Al-Baqarah, berbunyi: “ وإلا ه لا إله اللهع عنده الحي القيوم لا تأخذه سنة ولا نوم له ما في السماوات وما في الأرض من ذا الذي يشف
يه نه يعلم ما بين أيديهم وما خلفهم ولا يحيطون بشيء من علمه إلا بما شاء وسع كرسإلا بإذيمظالع يلالع وها ومفظهح هئودلا يو ضالأرو اتاومالس – Maksudnya: Allah, tiada Tuhan
(yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-
lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan
tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa
yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya.
Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang
mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu
Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya
Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah
menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan
Dialah Yang Maha Tinggi, lagi Maha Besar (kekuasaanNya)”
• Ayat Al-Kursi mempunyai banyak fadhilat, dan boleh dikatakan setiap Muslim
telah menghafaznya sejak dari kecil, bahkan menurut Ibn Kathir ia adalah antara
ayat yang paling agung dalam Al-Qur’an.
11
Matan hadith:
»كل صالةأمرين رسول اهللا صلى اهللا عليه وسلم أن أقرأ باملعوذتني يف دبر «: عن عقبة بن عامر، قال
Daripada `Uqbah bin `Amir [radhiyallahu `anhu], katanya: «Rasulullah shallallahu `alaihi
wasallam memerintahkanku untuk membaca Al-Mu`awwizatain di penghujung setiap
solat»
Takhrij:
• Diriwayatkan oleh Al-Tirmizi [menurut penomboran Al-Albani 2903, dan Syu`aib
Al-Arna'uth no. 3127].
18
• Sebahagian riwayat yang lain menggunakan lafaz Al-Mu`awwizat, bukannya Al-
Mu`awwizatain sebagaimana dalam riwayat Al-Tirmizi di atas.
• Menurut syaikh `Abdullah Al-Sa`d, kalimah Al-Mu`awwizat di sini bermaksud
surah Al-Falaq dan surah Al-Naas. Ada pun surah Al-Ikhlas, hadithnya tidak sahih
di sisinya. Wallahu a`lam.
Komentar penyunting:
• Berkata Al-Tirmizi: “Hadith Gharib”, iaitu Dhaif.
• Namun hadith ini mempunyai jalur lain yang berbeza daripada jalur Al-Tirmizi,
antaranya yang dikeluarkan Abu Daud, Al-Nasa’i dengan lafaz berbeza iaitu ( أمرين - Telah memerintahkanku – رسول اهللا صلى اهللا عليه وسلم أن أقرأ املعوذات دبر كل صالة
iaitu `Uqbah - oleh Rasulullah untuk membaca Al-Mu`awwizat di penghujung
setiap solat ) dan jalur Abu Daud dan Al-Nasa’i ini isnadnya Sahih.
• Bahkan telah membuat bab khas dalam hal ini oleh Al-Nasa’i katanya: “ األمر باب املعوذات بعد التسليم من الصالة بقراءة – Bab diperintahkan membaca Al-Mu`awwizat
selepas memberi salam dari solat”.