Download - Rancangan perniagaan-FULL REPORT
AMMDA Health SDN.BHD
I
SLAND COLLEGE OF TECHNOLOGYDIPLOMA PENGURUSAN
UMT 132-PRINSIP PEMASARANSEMESTER 2, 2009/2010
TUGASAN BERKUMPULAN
TAJUK:SYARIKAT AMMDA HEALTH SDN.BHD
DISERAHKAN KEPADA:PN IDAYU BINTI SHAFIE
DISEDIA OLEH:SHAZRUL AZHAN BIN ABDULLAH
DPP091054
1
AMMDA Health SDN.BHD
ISI KANDUNGAN
TOPIK M/S
LATAR BELAKANG PERNIAGAAN
NAMA SYARIKAT
MISI & VISI PERNIAGAAN
- MISI
- VISI
LOGO
JENAMA
JENIS PRODUK
JENIS PERNIAGAAN
LOKASI
PEKERJA
BENTUK JUALAN
SASARAN PELANGGAN
CIRI – CIRI DEMOGRAFI
CAMPURAN PEMASARAN
PRODUK
PRICE
PLACE
PROMOTION
5 PESAING UTAMA ANDA
5 CABARAN YANG ANDA JANGKAKAN TERHADAP PERNIAGAAN ANDA
RUJUKAN
LAMPIRAN
2
AMMDA Health SDN.BHD
i. LATAR BELAKANG PERNIAGAAN
NAMA SYARIKAT
- AMMDA HEALTH Sdn. Bhd.
Nama syarikat kami ialah AMMDA HEALTH SDN. BHD. AMMDA merupakan
gabungan saintifik nama dari ahli – ahli kumpulan kami iaitu A(ASWANI), M(MIKO),
M(MAR), D(DAUS), A(AYU). Manakala health pula diberi sempena nama syarikat ini, iaitu
merupakan perniagaan yang berlandaskan produk – produk kesihatan. Namun begitu syarikat
ini merupakan syarikat Perkongsian Sendirian berhad yang membawa maksud bentuk syarikat
yang membenarkan pemilik untuk memilik bentuk entiti perundangan berasingan antara
syarikat dan pemilik
Syarikat AMMDA HEALTH sdn.bhd di tubuhkan pada 15.11.2009 dan dimiliki secara
perkongsian. Syarikat ini merupakan syarikat yang mengeluarkan produk penjagaan kesihatan
sebagai tema produknya. Syarikat ini masih baru di dalam pasaran dan produk keluaran
syarikat ini masih di dalam peringkat pengenalan.
CARTA ORGANISASI SYARIKAT KAMI:
3
PENGURUS ATASANNUR ASWANI BINTI
MEHAT
PENGURUS PEMASARANSHAZRUL AZHAN BIN
ABDULLAH
PENGURUS KEWANGANSITI NURMARHAMAH
BINTI ABDUL HALIM
AMMDA Health SDN.BHD
Ketua organisasi syarikat ini diketuai oleh Cik Aswani binti Mehat sebagai pengurus
atasan di dalam syarikat dan juga merupakan salah seorang daripada rakan kongsi di dalam
perniagaan ini. Beliau memiliki kelulusan Diploma Pengurusan di UM dalam bidang
Pengurusan dan beliau juga telah menyambungkan pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana
Muda dan telah memiliki segulung Ijazah iaitu Ijazah Sarjana Muda Pegurusan(kepujian).
Beliau pernah berhidmat sebagai pengurus pemasaran di kilang Plexus selama 2 tahun dan
kini mencuba nasib di dalam perniagaan sendiri.
Yang kedua pulak ialah saudara Shazrul Azhan bin Abdullah sebagai pengurus pemasaran
di dalam syarikat ini dan juga merupakan salah seorang daripada rakan kongsi di dalam
perniagaan ini. Beliau memiliki kelulusan Diploma Pengurusan Pemasaran dari UIA dan
beliau juga telah menyambungkan pelajaran ke peringkat Ijazahsarjana Muda kepujian di
peringkat pengajian Pemasaran antarabangsa. Beliau juga pernah bekerja selama 2 tahun
sebagai pegawai pemasaran di syarikat AOBUA sdn.bhd.
Manakala rakan kongsi kami yang ketiga ialah Cik Siti Nurmarhamah binti Abdul Halim
sebagai Pengurus Kewangan di dalam syarikat ini dan juga merupakan salah seorang daripada
rakan kongsi di dalam perniagaan ini. Beliau memiliki kelulusan di dalam diploma
Pengurusan Pemasaran dalam bidang Kewangan dan beliau juga telah melanjutkan pengajian
ke peringkat ijazah Pengurusan Kewangan iaitu Ijazah Pengurusan Kewangan dari Uitm.
Rakan kongsi kami yang keempat ialah Cik Nur Rohayu binti Jamaluddin sebagai
Pengurus Sumber Manusia di dalam syarikat ini dan juga merupakan salah seorang daripada
rakan kongsi di dalam perniagaan ini. Beliau memiliki kelulusan di dalam Diploma
Pengurusan Sumber Manusia dari UiTM dan beliau telah melanjutkan bidang pengajian ke
peringkat ijazah iaitu Ijazah Pengurusan Sumber Manusia juga dari Uitm.4
PENGURUS PENGELUARANMUHAMMAD FIRDAUS BIN
AMRAN
PENGURUS SUMBER MANUSIANUR ROHAYU BINTI
JAMALUDDIN
AMMDA Health SDN.BHD
Rakan kongsi kami yang terakhir ialah Muhammad Firdaus Bin Amran yang memegang
jawatan sebagai Pengurus Pengeluaran. Beliau memiliki kelulusan di dalam Ijazah
Pengurusan Pengeluaran UUM dan pernah berhidmat sebagai Pegawai Pengeluaran disebuah
sektor swasta.
ii. MISI & VISI PERNIAGAAN
MISI
- Mempertingkatkan lagi tahap kesihatan di kalangan masyarakat sekarang yang akan
datang.
- Mempertingkatkan lagi penggunaan teknologi dalam pembuatan produk lolipop yang
berasaskan kesihatan.
VISI
- Dapat mengimbangi gaya hidup yang sihat dan dapat mencegah diri dari sebarang
penyakit daripada menjangkiti oleh masyarakat sekitar.
5
AMMDA Health SDN.BHD
LOGO
Warna hijau dan putih – Melambangkan warna alam semulajadi.6
AMMDA Health SDN.BHD
Payung – Melambangkan perlindungan iaitu perlindungan kesihatan kepada
pelanggan.
Gambar rama-rama – Lambang syarikat.
Moto – ‘CARE ABOUT YOUR HEALTH’,menunjukkan syarikat mengambil berat
terhadap kesihatan masyarakat.
JENAMA
Syarikat kami menggunakan nama jenama yang baru berdasarkan produk baru yang di
keluarkan syarikat.
Penjenamaan bagi produk kami ialah seperti berikut :-
a) Jenama (Brand name) – LoliHealth
b) Lambang jenama -
c) Trade mark – ‘LoliHealth’
7
AMMDA Health SDN.BHD
Syarikat kami menggunakan jenama baru bagi menampilkan kelainan terhadap
produk-produk pesaing yang lain kepada pengguna.Ia juga dapat membantu pengguna
membezakan produk kami dengan produk-produk pesaing.Dengan jenama baru ini,syarikat
kami dapat menjaga hak cipta produk ,memudahkan pembelian dan menjaga kualiti imej
produk tersebut.
Syarikat kami turut merekabentuk pembungkusan produknya yang tersendiri
berdasarkan elemen-elemen seperti saiz, bentuk, bahan, warna, tekstur dan tanda perniagaan.
Melalui pembungkusan produk kami ini, ia akan menarik lagi pengguna ke membeli produk
kami. Ia adalah salah satu peluang untuk syarikat kami semakin maju.
JENIS PRODUK
Jenis produk yang di keluarkan oleh syarikat kami adalah berdasarkan produk
penjagaan kesihatan harian.Produk jenis ini menjadi teras produk keluaran syarikat
kami.Produk penjagaan kesihatan ini bercirikan makanan tambahan yang memberikan
khasiat yang baik kepada pengguna.Reka bentuknya yang unik iaitu berupa lolipop
menjadikan produk ini berbeza dengan produk-produk yang ada di pasaran.
Jenis lolipop yang terdapat di dalam syarikat kami adalah:
Dark Chocolate
Strawbery
Orange
Coffee
Green Apple
Bahan – bahan tambahan yang terkandung dalam lolipop jualan kami ialah:
Dark Chocolate mempunyai kandungan
o Coco
8
AMMDA Health SDN.BHD
o Vitamin C,D,E
Strawbery mempunyai kandungan
o Gingseng
o Sarang burung
o Vitamin C,D,E
o Strawbery
Orange mempunyai kandungan
o Vitamin C,D,E
Coffee mempunyai kandungan
o Misai kucing
o Tongkat ali
o Vitamin C,D,E
o Coffee
Green Apple mempunyai kandungan
o Zat fitokimia
o Vitamin A,B.C
o Serat
o Potasiu
JENIS PERNIAGAAN
Kami berlima menjalankan sebuah syarikat yang berlandaskan hak milik perkongsian.
Dimana Syarikat ini merupakan syarikat perkongsian antara kami berlima. Kami berlima
adalah pemegang saham mengikut modal yang telah dikeluarkan oleh kami, malah ada
diantara kami yang memperolehi jumlah pengeluar modal terbanyak untuk disumbangkan ke
syarikat kami serta orang tersebut akan menduduki pangkat yang tertinggi antara kami
berlima di dalam syarikat ini. Selain itu, untuk menubuhkan syarikat ini kami sebagai syarikat
milikan perkongsian juga telah melakukan perjanjian perkongsian bagi mengelakkan
penipuan atau pembelotan berlaku. Antara ciri – ciri yang terdapat dalam Perjanjian
Perkongsian kami ialahn perkongsian adalah perlu bagi sesebuah perkongsian untuk
mengurus pentadbiran perjalanan sesebuah syarikat perkongsian. Antara butiran-butiran
perjanjian perkongsian pada kebiasaanya adalah Nama perkongsian, aktiviti perniagaan,
9
AMMDA Health SDN.BHD
lokasi, jumlah dan serta nama pekongsi, malah Jumlah sumbagan modal pekongsi dan
peruntukkan kadar faedah atas modal juga perlu dan lain – lain lagi perjanjian perkongsian
yang harus kita patuhi apabila ingin melakukan syarikat perkongsian.
Berikut merupakan jumlah pelaburan oleh setiap rakan kongsi.
NAMA RAKAN KONGSI JUMLAH PELABURAN(RM)
Aswani 200000
Shazrul Azhan Bin Abdullah 100000
Mar 100000
Ayu 100000
Daus 100000
JUMLAH KESELURUHAN RM 600000
LOKASI
10
AMMDA Health SDN.BHD
FTZ, pantai seagate yang beralamat di AMMDAHealth SDN.BHD Plot 12 & 13, Phase 2,
Bayan Lepas Free Trade Zone,, Bayan Lepas, Pulau Pinang 11900 - 04-632-1000
PEKERJA
11
AMMDA Health SDN.BHD
Syarikat ini mengambil pekerja-pekerja dari masyarakat tempatan,keutamaan akan di
berikan kepada warganegara Malaysia.Sesuatu jawatan dan taraf gaji akan di berikan kepada
pekerja berdasarkan kelayakan akedemik dan pengalaman pekerja tersebut.
Syarikat kami mengambil seramai 145 orang pekerja yang di bahagikan kepada
beberapa sektor fungsian iaitu di jabatan pemasaran,jabatan kewangan ,jabatan sumber
manusia dan juga jabatan pengeluaran.Semua pekerja yang di tempatkan di setiap fungsian
adalah berdasarkan kelayakan masing-masing.
Kebajikan pekerja turut di titikberatkan oleh pihak syarikat kami.Antara tindakan yang
di ambil adalah seperti menyediakan kemudahan pengangkutan ,kemudahan asrama , elaun
makanan , dan juga memberikan komisen kepada pekarja yang menunjukkan prestasi yang
baik. Selain itu,keselamatan para pekerja adalah tanggungjawab syarikat yang paling
utama.Oleh itu,pihak syarikat telah menyediakan kawasan bekerja yang selesa dan selamat.
Pihak syarikat juga turut mendaftarkan para pekerja di bawah caruman PERKESO.
BENTUK JUALAN
Perniagaan kami menjalankan jualan yang berbentuk penghantaran dimana kami
melakukan penghantaran dari kilang ke pasaraya seperti mereka hanya perlu menunggu pihak
kami menghantar barang yang mereka pesan ke kilang mereka, malah pihak kami juga turut
membuat penghantaran ke kedai – kedai serbaneka seperti 7 eleven, Dlima dan lain – lain
kedai 24 jam. Selain itu, kami juga akan melakukan perniagaan kami secara online dimana
sesiapa pun boleh melayari laman web ini iaitu http://www.ammdahealth.my.
iii. SASARAN PELANGGAN
12
AMMDA Health SDN.BHD
CIRI – CIRI DEMOGRAFI
Kami mempunyai sasaran pelanggan yang telah dispesifikasikan oleh syarikat di mana
kami mementingkan ciri – ciri demografi yang mana ia mengandungi beberapa ciri seperti
dari segi faktor, umur, jantina, bangsa, pendapatan, dan lain – lain lagi. Ciri – ciri yang
terdapat dalam syarikat kami untuk menarik perhatian pelanggan membeli produk yang kami
jual adalah terdiri daripada kalangan rakyat malaysia tidak mengira sama ada lelaki mahupun
wanita sama ada yang tua ataupun muda mereka hendaklah lingkungan yang berumur 5 tahun
hingga ke peringkat yang dewasa. Produk ini juga akan dijual kepada semua lapisan
masyarakat tidak mengira dari segi faktor piskiografi yang semakin mencabar dalam dunia
pasaran sekarang. Syarikat kmi telah mentapkan sasaran pasaran dri smua peringkat umur.
Tidak mengira jantina, tua atau muda, bangsa, agama dan lain - lain produk kami juga mempu
dibeli oleh semua masyarakat. Samaada pistografinya kaya, sederhana atau miskin Malahan
produk kami boleh dicuba oleh kanak – kanak seawal 5 tahun. Ini kerana produk kami
berasaskan kesihatan dan ia tidak akan merosakkan gigi atau menggangu kesihatan kanak –
kanak kebanyakkan gologan tua sekarang ini semakin liat untuk menjaga kesihatan dan tidak
suka makan ubat, tetapi suka akan makanan ringan, jadi produk kami amat bersesuaian.
iv. CAMPURAN PEMASARAN
13
AMMDA Health SDN.BHD
PRODUCT
Produk ialah apa sahaja yang boleh ditawarkan di pasaran untuk menarik perhatian,
pemilikan dan penggunaan untuk memuaskan kehendak dan keperluan sama ada ia adalah
barangan atau perkhidmatan. Produk termasuk juga harga, warna, jaminan produk,
rekabentuk, pembungkusan, servis penjual, jenama dan kualiti produk.
Syarikat AMMDA HEALTH.Sdn.Bhd memfokuskan produk yang berasaskan kesihatan.
Oleh itu, Syarikat ini telah mengeluarkan produk LoliHealth kepada pelanggan sebagai
makanan tambahan kesihatan seharian.
Produk LoliHealth merupakan produk kesihatan yang berbentuk kudap-kudapan ataupun
yang lebih kita kenali iaitu lollipop. Produk LoliHealth ini berfungsi sebagai makanan
tambahan kesihatan kepada pengguna. Ia mempunyai kandungan-kandungan yang berkhasiat
seperti VitaminC, VitaminE, VitaminD, kalsium, Tongkat Ali dan sebagainya yang
membantu menyihatkan tubuh badan kita.
Produk LoliHealth merupakan sejenis produk yang baru kerana tidak ada lagi produk
kesihatan seperti ini yang berbentuk lollipop di pasaran. Ini memberi keutamaan kepada
syarikat kami dalam memasarkan produk kesihatan ini.
Produk ini amat mudah untuk digunakan kerana ia boleh digunakan dimana-mana sahaja,
tidak kira ketika kita sibuk bekerja, ketika kita memandu, pada waktu masa lapang dan
sebagainya.
Produk LoliHealth ini juga adalah mudah untuk didapati oleh pengguna kerana ia terdapat
di pasaraya, farmasi, kedai-kedai serbaneka seperti Seven Eleven serta kedai – kedai yang
beroperasi 24 jam dan ia juga terdapat di kedai – kedai runcit.
Produk LoliHealth ini mempunyai 5 jenis perasa utama iaitu perasa Dark Chocolate,
Green Apple, Coffe, Strawberry dan Orange. Perasa – perasa yang digunakan didalam produk
14
AMMDA Health SDN.BHD
ini merupakan perasa – perasa yang umum dan telah diketahui dikalangan masyarakat dan
juga merupakan perasa – perasa yang amat diminati oleh majoriti masyarakat.
*Berikut merupakan produk Lolihealth.
15
AMMDA Health SDN.BHD
Setiap perasa-perasa yang digunakan di dalam produk ini mempunyai kandungan dan
kelebihan yang berbeza. Ini berikutan adalah bagi memuaskan kemahuan pengguna. Setelah
syarikat kami menjalankan kajian terhadap penggunaan produk kesihatan yang selalu
digunakan oleh pengguna, kami mendapati bahawa setiap pengguna mempunyai kemahuan
yang berbeza terhadap jenis produk kesihatan yang di gunakan. Setiap pengguna mempunyai
kemahuan yang berbeza terhadap kandungan yang digunakan didalam produk kesihatan yang
mereka pilih dan inginkan mengikut citarasa mereka. Oleh itu, syarikat kami telah
mengeluarkan produk LoliHealth yang mempunyai pelbagai perisa dan kandungan yang
berbeza didalam setiap perisa tersebut bagi memenuhi kemahuan pengguna.
-Berikut merupakan spesifikasi produk LoliHealth.
PERASA LOLIHEALTH KANDUNGAN KHASIAT
Dark Chocolate
-60 % koko
-Kalsium
-Vitamin A, B1, C, D,
E
-fenol dan flavonoid
-zat besi
-mengandungi asid oleik iaitu sejenis asid
lemak tidak tepu yang berperanan
merendahkan paras kolestrol dalam darah.
-Penting untuk pengecutan otot, pengaktifan
oosit, membentuk tulang dan gigi yang kuat.
- Vitamin tambahan yang menyeluruh untuk
menyokong keperluan nutrisi harian
-mampu mengurangkan kolestrol dalam
darah dan berguna untuk mencegah
terjadinya strok.
- membantu mencegah pembinaan kolestrol
dalam dinding salur darah.
-mencegah hipertensi, penyakit jantung,
16
AMMDA Health SDN.BHD
-megnesium diabetes dan pramenstruasi(PMS) bagi
wanita
Green Apple
- Vitamin C, A, B
-Zat besi
-Magnesium
-Potasium
-Kalsium
-sodium
- Vitamin tambahan yang menyeluruh untuk
menyokong keperluan nutrisi harian
-membantu mencegah pembinaan kolestrol
dalam dinding salur darah.
-membantu kesihatan tulang dengan
menambah bahan kimia (boron) pada
mineral tulang.
-membantu kesihatan sistem kardiovaskular
dengan mengekalkan tahap kolestrol darah.
-Mengurangkan tekanan penyakit asma.
-Membantu mengekalkan berat badan.
Orange
-Vitamin C, D, E
-karbohidrat
-folat
-potasium
- Vitamin tambahan yang menyeluruh untuk
menyokong keperluan nutrisi harian
-melambatkan proses pengosongan perut,
pencernaan dan penyerapan khasiat
makanan
-menurunkan kadar homocystein yang
merupakan racun bagi dinding pembuluh
darah
- membantu kesihatan sistem kardiovaskular
dengan mengekalkan tahap kolestrol darah.
17
AMMDA Health SDN.BHD
-kalsium
-asid pantotenik
- Mengurangkan tekanan penyakit asma.
-selamat dimakan oleh mereka yang sedang
berusaha menurunkan berat badan
Coffee
-Tongkat Ali
-Misai kucing
-Vitamin C, D, E
-kafein
-Menghilangkan keletihan dan rasa
mengantuk
-jadikan penawar untuk penyakit buah
pinggang, pundi kencing, gout dan
penyakit-penyakit kronik lain
- Vitamin tambahan yang menyeluruh untuk
menyokong keperluan nutrisi harian
-mengecilkan pembuluh darah dan
menghidupkan kembali kulit yang kusam
Starwberry
-Gingseng
-Sarang burung
-Vitamin C, D, E
-fenol
-flavonoid
-magnesium
-Membersih hati dan memperbaiki daya
penglihatan
-mengurangkan masalah kekeringan,
menghasilkan tenaga dan menguatkan
fungsi spleen perut, masalah berkaitan
dengan paru-paru, masalah penghadaman
dan masalah-masalah lain
- Vitamin tambahan yang menyeluruh untuk
menyokong keperluan nutrisi harian
-melindungi struktur sel dalam tubuh dan
mencegah kerosakkan oksigen dalam organ
-mampu mencegah ketumbuhan sel kanser
hati
- membantu kesihatan tulang dengan
18
AMMDA Health SDN.BHD
menambah bahan kimia (boron) pada
mineral tulang.
Bagi memastikan produk ini boleh digunakan tanpa keraguan oleh pelanggan. Syarikat
AMMDA HEALTH telah mendapatkan sijil halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
bagi memastikan status halal produk ini. Ini membolehkan pengguna mengguna produk kami
tanpa keraguan bukan sahaja dari segi halal malah dari segi kebersihan keluaran produk
syarikat kami.
Selain itu, syarikat kami juga telah mendapatkan kelulusan daripada Jabatan Kesihatan
Malaysia bagi memastikan produk syarikat kami adalah mengikuti piawaian yang telah
ditetapkan. Ini membuktikan bahawa kandungan bahan-bahan yang digunakan didalam
produk ini adalah selamat digunakan pada bili – bila masa.
Produk LoliHealth ini adalah amat penting kepada pengguna dan masyarakat yang
mementingkan kesihatan diri mereka dari dijangkiti sebarang penyakit. Kebanyakan produk
pengganti yang ada di pasaran kini adalah berbentuk pil tablet, kapsul, ataupun serbuk
minuman. Namun ia amat menyukarkan pengguna, sebagai contoh apabila kita menggunakan
produk berasaskan serbuk minuman, kita terpaksa membuat minuman terlebih dahulu
sebelum dapat menggunakannya. Ini amat menyukarkan kita ketika sibuk bekerja ataupun
ketika berjalan jauh.
Namun begitu, dengan adanya produk LoliHealth ini, Pengguna hanya perlu
membelinya di kedai – kedai berhampiran dan terus menggunakannya dengan mudah kerana
ia berbentuk lollipop yang hanya perlu di hisap dan terus mendapat khasiat yang tinggi
melaluinya.
Pada masa kini, penjagaan kesihatan adalah amat penting sekali berikutan dengan
kewujudan pelbagai penyakit yang sering merebak. Produk LoliHealth ini bergerak sejurus
dengan masalah kesihatan yang sering berlaku pada masa kini. Dengan kemunculan produk
ini di kalangan masyarakat, ia membantu di dalam meningkatkan lagi tahap kesihatan yang di
perlukan oleh masyarakat. Makanan tambahan yang berkhasiat ini adalah penting di dalam
membantu penjagaan kesihatan seharian kita.
19
AMMDA Health SDN.BHD
Pembungkusan
Kami menggunakan pembungkusan jenis primer pada seunit produk kami. Selain itu kami
juga menggunakan pembungkusan perkapalan apabila melakukan penghantaran ke premis –
premis. Antara contoh premis yang bekerjasama dengan organisasi kami ialah kedai – kedai
serbaneka.
Perlabelan
Pada produk kami telah dilabelkan serba sedikit tentang organisasi dan produk tersebut.
Antaranya ialah jenama produk, nama syarikat, perasa dan logo halal.
PRICE
Harga merupakan wang yang dikenakan untuk sesuatu keluaran atau perkhidmatan yang
diberikan melalui proses pertukaran dan harga juga merupakan campuran pemasaran yang
mengeluarkan hasil dan elemen-elemen lain hanyalah kos. Harga dapat ditentukan mengikut
kesesuaian pasaran melalui proses penawaran.
Syarikat AMMDA HEALTH sdn.bhd telah mengeluarkan dan memasarkan produk
LOLIHEALTH dengan harga yang murah dan senang di perolehi oleh setiap lapisan
fiskografi dalam masyarakat. Harga yang telah di tetapkan adalah sebanyak RM 1.99 bagi
seunit LOLIHEALTH.
Harga produk syarikat kami yang murah adalah amat berpatutan jika di bandingkan
dengan harga produk makanan tambahan yang lain. Jika kita melihat produk – produk pesaing
yang ada di pasaran, semuanya di jual dengan harga yang lebih tinggi dan ini menjadikan
produk syarikat kami mampu bersaing dengan pesaing-pesaing yang lain kerana memiliki
harga yang lebih murah. Ia juga menjadikan syarikat kami mempunyai keutamaan di dalam
permintaan pengguna berdasarkan harga yang lebih rendah.
Harga yang di telah tentukan bagi produk LOLIHEALTH ini ditetapkan setelah syarikat
kami mengambil kira tentang faktor – faktor yang mempengaruhi penentuan harga seperti
20
AMMDA Health SDN.BHD
Objektif pemasaran, Strategi campuran pemasaran, Kos, Pertimbangan organisasi, Pasaran
dan permintaan, Persaingan, dan Lain-lain faktor persekitaran iaitu keadaan ekonomi, kesan
harga kepada pemasaran dan juga kerajaan.
Mengambil kira faktor – faktor penentuan harga didalam pembuatan keputusan penentuan
harga sesebuah produk adalah amat penting bagi mendapatkan harga yang sesuai bagi produk
tersebut untuk di pasarkan dan mempunyai kebolehan untuk berdaya saing di dalam pasaran.
-Berikut merupakan kaedah penentuan harga produk syarikat kami melalui penentuan harga
berasakan kos (penentuan harga tokokan kos)
Kos berubah RM 1.00
Kos tetap RM 1,980
Unit jualan terjangka RM 2000
Kos pengeluaran produk seunit;
Kos seunit = Kos berubah + Kos tetap
Unit jualan terjangka
=RM 1.00 + RM 1980
RM2000
=RM 1.99 seunit
21
AMMDA Health SDN.BHD
PLACE
Syarikat AMMDA HEALTH sdn.bhd. adalah merupakan syarikat pengeluar. Syarikat
kami telah memilih kawasan perkilangan sebagai lokasi pengeluaran produk syarikat iaitu
kawasan yang bebas cukai yang terletak di Pantai Seagate. Alamat syarikat kami adalah
88 Lebuhraya Kampung Jawa, Taman Perindustrian Kampung Jawa Bayan Lepas, Pulau
Pinang 11900, Malaysia.
Antara faktor – faktor pemilihan lokasi tersebut adalah kerana kawasannya yang
strategik. Kawasan perkilangan yang bebas cukai ini membolehkan syarikat kami
beroperasi dengan kos operasi yang lebih rendah. Secara tidak langsung syarikat kami
boleh beroperasi dengan lebih efektif.
Selain itu, kemudahan infrastruktur yang baik dimana kemudahan jalan raya yang baik
membolehkan syarikat kami melakukan operasi pengeluaran seperti pengangkutan atau
pemunggahan barang kepada pembeli produk syarikat kami.
Lokasi ini juga berhampiran dengan pusat Bandar dimana ia mudah temui oleh
pembeli. Selain itu, ia juga memudahkan syarikat kami untuk melakukan penghantaran
dengan cepat serta menjimatkan kos penghantaran kepada pihak pembeli di kawasan
Bandar tersebut. Lihat peta lokasi kami berada dibawah:
22
AMMDA Health SDN.BHD
WE ARE HERE
Pengedaran
Kami mengedarkan produk kami ke kedai – kedai runcit, mini market, pasar raya dan
kedai – kedai serbaneka. Produk kami diedarkan dengan menggunakan kenderaan syarikat
seperti van dan lori.
PROMOTION
Untuk mempromosikan produk kami, syarikat kami telah mengatur strategi untuk
membuat iklan melalui media massa seperti media elektronik dan media cetak serta
mengadakan promosi jualan di pusat membeli belah atau menyewa booth di karnival -
karnival.
Pengiklanan media elektronik
Pengiklanan merupakan sebarang bentuk persembahan atau komunikasi berbayar,
bersifat tidak peribadi yang ditujukan kepada kumpulan sasaran dengan tujuan untuk
mempromosi, memperkenal dan meningkatkan atau melariskan jualan produk kami,
perkhidmatan atau idea oleh penaja yang dikenalpasti.
Dalam pengiklanan produk kami di media elektronik iaitu di televisyen, pihak penaja
yang terlibat dalam pengiklanan produk kami ialah Syarikat Seven Elevan yang
melibatkan pembayaran oleh pihak penaja.
Sebelum pengiklanan dibuat, kami terlebih dahulu telah menetapkan objektif
pengiklanan kami yang terdiri daripada pengiklanan untuk memberitahu pasaran tentang
keluaran produk baru kami. Kedua pengiklanan adalah satu cara untuk memujuk
pengguna iaitu menggalakkan pengguna menukar produk baru dengan menggunakan
produk kami dan yang ketiga pengiklanan juga mengingatkan pengguna bahawa keluaran
baru kami ini mungkin diperlukan pada masa akan datang.
23
AMMDA Health SDN.BHD
Pengiklanan media cetak
Syarikat kami turut menggunakan media cetak sebagai saluran pengiklanan produk
kami kepada orang ramai. Syarikat kami menyiarkan iklan bercetak di surat khabar seperti
Berita Harian dan Utusan Malaysia.
Selain itu, Syarikat kami juga turut menyiarkan iklan bercetak di majalah-majalah
kesihatan dan majalah yang berkaitan dengan kekeluargaan. Pihak kami juga meggunakan
majalah – majalah remaja bagi memperkenalkan produk kami.
Contoh pengiklanan seperti dimuka surat sebelah:
24
AMMDA Health SDN.BHD
25
AMMDA Health SDN.BHD
Promosi jualan
Promosi jualan yang kami jalankan adalah untuk meperkenalkan produk syarikat kami
serta menarik pencuba baru terutamanya dari kalangan pembeli yang dikenali sebagai
mereka yang suka menukar jenama pilihan. Ia membantu bagi meningkatkan kadar
pembelian semula di kalangan pembeli produk LOLIHEALTH.
Aktiviti promosi ini akan diadakan di pusat membeli belah yang terkenal iaitu
Queensbay Mall, Penang. Lokasi ini di pilih kerana ia merupakan tempat membeli belah
yang amat suka di kunjungi oleh orang ramai. Ini memberi kesempatan kepada syarikat
kami bagi memperkenalkan lagi produk LOLIHEALTH kepada orang ramai. Aktiviti
promosi ini akan diadakan pada tarikh 3-4/4/2010 iaitu selama dua hari. Hari yang dipilih
untuk mengadakan promosi ini merupakan hari cuti hujung minggu iaitu sabtu dan ahad.
Antara teknik promosi jualan dilakukan oleh pihak syarikat kami adalah seperti
memberikan tester secara percuma kepada orang ramai agar dapat merasa keunikan yang
ada pada produk keluaran syarikat kami. Teknik promosi jualan ini dapat membantu
memperkenalkan dan menarik minat pengguna terhadap produk kami.
Selain itu, syarikat kami juga menggunakan alat – alat promosi jualan seperti risalah –
risalah berkaitan produk kami untuk di edarkan kepada orang ramai. Tujuan syarikat kami
memberi risalah – risalah ini kepada orang ramai adalah bagi memperkenalkan produk
kami kepada pengguna dengan lebih teliti. Melalui risalah ini juga pengguna boleh
mengetahui lebih lanjut tentang fungsi dan kebaikan produk LOLIHEALTH ini.
Syarikat kami juga mengadakan aktiviti cabutan bertuah ketika aktiviti promosi jualan
ini diadakan. Cabutan bertuah ini di berikan kepada pelanggan yang membeli produk
LOLIHEALTH ini. Aktiviti cabutan bertuah ini dapat membantu menarik minat orang
ramai untuk berkunjung ke pameran produk kami sekaligus membolehkan kami
memperkenalkan produk ini kepada orang ramai. Pemenang cabutan bertuah ini akan
mendapat wang tunai sebagai ganjaran hadiah.
26
AMMDA Health SDN.BHD
v. 5 PESAING UTAMA ANDA
Kesihatan
- Elken ( pil susu kambing )
Elken Spirulina adalah satu makanan kesihatan amat berkhasiat,
kuasa penuh sesak dengan protein vegetatif, Gamma Linolenic
Acid, Glycogen, vitamin dan mineral berkali-kali. Rumpai laut
beralkali boleh jadi bersedia dihadamkan dan dengan mudah
diasimilasikan oleh badan manusia. Ia satu makanan tambahan
unggul untuk mencapai kesihatan baik dan tenaga. Elken Spirulina
adalah satu makanan tambahan unggul untuk semua umur
Harga RM50.00
- ASTA pycnogenol
Mengurangkan kolestrol jahat (LDL) dan meningkatkan kolestrol
baik HDL. Menguatkan saluran darah dan mengurangkan risiko
masalah kardiovaskular, masalah hati, serangan jantung, dan strok.
ASTA pycnogenol adalah satu makanan tambah untuk semua.
Harga RM98.00
- King Salamon Oil Sofgel
Produk ini amat sesuai bagi mereka yang mengalami masalah kadar
kolestrol yang tinggi. Melancarkan perjalanan darah dan
mengembalikan kadar kolestrol paras normal juga sesuai untuk
mereka yang menghadapi masalah diabetis, ghout dan reumatik.
Harga RM100.00
- Turdogold dark chocolate
Mengandungi anti oksidan yang diketahui untuk mengurangkan
penyakit koronari dan kanser. Anti oksidan asid karbolik dalam
dark chocolate berfungsi sebagai deoxidising agen dan mencegah
menyekat arteri dan oleh itu mengelakkan serangan jantung. Harga
mengikut pembungkusan.
RM5.20, RM13.80, RM9.90 dan banyak lagi.
27
AMMDA Health SDN.BHD
- Gamogen ( heolin )
Formulasi semulajadi yg bertindak dengan memudahkan sel yang
mengalami penuaan dalam badan.Telah diuji secara klinikal dapat
meningkatkan imunisasi badan,melancarkan peredaran
darah,meransang kesegaran badan,kecantikan kulit dan kesihatan
secara menyeluruh. Ianya juga diperkayakan dengan chlorella,
omega-3,beta-karotena,vitamin B kompleks,vitamin E,asid amino
dan zat-zat galian yang berkesan meningkatkan fungsi peparu dan
jantung serta mengatasi keletihan badan.
Harga RM118.00
28
AMMDA Health SDN.BHD
vi. 5 CABARAN YANG ANDA JANGKAKAN TERHADAP PERNIAGAAN ANDA DI
MASA HADAPAN
- Umum
o Perubahan teknologi
Senang untuk pesaing memasuki pasaran kerana teknologi semakin
hari semakin canggih dan berkemungkinan besar, teknologi yang
kami gunakan mungkin tidak dapat menandingi teknologi masa
hadapan.
o Peningkatan dalam persaingan global
Syarikat kami bukan sahaja mempunyai pesaing dalam negara
bahkan juga luar negara. Contoh syarikat.....yang juga
menghasilkan produk kesihatan.
o Masalah ekonomi
Masalah yang tidak dirancang. Boleh berlaku kerana bencana alam
dan kegawatan ekonomi.
o Nilai dan orentasi pelanggan yang sering berubah
Manusia mempunyai kitar hayat yang berubah-ubah cara
kehidupannya.
o Masalah sosial dan politik
Sosial – Berlaku apabila kehendak bertukar menjadi keperluan.
Politik – Pemimpin yang berubah-ubah mempengaruhi sistem
pasaran.
29
AMMDA Health SDN.BHD
- Khusus
o Melalui teknologi
Penggunaan komputer,telekomunikasi,video conference dan
internet.
o Dengan pelanggan
Hubungan dengan pelanggan harus dijaga.
Jualan penghabisan stok dan lain – lain.
o Dengan rakan kongsi pemasaran
Rangkaian dalaman (pemborong, pembekal, pekerja dan lain – lain)
Rangkaian luaran (pelabur – pelabur)
o Dengan dunia
Globalisasi (pesaing dan peluang – peluang baru)
Tanggungjawab sosial (jual barang yang ada nilai & etika)
Meningkat pemasaran pertumbuhan pemasaran bukan untung
seperti menjalankan kempen.
Politik
Sitem pemerintahan yang sering berubah – ubah.
Ekonomi
Keadaan ekonomi yang sentiasa naik turun contohnya pada tahun 1997
keadaan ekonomi yang secara tiba – tiba merosot yang menyebabkan banyak
firma jatuh.
30
AMMDA Health SDN.BHD
vii. RUJUKAN
- Buku – buku rujukan
- Principles of Marketing, 12th Edition
Authors: Philip Kotler, Gary ArmstrongPublisher: Prentice Hall
ISBN: 0132390027Dewey Decimal Number: 658.8EAN: 9780132390026ASIN: 0132390027
Publication Date: March 9 2007
Author : Philip Kotler
Harga: RM 30.00 / RM 33.00ISBN-13: 978-967-5226-51-9 Tarikh Terbit: 21 Aug 2009Jumlah Muka Surat : 360
- http://maps.google.com/mapdata?CxWIklIAHca0-
gUgDwwtiJJSADXGtPoFQKoCSNoBUgJVU5ABA8oBAmVu
- Laman web google
- Wikipedia
31
AMMDA Health SDN.BHD
- Pensyarah – pensyarah.
viii. LAMPIRAN
GAMBAR-GAMBAR PESAING SYARIKAT
32
AMMDA Health SDN.BHD
GAMBAR SYARIKAT
33
AMMDA Health SDN.BHD
GAMBAR PENGANGKUTAN SYARIKAT
34
AMMDA Health SDN.BHD
SIJIL HALAL SYARIKAT
35
AMMDA Health SDN.BHD
SIJIL PERNIAGAAN SYARIKAT
36
AMMDA Health SDN.BHD
37