Rangkaian Pembekal Kami
Prinsip Etika & Tatalaku Perniagaan
semasa menjalankan urusniaga bersama CH2M HILL Dokumen Tambahan untuk Kerja yang dilakukan untuk Kerajaan Amerika Syarikat (A.S.) Oktober 2011
Prinsip-prinsip yang dipetik dari buku “The Little Yellow Book”,yang dihasilkan oleh pengasas bersama, Jim Howlandpada tahun 1978
Pada tahun 1978, pengasas bersama dan bekas presiden CH2M HILL James Howland telah mencatatkan satu koleksi petikan pengurusan untuk mengabadikan nilai-nilai yang telah diterapkan semasa penubuhan syarikat kami
Petikan-petikan ini menjadi asas “The Little Yellow Book”, yang merupakan tunjang cara perniagaan CH2M HILL.
Untuk mengetahui tentang “The Little Yellow Book” dengan lebih lanjut, sila layari: www.ch2mhill.com/ethics
Mesej dari Presiden Perniagaan Persekutuan
Kerajaan A.S merupakan salah satu pelanggan CH2M HILL yang terpenting dan terbesar. Tugasan dan kerja yang kami lakukan untuk pelanggan ini berbeza dari segi jenis serta geografi, tetapi apa yang tidak berubah adalah syarat-syarat yang khusus yang harus anda patuhi semasa melakukan kerja-kerja ini bersama kami. Sikap yang jujur dan berintegriti adalah satu kemestian semasa menjalankan kerja untuk Kerajaan A.S di serata dunia. Sebagai ahli rangkaian pembekal kami, anda dikehendaki untuk mengetahui dan mematuhi kesemua undang-undang dan peraturan yang berkenaan yang mengawal dan mentadbir kerja-kerja yang dibiayai oleh Kerajaan A.S., termasuk peraturan perolehan persekutuan, kaedah-kaedah tatalaku etika dan melobi, konflik kepentingan dan pengendalian maklumat sulit dan juga maklumat kerajaan.
Individu-individu dan syarikat-syarikat yang terlibat boleh dikenakan hukuman jenayah (denda dan penjara) dan penalti sivil yang tinggi sekiranya tidak mematuhi undang-undang dan peraturan-peraturan tersebut. Pelanggaran perundangan dan peraturan tersebut juga boleh mengakibatkan penggantungan dan penyingkiran. Anda dikehendaki untuk menitikberatkan perundangan-perundangan ini secara serius dan kami tidak akan bertolak ansur dengan mereka yang gagal untuk memahami kepentingan ini.
Walaupun ianya adalah tanggungjawab anda untuk mengikuti perkembangan perundangan yang terkini berkenaan dengan kerja-kerja Kerajaan A.S., bagi memudahkan anda, kami telahpun meringkaskan beberapa isu-isu utama yang penting. Walaubagaimanapun, ringkasan ini tidak bertujuan untuk merangkumi kesemua maklumat yang perlu diketahui.
Dokumen Tambahan dan Prinsip-prinsip Etika dan Tatalaku Perniagaan Rangkaian Pembekal kami ini merupakan sebahagian daripada setiap perjanjian bertulis di antara anda dan kami semasa bersama-sama mengusahakan projek-projek yang dibiayai Kerajaan A.S. Kami dengan ini ingin mengucapkan terimakasih atas komitmen anda untuk menjalankan perniagaan secara berintegriti.
Dengan hormatnya,
Michael McKelvyPresiden Perniagaan Persekutuan CH2M HILL
sub-kontraktor serta pembekal mereka
dari menawarkan – pekerjaan, hadiah,
tips atau hiburan sebagai balasan “quid
pro quo” untuk pemberian kontrak.
Sekiranya anda mempunyai pengetahuan
tentang sebarang pemberian yang tidak
sepatutnya diterima oleh kakitangan
Kerajaan A.S berkenaan sebarang
perolehan yang berkaitan dengan
kerja-kerja CH2M HILL yang dijalankan
untuk Kerajaan A.S, anda mempunyai
tanggungjawab untuk melaporkan
perkara ini kepada CH2M HILL dan
bekerjasama dengan kami untuk
mendedahkan dan menyelesaikan
perkara ini. Akta ini juga melarang
pendedahan maklumat yang tidak
dibenarkan atau pencarian maklumat
yang dihasilkan oleh agensi-agensi
kerajaan serta maklumat hakmilik pesaing.
PIA juga melarang pendedahan maklumat
yang tidak dibenarkan atau pencarian
maklumat yang dihasilkan oleh Kerajaan
A.S. serta menggunakan maklumat
hakmilik pesaing untuk mendapatkan
kontrak dari Kerajaan A.S. Penggunaan
maklumat tanpa kebenaran adalah
Akta Kebenaran dalam Perundingan (Truth in Negotiations Act) (TINA)TINA memerlukan CH2M HILL untuk
menyediakan kos projek dan maklumat
harga yang tepat kepada Kerajaan A.S
untuk menyokong dan membantu dalam
penilaian dan perundingan perolehan.
Maklumat yang disediakan perlu disahkan
sebagai tepat, terkini dan lengkap.
Sebagai ahli rangkaian pembekal kami,
anda perlu bersedia untuk memberi
pengesahan ini kepada CH2M HILL
supaya projek-projek Kerajaan A.S. adalah
tepat, terkini dan lengkap.
Akta Integriti Perolehan (Procurement Integrity Act) (PIA)PIA dan beberapa undang-undang
lain memandatkan peraturan dan
etika tatalaku bagi pegawai-pegawai
kerajaan dan kontraktor-kontraktor
Kerajaan A.S, termasuk pembekal
dan sub-kontraktor mereka. Ia juga
menghalang kakitangan Kerajaan A.S.
dari meminta atau menerima – dan
kontraktor-kontraktor Kerajaan A.S,
“Peraturan adalah untuk semua orang.”
— “The Little Yellow Book”
dilarang sama sekali dan sekiranya
anda menyedari akan perkara ini, sila
maklumkan kami dengan segera. Kami
juga mengharapkan kerjasama anda dalam
usaha untuk mendedahkan perkara ini.
Kos yang Munasabah dan Dibenarkan CH2M HILL dan ahli-ahli rangkaian
pembekal kami harus sentiasa mematuhi
peraturan-peraturan yang telah
ditetapkan oleh Kerajaan A.S berkenaan
pengagihan kos dan perletakan harga
dalam perlaksanaan kontrak Kerajaan
A.S. Hanya kos yang dibenarkan untuk
pembayaran balik di bawah perundangan
yang berkenaan boleh dikenakan kepada
pelanggan Kerajaan A.S. kami. CH2M HILL
menghendaki kesemua rakankongsi,
pembekal dan sub-kontraktor kami
untuk mengambil kesemua langkah yang
sepatutnya bagi memastikan hanya kos
yang munasabah dan dibenarkan sahaja
yang dikenakan kepada Kerajaan A.S.
Akta Tuntutan Palsu (False Claims Act) (FCA) FCA membantu Kerajaan A.S
mendedahkan pembaziran serta
penyalahgunaan harta benda dan
sumber kerajaan dengan mengenakan
denda dan penalti kepada mereka yang
mengemukakan tuntutan bayaran yang
tidak munasabah di bawah kontrak
Kerajaan A.S. FCA menggalakkan
pembayar cukai untuk melaporkan
kesalahan ini dan mengambil
tindakan undang-undang terhadap
kontrakor-kontraktor Kerajaan A.S dan
pembekalnya, bila perlu. FCA meliputi
sebarang tuntutan bayaran yang tidak
munasabah di bawah kontrak dengan
Kerajaan A.S., termasuklah tuntutan
dari pembekal dan sub-kontraktor
CH2M HILL. CH2M HILL menghendaki
ahli rangkaian pembekal kami untuk
sentiasa mematuhi prosedur-prosedur
pengkontrakan yang berkenaan semasa
meminta bayaran atau membuat tuntutan.
Sebarang tuntutan atau pembayaran
berlebihan berkaitan kerja-kerja yang
anda laksanakan dengan kami untuk
Kerajaan A.S. harus dimaklumkan
dengan segera. Pendedahan ini
dituntut di bawah FCA dan kegagalan
untuk memaklumkan perkara ini akan
meningkatkan jumlah penalti yang
dikenakan kepada anda dan juga kami
dan mungkin juga akan mengakibatkan
penyingkiran dari melakukan kerja untuk
Kerajaan A.S.
Yuran-yuran KontinjenPerundangan Persekutuan A.S. dan polisi
CH2M HILL menghalang pembayaran
yuran kontinjen untuk mendapatkan
kerja-kerja yang berkaitan dengan kontrak
Kerajaan A.S. Sebagai rakankongsi,
pembekal atau sub-kontraktor kami, anda
Layarilah www.ch2mhill.com/ethics untuk mengetahui tentang “The Little Yellow Book” dengan lebih lanjut:
tidak dibenarkan untuk membayar atau
menerima sebarang yuran kontinjen untuk
mendapatkan kerja-kerja Kerajaan A.S.
Akta Anti-Sogokan (Anti-Kickback Act)Akta Anti-Sogokan melarang
CH2M HILL dan ahli-ahli rangkaian
pembekalnya untuk menerima,
meminta atau menawarkan sogokan
untuk mendapatkan atau menyediakan
perkhidmatan bagi kerja Kerajaan
A.S. Ia juga melarang kemasukan nilai
sogokan kepada harga kontrak sebarang
kontraktor Kerajaan A.S. CH2M HILL tidak
terlibat dalam aktiviti sogokan berkaitan
dengan Kerajaan A.S mahupun kerja-
kerja pelanggan lain dan menghendaki
rakankongsi, pembekal dan sub-
kontraktor kami untuk melarang aktiviti ini
di dalam urusan perniagaan mereka.
Pendedahan Kesalahan Mandatori Semasa melaksanakan projek-projek
Kerajaan A.S., rakankongsi, pembekal dan
sub-kontraktor CH2M HILL dikehendaki
untuk memaklumkan kepada CH2M HILL
dan Kerajaan A.S. dengan segera
sekiranya wujud bukti-bukti yang boleh
dipercayai berkaitan pelanggaran
sebarang undang-undang yang terpakai
atau peneriman pembayaran yang
berlebihan.
Kod EtikaKerajaan A.S. menghendaki kontraktor-
kontraktor, sub-kontraktor dan pembekal-
pembekal mereka untuk mempunyai kod
etika dan tatalaku perniagaan bertulis,
dan memastikan dokumen-dokumen ini
tersedia untuk rujukan setiap kakitangan
yang terlibat dalam perlaksanaan kerja-
kerja yang dibiayai oleh Kerajaan A.S.
CH2M HILL menggalakkan rangkaian
pembekal kami untuk mengekalkan
kod etika dan tatalaku perniagaan, dan
melaksanakan program komplians dan
kesedaran etika perniagaan yang efektif
selaras dengan keperluan Kerajaan A.S.
Layarilah www.ch2mhill.com/ethics untuk mengetahui tentang “The Little Yellow Book” dengan lebih lanjut:
“Satu ujian yang bagus untuk memastikan sesuatu tindakan yang dipertimbangkan adalah beretika ialah untuk bertanya, “Mahukah saya membaca tentang ini di tajuk utama suratkhabar esok pagi?”
— “The Little Yellow Book”
PengesahanSebelum memulakan kerja-kerja Kerajaan
A.S. bersama-sama kontraktor-kontraktor,
sub-kontraktor atau pembekal-
pembekalnya, CH2M HILL memerlukan
pengesahan kebolehan untuk
melaksanakan projek-projek Kerajaan
A.S. secara efektif, termasuk pengesahan
berkenaan penggantungan, penyingkiran,
penamatan ingkar, konflik kepentingan
dan kemasukan ke dalam Sistem Senarai
Pihak yang Dikecualikan (EPLS). Maklumat
yang terkandung di dalam pengesahan
ini mestilah terkini, lengkap dan tepat
dan maklumat ini harus dikemaskinikan
sekiranya terdapat sebarang perubahan.
Melaporkan Kesangsian tanpa Tindakbalas Sebagai ahli rangkaian pembekal kami,
anda mempunyai tanggungjawab
afirmatif untuk melaporkan sebarang
rasa syak wasangka mengenai sebarang
kemungkinan kemungkiran Prinsip-
prinsip Etika & Tatalaku Perniagaan,
untuk mematuhi sebarang penyiasatan
atau audit dan berkongsi maklumat
yang berkaitan dengan penyiasatan
tersebut secara terbuka dan jujur. Kami
akan dengan sedaya upaya memastikan
segala laporan adalah sulit dan sekiranya
dibenarkan oleh undang-undang
tempatan, merahsiakan identiti anda.
Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan
di talian kami, “The GuideLine” +1-
866-924-4843 (bagi A.S. dan Kanada),
+1-720-286-4843 (di luar Amerika Utara)
atau melalui laman web kami di www.
ch2mhill.com/guideline. CH2M HILL
akan menyiasat kesemua laporan
dengan segera, teliti dan adil dan akan
mengambil langkah-langkah yang
sewajarnya.
Anda boleh melaporkan sebarang
syak wasangka mengenai kemungkiran
sebarang undang-undang, polisi, Prinsip-
prinsip Etika & Tatalaku Perniagaan atau
Dokumen Tambahan ini tanpa sebarang
kebimbangan bahawa hubungan anda
dengan CH2M HILL akan terjejas.
Kami memerlukan ahli-ahli rangkaian
pembekal kami untuk melarang
tindakbalas terhadap sebarang individu
yang melaporkan dengan niat yang baik
kemungkinan pelanggaran undang-
undang dan polisi-polisi etika dan
tatalaku perniagaan.
.
© 2011 CH2M HILL COR072911013221MKT
CH2M HILL Global Headquarters
9191 South Jamaica Street
Englewood, CO 80112
USA
Talian Bebas Tol: 888.CH2M.HILL
Tel: +303.771.0900
Fax: +720.286.9250
The GuideLine:+1.TO.MY.CH.GUIDE (+1.866.924.4843)
(di dalam A.S. atau Kanada)
+1.720.286.4843
(di luar Amerika Utara)
www.ch2mhill.com/guideline