Download - Rashman skema sejarah 2 perlis 2012
[Blog Sejarah STPM
SULIT*
940/2
(SEJARAH MALAYSIA, ASIA TENGGARA,ASIA SELATAN, DAN ASIA TIMUR, 1800
PEPERIKSAAN PERCUBAAN BERSAMASIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA 2012
PERSIDANGAN KEBANGSAAN PENGETUASEKOLAH MENENGAH MALAYSIA (CAWANGAN PERLIS)
DAN JABATAN PELAJARAN PERLIS
© Persidangan Kebangsaan Pengetua Sekolah Menengah Perlis (PKPSM) & JPNP 2012
1[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
SEJARAH
KERTAS 2
(SEJARAH MALAYSIA, ASIA TENGGARA,ASIA SELATAN, DAN ASIA TIMUR, 1800-1963)
SKEMAPEPERIKSAAN PERCUBAAN BERSAMA
SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA 2012
ANJURAN BERSAMAPERSIDANGAN KEBANGSAAN PENGETUA-PENGETUA
SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA (CAWANGAN PERLIS)DAN JABATAN PELAJARAN PERLIS
© Persidangan Kebangsaan Pengetua Sekolah Menengah Perlis (PKPSM) & JPNP 2012
STPM 2012
SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA 2012
PENGETUASEKOLAH MENENGAH MALAYSIA (CAWANGAN PERLIS)
© Persidangan Kebangsaan Pengetua Sekolah Menengah Perlis (PKPSM) & JPNP 2012
2[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
1. Huraikan struktur sosial masyarakat di Tanah Melayu sebelum campur tanganBritish.
A. Pengenalan ( 3 Markah )
a. Sebelum tahun 1874, struktur masyarakat Melayu adalah bercorak feudal.Secaraumumnya, masyarakat Melayu dapat dibahagikan kepada dua golongan iaitu golonganpemerintah dan golongan yang diperintah.
b. Golongan pemerintah merupakan kumpulan yang kecil tetapi mempunyai pengaruh dankuasa dalam masyarakat Melayu tradisional.Golongan pemerintah terdiri daripada sultanatau raja, kerabat diraja, pembesar dan ulama.
c. Golongan yang diperintah mempunyai jumlah yang sangat ramai dalam kalanganmasyarakat Melayu.Golongan ini terdiri daripada rakyat biasa yang merdeka dangolongan hamba. Setiap golongan dalam masyarakat Melayu mempunyai perananmasing-masing.
B. Struktur sosial masyarakat di Tanah Melayu
I. Golongan Pemerintah ( 10 Markah )
1. Sultan atau raja.
a. Sultan merupakan pemerintah tertinggi di setiap negeri.Sultan akan menjadi ketuakerajaan dan ketua pemerintah serta mempunyai kedudukan yang istimewa dalammasyarakat .
b. Sultan turut mempunyai kuasa dalam bidang ekonomi dan sistem kehakiman negeri.c. Sultan turut mempunyai banyak keistimewaan berbanding dengan rakyat biasa
seperti penggunaan bahasa dalam atau istana, penggunaan warna kuning dan alat- alatkebesaran diraja.Sultan juga juga dikaitkan dengan kuasa daulat.Rakyat yang menderhakaterhadap sultan akan terkena tulah.
d. Upacara pertabalan sultan akan dilaksanakan untuk mengesahkan kekuasaan seorangsultan tersebut.Sultan yang mangkat akan digantikan oleh putera sulung atau adik lelakibaginda.
e. Sultan juga menjadi lambang perpaduan dan keamanandi negeri-negeri Melayu.
2. Kerabat diraja.
a. Golongan ini mempunyai pertalian darah dengan sultan dan lazimnya menggunakangelaran raja atau tengku.
b. Kerabat diraja mempunyai kedudukan dan pengaruh yang besar dalam masyarakatMelayu.Mereka turut memiliki keistimewaan seperti mana Sultan tetapi tidak bolehmengatasi keistimewaan Sultan. Mereka sangat dihormati oleh rakyat jelata.
c. Anak-anak raja akan diberikan peluang untuk menjawat jawatan penting dalam kerajaan,misalnya memerintah di daerah atau mukim tertentu.
d. Bilangan kerabat diraja sangat ramai kerana amalan berpoligami oleh sultan.Walaubagaimanapun, anak daripada permaisuri pertama akan mendapat tempat yang istimewa,terutama dalam pelantikan sebagai putera mahkota atau raja muda.
3[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
3. Golongan Pembesar
a. Golongan pembesar berada di kedudukan yang ketiga dalam struktur masyarakat Melayusebelum tahun 1874 di Tanah Melayu.Golongan ini dikenali sebagai keturunan baik-baikatau anak baik-baik.
b. Golongan pembesar terdiri daripada dua kumpulan iaitu kerabat diraja dan bukan kerabatdiraja.
c. Golongan bukan kerabat diraja mendapat jawatan pembesar kerana mempunyaikebolehan mentadbir dan mempunyai jasa terhadap kerajaan.
d. Golongan pembesar mempunyai tugas menjaga keamanan dan memungut cukai dikwasan atau daerah masing-masing.
e. Pembesar juga mempunyai kuasa dalam bidang kehakiman seperti menjatuhkan hukumanterhadap pesalah jenayah dan sivil.
f. Pembesar juga bertanggungjawab untuk mengekalkan taat setia rakyat terhadap Sultandengan cara melaksanakan sistem serah dan kerah.
g. Terdapat juga golongan pembesar yang bertugas di luar istana, iaitu penghulu danulama.
h. Penghulu mempunyai tugas menjaga keamanan, membekalkan tenaga buruh, mengutipcukai dan memastikan rakyat pada peringkat kampung taat setia terhadap Sultan.
i. Ulama merupakan golongan cerdik pandai dalam bidang agama Islam .Golongan ini akanmemegang jawatan seperti kadi,mufti ,imam, khatib atau guru agama. Golongan ini akanbertindak sebagai penasihat kepada Sultan berkaitan dengan hukum-hakam agama Islam.Para ulama biasanya berketurunan Arab berasal dari Asia Barat India dan Pulau Jawa.Mereka menggunakan gelaran tertentu seperti maulana.
II. Golongan Yang Diperintah ( 10 Markah )
1. Golongan merdeheka.
a. Golongan ini terdiri daripada rakyat biasa dan orang asing.b. Rakyat biasa merupakan penduduk peribumi yang bermastautin tetap di negeri-negeri
tertentu .c. Rakyat biasa hidup bebas menjalankan kegiatan ekonomi masing-masing seperti
berniaga, menangkap ikan, melombong , tukang mahir dan sebagainya.d. Rakyat biasa merupakan pengikut setia terhadap pembesar yang mentadbir daerah.
Mereka akan sentiasa mengikut arahan golongan pembesar. Mereka akan menjalankansemua suruhan pembesar,misalnya dalam sistem kerah dan serah.
e. Rakyat Asing.Golongan ini hanya tinggal sementara di Tanah Melayu dan akan kembalike negera asal mereka.
f. Golongan ini terdiri daripada pedagang, perantau, mubaligh dan senteri serta orang asingyang datang ke Tanah Melayu sebagai tentera upahan.
g. Orang asing yang berkahwin dengan orang tempatan biasanya akan terus menetap diTanah Melayu.
h. Masyarakat Tamil-Islam merupakan kumpulan orang asing yang paling ramai di TanahMelayu.Golongan orang asing tidak wajib mematuhi tradisi dan kebudayaan tempatanMelayu tetapi mereka mestilah mematuhi undang-undang masyarakat Melayu.
4[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
2. Hamba
a. Golongan yang menduduki lapisan paling bawah dalam struktur masyarakat Melayusebelum tahun 1874 ialah hamba.
b. Hamba dalam masyarakat Melayu dapat dibahagikan kepada tiga kumpulan, iaitu hambabiasa, hamba berhutang dan hamba raja.
c. Golongan hamba biasa merupakan golongan orang suruhan atau keturunanhamba.Golongan ini biasanya akan dijual beli dan menjadi hamba seumur hidup.Seluruhkeluarganya akan menjadi hamba kepada tuannya.
d. Manakala hamba berhutang merupakan orang biasa yang menjadi hamba kerana gagalmembayar hutang. Hamba berhutang akan bebas setelah nilai hutang tersebut habissetelah bekerja dengan tuannya.Antara kerja yang biasa dilakukan ialah bertani danmelombong.
e. Selain itu ,hamba raja merupakan golongan merdeheka yang telah melakukan kesalahanjenayah dan diampunkan oleh sultan. Hamba raja juga terdiri daripada tawanan perang.
f. Hamba raja mempunyai kedudukan paling tinggi dalam kalangan semua hamba.
C. Kesimpulan ( 2 Markah )
a. Struktur masyarakat Melayu sebelum tahun 1874 sememangnya sistematik yang terdiridaripada golongan memerintah sehinggalah kepada golongan yang diperintah.
b. Setiap golongan dalam struktur masyarakat Melayu mempunyai tugas dan perananmasing-masing.
c. Setelah campur tangan British dalam sistem politik negeri-negeri Melayu, strukturmasyarakat Melayu telah mengalami perubahan yang ketara kerana peranan golonganpembesar dan hamba telah mula dihapuskan oleh penjajah British.
5[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
2. Bincangkan hukum adat yang diamalkan di Malaysia sebelum kedatangan British.A. Pengenalan ( 2/3 markah )
a. Adat ialah istilah yang dikutip dari bahasa Arab yang beerti kebiasaan.Menurut Sorojo
adat adalah pencerminan dari keperibadian sesuatu bangsa di mana adat merupakan
unsur terpenting yang memberikan identiti kepada bangsa.
b. Masyarakat di Tanah Melayu,Sabah dan Sarawak telahpun mempunyai hukum adat
mereka yang tersendiri sebelum kedatangan kuasa barat.Hukum adat merupakan
peraturan yang diamalkan secara turun temurun dan sesiapa yang melanggarnya akan
dihukum.
c. Hukum adat dilaksanakan bagi menjamin hak anggota masyarakat dan memastikan
masyarakat hidup dalam keadaan aman dan selesa.Masyarakat di negeri-negeri Melayu
mengamalkan dua jenis adat iaitu Adat Temenggung dan Adat Perpatih manakala bagi
Sabah dan Sarawak hukum adat yang diamalkan ialah adat Tenom,adat Dusun,adat
Temogun dan adat Dusun Tunggu.
B. Isi –isi ( 20 markah )
Adat Temenggung
Asal-usul
a. Adat ini diperkenalkan oleh Dato Temenggung di Palembang,Sumatera Selatan oleh
Sutan Paduka Basa ( Dato Ketemenggungan ).Adat ini diamalkan di kawasan
pesisiran pantai dan dibawa ke Tanah Melayu pada kurun ke 13 dan 14 melalui
Parameswara dari Palembang.
b. Adat ini diamalkan di semua Negeri-negeri Melayu kecuali Negeri Sembilan,Naning
dan Alor Gajah.
Jurai Keturunan/Salasilah Keluarga/Masyarakata. Adat ini bersifat patrilineal iaitu susur galur keturunan berasaskan nasab sebelah bapa.
Penekanan ini berlaku kerana kaum lelaki dianggap penting dalam Islam dalammelanjutkan keturunan sesebuah keluarga dan sejajar dengan hukum syarak yangmengiktiraf lelaki sebagai ketua keluarga.
b. Masyarakatnya juga tidak wujud suku kerana perkahwinan adalah berbentuk dalaman
atau endogami.Walau bagaimanapun terdapat masyarakat berkelas yang dibahagikan
kepada golongan pemerintah dan golongan yang diperintah.
Perkahwinan/Perceraiana. Daripada aspek perkahwinan,hukum adat juga menentukan kedudukan kaum lelaki
dan perempuan dalam masyarakat.Mengikut Adat Temenggung,undang-undang
keluarga adalah bersifat Patrilineal iaitu lebih mengutamakan kaum lelaki.
b. Golongan bapa dianggap sebagai ketua keluarga sebagaimana yang telah ditentukan
oleh hukum syarak.Meskipun begitu,pihak keluarga di sebelah bapa dan ibu juga
dianggap sama penting.
6[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
c. Mengikut adat Temenggung apabila seseorang lelaki berkahwin,isterinya dikehendaki
mengikut keluarga suami dan tinggal bersama-sama dengan keluarga ibubapa
suaminya.Isteri akan
menjadi ahli keluarga suaminya.d. Perkahwinan dengan sesiapa sahaja dibenarkan selagi tidak mempunyai pertalian
darah dengan pasangan.Peraturan ini bermakna perkahwinan antara saudara seibu dan
sebapa adalah dilarang.Perkahwinan atas dasar perbezaan agama juga dilarang oleh
hukum syarak.
e. Perceraian ditegah dalam Islam tapi dibenarkan mengikut lunas-lunas yang
ditetapkan oleh agama.
Sistem Pemerintahan/Pentadbirana. Sistem pemerintahannya menekankan kuasa dan kedudukan istimewa pemerintah
iaitu bersifat autokratik dan raja berkuasa mutlak.
b. Puncak sistem pemerintahan ialah raja/sultan diikuti oleh Raja Muda dan seterusnya
pembesar-pembesar yang memegang jawatan-jawatan tertentu,diikuti oleh pembesar
wilayah,jajahan dan kampung.Mereka dilantik oleh raja yang bertauliah serta
memerintah atas nama atau sebagai wakil sultan/raja.
c. Sultan/raja merupakan ketua negara,lambang penyatuan dan perpaduan
rakyat.Apabila raja/sultan mangkat baginda akan digantikan oleh putera sulung
baginda.Sekiranya tiada anak lelaki,adik sultan akan mewarisi takhta.Keputusan
pentadbiran dilakukan secara mesyuarat antara sultan dengan pembesar.
Sistem Perundangan/Kehakimana. Hukum adat juga menjelaskan undang-undang dan peraturan yang menjadi panduan
dalam pentadbiran,undang-undang jenayah,atau undang-undang awam.
b. Adat Temenggung menetapkan hukuman yang lebih keras ke atas kesalahan
jenayah.Sistem perundangan dalam adat ini bersifat pengajaran dan berpegang kepada
prinsip pembalasan contohnya pembunuh mesti dihukum bunuh.
c. Rakyat yang melakukan kesalahan kepada pembesar akan menerima hukuman yang
lebih berat berbanding kesalahan yang dilakukan terhadap orang yang sama
taraf.Hukuman yang dilakukan ke atas rakyat biasa adalah lebih berat jika
dibandingkan hukuman yang dikenakan ke atas golongan pemerintah.
d. Hukuman yang dikenakan selaras dengan undang-undang Islam atau disesuaikan
mengikut undang-undang negeri.Dalam Undang-undang Pahang dan Kedah juga
menyentuh tentang hukum hudud.Dalam Undang-undang Kedah mengikut Fasa 23
kesalahan membunuh dianggap berat kerana nyawa manusia tidak boleh diambil
sewenang-wenangnya dan hukumannya bunuh kembali.
e. Bagi kesalahan mencuri pula akan dipotong tangan .Bagi kesalahan pertama dipotong
tangan kanan,diikuti oleh kaki kiri dan tangan kiri.Bagi kesalahan zina pula
contohnya Undang-undang Pahang,sesiapa yang belum berkahwin akan dikenakan
100 sebatan dan bagi pasangan yang sudah berkahwin akan direjam/disula sampai
mati.
7[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
Ekonomi/Perwarisan Harta.a. Dalam aspek ekonomi,Adat Temenggung menuntut keadilan kepada semua pihak
mengikut undang-undang Islam.Mengikut adat Temenggung harta adalah kepunyaan
individu/orang perseorangan.Sistem pewarisan ialah hak milik tetap bagi seseorang
atau individu.
b. Adat Temenggung menetapkan anak lelaki berhak mewarisi harta pusaka dengan
kadar dua pertiga berbanding anak perempuan.Ianya berdasarkan tanggungjawab anak
lelaki yang lebih besar dalam keluarga berbanding anak perempuan.
c. Keadaan ini bermakna anak perempuan juga berhak mewarisi sebahagian kecil
daripada harta pusaka keluarga iaitu sebanyak satu pertiga bahagian berbanding anak
lelaki.Walau bagaimanapun jika berlaku perceraian harta sepencarian akan dibahagi
sama rata jika isteri bekerja tetapi jika isteri tidak bekerja hanya dapat satu pertiga
sahaja daripada harta.
Adat Perpatih
Asal-usula. Adat ini diasaskan oleh Dato Perpatih Nan Sebatang dari Minangkabau Sumatera
Tengah.Pusat pemerintahannya ialah Pagar Ruyong dan digunakan di kawasan
pedalaman.
b. Dibawa ke Negeri Sembilan,Naning dan Alor Gajah pada kurun ke 17 oleh peneroka
suku bangsa Minangkabau iaitu Luak Paya Kumbuh,Seri Lemak,Mungkal dan Tanah
Datar.
Jurai Keturunan/Susunan Masyarakat.a. Adat ini bersifat matrilineal iaitu kaum wanita mempunyai kedudukan utama atau
susur galur keturunan berasaskan nasab sebelah ibu.
b. Anak perempuan menjadi asas wujudnya suku dan penerus kepada suku dan ianya
dikenali sebagai unilateral ( susur galur satu pihak ).
c. Dengan ini masyarakatnya adalah bersuku-suku.Terdapat 12 suku iaitu Biduanda,Batu
Hampar,Seri Lemak,Paya Kumbuh,Mungkal,Tiga Nenek,Tiga Batu,Tanah Datar,Seri
Melenggang,Batu Belang,Anak Acheh dan Anak Melaka.
d. Suku Biduanda mempunyai kedudukan istimewa iaitu merupakan suku asal di Negeri
Sembilan.Hubungan antara suku yang mengikut nasab ibu amat rapat seperti adik
beradik.
e. Hubungan anggota seperut itu mempunyai tanggungjawab dan hak yang sama iaitu
Berat Sama Dipikul,Ringan Sama Dijinjing,Dapat Sama Dilaba,Cicir Sama Rugi.
Perkahwinan/Perceraiana. Sistem perkahwinan dalam adat ini dipanggil perkahwinan semenda iaitu suami
kepada perempuan dalam adat ini digelar Orang Semenda.Perkahwinan dipengaruhi
oleh hukum syarak iaitu berkait dengan nikah dan talak.
b. Sistem berbentuk eksogami iaitu tidak boleh berkahwin dengan suku yang sama
contohnya suku Batu Hampar tidak boleh berkahwin dengan suku Batu
8[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
Hampar.Perkahwinan semenda ini mengkehendaki suami tinggal atau membuat
rumah di tempat isteri.Orang Semenda berkuasa ke atas isteri dan anak-anaknya dan
wajib mendirikan rumah di tapak tanah isteri dan dengan demikian rumah akan
menjadi hak milik isteri.
c. Seorang lelaki dilarang juga berkahwin dengan dua atau lebih perempuan yang datang
dari suku yang sama.Kahwin lari dilarang dalam adat ini dan hukumannya tidak boleh
balik kampung,hilang hak ahli suku,hilang hak waris harta.
d. Dari segi perceraian selain dari mengikut hukum syarak,menurut adat Perpatih
perceraian mempunyai upacara tersendiri kerana ia berkaitan dengan suku.Jika
seorang suami berhajat untuk menceraikan isterinya mestilah melalui satu timbang
tara yang dipanggil bersuarang iaitu jamuan kecil diadakan untuk menyelesaikan
masalah yang berlaku.Keputusan akhir menjatuhkan talak adalah langkah terakhir
iaitu jika perdamaian tidak dapat dicapai.
Pemerintahan/Pentadbirana. Sistem pemerintahannya bersifat demokrasi dan disahkan oleh RJ Wilkinson yang
mengatakan “ The Adat Perpatih is Democratic ".
b. Kuasa pemerintahan bukan di tangan seorang sahaja tetapi dibahagikan di antara
pemerintah iaitu Yang Dipertuan Besar,Undang,Lembaga,Buapak dan Perut.Tiada
pemusatan kuasa kepada seorang raja atau pembesar.Ianya dinyatakan seperti raja
memerintah alam,undang memerintah luak,lembaga memerintah suku dan buapak
memerintah anak buah.
c. Konsepnya ialah orang ramai atau saudara lelaki tertua sebelah ibu akan memilih
Buapak,Buapak memilih Lembaga,Lembaga memilih Undang dan Undang melatik
Yang Dipertuan Besar.
Hukuman Adat Perpatiha. Sistem bersifat pemulihan,berperikemanusian dan bertimbang rasa.Kesalahan akan
didenda berdasarkan kesalahan dan mangsa dibayar gantirugi.Contohnya seseorang
yang terluka atau cedera akan diberi gantirugi dalam bentuk ayam atau kambing
bergantung kepada lukanya.
Mangsa kecurian pula boleh mendapat balik barang-barangnya.b. Sekiranya berlaku pembunuhan orang yang bersalah tidak perlu dijatuhkan hukuman
yang keras,apabila mangsa mati,suku akan bayar gantirugi atau memaksa suku yang
membunuhnya menyuruh seseorang dari kalangannya mengambil tempat orang yang
mati.
c. Hukuman bunuh hanya dikenakan bagi kes yang sangat serius seperti penderhakaan
dan hanya boleh dijatuhkan oleh Undang atau Yang Dipertuan Besar sahaja.Hukuman
lain ditentukan oleh Buapak atau Lembaga.
Pewarisan Harta Adat Perpatih
9[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
a. Harta bukan kepunyaan perseorangan tetapi adalah hak milik bersama kelompok
kekeluargaan/suku.Harta dalam masyarakat tidak boleh dijual kepada keluarga lain
dengan syarat-syarat tertentu.
b. Perut menjadi wakil keluarga dan menjaga harta supaya tidak berpindah ke tangan
orang lain.Terdapat beberapa jenis harta dalam adat ini iaitu :
i. Pusaka Benar - harta kepunyaan suku seperti tanah-tanah kampung,dusun
buah-buahan dan rumah yang terletak di tanah pusaka dan tidak boleh dijual
ii. Pusaka sendiri - barang kemas dan harta carian
iii. Harta sepencarian - harta semasa perkahwinan
iv. Harta dapatan - hadiah/harta isteri sebelum berkahwin
v. Harta bawaan – hadiah/harta yang diperolehi suami sebelum kahwin
c. Jika berlaku perceraian harta sepencarian akan dibahagi sama rata jika isteri bekerja
dan sekiranya isteri tidak bekerja akan hanya mendapat 1/3.Sekiranya isteri
meninggal dunia harta ini akan jatuh ke tangan anak perempuan sesuai dengan sistem
kekeluargaan yang berbentuk unilateral.
Hukum Adat di Sabah dan Sarawak.a. Di Sarawak mengamalkan adat-adat tertentu.Bagi kaum Malanau yang ingin
mendirikan rumah terlebih dahulu tapak tanah perlu disemah,caranya dengan
menggali sebuah lubang dan dimasukkan seorang perempuan serta hiasan manik yang
berharga untuk dijadikan korban.Barulah boleh ditanam tiang yang bertujuan untuk
menghalau hantu daripada mengganggu penghuninya.
b. Bagi kaum Iban seseorang pemuda yang ingin berkahwin perlu melakukan pekerjaan
sebelum masuk meminang.Kerjanya ialah menyembelih kepala orang dan kepala
tersebut diberi kepada bakal mertua ataupun bakal isteri,barulah pinangan akan
diterima.Tujuan adat ini adalah untuk menunjukkan keberanian dan kegagahan
seorang pemuda.Ia sangat penting bagi kaum Iban sebagai jaminan kaum lelaki dapat
menjaga keselamatan keluarganya nanti.
c. Hukum adat mengawal soal bertanam padi dan tempat kediaman orang Iban.Hukum
adat menentukan tanah kampung halaman adalah kepunyaan bersama sesuatu
kumpulan masyarakat.Semua penduduk dalam rumah panjang tersebut berhak
bercucuk tanam,
memburu dan mengambil hasil hutan di kawasan kampung mereka.Antara kesalahanyang dikenakan hukuman denda ialah sesiapa yang gagal melaporkan sebarangbencana,kecemasan,tidak bekerjasama dalam sesuatu tindakan yang diersetujui,dan pelawat yangmemasuki rumah panjang tanpa menanggalkan parangnya.
d. Di peringkat kampung adat dilaksanakan oleh ketua kampung atau Majlis Orang Tua-
Tua.
Dalam mengendalikan sesuatu perbicaraan biasanya Pengeran Temenggung atauDatuk Orang Kaya yang mewakili Sultan Brunei dan dua orang wakil suku yang akanbertindak sebagai hakim.Masyarakat Sabah mengamalkan Adat Dusun,AdatTenom,dan Adat Timogun.Hukum adat ini dikendalikan oleh “ Orang Tua ".
10[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
e. Keunikan adat resam kaum Murut Timogun dapat dilihat melalui aktiviti penuaian
padi,di mana sebelum memulakan upacara tersebut,pemilik padi terlebih dahulu perlu
mengambil sedikit buah padi yang mengguning untuk dibuat “ Mamata ".Tugas itu
meliputi memasukkan buah padi mentah ke dalam kuali untuk dikeringkan dengan
menggunakan kayu api sehingga kering bagi proses memudahkan menjadi
beras,kemudian direndam dalam besen menggunakan air kelapa muda untuk
melembutkan beras itu selama 12 jam.Selepas itu nasi mentah yang bercampur
dengan isi kelapa muda kemudiannya dimasukkan ke dalam tempurung kelapa untuk
dipacakkan di tengah-tengah sawah sebagai menandakan sawah mereka tiada lagi
pantang larang dan bebas membawa makanan di situ.
f. Masyarakat Iban di Sarawak meletakkan nilai yang tinggi ke atas keberanian dan
kejayaan individu.Maka itu satu ketika dulu memburu kepala atau “ head hunting "
menjadi penting dalam masyarakat ini.Mereka juga memastikan kesejahteraan
kelompok mereka dan dimanifestasikan dalam tradisi hidup di rumah panjang dan
upacara-upacara bermacam jenis gawai yang mereka lakukan.I Jun telah ditetapkan
sebagai Hari perayaan Gawai untuk masyarakat peribumi Sabah dan Sarawak dan
telah dijadikan sebagai cuti umum bagi kedua-dua negeri itu.
g. Seperti masyarakat Iban,masyarakat orang Dusun dan Kadazan masih berpegang
kepada adat resam,undang-undang adat yang penuh dengan pantang larang yang
dipusakai dari nenek moyang mereka.Meraka masih mengutamakan ajaran Kinoroh
Igan hukuman Sogit hingga hari ini.Bagi hukum adat orang Kadazan,mereka
mempunyai tujuan untuk wujudkan ketenteraman dan suasana harmonis dalam
masyarakat.Kesalahan akan dikenakan Sogit.Sogit seumpama undang-undang di
dalam kaum Kadazan Dusun di Penampang.Sogit bertindak sebagai saman yang
meminta pampasan daripada pihak yang bersalah.Pampasan biasanya dalam bentuk
haiwan ternakan seperti khinzir,kerbau,sapi,kambing,ayam.Sogit juga merupakan
denda ke atas seseorang atas sebab-sebab kesalahan yang agak kecil atau
ringan.Contoh situasi “ sogit " jika seseorang perempuan mengandung sebelum
berkahwin,lelaki yang bertanggungjawab perlu membawa ketua kampung dan
keluarganya untuk membincangkan persetujuan sekiranya pihak lelaki mahu
berkahwin dengan perempuan tersebut atau tidak.Jika tidak pihak lelaki perlu
membayar pampasan mengikut kehendak keluarga pihak perempuan yang terlibat.
C. Kesimpulan ( 2 markah )a. Hukum adat memakan peranan penting dalam mengekalkan peraturan hidup.Ia dapat
menjamin keharmonian dalam masyarakat menentukan hak dan mengawal tingkah
laku individu dalam masyarakat.Namun selepas kedatangan penjajah undang-undang
adat semakin dipinggirkan kerana British memperkenalkan undang-undang Barat.
b. Undang-undang barat mula menggantikan peraturan-peraturan adat di Tanah
Melayu,Sabah dan Sarawak.Hanya bahagian-bahagian tertentu undang-undang adat
dikekalkan oleh British dengan sedikit penyesuaian bagi mengambil hati penduduk
tempatan dan menggelakkan penetangan daripada penduduk tempatan.
11[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
3. Johor ialah negeri Melayu yang paling lewat menerima campur tangan British.Bincangkan.
A. Pengenalan (3 markah)
Johor merupakan sebuah Negeri Melayu yang paling lama dan rapat hubungandengan British. Penglibatan British di Johor bermula sejak kedatangan Raffles danpembukaan Singapura pada tahun 1819. Walau bagaimanapun, Johor merupakan negeri yangpaling akhir menerima Penasihat British. Dengan ini, Johor dianggap sebagai negeri yangpaling lama mengekalkan kemerdekaannya berbanding dengan Negeri-negeri Melayu yanglain, terutamanya Negeri-negeri Melayu yang menerima campur tangan British mulai 1874.Mengikut Rupert Emerson dan K.G. Tregonning, kemerdekaan Johor pada umumnya adalahdisebabkan dua faktor, iaitu hubungan berbaik-baik dengan British dan kebijaksanaanpemerintah-pemerintah Johor terutama Temenggung Daeng Ibrahim dan Maharaja AbuBakar.
B. ISI-ISI (20 markah)
Faktor kelewatan Johor menerima campur tangan British
1. Hubungan berbaik-baik dengan British
Sejak pembukaan Singapura 1819, pemerintah Johor dari keluarga Temenggungmengadakan hubungan berbaik-baik dengan pegawai-pegawai British di Negeri-negeri Selatdan Kerajaan British di London. Hubungan yang dimulakan oleh Temenggung AbdulRahman pada tahun 1819 dengan Raffles telah diteruskan oleh pengganti-penggantinyaseperti Temenggung Ibrahim, Sultan Abu Bakar dan Sultan Ibrahim sehingga tahun 1914. Disamping mengekalkan kebebasan Johor, hubungan berbaik-baik dengan British amatmenguntungkan Johor.
Dengan usaha British, Temenggung Ibrahim dapat mengukuhkan kekuasaannya keatas Johor menerusi satu perjanjian pada tahun 1855 dengan Tengku Ali, putera SultanHussein yang menuntut takhta Kerajaan Johor dan kekuasaan penuh ke atas Johor. Tuntutantakhta Johor oleh Tengku Ali tidak menjejaskan kestabilan politik Johor kerana tuntutan itudapat dielakkan oleh pihak British dengan sokongan pihak British terhadap keluargaTemenggung. Sultan Abu Bakar (1862-1895) telah mengeratkan hubungan mesra Johordengan British. Gelaran Maharaja dan gelaran sultan telah diiktirafkan oleh pihak British.British juga mengakui kebebasan Johor melalui satu perjanjian yang ditandatangani padatahun 1885 dengan Sultan Johor. Perjanjian tahun 1885 telah mengukuhkan kedudukanSultan Abu Bakar sebagai Sultan berdaulat.
2. Kebijaksanaan pemerintah-pemerintah Johor
Pemerintah-pemerintah Johor telah melaksanakan sistem pentadbiran yang lebihcekap dan sistematik berbanding dengan sistem pemerintah di Negeri-negeri Melayu yang
12[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
lain terutamanya di Perak dan Selangor. Pada tahun 1895, Sultan Abu Bakar telahmemperkenalkan sebuah perlembagaan baru bagi Johor yang dikenali sebagai Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor. Undang-undang Tubuh ini menjamin pemerintah yang teraturdan kuasa sultan diperkukuh. Perlembagaan bertulis ini merupakan yang pertama di TanahMelayu berdasarkan sistem perlembagaan di Britain. Ia menjamin sistem pentadbiran yangteratur. Dengan adanya perlembagaan ini, kuasa sultan dapat diperkukuhkan.
Perlembagaan memperuntukkan sebuah Jemaah Menteri yang terdiri daripada orangMelayu. Mereka ditugaskan untuk menasihati sultan. Majlis Negeri yang didirikan terdiridaripada rakyat Johor yang meliputi semua kaum dan dilantik oleh sultan untuk membuatundang-undang. Dalam keadaan ini, pihak British merasa tidak perlu untuk mengambilalihpentadbiran Negeri Johor kerana satu sistem pentadbiran yang kemas telah wujud di Johor.
Kebijaksanaan Sultan Abu Bakar dapat dilihat dengan jelas apabila bagindamenandatangani perjanjian 1885 dengan British dan bersetuju membenarkan British melantikseorang wakilnya, seorang Konsul untuk kepentingan British di Johor. Kebijaksanaanbaginda turut terserlah dalam mengadakan pembaharuan-pembaharuan berdasarkan Barat diJohor. Di samping memperkenalkan beberapa pembaharuan sosial, jentera pentadbiran yanglebih kemas dan sistematik diperkenalkan dengan menerap nilai-nilai pentadbiran Barat.Baginda mengupah beberapa penasihat Eropah tetapi pentadbiran dijalankan oleh Sultan danMajlis Mesyuarat Negeri.
Negeri Johor dibahagi kepada beberapa buah daerah untuk memudahkan pentadbiran.Menjadikan Johor Bharu (Tanjung Puteri) sebagai ibu negeri dan tempat semayamraja/sultan. Golongan birokrasi Johor terdiri daripada kaum elit Melayu yang taat setia dantaat. Pembesar-pembesar menggabungkan ciri-ciri moden dan ciri-ciri pemerintahan Melayutradisional. Pentadbiran Johor dibahagi kepada beberapa jabatan seperti Jabatan Tanah danKerja Raya, Sistem Kehakiman, Pasukan Polis, Jabatan Pendidikan Sekular, dan JabatanKhazanah. Sultan Abu Bakar dibantu oleh Jemaah Menteri dan Majlis Negeri.
3. Kewibawaan dan kebijaksanaan pegawai-pegawai kanan kerajaan Johormembantu mengekalkan kemerdekaan Johor seperti:
(i) Dato’ Jaafar bin Haji Muhamad mengadakan beberapa pembaharuan:Mewajibkan pegawai British memakai pakaian rasmi kerajaan Johor.Mengarah bendera Union Jack dikibarkan lebih rendah daripada bendera negeri Johor.Menetapkan surat-surat rasmi kerajaan ditulis dalam bahasa Melayu.
(ii) Dato’ Abdul Rahman b. AndakMengawal hal ehwal luar negeri Johor untuk menghalang British menjajah Johor.Menghalang pembinaan landasan kereta api merentasi Johor ke Singapura.Memastikan hubungan persahabatan terus terjalin dengan pegawai-pegawai British.
(iii) Dato ’ Muhamad Salleh b. PerangBertanggungjawab membuat perancangan pembangunan negeri Johor. Beliau telah
13[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
melukis peta negeri Johor dan ini memudahkan urusan pembangunan negeri Johor.
(iv) Dato’ Muhamad Ibrahim b. MunsyiBertanggungjawab memajukan pendidikan moden di Johor.
- Usaha gigih pemimpin-pemimpin kanan membantu mengekalkan kedaulatan Johor.
4. Tidak berlaku kekacauan di Johor
Temenggung-temenggung Johor seperti Daeng Ibrahim dan puteranya menggunakankebijaksanaan mereka dalam menangani penghijrahan masuk orang Cina ke Johor dalampertengahan abad ke-19. Temenggung Daeng Ibrahim menggunakan sistem Kangcu sebagaisatu kaedah yang tersusun untuk mengawal peneroka-peneroka yang rajin berusaha itu.
Melalui sistem Kangcu, orang Cina digalakkan berpindah, menetap kekal di Johor danmembuka ladang-ladang lada hitam dan gambir. Temenggung memberikan satu surat tauliahyang disebut surat sungai kepada setiap Kangcu atau ketua puak-puak orang Cina. Surat inimenentukan hak-hak dan tanggungjawab mengawal dan membayar sewa bagi kawasan-kawasan yang dibuka. Sistem Kangcu ini membolehkan kemasukan orang Cina secaraberamai-ramai ke Johor.
Pada awal tahun 1860-an lebih kurang 10000 orang Cina telah masuk ke Johor.Mereka menjadi buruh di ladang-ladang lada hitam dan gambir yang dibuka padapertengahan abad ke-19. Berbeza dengan negeri-negeri Melayu yang lain seperti di Perak danSelangor, tidak terdapat kekacauan yang diakibatkan oleh kongsi gelap di Negeri Johor.Keadaan terkawal kerana baginda membenarkan hanya satu kongsi gelap sahaja iaitu GheeHin untuk masuk ke Johor. Malah baginda menggalakkan hanya orang Teochew memasukiJohor.
Dengan cara pentadbiran yang agak sistematik, pergaduhan di antara orang Cinaterkawal. Mereka hidup aman damai. Keadaan perebutan kuasa di kalangan pembesar-pembesar seperti yang berlaku di negeri-negeri Melayu yang lain juga tidak berlaku di Johor.Pemindahan kuasa dari keluarga sultan kepada keluarga Temenggung terutamanya selepaskemangkatan Sultan Hussein telah berlaku secara lancar dan tanpa sebarang peristiwa yangtidak diingini. Oleh sebab tidak ada kekacauan sama ada dari segi perebutan kuasa dikalangan pembesar atau permusuhan kongsi-kongsi gelap di kalangan orang Cina, makaBritish tidak mempunyai alasan untuk campur tangan di Johor sehingga tahun 1914.
5. Kurang potensi ekonomi
Walaupun Johor terletak berhampiran dengan Singapura, British tidak memberi tumpuanyang tegas untuk mengawal Johor kerana negeri itu tidak mempunyai sumber alam yang kayaseperti bijih timah. Johor hanya mempunyai keluaran bijih timah dan gambir, itu pun dalamskala yang tidak begitu besar dan tidak memberi keuntungan lumayan seperti di Perak danSelangor yang kaya dengan sumber galian bijih timah. Oleh itu, Kekurangan kepentinganekonomi British di Johor mengurangkan kecenderungannya untuk mengawal negeri tersebut.
14[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
Pengenalan sistem penasihat di Johor 1914
Hubungan Johor dengan British mulai renggang pada zaman pemerintahan SultanIbrahim (1895-1959). Baginda tidak mengekalkan hubungan baik dengan Pejabat TanahJajahan. Sebaliknya baginda menentang kuasa pihak British. Baginda memerintah secarabebas dan sering mengabaikan nasihat British. Malah baginda mengambil beberapa tindakanyang mengecewakan pihak British.
Pada tahun 1899, Sultan Ibrahim enggan membenarkan British membina sebuah landasankeretapi dari Negeri Sembilan ke Johor Bahru. Baginda mahu membina jalan keretapimengikut syarat-syarat sendiri dengan mendapatkan pinjaman dan jurutera-jurutera sendiri.Tindakan ini tidak disenangi oleh pihak British. Namun demikian, pada 11 Julai 1904, SultanIbrahim bersetuju menandatangani Konvensyen Keretapi Johor setelah A. Lyttleton,Setiausaha Tanah Jajahan mengancam akan mengambil tindakan yang tegas ke atas baginda.
Tindakan-tindakan Sultan Ibrahim terus mengancam kepentingan-kepentingan British diJohor. Pada tahun 1905, baginda memberikan satu konsesi yang luas kepada PerbadananNegeri Johor yang disokong oleh usahawan-usahawan Belanda. Perbadanan ini diberi hakmonopoli selama 20 tahun. Sultan Ibrahim juga mengambil langkah untuk memajukan JohorBharu sebagai sebuah pelabuhan supaya negeri Johor tidak perlu bergantung dari segiekonomi kepada Singapura dari Negeri-negeri Melayu Bersekutu.
Tindakan baginda mengancam kedudukan Singapura sebagai pelabuhan dan pusatperdagangan. Tindakan-tindakan Sultan Ibrahim yang radikal dan pengabaian nasihat Britishmenyebabkan Gabenor Anderson menggunakan alasan pentadbiran negeri Johor untukmemaksa baginda supaya menerima seorang Penasihat British. Akhirnya pada tahun 1914,Sultan Ibrahim menandatangani satu perjanjian dan bersetuju menerima seorang pegawaiBritish yang nasihatnya mesti diminta dan dijalankan dalam semua perkara yang adahubungan dengan pentadbiran umum negeri dan mengenai semua perkara selain daripadayang menyentuh agama dan adat resam orang Melayu. Dengan ini, British dapat meluaskankuasanya ke Johor.
C. Kesimpulan (2 markah)
Johor merupakan negeri terakhir yang dikuasai oleh Inggeris melalui perlantikanseorang penasihat British pada tahun 1914. Kerajaan Johor berjaya mengekalkankemerdekaannya kerana bergantung kepada kebijaksanaan dan kecekapan pemerintahnyaiaitu Temenggung Ibrahim (1825 -1862), Sultan Abu Bakar (1862-1895) dan Sultan Ibrahim(1895-1959). Pemerintah Johor dapat memelihara kemerdekaan dengan melaksanakan dasarpemodenan dalam bidang politik, sosial dan ekonomi mengikut ala Barat. Pemodenan inidibantu oleh pegawai kanan kerajaan Namun, hubungan baik dengan Barat tidak dapatbertahan apabila Sultan Ibrahim (1895-1959) mulai mengubah dasarnya membelakangkanBritish sehingga memaksa baginda menandatangani perjanjian penerimaan penasihat Britishpada tahun 1914. Melalui perjanjian ini, maka lengkaplah perluasan imperialisme British diTanah Melayu.
15[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
4. Penentangan masyarakat tempatan di Perak dan Pahang disebabkan perasaan tidakpuas hati golongan pemerintah terhadap pentadbiran British.Sejauh manakah anda bersetuju dengan penyataan ini.
A. Pengenalan ( 3 markah )
a. British mula melaksanakan sistem pentadbiranya di Perak setelah Perjanjian Pangkor
ditandatangani pada tahun 1874. Sementara di Pahang pula sistem ini dilaksanakan
pada tahun 1888 dengan perlantikan J.P Rodger sebagai residen.
b. Sistem ini telah mendapat tentangan dari rakyat tempatan apabila banyak
pembaharuan-pembaharuan yang dilaksanakan melanggar adat resam dan menggugat
pemerintahan tradisional tempatan dan perkara yang paling penting ianya telah
menimbulkan perasaan tidak puas pemerintahan di kedua-dua negeri.
B. Isi-isi ( 20 markah )
Penentangan di Perak1. Perasaan tidak puas hati golongan pemerintahan
Perlantikan J.W.W Birch sebagai Residen setelah 10 bulan Pangkor ditandatanagnidan pengenalan pelbagai pembaharuan di Perak menyebabkan Raja Abdullah tidakpuas hati kerana beliau mengenepikan sultan dalam banyak perkara .Birch telah membatalkan hak pungutan cukai Raja Abdullah dan pembesar-pembesarPerak tanpa gantirugi yang memuaskan.Pembatalan pajakan Sultan Abdullah kepada Lee Cheng Tee saudagar Singapura iaitukonsesi atau hak memungut cukai kastam di Hilir Sg. Perak selama 10 tahun bernilaiRM26 000 setahun. Raja Abdulah tidak diberi gantirugi yang setimpal.Raja Ismail dan pembesar di Hulu Perak tidak mengiktiraf Raja Abdullah sebagaiSultan Perak dan enggan menyerahkan alat-alat kebesaran untuk tujuan pertabalansultan kepada Raja Abdullah.Penghapusan sistem perhambaan terutama hamba berhutang oleh Birch jugamenimbulkan kemarahan pembesar.Ngah Ibrahim pula tidak puas hati dengan kedudukannya sebagai Pembesar Larutkerana tidak dapat bertindak dengan bebas seperti dahulu dan terpaksa mematuhinasihat Penolong Residen iaitu Kapten Speedy.Perasaan tidak puas hati ini menyebabkan Raja Abdullah dan pembesar-pembesarenggan bekerjasama dengan Birch dan telah bersatu untuk menentangnya.
2. Kelemahan pemerintahan Raja Abdullah
Sultan tidak mentadbir Perak dengan baik dan banyak berhutang hingga terpaksamenjual daerah Kerian untuk menbayar hutang.Untuk membayar hutang baginda terpaksa memajakkan hak memungut cukai di KualaSg. Perak kepada Lee Cheng Tee.Sultan juga tidak dapat mengawal pembesar-pembesar dengan baik dan banyakmempunyai musuh. Terdapat pembesar yang tidak puas hati dengan perlantikan
16[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
baginda sebagai sultan dan terdapat juga pembesar yang masih memungut cukaidengan nilai yang tinggi di daerah masing-masing.
3. Kelemahan keperibadian Birch
Tidak mempunyai pengalaman dan pengetahuan yang luas tentang adat resam danadat istiadat Melayu pengalaman berkhidmat di Sri Lanka tidak dapat digunakankerana budaya yang berbeza.Beliau juga tidak fasih berbahasa Melayu dan sukar untuk berhubung denganmasyarakat tempatan.Beliau juga sombong dan menganggap dirinya bijak dalam pentadbiran dan inginmembuat pembaharuan dengan cepat dan tergesa-gesa sehingga mengenepikanperasaan sultan dan pembesar Melayu.Beliau juga besikap biadap dan kurang diplomasi ditunjukkannya apabila beliaumembakar rumah Ngah Ibrahim dan Tengku Panglima Besar kerana masih memungutcukai.
4. Pembaharuan-pembaharuan Birch
Sistem pungutan cukai diubah dan diletakkan dibawah kawalannya. Seorang PegawaiBritish dilantik untuk memungut cukai yang digelar Majistret atau Pemungut Cukai.Birch telah telah mengambilalih hak pungutan cukai pembesar-pembesar Melayu.Birch telah campur tangan dalam adat istiadat Melayu tanpa disedari.Beliau juga tidak tahu pembayaran cukai adalah untuk menunjukkan taat setia.Birch juga telah menghapuskan sistem amalan perhambaan tetapi beliau telahmemberi perlindungan kepada hamba-hamba yang melarikan diri ke rumahnyaterutama hamba perempuan. Ianya melanggar adat Melayu. Malah memarahi Sultanyang meminta supaya hambanya dikembalikan dan tidak mahu membayar ganti rugi.
5. Penentangan oleh golongan rakyat kerana beberapa peraturan baru telah
diperkenalkan dan menimbulkan kemarahan rakyat.
JWW Birch memperkenalkan cukai bot dan padi.Penduduk diwajibkan membeli lesen untuk membawa senjata, memotong kayu danmengambil daun nipah.Beliau juga memperkenalkan undang-undang awam dan jenayah bagi mempastikanperaturan baru dipatuhi.
6. Kesilapan Sir William JervoisBeliau telah dilantik sebagai Gabenor NNS pada Mei. 1875 bagi menggantikanAndrew Clarke. Beliau membuat keputusan mengambil alih pentadbiran Perakmelalui perlantikan pegawai British atas nama sultan.Sultan dan pembesar diberi pencen kerana penyerahan kuasa pentadbiran.Pada 11 September, 1875 beliau mendesak Raja Ismali supaya menyerahkan kuasapentadbiran Perak kepada British dan akhirnya terpaksa menandatanganipengistiharan pentadbiran Perak kepada British pada 2 Oktober 1875 kerana diugutakan dibuang negeri dan tempatnya akan diserahkan kepada Raja Yusuf.
17[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
Di Pahang
1. Perasaan tidak puas hati golongan pemerintah
Pengenalan sistem residen dan penubuhan Majlis Mesyuarat Negeri menyebabkanSultan Ahmad kehilangan banyak kuasa dan hak keistimewaan. Semua keputusandalam Majlis Mesyuarat Negeri dibuat oleh residen. Sultan hanya menandatanganisurat-surat pemerintahan sahaja.Sultan juga tidak puas hati dengan jumlah elaun yang diberikan oleh British yangdianggap terlalu sedikit. Kerajaan memberikan RM18 000 setahun manakala SultanAhmad meminta supaya dibayar RM24 000 setahun.Tindakan British memaksa Sultan Ahmad melantik pureta sulungnya iaitu TengkuMahmud sebagai Pemangku Raja yang berkuasa penuh. Tujuan British adalah untukmengurangkan peranannya sebagai pemerintah yang sah.Tindakan British memperkenalkan pelbagai peraturan baru yang diluluskan olehMajlis Mesyuarat Negeri pada 31 Disember 1889.Penghapusan hak pemungutan cukai pembesar-pembesar dalam daerah pentadbiranmasing-masing. Penubuhan daerah-daerah baru diletakkan di bawah pentadbiranpegawai British yang digelar Pemungut Cukai dan Majistret telah mengambil alihyang sebelum ini dilaksanakan oleh pembesar daerah.Tindakan residen British mengambil alih peranan pembesar Pahang sebagai penasihatsultan dalam majlis penasihat istana melalui penubuhan Majlis Mesyuarat Negeri.Tok Gajah, Temenggung Dato Shahbandar, Maharaja Perba Jelai,Orang kaya Chenordan Orang kaya Temerloh ditawarkan RM1200 setahun menyebabkan mereka tidakpuas hatiDato Bahaman tidak puas hati kerana beliau tidak dibenarkan memungut cukai danditawarkan elaun sebanyak RM70 sebulan. Beliau juga tersinggung kerana Britishhanya menawarkan elaun tahunan sebanayk RM840 sebagai ganti rugi ataskehilangan kuasa di daerah Semantan. Beliau menuntut supaya jumlah dinaikkankepada RM6 000 setahun tetapi tidak dihiraukan oleh British.Kemarahan beliau bertambah apabila British mendirikan balai polis di Lubuk Teruatanpa meminta atau berunding terlebih dahulu dengannya. Pembinaan balai inimenyebabkan kebebasan Dato Bahaman dan pengikutnya terbatas dan terpaksamematuhi Undang-Undang British.Tok Gajah pula bangkit menentang kerana tuntutannya untuk mendapatkan elauntambahan ditolak. Perjuangannya mendapat sokongan masyarakat Melayu apabilapermintaannya agar British melewatkan pembayaran cukai tanah ditolak.
2. Perasaan tidak puas hati rakyat terhadap:
Undang-undang baru, iaitu cukai tanah sebanyak 40 sen seekar dikenakan ke atastanah kampong, tanah paya, dusun dan tanah nipah.Sistem lesen dan permit dilaksanakan dengan mewajibkan sesiapa sahaja yang hendakmemungut hasil hutan atau mencari nipah mesti mendapatkan lesen terlebih dahulu.Rakyat diwajibkan untuk bekerja sebagai buruh kerahan selama dua tahun dalamsetahun bagi kerja-kerja yang melibatkan pihak kerajaan jika enggan akan didendaatau penjara.
18[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
Sekatan yang tidak membenarkan rakyat tempatan membawa senjata seperti keriskemana sahaja mereka pergi.Kehadiran polis Sikh dan India yang kasar dan tidak memahami adat istiadatmasyarakat Melayu terutamanya membawa senjata kemana sahaja mereka pergi.Kehadiran pelombong Eropah dan China juga menyebabkan kebencian masyarakattempatan bertambah kerana mereka tidak faham adat, bersikap bongkak dan sombongterhadap masyarakat Melayu.Dato Bahaman dan Mat Kilau sering menyerang pedagang Cina di Pahang.
3. Kelemahan peribadi J.P Rodger
Beliau tidak pandai menggunakan diplomasi dan tolak ansur ketika berurusan denganSultan Ahmad dan pembesar Pahang. Pemberian elaun yang tidak dipersetujui olehpembesar dan mengancam untuk tidak mematuhi keputusan yang dibuat oleh MajlisMesyuarat Negeri dan Roger member amaran untuk mengambil tindakan undang-undang.Beliau juga telah memperkenalkan pelbagai peraturan baru tanpa berunding dan tidakmenghiraukan perasaan sultan dan pembesar tempatan.
C. Kesimpulan ( 2 markah )
a. Pertembungan yang berlaku antara masyarakat tempatan dengan British di Perak dan
Pahang adalah disebabkan oleh kelemahan British memahami adat tempatan dan
bertindak terburu-buru apabila melaksanakan pelbagai perubahan dan peraturan baru.
b. Penentangan masyarakat di kedua-dua buah negeri menyebabkan British lebih
berhati-hati dalam melaksanakan pembaharuan.
19[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
5. Bincangkan kesan sosioekonomi di negeri-negeri Melayu akibat campur tanganBritish dari tahun 1874 hingga Perang Dunia Kedua.
A. Pengenalan ( 3 Markah)
a. Tanah Melayu mula menerima campur tangan British setelah termeterainyaPerjanjian Pangkor antara Raja Abdullah dengan Sir Andrew Clarke padatahun 1874. Selepas itu satu demi satu negeri-negeri Melayu menerimacampur tangan British.
b. British telah memperkenalkan sistem pentadbiran Barat di negeri-negeriMelayu melalui sistem residen atau sistem penasihat British sehinggalahberlakunya Perang Dunia Kedua.
c. Campur tangan British di negeri-negeri Melayu telah meninggalkan kesandalam bidang sosial, ekonomi dan politik.
B. Kesan dalam bidang sosial ( 10 Markah )
a. Campur tangan British di Tanah Malayu telah menyebabkan wujudnyamasyarakat majmuk. British telah membawa masuk orang Cina dan Indiauntuk menjadi buruh dalam kegiatan perlombongan bijih timah danperusahaan getah. Orang Cina mendiami kawasan perusahaan bijih timah,orang India mendiami kawasan perusahaan getah dan orang Melayu mendiamikawasan-kawasan kampung menjadi petani. Keadaan ini mewujudkanmasyarakat majmuk di Tanah Melayu apabila ketiga-tiga kaum ini tidakpernah berintraksi antara satu sama lain.
b. Pentadbiran British di Tanah Melayu juga menyebabkan perkembanganbandar-bandar baharu. Bandar-bandar ini berkembang akibat perkembangankegiatan ekonomi British seperti perusahaan bijih timah, getah dan pusatpentadbiran British. Bandar-bandar yang muncul pada masa ini seperti Ipoh,Kuala Lumpur, Klang, Seremban, Johor Bahru, Sungai Petani dan lain-lain.
c. Dasar British yang kurang memberi penekanan kepada pendidikan telahmewujudkan sistem pendidikan vernakular di Tanah Melayu. Orang Melayu,Cina dan India memajukan pendidikan berdasarkan bahasa ibunda masing-masing. Orang Melayu mendapat pendidikan di sekolah-sekolah agama, orangCina dan India memajukan pendidikan kaum masing-masing menggunakansumber yang diperoleh dari negara asal masing-masing. Ketiga-tiga kaum inimenggunakan bahasa yang berbeza-beza iaitu bahasa Melayu, Tamil danHokkien atau Kantonis. Pada masa yang sama British memperkenalkanpendidikan Inggeris kepada anak-anak golongan bangsawan Melayu.Perkembangan pendidikan sebegini menambahkan lagi perkembanganmasyarakat majmuk di Tanah Melayu.
d. Pentadbiran British di Tanah Melayu juga membawa perkembangan sistemperhubungan dan pengangkutan. Jalan raya, jalan kereta api dan pelabuhandiwujudkan bagi memudahkan pihak British untuk mengangkut bijih timah,getah dan beberapa tanaman lain ke pelabuhan. Jalan kerata api yang pertama
20[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
sepanjang 13 km dibina dari Taiping ke Port Weld, manakala bandar-bandarpelabuhan pula seperti Port Weld, Telok Anson, Seremban dan PortSwettenham.
B. Perkembangan dalam bidang ekonomi ( 10 Markah )
a. Perkembangan perusahaan bijih timah. British telah membawa masukpelombong-pelombong dan pekerja dari China untuk memajukan perusahaanbijih timah. Banyak syarikat perlombongan dari Barat melabur di TanahMelayu seperti Syarikat Australian Malaya yang merupakan syarikat utamamelabur di Tanah Melayu. Untuk meningkatkan hasil pengeluaran SyarikatMalayan Tin Dredging memperkenalkan kapal korek sebagai kaedahperlombongan yang baru. Akhirnya Tanah Melayu menjadi pengeluar utamabijih timah di dunia.
b. Campur tangan British juga menyebabkan perkembangan tanaman komersil diTanah Melayu. Tananam utama di Tanah Melayu pada waktu ini ialah getah.Banyak syarikat dari Barat datang melabur di Tanah Melayu seperti SyarikatDunlop, Goodyear dan Harrisson and Crosfield. Tanah Melayu kemudiannyamenjadi pengeluar getah utama di dunia.British turut membawa masuk orangIndia untuk bekerja di ladang-ladang mereka. Selain daripada getah Britishturut memajukan tanaman-tanaman lain seperti tebu, ubi kayu, kopi, gambirdan lada hitam.
c. Campur tangan British di Tanah Melayu telah membawa kemunculan sistemdwiekonomi. Sektor pertanian tradisional seperti tanaman padi danpenangkapan ikan tidak diambil berat oleh British. Pertanian tradisional yangdiusahakan oleh orang Melayu di luar bandar terus ketinggalan. Kemunculandwiekonomi di Tanah Melayu yang terdiri daripada ekonomi moden yangberlandaskan eskport di bandar dan ekonomi tradisional yang berlandaskanekonomi sara diri di kawasan luar bandar. British memberi tumpuan yanglebih kepada perusahaan bijih timah dan getah yang membawa keuntungankepada mereka.
d. Campur tangan British menyebabkan berlakunya ketidakseimbanganperkembangan ekonomi di Tanah Melayu. Negeri-negeri yang mengalamiperubahan paling besar ialah Selangor dan Perak yang kaya dengan bijihtimah. Di negeri-negeri tersebut, British telah membina infrastruktur yanglengkap. Keadaan di negeri-negeri pantai timur seperti Pahang, Terengganudan Kelantan terus merosot. Keadaan geografi, masalah pengangkutan,kekurangan infrastruktur dan kekurangan galian berharga menyumbangkepada pembangunan yang lembab.
e. Perkembangan perusahaan bijih timah dan getah turut membawa kepadaperkembangan perusahaan sampingan yang berkait rapat dengan kedua-duaperusahaan tersebut. Antara perusahaan yang wujud ialah industri bijih timahdi Pulau Pinang dan Seberang Perai. Industri berasaskan getah sepertimembuat kasut dan barangan berasaskan getah berkembang di Tanah Melayu.
21[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
Industri membina kapal korek, kapal kecil dan mesin memproses getah sepertiSyarikat United Engineers turut berkembang di Tanah Melayu.
f. Perkembangan kegiatan ekonomi akibat campur tangan British terutamaperusahaan bijih timah dan getah telah mewujudkan banyak peluangpekerjaan. Keadaan ini menyebabkan penghijrahan beramai-ramai orang Cinadan India ke Tanah Melayu. Pada masa yang sama, tumpuan penduduk lebihkepada kawasan-kawasan bandar seperti Kuala Lumpur, Ipoh, Klang danbeberapa bandar besar yang lain.
C. Kesimpulan ( 2 markah )
a. Campur tangan British di Tanah Melayu telah meninggalkan kesan yang besardi Tanah Melayu dalam bidang sosial, ekonomi dan politik.
b. Perkembangan dalam bidang sosial dan ekonomi memberikan kesan yangpositif dan negatif kepada Tanah Melayu.
c. Perkembangan dalam bidang sosial dan ekonomi telah terjejas apabilatercetusnya Perang Dunia Kedua.
22[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
6. Bahasa dan kesusasteraan merupakan faktor penting yang mempengaruhikebangkitan gerakan nasionalisme di Tanah Melayu sebelum Perang DuniaKedua.Bincangkan.
A. Pengenalan ( 2/3 markah )
a. Bahasa dan kesusasteraan merupakan salah satu faktor yang penting menyatukan
orang Melayu untuk menentang penjajahan British. Penggunaan bahasa Melayu
sebagai media perhubungan dan hasil sastera yang berunsur nasionalisme menjadi
pemangkin terhadap kesedaran sosioekonomi dan politik orang Melayu.
b. Walau bagaimanapun bahasa dan kesusateraan bukanlah satu-satunya faktor yang
mempengaruhi kebangkitan gerakan nasionalisme di Tanah Melayu sebelum Perang
Dunia Kedua terdapat juga faktor-faktor lain seperti agama,kewartawanan,golongan
intelektual, sistem pendidikan dan juga pengaruh luar.
B.Isi-isi ( 20 markah )
Bahasa dan Kesusasteraan
a. Bahasa dan kesusasteraan merupakan faktor penting dalam membangkitkan kesedaran
di kalangan orang Melayu tentang kemunduran mereka berbanding dengan kaum lain.
b. Bahasa yang digunakan sebagai bahasa perantaraan ialah Bahasa Melayu yang
menjadi bahasa utama di Tanah Melayu.
c. Penubuhan Maktab Perguruan Sultan Idris ( MPSI ) sebagai pusat latihan untuk guru-
guru di sekolah Melayu memberi sumbangan yang besar dalam kebangkitan
kesedaran nasionalisme.Penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di
MPSI telah memperkayakan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu
seterusnya menaikkan semnagat perpaduan di kalangan orang Melayu.Lepasan
maktab ini telah mendorong pelajar bertindak sebagai pelopor dalam menyedarkan
masyarakat mencapai kemajuan.
d. Golongan nasionalis lulusan MPSI yang banyak membaca buku-buku dari Indonesia
telah menyuarakan rasa tidak puashati terhadap dasar pemerintahan British dengan
menulis di akhbar dan majalah.Mereka menulis rencana untuk menyedarkan orang
Melayu untuk berusaha mencapai kemajuan.Antara tokoh yang menulis ialah Zainal
Abidin bin Ahmad ( ZAABA ) yang mengkritik sikap orang Melayu yang tidak mahu
memajukan diri.
e. Selain bahasa,idea kesedaran dan kemunduran bangsa disebarkan melalui hasil
kesusasteraan seperti novel,cerpen,dan puisi.Melalui Hikayat Faridah Hanum karya
Syed Syeikh Al Hadi ( 1925 ) menekankan kepentingan pendidikan serta emansipasi
wanita.
f. Harun Aminurrashid pula menulis novel Melur Kuala Lumpur yang bertemakan
kemunduran orang Melayu yang memerlukan perubahan bagi mencapai kemajuan
turut berperanan dalam membangkitkan kesedaran kebangsaan di kalangan orang
23[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
Melayu.Selain itu Putera Gunung Tahan oleh Pak Sako turut membangkitkan
kesedaran di kalangan orang Melayu.
Agamaa. Selain daripada bahasa dan kesusasteraan golongan agama juga memainkan peranan
penting dalam kebangkitan nasionalisme di kalangan orang Melayu.Terdapat dua
golongan agama iaitu Kaum Tua dan Kaum Muda.Kaum Tua merupakan golongan
ulama yang berpegang kepada idea-idea lama dan bersifat konservatif yang menolak
sistem pendidikan moden.
b. Manakala Kaum Muda yang menerima pengaruh daripada reformis Islam di Timur
Tengah yang menuntut masyarakat Islam kembali kepada ajaran Islam yang sebenar
berdasarkan Al Quran dan hadis.Di antara mereka yang giat ialah Syed Syeikh Al
Hadi,Sheikh Tahir Jalaluddin dan Haji Abas Mohd Taha.
c. Kemunduran orang Melayu kerana tidak mengikut ajaran Islam yang sebenar.Mereka
mengamalkan ajaran Islam yang bercampur aduk dengan adat dan kepercayaan yang
bercanggah dengan Islam.Kaum Muda menggesa orang Islam menggunakan akal
dalam menentukan kebenaran dan memberi kebebasan kepada wanita dalam
pendidikan.
d. Kaum Muda menyampaikan idea-idea ini melalui akhbar,novel dan majalah
contohnya Al Imam yang menyeru umat Islam di timur supaya membebaskan diri dari
belenggu penjajahan.Mereka turut mendirikan madrasah untuk menyerbarkan Islam
dan sebagai pusat pendidikan bagi orang Melayu antaranya Madrasah Al Hadi di
Melaka,Madrasah Al Mashyur di Pulau Pinang dan Muhamaddiyah di Kota
Bharu.Khutbah dan ceramah dan pendidikan yang diadakan di madrasah tersebut
telah menyedarkan orang Melayu untuk membebaskan tanah air daripada penjajah.
e. Pandangan dan pendapat Kaum Muda ditentang oleh Kaum Tua yang tidak bersetuju
terhadap sebarang perubahan terhadap agama Islam.Golongan ini berpegang kuat
kepada adat dan agama Islam.Penentangan mereka disuarakan melalui Suara
Benar,Lidah Benar dan Pengasuh.
Kewartawanana. Mereka yang menulis memaparkan dan memuatkan tulisan dalam pelbagai penerbitan
memberi kesedaran sama ada sosial dan politik kepada pambaca yang menerima
maklumat.
b. Akhbar Ikhwan yang diterbitkan di Pulau Pinang misalnya menyedarkan masyarakat
akan kepentingan golongan wanita mendapat pendidikan tinggi.
c. Akhbar Saudara yang diterbitkan di Pulau Pinang pada tahun 1928 menonjolkan isu-
isu agama.Ia mengkritik orang Melayu yang tidak mahu menerima perubahan dan
menyeru orang Melayu supaya menjaga negeri daripada dikusai oleh orang asing.
d. Warta Malaya yang diterbitkan di Singapura menyiarkan tentang kemunduran sosio
ekonomi orang Melayu yang memerlukan pembelaan.Akhbar turut menyeru supaya
kerajaan British memberi peluang dalam pentadbiran kerajaan kepada orang Melayu.
24[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
e. Wartawan juga tidak kurang pentingnya berperanan dalam menaikkan semangat
nasionalisme di kalangan orang Melayu antaranya ialah Ibrahim Haji Yaakob dan
Ishak Haji Mohamad yang sering menyebarkan semangat anti British dalam Warta
Malaya dan Majlis.Abdul Rahim Kajai pula mengutarakan beberapa isu
kerakyatan,ancaman komunis,perjuangan kemerdekaan dan sebagainya melalui
akhbar Utusan Melayu.
Pendidikana. Penubuhan sekolah menyebabkan ramai yang boleh membaca dan merasai
kegelisahan yang disuarakan oleh akhbar.Pada tahun 1920 terdapat kira-kira 757 buah
Sekolah Melayu di Tanah Melayu dan sudah terdapat Sekolah Inggeris,Arab dan
pondok.
b. Pada tahun 1922 Maktab Perguruan Sultan Idirs ( MPSI ) ditubuhkan di Tanjung
Malim Perak.Kemudiannya lahir golongan rakyat yang menjadi pemimpin mengambil
alih beberapa peranan yang sebelum ini dipegang oleh golongan bangsawan.
c. Muncul lepasan sekolah Melayu,Arab,Inggeris yang ramai di antara mereka yang
menjadi pendidik.Kegiatan mereka ini melahirkan Persatuan Guru-guru Melayu
Selangor,
Persatuan Guru-guru Melayu Melaka, Persatuan Guru-guru Melayu Negeri Sembilan.d. Seterusnya lahir pula Majalah Guru yang kandungannya banyak menanam semangat
mencapai kemajuan ekonomi dan sosial di kalangan masyarakat Melayu.
Golongan Intelektuala. Perkembangan pendidikan telah melahirkan golongan intelektual yang seterusnya
bergiat dalam penulisan dan pertubuhan menanam semangat kesedaran sosial dan
politik di kalangan orang Melayu
f. Tokoh-tokoh Kaum Muda seperti Syed Syeikh Al Hadi,Sheikh Tahir Jalaluddin dan
Haji Abas Mohd Taha memainkan peranan penting dalam menimbulkan kesedaran di
kalangan masyarakat.
b. Selain itu Kadir Adabi di Kelantan membawa kepada penubuhan Kelab Putera
(1929 ),
c. Tengku Ahmad ( Persatuan Melayu Pahang ),Tengku Ismail ( Persatuan Melayu
Selangor ),dan Ibrahim Haji Yaakob ( Kesatuan Melayu Muda ).
d. Golongan intelektual di Tanah Melayu dipengaruhi oleh idea-idea barat seperti
demokrasi, sosialisme,liberalisme,nasionalisme dan sebagainya telah menyedarkan
golongan ini untuk membebaskan tanah air daripada penjajah.
e. Golongan intelektual yang mendapat pendidikan Inggeris di Kolej Melayu Kuala
Kangsar dan MPSI membantu dalam meningkatkan kesedaran nasionalisme di
kalangan orang Melayu.Antara mereka seperti Raja Chulan,Mohd Eunos Abdullah
dan Dato Onn Jaafar yang berkhidmat dalam pentadbiran kerajaan telah
memperjuangkan hak dan keistimewaan orang Melayu termasuklah dalam pendidikan
dan perkhidmatan kerajaan.
25[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
f. Guru-guru MPSI telah menubuhkan parti-parti politk seperti Ikatan Semenanjung
Borneo dan Ikatan Pemuda Pelajar membangkitkan semangat nasionalisme di
kalangan pelajar.
g. Penubuhan Kesatuan Melayu Muda oleh Ibrahim Haji Yaakob pula berjuang untuk
menyatukan semua orang Melayu tanpa mengira negeri membimbangkan Britsh yang
akhirnya membawa kepada penangkapan beliau dan pengharaman Kesatuan Melayu
Muda.
Pengaruh Luara. Pengaruh perkembangan di Timur Tengah iaitu dari pengaruh Gerakan Pembaharuan
Islam di Mesir terutamanya di bawah Syeikh Muhammad Abduh mendokong
perjuangan Pan Islamisme iaitu kesatuan dunia Islam mempengaruhi Kaum Muda
seperti Syed Syeikh Al Hadi,Sheikh Tahir Jalaluddin dan Haji Abas Mohd Taha.
a. Pengaruh Gerakan Turki moden memunculkan gerakan pemulihan Islam iaitu
mengembalikan semula zaman kegemilangan Islam dan menyatukan umat Islam di
bawah empayar Turki mempengaruhi Syeikh Wan Ahmad bin Haji Wan Muhammad
Zain menganjurkan penyatuan Kelantan dan Pattani untuk menentang kekuasaan
Siam dan membentuk negara Islam di bawah naungan Turki.
b. Pada Februari 1915,pejuang gerakan pemulihan Islam di Singapura seperti Kassim
Ismail Mansor dan Nur Alam Syah menganjurkan supaya askar India yang beragama
Islam bersatu dan bangkit melancarkan dahagi menentang British.
c. Pengaruh dari Indonesia pula melalui Pertubuhan Sarekat Dagang Islam dan Sarekat
Islam yang mempengaruhi Haji Haji Ibrahim Sidin menubuhkan cawangannya di
Johor tetapi kurang mendapat sambutan.
d. Pari Komunis Indonesia pula cuba menyebarkan fahaman komunis dalam kalangan
orang Melayu melalui kunjungan Alimin dan Tan Malaka yang berkunjung ke Tanah
Melayu tetapi gagal kerana fahaman ini bertentangan dengan agama Islam.
e. Muncul pula Parti Nasional Indonesia yang cuba mempengaruhi pelajar MPSI dengan
slogannya “ Satu bangsa,Satu bahasa,Satu tanah air " yang menjalankan dasar tidak
bekerjasama dengan penjajah.Ia menarik minat Ibrahim Hj Yaakob dan Ishak Haji
Muhammad yang kemudiannya menubuhkan Kesatuan Melayu Muda ( 1937 ).
f. Pengaruh China melalui Revolusi 1911 yang dipimpin oleh Dr Sun Yat Sen yang
berjaya menjatuhkan kerajaan Manchu di China.
g. Pengaruh India pula melalui gerakan yang dipelopori oleh Mahatma Ghandi melalui
Parti Kongres akhirnya berjaya menuntut kemerdekaan pada 15 Ogos 1947
mendorong nasionalis Melayu bergiat membebaskan negara dari penjajahan.
h. Pengaruh gerakan kemerdekaan di Filipina di bawah Jose Rizal turut mempengaruhi
perjuangan nasionalisme di Tanah Melayu.
i. Perang Rusia-Jepun 1905 yang dimenangi oleh Jepun menguatkan lagi kepercayaan
mereka bahawa barat tidak sekuat yang dijangkakan.
26[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
Kesimpulan ( 2 markah )
a. Bahasa dan kesusasteraan memainkan peranan penting dalam membangkitkan
kesedaran nasionalisme di Tanah Melayu.Melalui bahasa sebagai alat penyatuan dan
karya sastera yang dihasilkan maka idea perjuangan nasionalisme dapat disebarkan
dengan meluas.
b. Walau bagaimanapun terdapat faktor-faktor lain yang memberi sumbangan.Gabungan
faktor ini telah menimbulkan kesedaran nasional dan politik yang membuktikan
menjelang Perang Dunia Kedua telah wujud kesedaran kebangsaan di kalangan orang
27[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
7. Bandingkan sistem beraja di China dan Jepun sebelum campur tangan Barat.
A. Pengenalan (3 markah)
Sistem beraja/maharaja merupakan satu bentuk pemerintahan yang wujud di Asiayang menjadi kuasa penentu dalam perjalanan pentadbiran kerajaan. Kedudukan merekasangat dipentingkan kerana maharaja dikatakan hampir dengan Tuhan.
Pemerintahan yang diamalkan di negara China dan Jepun ialah sistem Maharaja.Maharaja menduduki lapisan teratas dalam hirarki sosial masyarakat di China dan Jepunnamun kuasanya dalam sistem pemerintahan berbeza antara kedua-dua negara. Maharajadibantu oleh pembesar atau Hulubalang. Kewujudan sistem maharaja di negara Chinadikatakan sejak zaman Dinasti Hsia.
B. ISI-ISI (20 markah)
Sistem Pemerintahan Beraja di China.
1. Sistem pemerintahan yang wujud di negara China ialah "Sistem Maharaja". Dalamsistem Maharaja, seseorang Maharaja menduduki hierarki teratas dalam susunan masyarakatdan merupakan individu yang paling berkuasa dalam kerajaan. Dalam diri Maharaja: harusdilihat mempunyai kombinasi beberapa aspek antara falsafah Confucius dan kepercayaanmasyarakat dengan perlakuan-perlakuan politik semasa.
2. Kedudukan politik seseorang Maharaja dilegitimasikan berdasarkan konsep "mandatdaripada syurga". Konsep ini meletakkan mereka sebagai "wakil syurga" atau "anak syurga"dan ia memberi kuasa "spiritual" yang tidak terhingga kepada seseorang Maharaja. Oleh ituMaharaja akan mendapat penghormatan tertinggi daripada rakyat.
3. Mandat daripada syurga membawa maksud bahawa Tuhan telah menganugerahkanke atas Maharaja tersebut satu kuasa untuk memerintah; tidak ada kuasa lain yang bolehmendakwa baginda atas segala tindakan baginda kecuali kuasa tersebut ditarik balik. Dalamhal ini, ajaran Confucius menyatakan bahawa "sesiapa yang berjaya mendapat mandat syurgaakan berjaya menjadi Maharaja sementara sesiapa yang gagal akan dianggap penjenayah ".
4. Sebagai menghargai kuasa autokratik yang diberikan, maka Maharaja akanmenentukan kehidupan rakyat berada dalam keadaan tenteram dan makmur. Bencana alamatau kebuluran secara langsung menunjukkan bahawa Maharaja tidak lagi mendapat mandatdaripada syurga untuk memerintah dan baginda harus diganti dengan Maharaja yang lain.Dengan kata lain Maharaja ini harus digulingkan. Oleh yang demikian didapati seringterdapat penggantian dinasti dalam masyarakat China. Keadaan ini tidak beriaku di Jepun.
5. Kekuasaan maharaja boleh dilihat berdasarkan kedudukannya sebagai ketua dalamstruktur pemerintahan negara di mana baginda mempunyai kuasa autoktratik dalam membuatkeputusan dan juga penggubal dasar yang tidak boleh dipersoalkan lagi oleh rakyat.
6. Selain itu, maharaja juga bertindak sebagai ketua hakim, terutama yang melibatkanhukuman mati, ketua tentera dan ketua agama, iaitu mengetuai upacara keagamaan selarasdengan mandat yang diberikan sebagai anak Tuhan.
28[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
7. Dalam bidang ekonomi, baginda juga menguasai segala hal-ehwal ekonomi dankekayaaan negara, malahan semua tanah pertanian merupakan hak raja yang diusahakan olehrakyat. Kadar kutipan cukai juga ditentukan oleh raja dan biasanya dilaksanakan oleh parapembesar.
8. Pada abad ke 19 berlaku gerakan dalaman di China. Ia berlaku kerana kebangkitanpara pembesar wilayah yang mula mengumpulkan kekuatan dan akhirnya menyaingi kerajaanpusat. Contohnya pembesar-pembesar wilayah mula membebaskan diri daripada kerajaanpusat yang semakin lemah dan membentuk "kerajaan merdeka" yang tidak lagi terikat dengankerajaan pusat. Maharaja China pada abad ke-19 adalah lemah dan terlalu bergantung kepadapembesar dan pegawai-pegawai wilayah. Akhirnya sistem kemaharajaan China ditamatkanmelalui Revolusi 1911.
Sistem Pemerintahan Beraja di Jepun
1. Pemerintahan di Jepun turut diketuai oleh maharaja. Baginda dipercayai berasal dariAmeterasu (Dewa Matahari). Baginda adalah "pemerintah keduniaan" dan "duniakerohanian". Kuasa pemerintahan sebenarnya berada dalam tangan Shogun yang memerintahatas nama maharaja. Sebaliknya Maharaja tinggal terpencil dan terpisah di Kyoto dengandikelilingi oleh pegawai-pegawai istana atau kuge. Maharaja hanya boneka kepada golonganbangsawan. Keadaan ini berbeza dengan maharaja di negara China yang berkuasa mutlak.
2. Pemerintahan Jepun bercorak tentera (sistem pemerintahan Bakufu), yakni kuasadipegang oleh golongan Shogun. Shogun sangat berpengaruh dan memonopoli jawatan tinggidalam kerajaan. Shogun tinggal di Yedo (Tokyo) dengan mendirikan pusat pemerintahannyasendiri atau menjalankan pentadbiran atas nama maharaja. Walaupun maharaja masihdianggap sebagai ketua negara, kedudukan maharaja hanya sebagai maharaja tanpa kuasapemerintahan (boneka).
3. Kekuasaan sebenar kerajaan-kerajaan di Jepun berada di bawah para pembesarterutamanya golongan pahlawan (shogun). Pemerintahan secara tidak langsung oleh shogunialah melalui daimyo atau pembesar-pembesar feudal. Keadaan ini berterusan sehingga tahun1867 apabila kuasa maharaja dipulihkan.
4. Jika di negara China, menyaksikan kuasa maharaja semakin terhakis dengan perananyang dimainkan oleh golongan pembesar wilayah, keadaan ini berbeza dengan negara Jepunyang menyaksikan usaha-usaha mengembalikan kekuasaan serta kedudukan Maharaja yangselama ini berada di bawah penguasaan golongan Shogun. Wujud perbezaaan yang ketaradalam institusi Maharaja Jepun berbanding dengan China.
5. Pada abad ke-19 penghormatan terhadap Shogun berkurangan sebaliknyapenghormatan kepada maharaja semakin meningkat. Maharaja Meiji menjadi pemegangkuasa di Jepun dan ia menjadi asas kepada pengekalan institusi kemaharajaan di Jepunhingga kini. Maharaja kembali kepada kedudukannya yang sebenar.
29[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
6. Pemulihan kuasa yang berlaku sebenarnya tetap meletakkan maharaja sebagai"penguasa kedua" selepas golongan pembesar. Maharaja menjadi simbol ketua negara. Kuasapolitik sebenar terletak di tangan beberapa orang pemimpin. Ini bermakna kuasa politik Jepuntidak berada di tangan maharaja sebagaimana yang disangkakan.
7. Pada tahun 1889 pemerintahan bercorak perlembagaan diperkenalkan. Ini memberikesan besar kepada institusi kemaharajaan di Jepun kerana Perlembagaan Meiji antara lainmenyatakan bahawa maharaja adalah pemerintah tertinggi dalam sistem pemerintahannegara. Maharaja adalah suci dan mengatasi undang-undang, pemerintah utama tentera lautdan darat, mempunyai kuasa mengisytiharkan perang dan berkuasa penuh dalammenandatangani segala bentuk persetiaan sebelum disahkan oleh Parlimen. Malah kedudukanmaharaja adalah seolah-olah seperti Tuhan yang memegang segala kuasa. Secara praktikal,keunggulan kuasa baginda hanyalah daripada segi adat istiadat sahaja, tidak banyakmenyentuh soal-soal dasar dalam pemerintahan.
8. Institusi pemerintahan bukan sekadar mengandungi maharaja yang berada dikemuncak hierarki sahaja, malah institusi ini turut disokong oleh institusi pembesar sepertiDaimyo dan Samurai. Di Jepun, kedudukan pembesar sangat penting. Sesuatu kerajaan dandinasti tidak akan bertahan lama tanpa sokongan pembesar. Mereka berperanan sebagaipelaksana pemerintahan.
C. Kesimpulan (2 markah)
Terdapat beberapa perbezaan yang ketara antara sistem pemerintahan beraja di Chinadan Jepun. Di China, maharaja mempunyai kuasa yang jelas. Manakala di Jepun pulawalaupun mengamalkan sistem pemerintahan maharaja tetapi yang berkuasa ialah golonganpembesar. Pemerintahan bercorak maharaja berakhir di China setelah berlaku Revolusi 1911tetapi di Jepun sistem pemerintahan maharaja wujud hingga hari ini.
30[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
8. Bincangkan dasar pemencilan yang diamalkan oleh Thailand dan Vietnam padaabad ke-19.
A. . Pengenalan ( 3 markah )
a. Beberapa buah negara di Asia menjalankan dasar pemencilan atau dasar tutup pintu.
Dasar ini menghadkan sebarang bentuk hubungan diplomatik dan perdagangan
dengan kuasa-kuasa barat.
b. Thailand dan Vietnam adalah antara negara yang menjalankan dasar ini kerana
beranggapan barat akan campur tangan dalam politik tempatan, mengembangkan
agama Kristian dan akan memberi kesan kepada kebudayaan tradisi dan
agama/kepercayaan yang mereka anuti.
c. Mereka juga bimbang akan menjatuhkan imej mereka kerana barat mengamalkan
konsep persamaan taraf yang dianggap menjatuhkan imej negara mereka sebagai
negara bertamadun. Selain itu, negara-negara ini juga mampu berdikari dan tidak
perlu bergantung hidup kepada orang-orang barat untuk mendapatkan segala
keperluan yang dikehendaki.
B. . Isi-isi ( 20 markah )
Dasar-dasar pemencilan Thailand
a. Thailand telah mengamalkan dasar pemencilan sejak pemerintahan Dinasti Chakri
iaitu Raja Rama 1 pada tahun 1782. Dasar ini diteruskan sehingga pemerintahan
Rama III yang akhirnya terpaksa membuka pintunya secara terhad kepada barat.
b. Semasa pemerintahannya Raja Rama I enggan mengadakan hubungan persahabatan
dengan kuasa-kuasa barat adalah kerana:
i. Bimbang barat akan mengambil kesempatan untuk mencampuri dalam politik
tempatan
ii. Mampu berdikari tanpa memerlukan sebarang bantuan asing kerana ia adalah
sebuah negara pertanian
iii. Tidak memerlukan barangan dari negara barat.
c. Dasar pemencilan Siam diteruskan oleh Raja Rama II dan Rama III. Pada masa
pemerintahan kedua-dua raja ini, mereka mewujudkan hubungan perdagangan yang
terhad dengan pihak Inggeris.
d. Apabila Burma ditawan oleh British, Raja Rama III mulai bimbang kemungkinan
Siam akan menerina nasib yang sama dengan Burma, jika dasar ini diteruskan.
31[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
Namun baginda telah melonggarkan dasar luarnya supaya sesuai dengan permintaan
barat. Satu dasar hubungan yang terhad telah diadakan.
e. Baginda telah menandatangani Perjanian Burney pada tahun 1826. Antara butir-butir
perjanjian ini ialah:
a) Inggeris dibenarkan berdagang dengan bebas di Siam
b) Inggeris tidak dibenarkan mengeksport candu ke Siam dan mengimport beras dari
Siam
c) Kedah kekal sebagai naungan Siam. Akan tetapi Inggeris boleh berdagang dengan
bebas di Kedah
d) Sultan Kedah tidak dibenarkan tinggal di mana-mana wilayah Inggeris
e) Kemerdekaan Perak dan Selangor dijamin dan Siam tidak boleh memaksa Perak
menghantar ufti kepadanya
f) Siam mengakui pendudukan Inggeris di Pulau Pinang
g) Inggeris mengakui Pertuanan Siam ke atas Kelantan dan Terangganu
f. Langkah yang dibuat oleh Rama III jelas menunjukkan sikap terbuka bagindaterhadap kuasa-kuasa barat dan telah berjaya menyelamatkan Siam daripadamenerima tekanan Inggeris yang ingin mengadakan hubungan perdaganganterutamanya dengan Siam dan negeri-negeri Melayu utara.
g. Selain British, Rama III juga turut menjalinkan hubungan dengan Amerika Syarikatuntuk mendapatkan senjata api serta berusaha menghapuskan monopoli perdaganganoleh kuasa British. Walau bagaimanapun baginda telah menolak hasrat Amerikauntuk mendirikan konsul di Thailand.
h. Walau bagaimanapun dasar-dasar ini bersifat sementara kerana menjelang tahun1840an, Rama III telah menghadkan semula hubungannya dengan kuasa barat.Baginda mula mengenakan cukai yang tinggi ke atas barangan dari luar danmengawal eksport barangannya. Keadaan ini menyebabkan hubungan Siam dengankuasa barat mula renggang.
i. Bagi memulihkan hubungan Inggeris telah menghantar utusan iaitu James Brookedan Amerika Syarikat diwakili oleh Joseph Ballestier ke Siam tetapi merekadihiraukan oleh Siam. Baginda berpendapat berperang dengan barat tidakmendatangkan masalah serius jika dibandingkan dengan tergugatnya adat resam dankebudayaan Thailand.
j. Apabila Raja Rama IV iaitu raja Mongkut menggantikan Rama III pada tahum 1851,baginda melihat sikap agresif barat terutamanya Inggeris ke atas Burma dan China.Akibat keangkuhan dan kedegilan pemerintah kedua-dua negara menamatkan dasartutup pintu menyebabkan mereka jatuh ke tangan barat. Mongkut menjadikanperistiwa itu sebagai ikhtibar dan dijadikan alasan untuk mengubah dasar luarnya daritutup pintu kepada dasar buka pintu.
32[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
k. Pada tahun 1855, Mongkut telah menandatangani perjanjian persahabatan danperdagangan dengan Inggeris yang dikenali sebagai perjanjian Bowring. Melaluiperjanjian ini soerang konsul British dilantik dan ditempatkan di Bangkok bagimenguruskan segala hal ehwal dan mengendalikan kes2 jenayah yang melibatkanrakyat British di Thailand
l. Perjanjian ini juga telah membuka Thailand kepada perdagangan antarabangsa danmerevolusikan semua jentera kewangan Siam dan menyebabkan golongan bangsawankehilangan hak istimewa memonopoli sumber asli yang telah lama dinikmati.
m. Dasar ini diteruskan oleh puteranya raja Chulalongkorn. Pada masa pemerintahanChulalongkorn, Siam telah muncul sebagai sebuah negara yang termoden di Asiatenggara. Dasar mongkut menamatkan dasar pemencilan ini telah menjadikan Siamsebuah negara yang bebas dari tekanan dan tindakan agresif kuasa barat.
Dasar-dasar pemencilan Vietnam
a. Pada abad ke-19, Vietnam mengamalkan dasar pemencilan dan mengasingkan diri
dari pengaruh barat terutama Perancis.
b. Perancis tidak ketinggalan dalam usaha mendapatkan kawasan baru dan menguasai
perdagangan di China dengan cuba menguasai Vietnam. Perancis berhasrat memasuki
perdagangan di China melalui Sungai Mekong dan Wilayah Tongking.
c. Bermula pada abad ke-17 kuasa Perancis telah mengembangkan pengaruh di
Vietnam. Hubungan Perancis-Vietnam bermula apabila seorang Paderi Perancis iaitu
Pigneau de Behaine memberi bantuan senjata, wang dan ketenteraan kepada Nguyen
Anh dalam pemberontakan Tay Son dan berjaya mengambil alih wilayah Hue serta
Hanoi.
d. Bantuan tersebut membolehkan Nguyen Ang berjaya menaiki tahta Vietnam dengan
menggunakan gelaran maharaja Gia Long. Dasar tolak ansur antara Perancis dengan.
Sebagai membalas jasa paderi tersebut Vietnam telah memberi kebebasan kepada
mubaligh-mubaligh Kristian Perancis mengembangkan ajaran agama Kristian di
Vietnam.
e. Selain itu baginda juga menaikan pangkat beberapa pegawai Perancis ke pangkat
mandarin. Namun baginda tetap enggan memberikan kemudahan perdagangan kepada
barat.
f. Pada tahun 1820-1840, maharaja Gia Long digantikan oleh Minh Mang yang bersikap
anti barat dan berpegang teguh kepada ajaran Confucianisme. Semasa pemerintahan
baginda Vietnam telah mengamalkan dasar tutup pintu.
g. Kuasa-kuasa barat seperti Britain telah menghantar utusan pada tahun 1822 yang
diketuai oleh John Crawford untuk mendapatkan kemudahan perdagangan dari
baginda telah gagal.
33[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
h. Pada tahun 1825 Minh Mang mengeluarkan satu dikri yang melarang kemasukan
mubaligh-mubaligh kristian dan baginda bertindak keras dengan merobohkan gereja-
gereja serta menindas penganut-penganut Kristian dan sesiapa yang memeluk agama
Kristian akan dihukum bunuh. Kerajaan Vietnam marah dengan penganut kristian
Vietnam kerana meninggalkan tradisi mereka.
i. Kegagalan British mewujudkan hubungan perdagangan dengan British tidak
mematahkan niat Perancis untuk terus meluaskan pengaruh mereka dinegara itu
dengan tujuan utama untuk kepentingan perdagangan.
j. Perancis berhasrat menjadikan Vietnam sebagai pengkalan perdagangan, pusat
pasaran barang serta pengumpulan bahan mentah di timur. Perancis terus menghantar
beberapa atau utusan ke Vietnam untuk mewujudkan hubungan perdagangan
contohnya pada tahun 1825 Perancis menghantar utusan diketuai oleh Baron de
Bouganville, utusan de Kergariou 1827 dan laksamana Laplace pada tahun 1831.
Walau bagaimanapun semua utusan tersebut gagal memujuk Vietnam.
k. Hubungan Perancis Vietnam menjadi tegang dibawah pemerintahan Maharaja Thieu
Tri (1840-1847) dan maharaja Tu Duc (1848-1883). Thieu Tri bertindak tegas
terhadap hubungnnya dengan kuasa-kuasa barat dan penganut-penganut Kristian
dengan menghalau paderi-paderi tersebut.
l. Tu Duc telah menjalankan dasar yang lebih keras. Pada bulan Mac 1851, baginda
telah meluluskan undang-undang anti Kristian iaitu:
a) Semua orang Kristian Vietnam dibuang negeri
b) Sesiapa yang melindungi paderi akan dibunuh
c) Paderi-paderi Perancis mesti ditenggelamkan di laut atau sungai
m. Sehubungan dengan itu antara tahun 1851-1852, dua orang paderi Perancis iaitu
Father Augustin Schoeffler dan Father Jean Louis Bonnard dikenakan hukuman
bunuh. Ianya diikuti dengan pembunuhan kejam seorang mubaligh Katolik Perancis
pada tahun 1856.
n. Pada tahun 1857 Tu Duc telah mengenakan hukuman bunuh ke atas Bishop Sepanyol
Mgr Diaz di Tongking. Selain itu, petempatan orang Kristian dibakar,tanah mereka
dirampas. Selain dihukum bunuh mereka yang menganut Kristian ditandakan dengan
perkataan Ta Dao pada pipi kiri dan nama tempat pembuangan di pipi kanan.
Peristiwa tersebut jelas menunjukkan sikap anti barat semakin ketara dan menebal di
Vietnam.
o. Di Perancis telah berlaku kebangkitan kuasa Napolean lll yang berusaha
mengembalikan kegemilangan negara tersebut. Napoleon mulai mengalihkan
34[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
tumpuan terhadap Vietnam serta memandang serius dasar agresif Vietnam. Justeru itu
Perancis telah menghantar wakil diketuai oleh de Montiguy ke Vietnam untuk
memulakan rundingan.
p. De Montiguy wakil Perancis telah dihantar ke Hue dan telah mengemukakan
beberapa tuntutan iaitu menjamin kebebasan beragama di Vietnam, menerima seorang
konsul Perancis dan member kebenaran kepada Perancis menubuhkan sebuah syarikat
perdagangan di Hue. Walau bagaimanapun semua tuntutan Perancis ditolak di
Vietnam.
q. Alasan ini digunakan oleh Perancis untuk menggunakan kekerasan ke atas Vietnam.
Sepanyol turut berdendam terhadap pembunuhan Mgr Diaz telah membuat pakatan
dengan Perancis untuk bertindak terhadap Vietnam. Dengan bantuan Sepanyol,
Perancis telah menghantar satu angkatan perang di bawah pimpinan Laksamana
Rigault de Genouilly ke Vietnam.
r. Angkatan tersebut telah melancarkan serangan dan berjaya menduduki Tongking pada
tahun 1858. Akhirnya hampir keseluruhan wilayah Vietnam jatuh ke tangan Perancis.
Maharaja Tu Duc akhirnya mengaku kalah dan menandatangani perjanjian dengan
Perancis di Saigon pada jun 1862.
s. Kesan daripada itu dasar pemencilan Vietnam ditamatkan dan Vietnam telah hilang
kemerdekaan.
C. Kesimpulan ( 2 Markah )Kedua-dua negara ini tidak dapat mempertahankan dasar pemencilan ini kerana dasaragresif British yang berjaya memaksa Thailand untuk melaksanakan dasar buka pintumanakala Vietnam akhirnya jatuh ke tangan Perancis.
35[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
9. Sejauh manakah faktor politik menjadi sebab terpenting campur tanganBarat di Myanmar dan China pada awal abad ke-19.
A. Pengenalan ( 3 Markah)
a. Perkembangan dalam bidang perdagangan dan perindustrian telah mendorongkuasa-kuasa Barat berlumba-lumba meluaskan pengaruh mereka di seluruh dunia.
b. Pada abad ke-19 British berusaha meluaskan pengaruhnya untuk membentukempayar yang luas di Asia kerana kaya dengan bahan mentah yang diperlukan dikilang-kilang mereka. Negara-negara di Asia juga menyediakan pasaran yanglebih luas bagi lebihan barangan hasil keluaran kilang-kilang negara tersebut.
c. Pada masa ini British berusaha meluaskan pengaruhnya di Myanmar dan Chinatetapi menghadapi pelbagai halangan daripada pemerintah di negara-negaratersebut.
B. Perluasan Kuasa British di Myanmar ( 10 Markah )Perluasan kuasa British ke Myanmar bermula melalui Peperangan Inggeris- MyanmarPertama ( 1824-1826 ). Antara faktor-faktor perluasan kuasa Barat ke Myanmar ialah:
1) Faktor politik
a. Dasar meluaskan wilayahPada pertengahan kurun ke-18, Alaungpaya telah menakluki Pegu, lalumendirikan dinasti baru diberi nama Konbaung pada tahun 1752. Denganpembentukan dinasti baru ini bermakna Alaungpaya telah berjaya menyatukansemula Myanmar. Pengganti-pengganti Alaungpaya kemudiannya telahmeluaskan lagi wilayah mereka hingga membawa kepada sempadan TimurIndia. Pada tahun 1784, Raja Bodawpaya (1782-1819) iaitu anak Alaungpayayang terakhir memerintah, berjaya menakluki Arakan sebuah kerajaan yangbebas. Raja Arakan bernama Thamada terpaksa melarikan diri tetapi telahditangkap pada Februari 1785 lalu dibawa ke Myanmar. Dengan penaklukanArakan telah membimbangkan Inggeris kerana sempadan Myanmar telah marake Benggala. Selain itu, Raja Bodawpaya juga bercita-cita hendak menaklukiChina dan India terutama di kawasan Manipur dan Assam.
b. Masalah orang pelarian ArakanApabila Arakan terletak di bawah kekuasaan Myanmar maka penindasan-penindasan terhadap orang Arakan telah dilakukan. Orang-orang Arakan telahdikerah secara paksa untuk bekerja sebagai buruh dan bertugas dalamperkhidmatan kerajaanPada tahun 1798, timbul sekali lagi pemberontakan di Arakan tetapi gagalmenyebabkan mencurah-curah orang pelarian Arakan memasuki Chittagong.Disebabkan ramai orang Arakan memasuki Chittagong dan mengancampemerintah Myanmar di Arakan maka pada Januari 1802, pemerintah Arakanatas nama Kerajaan Myanmar mendesak British menyerahkan orang-orangpelarian Arakan kepada Kerajaan Myanmar. Myanmar juga menggugut akanmenyerang India sekiranya tuntutan itu tidak ditunaikan. Dengan adanyaancaman tersebut, maka British menyerahkan pasukan tenteranya untuk
36[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
mengawal sempadan antara India dan Myanmar. Untuk menyelesaikanmasalah pertikaian mereka maka British menghantar Kapten Syemes keMyanmar pada Mei 1802 bagi mengadakan perdamaian.
c. Masalah orang-orang Arakan menjadi kemuncak, apabila pada tahun 1811satu pemberontakan di bawah pimpinan Chin Byan telah meletus. Chin Byansecara diam-diam telah mengumpulkan kekuatannya di wilayah British lalumenyerang Myanmar dengan menawan Miohaung. Chin Byan telah memintabantuan British dengan membuat satu perjanjian untuk meletakkan wilayah dibawah tadbirnya di bawah kedaulatan British. Hal ini telah meruncingkanhubungan antara British dengan Myanmar. Untuk menyakinkan KerajaanMyanmar bahawa British tidak terlibat dalam tindakan Chin Byan itu makadalam September 1811, Kapten Canning diutus ke negeri Myanmar.Pemerintah Arakan telah mengancam untuk menyerang Chittagong jika orang-orang pelarian tidak diserahkan. Peperangan dapat dielakkan apabila tenteraMyanmar yang berada di sempadan terpaksa ditarik balik pada musimtengkujuh. Untuk mendapatkan kepercayaan Myanmar maka pada akhir tahun1812, Inggeris berjaya melumpuhkan sebahagian besar pasukan Chin Byan.Pergerakan Chin Byan lumpuh sama sekali apabila Chin Byan meninggaldunia pada tahun 1815. Sungguhpun pergerakan Chin Byan dapat diatasi olehBritish, tetapi hubungan baik antara British dengan Myanmar masih tidakterjamin.
d. Dasar Imperialisme MyanmarRaja Bagyidaw meneruskan dasar perluasan wilayah Myanmar. Beliau dibantuoleh Jeneral Maha Bandula. Keadaan yang tidak aman di Assam menyebabkanRaja Bagyidaw yang menjadi raja pada tahun 1819 melantik Maha Bandulamenjadi Gabenor Assam selepas menaklukinya.Selepas itu, Myanmar meneruskan perluasan wilayahnya ke Manipur. RajaMyanmar telah menggunakan peristiwa kegagalan Raja Manipur menghadiripertabalan Bagyidaw menjadi raja sebagai alasan untuk menguasai kawasanitu. Oleh sebab ketakutan, maka raja dan pengikutnya melarikan diri keCachar. Raja Cachar yang negerinya dirempuh oleh orang-orang pelarianManipur dan takutkan ancaman Myanmar telah melarikan diri ke India.Kemaraan tentera Myanmar yang begitu jauh telah membimbangkan British.British sedar jika kemaraan Myanmar tidak dihalang bermakna wilayahBenggala yang terletak di bawah kekuasaan British akan terancam. Britishterpaksa mengambil satu tindakan yang tegas dengan mengisytiharkan wilayahCacar dan wilayah kecil lainnya seperti Jaintia terletak di bawah pengaruhBritish.Ketegangan menjalar pula ke sempadan Arakan apabila Jeneral Bandulamengalihkan pandangannya ke wilayah itu. Jeneral Bandula sememangnyaingin menguasai wilayah Benggala. Tentera Myanmar telah memasukikawasan Ramu lalu menangkap pemburu gajah dari pihak kompeni. Peristiwaitu menyebabkan British menguatkan pertahanannya di Tek Naaf dan di PulauShahpuri yang terletak di muara sungai berhampiran dengan Chittagong.Tentera Myanmar telah menawan pulau tersebut dalam bulan September 1823
37[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
tetapi dapat dirampas kembali kemudiannnya oleh British. Selepas peristiwaitu, Jeneral Bandula telah menyiapkan angkatan secara besar-besaran untukmenyerang Chittagong. Menggunakan peristiwa itu pada 5 Mac 1824,Gabenor Jeneral Lord Amherst mengisytiharkan perang ke atas Myanmar.
e. Keengganan Myanmar mengadakan hubungan diplomatik.British ingin mengadakan hubungan yang baik dengan Myanmar keranaingin menyekat pengaruh Perancis di Myanmar. Selain itu British inginmengadakan hubungan dengan Myanmar kerana faktor ekonomi seperti:i. Mendapatkan kayu balak dari Myanmar untuk membuat kapal.ii. Menjadi Myanmar sebagai pasaran bagi barang British.iii. Menggunakan Myanmar sebagai jalan darat ke negeri China dengan
melalui Sungai Irrawaddy.
2) Faktor perbezaan kebudayaanOrang Myanmar mempunyai sikap bongkak dengan anggapan bahawa merekamempunyai darjat tinggi. Oleh itu, mereka merasa bahawa taraf mereka akan jatuhjika mereka mengadakan hubungan yang sama taraf dengan British, lebih-lebihlagi pihak kompeni bukan mewakili Kerajaan British. Oleh sebab sikappemerintah dan pegawai Myanmar sedemikian rupa, wakil-wakil British gagaluntuk mengadakan perhubungan sama taraf dengan Myanmar. Kebanyakan darimereka terpaksa meninggalkan Myanmar kerana merasakan kecewa atas tindakanpemerintah Myanmar. British berasa terhina dengan layanan Myanmar yangmenganggap mereka sebagai pembawa ufti yang mesti mematuhi adatmenyembah raja Myanmar seperti menanggalkan kasut dan duduk bersila di lantaisebelum menghadap raja. Burma enggan mengadakan hubungan diplomatiksecara langsung dengan Gabenor Jeneral India yang dianggap tidak setaraf denganRaja Myanmar.Pertentangan kebudayaan ini membawa kepada ketegangan danterputusnya hubungan diplomatik antara British dan Myanmar.
C. Perluasan Kuasa British di China ( 10 Markah )Perluasan kuasa British di China dimulai dengan Perang Candu ( 1839 - 1842 ).Antara faktor-faktor berlaku Perang Candu ialah:
1. Faktor Politik
a. China enggan menjalinkan hubungan diplomatik atas dasar persamaan taraf
Ahli-ahli sejarah seperti Fairbank, Edgar Holt dan Soothills menganggapkeengganan China untuk mewujudkan hubungan diplomatik atas dasar samataraf dengan kuasa-kuasa Barat menjadi sebab utama berlakunya PerangCandu Pertama. Orang-orang Cina menganggap China sebagai “MiddleKingdom” atau “Chung Koa” yang lebih bertamadun. Maharaja Chinadianggap sebagai anak syurga dan pemerintah universal. Orang-orang asingdianggap sebagai orang gasar atau barbarian atau fan kwae, iaitu hantu-hantu
38[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
asing yang tidak bertamadun. Kedatangan orang asing dianggap sebagaikehadiran wakil-wakil negara pembayar ufti yang mahu tunduk di bawahkekuasaaan China. Dasar ini tidak dipersetujui oleh orang-orang Barat,terutamanya British kerana mereka mengamalkan konsep persamaan taraf,lebih-lebih lagi selepas termeterainya Perjanjian Westphalia 1648 antaranegara-negara Eropah yang menegaskan hubungan antara negara mestidijalankan atas dasar sama taraf, tidak kira negara itu kecil atau besar.
Usaha-usaha British untuk mewujudkan hubungan diplomatik dengan Chinagagal kerana China tidak dapat menerima konsep persamaan taraf yangdiamalkan oleh British. Antara utusan British yang dihantar ke negeri Chinaialah Lord Macartney 1793, Lord Amherst 1816 dan Napier 1834. Faktorutama yang menggagalkan utusan tersebut ialah masalah “kow tow” (adatmenyembah raja) yang dikenakan ke atas utusan-utusan tersebut.Orang-orang Barat tidak boleh mengadakan hubungan secara langsung denganKerajaan China. Hubungan mesti dijalankan melalui sebuah badan iaitu“cohong” yang ditubuhkan pada 1720. Keengganan China untuk mewujudkanhubungan diplomatik atas dasar sama taraf telah menyebabkan kuasa-kuasaBarat terutamanya British terpaksa mengambil tindakan secara kekerasan.Pembubaran monopoli perdagangan China Syarikat Hindia Timur British padatahun 1833 telah menyebabkan ramai pedagang British datang ke negeriChina. Untuk melindungi mereka, seorang penguasa perdagangan atau Taipantelah dilantik di Canton. Penguasa perdagangan yang pertama dilantik padaMac 1834 ialah Lord Napier. Kegagalan untuk mewujudkan hubungandiplomatik dengan China telah mengecewakan beliau sehingga meninggaldunia di Macau pada Oktober 1834. Beliau digantikan oleh L.V. Davies padatahun 1835. L.V. Davies juga gagal mewujudkan hubungan diplomatik denganChina dan terpaksa bersara pada 1837. Beliau digantikan oleh George BestRobinson. Robinson juga menerima nasib yang sama sehingga terpaksabersara pada 1839 dan digantikan oleh Charles Elliot. Semasa CharlesElliotlah berlaku Perang Candu 1839-1842.
2. Perdagangan bebas
Christopher Hibbert dalam bukunya “The Dragon Wakes” dan Kenneth ScottLatourette dalam bukunya “A History of Modern China” menegaskan masalahperdagangan bebas khususnya sekatan China ke atas perdagangan asingmerupakan faktor utama berlakunya Perang Candu I 1839-1842. Pada masaitu, British mengamalkan dasar perdagangan bebas yang menganggap merekaberhak berdagang di mana sahaja dan dengan siapa sahaja. Akibatperkembangan Revolusi Perusahaan, British memerlukan negeri China sebagaipasaran kepada barang-barang keluaran industri mereka serta untukmendapatkan bahan mentah terutamanya teh dan sutera. Bagi British,perdagangan dianggap sebagai hak manakala China menganggapnya sebagaikeistimewaan yang diberi dan boleh ditarik balik jika difikirkan perlu.
China bersikap anti perdagangan asing. Mereka menganggap perdaganganasing tidak penting kerana keperluan dalam negeri khususnya makanan sudah
39[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
mencukupi kerana pertanian merupakan punca utama ekonomi China. Dalamsusun lapis masyarakat China, pedagang merupakan golongan yang terendahdan kegiatan perdagangan atau perniagaan sebagai pekerjaan yang hina. Malahorang-orang Cina yang berdagang dengan orang-orang asing dianggap sebagaipengkhianat. Akibat daripada itu, China telah mengenakan pelbagai sekatan keatas perdagangan asing. Sekatan-sekatan ini telah menimbulkan perasaan tidakpuas hati pedagang-pedagang asing.
Mengikut perintah diraja 1757 yang dikeluarkan oleh Maharaja Chien Lung,pedagang-pedagang asing hanya dibenarkan berdagang di Canton. Pedagang-pedagang asing di Canton telah dikenakan pelbagai sekatan. Mereka hanyadibenarkan berada di Canton dalam musim perdagangan dari bulan Oktoberhingga Januari. Di luar musim perdagangan, pedagang-pedagang asingdikehendaki meninggalkan Canton. Untuk menjamin mereka tidak menetap diCanton, pedagang-pedagang asing tidak dibenarkan membawa keluargamereka. Keluarga mereka mesti ditinggalkan di Macau (wilayah Portugis).Mereka juga tidak boleh bergerak bebas kecuali pada 8, 18 dan 28 hari bulantiap-tiap bulan dalam musim perdagangan. Selain itu, pedagang-pedagangasing tidak boleh berdagang secara langsung dengan orang Cina. Perdaganganmesti dijalankan melalui cohong yang dianggotai oleh 13 pegawai danketuanya bergelar Hoppo. Cohong mempunyai kuasa penuh dalamperdagangan asing seperti memberi kebenaran berdagang, kebenaranmenggunakan sungai, menetapkan harga dan cukai, menentukan jenisperdagangan dan sebagainya. Malah hubungan antara orang asing denganKerajaan China mesti dijalankan melalui cohong.
Pedagang-pedagang asing mahu berdagang di bahagian-bahagian lain di Chinaselain di Canton. Mereka mahu berdagang secara bebas dan mendapatkanharga yang berpatutan bagi barang-barang China. Tindakan cohongmengenakan cukai dan harga yang tinggi serta tidak tetap menimbulkanperasaan tidak puas hati pedagang-pedagang asing. Sekatan China ke ataspedagang asing telah menyebabkan peperangan tidak dapat dielakkan antaraBritish yang merupakan negara progresif, perindustrian dan kapitalis denganChina yang merupakan negara pertanian, tidak progresif dan bersikap antiperdagangan asing.
3. Sistem perundangan Yang BerbezaDari segi sosial, timbul masalah keadilan kerana konsep keadilan Chinaberbeza dengan konsep keadilan British. Kerajaan China telah mengeluarkanarahan supaya semua orang asing yang berada di China mematuhi undang-undang dan peraturan-peraturan di China. Arahan ini tidak dipersetujui olehpedagang asing kerana mereka menganggap undang-undang China sebagaikejam dan tidak berperikemanusiaan. Contohnya, pada 1784, seorang anakkapal “Lady Hughes” telah dijatuhkan hukuman dicekik sampai mati keranakesalahannya membunuh secara tidak sengaja seorang rakyat China semasaupacara kehormatan di Whampoa. Hukuman yang sama juga dikenakankepada Terranova iaitu anak kapal “Emily” pada 1821. Pada 12 Julai 1839,tiga orang British yang mabuk telah membunuh seorang rakyat China iaitu Lin
40[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
Wei Hsi. Pesuruhjaya Tinggi China di Canton, Lin Tse Hsu telahmengarahkan penguasa perdagangan British Charles Elliot menyerahkanketiga-tiga orang British yang terlibat dalam pembunuhan tersebut kepadapihak China untuk diadili. Charles Elliot yang menyedari hukuman yang akandijatuhkan enggan menyerahkan mereka. Sebaliknya beliau membicarakanmereka dan menjatuhkan hukuman penjara. Tindakan Charles Elliot sudahtentu menjejaskan hubungan antara British dan China.Mengikut undang-undang China, seseorang yang dituduh melakukankesalahan tetap bersalah sehingga beliau dapat membuktikan dirinya tidakbersalah. Mengikut undang-undang British pula, seseorang yang dituduhmelakukan kesalahan tidak bersalah sehingga pihak pendakwa dapatmembuktikan beliau bersalah. China mengamalkan undang-undang kumpulandan tanggungjawab ketua. Mengikut undang-undang kumpulan, jika seseorangmelakukan kesalahan, semua anggota dalam kumpulannya bertanggungjawabdan boleh dijatuhkan hukuman. Mengikut undang-undang tanggungjawabketua, sekiranya anak buah melakukan kesalahan ketuanya jugabertanggungjawab dan juga boleh dijatuhkan hukuman. Undang-undang initidak dipersetujui oleh British kerana mereka mengamalkan undang-undangtanggungjawab individu. Hanya mereka yang melakukan kesalahanbertanggungwab di atas kesalahannya dan boleh dijatuhkan hukuman. Dinegeri China, tidak ada perbezaan antara undang-undang dan perintah.Perintah pegawai lebih-lebih lagi perintah maharaja sudah dianggap sebagaiundang-undang yang mesti dilaksanakan.
4. Masalah candu
Perdagangan antara British dan China tidak seimbang. British memerlukanbarang-barang China terutamanya teh dan sutera tetapi China tidakmemerlukan barang-barang British. Akibatnya banyak wang British mengalirke negeri China, iaitu pada 1780-1790, 14 juta taels dan 1790-1800, 26 jutataels.Keadaan ini sudah tentu memberi bebanan ekonomi kepada British.Untuk mengimbangi perdagangan, British membawa masuk candu dari Indiadan Turki untuk dijual kepada orang Cina.
Kemasukan candu telah menjejaskan negeri China dari segi politik, ekonomidan sosial. Dari segi politik berlaku ketidakcekapan dalam pentadbiran, rasuahserta penyelewengan kerana ramai pegawai kerajaan telah menjadi penagihcandu. Dari segi ekonomi banyak wang China mengalir keluar keranamengimport candu. Nilai import candu telah melebihi nilai eksport barang-barang lain. Keadaan ini sudah tentu memberi bebanan ekonomi kepadaKerajaan China. Dari segi sosial, timbul masalah kesihatan dan keruntuhanakhlak kerana ramai rakyat China menjadi penagih candu.
Untuk mengatasi masalah ini, beberapa arahan telah dikeluarkan olehMaharaja Chien Lung (1736-1796), Maharaja Chia Ching (1796-1820) danMaharaja Tao Kuang (1820-1850) mendesak pedagang-pedagang asingmenghentikan perdagangan serta penyeludupan candu. Arahan ini tidak
41[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
mendapat layanan pedagang-pedagang asing dan mereka engganmenghentikan perdagangan candu yang amat menguntungkan mereka.
Pada 1 Mac 1839 Maharaja Tao Kuang telah melantik Lin Tse Hsu sebagaiPesuruhjaya Tinggi China di Canton dengan tugas khas untuk menghapuskanperdagangan, penyeludupan dan penggunaan candu. Beliau tiba di Cantonpada 10 Mac 1839. Pada 18 Mac 1839, beliau mengeluarkan arahan mendesakpedagang-pedagang asing menghentikan perdagangan serta penyeludupancandu, menyerahkan candu kepada pihak China untuk dimusnahkan danmenandatangani surat sumpah tidak akan menjalankan perdagangan danpenyeludupan candu. Bila arahannya tidak mendapat layanan, Lin Tse Hsutelah mengepung 350 orang pedagang asing yang kebanyakannya terdiridaripada pedagang British termasuk penguasa perdagangan Charles Elliot diCanton. Apabila terdesak, Charles Elliot telah mengarahkan pedagang-pedagang asing menyerahkan candu kepada pihak China. Sebanyak 20283 peticandu diserahkan dan dimusnahkan oleh pihak China. Peristiwa inilah yangmemulakan peperangan antara British dengan China. Setiausaha Luar British,Lord Palmestone telah menjadikan peristiwa candu sebagai alasan menyerangChina. Ahli-ahli sejarah menganggap masalah candu hanya merupakan faktorsegera yang mempercepatkan Perang Candu I. W.E. Soothills dalam bukunya“China and the west” menegaskan “opium was the accidental cause”.
D. Kesimpulan ( 2 Markah )a. Kemaraan British ke Myanmar dan China menerusi kekerasan apabila
berlakunya Perang British-Burma I dan Perang Candu.b. Kemasukan British di kedua-dua negara tersebut menyebabkan keegoan
pemimpin mereka tercalar, kerana sebelum ini mereka menganggap merekalebih kuat dari kuasa Barat tetapi telah tewas dalam peperangan yang merekahadapi.
c. Kemaraan kuasa Barat di kedua-dua negara tersebut akhirnya melenyapkaninstitusi pemerintahan beraja di kedua-dua negara tersebut.
42[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
10. Jelaskan kesan-kesan Perjanjian Kanagawa ( 1854 ) dan Perjanjian Bowring(1855 ) terhadap Jepun dan Thailand.
A. Pengenalan ( 2/3 markah )
a. Abad ke 19 kemajuan pesat dalam bidang perindustrian dan perdagangan
mendorong kuasa barat berlumba-lumba untuk menguasai tanah jajahan di Asia.
b. Mongkut menyedari tekanan dan pencerobohan kuasa-kuasa barat akan mengancam
keselamatan Thailand.Mongkut sedar bahawa sikap degil dan dasar pemencilan
seperti yang diamalkan oleh China dan Burma bukan sahaja tidak dapat menghalang
kemaraan kuasa-kuasa barat malah menyebabkan barat menggunakan kekerasan.Ini
mendorong Mongkut untuk memulakan dasar buka pintu melalui Perjanjian
Bowring yang telah ditandatangani pada 18 April 1855.
c. Manakala di Jepun kuasa barat yang berminat untuk mengadakan hubungan ialah
Amerika Syarikat.Amerika berminat kerana potensi perdagangan dengan
Jepun,keperluan bekalan bahan mentah dan arang batu untuk kegunaan kapal wap
yang semakin bertambah.Satu perjanjian telah ditandatangani oleh Jepun dengan
Amerika Syarikat pada 1854 iaitu Perjanjian Kanagawa.
Syarat-syarat Perjanjian Kanagawa
1. Pelabuhan Shimoda dan Hakodate dibuka kepada kapal Amerika Syarikat bagi
mendapatkan bekalan dan berdagang
2. Amerika Syarikat diberi layanan most favoured nation
3. Amerika diberi kebenaran melantik seorang konsol di Shimoda
4. Anak kapal Amerika yang terkandas di Jepun diberi layanan yang baik
B. Isi –isi ( 20 markah )
Kesan-kesan Perjanjian Kanagawa.
Kesan Politik
Dasar Buka Pintua. Perjanjian Kanagawa menamatkan dasar tutup pintu yang diamalkan oleh Syogun
Tokogawa
b. Selepas Perjanjian Kanagawa Jepun menandatangani perjanjian yang serupa
dengan Britain [ 1854 ],Rusia [ 1855 ] , dan Belanda [ 1856 ].
c. Menurut perjanjian Kanagawa 2 buah pelabuhan iaitu Hakodate dan Shimoda
dibuka kepada pedagang asing.
d. Amerika diberi layanan most favoured nation dan anak kapal mereka dilayan
dengan baik.
Perjanjian Townshend Harris ( 1858 )
a. Ekoran Perjanjian Kanagawa, Perjanjian Harris ditandatangani pada 29 Julai
antara Jepun dengan Amerika Syarikat.
43[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
b. Syarat perjanjian
i) Pelabuhan Kobe,Nagasaki,Kanagawa dan Nigate dibuka kepadaperdagangan asing.ii) Seorang menteri ditempatkan di Edo ( Tokyo ).iii) Amerika Syarikat mendapat layanan most favoured nation.
Kejatuhan Syogun Tokogawa
a. Orang Jepun tidak suka akan kehadiran orang barat.Berlaku pembunuhan
terhadap orang-orang Eropah yang masuk ke Jepun.
b. Wujud gerakan anti asing seperti pembunuhan orang-orang barat dan
kedutaan British diserang.
c. Syogun Tokogawa terpaksa membayar pampasan.
d. Perjanjian Kanagawa membuktikan kelemahan Syogun Tokogawa.
e. Suku-suku barat seperti Toza,Tozama,Choshu,dan Ronin menentang Shogun.
f. Shogun Keiki terpaksa menyerah kuasa kepada Maharaja Meiji pada tahun
1867.
g. Maharaja Meiji secara rasmi berkuasa penuh ke atas seluruh wilayah Jepun.
Pemulihan Meiji
a. Maharaja Meiji menjalankan pemodenan demi mempertahankan Jepun dari
pencerobohan seterusnya Maharaja Meiji mengambil alih tampuk
pemerintahan apabila Shogun Keiki terpaksa menyerahkan kuasanya kepada
maharaja
b. Pemulihan Meiji telah membawa Jepun ke arah pemodenan dan pembaratan
sehingga Jepun menjadi sebuah kuasa imperialis.
c. Pemulihan Meiji berjaya mengukuhkan kedudukan politik,sosial dan ekonomi
Jepun.
Kesan Ekonomia. Perkembangan ekonomi Jepun.
b. Kemunculan ekonomi komersil akibat perdagngan asing.
c. Pembukaan pelabuhan membantu meningkatkan ekonomi komersil.
d. Kebangkitan golongan zaibatsu memajukan lagi ekonomi Jepun.
Kesan Sosiala. Perkembangan agama Kristian.
b. Agama Kristian dibawa masuk oleh pedagang dan mubaligh Kristian.
Syarat-Syarat Perjanjian Bowring
1. Perdagangan bebas dijalankan.2. Cukai terhadap barang import ialah 3% ad valorem dan cukai barang eksport ialah 5 %ad valorem.
44[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
3. Rakyat British dibenar membeli dan menyewa tanah dalam lingkungan enam kilometerdari Bangkok.4. Pedagang-pedagang British dibenarkan mengimport candu ke Siam tetapi di bawahkawalan Siam.5. Seorang konsol British dilantik dan ditempatkan di Bangkok.6. Eksport beras dibenarkan.7. Rakyat British di Siam diberi hak wilayah asingan.
Kesan-kesan Perjanjian Bowring
Permulaan dasar Buka Pintua. Selepas Perjanjian Bowring,Raja Mongkut dan Chulalongkorn telah
menandatangani satu siri perjanjian perdagangan dengan kuasa barat lain seperti
Peranchis,Amerika Syarikat [ 1856 ],Denmark [ 1858 ],Portugal [ 1859 ],Holland
[ 1860 ],Prusia [ 1862 ],Belgium,Norway,
Italy dan Sweden [1868 ]
Hubungan Diplomatik Yang Erata. Siam menjalinkan hubungan diplomatik atas dasar persamaan taraf dengan kuasa
barat lain
b. Selepas Perjanjian Bowring – Mongkut menghantar utusan yang diketuai oleh
Phraya Suriyawongse ke Britain
c. Ini mengeratkan lagi hubungan Siam-Britain
Siam Tetap Mengekalkan Kemerdekaana. Dasar buka pintu,hubungan diplomatik yang erat dan keistimewaan yang sama
adil pada kepada semua kuasa barat – menjamin kemerdekaan Siam
b. Siam memulakan proses pembaratan dengan mengambil pakar-pakar dari barat
untuk berkhidmat di jabatan tertentu.
Pembukaan Siam kepada perdagangan antarabangsa.a. Perjanjian Bowring membuka Siam kepada perdagangan antarabangsa
b. Bilangan kapal di Bangkok bertambah 10 kali
c. Sistem ekonomi saradiri diganti dengan ekonomi komersil
d. Siam mengeksport kayu jati,beras,dan gula
e. 1850 – jumlah eksport beras Siam hanya 5% daripada jumlah pengeluarannya
f. 1905 – jumlah eksport telah meningkat sehingga 50% daripada jumlah beras
dunia
g. Gula merupakan eksport utama Siam ke Eropah meningkat dua kali ganda
menjelang 1865.
Britain muncul sebagai pelabur utama.a. Britain telah menguasai perdagangan asing di Siam
45[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
b. Pelabuhan seperti Singapura,Hong Kong mula menjalankan perdagangan dengan
Siam
c. Siam muncul sebagai satelit ekonomi Britain
Penguasaan orang Cina dalam perdagangan asing tamat.a. Perjanjian Bowring menamatkan penguasaan orang Cina terhadap perdagangan
Siam
b. Kerajaan Siam telah memajakkan monopoli eksais yang baru seperti
loteri,candu dan minuman keras.
Sistem Kewangan Siam Mengalami Perubahan.a. Perjanjian Bowring telah mengubah sistem percukaian kerajaan Siam
b. Perjanjian menamatkan sistem monopoli perdagangan oleh golongan bangsawan
dan kerajaan Siam
c. Akibatnya – Siam terpaksa menyusun semula sistem kewangannya
C.Kesimpulan ( 2 markah )
a. British dan Amerika berjaya mengukuhkan pengaruh mereka di Jepun dan
Thailand melalui perjanjian tanpa menggunakan unsur kekerasan.Mereka gagal
mencari sebarang ruang untuk menggugat kedaulatan Thailand dan Jepun.
b. Kebijaksanaan pemimpin terbukti berjaya menggelakkan Thailand dan Jepun
daripada dijajah.
c. Melalui Perjanjian Bowring dan Kanagawa,dasar buka pintu yang dijalankan
berjaya memodenkan Thailand dan Jepun yang berjaya bangkit sebagai kuasa
penting dalam.
46[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
11. Bincangkan peranan golongan agama terhadap kebangkitan semangat
kebangsaan di Indonesia dan Myanmar pada awal abad ke-20.
A. Pengenalan (3 markah)
i. Semangat perjuangan para nasionalis di Asia dibangkitkan dengan lebih bersifat
massa oleh pelbagai faktor. Antara faktor awal yang memainkan peranan ini ialah agama
yang telah berjaya mengikat perpaduan kelompok. Agama telah memainkan peranan penting
dalam perjuangan nasionalisme terutamanya di Indonesia dan Myanmar. Pengaruh golongan
agama ini berjaya membangkitkan semangat nasionalisme di kalangan masyarakat pribumi.
ii. Hampir 90% penduduk Indonesia beragama Islam manakala agama Buddha adalah
agama rasmi bagi Myanmar. Kebangkitan golongan ini berpunca daripada ancaman agama
Kristian yang disebarkan oleh kuasa Barat. Kegiatan mubaligh Kristian di Myanmar
menyebabkan agama Buddha terancam dan perpaduan dalam kalangan golongan agama lebih
ketara apabila kuasa-kuasa Barat tidak menghormati agama Buddha di Myanmar dan Islam di
Indonesia.
B. ISI-ISI
Indonesia
1. Di Indonesia, walaupun penduduk Indonesia dipisahkan oleh kedudukan geografi
yang luas dan mempunyai penduduk pelbagai bangsa dan budaya tetapi kehadiran Islam
membantu penduduk Indonesia bersatu untuk menentang kehadiran Belanda di negara itu.
Lebih daripada 90% penduduk Indonesia adalah beragama Islam dan ikatan Islam umpama
rantai besi yang mengikat perpaduan bangsa Indonesia. Oleh itu, munculnya persatuan-
persatuan unsur Islam sebagai teras perjuangan bangsa Indonesia seperti Sarekat Islam,
Muhammadiyah dan Nahdatul Ulama. Sarekat Islam, misalnya mempunyai pengikut Islam
yang ramai dan menjadi ancaman kepada pemerintahan Belanda pada tahun 1920-an.
2. Pada akhir abad ke-19, bilangan pelajar-pelajar Islam Indonesia yang melanjutkan
pelajaran ke Timur Tengah semakin bertambah. Mereka ini menerima pengaruh daripada
gerakan Reformis Islam di Timur Tengah. Gerakan ini memperjuangkan konsep Pan-
Islamisme (penyatuan dunia Islam bagi menentang perluasan kuasa Barat) dan membebaskan
agama Islam daripada kepercayaan kuno yang tiada kaitan dengan ajaran Islam. Beberapa
nasionalis yang mendapat pengaruh pergerakan Muhammad Abduh di Mesir telah
47[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
menubuhkan pertubuhan Muhammadiyah untuk menegakkan kekuatan umat Islam daripada
ancaman pengaruh asing yang melemahkan Islam serta dapat melawan penjajah yang
beragama Kristian.
3. Muhammadiyah merupakan parti yang ditubuhkan oleh Kiyai Haji Ahmad Dahlan
pada tahun 1912 dan memperjuangkan Islam sebenar berasaskan al-Quran dan Hadis. Selain
itu, parti ini berusaha membaiki kebajikan sosial rakyat Indonesia dalam bidang pendidikan
dan menyekat perkembangan agama Kristian. Anggota-anggota Muhammadiyah mempunyai
kecenderungan politik yang dipengaruhi oleh sentimen anti-Belanda. Sekitar tahun 1930an,
Muhammadiyah berjaya mendapat sokongan sehingga 250000 orang daripada masyarakat
setempat.
4. Nahdatul Ulama pula diasaskan oleh Kiyai Hasjim Asjhari di Surabaya pada tahun
1926. Nahdatul Ulama berbeza daripada Muhammadiyah kerana ia merupakan pertubuhan
yang bercorak konservatif dan lebih berusaha ke arah memulihkan kebajikan penganut Islam
dengan mengendalikan sekolah agama ortodoks, mendirikan madrasah dan memberi bantuan
kepada golongan yang miskin serta anak yatim.
5. Pejuangan nasionalisme di Indonesia disemarakkan lagi dengan penubuhan Sarekat
Islam pada tahun 1912 di bawah pimpinan Haji Omar Said Tjokroaminoto. Antara tujuan
penubuhan sarekat ini ialah untuk memajukan kebajikan bangsa Indonesia dan menyebarkan
agama Islam dan bentuk yang lebih sejati kepada seluruh rakyat Indonesia supaya dapat
menyaingi agama Kristian. Sarekat Islam telah menggunakan agama Islam sebagai lambang
penyatuan dalam usahanya untuk menentang kaum-kaum asing dan pengaruh mereka di
Indonesia. Pendekatan seperti ini telah menarik minat ramai orang Indonesia terutamanya
golongan santri dan reformis Islam yang dipengaruhi oleh Gerakan Reformis Islam di Timur
Tengah. Orang Islam di Borneo dan Sulawesi menganggap pembentukan Sarekat Islam
sebagai langkah pertama melancarkan peperangan suci menentang orang Belanda. Ia
merupakan pertubuhan yang paling berpengaruh ketika itu dengan keahliannya mencapai 2.5
juta pada tahun 1919.
6. Tindakan Sarekat Islam bukannya semata-mata disebabkan ia memperjuangkan hak
politik bagi rakyat Indonesia tetapi juga suara lantangnya mengkritik kerajaan Belanda dalam
pelbagai bidang. Sebagai contohnya, Sarekat Islam menuntut agar kerajaan Belanda
menghapuskan sistem diskriminasi dalam pendidikan dan menuntut pendidikan percuma
untuk kanak-kanak Indonesia yang berumur 15 tahun ke bawah. Dalam bidang ekonomi pula,
kerajaan digesa untuk memiliknegarakan industri penting seperti kilang-kilang tekstil,
48[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
perusahaan kertas dan industri besi. Dengan itu, rakyat mula melihat Sarekat Islam sebagai
punca penyelesaian masalah-masalah sosioekonomi mereka.
7. Namun begitu, Sarekat Islam mulai merosot sekitar tahun 1919 apabila peranannya
diambilalih oleh golongan nasionalis sekular. Pengaruh komunis mulai tersebar dalam
Sarekat Islam hingga menyebabkan keanggotaannya semakin merosot dan mengalami
pepecahan. Walau bagaimanapun, tidak dapat dinafikan bahawa pertubuhan ini telah berjaya
menyatukan masyarakat Indonesia dan menyedarkan rakyat tentang ketidakadilan dan
kekejaman Belanda.
Myanmar
1. Di Myanmar pula, perkembangan awal kebangkitan semangat nasionalisme adalah
berlandaskan agama dan diterajui oleh golongan agama. Golongan agama merasa tercabar
dengan kemasukan pentadbiran British dan penyebaran agama Kristian di Burma. Hal ini
menyebabkan golongan agama terutama para pongyi tidak berpuas hati dan bertindak atas
pertimbangan sendiri. Semangat perjuangan para pongyi (sami-sami Buddha) dilihat dengan
jelas antara tahun 1916 hingga tahun 1935, disebabkan oleh kemerosotan pengaruh sangha
(komuniti sami-sami Buddha) dan sekolah-sekolah agama Buddha di bawah pentadbiran
British.
2. Menjelang tahun 1900, penyerapan nilai dan teknologi Barat secara beransur-ansur
merosakkan pengaruh agama Buddha dalam masyarakat Burma. Sekitar tahun 1921-1929,
pongyi-pongyi yang berpolitik menguasai perjuangan nasionalis apabila mereka menjalankan
perjuangan mereka melalui Majlis Umum Sangha Sametggi (GCSS) di bawah pimpinan U
Ottama. Mereka membuat pemboikotan pembayaran cukai dan penentangan terhadap
pengajaran-pengajaran Kristian kepada kanak-kanak yang beragama Buddha. Peranan pongyi
amat penting kerana nasionalis-nasionalis Burma bergantung kepada sokongan pongyi ekoran
pongyi telah menawan sokongan masyarakat luar bandar.
3. Seterusnya usaha pembaharuan agama dan penyemarakan sentimen nasionalisme
dilaksanakan melalui pembentukan persatuan yang berasaskan agama sebagai matlamat
perjuangan. Salah satu pertubuhan agama yang aktif dalam penyebaran sentimen
nasionalisme ini ialah Persatuan Pemuda-pemuda Buddha (Buddha Bhata Kalyana Yuma
Athin) atau lebih dikenali sebagai Young Men Buddhist Association (YMBA) yang
ditubuhkan pada tahun 1906. YMBA diasaskan oleh sekumpulan peguam muda dari
Universiti Rangoon (Yangoon) antaranya seperti U Ba Pe, U Ba Dun dan U Saw. Pada
49[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
peringkat awal, kegiatan YMBA ialah tertumpu kepada soal agama, selain daripada aspek
pelajaran, pembaharuan sosial, peningkatan kesusasteraan dan kebudayaan. YMBA mula
aktif pada tahun 1917, apabila pucuk pimpinan pertubuhan itu jatuh ke tangan pemimpin
nasionalis yang lebih berfahaman radikal seperti U Thein Maung, U Chit Hliang dan U Ba Pe
berbeza dengan pimpinan sebelum ini yang bersifat sederhana.
4. Kewujudan pemimpin yang berfahaman radikal menyebabkan mereka kembali
membangkitkan isu kasut. Para pelawat British yang mencemar dan melanggar peraturan kuil
dengan tidak mahu membuka kasut mereka apabila memasuki kuil dianggap sebagai satu
penghinaan ke atas kesucian rumah ibadat masyarakat Burma. “Masalah kasut” menjadi satu
agenda utama dalam persidangan YMBA yang diadakan pada tahun 1917, namun tuntutan
tidak dilayan kerana British memandang ringan hal tersebut.
5. YMBA berusaha meluaskan kegiatan mereka bukan sahaja di bandar malahan di luar
bandar. Hasilnya, pada tahun 1920, terdapat kira-kira 6000 buah persatuan di peringkat
kampung yang memberi sokongan kepada YMBA. Salah satu isu yang dipropagandakan oleh
YMBA untuk mendapat sokongan rakyat ialah melalui sentimen agama berhubung dengan
“masalah kasut”. Perkembangan pesat YMBA memberi kesan kekuatan kepada persatuan ini
sebagai badan pergerakan nasional, hingga menyebabkan beberapa tuntutan awal dan utama
YMBA yang terpaksa dilayan oleh kerajaan ialah “masalah kasut”. Kerajaan telah mengambil
tindakan mengenakan undang-undang dan bertolak ansur dengan golongan agama. Kerajaan
telah mengisytiharkan larangan memakai kasut di dalam kuil.
6. Pada bulan Disember 1930 pula, berlaku Pemberontakan Tharawaddy atau dikenali
juga sebagai Pemberontakan Saya San kerana ia dipimpin oleh Saya San yang merupakan
seorang bekas sami Buddha tetapi berfikiran politik. Gerakan Saya San dikaitkan dengan
pemulihan kembali keseluruhan alat-alat diraja dan agama Buddha. Saya San diarahkan oleh
So Thein GCBA pada akhir tahun 1920-an menyiasat aduan rakyat mengenai cukai tanah,
hutang petani dan larangan mengambil hasil, seperti buluh dan kayu api di hutan simpanan.
Gerakan awal Saya San adalah rancangan membunuh Pesuruhjaya British Bahagian Pegu.
Kebanyakan pengikut Saya San adalah pongyi yang terlibat dalam politik dan bergiat melalui
Wuthanu Athins.
7. Kebangkitan Saya San meletus pada 22 Disember 1930. Tujuan asal pemberontakan
iaitu bagi mendapatkan semula tanah daripada penguasaan ceti-ceti India. Mereka juga mahu
menggulingkan pemerintahan British dan memulihkan kembali keagungan agama Buddha di
kalangan masyarakat pribumi. Walau bagaimanapun, pemberontakan ini akhirnya dapat
50[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
dipatahkan. Saya San telah ditangkap dan dijatuhkan hukuman bunuh pada tahun 1931.
Namun demikian, pemberontakan ini telah menyemarakkan lagi semangat kebangsaan di
kalangan rakyat Burma. Buktinya, pada 4 Januari 1931, seorang pongyi yang datang dari
markas Saya San melancarkan kebangkitan di Yamethin, Burma Tengah akibat pemilikan
tanah oleh golongan ceti secara melampau.
C. Kesimpulan (2 markah)
Selepas pertengahan tahun 1930an peranan dan pengaruh golongan agama mengalamikemerosotan. Gerakan kesedaran di Indonesia diteruskan oleh golongan intelektual yangberpendidikan Barat. Kemunculan pertubuhan-pertubuhan dan parti politik yang bersifatsekular seperti Parti Nasional Indonesia (1927), Gerindo (1937) dan GAPI (1939) telahmengurangkan pengaruh golongan agama. Di Myanmar juga muncul pertubuhan dan partipolitik yang dipimpin oleh golongan intelektual seperti Thakin. Golongan ini meneruskangerakan kesedaran dan menuntut kemerdekaan daripada kuasa-kuasa Barat. Namun begitu,peranan golongann agama dapatlah dianggap sebagai pemangkin kepada gerakan kesedarandi Indonesia dan Myanmar.
51[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
12. Huraikan faktor-faktor yang membawa kepada tercetusnya Revolusi 1911 di Chinadan Revolusi 1932 di Thailand.
A. Pengenalan ( 3 markah )a. Revolusi ini meletus kerana kemunculan golongan pelajar yang ingin menamatkan
sistem autokrasi bersama kepincangan ekonomi, sosial, politik. Golongan ini ingin
menggantikan sistem autokrasi dengan sistem demokrasi perlembagaan yang
membuka peluang pentadbiran kepada orang Siam yang berkelayakan. Revolusi ini
sangat istimewa kerana ia tidak menumpahkan darah dan berlaku secara aman.
Revolusi ini berlaku pada 24 Jun 1932 di bawah pimpinan Pridi Panomyong, Pya
Manopakom dan Pya Bahol.
b. Semenjak Dinasti Manchu memerintah China pada 1644, orang-orang Cina dari puak
Han tidak mahu tunduk dengan Manchu yang dianggap sebagai orang asing. Banyak
percubaan untuk mengggulingkannya tetapi gagal. Namun kegagalan itu tidak
melemahkan mereka dan terus bergerak melalui pertubuhan sulit seperti Triad
Society, White Lotus Society. Pertubuhan atau pakatan ini telah membibitkan benih-
benih revolusi ditambah oleh beberapa faktor lain.
B. Isi-isi ( 20 markah )Faktot-faktor Revolusi China
a) Peranan golongan pelajar
i. Pada kurun ke 19 dan awal kurun ke 20 kerajaan Manchu telah
menghantar ramai pelajar ke luar negara. Pelajar-pelajar ini dihantar
belajar ke luar negara seperti Amerika dan Eropah dan mempunyai
pengetahuan tentang demokrasi, kebebasan, hak asasi manusia dan
kemajuan negara-negara barat.
ii. Mereka menjadi peka dan sedar tentang nasib China. Di samping itu
Revolusi Perusahaan, Revolusi Perancis dan Britian, kemajuan-kemajuan
Pemodenan Meiji dan Rusia telah mendorong mereka untuk menyertai
revolusi dan membaiki keadan negara. Mereka telah menyebarkan idea-
idea revolusi melalui akhbar-akhbar seperti Kuo Ming Tao, China kurun
ke 20 di luar negara. Pelajar-pelajar yang telah balik pula telah
menerbitkan surat khabar Su Pao(Kiangsu Tribune).
iii. Mereka berpendapat kegagalan gerakan pembaharuan yang dibuat di
China menunjukkan tidak ada kesan pembaharuan yang dilaksanakan
secara sederhana, China hanya boleh diselamatkan melalui satu revolusi
yang radikal.
b) Peranan Dr. Sun Yat Sen
i. Bagi Dr. Sun Yat Sen institusi monarki China bertanggungjawab
menyebabkan kemerosotan dan huru- hara yang berlaku di China. Ia juga
52[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
mengatakan pemerintahan beraja sudah ketinggalan dan mesti diganti
dengan mengasaskan sebuah kerajaan republik melalui revolusi iaitu:
- Revolusi Kebangsaan untuk menggulingkan kerajaan Manchu
dan menghapuskan penjajahan asing di China
- Revolusi Demokratik untuk menubuhkan sebuah republik yang
memberikan 4 jenis hak kepada rakyat iaitu inisiatif,
referendum, pilihan raya dan menarikan sokongan terhadap
kerajaan yang tidak memenuhi hasrat rakyat
- Revolusi Sosial untuk menyamakan hak-hak tanah, memastikan
pembahagian kekayaan nasional yang adil serta mencegah
penyelewengan.
ii. Beliau telah menubuhkan Tung Meng Hui dan menubuhkan juga
cawangan di Jepun, Singapura, Tanah Melayu, Honolulu, Brussels dan San
Francisco untuk melancarkan pergerakannya. Pergerakkan ini berdasarkan
tiga Prinsip Rakyat iaitu demokrasi : ia mesti diamalkan oleh rakyat dan
untuk rakyat. Kuasa politik tertinggi terletak pada rakyat. Sosialisme:
pemilikan tanah dan pembaharuan kekayaan negara secara adil mesti
diusahakan supaya segala penyelewengan kapitalisme dapat dihapuskan.
Sementara liberalisme pula: rakyat mesti mengikis semangat kedaerahan
dan digantikan dengan semangat kebangsaan. Tung Meng Hui bergerak
sebagai sebuah organisasi pusat dan merupakan sebuah parti politik
kebangsaan, ramai yang terpengaruh dengan ajarannya.
c) Pemerintahan Manchu yang lemah
i. Sepanjang kurun ke 19 dan awal abad ke 20 Manchu lemah dalam
melaksanakan mandatnya. Kuasa Manchu merosot kerana korupsi, rasuah
dan penyelewengan. Ia juga gagal membaiki taraf hidup rakyat serta
mengenakan cukai yang tinggi. Dari segi pentadbiran urusan kewangan
tidak dijlankan dengan berkesan. Contohnya pada 1890, mengikut catatan
,kerajaan Peking seharusnya menerima hasil pendapatan dari wilayah-
wilayah tetapi mereka hanya memperolehi sebahagian kecil sahaja. Rasuah
semakin berleluasa.
ii. Pegawai-pegawai mengenakan cukai tiga kali ganda lebih tinggi daripada
cukai yang ditetapkan oleh kerajaan. Li Hung Chang sendiri mengumpul
hartanya sebanyak 40 juta tael. Pada tahun 1809 pula sebuah Mahkamah
daerah telah melenyapkan lebih kurang 30 tael wang yang sepatutnya
digunakan membantuan mangsa kebuluran.
iii. Amalan rasuah juga berlaku dalam Suruhanjaya Kewangan Chihli, Jabatan
Yellow River Conservancy dan Grand Canal Adiministration. Bantuan
kewangan yang diperuntukkan untuk memperbaiki beban kewangan
mangsa malapetaka dan membaiki jambatan, empangan dan tali air telah
digunakan oleh pegawai Manchu sendiri.
53[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
iv. Kekalahan tentera Manchu dalam perang juga menunjukkan kelemaham
Manchu yang amat ketara sehingga terpaksa menandatangani perjanjian
dengan kuasa asing serta merugikan China.
v.
d) Tindakan kuasa asing
i. Pencerobohan kuasa asing telah menjatuhkan Manchu. Akibat dari kekalahan
China terpaksa menandatangani perjanjian-perjanjian yang berat sebelah
terutama selepas Protokol Boxer. China terpaksa membayar ganti rugi. China
terpaksa membayar 200juta tael kepada Jepun selepas perang China – Jepun
dan tambahan 30 juta tael sebagai ganjaran menggugurkan haknya ke atas
Semenanjung Liaotung. China jagu terpaksa membayar sebanyak 450 juta tael
kepada kuasa-kuasa barat selepas perontakkan Boxer.
ii. Ini menambahburukan ekonomi China yang memang merosot. Untuk
membayar ganti rugi China terpaksa meminjam dari kuasa-kuasa asing
contohnya 400 juta franc dari Rusia dan Perancis. Rakyat terpaksa
menanggung beban cukai akibat langkah-langkah kerajaan meningkatkan
hasilnya. Apa yang lebih merugikan China ialah sesetangah kuasa asing
menggunakan pemberian pinjaman sebagai tekanan untuk membolehkan
mereka memajak kawasan-kawasan China. Rusia misalnya secara paksa
memajak Semenanjung Liaotung dari kerajaan Manchu.
e) Masalah sosial
i. Penduduk bertambah dan tidak seimbang dengan makanan pada tahun 1885
penduduk China berjumlah 377 juta orang tetapi pada tahun 1911 jumlah itu
meningkat kepada 430 juta. Keadaan diburukkan lagi dengan bencana alam
yang sering berlaku contohnya kemarau dan banjir. Dia antara tahun 1882
hingga 1898 banjir telah berlaku di Shantung mengakibatkan kira-kira 100
buah kampung dibanjiri. Pada tahun 1900 sebanyak tiga buah wilayah
mengalami musim kemarau dan tujuh buah diserang belalang.
ii. Pada tahun 1910 dan 1911 banjir dan kemarau telah berlaku di wilayah-
wilayah Anhui, Kiangsu, Shantung,Chuking dan Hupei. Banyak kebuluran
berlaku. Dalam tahun 1910 dan 1911 kebuluran paling dasyat semenjak 40
tahun yang lepas telah berlaku dan mengakibatkan seramai tiga juta orang
menjadi mangsa. Rakyat semakin tertekan apabila kerajaan mengenakan cukai
yang tinggi semata-mata untuk membiayai jalan kereta api dang anti rugi
perang.
iii. Masalah pengangguran menjadi semakin buruk apabila pengangkutan model
dipekenalkan seperti kereta api dan kapal wap telah menyebabkan mereka
yang bergantung kepada sistem pengangkutan tradisional di pelabuhan dan
Grand Canal menganggur.
iv. Kemasukan barang-barang asing yang membanjiri pasaran China
mengakibatkan perusahaan tempatan muflis. Kaum tani yang tidak sanggup
54[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
membayar hutang terpaksa menggadaikan tanah mereka kepada orang-orang
kaya. Ini menyebabkan ramai petani terusir dari tanahnya pada akhir kurun ke-
19.
f) Pengaruh gerakan-gerakan pembaharuan
i. Sejak tahun 1860 hingga akhir kurun ke 19, China telah melakukan
beberapa siri membaharuan untuk menguatkan dan memajukan negeri
China. Seperti Gerakan Menguatkan Diri dan pembaharuan Seratus
Hari. Penyebaran idea-idea pembaharuan oleh refomis-refomis seperti
Ho Kai, Wang Tao dan Kang Yu Wei telah meninggalkan kesan di
kalangan masyarakat China.
ii. Sungguhpun gerakan tersebut gagal kesannya telah menyedarkan
rakyat China tentang perlunya suatu pembaharuan yang bercorak
revolusi untuk menyelamatkan China dan telah merintis jalan kearah
meletusnya Revolusi 1911.
g) Pemilik Negara Jalan Keretapi
i. Pada tahun 1911 kerajaan Manchu ingin menjadikan landasan keretapi
Canton-Hankow dan Hankow-Szechwan sebagai milik negara. Untuk
menjayakan program ini kerajaan telah meminjam wang dari
Britain,Perancis dan Amerika Syarikat sebanyak 6 juta paun. Orang
tempatan di wilayah-wilayah yang terlibat menyedari kesan buruk
yang akan menimpa mereka.
ii. Landasan keretapi Manchuria yang dibina dengan pinjaman wang dari
Rusia sebenarnya dikuasai oleh Rusia kerana Rusia telah menempatkan
tenterenya disepanjang landasan itu dengan alasan
melindungikeselamatan penumpang-penumpang dan kelancaran
perkhidmatan keretapi. Setelah Rusia kalah dalam perang Rusia-Jepun,
ia telah memindah milikan keatas landasan keretapi di kawasan
Manchuria selatan kepada Jepun.
iii. Keadaan ini menyedarkan orang China, jika pinjaman asing diambil
untuk membina landasan keretapi tersebut negeri China akhirnya akan
kehilangan hak keatas sistem pengangkutan dan kedaulatan politik di
tanah air sendiri. Di samping itu kerajaan wilayah terpaksa
menanggung beban hutang itu. Apabila kerajaan berkeras meneruskan
rancangan, satu rusuhan telah berlaku. Pada Ogos 1911 perjumpaan
besar diadakan di Chengdu dan kerajaan bertindak menghalang serta
mengakibatkan 32 terbunuh. Pada 9 Oktober 1911 satu letupan berlaku
55[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
di kawasan pajakan Rusia di Hankow. Peristiwa ini merupakan faktor
yang mempercepatkan revolusi.
Faktor-faktor Revolusi Siama) Kemunculan golongan intelek berpendidikan barat
i. Ramai pelajar dihantar ke luar negara semasa pemerintahan Mongkut dan
Chulalongkon. Di luar negara pelajar-pelajar ini telah mendapat pendedahan
idea-idea politik baru seperti sosialisme, demokrasi dan liberalisme. Setelah
tamat belajar mereka kembali ke Siam dengan idea-idea baru. Pendidikan
moden telah mendedahkan mereka kepada segala kepincangan sistem
autokrasi.
ii. Mereka terkejut kerana Siam masih dibelenggu oleh sistem pemerintahan
beraja yang dianggap sudah ketinggalan zaman dan ingin membawa
pembaharuan dalam pentadbiran.
iii. Di samping itu mereka juga merasa terhina apabila mengetahui Siam masih
dikenakan perjanjian-perjanjian yang berat sebelah yang terpaksa ditanda
tangani oleh Mongkut dan Chulalongkon dahulu. Pembentukkan kerajaan
Republik China yang telah menamatkan kerajaan autokrasi Manchu dan
perjuangan Kongres Kebangsaan India mengilhamkan dan menguatkan lagi
nasionalisme mereka tentang mustahaknya untuk membebaskan Siam.
Golongan ini terdiri dan lebih kurang 70 orang pelajar termasuk Pridi
Panomyong, Pya Manopakom dan Pya Bahol. Pridi telah memainkan peranan
yang utama dalam menyatupadukan golongan revolusioner.
b) Pemerintahan Vajiravudh
i. Vajiravudh menaiki tahta dengan gelaran Rama VI pada tahun 1910. Baginda
berusaha mengukuhkan kuasa autokrasinya yang mutlak. Baginda seorang
yang boros, rasuah, pilih kasih dan tidak cekap dalam menjalankan
pemerintahan.
ii. Baginda juga banyak memberi tumpuan kepada kesenian. Baginda banyak
membazirkan wang dengan menggunakannya untuk perbelanjaan yang tidak
sepatutnya seperti membuat majlis keramaian dan membesarkan istana.
iii. Selain itu beliau juga membentuk Pasukan Harimau Liar iaitu askar peribadi
yang diberi banyak keistimewaan seperti kemudahan-kemudahan kelab,
dewan latihan dan pakaian lengkap. Keistimewaan ini menimbulkan perasaan
cemburu dan telah menimbulkan penentangan golongan tentera.
iv. Baginda juga menentang keras idea demokrasi walaupun mendapat pendidikan
barat. Baginda jarang mengadakan menyuarat kabinet, malah perjumpaan
baginda dengan menteri dijalankan secara perseorangan bukan secara
berkumpulan.
56[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
v. Kabinet istana tidak dapat berfungsi dengan berkesan. Baginda cuba
mengurangkan pengaruh keluarga diraja dan fungsi kabinet dengan dengan
melantik sahabatnya tanpa mengira kelayakan. Lapan dari dua belas
kementerian telas dikuasai oleh kelas Khun Nang (Kelas Orang Awam).
Perlantikkan ini dijalankan berdasarkan sikap pilih kasih dan keadaan ini
mengakibatkan ketidak cekapan pentadbiran dan rasuah.
vi. Pada tahun 1917, Raja Vajiravudh memihak berkuasa Berikat. Pada tahun
1918 baginda telah menghantar seramai 1200 tentera Siam yang terdiri
daripada pasukan pengangkutan , unit juruterbang dan unit pembaiki kapal ke
Perancis.
vii. Baginda berharap melalui dasar pro Berikat, Siam akan dapat menamatkan
hak wilayah asingan yang dinikmati oleh kuasa Eropah dan syarat-syarat
perjanjian yang berat sebelah. Dasar ini telah mengukuhkan kedudukan Siam
di Persidangan Keamanan Paris dan Liga Bangsa-Bangsa. Siam memperoleh
semula autonominnya pada 1939.
viii. Namun dasar ini telah ditentang hebat oleh para pegawai tentera Siam yang
kebanyakkannya menerima pendidikan dan latihan dari Jerman. Pada tahun
1910-an perasaan anti Perancis dan British berterusan. Beberapa percubaan
membunuh baginda cuba dilakukan pada tahun 1912 dan 1917, dua percubaan
ini dibuat oleh golongan tentera tetapi gagal.
c) Pemerintahan Pradjahipok
i. Pada tahun 1925, Vajiravudh mangkat dan digantikan oleh Pradjahipok, anak
bongsu Chulalongkon. Raja Pradjahipok menghidupkan semula fungsi
Kabinet dan sentiasa berunding dengan Majlis Tertinggi yang dianggotai oleh
lima orang putera dalam menjalankan pemerintahannya.
ii. Pada tahun 1927 baginda telah menubuhkan Majlis Penasihat untuk
menasihatinya dalam pentadbiran. Walaubagaimanapun kerana pengaruh
kaum kerabatnya beliau tidak berminat untuk menubuhkan satu kerajaan
demokratik. Keadaan ini menyebabkan beliau ditentang oleh golongan
terpelajar.
iii. Semasa pemerintahan baginda telah berlaku kemelesetan ekonomi dunia dan
Siam turut merasai bahang tersebut. Untuk mengatasi masalah tersebutbaginda
banyak melakukan perubahan-perubahan yang drastik seperti memecat ramai
pegawai pentadbiran , memotong gaji pegawai awam dan tentera, menyekat
peluang kenaikan pangkat dan gaji, membubarkan Pasukan Harimau Liar dan
mengurangkan bilangan pekerja istana dari 3000 kepada 300 orang.
iv. Walaupun langkah perjimatan telah dilakukan ekonomi Siam terus merosot.
Pada tahun 1931 Siam mengalami kekurangan belanjawan sebanyak 11 juta
tikal. Bagi mengatasi masalah ekonomi , sekali lagi baginda telah memecat
pegawai-pegawai awam dan tentera yang berlebihan, menyekat dan membeku
57[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
peluang kenaikan pangkat, memotong gaji pegawai awam dan tentera serta
mengenakan cukai baru ke atas gaji selain dari cukai pendapatan.
v. Langkah-langkah penjimatan ini telah mewujudkan satu golongan terpelajar
yang menganggur. Di samping itu cukai ke atas gaji membebankan mereka
yang sebelumnya mengalami pemotongan gaji dan pembekuan kenaikan
pangkat. Golongan menganggur merasa marah dan yang masih berkhidmat
tidak puas hati dengan tindakan baginda.
vi. Baginda juga mengutamakan kaum kerabat dalam pentadbiran dan
mengenepikan golongan pelajar yang layak. Baginda memecat kelas Khun
Nang dari memegang jawatan tinggi dan ini menyebabkan 8 dari 12
kementerian dalan kerajaannya dikuasai oleh pihak istana.
vii. Perubahan ini menyebabkan kelas Khun Nang bersungut kerana tidak
mempunyai cukup perwakilan dalam kerajaan. Kemarahan kelas ini semakin
meningkat apabila mengetahui golongan istana Siam saling lindung
melindungi dari dijatuhi hukuman tidak seperti pegawai dari kelas biasa yang
terikat pada undang-undang.
viii. Di samping itu pertadbiran dijalankan secara sulit dan tidak diketahui oleh
orang ramai. Semua amalan ini dianggap oleh golongan Khun Nang sebagai
satu kepincangan yang hanya wujud dalam sistem autokrasi atau monarki
mutlak dan ia patut ditamatkan. Kelemahan-kelemahan Prajadhipok
menyebabkan ramai tidak berpuas hati terutama golongan tentera dan
golongan berpendidikan barat.
d) Krisis politik
i. Pada Oktober 1931 telah berlaku krisis politik antara dua menteri iaitu Menteri
Perang iaitu Putera Bovaradej dengan Menteri Perdagangan, Putera Purachatra
mengenai masalah ekonomi. Menteri Perang menuntut perbelanjaan yang
lebih untuk golongan tentera dan mempesoalkan pemotongan perbelanjaan.
Krisis ini menyebabkan rakyak hilang keyakinan kepada kerabat Diraja.
C. Kesimpulan ( 2 markah )
i. Revolusi ini telah menamatkan pemerintahan mutlak raja dan telah
menjatuhkan Dinasti Manchu. Republik China ditubuhkan. Pada 12 Februari
1912 Maharaja Hsuan Tung (Pu I) telah turun tahta dan pasa 10 Mac 1912,
Yuan Shih Kai menjadi presiden kerajaan sementara.
ii. Revolusi Siam pula berjaya menamatkan kuasa mutlak raja dan membawa
kepada kemunculan pemerintahan raja perperlembagaan.