Download - rfn rsn rt rkk
8/8/2019 rfn rsn rt rkk
http://slidepdf.com/reader/full/rfn-rsn-rt-rkk 1/19
RANCANGAN FIZIKAL NEGARA
Rancangan Fizikal Negara (RFN) merupakan suatu pelan perancangan spatial negara yang memberi panduan
mengenai arah dan corak pembangunan, kegunaan dan pemeliharaan tanah negara yang strategic (15-20 tahun).
Rancangan Fizikal Negara disediakan di bawah Bahagian ii b, Seksyen 6b, Akta Perancangan Bandar dan Desa
(pindaan) 2001, (Akta a1129). Rancangan Fizikal Negara telah diluluskan oleh Majlis Perancang Fizikal Malaysia
pada 26 April 2005.
Seksyen 6b ( 2 ) Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 ( Akta 172 ) merupakan suatu pernyataan bertulis yang
merumuskan dasar-dasar strategi bagi maksud menentukan haluan dan aliran am pemajuan fizikal bagi negara.
Ianya juga perlu disertakan dengan apa-apa rancangan petunjuk sebagaimana yang perlu untuk menjelaskan
dasar-dasar strategik.
Mengandungi perkara-perkara lain sebagaimana yang telah ditetapkan atau yang ditentukan oleh mpfn dalam
mana-mana kes yang tertentu.
RFN ini disediakan di peringkat JPBD Semenanjung Malaysia dan dipertanggungjawabkan di bawah ketua pengarah
perancang bandar dan desa dan diwujudkan berasaskan kepada dasar-dasar yang diterjemahkan dari Dasar
Pembangunan Nasional dan Rancangan Malaysia 5 tahun.
FUNGSI RANCANGAN FIZIKAL NEGARA
y Mengukuhkan perancangan negara melalui dimensi reruang dalam polisi ekonomi negara.
y Menyelaraskan agensi sektoral melalui penyediaan peruntukan reruang dalam polisi sektoral.
y Membentuk rangka kerja untuk perancangan di peringkat negeri dan tempatan; dan membentuk polisi
perancangan fizikal
TANGGUNGJAWAB PENYEDIAAN RFN
Penyediaan Draf RFN adalah diperingkat JPBD Semenanjung Malaysia dan bawah tanggungjawab ketua pengarah
perancang bandar dan desa. Terdapat 2 keadaan di mana penyediaan RFN perlu dibuat :
y Ketua Pengarah JPBD apabila diarahkan oleh majlis , menyediakan dan menyampaikan suatu Draf RFN
yang meliputi semenanjung malaysia kepada majlis bagi kelulusannya sebagaimana peruntukan seksyen
6b (1).
y Apabila RFN berkuatkuasa, adalah menjadi tugas am kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri untuk
membantu dalam memastikan bahawa matlamat RFN tercapai sebagaimana peruntukkan dalam Seksyen
6b (5).
LAPAN TEMA RANCANGAN FIZIKAL NEGARA:-
1. Pembentukan kerangka spatial negara
2. Peningkatan daya saing ekonomi negara
3. Pemodenan sektor pertanian4. Pengukuhan pembangunan pelancongan
5. Perngurusan petempatan manusia
6. Pemuliharaan sumber semulajadi dan alam sekitar
7. Penyepaduan rangkaian pengangkutan negara
8. Penyediaan infrastruktur yang bersesuaian
8/8/2019 rfn rsn rt rkk
http://slidepdf.com/reader/full/rfn-rsn-rt-rkk 2/19
Penyediaan RFN kini perlu dijadikan panduan perancangan fizikal dan dilaksanakan di peringkat persekutuan dan
negeri di seluruh Semenanjung Malaysia dan penyediaan RFN ini perlu dijadikan sebagai:
Dasar-dasar Rancangan Fizikal Negara perlu diselaraskan dengan dasar-dasar sektoral lain yang berkaitan.
Cadangan-cadangan Rancangan Fizikal Negara perlu diperincikan di peringkat rancangan struktur negeri dan
rancangan tempatan bagi menjadi asas pembangunan semua negeri, dan
Cadangan-cadangan Rancangan Fizikal Negara perlu dijadikan panduan oleh agensi persekutuan dan negeri dalam
pembentukan program dan projek Rancangan Malaysia lima tahun.
DEFINISI RANCANGAN STRUKTUR
Rancangan Struktur (RS) negeri sembilan disediakan berasaskan peruntukan bahagian iii, Seksyen 8, Akta
Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) yang memperuntukkan setiap negeri untuk mempunyai Rancangan
Struktur bagi kawasan pentadbiran masing-masing. Menurut Seksyen 8(3), Akta Perancangan Bandar dan Desa
1976 (Akta 172), RS Ialah suatu pernyataan bertulis :
A. Yang menerangkan dasar dan cadangan-cadangan am Pihak Berkuasa Negeri (PBN) berkenaan dengan
pemajuan dan penggunaan tanah dalam negeri itu termasuklah langkah untuk :
y Memperelokkan persekitaran hidup dari segi fizikaly Memperelokkan perhubungan dan pengurusan lalu lintas
y Memperelok kesejahteraan sosio ekonomi
y Menggalakkan pertumbuhan ekonomi
y Memudahkan pemajuan yang mampan
B. Mematuhi perkara-perkara lain yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Perancang Negeri (JPN) dan Majlis
Perancang Fizikal Negara (MPFN) dalam sesuatu kes tertentu.
C. Menyatakan pertalian antara cadangan yang terkandung di dalamnya dengan cadangan am bagi
pemajuan dan penggunaan tanah di kawasan berjiran yang dijangka menyentuh negeri itu. RS ini juga
mengandungi gambarajah utama untuk menerangkan cadangan-cadangan dalam perancangan
pembangunan negeri.
FUNGSI RANCANGAN STRUKTUR NEGERI
1. Mentafsir dasar-dasar negara dan negeri Rancangan Struktur Negeri Sembilan dengan menterjemahkan
dasar-dasar semasa di peringkat negara dan negeri dalam bentuk rangka dan asas pemajuan serta
penggunaan tanah negeri.
2. Membentuk pernyataan matlamat, objektif dan strategi perancangan kerajaan Negeri Sembilan dengan
menyediakan kerangka dasar dan strategi negeri yang dibentuk di dalam wawasan dan matlamat
pembangunan serta objektif dan strategi pembangunan negeri. RS Negeri Sembilan akan menjadi rangka
kerja perancangan serta asas dalam pembentukan matlamat, objektif dan strategi perancangan negeri
sehingga tahun 2020.
3. Menyediakan rangka kerja untuk penyediaan rancangan-rancangan tempatan dengan itu, RS Negeri
Sembilan akan menyediakan dasar-dasar strategik (dasar umum dan dasar subjek) yang akan menjadi
panduan di dalam penyediaan Rancangan Tempatan [Sek. 12(8)].
4. Menyediakan asas bagi kawalan pemajuan dan keputusan-keputusan perancangan kajian RS Negeri
Sembilan ini mengambilkira perancangan dan pembangunan negeri-negeri bersempadan serta mengkaji
isu perancangan dan cadangan-cadangan yang dibangkitkan dalam pelbagai forum, sesi perbincangan
yang melibatkan agensiagensi kerajaan dan orang awam dalam pembentukan dasar. Ini adalah untuk RS
8/8/2019 rfn rsn rt rkk
http://slidepdf.com/reader/full/rfn-rsn-rt-rkk 3/19
Negeri Sembilan menyediakan satu asas yang baik untuk tujuan kawalan pemajuan dan keputusan
perancangan.
5. Mengemukakan isu-isu utama perancangan kepada masyarakat melalui peruntukan Akta Perancangan
Bandar dan Desa, 1976 (Akta 172) tentang kewajipan pengarah negeri memeriksa kawasan perancangan,
ciri-ciri utama fizikal, ekonomi, persekitaran dan sosial serta isu-isu perancangan semasa akan dapat
dikenalpasti. Melalui proses publisiti, penemuan isu utama perancangan akan dapat dihebahkan kepada
masyarakat.
DEFINISI RANCANGAN TEMPATAN
Rancangan Tempatan (RT) disediakan di bawah peruntukkan Seksyen 12 hingga 16a. RT ialah suatu dokumen yang
mengandungi peta cadangan dan pernyataan bertulis yang menerangkan dengan lebih terperinci segala cadangan-
cadangan pbpt berkenaan perancangan fizikal seperti guna tanah, alam sekitar, infrastruktur dan utiliti, landskap,
lalu lintas dan lain-lain.
y Menterjemahkan strategi-strategi Rancangan Struktur (RS) yang mengandungi polisi dan cadangan am
PBPT berkenaan dengan kuasa tempatan.
y Menyediakan garis panduan bagi kawalan pembangunan. Pelan-pelan tempatan akan menjadi garis
panduan bagi urusan mengatur dan mengawal pembangunan di kawasan yang diliputi oleh pelan-pelan
tersebut.
y Dasar-dasar dan cadangan dalam RT akan digunakan sebagai asas untuk menyelaraskan keputusan-
keputusan, aturcara pembangunan, perbelanjaan awam dan persendirian terhadap kawasan yang diliputi
oleh RT.
Laporan RT akan disokong oleh:
Pelan Subjek Perincian sesuatu perkara seperti cadangan lalulintas, landskap dll.
Pelan Sisip Perincian sesuatu cadangan seperti aliran lalu lintas pusat bandar,kawasan taman, rekreasi dll.
Kelas Kegunaan Tanah Aktiviti-aktiviti setiap kategori kegunaan tanah.
Garis Panduan Pembangunan Khusus Kawasan yang mempunyai ciri-ciri tertentu dan istimewa yang
memerlukan tindakan dan perhatian pihak berkuasa
Garis Panduan Pembangunan Umum Nisbah plot, anjakan bangunan, ketinggian bangunan, keperluan
kawasan lapang dan sebagainya
KENAPA RANCANGAN TEMPATAN DIPERLUKAN?
1. Melaksanakan strategi rs dengan lebih terperinci
2. Menerangkan dengan lebih jelas dasar kawalan perancangan.
3. Mampu menerangkan kepada pihak awam tentang isu-isu perancangan yang terperinci.
4. Membolehkan pemilik, pemaju dan pihak lain mengetahui bagai mana tanahtanah mereka terlibat
dengan perancangan semasa dan akan datang.
8/8/2019 rfn rsn rt rkk
http://slidepdf.com/reader/full/rfn-rsn-rt-rkk 4/19
BAGAIMANA PIHAK AWAM BOLEH TERLIBAT DALAM RANCANGAN PEMAJUAN?
1. Penyediaan Rancangan Pemajuan memberi kesan secara langsung kepada penduduk tempatan dan Akta
172 membolehkan orang awam mengambil bahagian di dalam penyediaannya.
2. Seksyen 12a memperuntukkan sebelum memulakan penyediaan RT, PBPT hendaklah mengadakan
publisiti awal berkenaan dengan Draf RT yang akan disediakan itu.
3. Subseksyen 13(2) memperuntukkan setelah Draf RT disediakan, PBPT perlu menyediakan salinan
laporannya untuk diedarkan dan dipamerkan untuk pemeriksaan awam tidak kurang daripada empat (4)
minggu.
4. Pihak awam boleh membuat bantahan sekira terkilan dengan perkara-perkara yang terkandung di dalam
Draf RT. Seranta Draf RT boleh dilanjutkan lagi untuk tempoh tidak melebihi empat (4) minggu atas
permintaan pihak awam.
5. Notis pemberitahuan dan pengumuman kepada pihak awam dikehendaki disiarkan dalam tiga keluaran
akhbar seperti yang diperuntukkan di bawah Subseksyen 13(2).
6. Sekiranya RT telah dilulus dan diwartakan, semua aktiviti pembangunan mestilah mematuhi RT tersebut.
Definisi Rancangan Kawasan Khas (RKK)
Rancangan Kawasan Khas adalah satu rancangan pemajuan yang disediakan dalam masa yang singkat untuk tujuan
pelaksanaan. Hasil utama RKK ialah satu Pelan Tindakan Pembangunan yang disediakan sama ada dalam bentuk
pelan susunatur atau pelan pengurusan yang disokong oleh spesifikasi.
Pelan Tindakan Pembangunan ini disokong oleh spesifikasi pembangunan terperinci dan jadual tindakan
pembangunan. RKK juga menyediakan cadangan program pembangunan yang mengandungi fasa, kos, agensi
pelaksana dan pendekatan pelaksanaan.
Menurut Ensiklopedia Undang-Undang Dan Pentadbiran Perancangan Bandar Dan Desa, Jabatan Perancangan
Bandar Dan Desa, Semenanjung Malaysia, November 2002, RKK ini bertujuan mempercepatkan perancangan
yang terperinci bagi sesuatu kawasan yang mempunyai kepentingan dan karektor tertentu yang perlu dipelihara
dan dikawal selia seperti kawasan-kawasan yang mempunyai nilai-nilai alam sekitar yang tinggi, kawasan yang
mempunyai daya tarikan dan kecantikan semulajadi, kawasan yang kaya dengan nilai sejarah, warisan dan budaya
serta kawasan yang memerlukan pembangunan khas bagi kumpulan masyarakat tertentu seperti penempatan
orang asli.
Kebaikan Rancangan Kawasan Khas (RKK)
RKK adalah rancangan terperinci yang bercorak tempatan. ia disediakan bagi kawasan yang mempunyai
kepentingan khusus kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBPT). Dengan itu, PBPT boleh menyediakan RKK bagi
mana-mana kawasan yang difikirkan sesuai.
Penyediaan RKK adalah untuk membolahkan PBPT menyegerakan sesuatu tindakan perancangan ke atas sesuatu
kawasan, iaitu bagi tujuan sama ada untuk memajukan, memajukan semula, memperelokkan lagi, memulihara
atau bagi tujuan pengurusan kawasan berkenaan.
tempoh masa penyediaan RKK adalah tidak melebihi 12 bulan untuk disiapkan iaitu bermula setelah perlantikan
perunding sehingga proses seranta. tempoh masa ini adalah sesuai kepada PBPT untuk menyediakan cadanganperancangan dan pelaksanaan.
RKK mempunyai kuatkuasa seperti Rancangan Tempatan. Dengan itu, RKK boleh membantu PBPT untuk
melaksanakan tindakan segera pembangunan atau kawalan atau pengurusan ke atas sesuatu kawasan.
8/8/2019 rfn rsn rt rkk
http://slidepdf.com/reader/full/rfn-rsn-rt-rkk 5/19
Projek Khas
Pembangunan Pekan-Pekan Kecil Negeri Sembilan
Melalui kajian yang telah dijalankan, terdapat 20 buah pekan kecil yang telah dipilh daripada keseluruhan 7 buah
daerah di Negeri Sembilan.
Dengan menggunakan kaedah dan perisian MCE (Multi-Criteria Evaluation) iaitu Definite, keutamaan
pembangunan pekan-pekan kecil adalah seperti berikut:-
1- Simpang Pertang ( Jelebu )
2- Labu ( Seremban )
3- Simpang Durian ( Jelebu )
4- Pasir Besar ( Tampin )
5- Pasir Panjang ( Port Dickson )
6- Pedas ( Rembau )
7- Lenggeng ( Seremban )
8- Linggi ( Port Dickson )
9- Chengkau ( Rembau )
10- Felcra Ayer Hitam ( Jempol )
11- Ayer Kuning ( Tampin )
12- Seri Menanti ( Kuala Pilah )
13- Rompin ( Jempol )
14- Air Mawang ( Kuala Pilah )
15- Lubuk China (Rembau )
16- Air Hitam ( Jelebu )
17- Palong 16 ( Jempol )
18- Pengkalan Kempas ( Port Dickson )
19- Juaseh ( Kuala Pilah )
20- Tanjung Ipoh ( Kuala Pilah )
Pada separuh penggal yang lalu (setengah tahun), Pekan Pantai telah ditukar ke Pekan Labu kerana hanya 2 pekan
sahaja yang diperuntukkan untuk setiap daerah dan setelah kajian dilakukan menerusi kaedah Definite, Pekan
Simpang Pertang (Jelebu) telah menjadi pekan utama yang perlu diberi perhatian dalam pelan pembangunan
pekan-pekan kecil Negeri Sembilan Darul Khusus.
8/8/2019 rfn rsn rt rkk
http://slidepdf.com/reader/full/rfn-rsn-rt-rkk 6/19
Negeri Sembilan Darul Khusus
Wawasan
Untuk menjadikan Negeri Sembilan sebagai sebuah negeri yang maju dan seimbang menjelang tahun 2020 dengantahap ekonomi yang kukuh, mampan, berdaya saiang serta mempunyai masyarakat yang harmoni, bernilai murni,
bermaklumat dan cemerlang.
Maklumat Negeri
Jumlah Keluasan Negeri (Hektar) 665374.77
Jumlah Penduduk 859924
Pusat Pentadbiran Seremban
Konsep Pembangunan
Konsep pembangunan dapat dirumuskan iaitu zon potensi pembangunan yang dikenalpasti berdasarkan Konsep
Pengoptimum Potensi ekonomi, fizikal dan sosial negeri sembilan akan bertindak sebagai pemangki
pembangunan kepada nodus pertumbuhan strategik. Konsep Konsentrasi & Serak memaparkan penumpuan
pembangunan di nodus-nodus pertumbuhan strategik dan seterusnya menyerakkan semula kesan pengganda
perkhidmatan bagi bandar-bandar besar ke atas kawasan desa di sekitarnya.
8/8/2019 rfn rsn rt rkk
http://slidepdf.com/reader/full/rfn-rsn-rt-rkk 7/19
Daerah Daerah di Negeri Sembilan
1. Seremban
2. Port dickson
3. Rembau
4. Tampin
5. Kuala pilah
6. Jempol
7. Jelebu
8/8/2019 rfn rsn rt rkk
http://slidepdf.com/reader/full/rfn-rsn-rt-rkk 8/19
Seremban
Fokus Pembangunan Daerah
Pentadbiran (e-government), institusi, perdagangan dan bandar dormitori serta nilai sebagai pusat industri bio-
tech
Keluasan Daerah(Hektar) 95189.36
Keluasan Daerah Mengikut Jumlah Keluasan Negeri (%) 14.3
Jumlah Penduduk 397185
Pusat Pentadbiran Seremban
Pihak Berkuasa Tempatan Majlis Perbandaran Seremban
Majlis Perbandaran Nilai
Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa Negeri Sembilan
Latar Belakang Daerah
Ia bersempadanan dengan daerah Jelebu dan Kuala Pilah di timur, daerah Rembau di selatan, daerah Port Dickson
di barat, tetapi juga bersempadanan dengan negeri Selangor iaitu daerah Sepang dan Hulu Langat di utara.
8/8/2019 rfn rsn rt rkk
http://slidepdf.com/reader/full/rfn-rsn-rt-rkk 9/19
PUSAT PERTUMBUHAN FUNGSI
Pusat Wilayah Negeri
y Seremban
y Pusat pentadbiran dan institusi negeri
y Tumpuan aktiviti perdagangan dan
perkhidmatan di negeri sembilan.
Pusat Separa Wilayah Negeri
y Nilai
y Pusat pentadbiran dan perdaganagn bagi
kawasan wilayah.
Pusat Pertumbuhan Utama (Ppu)
y Mantin
y Bt. 8, Labu
y Pusat perdagangan dan pertadbiran di
peringkat daerah. Pusat pertumbuhan utama
di peringkat daerah.
Pusat Pertumbuhan Kecik (Ppk)
y Lenggeng
y Broga
y Rantau
y Pajam
y Pantai
y Ulu Beranang
y Kuala Sawah
y Sg. Gadut
y Batang Benar
y Sagga
y Pusat perdagangan dengan fungsi
perkhidmatan terhad. Berperanan sebagaipusat bagi perkhidmatan penduduk tempatan.
Pusat Pertumbuhan Desa (Ppd)
y Kg. Sg. Jai
y Kg. Jijan
y Pusat perkhidmatan kepada kampung-
kampung rangkaiannya
STRATEGI PEMBANGUNAN
Strategi pembangunan koridor dan tumpuan diterima pakai sebagai strategi pembangunan spatial Negeri
Sembilan. Strategi pembangunan dirangka selaras dengan arah bertujuan menggalakkan dan mengimbangi
pembangunan di bahagian barat dan spatial negeri, 2 koridor dikenal pasti iaitu koridor pembangunan dan koridor
pelancongan.
8/8/2019 rfn rsn rt rkk
http://slidepdf.com/reader/full/rfn-rsn-rt-rkk 10/19
Port Dickson
Fokus Pembangunan Daerah
Bandar dormitori, daerah perkhidmatan dan pelancongan.
Keluasan Daerah(Hektar) 57341.20
Keluasan Daerah Mengikut Jumlah Keluasan Negeri (%) 8.61
Jumlah Penduduk 110350
Pusat Pentadbiran Port Dickson
Pihak Berkuasa Tempatan Majlis Perbandaran Port Dickson
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Sembilan
Latar Belakang Daerah( Dalam Konteks Wilayah)
Ia terletak 95 km dari Kuala Lumpur, 50 km dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, 70 km ke
Putrajaya/Cyberjaya dan 90 km ke Melaka.
Strategi Pembangunan
Strategi pembangunan daerah Port Dickson ini memberi penekanan kepada sektor pelancongan memandangkan
daerah Port Dickson ke persada antarabangsa dan berupaya bersaing dan menberi impak positif kepada daerah
dan negeri bersempadanan.
8/8/2019 rfn rsn rt rkk
http://slidepdf.com/reader/full/rfn-rsn-rt-rkk 11/19
PUSAT PERTUMBUHAN FUNGSI
Pusat Separa Wilayah Negeri
y Port Dickson
y Pusat pertadbiran dan perdagangan bagi
kawasan wilayah
Pusat Pertumbuhan Utama (Ppu)
y Teluk Kemang
y Lukut
y Pusat pertadbiran, perdagangan/ komersial
dan industri peringkat daerah yang menyokong
pusat separa wilayah negeri
y Perkhidmatan sokongan yang lain
Pusat Pertumbuhan Kecik (Ppk)
y Pasir Panjang
y Linggi(Pengkalan Kundang)
y Pengkalan Kempas
y Sg. Nipah
y Chuah
y Bkt Pelanduk
y Sungala
y Siliau
y Pusat perdagangan dengan fungsi
perkhidmatan terhad
y Berperanan sebagai pusat
perkhidmatanpenduduk tempatan penduduk
tempatan terutama dalam penyediaan
kemudahan asas dan sosial.
Pusat Pertumbuhan Desa (Ppd)
y Kg. Sg. Raya
y Kg. Jimah Baru
y Pusat perdagangan dengan fungsi
perkhidmatan terhad/ bagi perkhidmatan
penduduk tempatan
8/8/2019 rfn rsn rt rkk
http://slidepdf.com/reader/full/rfn-rsn-rt-rkk 12/19
Rembau
Fokus Pembangunan Daerah
Pusat pemprosesan makanan halal, daerah industri makanan halal, hinterland- bio valley
Keluasan Daerah(Hektar) 402761.93
Keluasan Daerah Mengikut Jumlah Keluasan Negeri (%) 6.1
Jumlah Penduduk 38325
Pusat Pentadbiran Rembau
Pihak Berkuasa Tempatan Majlis Daerah Rembau
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Sembilan
PUSAT PERTUMBUHAN FUNGSI
Pusat Pertumbuhan Utama (Ppu)
y Rembau
y Pusat perdagangan dan pertadbiran di
peringkat daerah. Pusat pertumbuhan utama
di peringkat daerah.
Pusat Pertumbuhan Kecik (Ppk)
y Kota
y Lubuk Cina
y Chengkau
y Pedas
y Pusat perdagangan dengan fungsi
perkhidmatan terhad. Berperanan sebagai
pusat bagi perkhidmatan penduduk tempatan.
Pusat Pertumbuhan Desa (Ppd)
y Kg. Ulu Sepri
y Kg.Astana Raja
y Kg. Kundor Tengah
y Kg. Panajis
y Kg. Pilin
y Pusat perkhidmatan kepada kampung-
kampung rangkaiannya
8/8/2019 rfn rsn rt rkk
http://slidepdf.com/reader/full/rfn-rsn-rt-rkk 13/19
Strategi Pembangunan
Ini akan mangagihkan pembangunan kepada 3 sektor utama yang meliputi pembangunan perindustrian, pertanian
dan pembangunan pelancongan. Ketiga-tiga sektor ini dibentuk untuk menintergrasikan pembangunan di daerah
Rembau yang akan menerima kesan limpahan pambangunan dari kawasan Lembah Klang dan daerah Seremban.
8/8/2019 rfn rsn rt rkk
http://slidepdf.com/reader/full/rfn-rsn-rt-rkk 14/19
Tampin
Fokus Pembangunan Daerah
Daerah industri dan perternakan, bandar domitri, industri dan perdagangan, hinterland-bio valley.
Keluasan Daerah(Hektar) 85349.66
Keluasan Daerah Mengikut Jumlah Keluasan Negeri (%) 15.5
Jumlah Penduduk 38825
Pusat Pentadbiran Tampin
Pihak Berkuasa Tempatan Majlis Daerah Tampin
Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa Negeri Sembilan
Latar Belakang Daerah
Daerah Tampin adalah salah satu daripada tiga daerah yang terletak di selatan Negeri Sembilan dan disempadani
oleh tiga daerah di negeri dan di luar iaitu daerah jempol di bahagian utara, daerah Kuala Pilah di bahagian barat
laut, daerah Rembau di bahagian barat. Sementara luar Negeri Sembilan ialah daerah Jasin dan Alor Gajah, Melaka
di bahagian selatan, daerah Segamat, Johor di bahagian timur dan daerah Muar, Johor di bahagian selatan.
8/8/2019 rfn rsn rt rkk
http://slidepdf.com/reader/full/rfn-rsn-rt-rkk 15/19
PUSAT PERTUMBUHAN FUNGSI
Pusat Separa Wilayah Negeri
y Tampin
y Pusat pentadbiran dan perdaganagn bagi
kawasan wilayah.
Pusat Pertumbuhan Utama (Ppu)
y Gemas
y Pusat perdagangan dan pertadbiran di
peringkat daerah. Pusat pertumbuhan utama
di peringkat daerah.
Pusat Pertumbuhan Kecik (Ppk)
y Gemencheh
y Ayer Kuning
y Batang Melaka
y Bukit Rokan
y Pasir Besar
y Pusat perdagangan dengan fungsi
perkhidmatan terhad. Berperanan sebagai
pusat bagi perkhidmatan penduduk tempatan.
Pusat Pertumbuhan Desa (Ppd)
y Kg. Bangkahulu
y Kg. Sg. Jerneh
y Kg. Tanjung Alai
y Pusat perkhidmatan kepada kampung-
kampung rangkaiannya
Strategi Pembangunan
Tampin, Gemas dan Gemencheh sebagai nodus pertumbuhan strategik zon tumpuan pembangunan
perindustrian dan perdagangan. Manfaat koridor pembangunan Koridor Nilai- Seremban Pedas -Tampin dan
Koridor Tampin Gemas. Pemuliharaan tanah subur untuk tanaman berdaya maju - Hinterland Biolvalley dan
perternakan. Potensi sebagai bandar domitri iaitu kediaman alternativ dan jaringan prasarana pengangkutan yang
menyeluruh.
8/8/2019 rfn rsn rt rkk
http://slidepdf.com/reader/full/rfn-rsn-rt-rkk 16/19
Kuala Pilah
Fokus Pembangunan Daerah
Agropolis, industri kecil dan sederhana (IKS), daerah bersejarah, warisan dan budaya, hinterland-bio valley
Keluasan Daerah(Hektar) 1032020.76
Keluasan Daerah Mengikut Jumlah Keluasan Negeri (%) 15.5
Jumlah Penduduk 66980
Pusat Pentadbiran Kuala Pilah
Pihak Berkuasa Tempatan Majlis Daerah Kuala Pilah
Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa Negeri Sembilan
MATLAMAT KAJIAN
Matlamat utama kajian ini adalah untuk menyediakan rancangan tempatan di kawasan pembangunan utama
bandar Kuala Pilah di bawah pentadbiran MDKP bagi jangka masa perancangan dari tahun 1999 hingga 2015.
PUSAT PERTUMBUHAN KAWASAN PUSAT PERTUMBUHAN
Pusat Pertumbuhan Pelancongan Ulu Bendul Seri Menanti Terachi
Pusat Pertumbuhan Perbandaran Bandara Kuala Pilah Tanjong Ipoh Pembanguan
Bercampur Perpaduan Height Senaling
Pusat Pertumbuhan Perindustrian Dan Pertanian
Bahagian Barat
Batu Meraung Pelangai Juasseh
Pusat Pertumbuhan Perindustrian Dan Pertanian
Bahagian Selatan
Selaru Renggoh Kuala Johol
Pusat Pertumbuhan Pertanian Air Mawang
Pusat Pertumbuhan Baru Dengan Injected Population Pembangunan Kolej Matrikulasi Kementerian
Pendidikan Dan Universiti Teknologi Mara.
STRATEGI PEMBANGUNAN
Strategi pembangunan kawasan rancangan tempatan menggunakan konsep pembangunan berselerak tertumpu
dan konsep pembangunan koridor. Konsep ini menekankan pembangunan pusat-pusat pertumbuhan terutamanya
di sepanjang kordor utama yang dikenal pasti. Secara dasarnya, strategi ini adalah selaras dengan strategi
pembangunan yang telah digariskan dalam rancangan struktur daerah kuala pilah, 1993- 2015. Strategi ini telah
membahagikan kawasan pusat pertumbuhan yang dikenal pasti kepada beberapa aspek utama iaitu pembangunan
perbandaran, pembangunan perindustrian, pembangunan pelancongan dan pembangunan pertanian
8/8/2019 rfn rsn rt rkk
http://slidepdf.com/reader/full/rfn-rsn-rt-rkk 17/19
Jempol
Fokus Pembangunan Daerah
Daerah penyelidikan dan pembangunan agro, agropolis dan daerah agro pelancongan, hinterland-bio valley.
Latar Belakang Daerah
Daerah Jempol merupakan daerah terbesar di Negeri Sembilan. Ia bersempadan dengan daerah Bera , Pahang di
sebelah utara, daerah Jelebu di barat laut, daerah Kuala Pilah di barat, daerah Tampin di selatan serta daerahSegamat di Johor.
Keluasan Daerah(Hektar) 148277.30
Keluasan Daerah Mengikut Jumlah Keluasan Negeri (%) 22.3
Jumlah Penduduk 129733
Pusat Pentadbiran Bandar Seri Jempol
Pihak Berkuasa Tempatan Majlis Daerah Jempol
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Sembilan
Wawasan
Menjadikan daerah Jempol sebagai daerah terancang yang moden menjelang tahun 2020, sebagai pengeluar hasil
pertanian dan industri asas tani yang utama bagi Negeri Sembilan.
8/8/2019 rfn rsn rt rkk
http://slidepdf.com/reader/full/rfn-rsn-rt-rkk 18/19
PUSAT
PERTEMPATAN
LOKASI JUSTIFIKASI
Pusat Separa
Wilayah (Psw)
Bandar Seri Jempol Feldajaya y Guna tanah utama adalah institusi selaras
dengan fungsinya sebagai bandar pentadbiran
daearah jempol dan eksploitasi pengabungan
feldajaya diselatan bandar seri jempol.
Pusat Tempatan
Utama (Ptu)
Bahau- Mahsan
Felda Palong 4,5,6
Felda Lui Muda
y Hierarki bandar bahau sebagai pusat tempatan
utama dan pusat komersil utama bagi daerah
jempol dengan kependudukan mencapai
sasaran sebagai pusat pertumbuhan utama.
y Perluasan bandar bahau dan mahsan akan
memberikan peluang pembangunan yang lebih
besar.
Pusat Tempatan
Kecik (Ptk)
Pekan Batu Kikir
Pekan Rompin
Felda Serting Hilir
Felda Palong 7,8,9,10,11,14,45,16
y Merupakan pintu masuk ke jempol dari kuala
pilah dan seremban
y Mempunyai penduduk tampungan meliputi
kawasan kampung-kampung tradisi di daerah
kuala pilah kerana kedudukan geografinya
yang bersempadan.
y Mempunyai tanah yang berpotensi untuk
dibangunkan
Pusat Tempatan
Desa
Pekan Air Hitam
Kg. Serting Hilir
Kg. Serting Tengah
Kg. Kuala Jempol
Jelai
Felda Bukit Rokan Barat
Felda Palong2Felda Pasoh 3
y Pusat perkhidmatan kepada kampung-
kampung rangkaiannya
8/8/2019 rfn rsn rt rkk
http://slidepdf.com/reader/full/rfn-rsn-rt-rkk 19/19
Jelebu
Fokus Pembangunan Daerah
Pusat bio-valley, industri kecil dan sederhana(iks), daerah eko dan agro pelancongan
Keluasan Daerah Mengikut Jumlah Keluasan Negeri (%) 20.4
Jumlah Penduduk 38526
Pusat Pentadbiran Kuala Klawang
Pihak Berkuasa Tempatan Majlis Daerah Jelebu
Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa Negeri Sembilan
Latar Belakang Daerah
Daerah Jelebu merupakan daerah kedua terbesar di Negeri Sembilan. Ia bersempadan dengan negeri Selangor di
bahagian barat, negeri Pahang di sebelah utara, daerah Seremban dan Kuala Pilah di sebelah selatan serta daerah
Jempol di sebelah timur.
PUSAT PERTUMBUHAN FUNGSI
Pusat Pertumbuhan Utama (Ppu)
y Kuala Klawang
y Pusat perdagangan dan pertadbiran di
peringkat daerah. Pusat pertumbuhan utama
di peringkat daerah.
Pusat Pertumbuhan Kecil (Ppk)
y Titi
y Petaling
y Chennah
y Simpang Pertang
y Durian Tipus
y Simpang Durian
y Pusat perdagangan dengan fungsi
perkhidmatan terhad. Berperanan sebagai
pusat bagi perkhidmatan penduduk tempatan.
Pusat Pertumbuhan Desa (Ppd)
y Sungai Muntoh
y Pusat perkhidmatan kepada kampung-
kampung rangkaiannya
Strategi Pembangunan
Keseluruhannya berdasarkan kepada konsep pembangunan berpusat dan terkawal . Konsep ini merupakan konsep
pembangunan srtategi pembanguan spatial Negeri Sembilan yang memberi tumpuan kepada pembangunan
Bandar Kuala Klawang dan pengekalan kawasan hutan serta pertanian. Peranan Kuala Klawang masih diutamakan
sebagai pusat pertampatan utama yang memberikan perkhidmatan kepada penduduk daerah Jelebu