PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PBK)
BAGI TOPIK SISTEM PENGANGKUTAN, KEJURUTERAAN JALAN RAYA DAN LALU
LINTAS (PKA) TINGKATAN EMPAT.
ROSIDAH RAMLI
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
i
PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER
(PBK) BAGI TOPIK SISTEM PENGANGKUTAN, KEJURUTERAAN JALAN RAYA
DAN LALU LINTAS (PKA) TINGKATAN EMPAT.
ROSIDAH BINTI RAMLI
Laporan ini dikemukakan
sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kejuruteraan Awam).
FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA.
FEBRUARI, 2004
iv
DEDIKASI
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani.
Segala pujian atas limpah dan kurnia Allah S.W.T tuhan seluruh alam.
Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W.
Buat ayah dan ibuku,
Ramli bin Mat Rashid,
Esjah binti Esran
Tiada apa yang dapatku bicarakan hanya doa dan sokongan kalian mengiringi setiap
detik perjalanan hidup anakandamu ini. Terima kasih di atas didikanmu sehingga
membentuk aku menjadi insan berguna seperti hari ini. Harapanmu kini telah ku
tunaikan jua dan buat kekanda dan adinda-adindaku terima kasih atas segalanya.
Buat insan yang paling kusayangi,
Mohamad Firdaus bin Mahamad Noor,
Segala kegembiraan, pengorbanan dan kesusahan dalam menghadapi dugaan hidup
selama ini tetap
menjadi teladan dan kenangan kita berdua. Terima kasih kerana sentiasa berada di
sampingku,
Semoga Allah memberi hidayah dan membuka pintu rahmatNya.
v
PENGHARGAAN
Segala puji-pujian kehadrat Allah S.W.T. kerana dengan limpah rahmat dan
hidayahNya, tesis ini akhirnya dapat saya siapkan. Selawat dan salam ke atas junjungan
besar Nabi Muhammad S.A.W. pesuruh Allah yang amat dikasihi.
Setinggi-tinggi ucapan penghargan kepada penyelia tesis, Prof. Madya Dr.
Baharuddin bin Aris yang tanpa jemu menghulurkan bimbingan, panduan, tunjuk ajar dan
nasihat. Terima kasih yang tidak terhingga dan hanya Allah S.W.T. yang mengetahui dan
membalas jasa-jasa yang sangat besar ini.
Penghargaan ini juga ditujukan khas buat semua pihak yang telah terlibat secara
langsung atau tidak langsung membantu saya sepanjang menyiapkan perisian dan juga
tesis ini. Segala kerjasama yang telah anda berikan amatlah saya hargai.
vi
ABSTRAK
Dewasa ini, Teknologi Pendidikan adalah diantara bidang yang penting dalam
dunia pendidikan. Dalam kita memasuki alaf baru, kaedah pengajaran juga turut berubah.
Kaedah pengajaran menggunakan CAL, CMI, CAI, CBI, CAT dan CBL bukanlah benda
baru di dalam dunia pendidikan. CAL misalnya telah menjadi kaedah yang paling
popular sebagai kaedah pengajaran di sekolah. Saya telah merekabentuk sebuah perisian
PBK yang boleh digunakan oleh pelajar-pelajar tingkatan empat aliran kejuruteraan
awam. Perisian ini mengandungi elemen-elemen multimedia dan interaktif. Perisian PBK
ini juga boleh digunakan pada bila-bila masa yang dikehendaki oleh pengguna. Selain itu,
perisian PBK ini juga dihasilkan bagi mengatasi kekurangan perisian PBK di pasaran.
Dan yang paling penting, perisian PBK ini diharapkan dapat melahirkan pelajar yang
mempunyai ilmu literasi komputer dan celik IT. Saya berharap agar perisian PBK ini
dapat digunakan sebaik dan seoptima mungkin bagi membantu proses pengajaran
mahupun proses pembelajaran.
vii
ABSTRACT
Today, the field of Educational Technology has become an essential part in the
world of education. Methods in teaching also changed as we entering the new
millennium. Teaching methods using CAL, CMI, CAI, CBI, CAT and CBL is no longer a
new things in Malaysia. CAL courseware for example has become a popular method of
teaching in the learning process in school. I have design a courseware that can be used for
the Form 4 students in civil engineering stream. It has multimedia elements and yet
interactive. This courseware can be used anytime and anywhere, as the user wish. Apart
from this, this courseware is design to overcome the shortage of educational courseware
in our country. Furthermore, it is also an important effort to produce young generation
with computer literacy in our country. Lastly, it is hoped that this courseware will be
helpful to teachers and students either as facilitators or self-learners respectively.
viii
KANDUNGAN
BAB
PERKARA
MUKA SURAT
PENGAKUAN
ii
DEDIKASI
iii
PENGHARGAAN
iv
ABSTRAK
v
ABSTRACT
vi
KANDUNGAN
vii
SENARAI RAJAH
viii
SENARAI SINGKATAN
xiii
SENARAI LAMPIRAN
xiv
ix
I PENDAHULUAN.
1.1 Pengenalan . 1
1.2 Latar Belakang Masalah. 3
1.3 Penyataan Masalah. 5
1.4 Objektif Projek. 6
1.5 Objektif Perisian. 6
1.6 Rasional Pemilihan Projek. 7
1.7 Skop Projek. 7
1.8 Definisi Istilah . 8
II SOROTAN PENULISAN.
2.1 Pengenalan. 10
2.2 ‘Self Directed Learning’. 12
2.2.1 Kelebihan ‘Self Directed
Learning”.
14
2.3 ‘Problem Based Learning’. 18
2.3.1 Tahap-tahap Dalam ‘Problem
Based Learning’.
17
2.3.2 Masalah Dalam ‘Problem Based
Learning’.
18
2.4 ‘Multiple Intelligence’.
2.5 Pembelajaran Berbantukan Komputer
19
22
2.5.1 Klasifikasi Pembelajaran
Berbantukan Komputer
24
2.5.2 Jenis Pembelajaran Berbantukan
Komputer
2.6 Kelebihan Penggunaan Pembelajaran
25
29
x
Berbantukan Komputer
2.6.1 Menarik Dan Menyenorokkan
2.6.2 Komunikasi Maklumat Yang Efektif
29
30
2.6.3 Pengekalan Informasi
Berkesan.
30
2.6.4 Pembelajaran Kendiri. 31
3.6.5 Menarik Minat Untuk Belajar. 31
3.6.6Mudah Alih. 32
III REKABENTUK PERISIAN
3.1 Rekabentuk Perisian Secara Umum. 33
3.2 Unsur Motivasi Dalam Perisian. 34
3.3 Proses Pembangunan Perisian.
3.4 Teori Tingkahlaku (Behaviorisme).
3.4.1 Implikasi Teori Tingkahlaku
Dalam Perisian.
35
35
36
3.5 Teori Kognitivisme
3.5.1 Implikasi Teori Kognitivisme
Dalam Perisian
3.6 Teori Faham Binaan (Konstruktivisme)
3.6.1 Implikasi Teori Faham Binaan
Dalam Perisian
3.7 Pemilihan Perkasasan
3.8 Pemilihan Perisian
3.8.1 Perisian Gubahan Macromedia
Authorware 6.0
3.8.2 Kelebihan Macromedia
Authorware
37
40
42
44
47
48
48
48
xi
3.8.3 Perisian-perisian Lain
3.9 Pemilihan Bahasa Pengantar
3.9.10 Carta Alir
49 50 50
V KANDUNGAN PERISIAN
4.1 Penganalan. 51
4.2 Pakej Perisian.
4.3 Struktur Asas Perisian.
4.4 Penggunaan Perisian
51
52
52
4.5 Struktur Dan Asas Kandungan Perisian.
4.5.1 Skrin Objektif
4.5.2 Skrin Menu Utama
4.5.3 Skrin Topik Pembelajaran
4.5.4 Skrin Latihan
4.5.5 Skrin Markah
4.5.6 Skrin Penutup
4.6 Ciri-ciri Keseragaman
53
53
54
55
56
58
59
60
V RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN
CADANGAN.
5.1 Pengenalan 61
5.2 Perbincangan 61
5.2.1 Kelebihan Perisian
5.2.2 Kelemahan Perisian
5.3 Cadangan
5.4 Kesimpulan
5.5 Penutup
61
63
64
65
65
xii
RUJUKAN
LAMPIRAN
Lampiran 1
Lampiran 2
Lampiran 3
Lampiran 4
66
72
73
74
75
BAB I
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Banyak ramalan yang telah dibuat mengenai hala tuju dan masa hadapan dunia
pendidikan. Perubahan yang wujud dari pengajaran tradisonal yang digantikan dengan
teknologi dalam pendidikan telah membawa revolusi yang besar di sekolah, institusi
pengajian tinggi mahupun organisasi (Robert Rudford, 2000).
Dalam satu simposiun pendidikan yang diadakan di Kuala Lumpur pada
tahun 1996 lalu, pendidikan menggunakan komputer ataupun teknologi maklumat telah
dibincangkan secara mendalam. Perkara yang berhubung dengan kaedah pengajaran dan
pembelajaran khususnya mendapat perhatian daripada para pembentang.
Selama lebih 50 tahun, buku teks telah menjadi bahan sumber yang paling penting
dalam pengajaran di sekolah (Poh Swee Hiang, 1997). Namun begitu, terdapat banyak
kelemahan dalam pembelajaran berbantukan buku teks semata-mata. Ini kerana,
pembelajaran yang dijalankan dengan hanya menggunakan buku teks sebagai bahan
pelajaran, boleh menimbulkan suasana hambar dan seterusnya menimbulkan kebosanan
di kalangan pelajar. Pelajar- pelajar sukar untuk mendapat idea baru dan natijahnya
fikiran pelajar sukar untuk berkembang dan menjadi tidak kreatif. Atan Long (1990),
menyatakan pembelajaran tradisional (kapur, buku teks dan percakapan) tidak akan
menjamin keberkesanan kerana ia tidak menguji daya imaginasi pelajar. Melalui kaedah
2
ini, pelajar lebih bergantung kepada satu saluran deria untuk menerima rangsangan dan
menjadikan sumber maklumat untuk diproses.
Penggunaan Alat Bantu Mengajar (ABM) bukanlah sesuatu yang tersisih daripada
proses pengajaran dan pembelajaran tetapi merupakan satu bahan yang terdapat dalam
proses tersebut. Alat Bantu Mengajar bukan sahaja bertujuan menambahkan kelancaran
perhubungan antara guru dan pelajar tetapi ia juga membantu mempercepatkan proses
pemahaman mereka. Alat Bantu Mengajar yang sesuai secara umumnya menjadikan
pendidikan lebih konkrit, cenderung untuk menimbulkan rasa ingin tahu dan minat serta
menambah variasi kepada corak pengajaran di dalam kelas.
Menurut Baharuddin dan Maizah Hura (1995), sejajar dengan perkembangan
pesat bidang teknologi komunikasi dan komputer, pelajar sentiasa didedahkan kepada
teknologi yang serba canggih. Oleh itu, pelajar lebih cenderung menggunakan alat dan
bahan terkini dalam proses pembelajaran mereka.
Penggunaan multimedia dalam pendidikan bukanlah suatu perkara yang asing di
Malaysia. Perkembangan sistem pendidikan di Malaysia semakin mencabar seiring
dengan perkembangan teknologi yang begitu pesat. Pengajaran Sains dan Matematik
dalam Bahasa Inggeris misalnya menggunakan perisian Pembelajaran Berbantukan
Komputer (PBK) yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan mahupun yang
dipilih sendiri oleh pihak pengurusan sekolah.ini kerana sebagai sebuah negara yang
berwawasan maka bidang pendidikan merupakan aset penting untuk melahirkan pakar-
pakar dalam sesuatu bidang dalam menuju ke arah sebuah negara berteknologi tinggi.
Penggunaan komputer yang meluas dalam bidang pendidikan menjadikan
pembelajaran lebih mudah dan menarik. Ini kerana komputer dapat digunakan dengan
pelbagai cara di bilik darjah. Tetapi ianya memerlukan kaedah yang sesuai agar ianya
tidak lari dari objektif asal iaitu mempertingkatkan kualiti pengajaran guru dan juga
menjadikan pembelajaran pelajar lebih bermakna.
3
Oleh itu, teknologi multimedia harus digunakan sebagai pendekatan bagi
membantu pelajar-pelajar yang lemah dan mencari kaedah-kaedah yang sesuai bagi
mengatasi masalah dan kelemahan mereka agar pelajar yang lemah menjadi pintar dan
pelajar pintar tidak hilang minat terhadap pembelajaran yang agak membosankan.
Secara keseluruhannya, penggunaan multimedia dalam pendidikan adalah amat
bersesuaian. Teknologi ini dapat membantu guru, pelajar serta sesiapa sahaja yang
terlibat dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
1.2 Latarbelakang Masalah
Kebanyakan buku teks yang berada di pasaran sekarang hanya ditulis untuk
memberi maklumat kepada para pembacanya, bukannya untuk memberikan program
pembelajaran yang menarik dan interaktif kepada pembacanya. Jarang terdapat buku teks
yang memperincikan setiap tajuk bagi meningkatkan kefahaman para pelajarnya di
samping medium pengajaran guru yang kurang interaktif. Kebanyakan guru tidak
mengambil kira faktor kesediaan untuk belajar yang berbeza di kalangan pelajar
mahupun tahap kecerdasan pelajar itu sendiri. Penggunaan perisian PBK adalah lebih
menarik dan berkesan untuk proses pengajaran dan pembelajaran.
Semenjak tiga puluh tahun yang lalu, kebanyakan penyelidikan telah
membuktikan bahawa PBK yang dirancang dengan teliti mampu mempertingkatkan
pengetahuan dan mengubah sikap pelajar (Howell, 1971; Hess dan Tenezakis, 1973;
Papert, 1980; Hannafin, 1984; Menis, 1987; Ellington dan Race, 1993; Baharuddin
Mohd. Salleh, Ellington dan Mogana, 1999; Noraffandy, 1999).
4
Okey (1978) menyatakan bahawa pelajar hilang minat terhadap pembelajaran
disebabkan oleh pelbagai faktor seperti bahan pembelajaran tidak menepati objektif
pengajaran, organisasi, isi kandungan tidak sesuai, persekitaran pembelajaran yang
kurang memuaskan dan pendekatan pengajaran yang statik.
Dalam sesebuah kelas yang besar misalnya, guru tidak dapat menumpukan
perhatian kepada setiap pelajarnya. Pembelajaran pula adalah satu proses yang bersifat
individu. Setiap pelajar mempunyai latar belakang dan keupayaan yang berbeza. Oleh itu,
tanggapan mereka tentang pembelajaran juga berbeza dan masa yang diperlukan untuk
mengusai satu topik pelajaran atau kemahiran juga berbeza dari seorang pelajar ke pelajar
yang lain. Dalam hal ini, selalu berlaku pelajar lemah akan keciciran. Sifat malu dan
segan untuk bertanya akan menyebabkan pelajar mendiamkan sahaja segala
ketidakfahaman di dalam diri mereka.
Untuk menimbulkan rasa keseronokan belajar di kalangan pelajar, unsur-unsur
multimedia mestilah digunakan di dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Elemen-
elemen yang terkandung di dalam multimedia adalah teks, animasi, grafik, audio dan
video (Jamal dan Zaida, 1999). Elemen-elemen ini digabungkan bersama untuk
menghasilkan sebuah aplikasi interaktif multimedia. Penggunaan pelbagai jenis media
pendidikan secara terancang boleh mengukuhkan proses pengajaran dan pembelajaran di
institusi-intitusi pendidikan serta memberikan peluang kepada setiap pelajar menguasai
ilmu pengetahuan dengan cara yang lebih menarik dan berkesan sejajar dengan Falfasah
Pendidikan Kebangsaan untuk mengembangkan potensi setiap individu secara
menyeluruh dan bersepadu.
Pendekatan yang sesuai digunakan ialah seperti penggunaan komputer di dalam
bilik darjah dan juga bahan perisian yang dibangunkan.Menurut bekas Menteri
Pendidikan Malaysia, Datuk Najib Tun Razak. Salah satu aspek penting yang perlu
diberikan perhatian dalam usaha kita ke arah membudayakan teknologi maklumat dalam
pendidikan negara ialah soal perisian komputer. (Utusan Malaysia, 1996).
5
Dalam tinjauan awal yang di buat semasa pereka menjalani latihan mengajar di
dua buah sekolah, subjek Pengajian Kejuruteraan Awam masih diajar dengan
menggunakan kaedah ‘chalk and talk’ kerana masih belum ada perisian PBK yang berada
di pasaran. Manakala topik Sistem Pengangkutan, Kejuruteraan Jalan Raya dan Lalu
Lintas adalah diantara topik yang agak tidak menarik perhatian pelajar untuk
mempelajarinya berbanding subjek-subjek lain seperti Ukur Kejuruteraan dan lain-lain.
Oleh itu, dapat dilihat bahawa topik ini perlu dihasilkan dalam bentuk
pembelajaran berbantukan komputer (PBK). Semoga dengan perisian ini dapat membantu
pelajar memahami pelajar dengan lebih jelas, cepat, berkesan dan memudahkan guru di
samping mempercepatkan sedikit proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik
darjah.
1.3 Penyataan Masalah
Melalui pembinaan perisian PBK ini, penulis ingin:
Membangunkan sebuah perisian Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK)
bagi Unit Tujuh Subjek Pengajian Kejuruteraan Awam Tingkatan Empat iaitu topik
Sistem Pengangkutan, Kejuruteraan Jalan dan Isyarat Lalu Lintas. Perisian ini
dibangunkan supaya dapat memenuhi ciri yang menepati keperluan sukatan mata
pelajaran dan dapat membantu pembelajaran.
6
1.4 Objektif Projek
1.4.1 Menghasilkan prototaip perisian pembelajaran berbantukan komputer (PBK)
dalam topik Sistem Pengangkutan, Kejuruteraan Jalan dan Isyarat Lalu Lintas
yang dapat mempercepatkan proses pengajaran dan pembelajaran.
1.4.2 Menambahkan satu lagi alternatif bahan bantu pengajaran dan pembelajaran di
sekolah menengah teknik.
1.4.3 Dijadikan bahan simpanan atau rujukan pelajar iaitu sebagai tutor di rumah.
1.5 Objektif Perisian
Di akhir penggunaan perisian ini, pelajar-pelajar akan dapat:
1.5.1 Menyatakan keperluan pengangkutan dan sistem pengangkutan.
1.5.2 Mengenal mod pengangkutan.
1.5.3 Menerangkan kriteria dalam pemilihan mod dan faktor permintaan pengangkutan.
1.5.4 Menyatakan jenis perabot jalan.
1.5.5 Menyatakan proses pembinaan jalan.
1.5.6 Menyatakan keperluan isyarat lalu lintas.
7
1.6 Rasional Pemilihan Projek
Perisian ini dihasilkan agar dapat:
1.6.1 Memberikan pendedahan kepada pelajar mengenai Sistem Pengangkutan,
Kejuruteraan Jalan dan Isyarat Lalu Lintas dengan cara yang lebih menarik dan
berkesan.
1.6.2 Dijadikan sebagi salah satu alat bantu mengajar oleh guru sebagai set induksi
mahupun dalam pengajaran sebenar.
1.6.3 Menjimatkan masa guru dan memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran.
1.6.4 Dijadikan rujukan oleh pelajar selain daripada buku teks dan nota yang diberikan
guru.
1.7 Skop Projek
Perisian yang dibangunkan ini mengandungi topik pembelajaran dalan unit tujuh
subjek Pengajian Kejuruteraan Awam Tingkatan Empat iaitu topik Sistem Pengangkutan,
Kejuruteraan Jalan dan Isyarat Lalu Lintas. Topik ini mengandungi maklumat-maklumat
lengkap yang perlu diketahui pelajar mahupun maklumat rujukan selain daripada buku
teks berhubung topik tersebut. Kesemua maklumat ini disampaikan dalam bentuk yang
interaktif iaitu dengan menggabungkan elemen-elemen multimedia. Antara subtopik yang
ingin diberi penekanan ialah papan tanda jalan dan proses pembinaan jalan kerana
subtopik ini adalah antara subtopik yang tidak digemari pelajar.