Download - RPH BM T3
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MALAYSIA
Tarikh : 30 Julai 2013
Tahun : 3 Delima
BilMurid : 15 orang
Masa : 8.15 pagi hingga 9.15 pagi (60 minit)
Tema : Kebudayaan
Tajuk : Sambutan Hari Raya Aidilfitri
FOKUS UTAMA
STANDARD KANDUNGAN
1.5 Bercerita dan menceritakan sesuatu
perkara semula dengan tepat menggunakan
sebutan yang jelas dan intonasi yang betul.
STANDARD PEMBELAJARAN
1.5.1 Bercerita tentang sesuatu perkara
dengan tepat, sebutan yang jelas dan
intonasi yang betul menggunakan ayat
tunggal dan ayat majmuk dengan betul.
OBJEKTIF
Pada akhir pengajaran, murid dapat:
i. bercerita tentang pengalaman mereka menyambut Hari Raya
Aidilfitri.
ii. mengeja dan membaca perkataan yang diberikan dengan
betul.
ii. melakonkan watak-watak yang diberikan oleh guru
PENGISIAN KURIKULUM
Nilai : Keberanian, Kerjasama, Kesederhanaan
Ilmu : Kebudayaan , Muzik
Kemahiran Bernilai Tambah : Belajar Cara Belajar
- mendengar dengan teliti
Kemahiran Belajar : Verbal linguistik
Elemen Merentas Kurikulum : kreatif dan inovatif1.1 membuat pemerhatian aktif untuk menumpul maklumat1.2 menggunakan deria penglihatan dan pendengaran
SISTEM BAHASA Tatabahasa : Kata tunggal, Kata majmuk, Kata nama, kosa kata
BAHAN BANTU BELAJAR
ICT, video, slaid, kad kata nama, dan lembaran kerja
PENGGABUNGJALINANMurid menggunakan kemahiran membaca , mendengar, dan kemahiran seni visual.
PENERAPANMurid diterap dengan nilai bertanggungjawab, bekerjasama dan berdisiplin dalam mengamalkan budaya berhari raya.
PENGETAHUAN SEDIA ADA MURID
1.1 Murid pernah menyambut hari raya di kampong halaman masing-masing.
1.2 Murid-murid pernah menikmati juadah hari raya.1.3 Murid mengenal jenis-jenis juadah hari raya .1.4 Murid pernah mewarna menggunakan pensel warna.
STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
MASA ISI PELAJARAN AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
CATATAN
SET INDUKSI(5 minit)
Paparan video dan lirik lagu
1.Guru memaparkan video tentang suasana di hari raya “Suasana Hari Raya : versi Upin dan Ipin”
2.Murid menyanyi lagu “Suasana Hari Raya : versi Upin dan Ipin” dengan bimbingan guru.
3.Guru mengaitkan lagu dengan tajuk pelajaran.
Media : komputer, pembesar suara, LCDIlmu: budaya di Hari RayaNilai : KerjasamaKBT : Kecerdasan pelbagai (muzik dan kinestetik)
LANGKAH 1 (20 minit)
Edaran teks dialog tajuk “Budaya di Pagi Raya”
1.Murid diminta untuk bercerita di hadapan kelas beserta dengan aksi dan pergerakan.
2.Murid diminta melakonkan semula suasana saling bermaafan mengikut teks yang diberikan oleh guru.
Media : Papan tulisBBB : Lembaran kerja (lampiran 1)Nilai : Keyakinan diriKemahiran Bahasa : kemahiran mendengar, Kemahiran bertutur, Kemahiran menulisKemahiran pergerakanKBT : Kemahiran belajar cara belajar
LANGKAH 2(20 minit)
Paparan slide lirik lagu “Suasana Hari Raya”
1.Guru memaparkan slaid lirik lagu hari raya
MEDIA : slide interaktif
2.Murid menerangkan dan menyenaraikan makanan yang terdapat di dalam lirik yang telah ditayangkan.Contoh :- ketupat,rendang,wajik,dodol
3.Guru mengeja dan membaca perkataan di dalam slaid sambil murid mengikuti setiap sebutan guru.
4.Murid diminta mengeja dan membaca semula perkataan di dalam slide tersebut dan membuat penerangan semula tentang perkataan yang terdapat di dalam video tersebut.
KBT : - pembelajaran konstruktivisme- belajar cara belajar
BBB : slide ppt LCD
LANGKAH 3(10 minit)
Edaran lembaran kerja aktiviti mewarna juadah hari raya.Contoh :-ketupat
1. Murid melaksanakan aktiviti mewarna berdasarkan gambar juadah Hari Raya yang diedarkan oleh guru.
Media : slide, LCDNilai : kerjasama, keberanian KBT : kemahiran menjana ideaEMK : kreatif dan inovatifBBB: lembaran kerja (lampiran 2)
PENILAIANMurid bercerita tentang salah satu amalan yang diamalkan ketika menyambut Hari Raya Aidilfitri dan menyatakan kelebihan amalan tersebut.
Nilai Murni:MenghargaiIlmu: budaya di hari rayaEMK: kreatif dan inovatif
PEMULIHAN1.1 Murid dipaparkan sekali
lagi slaid perkataan,1.2 Guru mengeja dan
membaca perkataan di dalam slaid sambil murid mengikuti setiap sebutan guru.
2.Murid mendengar dan menulis jenis juadah hari raya yang mereka ketahui.
PENGGAYAAN1.Murid membina ayat tunggal atau ayat majmuk berdasarkan gambar yang diberikan.
PENUTUP(5 minit)
1. Murid dipaparkan sekali lagi dengan video “suasana di hari raya ” dan menyanyi bersama dengan aksi.
Media : paparan komputer, pembesar suara, LCDNilai : bekerjasamaKBT : kecerdasan pelbagai