Download - Rph Kumpulan 2
RANCANGAN PELAJARAN HARIAN BAHASA MALAYSIA
TEMA Kebudayaan,Kesenian dan Estatika
TAHUN Tahun 6 Gemilang
TAJUK Kesenian Makyung
MASA 8.15-9.15 am
STANDARD PEMBELAJARAN
1.3.1
OBJEKTIF
1. Murid dapat memberikan respons terhadap 3 arahan berdasarkan ayat perintah dengan ulasan yang sesuai dan betul.
AKTIVITI
1.Murid menjalankan aktiviti ‘Cabutan Bertuah’
2.Murid membaca ayat yang telah di pilih daripada kotak.
Tolong beritahu rakan-rakan kamu bahawa petang ini kita akan
mengadakan latihan Makyung.
3.Murid dengan pasangan akan memilih kad yang lain daripada kotak.
4.Murid membaca ayat perintah dan pasangannya akan memberikan
respons dengan lisan atau gerak laku.
Tolong terangkansedikit tentang persembahan Makyung.
Makyung ialah ..........
5.Murid menuturkan ayat perintah yang lain .
Harap kamu dengar muzik Makyung dengan teliti.
Sila ikut gerakan yang saya lakukan.
6.Murid dibahagikan kepada 2 kumpulan – Kumpulan A membina ayat
Perintah dan Kumpulan B memberikan respons.
PENGISIAN KURIKULUM
Ilmu : Sejarah
Nilai : Hemah tinggi
EMK : Kreativiti dan Inovasi
KB : Membuat gambaran mental
RANCANGAN PELAJARAN HARIAN BAHASA MALAYSIA
TEMA Sains, Teknologi dan Inovasi
TAHUN Tahun 6 Gemilang
TAJUK Kereta Idamanku
MASA 8.15-9.15 am
STANDARD PEMBELAJARAN
3.7.2
OBJEKTIF
1. Murid-murid dapat menghasilkan penulisan imaginatif dan deskriptif dengan bahasa yang menarik.
1.Murid melawat kawasan parkir kereta di sekolah.
2.Murid bercerita tentang kereta yang terdapat di parkir tersebut.
3.Murid membina peta minda (bubble map) untuk mecari ciri-ciri kereta idaman mereka dalam kumpulan contoh, jenama,warna,bentuk,harga,keistimewaan dan sebagainya.
4.Murid membentangkan hasil yang dibincangkan dalam peta buih mengikut kumpulan
5. Murid diberi peluang melihat hasil kerja kumpulan lain dengan memberikan komen pada peta buih yang dipaparkan.
6.Murid membina rangka karangan.
7. Murid menulis karangan, “Kereta Idaman Saya”
KURIKULUM
Ilmu : sains dan teknologi
Nilai : bekerjasama
EMK : Kreativiti dan Inovasi
KB : Membuat gambaran mental
Bersenam merupakan aktiviti yang melibatkan pergerakan anggota tubuh badan ataupun psikomotor. Aktiviti ini boleh dilakukan dengan cara berjoging, berjalan dan melakukan regangan serta lompatan. Banyak kelebihan jika kita melakukan amalan bersenam.
Antara faedah bersenam ialaah menyihatkan tubuh badan. Sebagai contoh melalui aktivitii berjoging, badan kita akan mengeluarkan peluh. Oleh itu, badan kita akan terasa segar dan sentiasa sihat tanpa sebarang penyakit seperti diabetes dan masalah jantung.
Selain itu, aktiviti bersenam merupakan kegiatan riadah yang boleh mengurangkan tekanan perasaan ataupun stres. Setelah penat belajar di dalam kelas, kita boleh mengurangkan tekanan tersebut dengan mengikuti aktiviti Pendidikan Jasmani contohnya berlari dan melompat. Kesannya sudah pasti kita akan kembali bersemangat untuk mengikuti pelajaran di dalam kelas.
Seterusnya, apabila kita melakukan akiviti bersenam, kita mengelakkan diri daripada gejala sosial misalnya melepak dan ponteng sekolah. Contohnya selepas waktu persekolahan, kita boleh berjoging dan bermain futsal. Ini dapat mengelakkan daripada masa kita terbuang dengan sia-sia.
Rancangan Mengajar Bahasa Malaysia Tahun 6
Tema : Kesihatan
Tajuk : Bersenam
S.P : 2.2.3
Objektif : Murid-murid dapat membaca dan memahami ayat yang mengandungi perkataan
berimbuhan yang terdapat dalam teks.
Aktiviti : Beberapa orang murid membaca teks secara individu.
: Murid-murid menyenaraikan perkataan berimbuhan yang terdapat dalam teks.
: Beberapa orang murid membaca ayat yang mengandungi perkataan berimbuhan
dan menerangkan maksud perkataan berimbuhan tersebut.
: Menulis ayat daripada beberapa perkataan berimbuhan tersebut.
EMK : Kreativiti dan Inovasi
Penilaian PdP : Murid-murid membaca dan memahami perkataan berimbuhan daripada bahan
yang diberi.
BBM : Slaid
Rancangan Mengajar Bahasa Malaysia Tahun 6
Tema : Kebersihan
Tajuk : Cara Menjaga Kebersihan
Kelas : Tahun 6 Arif
Masa : 8.30 -9.30 pagi
S.P : 3.2.6 Menulis teks prosa dan puisi secara mekanis dengan betul dan kemas
Objektif : Murid-murid dapat menulis prosa pantun 4 kerat dengan betul.
Aktiviti : i . Soal jawab mengenai pantun 4 kerat
: ii. Murid dibahagikan kumpulan dan membaca pantun yang dipaparkan.
: iii. Adakan perbincangan mencari maksud pantun
: iv. Ahli kumpulan menyatakan maksud pantun secara lisan.
: v. Latihan bertulis
EMK : Kreativiti dan Inovasi
Penilaian PdP : Murid-murid dapat memprosakan pantun
BBM : Slaid pantun dan lembaran kerja
PANTUN KEBERSIHAN SEKOLAH
Pergi belanja ke Kuala Pilah,Singgah sebentar di kedai Ah Fatt,
Jika sekolah bersih dan indah, kita akan mendapat manfaat.
Pergi membeli belah ke Juasseh,Pergi bersama keluarga nyonya,
Jika ingin menjadi sekolah terbersih Buang sampah pada tempatnya
Pergi kepasar membeli buah-buahan,
Pergi bersama ibu Raudah,Tanamlah pohon dan jaga kebersihan,Agar sekolah kita nyaman dan indah.
Pergi bermain kerumah Asih,
Tidak lupa membeli jamu,Jika lingkungan sekolah kita bersih,
Agar mudah mendapat ilmu.
RANCANGAN PELAJARAN HARIAN BAHASA MALAYSIA
TEMA Alam Sekitar dan Teknologi Hijau
TAHUN 6
TAJUK Kura-kura dan monyet
MASA 8.15 – 9.15 pagi
STANDARD PEMBELAJARAN
4.2.2 Mengujarkan cerita menggunakan bahasa yang indah dan ayat
yang gramatis untuk menyampaikan idea dengan bahasa badan
yang santun.
OBJEKTIF
Pada akhir pdp, murid-murid dapat bercerita menggunakan bahasa yang indah dan ayat yang gramatis untuk menyampaikan idea dengan bahasa badan yang santun.
AKTIVITI
1. Guru menunjukkan gambar “ monyet dan kura-kura “.
2. Murid-murid bercerita tentang haiwan tersebut.
3. Murid-murid diberi teks cerita.
4. Murid-murid membaca cerita secara mekanis.
5. Murid-murid dibahagikan kepada 4 kumpulan untuk berbincang tentang kesudahan cerita.
6. Murid bercerita dalam kumpulan kecil tentang cerita yang dibaca.
PENGISIAN KURIKULUM
Ilmu : Pendidikan Moral
Nilai : Bekerjasama, rajin
EMK : TMK
KB : Membaca secara mekanis
Kura-kura dan monyet
Pada zaman dahulu, seekor kura-kura dengan seekor monyet adalah sahabat baik. Kura-kura suka bercucuk tanam sedangkan monyet pula asyik merayau dari sebatang pokok ke sebatang pokok kerana mencari makanan.
Setelah lama menunggu, buah pisang tanaman kura-kura pun masak. Kura-kura berusaha untuk memetik buah pisangnya tetapi gagal. Lalu, ia meminta tolong pada monyet. Apalagi, betapa seronoknya monyet mendapat makanan kegemarannya itu. Ia tidak menghiraukan kura-kura yang asyik menunggu di bawah pokok itu. Monyet mencampakkan kulit-kulit pisang yang dimakannya itu ke bawah pokok.
Kura-kura sangat marah.Hilang sabar menyebabkan kura-kura mencari pokok-pokok berduri, lalu diletakkannya di pangkal pokok pisang itu. Ia ingin mengajar kawannya yang hanya mementingkan diri sendiri.
Setelah kenyang, monyet melompat turun daripada pokok. Kakinya telah tertusuk duri tajam dan mengaduh kesakitanlah ia. Dihempasnya kura-kura ke atas tanah, namun kura-kura tidak merasa sakit.
Apabila kura-kura memberitahu bahawa dia hanya boleh mati kerana air, maka monyet ................................………………………………………………………………………………………………………………………………………………
RANCANGAN PELAJARAN HARIAN BAHASA MALAYSIA
TEMA Kebudayaan, Kesunian dan Estetika
TAHUN Tahun 6 Gemilang
TAJUK Budaya Kita
MASA 7:45 pagi - 8:45 pagi
STANDARD PEMBELAJARAN
1.4.2Berbual tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber menggunakan kata gelaran yang sesuai dalam situasi formal secara bertatasusila.
OBJEKTIF
Pada akhir pengajaran, murid dapat:
i) berbual dengan menggunakan kata panggilan hormat secara simulasi.
AKTIVITI
1. Murid menonton tayangan video yang dipaparkan.
2. Murid diminta mencatat kata panggilan hormat yang didengar dan ditonton daripada watak melalui tayangan video tersebut.
3. Guru bersoal jawab berdasarkan video yang ditonton.
4. Secara berkumpulan, murid diminta berbincang untuk melakonkan semula watak berdasarkan video yang ditonton pada awal pembelajaran.
5. Setiap kumpulan diminta berlakon berdasarkan video yang ditonton menggunakan kata panggilan hormat yang sesuai di hadapan kelas mengikut kreativiti masing-masing.
PENGISIAN KURIKULUM
Ilmu : Pendidikan Moral
Nilai : Kerjasama
EMK : Kreativiti dan inovasi
KB : menghubung kait, menganalogi, menjana idea
Contoh Skrip Lakonan
Tan Sri Devarajan : Datuk, apakah pandangan Datuk tentang persiapan majlis kita ini?
Datuk Paduka Johari : Saya fikir persiapan ini ialah yang terbaik pernah kita lakukan,
______________.
Tan Sri Devarajan : Tahniah ____________ kerana dapat mengetengahkan budaya seni
warisan dengan amat baik.
Tuan Haji Masri : Terima kasih, ___________. Kejayaan ini hasil kerjasama penduduk
taman.
Datin Chew Mei Ling : ____________, kejayaan juganberpunca daripada sokongan padu
______________ dan _______________ serta semua
_____________.
RANCANGAN PELAJARAN HARIAN BAHASA MALAYSIA
TEMA Alam Sekitar dan Teknologi Hijau
TAHUN 6 Mawar
TAJUK Dialog – Ular telan manusia
MASA 8.45 – 9.45 pagi
STANDARD PEMBELAJARAN
2.3.1 Membaca sesuatu bahan yang mengandungi pelbagai jenis ayat dan ragam ayat secara mekanis
OBJEKTIF
Pada akhir PdP murid dapat :
i) membaca dialog dengan sebutan dan intonasi yang betul
AKTIVITI
1. Murid ditunjukkan gambar berkaitan ular.2. Murid bersoal-jawab tentang kebahayaan ular.3. Murid membaca petikan dialog yang diedarkan oleh guru secara
senyap.4. Murid membaca dialog secara kelas dan kumpulan.5. Murid dipilih secara berpasangan untuk membaca dialog. 6. Murid melakonkan dialog di hadapan kelas. 7. Murid jawab soalan pemahaman berpandukan petikan.8. Murid baca jenis ayat yang diberi dan mengkategorikan ayat-ayat
PENGISIAN KURIKULUM
Ilmu : Sains.
Nilai : Mementingkan keselamatan dan bertanggungjawab
EMK : TMK
telur yogurtdaging susu
Baca petikan di bawah
Gopal : Eh, awak ingat lagi tak tentang berita manusia ditelan ular sawa
tempoh hari !
Samat : Mestilah! Sampai sekarang saya masih terbayang-bayang gambar
yang tersiar dalam akhbar tu. Eee...........ngerinya !
Chan : Tapi yang peliknya, lepas kejadian tu tak putus-putus keluar cerita tentang ular sawa dalam akhbar.Ular sawa telan ayamlah, telan kambinglah, dan macam-macam lagi.
Samat : Apa yang peliknya, Chan. Memanglah berita sensasi macam tu
disukai oleh orang ramai. Jadi wartawan pun jalankanlah tugas
mereka untuk mencari cerita-cerita sedemikian !
Gopal : Agaknya tak lama lagi ada pula berita tentang ular sawa telan
Gajah. Haa, masa itu barulah heboh satu dunia ! Adakah awak tahu ular sawa merupakan sejenis haiwan yang dilindungi ?
Samat : Tahu. Baru semalam Cikgu Lina beritahu.
Gopal : Yalah, selama ni saya tak tahu pun yang kita boleh didakwa jika
mencedera atau membunuh ular.
Chan : Hukumannya berat juga. Kita boleh kena denda hingga RM 3 000
atau penjara!
Samat : Kita juga boleh dikenakan kedua-duanya sekali !
Gopal : Kalau macam tu, apabila jumpa ular sawa, cepat-cepatlah lari. Jangan cuba-cuba nak pukul atau bunuh.
Chan : Kenapa ? Kamu takut ke ?
Samat : Awak ni tak faham ke, Chan? Nanti terlepas masuk mulut ular
sawa, awak kena masuk penjara pulak !
Baca ayat di bawah dengan sebutan dan intonasi yang betul. Kemudian, kategorikan ayat –ayat tersebut.
Sampai sekarang saya masih terbayang-bayang gambar yang tersiar dalam akhbar tu.
Adakah awak tahu ular sawa merupakan sejenis haiwan yang dilindungi ?
Eh,awak ingat lagi tak tentang berita manusia ditelan ular sawa tempoh hari !
Jangan cuba-cuba nak pukul atau bunuh.
Ayat penyata
Ayat perintah
Ayat seruan
Ayat tanya
Baca ayat-ayat tersebut dengan sebutan dan intonasi yang betul
Sampai sekarang saya masih terbayang-bayang gambar yang tersiar dalam akhbar tu.
Adakah awak tahu ular sawa merupakan sejenis haiwan yang dilindungi ?
Eh,awak ingat lagi tak tentang berita manusia ditelan ular sawa tempoh hari !
Jangan cuba-cuba nak pukul atau bunuh.