RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN MATEMATIK PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI SKKB 2012
Tarikh : 14 OGOS 2012
Mata Pelajaran : Selasa
Hari : Khamis
Masa : 8.45 a.m – 9.45 a.m (1jam)
Kelas : Arif
Kategori Murid : Masalah Pembelajaran
Bilangan Murid : 6 orang murid (2 perempuan dan 4 orang lelaki)
Tajuk : Masa dan waktu
Fokus : Mengenal masa (jam) dan waktu (pagi, tengahari, petang, malam)
Kemahiran : 6.1 Mengenal waktu dalam unit jam
6.1.1 Mengenal nombor pada muka jam
6.1.2 Mengenal jarum panjang dan jarum pendek
6.1.3 Membezakan waktu.
6.1.4 Menyatakan masa
Pengetahuan sedia ada : Murid telah biasa melihat dinding jam dirumah
Hasil Pembelajaran : Di akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat:
1. Menyebut masa (jam) dalam sistem 12 jam sekurang-
kurangnya 3 daripada 5 waktu dengan betul.
2. Menunjukkan waktu (jam) dalam sistem 12 jam
sekurang-kurang 3 daripada 5 waktu
3. Murid dapat menyusun aktiviti yang sesuai dilakukan
mengikut masa.
Penyerapan Mata Pelajaran:
1. Bahasa Inggeris
2. Pendidikan Seni Visual
3. Pendidikan Islam
Oleh: Mohd Sabri Bin A Rahman Page 1
4. Pendidikan Muzik
5. Sains
6. Pendidikan Jasmani
7. Pendidikan Moral (nilai-nilai murni)
Penggabung jalinan :
1. Mendengar
2. Menyebut
3. Membaca
4. Menulis
5. Mewarna
6. Bergerak
Unsur Terapi :
1. Pengamatan
2. Pendengaran
3. Pertuturan
4. Cara Kerja
5. Psikomotor Halus.
Penyerapan Nilai :
1. Mendengar arahan guru
2. Konsentrasi
3. Teliti
4. Disiplin
5. Menepati masa
Oleh: Mohd Sabri Bin A Rahman Page 2
KBKK : Mengenal pasti,membanding beza dan menghubung kait
Bahan Bantu Mengajar(BBM) :
1. Jam
2. Kad nombor
3. Alatan Mewarna
4. Lembaran Kerja
5. Muzik – lagu.
6. Model jam.
Oleh: Mohd Sabri Bin A Rahman Page 3
LANGKAH ISI KANDUNGANAKTIVITI PEMBELAJARAN DAN
PENGAJARANCATATAN
Set
Induksi
(5minit)
1. Pengenalan Tajuk
Murid diminta
menyanyi lagu ”
Bangun Pagi
Lirik 1"Bangun Pagi"
Bangun Pagi Gosok Gigi,
Cuci Muka Terus Mandi,
Pakai Baju Minum Susu,
Salam Ayah Dan Ibu,
Pergi Sekolah Jalan Kaki,
Jumpa Cikgu
1. Guru menyanyi dan murid mengikut
nyanyian guru. (modifikasi pertuturan)
2. Murid-murid menyanyi bersama dan
meniru gaya guru. (modifikasi
pergerakan, pertuturan)
3. Guru mengaitkan lagu dengan
pembelajaran hari ini iaitu waktu bangun
pagi dan amalan-amalan yang wajib
dilakukan setiap hari. (modifikasi
pengurusan diri dan tingkah laku)
4. Guru cuba menutup lampu (suasana
kelas jadi gelap petanda malam) dan
menghidupkan kembali suiz lampu kelas
(suasan kelas cerah petanda siang).
- Pendekatan pengajaran sains
Teknik
Nyanyian dan pergerakan
Terapi
Pendengaran
penglihatan
Pertuturan
Nilai
Mendengar Arahan Konsentrasi
Kerjasama
BBM-Gambar suasana
Oleh: Mohd Sabri Bin A Rahman Page 4
Depan Pintu,Selamat Pagi
Cikgu Sa'amah,Selamat Pagi Cikgu Aishah,
Rajin Belajar Cikgu Ajar,
Pandai Tulis, Pandai Lukis,
Pandai Nyanyi, Baca Buku,
Semua Orang Suka Hati,
Kalau Kita Rajin Usaha,Ibubapa Gembira,
Mari Kawan Sama-Sama,
Pasti Kita Berjaya !
(fenomena siang dan malam).
Memodifikasi pemahaman/
pengurusan masa murid masalah
pembelajaran tentang aktiviti-
aktiviti yang tepat sesuai
dilakukan.
TKP
Muzik
Kinestetik
Verval-linguistik
KBKK
Membuat gambaran mental
Kemahiran
Menyebut
Meniru gaya (pergerakan)
Oleh: Mohd Sabri Bin A Rahman Page 5
Langkah 1
(20 Minit)
1. Aktiviti 1
Pengenalan
tentang unit dalam
waktu
-unit jam
-pagi, tengahari,
petang, malam.
1. Guru menunjukkan jam loceng di
hadapan kelas.
2. Murid melihat dan menyentuh model
jam yang ditunjukkan oleh guru.
(modifikasi pengamatan melalui
sentuhan)
3. Guru menunjukkan komponen jam
kepada murid.
4. Guru menunjukkan nombor-nombor
yang terdapat pada muka jam dan murid
menyebut.
5. Murid memberi respon mengenai
penerangan guru.
6. Guru meminta murid untuk mengebut
nombor secara berkumpulan pada jam
bermula dari nombor 1 hingga nombor
Teknik
Penerangan soal Jawab
Terapi
Penglihatan, Pertuturan,
Pendengaran
KBKK
Menghubung kait
Mengenal pasti
Nilai
Teliti, Mendengar arahan, disiplin
TKP:
Kinestetik
Oleh: Mohd Sabri Bin A Rahman Page 6
12 dan seterusnya secara individu dan
kemudian dari nombor 12 hingga 1
(menurun)
7. Murid mengikut arahan guru dengan
teliti.
8. Guru memberitahu murid tentang jarum
jam, jarum minit, dan jarum saat.
(modifikasi)
(loceng jam berbunyi meransang murid
untuk fokus semasa P&P- modifikasi
kepekaan)
9. Guru menerangkan waktu pagi,
tengahari, petang, malam.
10.Guru menerangkan aktiviti yang sesuai
dilakukan mengikut waktu.
Muzik (bunyi jam)
InterpersonaI
kontekstual
Kemahiran
Mengingati, mengenal
BBM
Jam loceng
Gambar
1. Guru mengagihkan murid pinggan kertas
Oleh: Mohd Sabri Bin A Rahman Page 7
Langkah 2
(20 Minit)
Aktiviti 2
1. Membuat model
jam dinding
setiap seorang.
2. Guru meminta murid untuk membentuk
model jam dinding seperti yang
ditunjukkan beserta lekatan nombor 1-12
3. Murid membentuk model jam dinding
mengikut contoh jam yang disediakan
oleh guru.
4. Guru menunjukkan satu persatu langkah
melukis nombor dan jam pada pinggan
kertas.
5. Guru membekalkan lukisan yang belum
diwarnakan dan menyuruh murid
melukis jam dan mewarna berdasarkan
contoh yang diberi dan mengikut tahap
keupayaan murid.
6. Murid-murid menerima tugasan yang
diberikan oleh guru dan mewarna
mengikut contoh yang diberi mengikut
Teknik
Aktiviti melukis dan mewarna
Terapi
Psikomotor Halus
Pengamatan
seni
Nilai
Teliti, cermat, kreatif dan berusaha,
menepati masa.
KBKK
Membuat gambaran Mental
BBM
Kertas
Model jam
Oleh: Mohd Sabri Bin A Rahman Page 8
masa yang ditetapkan.
7. Tugasan disiapkan oleh murid mengikut
masa yang ditetapkan. (modifikasi
pengurusan masa)
Pen majis
Pelekat nombor
Kemahiran
Menampal, melukis, mewarna
Langkah 3
(15 Minit)
Aktiviti 3
Lembaran kerja
a) Menulis waktu
jam
berdasarkan
gambar jam
yang betul
b) Menentukan
masa (pagi,
tengahari,
petang dan
malam)
berdasarkan
gambar yang
terpapar pada
1. Guru mengedarkan lembaran kerja yang
mengandungi gambar jam yang tidak
lengkap.
2. Murid menerima lembaran kerja yang
diberikan oleh guru
3. Guru meminta murid untuk menulis
waktu jam berdasarkan pada model jam
yang disediakan. (Modifikasi BBM)
4. Murid melaksanakan arahan yang
diberikan. (Modifikasi disiplin)
5. Guru membimbing murid yang lemah
dalam menyiapkan lembaran kerja.
6. Murid memberi respon positif kepada
Teknik
LatihTubi, Psikomotor Halus
Nilai
Berusaha, Teliti, Tekun.
KBKK
Menghubung kait
BBM
Lembaran Kerja
Pen Majis
TKP:Visual ruang
Interpersonal
Oleh: Mohd Sabri Bin A Rahman Page 9
lembaran kerja. guru. (modifikasi tingkah laku melalui
pujian)
intrapersonal
Kemahiran
menulis
Penutup
(5 Minit)
1. Mengimbas
kembali
2. Penutup Sosial
1. Guru meneliti hasil kerja murid dan
memberi markah secara verbal dan
bertulis.Pujian diberi. (Modifikasi
tingkah laku melalui pengukuhan)
2. Guru membuat ringkasan tentang
pengajaran pada hari ini dengan
meminta murid menyebut kembali waktu
pada model jam. (Modifikasi daya
ingatan)
3. Murid memberikan ganjaran pujian atas
pencapaian dan penglibatan mereka
dalam pengajaran dan pembelajaran.
(Modifikasi tingkah laku melalui
pengukuhan)
Teknik
Soal Jawab
Penerangan
Terapi
Pertuturan
Nilai
Mendengar
Arahan
KBKK
Membanding beza
Oleh: Mohd Sabri Bin A Rahman Page 10
TKP-Kinestetik, Verbal- linguistik
Refleksi Secara keseluruhan, proses pengajaran dan pembelajaran berjalan lancar . Murid dapat mengenali
komponen jam dengan tepat . Murid dapat menentukan waktu pagi, tengahari , petang dan malam.
Daripada keseluruhan murid yang dapat menjawab latihan masa yang diberikan melalui lembaran kerja.
Proses pengajaran mencapai objektif tambahan pula setiap modifikasi yang dilakukan dapat mengubah,
meningkatkan, dan membaiki murid daripada negatif kepada positif terutama dari segi tingkah-laku dan
pemahaman mereka. Daripada RPH ini terdapat elemen-elemen modifikasi yang telah saya jalankan.
Ianya adalah berkaitan dengan:
1. Modifikasi strategi pengajaran
2. Modifikasi tingkah-laku
3. Modifikasi pengamatan
4. Modifikasi pertuturan
5. Modifikasi pendengaran
6. Modifikasi pengurusan masa
7. Modifikasi BBM
8. Modifikasi Set Induksi
9. Modifikasi disiplin
10.Modifikasi susun atur meja
11.Modifikasi kepekaan (ransangan atau tindak balas)
Oleh: Mohd Sabri Bin A Rahman Page 11
Oleh: Mohd Sabri Bin A Rahman Page 12
Daripada RPH ini terdapat elemen-elemen modifikasi yang telah saya jalankan. Ianya
adalah berkaitan dengan:
1. Modifikasi strategi pengajaran
a. Dalam kelas murid pendidikan khas, pengajaran secara konvensional
tidak sesuai diaplikasikan. Strategi yang digunakan memerlukan
pengubahsuaian mengikut aras kognitif, fizikal, sosio dan emosi mereka.
sebagai contoh menggunakan pendekatan yang sesuai iaitu pendekatan
secara elektif yang mana fleksibel dan berfokus kepada apa yang sesuai
dengan murid pendidikan khas.
2. Modifikasi tingkah-laku
a. Modifikasi tingkah-laku adalah tindakan yang sangat penting dalam
memupuk tingkah laku yang posotif di kalangan murid pendidikan khas.
Melalui peningkatan tingkah laku seperti tingkah laku distruktif dan
distruptif dapat membantu guru-guru mencapai objektif semasa P&P.
3. Modifikasi pengamatan
a. Murid dapat menambahkan daya pengamatan mereka terhadap sesuatu
agar dapat mengembangkan tahap kognitif mereka.
4. Modifikasi pertuturan
a. Dengan menggalakkan mereka untuk memberi respon dalam kelas akan
menggalakkan mereka berkomunikasi secara tidak langsung mereka
dapat meningkatan pertuturan mereka, boleh membetulkan sebutan
dalam percakapan agar lebih jelas.
5. Modifikasi pendengaran
a. Dapat membantu mereka untuk mendengar dengan lebih jelas dan dapat
mentafsirkan sebutan.
Oleh: Mohd Sabri Bin A Rahman Page 13
6. Modifikasi pengurusan masa
a. Meningkatkan tahap pengurusan masa mereka dalam pelbagai perkara
dan usaha menguruskan diri.
7. Modifikasi BBM
a. Memudahkan murid pendidikan khas memahami dengan mudah mata
pelajaran yang diajar.
8. Modifikasi Set Induksi
a. Set induksi yang menarik dalam mengekalkan fokus murid untuk
meneruskan penglibatan mereka dalam P&P.
9. Modifikasi disiplin
a. Menyamai modifikasi tingkah laku tetapi lebih kepada membentuk jati diri
sebelum, semasa dan selepas P&P.
10.Modifikasi susun atur meja
a. Kedudukan meja disusun mengikut kesesuaian agar memudahkan
pergerakan murid-murid dan mengembangkan pemikiran mereka.
11.Modifikasi kepekaan (ransangan atau tindak balas)
a. Mengurus murid agar sentiasa peka dengan arahan, peka dengan
persekitaran dan peka dengan pembelajaran.
Oleh: Mohd Sabri Bin A Rahman Page 14
REFLEKSI
Tanggal 14 Ogos 2012 saya telah mengadakan sesi pengajaran bagi memenuhi
KKBI dengan menjalankan sesi pengajaran matematik sosial semasa menjalani sesi
PBS. Dengan menerapkan modifikasi dalam pembelajaran segalanya memerlukan
perincian yang memenuhi keperluan untuk mengubah kebiasaan pada murid
bermasalah pembelajaran kepada suatu tahap untuk membolehkan mereka mencapai
objektif dalam P&P yang dikendalikan oleh guru. Mengikut Dewan Bahasa dan Pustaka
istilah modifikasi ialah proses dari segi perbuatan atau tindakan yang boleh mengubah
sedikit sesuatu daripada keadaan atau sifat asal supaya sesuai dengan keperluan atau
situasi, sifat, dan tujuan yang dikehendaki dan memodifikasi adalah proses
pengubahsuaian. Oleh itu, RPH yang dirancang untuk sesi P&P ini memerlukan
elemen modifikasi sebagai kekuatan dalam meningkatkan kualiti pemahaman atau
pencapaian objektif dalam sesi P&P yang dijalankan walaupun murid yang diajar adalah
murid bermasalah pembelajaran. Proses modifikasi inilah bertujuan untuk
memulihkan kekurangan murid-murid masalah pembelajaran ini. Jika modifikasi
yang dibuat memenuhi kriteria dalam mengubah tingkah laku mereka, meningkatkan
tahap pemahaman mereka dalam P&P, serta memberi mereka motivasi untuk
mereka berusaha dengan sedaya mungkin walaupun mempunyai tahap kognitif yang
terbatas berbanding murid yang normal.
Hasil daripada P&P yang dijalankan, kekuatan yang dapat dikatakan ialah
melalui aktiviti-aktiviti yang dirangka dalam Rancangan Pengajaran Harian adalah
berkesan dan menarik. Hal ini kerana, semasa sesi P&P dijalankan menggunakan
RPH ini murid masalah pembelajaran yang mengikutinya memberi perhatian yang
penuh walaupun sukar memahami secara mendalam tetapi masih lagi dikira baik
ekoran dari tahap kognitif mereka yang terbatas. Melalui pemerhatian saya, murid-
murid yang mengikuti pengajaran tersebut kelihatan teruja dengan pengajaran yang
mereka ikuti mungkin kerana mereka belum lagi mempelajari tajuk matematik yang
berkaitan dengan masa dan waktu. Mereka mungkin mengenali jam tapi mungkin tidak
memahami kegunaan jam sebagai pembantu kepada kehidupan. Melalui pengetahuan
Oleh: Mohd Sabri Bin A Rahman Page 15
kepada masa dan waktu, mereka dengan sendiri dapat memodifikasikan kehidupan
harian mereka dengan kehidupan yang lebih tersusun. Hal ini melibatkan tingkah laku
mereka dalam perkara-perkara yang sesuai dilakukan oleh mereka pada waktu pagi
dan pada jam berapa mereka harus melakukannya tanpa sikap kebergantungan
daripada ahli keluarga untuk menyuruh mereka melakukan untuk mereka. Jika ianya
berlaku maka dapat ditafsirkan bahawa modifikasi yang dibuat adalah mencapai
objektif. Sebagai contohnya, dalam kelas Arif yang terdiri daripada 6 orang murid.
Mereka merupakan murid yang mempunyai tahap kecergasan dari segi kognitif
yang tinggi berbanding murid dari kelas Bestari, Cemerlang, Dinamik dan Efektif. Murid
dari kelas Arif, Program Pendidikan Khas Integrasi ini mempunyai pencapaian kognitif
yang perlahan berbanding murid normal, oleh itu pakar mengesahkan mereka untuk
mereka mendapat tempat di aliran pendidikan khas. Namun apa yang mengagumkan
saya, mereka dengan pantas menjawab soalan-soalan yang ditanya oleh saya
terutama adik Muhamad Hakimi yang aktif bartanya, menjawab serta ringan tulang,
dengan laju dan komited sekali terhadap pengajaran yang berjalan. Hal ini
membuktikan P&P yang dirangka berkesan kepada mereka, tambahan pula ransangan
daripada pengukuhan semasa P&P menambahkan lagi semangat mereka.
Dari segi kelemahan pula, apa yang dapat saya katakan ialah kelas Arif adalah kelas
yang sempit dan tertutup dari kelas-kelas lain, hal ini akan membataskan
pergerakan mereka dan pengembangan mereka untuk memberi komitmen semasa
pengajaran matematik sosial yang melibatkan aktiviti mereka setiap hari. Hal ini dapat
dapat dilihat melalui pemerhatian saya kepada dua orang murid perempuan yang duduk
dibelakang dalam deretan meja yang menghala ke papan putih. Mereka kelihatan pasif
dan menunjukkan aksi pemalu. jika keadaan kelas mereka sedikit luas mungkin
mereka dapat memberi kerjasama saya sama seperti murid-murid lelaki yang lain.
Sebagai penambahbaikannya semasa kelas matematik, mungkin murid sesuai
ditempatkan pada ruangan yang luas sedikit dan susunan meja yang lebih fleksibel
untuk mengurangkan batasan pergerakan mereka. Secara kesimpulannya dapat saya
katakan, hasil daripada pengajaran yang dijalankan adalah berjaya dijalankan terutama
elemen-elemen modifikasi dapat diterapkan disamping menyelitkan pendekatan
Oleh: Mohd Sabri Bin A Rahman Page 16
pengajaran sains dan penggabungjalingan matapelajaran lain agar murid lebih
memahami P&P serta mencapai objektif P&P pada hari tersebut. Di kesempatan ini,
saya juga mengucapkan rasa kesyukuran diatas kerjasama ramai pihak dalam usaha
saya menyiapkan tugasan yang agak “mencabar” ini. Tugasan ini rata-rata mencabar
kami sebagai guru pelatih kerana ianya adalah tersirat dan memerlukan kreativiti dan
pemahaman yang mendalam untuk merangka RPH yang sesuai dengan murid
bermasalah pembelajaran tambahan pula murid berkenaan harus dijalankan proses
memodifikasikan murid bermasalah pembelajaran. Jika modifikasi yang dirangka tidak
bersesuaian P&P yang dijalan tidak berkesan kepada mereka dan tidak mencapai
objektif. Daripada RPH ini terdapat elemen-elemen modifikasi yang telah saya
jalankan. Ianya adalah berkaitan dengan, Modifikasi strategi pengajaran, Modifikasi
tingkah-laku, Modifikasi pengamatan, Modifikasi pertuturan, Modifikasi pendengaran,
Modifikasi pengurusan masa, Modifikasi BBM, Modifikasi Set Induksi, Modifikasi
disiplin, Modifikasi susun atur meja, Modifikasi kepekaan (ransangan atau tindak balas).
Modifikasi yang berjaya dilaksana mencerminkan perancangan pengajaran yang
berkesan.
Akhir kata, jutaan terima kasih kepada ibu bapa, adik dan kakak yang banyak
membantu untuk saya menjalankan PBS tempoh hari, warga pentadbir SK Kuala Besut,
guru-guru pendidikan khas SK Kuala Besut dan murid-murid pendidikan khas yang
komited dan memberi kerjasama kepada saya untuk menyiapkan tugasan ini. Tidak
lupa juga kepada Tn Haji Shukri bin Ismail selaku pensyarah pembimbing dalam
matapelajaran ini. Sekian Terima Kasih.
Oleh: Mohd Sabri Bin A Rahman Page 17
BIBLIOGRAFI
Ragbir Kaur Joginder Singh. (2005). Panduan Ulangkaji Ilmu Pendidikan Untuk Kursus
Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) Sekolah Rendah Dan Menengah. Kumpulan
Budiman.
Mok Soon Sang. (2008). Ilmu Pendidikan Untuk KPLI (Sekolah Rendah: Komponen 1 &
2), Psikologi Pendidikan & Pedagogi, Penerbitan Kumpulan Budiman Sdn.Bhd,
Subang Jaya.
Mohd Zuri Ghani, Aznan Che Ahmad. (2011). Kaedah Dan Strategi Pengajaran Kanak-
Kanak Berkeperluan Khas, Penerbitan Universiti Sains Malaysia.
Rashidi Azizan, Abdul Razak Habib. (1995). Pengajaran Dalam Bilik Darjah Kaedah
Dan Strategi. Penerbitan Masa Enterprise.
Oleh: Mohd Sabri Bin A Rahman Page 18
NamaMurid: ___________________________ Kelas :_______
Suaikan Waktu berpandukan gambar.
Oleh: Mohd Sabri Bin A Rahman Page 19
MALAM
PAGI
MALAM
PETANG
PAGI
Nama :_____________________ Kelas :_______
Tulis masa berdasarkan gambarajah jam berikut.
Oleh: Mohd Sabri Bin A Rahman Page 20