Download - rph minggu 2 bm
Tarikh /Hari: 25 Jun 2015Tahun: 5 DedikasiBilangan Murid: 34Masa: 08.45 - 09.45 pagiMata pelajaran: Bahasa MalaysiaTema: Keindahan SeniTajuk: Nobat Warisan Istana
STANDARD KANDUNGANSTANDARD PEMBELAJARAN
5.1 memmahami dan menggunakan golongan kata dengan betul mengikut konteks5.1.4 memahami dan menggunakan kata kerja aktif transitif fan kata kerja pasif mengikut konteks dengan betul.
Objektif : Pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran ini, murid dapat:i. Mengenal pasti sekurang-kurangnya 2 daripada 3 kata kerja aktif transitif dalam petikan.ii. Mengenal pasti sekurang-kurangnya 5 daripada 6 kata kerja pasif dalam petikan.iii. Membina sekurang-kurangnya 2 daripada 3 ayat tunggal menggunakan kata kerja aktif transitif.iv. Membina sekurang-kurangnya 5 daripada 6 ayat tunggal menggunakan kata kerja pasif.
Sistem BahasaMorfologi : golongan kata (kata kerja aktif transitif dan kata kerja pasif)Siktaksis : membina ayat tunggal menggunakan kata kerja
Pengisian Kurikulum/Elemen Merentas Kurikulum Ilmu : muzik dan kesenian Nilai Murni : menghargai warisan KB: mengenal pasti KP : konstruktivisme BCB: bacaan intensifKonsep 5PPenggabungjalinan : kemahiran menulis dan kemahiran membacaPenyerapan : ilmu kesenian dan kebudayaanPengayaan : mengenal ragam ayatPemulihan : Penilaian : Penilaian Formatif
Bahan Bantu MengajarBil.Bahan bantu mengajarKuantiti
1.Buku teks1
2.Kad gambar2
3.Papan tulis1
4.Kad perkataan9
5.Lembaran kerja34
Pengetahuan sedia ada : murid mengetahui maksud dan penggunaan kata kerja.
Langkah /MasaIsi PelajaranAktivitiCatatan
Set induksi3 minitSoalan :1) Apakah perlakuan yang dilakukan dalam gambar ini?2) Apakah objek yang digunakan dalam perlakuan pada gambar?
Jawapan cadangan :1) Bermain bola, bola disepak, menyepak bola, sepak bola2) Bermain basikal, basikal dikayuh, mengayuh basikal
Perkaitan gambar dengan tajuk pelajaran :1) Sesuatu perlakuan iaitu perbuatan boleh dinyatakan dengan menggunakan ayat dalam bentuk ayat aktif atau ayat pasif.2) Perbuatan diwakili oleh kata kerja
1. Guru melekatkan kad-kad gambar tentang perlakuan iaitu bermain bola dan mengayuh basikal.
2. Guru bersoal jawab dengan murid tentang gambar-gambar tersebut.
3. Guru mengaitkan perlakuan pada kad gambar dengan tajuk pembelajaran hari ini.
BBM Kad Gambar Papan putih
ILMU Pendidikan jasmani
KP Kontekstual Verbal-linguistik
KB Menghubungkaitkan Mengecam Membuat gambaran mental
Langkah 120 minitTeks : rujuk buku teks bahasa Malaysia (muka surat 107 )
Kata kerja aktif transitif :1. Mengekalkan2. Mengikut3. Memakai
Kata kerja pasif :1. Dimainkan2. Digunakan3. Dikenali4. Diperbuat5. Dipatuhi6. Diperturunkan
Takrif
Kata kerja aktif transitif:Kata kerja yang mengandungi objek yang terdiri daripada frasa nama untuk melengkapkan maksudnya.
Kata kerja pasif:Kata kerja yang terhasil daripada proses transformasi atau perubahan ayat aktif menjadi ayat pasif.
1. Guru mengarahkan murid-murid untuk membaca teks nobat warisan istana 2. Guru mengarahkan murid untuk mengenal pasti kata kerja aktif transitif dan kata kerja pasif dalam teks.3. Guru memilih beberapa orang murid untuk menyenaraikan kata kerja aktif transitif dan kata kerja pasif yang ada dalam teks nobat warisan istana4. Guru menerangkan takrif dan maksud kata kerja aktif transitif dan kata kerja pasif. 5. Guru melekatkan beberapa kad perkataan pada papan putih dan mengarahkan murid untuk menyemak jawapan masing-masing.
BBM Buku teks Kad perkataan Papan putih
NILAI MURNI Menghargai warisan
ILMU Kesenian dan kebudayaan
KP Konstruktivisme
BCB Bacaan intensif
KB Mengenal pasti
Langkah 220 minitKata kerja aktif transitif :1.Mengekalkan2.Mengikut3.Memakai
Kata kerja pasif :1.Dimainkan2.Digunakan3.Dikenali4.Diperbuat5.Dipatuhi6.Diperturunkan
Contoh ayat :
1) Wati masih mengekalkan nombor telefon bimbitnya yang lama.2) Siti mengikut keluarganya bercuti ke Thailand.3) Perry suka memakai baju kemeja warna putih.4) Gitar itu dimainkan oleh pemuzik hebat hebat Negara.5) Daun pisang digunakan untuk membungkus nasi lemak.6) Negeri Sarawak dikenali sebagai bumi kenyalang.7) Bakul itu diperbuat daripada rotan.8) Peraturan sekolah haruslah dipatuhi oleh semua murid.9) Ilmu silatnya itu dipeturunkan daripada tok guru silat yang tersohor.
1. Guru mengarahkan murid untuk membina ayat tunggal berdasarkan kata kerja daripada kad perkataan tadi.2. Guru menunjukkan contoh ayat tunggal yang menggunakan perkataan dalam kad perkataan tadi.3. Guru memberikan masa kepada murid selama 10 minit untuk aktiviti membina ayat.4. Guru membimbing murid untuk membina ayat5. Guru menyemak ayat yang dibina oleh murid.6. Guru membetulkan kesalahan binaan ayat murid.
BBM Kad perkataan
BCB Membina ayat
Langkah 310 minitAktiviti lembaran kerja :Rujuk lampiran 2
Jawapan cadangan lembaran kerja :Rujuk lampiran 31. Guru mengedarkan lembaran kerja kepada murid.2. Guru menerangkan arahan dalam lembaran kerja kepada murid.3. Guru memberikan masa selama 10 minit kepada murid untuk menyiapkan lembaran kerja.4. Guru membimbing murid untuk membuat aktiviti dalam lembaran kerja.5. Guru mengarahkan murid untuk menghantar lembaran kerja yang sudah siap.
BBM Papan tulis Lembaran kerja
Penutup5 minitRumusan isi pelajaran:
Takrif dan maksud kata kerja aktif transitif dan kata kerja pasif
Penggunaan kata kerja aktif transitif dan kata kerja pasif dalam ayat.
Jenis-jenis ragam ayat.
Penerapan nilai menghargai warisan Negara.1. Guru merumuskan isi pelajaran dengan menngimbas semula pelajaran pada hari tersebut.2. Guru bertanya semula tentang takrif serta maksud bagi kata kerja aktif transitif dan kata kerja pasif.3. Guru mengingatkan murid untuk mengenali alat muzik warisan Negara dan menghargai warisan Negara.
NILAI MURNI Menghargai warisan