Download - RPH - Perayaan
RANCANGAN PELAJARAN HARIAN BAHASA MALAYSIA
Mata Pelajaran dan Kelas Bahasa Malaysia Tahun 2 Royal
Tema/Tajuk Kebudayaan / Perayaan
Masa 7.30 – 8.30 pagi
Standard Pembelajaran 1.3.1
Objektif Pembelajaran
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat;i. Mendengar dan memberi respons yang sesuai secara lisan
atau gerak laku terhadap arahan berdasarkan ayat perintah jenis silaan.
ii. Bertutur secara lisan atau gerak laku terhadap arahan berdasarkan ayat perintah jenis silaan.
Aktiviti 1. Menuturkan ayat-ayat perintah silaan yang telah didengar daripada rakaman dialog.
2. Main peranan sebagai tetamu dan tuan rumah. 3. Murid mengecam dialog-dialog yang mengandungi ayat
perintah silaan yang bertatasusila dan membetulkan dialog yang kurang sesuai.(rakaman)
4. Murid menutur ayat perintah silaan berdasarkan gambar, slaid powerpoint atau situasi pada komputer .
5. Murid menulis ayat perintah silaan pada kekunci berdasarkan slaid powerpoint dan lembaran kerja.
EMK ILMU - Kajian Tempatan Nilai Murni - berbudi bahasa, hormat - menghormati TMK - belajar melalui TMK
Bahan Bantu Belajar Komputer, slaid powerpoint gambar-gambar tunggal, kad ayat, lembaran kerja
Penilaian Pengajaran dan Pembelajaran
Murid menuturkan ayat-ayat perintah silaan berdasarkan slaid powerpoint yang dipaparkan.
Refleksi 25 orang daripada 30 orang murid telah mencapai objektif P&P.5 orang murid yang belum menguasai akan diberi bimbingan.25 orang murid yang telah menguasai akan diberi latihan pengayaan.