Download - Rpt Pemulihan n Linus Tahun 3 2015
RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNANLITERASI TAHUN 3
MINGGU/TAJUKSTANDARD PELAJARANSTANDARD KANDUNGANLangkahAktivitiCatatan
MINGGU 112-16 JANUARIPERKATAAN SUKU KATA TERBUKA
TEMA :SEKOLAHUNIT 1Mari Bekerjasama
Sistem Bahasa:-kata nama - frasa dan ayat-imbuhan awalan dan akhiran-ayat tunggal
EMK:-kreativiti dan inovasi-TMK belajar melalui TMKSTANDARD PELAJARAN
1. Menyebut dan membaca perkataan suku kata terbuka dengan sebutan yang betul;
1. Mengeja, membaca dan memahami perkataan suku kata terbuka dengan betul;1. Perkataan Suku Kata Terbuka
0. Menyebut membaca dan memahami perkataan suku kata terbuka.
1Tunjukkan kad gambar dan bersoal jawab dengan murid tentang gambar dari segi nama, warna, bentuk dan saiz.Lampiran 1 Kad Gambar:- dadu
2Tunjukkan 4 keping kad gambar yang telah dilubangkan dan sekali lagi bersoal jawab dengan murid.Lampiran 2Kad gambar:- dadu, sudu, petola, rebana
3Tunjukkan pula 4 keping kad perkataan yang telah dilubangkan dan minta murid menyebut perkataan dengan sebutan yang betul dengan bimbingan guru.Lampiran 3Kad perkataan:- dadu, sudu, petola, rebana
4
Berikan kad gambar dan kad perkataan tadi kepada murid. Minta murid mengikat kad gambar dan kad perkataan menggunakan tali untuk mengukuhkan pemahaman tentang maksud perkataan berdasarkan gambar. Perhatikan cara murid mengikat tali. Bimbing murid menggunakan jari untuk mengikat dengan betul. Aktiviti ini melatih murid untuk fokus semasa melakukan tugasan.Lampiran 2 Kad gambarLampiran 3Kad perkataanTali
5Bimbing murid membaca dan mengeja perkataan mengikut suku kata.Lampiran 2Kad gambarLampiran 3Kad perkataan
6Sediakan Kotak Beracun yang mengandungi kad suku kata. Lekatkan kad gambar pada papan tulis.Minta murid cari kad suku kata daripada Kotak Beracun dan lekatkan pada papan tulis berdasarkan gambar dan perkataan yang dipaparkan.Permainan BahasaLampiran 2Kad gambarLampiran 3Kad perkataanLampiran 4Kad suku kata - su, du, da, du, pe, to, la, re, ba, na
Kaedah VAKVisual Penglihatan
Bahan Bantu BelajarKad gambar, kad perkataan, kad suku kata, tali
MINGGU/ TAJUKSTANDARD PELAJARANSTANDARD KANDUNGANLangkahAktivitiCatatan
MINGGU 219-23 JANUARIPERKATAAN SUKU KATA TERBUKAITEMA :SEKOLAHUNIT 2Bantu-membantu Amalan Murni1. Membina dan menulis perkataan suku kata terbuka dengan betul;
1.2 Membina dan menulis perkataan suku kata terbuka.
1Edar 4 keping kad perkataan yang telah ditebuk hurufnya.Lampiran 5Kad perkataan:- guli, ciku, kerusi, perahu
2Minta murid menyentuh perkataan dan menggerakkan jari mengikut bentuk huruf sambil menyebut huruf.Lampiran 5
3Minta murid menekap perkataan dan mewarnakannya menggunakan pensel atau pensel warna.Lampiran 5
4Sediakan bahan maujud yang berbentuk huruf. (huruf mainan).Sebutkan perkataan yang telah dipelajari dan minta murid bina perkataan yang disebut oleh guru daripada huruf-huruf tersebut.Permainan Bahasa Lampiran 6Bahan maujud berbentuk huruf a, i, u, s, d, r, p
5Minta murid mengeja dan membaca perkataan yang telah dibina.
6Minta murid menulis perkataan yang dibina dalam buku latihan atau lembaran kerja.Buku latihan atau lembaran kerja
Kaedah VAKKinestetik - Sentuhan
Bahan Bantu BelajarKad perkataan yang telah ditebuk, bahan maujud (huruf mainan), buku latihan atau lembaran kerja
MINGGU/TAJUKSTANDARD PELAJARANSTANDARD KANDUNGANLangkahAktivitiCatatan
MINGGU 3PERKATAAN SUKU KATA TERBUKATEMA :SEKOLAHUNIT 3Muafakat Membawa Berkat
Sistem Bahasa:- ayat perintah-Diftong, vokal berganding- Penjodoh bilangan- Frasa nama- Frasa kerja- Frasa adjektif- kata nama am hidup bukan manusia
Kosa kata
EMK:-kreativiti dan inovasi-TMK belajar melalui TMK
STANDARD PELAJARAN
1. Membaca dan memahami ayat tunggal yang mengandungi suku kata terbuka; dan;;
Membaca dan memahami ayat tunggal yang mengandungi perkataan sukukata terbuka.
1Pamerkan kad ayat dan minta murid membaca mengikut bacaan guru.Lampiran 7Kad ayat: Beca bapa ada tiga roda.
2Sebut ayat dan minta murid menyebut semula (mengajuk) ayat yang didengar.Lampiran 8 Ibu cuci sudu besi. Saya suka baca buku. Bapa palu rebana ubi.
3Bersoal jawab dengan murid untuk memahami maksud ayat yang dibaca.
4Bimbing murid membaca ayat tersebut (ayat tunggal) dengan sebutan dan intonasi yang betul. Lampiran 8
5Minta seorang murid membaca ayat tunggal yang diberi manakala rakan lain mendengar dan membaca semula ayat yang didengar secara latih tubi.Lampiran 8
6Bahagikan murid kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan terdiri daripada 6 orang ahli.Minta murid berdiri dalam satu barisan. Bisikkan ayat kepada murid pertama, kemudian murid tersebut akan bisikkan kepada murid ke-2. Murid kedua pula akan bisikkan kepada murid ke-3 dan seterusnya secara rantaian.Minta murid terakhir ucapkan ayat yang didengar secara kuat. Kumpulan yang dapat menyebut ayat dengan tepat merupakan pemenang.Permainan Bahasa: Bisikan Cinta.
Ayat Cadangan:- Bapaku beli buku baru.- Buku dibeli dari kota.- Buku cerita suka duka.
7Paparkan carta ayat tunggal pada papan hitam. Perdengarkan dan bimbing murid melagukan ayat-ayat tunggal tersebut mengikut rentak lagu Bapaku PulangLampiran 9
Kaedah VAKAuditori- Pendengaran
Bahan Bantu BelajarKad ayat
MINGGU/TAJUKSTANDARD PELAJARANSTANDARD KANDUNGANLangkahAktivitiCatatan
MINGGU 42-6 FEBRUARIPERKATAAN SUKU KATA TERBUKA
TEMA 2KESELAMATAN
Unit 4
Jaga keselamatan Diri
Sistem Bahasa:-kata kerja aktif tak transitif-digraf-konsonan bergabung
EMK:-kreativiti dan inovasi-TMK belajar melalui TMK
5. Membina dan menulis ayat tunggal yang mengandungi suku kata terbuka.Membina dan menulis ayat tunggal yang mengandungi perkataan suku kata terbuka.
1Bahagikan murid secara berkumpulan dan setiap kumpulan diberi kad gambar.Lampiran 10Kad gambar: - orang lelaki palu rebana ubi
2Bersoal jawab dengan murid tentang gambar yang diberi untuk membina ayat.Lampiran 10Kad gambar:- orang lelaki palu rebana ubi
3Edarkan 4 keping kad perkataan. Setiap kumpulan diminta mengikat kad-kad perkataan yang dilubangkan secara berantai untuk membina ayat.Lampiran 11Kad perkataan:- bapa, rebana, palu, ubi
4Edarkan sampul surat yang mengandungi kad-kad perkataan yang lain berserta tali. Minta murid ikatkan tali pada kad-kad tersebut untuk membina ayat. Lampiran 12Kad perkataan dan tali:- Rima, ada, lima, guli, - Guru, beli, kerusi, baharu,- Saya, suka, ciku,- Bapa, baca, buku
5Setiap kumpulan dikehendaki menampal kad-kad perkataan yang diikat tadi pada papan tulis menggunakan pelekat.Pelekat
6
Minta setiap kumpulan baca ayat yang dibina dan gayakan aksi berkaitan ayat sebagai pengukuhan tentang maksud ayat.Lampiran 12Rima, ada, lima, guli, Guru, beli, kerusi, baharu, Saya, suka, ciku, Bapa, baca, buku,
7Minta murid susun perkataan untuk membina ayat tunggal.Lembaran Kerja 1
Kaedah VAKKinestetik Pergerakan dan Sentuhan
Bahan Bantu BelajarKad gambar, kad perkataan, tali, lembaran kerja
MINGGU/TAJUKSTANDARD PELAJARANSTANDARD KANDUNGANLangkahAktivitiCatatan
MINGGU 52-6 FEBRUARIPERKATAAN SUKU KATA TERTUTUP
TEMA 2KESELAMATAN
Unit 5
Panduan Keselamatan
Sistem Bahasaayat tanya-kata tanya-imbuhan akhiran-ayat tunggal susunan biasa-ayat tunggal susunan songsang-kata ganti nama
Aspek Seni Bahasa
EMK:-kreativiti dan inovasi-TMK belajar melalui TMK
1.0 Menyebut dan membaca perkataan suku kata tertutup dengan sebutan yang betul.2.0 Mengeja, membaca dan memahami perkataan suku kata terbuka dengan betul;.2.0 Suku kata Tertutup
2.1 Menyebut, membaca dan memahami perkataan suku kata tertutup. .
1Edarkan 4 keping kadperkataan yang mengandungi huruf timbul yang diperbuat daripada kertas pasir.Lampiran 1 Kad perkataan:- zip, belon, itik, pensel
2Minta murid menyentuh huruf pada kad dengan menggunakan jari sambil menyebut huruf tersebut.Lampiran 1
3Minta murid mengeja dan membaca perkataan yang dilihat.Lampiran 1
4Minta murid meniru bentuk huruf pada perkataan yang dipelajari menggunakan plastisin dan lekatkan pada kad manila. Kad manila
Plastisin
5Sediakan 4 keping gambar dan lekatkan pada papan tulis.Minta murid lekatkan atau tunjukkan kad manila yang mengandungi perkataan yang dibina daripada plastisin tadi berdasarkan gambar.Lampiran 2
6Sediakan carta Roda Pintar dengan menggunakan kertas mahjong dan lekatkan jarum di tengah-tengah carta.Gunting kertas kotak berbentuk zip, itik, belon dan pensel. Pilih seorang murid dan tutup matanya dengan sapu tangan. Pegang tangan murid dan minta murid sentuh jarum roda itu. Minta murid pusing jarum roda apabila muzik dimainkan. Murid tersebut akan menghentikan pusingan jarum apabila muzik diberhentikan. Minta murid menyentuh kad gambar yang paling hampir dengan jarum. Minta murid meneka gambar dan eja perkataan tersebut dengan betul.Murid yang dapat meneka dan mengeja dengan tepat akan diberi ganjaran.Permainan Bahasa:Roda PintarLampiran 3Contoh Carta Roda Pintar
7Minta murid isi tempat kosong dengan perkataan yang sesuai pada lembaran kerja.Lembaran Kerja 1
Pendekatan VAKKinestetik Sentuhan
Bahan Bantu Belajarkad gambar, kad perkataan, plastisin, Carta Roda Pintar
MINGGU/TAJUKSTANDARD PELAJARANSTANDARD KANDUNGANLangkahAktivitiCatatan
MINGGU 62-6 FEBRUARIPERKATAAN SUKU KATA TERTUTUP
TEMA 2KESELAMATAN
Unit 6
Berwaspada Selalu
Sistem Bahasa:-kata panggilan-kata kerja aktif transitif
EMK:-kreativiti dan inovasi-TMK belajar melalui TMK
3. Membina dan menulis perkataan suku kata tertutup dengan betul.
2.1 Membina dan menulis perkataan suku kata tertutup.
1Nyanyikan lagu Anak Itik Tok Wi bersama-sama murid sambil membuat pergerakan berdasarkan seni kata lagu.Lampiran 4Seni Kata Lagu Lagu Anak Itik Tok Wi.
2Minta murid menyebut perkataan yang disebut oleh guru.Lampiran 5Kad perkataan:- tok, itik, anak, kolam, Ubat
3Edarkan kad perkataan dan bersoal jawab dengan murid untuk mengukuhkan pemahaman tentang perkataan yang disebut tadi.Lampiran 5
4
Sediakan telefon mainan yang diperbuat daripada dua buah tin dan seutas tali mengikut ukuran panjang atau lebar kelas. Setiap tin perlu diikat pada kedua-dua hujung tali. Pilih dua orang murid dan minta mereka memegang tin serta berdiri dengan jarak mengikut panjang tali tersebut. Seorang daripada murid itu diberi beberapa keping kad gambar.Minta murid pertama mengulang perkataan yang dibisik oleh guru melalui tin manakala murid kedua menekap tin pada telinga untuk mendengar dengan teliti. Murid yang kedua perlu menunjukkan kad gambar bagi perkataan yang didengar.Murid yang berjaya menunjukkan gambar yang betul akan diberi ganjaran.Permainan Bahasa:Telefon Karat
Lampiran 5Kad perkataan
Lampiran 6Kad gambar- tok, itik, kolam, ubat
5Perdengarkan rakaman lagu Anak Itik Tok Wi.Edarkan lembaran kerja kepada murid.Minta murid melengkapkan lirik lagu dengan perkataan berdasarkan rakaman yang diperdengarkan.Rakaman lagu Anak Itik Tok Wi
Lembaran kerja 2
6Sediakan 4 set kad perkataan untuk diberikan kepada 4 kumpulan.Berikan kad-kad perkataan tersebut kepada setiap kumpulan.
Arahan permainan:Sebutkan satu perkataan secara kuat. Minta wakil setiap kumpulan mengangkat kad perkataan yang didengar dengan pantas.Minta ahli kumpulan menyebut perkataan tersebut secara kuat.Kemudian tampalkan kad perkataan tersebut pada papan tulis.Kumpulan yang terpantas diberi 2 markah. Ulang semula arahan permainan di atas sehingga semua kad perkataan selesai ditampal.Kumpulan yang mendapat markah tertinggi dikira sebagai pemenang dan diberi ganjaran.Permainan Bahasa:Pat-Pat Siapa Cepat
Lampiran 7Kad perkataan:- datuk, sibuk, itik, betik, anak, jinak, kolam, dalam, ubat, rehat
Pendekatan VAKAuditori Pendengaran
Bahan Bantu BelajarKad gambar, kad perkataan, lembaran kerja, carta lagu, tin dan tali, rakaman lagu Anak Itik Tok Wi
MINGGU/TAJUKSTANDARD PELAJARANSTANDARD KANDUNGANLangkahAktivitiCatatan
MINGGU 7
PERKATAAN SUKU KATA TERTUTUP
TEMA 3KESIHATAN DAN KEBERSIHAN
Unit 7
Sihatkan Tubuh Kita
Sistem Bahasa:-ayat tunggal susunan biasa-ayat tunggal susunan songsang-kata adjektif
Aspek Seni Bahasa
EMK:-kreativiti dan inovasi-TMK belajar melalui TMK
4. Membaca dan memahami ayat tunggal yang mengandungi suku kata tertutup dengan sebutan dan intonasi yang betul.
2.1 Membaca dan memahami ayat tunggal yang mengandungi perkataan suku kata tertutup1Paparkan carta bacaan bergred pada papan tulis dan minta murid membaca secara senyap.Lampiran 8Carta bacaan bergred
2Bimbing murid membaca ayat tunggal yang dipaparkan pada carta bacaan bergred dengan sebutan dan intonasi yang betul.Lampiran 8
3Minta murid membaca secara bergilir-gilir manakala murid lain mendengar dan menyemak bacaan rakan dengan teliti.Lampiran 8
4
Edarkan lembaran kerja dan bimbing murid menjawab soalan untuk mengukuhkan pemahaman murid.Lembaran Kerja 3
5Lekatkan kad ayat pelbagai saiz tulisan pada papan tulis. Pilih murid secara rawak untuk membaca ayat-ayat yang dipaparkan. Perhatikan penguasaan penglihatan murid semasa membaca ayat daripada tulisan bersaiz besar kepada tulisan bersaiz kecil.Lampiran 9Kad Ayat - pelbagai saiz tulisan
6Edarkan lembaran kerja yang mengandungi perkataan tersembunyi dalam petak. Minta murid mewarnakan perkataan yang tersembunyi berdasarkan perkataan yang diberi. Kemudian minta murid menulis semula perkataan yang diwarnakan dalam buku latihan.Lembaran Kerja 4
Pendekatan VAKVisual-Penglihatan
Bahan Bantu BelajarKad gambar, kad perkataan, lembaran kerja, kad ayat, carta ayat bacaan bergred
MINGGU/TAJUKSTANDARD PELAJARANSTANDARD KANDUNGANLangkahAktivitiCatatan
MINGGU 8
PERKATAAN SUKU KATA TERTUTUP
TEMA 3KESIHATAN DAN KEBERSIHANUnit 8Jaga Kesihatan Diri Sistem Bahasa:-ayat tunggal susunan biasa-ayat tunggal susunan songsang-kata adjektif
Aspek Seni Bahasa
EMK:-kreativiti dan inovasi-TMK belajar melalui TMK
1. Membina dan menulis ayat tunggal yang mengandungi suku kata tertutup dengan sebutan dan intonasi yang betul.
2.4 Membina dan menulis ayat tunggal yang mengandungi perkataan suku kata tertutup.
1Tunjukkan kad gambar katak dan minta murid meniru aksi katak melompat sambil mengajuk bunyi katak.Lampiran 10Kad Gambar- katak
2Bersoal jawab dengan murid tentang gambar yang diberi dari segi nama, warna, ciri-ciri dan saiz untuk mengukuhkan pemahaman murid.Lampiran 10
3Sediakan 4 set kad perkataan. Buat 4 stesen ampaian daripada tali di dalam kelas.Bahagikan murid kepada 4 kumpulan. Edarkansatu set kad perkataan kepada setiap kumpulan. Minta murid menyusun perkataan supaya menjadi ayat yang betul. Murid menyepit kad perkataan pada ampaian dengan susunan yang betul.Minta murid membaca ayat tunggal yang telah dibina dengan sebutan dan intonasi yang betul.Ulang langkah tadi bagi setiap kumpulan sehingga semua kad perkataan telah disepit di setiap stesen.Lampiran 11Kad perkataan
Set 1: ini, katak Set 2: ini, katak, puruSet 3: katak, puru, warna, hitamSet 4: katak, suka, lompat, dekat, kolam
Penyepit baju
4
Minta murid menyalin ayat mengikut urutan dalam buku latihan.
5Edarkan lembaran kerja dan minta murid menulis ayat yang dibina dalam bentuk perenggan. Lembaran Kerja 5
Pendekatan VAKKinestetik-Pergerakan
Bahan Bantu BelajarKad gambar, kad perkataan, tali, penyepit baju, lembaran kerja
MINGGU/TAJUKSTANDARD PELAJARANSTANDARD KANDUNGANLangkahAktivitiCatatan
MINGGU 9
PERKATAAN DIFTONG DAN VOKAL BERGANDING
TEMA 3KESIHATAN DAN KEBERSIHAN
Unit 9Badan Sihat Badan Cergas
Jaga Kesihatan Diri
Kosa kata
EMK:-kreativiti dan inovasi-TMK belajar melalui TMK
1. Menyebut, membaca dan memahami perkataan diftong dan vokal berganding dengan sebutan yang betul.
3.1 Menyebut, membaca dan memahami perkataan diftong dan vokal berganding1Tunjukkan 4 keping kad gambar dan bersoal jawab dengan murid tentang gambar dari segi warna, bentuk, saiz dan rasa.Lampiran 1Kad gambar petai, kaloi, paip, kuih
2Pamerkan 4 keping kad perkataan dan bimbing murid menyebut dan mengeja perkataan yang ditunjukkan.Lampiran 2Kad perkataan petai, kaloi, paip, kuih
3Lekatkan kad perkataan pada papan hitam. Minta murid tutup menutup mata kan dengan telapak tangan dan baca perkataan yang ditunjukkan secara individu. Ulang lagi aktiviti di atas dengan menutup mata kiri pula.Kenal pasti murid yang tidak dapat membaca dengan tepat untuk mengesan tahap penguasaan penglihatan mereka.Lampiran 2
4Bahagikan murid kepada dua kumpulan. Setiap ahli dalam kumpulan diberi tali berukuran 24 inci. Paparkan kad perkataan pada papan tulis. Minta setiap kumpulan membentuk perkataan yang ditunjukkan di atas meja menggunakan tali tersebut. Perhatikan ejaan perkataan betul. Minta setiap kumpulan mengeja dan membaca perkataan yang telah dibina.Lampiran 2
5Bahagikan murid kepada dua kumpulan. Agihkan kad gambar dan kad perkataan kepada kumpulan tersebut. Minta wakil kumpulan mencari kad perkataan yang disebut oleh guru dan tunjukkan di hadapan kelas. Minta murid yang lain menyebut perkataan tersebut. Kemudian minta kumpulan yang lain mencari gambar yang berpadanan dengan perkataan yang disebut. Tampal kad perkataan dan kad gambar pada papan tulis. Lampiran 1
Lampiran 2
6
Bimbing murid mengeja dan membaca perkataan yang telah dilekatkan pada papan tulis.
7Berikan batang mancis kepada setiap kumpulan. Minta setiap kumpulan menyusun batang mancis tersebut mengikut bentuk huruf yang dilihat pada kad perkataan.Lampiran 2
Batang mancis
8Sediakan kertas bersaiz kecil dan tulis perkataan pada kertas itu. Masukkan kertas tersebut ke dalam belon. Minta murid meniup belon tersebut sehingga pecah. Murid diminta menyebut perkataan yang terdapat pada kertas di dalam belon yang telah dipecahkan. Permainan Bahasa : Belon AjaibLampiran 3Perkataan diftong, belon
Kaedah VAKVisual penglihatan
Bahan Bantu BelajarKad gambar, kad perkataan,belon, batang mancis
MINGGU/TAJUKSTANDARD PELAJARANSTANDARD KANDUNGANLangkahAktivitiCatatan
MINGGU 10
PERKATAAN DIFTONG DAN VOKAL BERGANDING
TEMA 4PERPADUAN
Unit 10
Hubungan Harmoni
Sistem Bahasa:-kata hubungEMK:-kreativiti dan inovasi-TMK belajar melalui TMK
2.Membina dan menulis perkataan diftong dan vokal berganding dengan betul.
3.2 Membina dan menulis perkataan diftong dan vokal berganding.
1Tunjukkan 4 keping kad gambar dan bersoal jawab dengan murid tentang gambar tersebut.Lampiran 4Kad gambar sauh, duit, kaloi, misai
2Sebut nama gambar tersebut. Minta murid menulis perkataan yang disebut pada kad yang disediakan.Perbetulkan ejaan murid jika salah.Kad manila
3Murid dibahagikan kepada dua kumpulan. Bawa murid ke luar kelas di kawasan berpasir. Minta murid membawa kertas dan gam yang disediakan oleh guru.Tunjukkan kad perkataan kepada setiap kumpulan.Setiap ahli kumpulan dikehendaki meniru satu huruf dalam perkataan yang ditunjukkan menggunakan gam.Kemudian kertas tersebut hendaklah ditekap atas pasir supaya pasir dapat melekat pada huruf yang telah ditulis tadi.Setiap kumpulan dikehendaki memaparkan huruf-huruf tersebut mengikut susunan bagi membina perkataan seperti yang ditunjukkan.Lampiran 5Kad perkataan- sauh, duit, kaloi, misai
Kertas warna/putihGam
4Bimbing murid membaca lirik lagu yang dipaparkan sambil melakukan pergerakan.Minta murid nyanyikan lagu tersebut sambil melakukan pergerakan.Lampiran 6Carta Lirik Lagu
5Minta murid melengkapkan tempat kosong dengan perkataan yang betul. Lembaran kerja 1
6
Bersoal jawab dengan murid mengenai lagu dan minta murid mengeja perkataan yang telah dipelajari sebagai aktiviti pengukuhan.Lampiran 6
7Edarkan lembaran kerja. Minta murid mencari perkataan tersembunyi berdasarkan gambar yang disediakan. Permainan Bahasa :Cari perkataan tersembunyi Lembaran Kerja 2
Pendekatan VAKKinestetik Sentuhan
Bahan Bantu BelajarKad gambar, kad perkataan, carta lirik lagu,lembaran kerja, kertas A4, gam kad silang kata
MINGGU/TAJUKSTANDARD PELAJARANSTANDARD KANDUNGANLangkahAktivitiCatatan
MINGGU 11
PERKATAAN DIFTONG DAN VOKAL BERGANDING
TEMA 4PERPADUAN
Unit 11
Bertolak Ansur Amalan Kita
Sistem bahasa-kata sendi nama
Kosa kata umumKosa kata istilah
Aspek Seni Bahasa
EMK:-kreativiti dan inovasi-TMK belajar melalui TMK
1. Membaca dan memahami ayat tunggal yang mengandungi perkataan diftong dan vokal berganding dengan sebutan dan intonasi yang betul.
3.3 Membaca dan memahami ayat tunggal yang mengandungi perkataan diftong dan vokal berganding dengan sebutan dan intonasi yang betul.
1Pamerkan kad ayat pada papan tulis.Sebut ayat dan minta murid menyebut semula.Lampiran 7 Bapa buka paip Nani jual kuih. Kakak beli petai di kedai. Lili bela ikan kaloi.
2Bersoal jawab dengan murid untuk memahami ayat yang dibaca.Cadangan soalan: Siapakah buka paip? Nani jual apa? Di mana kakak beli petai? Lili bela ikan apa?
3Bimbing murid membaca ayat tunggal dengan sebutan dan intonasi yang betul.
4Minta murid membaca ayat tunggal yang diberi secara latih tubi bersama rakan.
5
Rakam suara yang menyebut ayat tunggal melalui pita rakaman atau telefon bimbit.Pilih murid secara rawak. Perdengarkan rakaman tadi dengan memakai earphone. Minta murid itu sebutkan ayat yang didengar kepada rakan yang dipilih sendiri olehnya. Rakan yang mendengar diminta menyebut ayat secara kuat.Perdengarkan rakaman tadi secara kuat untuk memastikan ayat itu betul atau salah. Perbetulkan jika ada kesalahan.Permainan Bahasa:Ayat Cadangan : Mona makan limau. Emak ada duit kertas. Dolah suka main guli. Bapa ada misai.
MINGGU/TAJUKSTANDARD PELAJARANSTANDARD KANDUNGANLangkahAktivitiCatatan
MINGGU 12
PERKATAAN DIFTONG DAN VOKAL BERGANDING
TEMA 4PERPADUANUnit 11Bertolak Ansur Amalan Kita
Sistem bahasa-kata sendi nama
Kosa kata umumKosa kata istilah
Aspek Seni Bahasa
EMK:-kreativiti dan inovasi-TMK belajar melalui TMK
4.0 Membina dan menulis ayat tunggal yang mengandungi perkataan diftong dan vokal berganding dengan sebutan dan intonasi yang betul.
3.4 Membina dan menulis ayat tunggal yang mengandungi perkataan diftong dan vokal berganding
1Tunjukkan gambar dan bersoal jawab dengan murid berdasarkan gambar. Lampiran 8Kad Gambar: tupai, petai, kaloi, surau
2Tampal kad perkataan pada papan tulis. Bimbing murid mengeja dan membaca perkataan yang dipaparkan. Lampiran 9Kad perkataan
3Bahagikan murid kepada dua kumpulan. Edarkan kad-kad perkataan kepada setiap kumpulan.Bimbing murid menyusun kad perkataan untuk membentuk ayat yang betul.Tampalkan kad-kad perkataan mengikut susunan untuk membina ayat pada papan tulis.Lampiran 9
4Minta murid membaca ayat yang telah dibina dengan sebutan dan intonasi yang betul.Lampiran 8
5Tampalkan pula kad gambar pada papan tulis. Bimbing murid membuat kapal terbang menggunakan kertas terpakai. Pilih beberapa orang murid dan minta murid berdiri pada jarak yang ditentukan oleh guru dengan memegang kapal terbang kertas yang telah dibuat tadi.Guru bacakan ayat yang telah dibina tadi. Murid itu diminta fokus dan terbangkan kapal terbang kertas itu pada gambar berdasarkan ayat yang dibaca oleh guru.Perhatikan tahap penguasaan penglihatan murid semasa memfokus pada gambar yang dilihat.Kertas terpakai
6
Minta murid menulis semula ayat tunggal tersebut.Lembaran kerja 3
7Nyanyikan lagu mengikut melodi lagu Lagu 3 kupang.Lampiran 9:Carta lagu
Pendekatan VAKVisual - Penglihatan
Bahan Bantu BelajarKad gambar, kad perkataan, carta lagu, kertas terbuang, lembaran kerja
MINGGU/TAJUK STANDARD PELAJARANSTANDARD KANDUNGANLangkahAktivitiCatatan
MINGGU 13PERKATAAN DIGRAF DAN KONSONAN BERGABUNGTEMA 4PERPADUANUnit 12Amalan Murni Hidup SejahteraSistem Bahasa:-imbuhan awalan teR,di-ayat majmuk-ayat tunggal
Aspek Seni Bahasa
EMK:-kreativiti dan inovasi-TMK belajar melalui TMK
1.0 Menyebut, membaca dan memahami perkataan digraf dan konsonan bergabung dengan sebutan yang betul .
4.1 Menyebut, membaca dan memahami perkataan yang mengandungi digraf dan konsonan bergabung.
1Tayangkan CD/slaid/gambar situasi di tepi hutan. Lampiran 1Gambar situasi di tepi hutan.
2Pamerkan kad gambar dan bersoal jawab dengan murid tentang gambar dari segi nama, warna, bentuk dan saiz.Lampiran 2Kad gambar: nyamuk, khemah, stoking dan dram
3Tampalkan kad perkataan dan minta murid menyebutnya.Lampiran 3Kad perkataan: nyamuk, khemah, stoking dan dram
4
Pamerkan kad suku kata dan minta murid menyebutnya. Lampiran 4Kad suku kata: nya, muk, bu, nga
5Edarkan kad suku kata dan minta murid mencantumkannya bagi membentuk perkataan bermakna. Lampiran 4:Kad suku kata
6Minta seorang murid membaca perkataan yang dibina manakala rakan lain mendengar dan membaca semula perkataan yang didengar secara latih tubi. Lampiran 3:Kad perkataan
Lampiran 4:Kad suku kata
7Bahagikan murid kepada beberapa kumpulan. Edarkan kad gambar dan kad perkataan yang telah dilubangkan. Minta murid mengikat kad gambar dan kad perkataan dengan tali untuk mengukuhkan pemahaman tentang maksud perkataan berdasarkan gambar. Lampiran 2:Kad gambar
Lampiran 3:Kad perkataan
8Edarkan kad perkataan kepada murid.Bimbing murid mengeja dan membaca perkataan mengikut suku kata.Minta murid cerakinkan perkataan tersebut secara lipat dan gunting. (ulang aktiviti ini jika perlu) Lampiran 2:Kad gambar
Lampiran 3:Kad perkataan
Lampiran 4:Kad suku kata
9Aktiviti permainan bahasa mencucuk sate. Bahagikan murid kepada beberapa kumpulan.Edarkan satu set kad huruf (18 keping) yang telah dilubangkan dan tiga batang penyedut minuman pada setiap kumpulan.Lampiran 5:Kad huruf.
Bahan maujud lidi Sate.
Kaedah VAKVisual
Bahan Bantu Belajarkad huruf, kad suku kata, kad perkataan, kad gambar, gambar situasi di tepi hutan dan lidi sate.
MINGGU/TAJUKSTANDARD PELAJARANSTANDARD KANDUNGANLangkahAktivitiCatatan
MINGGU 14PERKATAAN DIGRAF DAN KONSONAN BERGABUNGTEMA 4PERPADUANUnit 12Amalan Murni Hidup SejahteraSistem Bahasa:-imbuhan awalan teR,di-ayat majmuk-ayat tunggal
Aspek Seni Bahasa
EMK:-kreativiti dan inovasi-TMK belajar melalui TMK
2. Membina dan menulis perkataan digraf dan konsonan bergabung dengan betul.
4.2Membina dan menulis perkataan yang mengandungi digraf dan konsonan bergabung1Tayangkan CD/slaid/gambar situasi di tepi hutan. Lampiran 1Gambar situasi di tepi hutan.
2Pamerkan kad gambar dan bersoal jawab dengan murid tentang gambar dari segi nama, warna, bentuk dan saiz.Lampiran 2Kad gambar: nyamuk, khemah, stoking dan dram
3Tampalkan kad perkataan dan minta murid menyebutnya.Lampiran 3Kad perkataan: nyamuk, khemah, stoking dan dram
4
Pamerkan kad suku kata dan minta murid menyebutnya. Lampiran 4Kad suku kata: nya, muk, bu, nga
5Edarkan kad suku kata dan minta murid mencantumkannya bagi membentuk perkataan bermakna. Lampiran 4:Kad suku kata
6Minta seorang murid membaca perkataan yang dibina manakala rakan lain mendengar dan membaca semula perkataan yang didengar secara latih tubi. Lampiran 3:Kad perkataan
Lampiran 4:Kad suku kata
7Bahagikan murid kepada beberapa kumpulan. Edarkan kad gambar dan kad perkataan yang telah dilubangkan. Minta murid mengikat kad gambar dan kad perkataan dengan tali untuk mengukuhkan pemahaman tentang maksud perkataan berdasarkan gambar. Lampiran 2:Kad gambar
Lampiran 3:Kad perkataan
8Edarkan kad perkataan kepada murid.Bimbing murid mengeja dan membaca perkataan mengikut suku kata.Minta murid cerakinkan perkataan tersebut secara lipat dan gunting. (ulang aktiviti ini jika perlu) Lampiran 2:Kad gambar
Lampiran 3:Kad perkataan
Lampiran 4:Kad suku kata
9Aktiviti permainan bahasa mencucuk sate. Bahagikan murid kepada beberapa kumpulan.Edarkan satu set kad huruf (18 keping) yang telah dilubangkan dan tiga batang penyedut minuman pada setiap kumpulan.Lampiran 5:Kad huruf.
Bahan maujud lidi Sate.
Kaedah VAKVisual
Bahan Bantu Belajarkad huruf, kad suku kata, kad perkataan, kad gambar, gambar situasi di tepi hutan dan lidi sate.
MINGGU/TAJUKSTANDARD PELAJARANSTANDARD KANDUNGANLangkahAktivitiCatatan
MINGGU 15
PERKATAAN DIGRAF DAN KONSONAN BERGABUNGTEMA 5EKONOMI KITA
Unit 13
Pembeli BijakSistem Bahasa:-tanda baca-ayat tunggal susunan biasa-ayat tunggal susunan songsang-kata ganda penuh
Kosa kata umumKosa kata istilah
Aspek Seni Bahasa
EMK:-kreativiti dan inovasi-TMK belajar melalui TMK
3. Membaca dan memahami ayat tunggal yang mengandungi perkataan digraf dan konsonan bergabung dengan sebutan dan intonasi yang betul.
4.3 Membaca dan memahami ayat tunggal yang mengandungi digraf dan konsonan bergabung.
1Paparkan gambar kanak-kanak sedang menikmati aiskrim.Minta murid meneliti dan menyatakan perkara yang dilihat melalui gambar tersebut.Lampiran 12:Gambar kanak-kanak sedang menikmati aiskrim.
2Bersoal jawab tentang saiz, bentuk, rupa dan warna. Lampiran 13:Gambar aiskrim
3Memperdengarkan rakaman pantun.CD/VCD/DVD/Telefon bimbit dan yang seumpamanya:Rakaman Pantun
4
Paparkan kad pantun.Minta murid membaca rangkap pantun yang dipaparkan secara latih tubi.Lampiran 14:Kad pantun
5Perdengarkan semula rakaman pantun.Minta murid melafazkan pantun seiring dengan rakaman.Minta murid melafazkan pantuntanpa iringan rakaman pantun dengan sebutan dan intonasi yang betul.
Rakaman pantun
6Pertandingan melafazkan pantun.
7Murid mengisi tempat kosong berdasarkan rakaman pantun.Lembaran kerja 3
Kaedah VAKAuditori
Bahan Bantu BelajarGambar kanak-kanak sedang menikmati aiskrim, audio pantun,kad pantun, kad gambar, dan lembaran kerja.
MINGGU/TAJUKSTANDARD PELAJARANSTANDARD KANDUNGANLangkahAktivitiCatatan
MINGGU 16
PERKATAAN DIGRAF DAN KONSONAN BERGABUNGTEMA 5EKONOMI KITAUnit 14Berjimat Amalan Mulia
Sistem Bahasa:- frasa dan ayat-kata hubung gabungan
Kosa kata
EMK:-kreativiti dan inovasi-TMK belajar melalui TMK
4. Membina dan menulis ayat tunggal yang mengandungi perkataan digraf dan konsonan bergabung dengan betul.
4.4 Membina dan menulis ayat tunggal yang mengandungi digraf dan konsonan bergabung.
1Lawatan ke taman di sekitar kawasan sekolah bersama murid.Bahan maujud
2Minta murid menyentuh dan memegang objek-objek yang terdapat di taman tersebut. Minta murid menceritakan bentuk, warna dan rupa objek yang disentuh.Bahan maujud
3Pamerkan beberapa ayat tunggal.Bimbing murid membaca ayat tunggal tersebut.Lampiran 15Kad ayat
4
Bahagikan murid kepada beberapa kumpulan. Edarkan kad-kad perkataan kepada setiap kumpulan.Setiap kumpulan menyusun kad-kad perkataan untuk membina ayat yang betul.Minta murid membaca ayat tunggal yang dibina.Lampiran 16Kad perkataan
5Permainan teka benda.Minta murid memegang satu objek yang ada didalam kotak.Minta murid menyatakan bentuk dan saiz objek yang disentuh.Minta murid lain meneka objek yang telah dinyatakan oleh rakannya tadi. Kotak berisi bahan maujud: span, syiling, bunga, klip, stoking dan krayon
6Minta murid menyalin ayat tunggal yang dibina pada langkah 4 ke dalam buku latihan.Buku Latihan
Kaedah VAKKinestetik
Bahan Bantu BelajarBahan maujud, kad ayat, kad perkataan dan buku latihan.
MINGGU/TAJUKSTANDARD PELAJARANSTANDARD KANDUNGANLangkahAktivitiCatatan
MINGGU 17
PERKATAAN BERIMBUHAN
TEMA 5EKONOMI KITAUnit 15Usaha Jaya
Sistem Bahasa:-ayat penyata
Aspek Seni Bahasa
EMK:-kreativiti dan inovasi-TMK belajar melalui TMK
1. Menyebut,membaca dan memahami perkataan berimbuhan awalan dan berimbuhan akhiran dengan sebutan yang betul.
Menyebut, membaca dan memahami perkataan berimbuhan awalan dan berimbuhan akhiran.
1Paparkan kad gambar berimbuhan awalan dan akhiran.Minta murid, menyebut dan bersoal jawab tentang gambar yang diberi untuk memahami maksud gambar.Lampiran 1:Kad gambar berimbuhan awalan dan akhiran. mendayung mencangkul terpijak makanan
2Paparkan kad perkataan dan membimbing murid menyebut perkataan yang dipaparkan.Lampiran 1:Kad gambar
Lampiran 2: Kad perkataan
3Edarkan lembaran kerja.Minta murid menulis perkataan berdasarkan gambar.Lembaran kerja 1
4
Bimbing murid mengeja dan membaca perkataan berimbuhan awalan dan berimbuhan akhiran menggunakan kad imbuhan dan kad kata dasar yang dilihat / dipaparkan.Lampiran 3:Kad perkataan
Kad berimbuhan awalan
Kad berimbuhan akhiran
5Sediakan batang pancing dan kad.Edarkan batang pancing kepada murid. Letakkan kad imbuhan dan kad perkataan di dalam 2 gelung rotan yang berbeza.Minta murid memancing kad perkataan dank ad imbuhan berdasrkan kad gambar yang guru paparkan di papan hitam.Murid lekatkan kad menjadi perkataan berimbuhan awalan dan berimbuhan akhiran pada gambar yang dipaparkan.Lampiran 1 dan 3
6Bimbing murid mencari perkataan berimbuhan awalan dan akhiran yang terdapat dalam jadual.Minta murid mewarnakan perkataan dalam jadual.Lembaran kerja 2
Kaedah VAKTVisual
Bahan Bantu BelajarKad gambar, kad perkataan dan kad imbuhan awalan dankad imbuhan akhiran.
MINGGU/TAJUKSTANDARD PELAJARANSTANDARD KANDUNGANLangkahAktivitiCatatan
MINGGU 18PERKATAAN BERIMBUHANTEMA 6PERTANIAN DAN PENTERNAKAN
Unit 16
Tanaman Hiasan
Sistem Bahasa-frasa-imbuhan akhiran-ayat majmuk-ayat tunggal
Kosa kata
EMK:-kreativiti dan inovasi-TMK belajar melalui TMK
2. Membina dan menulis perkataan berimbuhan awalan dan berimbuhan akhiran dengan betul.
Membina dan menulis perkataan berimbuhan awalan dan berimbuhan akhiran.
1Bimbing murid mengeja dan membaca perkataan berimbuhan awalan dan berimbuhan akhiran menggunakan kad perkataan berimbuhan awalan dan akhiran secara latih tubi.Lampiran 2:Kad perkataan. mendayung mencangkul terpijak makanan
2Tunjukkan kad frasa yang mengandungi perkataan berimbuhan dan membimbing murid membaca frasa tersebut.Lampiran 4:Kad frasa. mendayung sampan mencangkul tanah terpijak paku makanan panas
3
Edarkan lembaran kerja pada murid.Minta murid menulis semula frasa.Lembaran kerja 3
4Minta murid mencari perkataan untuk membina frasa yang disebut oleh guru.Lampiran 5Kad perkataan
5Perdengarkan pita rakaman yang mengandungi perkataan berimbuhan awalan dan berimbuhan akhiran dan minta murid menyebut semula frasa yang didengar.Lampiran 4Pita rakamanfrasa berimbuhan awalan dan akhiran. mendayung sampan mencangkul tanah terpijak paku makanan panas
6Minta murid memilih kad frasa berdasarkan frasa yang diperdengarkan dari pita rakaman dan menulis dalam buku tulisan.
Lampiran 4
7Minta murid membina frasa daripada rajah tukar ganti yang dipaparkan.Lampiran 6
Kaedah VAKTAuditori
Bahan Bantu BelajarKad gambar, kad frasa,kad imbuhan dan pita rakaman
MINGGU/TAJUKSTANDARD PELAJARANSTANDARD KANDUNGANLangkahAktivitiCatatan
MINGGU 19PERKATAAN BERIMBUHANTEMA 6PERTANIAN DAN PENTERNAKANUnit 17 Nelayan
Sistem Bahasa:-kata majmuk-ayat tunggalKosa kata umumKosa kata istilah
EMK:-kreativiti dan inovasi-TMK belajar melalui TMK
3. Membaca dan memahami ayat tunggal yang mengandungi perkataan berimbuhan awalan dan berimbuhan akhiran dengan sebutan dan intonasi yang betul.
5.3 Membaca dan memahami ayat tunggal yang mengandungi perkataan berimbuhan awalan dan berimbuhan akhiran.
1Tunjukkan ayat yang mengandungi perkataan berimbuhan.Bimbing murid membaca ayat tersebut secara latih-tubi.
Lampiran 7:Kad ayat. Nelayan itu sedang mendayung sampan. Petani mencangkul tanah pada waktu petang. Kamal menjerit kerana terpijak paku. Abang gemar makan makanan panas.
2Minta murid melakonkan aksi seperti mendayung sampan, terpijak paku,mencangkul tanah dan makan makanan panas.Lampiran 7Kad ayat.
3Minta murid melengkapkan ayat menggunakan frasa yang sesuai berdasarkan aksi yang dilakonkan rakan dengan bimbingan guru. .Lembaran kerja 4
4 Minta murid menyanyi sambil melakukan pergerakan bersama rakan-rakan.Lampiran 8:Senikata lagu pergerakan haiwan.
Contoh seni kata lagu :(Melodi : Lagu Pergerakan Haiwan ) Katak melompat tepi perigi Ikan berenang di dalam kolam Ayam dan itik berlari-lari Burung gembira terbang di awan.
5Pengayaan Edarkan lembaran kerja kepada murid.Minta murid menulis semula ayat dengan betul dan kemas.
Lembaran kerja 6
Kaedah VAKTKinestetik
Bahan Bantu BelajarKad frasa,kad ayat berimbuhan, carta seni kata lagu dan modul murid
MINGGU/TAJUKSTANDARD PELAJARANSTANDARD KANDUNGANLangkahAktivitiCatatan
MINGGU 20PERKATAAN BERIMBUHANTEMA 6PERTANIAN DAN PENTERNAKAN
Unit 18 Hasil Tani
Sistem Bahasa:-kata seru-tanda baca-frasa kata-kata kerja aktif transitif dan tak transitif
Menaakul
EMK:-kreativiti dan inovasi-TMK belajar melalui TMK
Membina dan menulis ayat tunggal yang mengandungi perkataan berimbuhan awalan dan berimbuhan akhiran dengan betul.
Membina dan menulis ayat tunggal yang mengandungi perkataan berimbuhan awalan dan berimbuhan akhiran.
1Bersoal jawab dengan murid secara lisan berdasarkan bahan rangsangan.Lampiran 9:Kad gambar Berlari Memasak Membaca membakar
2Sediakan kad frasa dan sembunyikan. Minta murid mencari kad frasa yang disembunyikan oleh guru di tapak perhimpunan / pondok bacaan mengikut masa yang ditetapkan.Murid membaca kad frasa yang ditemui.Lampiran 10:Kad frasa berlari laju memasak nasi membaca buku membakar sampah
3Bimbing murid membina ayat tunggal berdasarkan kad yang diperoleh.Minta murid menyusun semula kad perkataan untuk membina ayat tunggal di papan hitam.Baca ayat yang dibina.
Lampiran 11:Kad perkataanContoh ayat berimbuhan: Alif berlari laju Kakak memasak nasi ayam Farah membaca buku cerita Sani membakar sampah
4Minta murid menyalin semula ayat berimbuhan dengan teknik yang betul dan kemas di dalam buku latihan.
Lembaran kerja 6: Alif berlari laju di padang. Kakak memasak nasi ayam. Farah membaca buku cerita. Sani membakar sampah di halaman.
5Minta murid menyusun perkataan-perkataan menjadi ayat tunggal dan salin semula.Lembaran kerja 7
Kaedah VAKTKinestetik
Bahan Bantu BelajarKad frasa,kad ayat berimbuhan dan pasir,kertas bergam.
MINGGU/TAJUKSTANDARD PELAJARANSTANDARD KANDUNGANLangkahAktivitiCatatan
MINGGU 21
Ayat Tunggal dan Ayat Majmuk
TEMA 7TRADISI KITA
Unit 19
Budaya Bangsa
Sistem Bahasa:-
Kosa kata umumKosa kata istilah
Aspek Seni Bahasa
EMK:-kreativiti dan inovasi-TMK belajar melalui TMK
1. Membaca dan memahami ayat tunggal dengan sebutan dan intonasi yang betul.
6.1 Membaca dan memahami ayat tunggal1Bersoal jawab berpandukan kad gambar.Lampiran 1:Kad gambar bunga raya
2Membimbing murid membaca petikan dengan sebutan dan intonasi yang betul.Lampiran 1:Kad gambar bunga raya
3Membaca petikan baris deni baris secara bergilir-gilir dengan sebutan dan intonasi yang betul.Lampiran 1:Kad gambar bunga raya
4Murid membaca secara kelas dan berkumpulan dengan sebutan dan intonasi yang betul.Lampiran 1:Kad gambar bunga raya
5Bentukkan beberapa kumpulanMurid menjawab soalan kuiz yang dikemukakan secara lisan
Contoh soalan kuiz : Ini bunga apa? Apa warna bunga raya? Siapa suka tanam pokok bunga raya?
Soalan boleh dipelbagaikan mengikut kesesuaian tajuk.
6Murid membuat latihan di lembaran kerjaLembaran kerja 1 dan 2:Perkataan : merah, menanam, bunga, cantik.
Kaedah VAKVisual
Bahan Bantu BelajarKad gambar, kad petikan,kad ayat , benda maujud dan modul murid.
MINGGU/TAJUKSTANDARD PELAJARANSTANDARD KANDUNGANLangkahAktivitiCatatan
MINGGU 22
Ayat Tunggal dan Ayat Majmuk
TEMA 7TRADISI KITA
Unit 20Produk Seni
Sistem Bahasa:-kata imbuhan-kata majmuk-ayat tunggal susunan biasa-ayat tunggal susunan songsang-kata majmuk
Kosa kata umumKosa kata istilah
Menaakul
Aspek Seni Bahasa
EMK:-kreativiti dan inovasi-TMK belajar melalui TMK
2.Membina dan menulis ayat tunggal dengan betul.
6.3 Membaca dan memahami ayat majmuk.
1Tunjukkan gambar burung.Bersoal jawab tentang gambar.Menyanyi lagu Si Burung HelangIkut melodi Bapaku pulangLampiran 4:Kad gambar burung helang.
Lagu Si Burung Helang:
Si Burung helang sangat garang. Kukunya pula sangat tajam. Menyambar mangsa si anak ayam. Ayam disambar dengan garang.
2Murid diberi lembaran kerja.Murid membuat kolaj gambar helang.Lembaran kerja 5:Gambar helang, benang kait , cebisan kertas warna dan gam.
3Murid membaca ayat-ayat dalam petikan secara kelas , berkumpulan dan individu dengan sebutan dan intonasi yang betul.Lampiran 4:Burung HelangRujuk modul murid m/s : 113
4Murid menyusun perkataan menjadi ayat.Lembaran kerja 5Susun perkataan
Kaedah VAKKinestetik: Sentuhan
Bahan Bantu BelajarKad gambar , lembaran kerja ,benang kait , cebisan kertas warna dan gam.
MINGGU/TAJUKSTANDARD PELAJARANSTANDARD KANDUNGANLangkahAktivitiCatatan
MINGGU 23
Ayat Tunggal dan Ayat Majmuk
TEMA 7TRADISI KITA
Unit 20Produk Seni
Sistem Bahasa:-kata imbuhan-kata majmuk-ayat tunggal susunan biasa-ayat tunggal susunan songsang-kata majmuk
Kosa kata umumKosa kata istilah
Menaakul
Aspek Seni Bahasa
EMK:-kreativiti dan inovasi-TMK belajar melalui TMK
5. Membina dan menulis ayat majmuk dengan betul.
6.4 Membina dan menulis ayat majmuk.
1Bersoal jawab berpandukan gambar .Kata kunci: dan, atau, tetapiLampiran 2:Kad gambar sayur
2Membimbing murid membaca petikanLampiran 2:Petikan sayur-sayuran
3Murid membaca petikan dengan sebutan dan intonasi yang betul. Murid bersoal jawab secara lisan berdasarkan petikan yang dibaca. Lampiran 2:Petikan sayur-sayuranContoh soalan: Itu sayur apa? Siapa beli sayur? Siapa masak sayur? Ravi suka makan sayur apa?
4Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan.Setiap kumpulan diberi kad perkataan.Murid menyusun kad perkataan untuk membentuk ayat yang disebut dan diperdengarkan oleh guru.Lampiran 2:Kad Perkataan sayur sawi Ini. Ravi Bapa sayur sawi beli. Ibu Ravi tomato masak dan sayur sawi. sukamakan Ravi tomato atau sawi?
5Murid membaca ayat yang telah dibina dengan sebutan dan intonasi yang betul.Lampiran 2: Ini sayur sawi. Bapa Rawi beli sayur sawi, Ibu Ravi masak sayur sawi dan tomato. Ravi suka makan tomato.
6Murid membuat latihan di lembaran kerja.Lembaran kerja 3 dan 4:Ayat tunggal dan ayat majmuk
Kaedah VAKAuditori
Bahan Bantu BelajarKad gambar,kad petikan, kad perkataan dan modul murid.
MINGGU/TAJUKSTANDARD PELAJARANSTANDARD KANDUNGANLangkahAktivitiCatatan
MINGGU 24
Ayat Tunggal dan Ayat Majmuk
TEMA 7TRADISI KITA
Unit 21Dengarlah Cerita
Sistem Bahasa:-kata nama khas hidup bukan manusia-kata kerja transitif dan kata kerja tak transitif-frasa dan ayat-ayat tunggal-ayat majmuk
Aspek Seni Bahasa
EMK:-kreativiti dan inovasi-TMK belajar melalui TMK
5.Membaca dan memahami petikan berdasarkan bahan rangsangan dengan sebutan yang betul
6. Membina dan menulis ayat berdasarkan bahan rangsangan dengan
6.5 Membaca dan memahami petikan berdasarkan bahan rangsangan.
6.6 Membina dan menulis ayat berdasarkan bahan rangsangan.
1Bersoal jawab berpandukan kad gambar.Lampiran 1:Kad gambar bunga raya
2Membimbing murid membaca petikan dengan sebutan dan intonasi yang betul.Lampiran 1:Kad gambar bunga raya
3Membaca petikan baris deni baris secara bergilir-gilir dengan sebutan dan intonasi yang betul.Lampiran 1:Kad gambar bunga raya
4Murid membaca secara kelas dan berkumpulan dengan sebutan dan intonasi yang betul.Lampiran 1:Kad gambar bunga raya
5Bentukkan beberapa kumpulanMurid menjawab soalan kuiz yang dikemukakan secara lisan
Contoh soalan kuiz : Ini bunga apa? Apa warna bunga raya? Siapa suka tanam pokok bunga raya?
Soalan boleh dipelbagaikan mengikut kesesuaian tajuk.
6Murid membuat latihan di lembaran kerjaLembaran kerja 1 dan 2:Perkataan : merah, menanam, bunga, cantik.
Kaedah VAKVisual
Bahan Bantu BelajarKad gambar, kad petikan,kad ayat , benda maujud dan modul murid.
MINGGU/TAJUKSTANDARD PELAJARANSTANDARD KANDUNGANLangkahAktivitiCatatan
MINGGU 25
Ayat Tunggal dan Ayat Majmuk
TEMA 7TRADISI KITA
Unit 21Dengarlah Cerita
Sistem Bahasa:-kata nama khas hidup bukan manusia-kata kerja transitif dan kata kerja tak transitif-frasa dan ayat-ayat tunggal-ayat majmuk
Aspek Seni Bahasa
EMK:-kreativiti dan inovasi-TMK belajar melalui TMK
5.Membaca dan memahami petikan berdasarkan bahan rangsangan dengan sebutan yang betul
7. Membina dan menulis ayat berdasarkan bahan rangsangan dengan
6.5 Membaca dan memahami petikan berdasarkan bahan rangsangan.
6.6 Membina dan menulis ayat berdasarkan bahan rangsangan.
MINGGU/TAJUKSTANDARD PELAJARANSTANDARD KANDUNGANLangkahAktivitiCatatan
MINGGU 26
Ayat Tunggal dan Ayat MajmukTEMA 8NEGARAKU TERCINTA
Unit 22
Kebanggan Kita
Sistem Bahasa:-ayat tunggal-ayat majmuk
Kosa kata
Imlak frasa dan ayat, perkataan berimbuhan, tanda baca dan ejaan-pola ayat
EMK:-kreativiti dan inovasi-TMK belajar melalui TMK
5.Membaca dan memahami petikan berdasarkan bahan rangsangan dengan sebutan yang betul
8. Membina dan menulis ayat berdasarkan bahan rangsangan dengan
6.5 Membaca dan memahami petikan berdasarkan bahan rangsangan.
6.6 Membina dan menulis ayat berdasarkan bahan rangsangan.
MINGGU/TAJUKSTANDARD PELAJARANSTANDARD KANDUNGANLangkahAktivitiCatatan
MINGGU 27
Ayat Tunggal dan Ayat MajmukTEMA 8NEGARAKU TERCINTA
Unit 23
Sejarah Negara Kita
Sistem Bahasa:-pola ayat FN + FA-ayat tunggal-ayat majmuk-imbuhan awalan peN,-ejaan dan tanda baca-ayat tanya tanpa kata tanya-ayat penyata-perkataan dan frasa
Kosa kata umumKosa kata istilah
EMK:-kreativiti dan inovasi-TMK belajar melalui TMK
5.Membaca dan memahami petikan berdasarkan bahan rangsangan dengan sebutan yang betul
Membina dan menulis ayat berdasarkan bahan rangsangan dengan
6.5 Membaca dan memahami petikan berdasarkan bahan rangsangan.
6.6 Membina dan menulis ayat berdasarkan bahan rangsangan.
MINGGU/TAJUKSTANDARD PELAJARANSTANDARD KANDUNGANLangkahAktivitiCatatan
MINGGU 28
Ayat Tunggal dan Ayat MajmukTEMA 8NEGARAKU TERCINTA
Unit 23
Sejarah Negara KitaSistem Bahasa:-pola ayat FN + FA-ayat tunggal-ayat majmuk-imbuhan awalan peN,-ejaan dan tanda baca-ayat tanya tanpa kata tanya-ayat penyata-perkataan dan frasa
Kosa kata umumKosa kata istilah
EMK:-kreativiti dan inovasi-TMK belajar melalui TMK
5.Membaca dan memahami petikan berdasarkan bahan rangsangan dengan sebutan yang betul
1. Membina dan menulis ayat berdasarkan bahan rangsangan dengan
6.5 Membaca dan memahami petikan berdasarkan bahan rangsangan.
6.6 Membina dan menulis ayat berdasarkan bahan rangsangan.
MINGGU/TAJUKSTANDARD PELAJARANSTANDARD KANDUNGANCATATAN
MINGGU 29
Ayat Tunggal dan Ayat MajmukTEMA 8NEGARAKU TERCINTA
Unit 24Ayat Tunggal dan Ayat Majmuk
Cintailah Negara Kita
Sistem Bahasa:-ayat tunggal susunan biasa-ayat majmuk-frasa-ayat penyata-ayat tanya dengan kata tanya-ayat tanya tanpa kata tanya
EMK:-kreativiti dan inovasi-TMK belajar melalui TMK
Membaca dan memahami petikan berdasarkan bahan rangsangan dengan sebutan yang betul Membina dan menulis ayat berdasarkan bahan rangsangan dengan6.5 Membaca dan memahami petikan berdasarkan bahan rangsangan.
6.6 Membina dan menulis ayat berdasarkan bahan rangsangan.
MINGGU 30Ayat Tunggal dan Ayat MajmukTEMA 8NEGARAKU TERCINTAUnit 24Cintailah Negara KitaSistem Bahasa:-ayat tunggal susunan biasa-ayat majmuk-frasa-ayat penyata-ayat tanya dengan kata tanya-ayat tanya tanpa kata tanya
EMK:-kreativiti dan inovasi-TMK belajar melalui TMK
Membaca dan memahami petikan berdasarkan bahan rangsangan dengan sebutan yang betul Membina dan menulis ayat berdasarkan bahan rangsangan dengan6.5 Membaca dan memahami petikan berdasarkan bahan rangsangan.
6.6 Membina dan menulis ayat berdasarkan bahan rangsangan.
MINGGU 31Ayat Tunggal dan Ayat Majmuk
TEMA 9ALAM CERIA HIDUP SEJAHTERA
Unit 25Mesra AlamSistem Bahasa:-ayat tunggal susunan biasa-ayat tunggal susunan songsang-ayat tunggal-ayat majmuk-ayat perintah jenis ayat permintaan-ayat perintah jenis ayat suruhan
Menaakul
EMK:-kreativiti dan inovasi-TMK belajar melalui TMK
Membaca dan memahami petikan berdasarkan bahan rangsangan dengan sebutan yang betul Membina dan menulis ayat berdasarkan bahan rangsangan dengan6.5 Membaca dan memahami petikan berdasarkan bahan rangsangan.
6.6 Membina dan menulis ayat berdasarkan bahan rangsangan.
MINGGU 32Ayat Tunggal dan Ayat MajmukTEMA 9ALAM CERIA HIDUP SEJAHTERAUnit 26Pendidikan Alam Sekitar
Sistem Bahasa:-kata nama am hidup bukan manusia-ayat tanya -ayat penyata
Kosa kata
EMK:-kreativiti dan inovasi-TMK belajar Membaca dan memahami petikan berdasarkan bahan rangsangan dengan sebutan yang betul Membina dan menulis ayat berdasarkan bahan rangsangan dengan6.5 Membaca dan memahami petikan berdasarkan bahan rangsangan.
6.6 Membina dan menulis ayat berdasarkan bahan rangsangan.
MINGGU 33 DAN 34Ayat Tunggal dan Ayat Majmuk
TEMA 9ALAM CERIA HIDUP SEJAHTERAUnit 27Jagalah Alam KitaSistem Bahasa:-ayat tunggal-ayat majmuk-imbuhan
Membaca dan memahami petikan berdasarkan bahan rangsangan dengan sebutan yang betul Membina dan menulis ayat berdasarkan bahan rangsangan dengan6.5 Membaca dan memahami petikan berdasarkan bahan rangsangan.
6.6 Membina dan menulis ayat berdasarkan bahan rangsangan.
MINGGU 35Ayat Tunggal dan Ayat Majmuk
TEMA 10SAINS TEKNOLOGI DAN INOVASIUnit 2Aktiviti Sains
Sistem Bahasa:-kata hubung gabungan
EMK:-kreativiti dan inovasi-TMK belajar melalui TMK
Membaca dan memahami petikan berdasarkan bahan rangsangan dengan sebutan yang betul Membina dan menulis ayat berdasarkan bahan rangsangan dengan6.5 Membaca dan memahami petikan berdasarkan bahan rangsangan.
6.6 Membina dan menulis ayat berdasarkan bahan rangsangan.
MINGGU 36 DAN 37Ayat Tunggal dan Ayat Majmuk
TEMA 10SAINS TEKNOLOGI DAN INOVASIUnit 29Sains dan Teknologi
Sistem Bahasa-ayat tunggal susunan biasa dan ayat majmuk-ayat penyata-ayat tanya dengan kata tanya-ayat tanya tanpa kata tanya-ayat seruan-ayat perintah-pola ayat
Kosa kata umumKosa kata istilah
Aspek Seni Bahasa-lakonan
EMK:-kreativiti dan inovasi-TMK belajar melalui TMK
Membaca dan memahami petikan berdasarkan bahan rangsangan dengan sebutan yang betul Membina dan menulis ayat berdasarkan bahan rangsangan dengan6.5 Membaca dan memahami petikan berdasarkan bahan rangsangan.
6.6 Membina dan menulis ayat berdasarkan bahan rangsangan.
MINGGU 38,39,40Ayat Tunggal dan Ayat MajmukTEMA 10SAINS TEKNOLOGI DAN INOVASIUnit 30
Inovasi dan Reka Cipta
Sistem Bahasa:-pola ayat-kata sendi nama-

13