Download - Rukun – rukun sembahyang
RUKUN – RUKUN SEMBAHYANG
Rukun sembahyang adalah perkara-perkara yang
MESTI dilakukan semasa sembahyang.
Jika kita tidak
melaksanakan rukun-rukun sembahyang, hukum
sembahyang kita adalah tidak sah.
Rukun sembahyang ada 13 semuanya
1. BERDIRI MENGADAP KIBLAT
• Jika tidak mampu berdiri, kita boleh sembahyang dalam keadaan duduk, jika tak larat untuk duduk, kita boleh sembahyang dengan berbaring.
2. NIAT
• Wujudkan niat didalam hati untuk mendirikan sembahyang dan lafaskan niat sebelum Takbiratul Ihram (Sunat)
3. TAKBIRATUL IHRAM
• Melafazkan الله أكبر ( Allah Maha Besar)
4. MEMBACA SURAH AL FATIHAH
5. RUKUK + THUMAKNINAH
• Maksud Thumakninah : Berhenti sejenak untuk menenangkan hati sebelum melakukan gerakan sembahyang yang lebih lanjut
6. IKTIDAL + THUMAKNINAH
• Iktidal = Berdiri dengan betul selepas rukuk
7. SUJUD 2 KALI + THUMAKNINAH
• Lakukan Sujud 2 kali + Thumakninah
8. DUDUK ANTARA 2 SUJUD + THUMAKNINAH
• Duduk diantara dua sujud• Susunannya;
1. Sujud2. DUDUK ANTARA 2 SUJUD3. Sujud
9. DUDUK TAHAIYAT AKHIR
10. MEMBACA TAHAIYAT AKHIR
11. SELAWAT
• Membaca Selawat keatas junjungan Nabi Muhammad S.A.W
• Terkandung dalam bacaan Tahaiyat Akhir yang ditunjukkan sebelum ini
12. MEMBERI SALAM
• Melakukan gerakan salam, yaitu dengan cara menengokkan wajah ke kanan sampai pipi kita dapat terlihat oleh orang di belakang kita, sambil mengucapkan :
اسالم عليكم ورحمة الله وبركته
13. TERTIB
• Tertib : iaitu melakukan rukun mengikut aturan dan turutan
Dibuat oleh : 11DL004
DPULI 2011/2012 KUPUSB