Download - Saifudin Muzaffar al Qutuz.docx
-
8/14/2019 Saifudin Muzaffar al Qutuz.docx
1/22
-
8/14/2019 Saifudin Muzaffar al Qutuz.docx
2/22
Serangan kedua Tatarke atas umat Islam pula berlaku pada tahun 628 H. Pada tahun
624 H, Genghis Khan telah digantikan oleh seorang lagi raja Tatar yang tidak kurang
bengisnya iaitu Okitai. Kerajaan Tatardi Mongolia dan China pada masa itu berada dalam
keadaan stabil dan kuat. Keadaan ini memberikan banyak kelebihan kepada Okitai.
Lalu bermulalah serangan kedua Tatar ke atas umat Islam sebagai menyambung serangan
yang pertama di zaman Genghis Khan. Serangan pada kali ini ditumpukan di sekitar bumi
Rusia dan Eropah. Okitai melantik panglima perangnya, Syurmajan untuk mengepalai
serangan pada kali ini.
Suasana bertambah buruk pada serangan kedua ini kerana pimpinan Islam pada masa itu
berada dalam keadaan berpecah belah. Manakala sebahagian umat pula telah mula
menunjukkan sikap pengecutnya dan tidak berani untuk melancarkan jihad. Ibnu al-Athir
di dalam kitabnya al-Kamilmeriwayatkan beberapa cerita yang didengarinya daripadasebahagian umat Islam yang berjaya melepaskan diri dari serangan kedua ini. Di antaranya:
a. Seorang tentera Tatar masuk ke dalam sebuah perkampungan seorang diri. Kemudian dia
membunuh penduduk kampung tersebut seorang demi seorang tanpa mendapat tentangan
dari sesiapa pun.
b. Seorang tentera Tatar menangkap seorang muslim. Oleh kerana tentera Tatar tersebut
tidak bersenjata, dia telah mengarahkan pemuda muslim tadi agar melekapkan mukanya ke
tanah dan tidak bergerak. Tentera Tatar tersebut pulang mengambil senjata dan kemudiandatang kembali lalu membunuh pemuda tersebut.
c. Tentera Tatar memasuki bandar Badlis (sekarang berada di selatan Turki). Laluan ke
bandar tersebut adalah laluan di celah-celah bukit yang sungguh sempit. Tidak ada seorang
pun tentera Islam yang berjaya melepaskan diri dari serangan Tatar di bandar tersebut.
Penduduk bandar tersebut pula melarikan diri ke atas bukit dan membiarkan Tatar
membakar keseluruhan bandar tersebut.
Serangan Ketiga (656 H) dan Kejatuhan Baghdad
http://photobucket.com/http://photobucket.com/ -
8/14/2019 Saifudin Muzaffar al Qutuz.docx
3/22
Kerajaan Tatar pada masa ini dipecahkan kepada tiga wilayah utama. Sebahagian ahli
sejarah menamakannya segitiga emas. Raja Tatar pada masa ini adalah Manku Khan,
seorang lagi Raja Tatar yang berjiwa keras dan mempunyai keazaman yang kuat. Beliau
mentadbir ibu negara kerajaan Tatar, Qaraquram dengan dibantu oleh adiknya Ariq Bufa.
Seorang lagi adiknya iaitu Qublai pula mentadbir jajahan Tatar di sebelah Timur (meliputi
China, Korea dan bumi sekitarnya). Manakala jajahan Tatar di sebelah Iran dan bumi
sekitarnya diserahkan kepada adiknya Holago, nama yang tidak asing bagi umat Islam.Manku Khan ingin meneruskan misi Tatar yang seterusnya iaitu menjatuhkan kota
Baghdad dan menyerang bumi Syam (Palestin, Syria, Jordan dan Lubnan) dan Mesir. Tugas
ini telah disandarkan kepada Holago, pahlawan Tatar yang mabukkan darah manusia dan
dianggap sebagai jelmaan Genghis Khan. Dr. Raghib Sarjani menganggapnya sebagai
manusia paling ganas sepanjang sejarah dunia. Kejahatannya itu makin bertambah setelah
beliau berkahwin dengan Taqazkhatun, permaisuri Mongolia beragama Kristian yang amat
membenci umat Islam.
Oleh kerana Baghdad adalah ibu negara kerajaan Islam Abbasiah, persiapan yang dilakukan
oleh Holago dalam serangan ini agak teliti dan kemas. Tentera Tatar telah dipecahkan
kepada tiga kumpulan dan datang dari tiga arah yang berlainan.
a. Pasukan pertama dipimpin oleh Holago sendiri. Ia dibantu oleh tentera elit Tatar
dibawah pimpinan Bato. Misi pasukan pertama ini adalah mengepung bahagian timur kota
Baghdad.
b. Pasukan kedua dipimpin oleh Katabgha, pahlawan Holago yang terbaik. Tugas pasukan
ini adalah mengepung bahagian tenggara kota Baghdad. Katabgha jugalah yang memimpin
tentera Tatar menentang Qutuz di dalam peperangan Ain Jalut.
c. Pasukan ketiga pula dipimpin oleh Bigo. Pasukan ketiga ini adalah tentera yang menjaga
sempadan Anadol (sekarang di Turki). Tugas pasukan ini adalah untuk mendatangi
Baghdad dari arah utara dan seterusnya mengepung bahagian barat kota Baghdad.
Ketelitian perancangan Holago boleh dilihat dari beberapa sudut:
a. Pasukan pertama dan kedua datang dari jarak 45o kilometer sebelum kota Baghdad.
Walau pun begitu Holago berjaya mengaburi mata kerajaan Abbasiah sehinggakan tentera
kerajaan Abbasiah hanya mengetahui kedatangan tentera itu ketika mereka hanya beberapa
kilometer dari kota Baghdad.
-
8/14/2019 Saifudin Muzaffar al Qutuz.docx
4/22
b. Pasukan ketiga pula datang dari jarak 1,000 kilometer sebelum kota Baghdad. Tetapi
pasukan ini berjaya sampai tepat pada masa yang dijanjikan untuk bergabung dengan
kedua-dua pasukan yang lain.
c. Pasukan ketiga terpaksa merentasi 1,000 km perjalanan di bumi Turki dan Iraq (kedua-duanya adalah bumi Islam). Perjalanan ini akan merentasi perkampungan Islam dan
kemungkinan terpaksa berhadapan dengan pertempuran awal. Amat menakjubkan apabila
mereka berjaya berjalan tanpa disedari oleh orang Islam kecuali setelah mereka berada
pada jarak 50 km dari kota Baghdad di sebelah Barat Daya. Kejayaan ini setelah mereka
berjaya merasuah Gabenor Anadol, Qalaj Arsalan dan Gabenor Mosul, Badruddin Lulu
sehingga kedua-duanya bertindak mengkhianati umat Islam.
Berlakulah peperangan. Jatuhlah kota Baghdad dengan segala cerita duka di dalamnya.
Menurut Abul Hasan Ali an-Nadwi, umat Islam yang terbunuh di dalam peristiwakejatuhan Baghdad tersebut adalah 1,800,000 orang. Satu angka yang cukup menakutkan
sesiapa sahaja yang cuba membayangkannya. Darah mengalir di jalanan. Buku-buku
dicampak ke dalam sungai dan semua itu dianggarkan berjumlah sebanyak dua juta
naskhah buku. Ahli sejarah menganggap itu sebagai punca kemunduran umat Islam selepas
itu. Semua itu berlaku dalam masa 40 hari.
Kejatuhan Syam
Kejatuhan Baghdad bukan kemuncak bagi penderitaan umat pada ketika itu. Sebaliknyaumat semakin menderita dengan sikap sebahagian raja dan ulama Islam pada masa itu
yang sanggup menggadaikan agama semata-mata untuk mendapat jaminan kehidupan dari
Tatar.
Siapakah yang tidak sayu bila melihat sebahagian raja Islam menghulurkan tangan
persahabatan dengan Holago sedangkan darah jutaan umat Islam masih lagi belum kering?
Raja Mosul, Badruddin Lulu menghulurkan tangan persahabatan dengan Holago. Begitu
juga Kaikawis II dan Qalaj Arsalan, Raja Anadol. Raja Halab dan Damsyik, al-Nasir Yusof
juga mengambil langkah sama. Raja-raja itu telah membuka Iraq Utara, sebahagian Syamdan Turki kepada Tatar tanpa peperangan. Tidak cukup setakat itu. Tanggungan umat
semakin berat apabila menyaksikan sebahagian ulama pada masa itu mengeluarkan fatwa
mengharuskan perjanjian damai tersebut dengan hujah-hujah yang amat mengelirukan.
Hanya seorang Raja di daerah tersebut yang mengiklankan jihad. Raja tersebut adalah Al-
Kamil Muhammad al-Ayubi, Raja Miyafarqin. Miyafarqin adalah bandar yang terletak
-
8/14/2019 Saifudin Muzaffar al Qutuz.docx
5/22
sekarang ini timur Turki menuju ke sebelah barat Turki. Tentera Raja Al-Kamil Muhammad
al-Ayubi menguasai timur Turki, barat laut Iraq dan timur laut Syria.
Tetapi kegilaan Tatar mengatasi segala-galanya. Bandar Miyafarqin dikepung dan akhirnya
jatuh. Begitu juga dengan bandar Halab. Bandar Damsyik juga jatuh. Kemuncaknya adalahpenjajahan Tatar ke atas bumi Palestin.
Mesir Bumi Ribat (Benteng Islam)
Ketika Tatar memulakan serangannya ke atas umat Islam, Mesir berada dalam krisis yang
amat runcing. Ia berada di bawah pemerintahan kerajaan Mamalik dan melalui satu
pergolakan politik yang amat dahsyat. Kerajaan Mamalik Bahriah (salah satu fasa dalam
kerajaan Mamalik) mentadbir Mesir selama 144 tahun. Dalam tempoh tersebut Mesir
diperintah oleh 29 orang sultan. Satu jumlah yang banyak untuk pemerintahan selama satukurun setengah. Daripada 29 orang sultan tersebut, 10 daripadanya mati dibunuh dan 12
daripadanya digulingkan. Ini jelas menunjukkan kepada kita bahawa kekuatan dan
kekerasan adalah asas perubahan di dalam kerajaan Mamalik.
Setelah fasa Mamalik Bahriah, menyusul pula fasa Mamalik Muizziah. Pemerintah awal di
fasa ini adalah Raja Izzuddin Aibak. Beliau berjaya mengembalikan kestabilan politik
kepada Mesir. Tetapi kestabilan itu hanya bertahan selama tujuh tahun. Keadaan kembali
kucar kacir selepas pembunuhan beliau dan seterusnya pembunuhan isterinya, Syajarah ad-
Dur. Setelah bertukar ganti pemerintah, akhirnya Mesir diperintah oleh Saifuddin Qutuz.
Pembunuhan Raja Izzudin Aibak dan isterinya telah membawa kepada perselisihan di
antara Mamalik Bahriah (penyokong kerajaan lama) dan Mamalik Muizziah (kerajaan baru
yang diperintah oleh Qutuz) dan ianya masih berterusan di zaman Qutuz. Sebahagian
penyokong Mamalik Bahriah mengambil sikap berpindah ke bumi Syam dan lain-lain.
Manakala yang tinggal menetap di Mesir mengambil sikap mengasingkan diri. Ini
menjadikan Mesir lemah dari sudut pertahanan kerana asas kepada pasukan tentera Mesir
adalah penyokong Mamalik Bahriah.
Di masa yang sama, serangan Tatar ke atas bumi Syam telah memutuskan Mesir dan Syam.
Tiada perhubungan di antara keduanya. Mesir juga tidak mendapat bantuan dari Sudan dan
negara-negara di utara Afrika. Ini menjadikan Mesir seolah-olah keseorangan di tengah-
tengah krisis yang berlaku di seluruh negara Islam.
-
8/14/2019 Saifudin Muzaffar al Qutuz.docx
6/22
Keadaan menjadi semakin buruk apabila Mesir juga pada masa itu ditimpa krisis ekonomi.
Siri-siri perang Salib yang berlaku sebelum itu telah melumpuhkan ekonomi Mesir.
Sebahagian dari lokasi perang salib adalah di bumi Mesir. Tentera Mesir juga adalah tentera
yang banyak terlibat di dalam perang salib yang berlaku di tempat lain. Salehudin Ayubi
menjadikan Mesir sebagai salah satu benteng pertahanannya.
Disamping sebahagian tentera Salib yang masih ada di bumi Islam, masalah ditambah lagi
dengan kedatangan musuh baru Islam iaitu Tatar.
Qutuz, Penyelamat Ummah
Qutuz menaiki tahta Mesir pada 24 Zulqaedah 657 H.
Sebelum beliau menaiki tahta Mesir, Serangan pertama Tatar (617 H), serangan kedua
Tatar (628 H) dan kejatuhan Baghdad (656 H) telah pun berlaku dan meninggalkan kesan
yang amat parah kepada umat Islam di luar Mesir. Selepas beliau menaiki tahta Mesir pula,
Halab jatuh ke tangan Tatar pada Safar 658 H dan Damsyik jatuh pada Rabiul Awal 658 H
menjadikan keadaan di luar Mesir bertambah gawat. Kejatuhan Palestin keseluruhannya
juga berlaku pada masa yang sama. Mesir bersempadan dengan Palestin di sebelah timur
Mesir pada bandar Gaza.
Demikianlah kita melihat Qutuz terbeban dengan satu masalah yang cukup berat. Sasaran
Tatar seterusnya adalah Mesir sedangkan Mesir tidak bersedia untuk menambah masalah
baru disamping masalah-masalah dalaman dan luaran yang sedia ada.
Sikap yang ditunjukkan oleh Qutuz amat membanggakan umat Islam pada ketika itu. Sikap
itu terus menerus menjadi punca kepada kehebatannya pada pandangan mata umat
sepanjang zaman. Qutuz mengambil keputusan untuk menghadapi Tatar dan tidak akan lari
seperti mana yang dilakukan oleh sebahagian umat Islam. Dia juga mengambil sikap tidak
akan menghulurkan perdamaian kepada Tatar sebagai mana yang menjadi pilihan
sebahagian Raja-raja Islam ketika itu.
Tiga Langkah Awal
Qutuz mengambil tiga langkah awal sebelum melancarkan peperangan ke atas Tatar.
Ketiga-tiga langkah ini dilihat amat berkesan dan menjadi sumber kekuatan kepada tentera
Islam pada ketika itu.
-
8/14/2019 Saifudin Muzaffar al Qutuz.docx
7/22
Langkah pertamayang diambil oleh Qutuz adalah mengembalikan kestabilan keadaan
dalaman Mesir. Beliau memanggil golongan istana, pembesar-pembesar, menteri-menteri,
ulama-ulama dan golongan berpengaruh di dalam masyarakat. Beliau berkata kepada
mereka: Apa yang aku inginkan dari jawatan ini hanyalah agar kita bersatu untuk
melawan Tatar. Urusan itu tidak mampu diselesaikan tanpa Raja. Apabila kita berjaya
keluar dari masalah ini dan mengalahkan Tatar, urusan ini terletak di tangan kamu
semua. Pilihlah sesiapa yang kamu kehendaki untuk menjadi pemerintah.
Ucapan Qutuz tersebut telah meredakan ketamakan sebahagian dari pembesar yang berniat
untuk merampas tahta Mesir dari tangan Qutuz.
Di masa yang sama beliau telah memecat Menteri, Ibnu binti al-Aazdan menggantikannya
dengan Zainuddin Yakub bin Abd Rafi. Ini kerana beliau lebih meyakini kesetiaan
Zainuddin Yakub daripada Ibnu binti al-Aaz. Kemudian beliau mengekalkan FarisuddinAqtai as-Soghir sebagai panglima tentera walau pun beliau adalah penyokong Mamalik
Bahriah.
Langkah keduayang telah dilakukan oleh Qutuz adalah memberikan pengampunan
kepada semua penyokong Mamalik Bahriah. Perselisihan yang berlaku sebelum ini yang
berpunca dari pembunuhan Raja Izzuddin Aibak ingin segera dihentikan oleh Qutuz.
Mamalik Bahriah mempunyai pengalaman yang luas di dalam medan peperangan. Di
antara kehebatan yang pernah mereka tunjukkan adalah kemenangan mereka di dalamPerang Mansurah (salah satu siri perang Salib) pada tahun 648 H. Pengampunan itu telah
berjaya memujuk mereka yang telah keluar meninggalkan Mesir untuk kembali ke Mesir.
Rombongan penyokong Mamalik Bahriah kembali berduyun ke Mesir dari bumi Syam,
Karak (di Jordan sekarang) dan bumi kerajaan Saljuk. Dengan itu Mesir berjaya
mendapatkan kembali kekuatan tenteranya.
Langkah ketigayang diambil oleh Qutuz adalah mengusahakan penyatuan semula antara
Mesir dan Syam. Seperti yang diceritakan sebelum ini, Raja Damsyik dan Halab
(sebahagian dari bumi Syam) iaitu Raja Nasir al-Ayubi telah melakukan perjanjian damaidengan Tatar. Perjanjian itu tidak berhenti setakat memohon perdamaian, bahkan Raja
Nasir al-Ayubi pergi lebih jauh dari itu dengan meminta bantuan Tatar untuk menjatuhkan
Mesir.
-
8/14/2019 Saifudin Muzaffar al Qutuz.docx
8/22
Qutuz menulis surat kepada Raja Nasir al-Ayubi memohon penyatuan Mesir dengan Syam.
Bahkan beliau menyatakan kesanggupannya untuk duduk di bawah Raja Nasir al-Ayubi.
Malangnya surat tersebut tidak dilayan.
Tetapi apabila Damsyik dan Halab ditawan oleh Tatar dan selepas Raja Nasir al-Ayubi larimenyelamatkan diri ke Karak, tentera Syam telah bergerak menuju ke Mesir dan bergabung
dengan tentera Mamalik. Kesatuan ini menambahkan lagi kekuatan Mesir dan
memberikannya satu semangat yang cukup kuat untuk berhadapan dengan Tatar.
Ketiga-tiga langkah ini telah memberikan Mesir satu kekuatan baru pada awal tahun 658 H.
Di sini terserlah kepada kita kecekalan dan kesungguhan Qutuz. Ketiga-tiga langkah awal
yang mungkin memerlukan masa yang panjang untuk dicapai, telah berjaya diselesaikan
oleh Qutuz dalam masa tidak sampai tiga bulan sahaja dari tarikh beliau menaiki tahta
Mesir.
Disimpulkan bahawa keadaan dunia Islam pada awal tahun 658 H adalah:
a. Mesir berjaya mendapatkan kekuatannya
b. Baghdad, Halab dan Damsyik jatuh ke tangan Tatar disamping negara-negara lain yang
telah jatuh sebelumya (Daulah al-Khowarizmiah, Daulah Arminiah, Daulah Karjiah)
c. Palestin keseluruhannya jatuh ke tangan Tatar termasuk Gaza yang terletak hanya 35
kilometer dari sempadan Mesir
Surat Ancaman Holago
Ketika Mesir masih lagi di peringkat awal untuk mempersiapkan dirinya, empat orang wakil
Holago telah datang memberikan surat perutusan dari beliau. Wakil tersebut datang
beberapa hari selepas kejatuhan Halab (Safar 658 H), iaitu hanya tiga bulan selepas Qutuz
menaiki tahta Mesir (Zulqaedah 657 H).
Surat tersebut telah memperlekehkan kekuatan tentera Islam dan memberikan kata duakepada mereka; menyerah atau berperang. Sebahagian dari pembesar pada masa itu mula
merasa takut dan ingin menarik diri kerana persiapan Mesir pada ketika masih lagi tidak
seberapa jika dibandingkan dengan Tatar yang menguasai satu kawasan jajahan yang cukup
luas (dari Korea ke Poland hari ini).
-
8/14/2019 Saifudin Muzaffar al Qutuz.docx
9/22
Qutuz mengumpulkan pembesar-pembesar dan panglima-panglima perangnya lalu berkata
kepada mereka:
Wahai pimpinan muslimin! Kamu diberi gaji dari Baitul Mal sedangkan kamu tidak suka
berperang. Aku akan pergi berperang. Sesiapa yang memilih untuk berjihad, temankanaku. Sesiapa yang tidak mahu berjihad, baliklah ke rumahnya. Allah akan
memerhatikannya. Dosa kehormatan muslimin yang dicabuli akan ditanggung oleh
orang yang tidak turut berjihad.
Kata-kata beliau telah menyentak dan menyedarkan kembali pembesar-pembesar Mesir
ketika itu. Mereka bukan berhadapan dengan dua pilihan yang diberikan oleh Holago,
tetapi mereka berhadapan dengan pilihan yang diberikan oleh Allah terhadap mereka.
Jihad pada ketika itu adalah fardhu dan mereka tidak ada pilihan selain dari itu.
Setelah berunding dengan semua pembesar, akhirnya mereka memutuskan untuk
membunuh keempat-empat utusan tersebut. Kepala mereka telah digantung di tengah
bandar Kaherah.
Perbuatan ini yang bertujuan untuk menegaskan keberanian tentera Islam untuk berdepan
dengan Tatar telah mendapat kritikan sebahagian dari pengkaji sejarah. Mereka
berpendapat bahawa tidak terdapat sebab yang kuat untuk Qutuz membunuh kesemua
utusan tersebut kerana Islam adalah agama yang tidak membenarkan utusan perang
dibunuh.Walau pun begitu ada juga yang mengandaikan kemungkinan berlaku beberapaperistiwa yang membawa kepada pembunuhan tersebut tetapi tidak diketahui dan tidak
tercatat dalam sejarah. Wallahu alam.
Masalah Belanjawan Perang dan Fatwa al-Izz bin Abdis Salam
Selesai dari masalah surat Holago, Qutuz berhadapan dengan satu masalah lain iaitu
sumber kewangan untuk mempersiapkan Mesir menghadapi peperangan. Belanjawan yang
besar diperlukan untuk memperbaiki benteng, jambatan, membeli senjata dan peralatan
perang serta bekalan makanan yang mencukupi untuk tentera dan rakyat jika Mesirdikepung oleh Tatar. Dalam keadaan Mesir yang dilanda dengan krisis politk dan ekonomi
ketika itu, Qutuz tidak mempunyai masa yang banyak untuk menyelesaikan masalah itu
setelah surat ancaman Holago sampai kepadanya memberikan isyarat bahawa serangan
Tatar akan datang pada bila-bila masa. Tatar sudah berada di sempadan Mesir.
-
8/14/2019 Saifudin Muzaffar al Qutuz.docx
10/22
Qutuz memanggil para pembesar negara lalu melakukan mesyuarat. Pilihan yang ada pada
mereka adalah untuk mengutip duit dari rakyat jelata. Ia perlu dilakukan segera. Mereka
tidak ada pilihan selain dari itu. Tetapi pilihan ini memerlukan satu fatwa dikeluarkan oleh
ulama Islam kerana umat tidak pernah kenal ada cukai lain selain dari zakat. Tanpa fatwa
tersebut, Qutuz tidak akan melakukannya kerana menyelesaikan masalah dengan jalan yang
tidak syarie hanya akan menjebakkan Mesir ke dalam masalah lain yang mungkin lebi h
besar. Syariat adalah batas bagi segala-galanya.
Di antara yang dipanggil untuk turut serta di dalam mesyuarat tersebut adalah seorang
ulama bernama al-Izz bin Abdis Salam (lebih dikenali sebagai Izzuddin Abdis Salam).
Beliau lahir pada tahun 577 H. Ketika mesyuarat tersebut umurnya sudah mencecah 81
tahun. Ibnu Daqiq al-Aid menggelarnya sebagai Sultan kepada semua ulama. Gelaran ini
diberikan kerana sifat beliau yang amat tegas di dalam menasihati para pemerintah dan
panglima perang ketika perang Salib sedang rancak berlaku. Beliau bukan sahaja
memberikan fatwa di dalam masalah ibadah tetapi juga turut campur tangan di dalam
memberikan fatwa di dalam masalah politik dan peperangan.
Beliau pernah dipenjarakan di Damsyik dan di Quds kerana kelantangan fatwanya terhadap
pemimpin Islam yang mengkhianati umat Islam dan melakukan persepakatan dengan
tentera Salib. Setelah dibebaskan oleh Raja Soleh Najmuddin Ayub, raja Mesir ketika itu,
beliau berpindah ke Mesir dan menjadi Mufti Mesir setelah sebelum ini menjadi Mufti di
Palestin dan Syam.
Ketika Qutuz mencadangkan agar dilakukan kutipan dari rakyat jelata, Izzuddin Abdis
Salam mengeluarkan satu fatwa yang cukup tegas. Beliau berkata:
Apabila negara Islam diserang, wajib ke atas dunia Islam untuk memerangi musuh.
Harus diambil dari rakyat jelata harta mereka untuk membantu peperangan dengan
syarat tidak ada harta langsung di dalam Baitul Mal. Setiap kamu (pihak pemerintah)
pula hendaklah menjual semua yang kamu miliki dan tinggalkan untuk diri kamu hanya
kuda dan senjata. Kamu dan rakyat jelata adalah sama di dalam masalah ini. Ada pun
mengambil harta rakyat sedangkan pimpinan tentera memiliki harta dan peralatan
mewah, maka ianya adalah tidak harus.
Fatwa yang cukup tegas ini disambut juga dengan ketegasan oleh Qutuz. Beliau
memerintahkan semua pembesar negara dan pimpinan perang agar menyerahkan semua
yang mereka miliki kepada negara. Hasil yang menakjubkan; Mesir adalah negara yang
-
8/14/2019 Saifudin Muzaffar al Qutuz.docx
11/22
kaya. Tetapi kekayaan tersebut telah disalahgunakan oleh sebahagian pimpinan pada masa
itu. Penyerahan harta dari pembesar negara telah disambut oleh rakyat jelata. Mereka mula
menyumbangkan harta masing-masing untuk memenuhi tuntutan belanjawan perang.
Semua turut serta di dalam memberikan sumbangan. Fatwa Izzudin bin Abdis Salam benar-
benar dapat menyelesaikan masalah tersebut dalam kadar yang segera.
Kejutan Dari Qutuz; Memerangi Tatar Bukan Bertahan di Mesir
Mesir sudah bersedia untuk menghadapi Tatar. Segala sunnah dan asbab telah diambil oleh
Qutuz. Qutuz berjaya menaikkan semangat rakyat Mesir. Qutuz berjaya memadamkan
perselisihan di antara pembesar Islam. Qutuz berjaya mendamaikan antara Mamalik
Bahriah dan Mamalik Muizziah. Qutuz berjaya menyatukan antara Mesir dan Syam, dua
wilayah Islam yang kuat. Qutuz berjaya memperkecilkan Tatar pada pandangan umat
Islam. Qutuz berjaya membersihkan jiwa pembesar dan rakyat. Qutuz berjayamembersihkan wang-wang haram dan melancarkan jihad dengan menggunakan wang yang
halal.
Dengan kekuatan tersebut Qutuz memilih untuk melakukan tindakan yang cukup berisiko.
Beliau telah mengisytiharkan pandangannya di dalam mesyuarat dengan pimpinan tentera
untuk mereka keluar menyerang Tatar di bumi Palestin dan mengubahnya dari rancangan
asal iaitu menunggu serangan Tatar di Mesir. Pandangan ini amat mengejutkan pimpinan
tentera sehinggakan sebahagian dari mereka bangun terkejut setelah mendengar
pandangan tersebut. Berlakulah perbincangan dan Qutuz menerangkan kepada mereka
rahsia pilihannya itu.
Qutuz menegaskan beberapa noktah yang kemungkinan tidak disedari oleh sebahagian
pimpinan tentera akibat terlalu lama berada dalam krisis politik.
a. Keselamatan Mesir bukan terletak di Kaherah tetapi sebaliknya bermula dari sempadan
Mesir di sebelah timur. Dengan itu usaha untuk menyelamatkan sempadan Mesir Palestin
mesti dilakukan dari peringkat awal dengan cara menyerang Tatar di Palestin.
b. Berperang di luar Mesir memberikan Mesir kelebihan; iaitu mereka masih lagi ada
peluang kembali ke Mesir untuk menyusun semula strategi. Tetapi jika mereka kalah di
dalam bumi Mesir, mereka tidak mempunyai peluang tersebut. Sebaliknya Tatar dengan
mudah dapat terus menerobos ke Kaherah, ibu negara Mesir.
-
8/14/2019 Saifudin Muzaffar al Qutuz.docx
12/22
c. Tentera Islam mesti melakukan kejutan ke atas musuh dengan cara mereka yang
menentukan tempat dan masa untuk berperang. Dengan itu mereka berada dalam keadaan
cukup bersedia untuk berperang dalam keadaan musuh tidak bersedia sepenuhnya.
d. Mesir bertanggungjawab bukan sahaja ke atas keselamatan Mesir tetapi juga ke ataskeselamatan bumi-bumi Islam yang lain. Jihad mempertahankan negara Islam yang dijajah
adalah fardhu ke atas negara jiran jika negara yang dijajah itu tidak mampu
mempertahankan dirinya.
e. Umat Islam mempunyai kewajipan untuk menyerang dan membuka negara Tatar lalu
menawarkan kepada mereka samada Islam atau jizyah. Apatah lagi jika sekiranya tentera
Tatar berada di bumi Islam, kewajipan untuk membuka yang dijajah oleh Tatar tersebut
lebih wajib lagi dari menyerang negara Tatar sendiri.
Setelah perbincangan yang panjang, akhirnya keputusan diambil bersama. Tentera Islam
akan bergerak menuju ke bumi Palestin dan menyerang Tatar di situ.
Perjanjian Damai Islam Salib di Akka
Untuk sampai ke tempat yang sesuai dijadikan medan perang di Palestin, tentera Islam
terpaksa melalui bandar Akka. Bandar Akka pada ketika itu masih lagi di bawah jajahan
tentera Salib sejak tahun 492 H. Mereka telah berada di Akka selama 166 tahun. Terdapat
generasi tentera Salib di bandar tersebut.
Tentera Salib berada dalam keadaan yang cukup lemah di Akka. Kelemahan ini hasil dari
keletihan peperangan yang mereka terpaksa hadapi dari tentera Salehudin Ayyubi sebelum
ini. Pembebasan Quds berlaku pada tahun 643 H. Peperangan Mansurah berlaku pada
tahun 648 H. Selepas peperangan tersebut, ramai tentera Salib yang dijadikan tawanan
termasuk King Louis IX, Raja Perancis.
Walau pun begitu, untuk membebaskan Akka dari tentera Salib tidaklah semudah yang
disangkakan. Benteng terkuat tentera Salib adalah di Akka. Banyak cubaan termasuk
cubaan oleh Salehudin al-Ayyubi untuk membebaskan Akka menemui kegagalan sebelum
ini. Ini termasuk kemungkinan akan berlaku sekali lagi persepakatan di antara tentera Tatar
dan tentera Salib yang akan menguatkan kembali Akka.
-
8/14/2019 Saifudin Muzaffar al Qutuz.docx
13/22
-
8/14/2019 Saifudin Muzaffar al Qutuz.docx
14/22
Qutuz tersebut hanyalah kempen menaikkan semangat. Ketakutan menyelubungi mereka
kerana Tatar adalah kekuatan gila yang tidak pernah dikalahkan. Tentera Salib tidak segila
itu. Bahkan pada zaman itu meniti dari mulut ke mulut satu mitos yang diterima oleh
semua orang pada masa itu jika kamu mendengar Tatar dikalahkan, jangan percaya.
Mereka lari meninggalkan tentera Islam. Sebahagiannya lari ke bumi Hijaz. Ada yang lari ke
Yaman. Ada juga yang lari jauh sehingga ke Morocco. Hasil dari itu tentera Islam benar-
benar bersih dari jiwa-jiwa yang kotor. Yang turut berperang adalah mereka yang benar-
benar jelas matlamatnya, kuat dan berani menanggung segala risiko. Mereka bersedia
untuk syahid di jalan Allah.
Soff muslimin berada di kemuncak persiapan. Segala-galanya telah disiapkan oleh Qutuz,
Raja yang menyerahkan kehidupannya untuk agama Allah. Usaha yang bermula dari
Zulkaedah 657 H sehingga ke Syaban 658 H itu (tidak sampai 10 bulan) telah benar-benarmembuahkan hasilnya.
Kini tentera Islam sudah benar-benar bersedia untuk menghadapi Tatar.
Syaban 658 H: Ke Bumi Palestin Untuk Menumbangkan Tatar
Pergerakan tentera Islam bermula pada bulan Syaban 658 H. Ia bersamaan bulan Julai
1260 M. Bulan Julai adalah musim panas. Merentasi padang pasir di dalam musim panas
bukanlah suatu yang mudah. Ditambah pula mereka akan menghampiri bulan Ramadhan.
Tetapi Qutuz tidak menangguhkan langsung operasi tersebut.Tentera Islam dilatih di Kaherah, Asyut, Iskandariah dan Dimyat. Daripada kem-kem
latihan tersebut mereka berkumpul di Solehiah yang terletak di Syarqiah, Mesir sekarang
ini. Dari situ mereka bergerak ke sebelah timur dan kemudian naik ke utara menuju ke
Arisyh. Itulah bandar pertama mereka berteduh setelah merentasi padang pasir dariSolehiah. Dari Arisyh mereka menuju ke Gaza yang berada di bawah penguasaan Tatar.
Qutuz telah membagikan tenteranya kepada dua kumpulan. Kumpulan pertama agak kecil
jika dibandingkan dengan kumpulan kedua. Kumpulan pertama ini diketuai oleh panglima
Islam yang hebat, Ruknuddin Baibras. Kumpulan ini berjalan terpisah agak jauh dari
http://photobucket.com/http://photobucket.com/ -
8/14/2019 Saifudin Muzaffar al Qutuz.docx
15/22
kumpulan kedua. Kumpulan pertama ini berjalan menzahirkan dirinya manakala kumpulan
kedua berjalan dengan perlahan dan menyembunyikan diri. Ini adalah antara taktik perang
yang dilakukan oleh Qutuz untuk mengelabui mata musuh agar musuh silap di dalam
menghitung kekuatan tentera Islam.
Kemenangan di Gaza
Pada 26 Julai 1260 M, Baibras sudah berjaya melepasi sempadan Mesir Palestin. Dia
berjaya melepasi Rafah, Khan Yunus dan Dir Balah. Kini dia berada terlalu hampir dengan
bandar Gaza.
Perisikan Tatar berjaya mengesan kemaraan tentera Baibras. Mereka menyangka bahawa
pasukan itu adalah keseluruhan tentera Islam tanpa mengetahui tentang kewujudan
pasukan kedua tentera Islam yang berada jauh dari Gaza. Berita tersebut sampai kepadatentera Tatar. Ketika itu tentera utama Tatar di bawah pimpinan Katabgha masih lagi jauh
dari Gaza. Mereka berada di bumi Lubnan, 300 kilometer dari Gaza. Dengan itu mereka
menghantar satu pasukan yang tidak begitu besar untuk menghadapi tentera Islam.
Berlakulah pertembungan di antara dua pasukan tersebut. Kali pertama setelah puluhan
tahun, tentera Islam menang di dalam pertembungan melawan Tatar. Terbunuh di dalam
peperangan tersebut sebahagian tentera Tatar. Tentera yang terselamat melarikan diri
menyampaikan berita tersebut kepada Katabgha.
Marah bercampur terkejut. Itulah reaksi Katabgha dan tentera Tatar ketika mendengar
berita kekalahan mereka. Sebelum ini mereka sudah terbiasa membunuh orang Islam tanpa
mendapat tentangan sengit. Mereka juga sudah terbiasa dengan beberapa Raja Islam yang
menghinakan diri memohon perdamaian dari mereka. Di luar jangkaan mereka, masih ada
lagi tentera Islam yang berani melawan mereka dan mampu mengalahkan mereka. Ini
adalah pengalaman baru bagi Tatar.
Di pihak tentera Islam, kemenangan itu menaikkan semangat mereka untuk terus berjihad.
Mereka tidak lagi menoleh ke belakang. Sebaliknya mereka akan terus ke hadapan sehinggake kehancuran Tatar.
Pemilihan Lokasi Peperangan: Ain Jalut
-
8/14/2019 Saifudin Muzaffar al Qutuz.docx
16/22
Tentera Islam terus bergerak dari Gaza melepasi Asqalan dan Yafa. Dari situ mereka
singgah sebentar di Akka dan berjumpa dengan pimpinan tentera Salib di Akka untuk
memastikan perjanjian masih lagi dipatuhi oleh mereka.
Seterusnya Qutuz dan tentera Islam bergerak meninggalkan Akka menuju ke Ain Jalut. Dimanakah Ain Jalut?
Ain Jalut terletak tidak jauh dari perkhemahan Janin sekarang ini. Ia terletak di antara
bandar Bisan dan Nablus. Ia terletak 65 kilometer dari Hittin, medan peperangan Hittin
yang berlaku pada tahun 583 H. Ia terletak 6o kilometer dari Yarmuk, medan peperangan
Yarmuk yang berlaku enam kurun sebelumnya. Kedudukannya banyak mengembalikan
memori tentera Islam kepada kemenangan tentera Islam sebelum itu.Ia dipilih kerana ia adalah kawasan lapang yang luas dan dikelilingi oleh bukit kecuali di
bahagian utaranya. Bukit-bukit tersebut dipenuhi pokok-pokok yang memudahkan tentera
Islam untuk bersembunyi. Satu pasukan kecil di bawah pimpinan Baibras diletakkan di
bahagian utara sementara tentera yang lain bersembunyi di sebalik pokok.
Semua berada dalam keadaan bersedia menanti kedatangan Katabgha dan tentera Tatar.
24 Ramadhan 658 H
Ketika Qutuz dan tentera Islam sudah pun berada di bumi Ain Jalut, datang sejumlah
sukarelawan dari Palestin. Sebelum ini mereka menyembunyikan diri dari medan
peperangan. Kesungguhan Qutuz dan qudwah yang ditunjukkan oleh beliau telah
menghilangkan ketakutan mereka.
Di samping itu, medan Ain Jalut juga mula dipenuhi dengan petani-petani, kanak-kanak
dan wanita. Sebahagiannya ada yang telah tua dan uzur. Kesemuanya keluar untukmemberikan bantuan dalam bentuk yang mereka mampu. Qutuz benar-benar berjaya
menggerakkan umat Islam kembali ke medan jihad.
Di hari yang sama, datang seorang utusan kepada tentera Islam dan memohon untuk
bertemu dengan Qutuz. Dia memperkenalkan dirinya sebagai wakil Sorimuddin Aibak,
seorang muslim yang dijadikan tawanan Tatar dan dipaksa berkhidmat untuk tentera Tatar.
http://photobucket.com/http://photobucket.com/ -
8/14/2019 Saifudin Muzaffar al Qutuz.docx
17/22
Wakil tersebut berkata bahawa dia membawa beberapa pesanan dari Sorimuddin Aibak
untuk disampaikan kepada Qutuz.
Pesanan tersebut adalah beberapa maklumat penting untuk tentera Islam:
a. Tentera Tatar tidak lagi sekuat sebelum ini. Holago telah membawa sebahagian tentera
dan panglima perangnya ke Tibriz, Iran. Kekuatan mereka tidak lagi sekuat ketika mereka
menakluk Syam.
b. Bahagian kanan tentera Tatar lebih kuat dari bahagian kiri mereka. Dengan itu tentera
Islam hendaklah menguatkan bahagian kiri mereka untuk menghadapi bahagian kanan
tersebut.
c. Asyraf al-Ayubi, Raja Hims yang sekarang ini bersama tentera Tatar ingin kembali ke
pangkuan tentera Islam. Mereka akan melakukan tipu helah agar tentera Tatar yang
bersama mereka dapat dikalahkan.
Maklumat ini diterima oleh Qutuz dengan penuh hati-hati, bimbang jika sekiranya ia adalah
sebahagian dari taktik dan tipu daya Tatar.
Semua ini berlaku pada siang 24 Ramadhan 658 H di Ain Jalut.
Pada malamnya Qutuz dan tentera Islam melakukan tahajud dan memohon dari Allah
kemenangan tentera Islam dalam pertempuran esok hari. Malam itu adalah malam 25Ramadhan dan kemungkinan ia adalah malam Lailatul Qadar. Mereka menghabiskan
malam mereka dengan tahajud dan doa serta menyerahkan diri kepada Allah. Moga-moga
Allah menerima mereka sebagai hambaNya dan memberikan kemuliaan kemenangan atau
syahid di medan pertempuran esok hari.
Moga-moga esok adalah hari di mana mereka boleh menebus semula kematian jutaan umat
Islam di tangan Tatar.
25 Ramadhan 658 H
Fajar menyinsing tiba. Hari yang dinantikan oleh tentera Islam dan muslimin yang bersama
dengan mereka sudah menjelma. Hari itu adalah hari Jumaat 25 Ramadhan 658 H.
Tentera Tatar di bawah pimpinan Katabgha tiba dari arah utara. Tentera Islam
bersembunyi di sebalik pokok-pokok. Pasukan kecil di bawah Baibras yang pada asalnya
-
8/14/2019 Saifudin Muzaffar al Qutuz.docx
18/22
berjaga di sebelah utara dan menzahirkan diri juga menyembunyikan diri mereka ketika
tentera Tatar tiba.
Qutuz memberikan arahan agar tentera Islam keluar menzahirkan diri secara berperingkat,
satu katibah demi satu katibah.
Ketika katibah pertama turun dari bukit dan menghampiri tentera Tatar, Katabgha dan
tentera Tatar menjerit ketakutan. Katibah ini turun dengan memakai pakaian berbelang
putih dan merah. Keseluruhan peralatan senjata mereka dihias cantik. Mereka turun dalam
keadaan tersusun. Pergerakan mereka sama dan seimbang.
Katabgha bertanya kepada Sorimuddin Aibak: Pasukan apakah ini? Sorimuddin
menjawab: Inilah katibahSanqar ar-Rumi.
Kemudian turun pula katibah kedua. Katibah ini memakai pakaian berwarna kuning dan
membawa senjata yang berhias indah. Mereka juga turun dalam keadaan tersusun,
pergerakan yang sama dan seimbang.
Katabgha bertanya kepada Sorimuddin Aibak: Pasukan apakah ini? Sorimuddin
menjawab: Inilah katibahBalban ar-Rasyidi.
Kemudian turun pula katibah seterusnya dengan memakai pakaian berwarna lain. Setiap
kali katibah baru turun, Katabgha akan bertanya kepada Sorimuddin: Pasukan apakah
ini? Sorimuddin yang tidak mengetahui keseluruhan nama-nama katibah Mamalik mula
mereka-reka nama tertentu untuk menambahkan ketakutan Katabgha.
Tentera Mamalik terpecah kepada banyak katibah. Setiap katibah akan memakai warna
tertentu yang membezakannya dengan katibah lain. Kuda mereka akan dihias dengan
warna yang sama. Begitu dengan senjata, khemah dan bahkan rumah-rumah mereka di
Mesir. Semuanya akan diwarnakan dengan warna katibah masing-masing.
Semua katibah ini adalah sebahagian tentera Islam yang dipimpin oleh Baibras. Baki
tentera yang masih lagi ramai menyembunyikan diri bersama Qutuz.
Gendang mula dimainkan oleh pasukan gendang tentera Islam. Sudah menjadi kebiasaan
tentera Mamalik, mereka akan meletakkan satu pasukan gendang di medan perang. Mereka
memainkan rentak yang akan memberikan isyarat tertentu kepada tentera Mamalik.Isyarat
tersebut hanya mampu difahami oleh tentera Mamalik. Setiap pergerakan tentera akan
ditentukan oleh gendang tersebut.
-
8/14/2019 Saifudin Muzaffar al Qutuz.docx
19/22
Pasukan Baibras sudah berada hampir dengan tentera Katabgha. Peperangan sudah
semakin hampir.
Serangan Pertama: Bermula Peperangan
Bermulalah pertempuran. Katabgha yang menyangka bahawa pasukan Baibras yang kecil
itu adalah keseluruhan tentera Islam telah mengarahkan keseluruhan tenteranya untuk
masuk ke medan pertempuran. Mereka menyerbu masuk dengan jerit pekik yang kuat.
Baibras dan tenteranya berdiri tenang di tempat masing-masing menantikan kemaraan
tentera Tatar yang berjumlah berkali ganda dari bilangan pasukan mereka. Apabila tentera
Tatar sudah hampir kepada mereka, Baibras memberikan isyarat kepada tenteranya untuk
merempuh ke depan.
Pedang bertemu pedang, gendang dipalu bertambah kuat berselang seli memberikan
arahan dengan takbir dari petani-petani yang berada di atas bukit. Darah mula mengalir.
Satu demi satu nyawa melayang. Walau pun begitu, Baibras dengan bilangan tentera yang
sedikit mampu bertahan sehingga ke saat itu. Ketakutan mula meresap masuk ke dalam diri
tentera Tatar. Belum pernah mereka menghadapi kekuatan sedemikian.
Pemilihan Qutuz sememangnya tepat. Panglima-panglima perang yang dipilih untuk
bertembung di peringkat awal dengan Tatar dan menghabiskan tenaga Tatar adalah
panglima perang Mamalik terbaik. Mereka adalah panglima yang terlibat sekali di dalam
mengukir kemenangan di dalam peperangan Mansurah menentang tentera Salib pimpinan
Louis IX. Mereka memiliki kemahiran perang yang tinggi.
Qutuz dan baki tentera masih lagi menanti di sebalik tempat persembunyian mereka
menyaksikan peperangan tersebut dan menunggu waktu sesuai untuk masuk ke serangan
kedua.
Serangan Kedua: Mengepung Tentera Tatar
Masanya sudah tiba untuk Qutuz memberikan arahan baru. Arahan seterusnya adalah agarBaibras dan tenteranya berundur secara seimbang dan berpura-pura lemah. Taktik ini
adalah taktik yang sama digunakan oleh tentera Islam di dalam peperangan Nahawand
ketika tentera Islam di zaman Saidina Omar r.a. membuka Parsi. Taktik ini digunakan
untuk menarik tentera Tatar yang sudah keletihan masuk ke tengah-tengah medan
peperangan dan mengepung mereka di situ. Sebagaimana yang kita ketahui medan Ain
-
8/14/2019 Saifudin Muzaffar al Qutuz.docx
20/22
Jalut berbukit di seluruh kawasannya kecuali di bahagian utara. Kepungan itu agak mudah
untuk dilakukan jika sekiranya Baibras berjaya menarik tentera Tatar ke tengah medan.
Ia bukanlah taktik yang mudah. Ia memerlukan satu perkiraan yang tepat. Terlalu cepat
akan menyebabkan musuh menyedari taktik tersebut. Terlalu lambat akan menyebabkankematian tentera Islam.
Qutuz memberikan arahan kepada pasukan gendang untuk memberikan arahan baru ini.
Baibras memahami rentak gendang tersebut. Tanpa berlengah dia dan tenteranya mula
berundur ke belakang sedkiit demi sedikit dengan penuh hati-hati. Mereka berpura-pura
menzahirkan keletihan dan kelemahan mereka.
Katabgha tertipu. Dia mengarahkan seluruh tenteranya untuk masuk ke dalam medan
perang tanpa menyedari taktik tersebut. Ini adalah satu yang cukup pelik berlaku kepadabeliau. Katabgha adalah panglima perang Tatar yang mahir. Menjadi panglima perang sejak
zaman Genghis Khan. Ketika peperangan Ain Jalut, beliau berusia lebih 60 tahun atau
mungkin lebih 70 tahun. Satu usia yang memberikan pengalaman yang tidak sedikit
berkenaan taktik-taktik perang di zaman itu. Tetapi Allah mengatur segala-galanya.
Taktik ini berjaya. Tentera Tatar telah berada dalam kepungan. Pada ketika baki tentera
Islam muncul, Katabgha menyedari kesilapannya. Di sini tidak ada jalan lain bagi mereka
kecuali terus berperang mati-matian. Mereka nampak kematian semakin menghampiri
mereka.
Serangan Ketiga: Kekuatan Bahagian Kanan Tatar
Katabgha memberikan arahan agar semua tenteranya berjuang mati-matian. Mereka
seolah-olah mengamuk dan mengasak tentera Islam. Di sini terbukti kebenaran apa yang
dikatakan oleh wakil Sorimuddin Aibak berkenaan kekuatan bahagian kanan tentera Tatar.
Bahagian kiri tentera Islam telah diasak dengan dahsyat oleh mereka. Gugur di kalangan
tentera Islam seorang demi seorang sebagai syahid.
Qutuz yang melihat dari atas bukit merasai kesukaran yang dihadapi oleh tentera Islam.
Langkah yang diambil oleh beliau amat menakjubkan. Beliau mencampakkan topi besinya
lalu melaungkan wa Islaaamah.Laungan ini diucapkan oleh beliau sambil beliau turun ke
medan perang dengan menunggang kudanya. Langkah ini diambil oleh Qutuz untuk
menaikkan semangat tentera Islam.
-
8/14/2019 Saifudin Muzaffar al Qutuz.docx
21/22
Tentera Tatar terperanjat dengan kehadiran Qutuz di tengah-tengah medan perang. Qutuz
memerangi mereka dengan penuh semangat seolah-olah beliau tidak langsung sayangkan
nyawanya. Beberapa libasan pedang dan tombak hampir menemui beliau. Kudanya berjaya
ditikam mati oleh tentera Tatar menyebabkan beliau terjatuh. Pun begitu beliau
meneruskan jihadnya dengan berjalan kaki sehinggalah beliau berjaya mendapatkan kuda
bantuan.
Seorang pembesar istana menjerit dan mencelanya kerana lambat menaiki kuda. Beliau
bimbangkan Qutuz terbunuh lalu dengan itu akan kalahlah tentera Islam. Tetapi Qutuz
menjawab: Ada pun diriku, sesungguhnya ia sedang menuju surga. Ada pun Islam, ia
mempunyai Tuhan yang tidak akan membiarkannya.
Tentera Islam bertambah semangat dengan turunnya Qutuz ke medan perang.
Kematian Katabgha
Dibunuh oleh Jamaludin Aqusy as-Syams. Beliau adalah salah seorang panglima perang
Mamalik. Pernah berada di bawah Raja Nasir al-Ayyubi. Kemudian beliau meninggalkannya
setelah melihat pengkhianatan yang dilakukan oleh Raja Nasir al-Ayyubi.
Beliau merempuh tentera Tatar sehingga berjaya masuk ke tengah-tengah tentera tersebut.
Di situ beliau melihat Katabgha. Jamaluddin tidak menunggu lama. Beliau mengumpulkan
seluruh tenaganya dan melibas pedangnya ke arah leher Katabgha. Kepala Katabgha
berpisah dari badan dan tercampak ke tengah medan perang di hadapan tentera Tatar.
Ketakutan makin meningkat melihat kematian Katabgha di hadapan mata mereka. Tentera
Tatar mula melarikan diri melalui bahagian utara Ain Jalut. Tentera Islam mengejar
mereka.
Pertembungan Akhir di Bisan dan Berakhirnya Kekuatan Tatar
Tentera Tatar berjaya memecahkan kepungan tentera Islam. Mereka melarikan diri sejauh
20 kilometer dan berhenti di Bisan. Tentera Islam terus mengejar mereka.
Berlaku pertembungan yang lebih sengit. Kali ini tentera Tatar benar-benar menggila untuk
memastikan mereka terus hidup. Qutuz berada di tengah-tengah medan peperangan
memberikan semangat kepada tentera Islam. Beliau melaungkan: Wa Islaamah. Wa
Islaamah. Wa Islaamah. Ya Allah bantulah hambamu, Qutuz untuk menghancurkan Tatar.
-
8/14/2019 Saifudin Muzaffar al Qutuz.docx
22/22
Akhirnya kemenangan berpihak kepada tentera Islam. Mereka berjaya menamatkan mitos
bahawa Tatar tidak akan dikalahkan bila-bila.
Medan peperangan kembali sunyi. Tidak ada lagi bunyi gendang. Tidak ada lagi jeritan
Tatar. Tidak ada lagi takbir para petani. Tidak ada lagi bunyi libasan pedang. Mayat-mayattentera Tatar mati bergelimpangan dalam bentuk yang mengerikan. Qutuz berjalan di
tengah medan perang yang sudah sunyi melihat hasil peperangan selama sehari di bulan
Ramadhan.
Kesudahan Yang Baik Buat Raja Yang Hebat
Qutuz sujud ke bumi mensyukuri kemenangan tersebut. Beliau dan tenteranya berjaya
membunuh kesemua tentera Tatar. Ya! Kesemuanya. Tidak ada seorang pun dari tentera
Tatar yang berjaya melepaskan diri mereka hidup-hidup. Semuanya mati dibunuh olehtentera Islam di dalam peperangan yang cukup hebat ini.
Maruah umat Islam berjaya dikembalikan. Kematian jutaan umat Islam berjaya dibalas
oleh Qutuz. Sememangnya beliau seorang pemimpin hebat yang berjaya mencipta satu
sejarah untuk dibanggakan oleh umat Islam sepanjang zaman. 10 bulan sudah cukup bagi
Qutuz untuk menjatuhkan Tatar yang bermaharajalela di bumi Islam selama lebih 40
tahun.
Semua itu berlaku pada hari ini, 25 Ramadhan.
Moga pahlawan seperti Qutuz akan ada penggantinya. Aamin.