Download - Sains Tingkatan 1.pdf
Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
SPESIFIKASI KURIKULUM
SAINS
TINGKATAN 1
Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia
2011
Buku Spesifikasi Kurikulum Sains Tingkatan 1 ini ialah terjemahan yang sah daripada buku Curriculum Specifications Form 1 Science terbitan Curriculum Development Centre, Ministry Of Education Malaysia, Putrajaya.
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM Kementerian Pelajaran Malaysia Aras 4-8, Blok E9 Kompleks Kerajaan Parcel E Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62604 Putrajaya Malaysia Tel: 603-88842000 Faks: 603-88889917 Laman Web: http://www.moe.gov.my
Cetakan Pertama 2011 © Karya Terjemahan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum © Curriculum Development Centre, 2003
Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian teks, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa jua bentuk dan dengan apa jua cara, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman, atau cara lain kecuali dengan keizinan bertulis daripada Bahagian Pembangunan Kurikulum.
KANDUNGAN
Muka Surat
Rukun Negara v
Falsafah Pendidikan Kebangsaan vii
Falsafah Sains Negara ix
Prakata xi
Pengenalan 1
Matlamat dan Objektif 2
Kemahiran Saintifik 3
Kemahiran Berfikir 5
Sikap Saintifik dan Nilai Murni 11
Strategi Pengajaran dan Pembelajaran 13
Organisasi Kandungan 17
Tema
Memperkenalkan Sains 19
Manusia dan Kepelbagaian Benda Hidup 25
Jirim dalam Alam 28
Tenaga 37
Panel Penterjamah 43
RUKUN NEGARA
BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-cita untuk
• mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya;
• memelihara satu cara hidup demokratik;
• mencipta masyarakat yang adil bagi kemakmuran negara yang akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama;
• menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak;
• membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden;
MAKA kami, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan prinsip-prinsip yang berikut:
• KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
• KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
• KELUHURAN PERLEMBAGAAN
• KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
• KESOPANAN DAN KESUSILAAN
v
Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan
lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,
rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab, berketerampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri
serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga,
masyarakat dan negara.
vii
Selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, pendidikan sains di Malaysia memupuk budaya Sains dan Teknologi dengan memberi tumpuan kepada perkembangan individu yang kompetitif, dinamik, tangkas dan berdaya tahan serta dapat menguasai ilmu sains dan ketrampilan teknologi
ix
1
Seperti yang termaktub dalam Polisi Pendidikan Kebangsaan,
pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan untuk
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu supaya dapat melahirkan insan yang seimbang dan
harmoni dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Kurikulum sains
sekolah rendah dan menengah dibangunkan dengan hasrat untuk
menghasilkan insan yang dihasratkan.
Sebagai sebuah Negara yang sedang melangkah kearah status
negara maju, Malaysia perlu mewujudkan masyarakat yang saintifik
dan progresif serta berilmu, yakni masyarakat yang mempunyai daya
perubahan yang tinggi, memandang jauh ke hadapan, inovatif serta
penyumbang kepada tamadun sains dan teknologi masa depan. Bagi
mencapai hasrat ini, kita perlu membentuk warganegara kritis, kreatif
dan berketerampilan yang mengamalkan budaya sains dan teknologi.
Kurikulum sains Malaysia merangkumi tiga mata pelajaran sains teras
dan empat mata pelajaran sains elektif. Mata pelajaran teras adalah
Sains Sekolah Rendah, Sains
Menengah Rendah dan Sains Menengah Atas. Mata pelajaran Sains
Elektif ditawarkan pada Menengah Atas dan terdiri daripada Fizik,
Kimia, Biologi dan Sains Tambahan.
Mata pelajaran Sains Teras untuk Sekolah rendah dan Menengah
direka bentuk untuk memberi pengetahuan asas sains kepada murid,
menyediakan murid supaya celik sains dan mampu mengikuti sains di
peringkat menengah atas. Mata pelajaran Sains Teras untuk
Menengah atas direka bentuk untuk menghasilkan murid yang celik
sains, inovatif dan berupaya mengaplikasikan pengetahuan sains,
membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dalam kehidupan.
Mata pelajaran sains elektif menyediakan murid yang cenderung
dalam bidang sains untuk melanjutkan pelajaran di bidang sains pada
peringkat pra-menengah atas. Golongan murid ini akan menceburi
kerjaya dalam bidang sains dan teknologi yang memainkan peranan
dalam bidang pembangunan negara.
Setiap mata pelajaran sains dibekalkan dua dokumen iaitu sukatan
pelajaran dan huraian sukatan pelajaran. Sukatan Pelajaran
mengandungi tujuan, objektif dan garis panduan bagi kandungan
kurikulum untuk tempoh dua tahun bagi mata pelajaran sains elektif
dan lima tahun untuk mata pelajaran Sains Teras. Huraian sukatan
pelajaran mengandungi maklumat kurikulum yang meliputi tujuan dan
objektif kurikulum, penerangan kemahiran berfikir dan stategi berfkir,
kemahiran saintifik, sikap saintifik dan nilai murni, stategi Pengajaran
dan Pembelajaran dan kandungan kurikulum. Kandungan kurikulum
mengandungi objektif pengajaran, cadangan aktiviti pengajaran dan
hasil pembelajaran dan perbendaharaan kata.
PENGENALAN
2
MATLAMAT
Matlamat kurikulum sains untuk sekolah menengah adalah bertujuan
untuk membekalkan murid dengan pengetahuan dan kemahiran sains
dan teknologi serta membolehkan mereka menyelesaikan masalah
dan membuat keputusan dalam kehidupan seharian berdasarkan
sikap saintifik dan nilai murni
Murid yang telah mengikuti kurikulum sains sekolah menengah akan
memperolehi asas sains yang membolehkan mereka memperolehi
pendidikan lanjutan dalam sains dan teknologi secara rasmi dan tidak
rasmi.
Kurikulum ini juga bertujuan untuk membangunkan masyarakat yang
bertanggungjawab, dinamik dan berdaya maju dengan
membudayakan sains dan teknologi secara semulajadi dalam
menangani pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.
OBJEKTIF
Kurikulum Sains untuk sekolah menengah membolehkan murid:
1. Memperolehi pengetahuan tentang konsep dan prinsip sains
serta menghubungkaitkan pengetahuan ini dengan fenomena
alam semulajadi dan pengalaman harian.
2. Memperolehi kefahaman tentang aplikasi konsep dan prinsip
sains dalam bidang teknologi dan kehidupan harian.
3. Menguasai kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir.
4. Mengaplikasikan pengetahuan sains dan kemahiran saintifik
secara kritis dan kreatif berasaskan sikap saintifik dan nilai
murni dalam penyelesaian masalah dan membuat keputusan.
5. Menangani cabaran dalam dunia sains dan teknologi serta
bersedia memberi sumbangan kepada perkembangan sains
dan teknologi.
6. Menilai maklumat mengenai sains dan teknologi dengan bijak
dan berkesan.
7. Mengamalkan sikap saintifik dan nilai murni.
8. Menyedari kepentingan saling hubungan antara kehidupan
dan pengurusan alam semulajadi serta sumbernya dengan
bijaksana demi kesinambungan hidup manusia sejagat.
9. Menghargai sumbangan sains dan teknologi terhadap
pembangunan negara dan kesejahteraan manusia sejagat.
10. Menyedari bahawa pengetahuan yang diperoleh melalui kajian
sains merupakan hasil usaha manusia untuk memperoleh
penerangan yang rasional tentang fenomena alam berasaskan
kemampuan akal.
11. Mewujudkan kesedaran ke atas kepentingan kasih sayang
kepada alam sekitar dan memainkan peranan dalam
pemuliharaan dan pemeliharaannya.
3
KEMAHIRAN SAINTIFIK
Sains mengutamakan kaedah inkuiri dan penyelesaian masalah.
Dalam proses inkuiri dan menyelesaikan masalah, kemahiran saintifik
dan kemahiran berfikir digunakan. Kemahiran saintifik merupakan
kemahiran yang penting untuk menjalankan sebarang aktiviti
mengikut kaedah saintifik seperti menjalankan eksperimen dan
projek.
Kemahiran saintifik terdiri daripada kemahiran proses sains dan
kemahiran manipulatif.
Kemahiran Proses Sains
Kemahiran proses sains ialah kemahiran yang membolehkan murid
mempersoalkan sesuatu dan mencari jawapan secara bersistem.
Penerangan tentang setiap kemahiran proses sains diberi seperti
berikut:
Memerhatikan Menggunakan deria penglihatan, pendengaran,
sentuhan, rasa atau bau untuk mengumpulkan
maklumat tentang objek dan fenomena.
Mengelaskan Melalui pmemerhatian, mengumpulkan objek
atau fenomena berdasarkan persamaan dan
perbezaan.
Mengukur dan
menggunakan
nombor
Membuat
inferens
Meramalkan
Berkomunikasi
Menggunakan
perhubungan
ruang dan masa
Membuat pemerhatian secara kuantitatif
dengan menggunakan nombor dan alat berunit
piawai. Pengukuran menjadikan pemerhatian
lebih jitu.
Menggunakan pengumpulan data dan
pengalaman lalu untuk membuat kesimpulan
dan menerangkan sesuatu peristiwa.
Membuat jangkaan tentang sesuatu peristiwa
berdasarkan pemerhatian dan pengalaman
yang lalu atau data yang boleh dipercayai.
Menggunakan perkataan atau simbol
grafik seperti jadual, graf, rajah atau model
untuk menerangkan tindakan, objek atau
peristiwa.
Memperihalkan perubahan parameter dengan
masa. Contohnya lokasi, arah, bentuk, saiz ,
isipadu, berat dan jisim.
4
Mentafsir data
Mendefinasi
secara operasi
Mengawal
pemboleh ubah
Membuat
hipotesis
Memberi penerangan yang rasional tentang
objek, peristiwa atau pola daripada data yang
dikumpulkan.
Memberi tafsiran tentang sesuatu konsep
dengan menyatakan perkara yang
dilakukan dan diperhatikan.
Mengenalpasti pemboleh ubah
dimanipulasikan, pemboleh ubah bergerak
balas dan pemboleh ubah yang dimalarkan.
Dalam sesuatu penyiasatan satu
pembolehubah dimanipulasikan untuk
memerhatikan hubungannya dengan pemboleh
ubah yang bergerak balas. Pada masa yang
sama pemboleh ubah yang lain dimalarkan.
Membuat sesuatu penyataan umum tentang
hubungan antara pemboleh ubah yang
dimanipulasi dan pemboleh ubah yang
bergerak balas untuk menerangkan sesuatu
peristiwa atau pemerhatian. Pernyataan ini
boleh diuji untuk membuktikan kesahihannya.
Mengeksperimen Merancang dan menjalankan aktiviti untuk
menguji sesuatu hipotesis, mengumpulkan
data, mentafsirkan data sehingga mendapat
rumusan daripada aktiviti itu.
5
Kemahiran Manipulatif
Kemahiran manipulatif merupakan kemahiran psikomotor dalam
penyiasatan sains yang membolehkan murid:
Menggunakan dan mengendalikan peralatan sains dan bahan
dengan betul.
Mengendalikan spesimen dengan betul dan cermat.
Melakar spesimen, bahan dan peralatan sains dengan tepat.
Membersihkan peralatan sains dengan cara yang betul.
Menyimpan peralatan sains dan bahan dengan betul dan
selamat.
KEMAHIRAN BERFIKIR
Berfikir merupakan satu proses mental yang memerlukan individu
menggabungjalinkan pengetahuan, kemahiran dan sikap yang ada
pada dirinya bagi membolehkannya memahami dan mencorak alam
sekeliling.
Salah satu objektif sistem pendidikan negara adalah untuk
mempertingkatkan daya berfikir di kalangan murid. Objektif ini boleh
dicapai melalui kurikulum yang menekankan pembelajaran berfikrah.
Pengajaran dan pembelajaran yang menekankan kemahiran berfikir
dan strategi berfikir adalah teras kepada pembelajaran berfikrah.
Pembelajaran berfikrah boleh dicapai jika murid dilibatkan secara aktif
dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dalam proses ini aktiviti
pengajaran dan pembelajaran yang dirancang dapat mencungkil
minda murid dan mendorongnya untuk berfikir agar mereka dapat
mengkonsepsikan, menyelesaikan masalah dan membuat keputusan.
Kemahiran berfikir boleh digolongkan kepada pemikiran kritis dan
pemikiran kreatif. Seseorang yang berfikir secara kritis akan sentiasa
menilai sesuatu idea dengan sistematik sebelum menerimanya.
Seseorang yang berfikir secara kreatif mempunyai daya imaginasi
yang tinggi, berupaya menjanakan idea yang inovatif dan asli, serta
boleh mengubah suai idea dan produk yang sedia ada.
Strategi berfikir merupakan proses berfikir yang lebih tinggi
peringkatnya yang melibatkan beberapa langkah dan setiap langkah
melibatkan beberapa kemahiran berfikir kritis dan kreatif. Strategi
berfikir merupakan fungsi utama dan matlamat akhir kepada proses
berfikir.
6
Kemahiran Berfikir Kritis
Penerangan ringkas tentang setiap kemahiran berfikir adalah seperti
yang berikut :
Mencirikan
Membandingkan
dan
membezakan
Mengumpulkan
dan
mengelaskan
Membuat urutan
Menyusun
mengikut
keutamaan
Mengenal pasti kriteria seperti ciri, sifat, kualiti
dan unsur sesuatu konsep atau objek.
Mencari persamaan dan perbezaan berdasarkan
kriteria seperti ciri, sifat, kualiti dan unsur
sesuatu objek atau peristiwa.
Mengasingkan dan mengumpulkan objek atau
fenomena kepada kumpulan masing-masing
berdasarkan kriteria tertentu seperti ciri atau
sifat. Pengumpulan ini adalah berdasarkan ciri
atau sifat sepunya.
Menyusun objek dan maklumat mengikut tertib
berdasarkan kualiti atau kuantiti ciri atau sifatnya
seperti saiz, masa, bentuk atau bilangan.
Menyusun objek atau maklumat mengikut tertib
berdasarkan kepentingan atau keutamaan.
Menganalisis
Mengesan
Kecondongan
Menilai
Membuat
kesimpulan
Mengolah maklumat dengan menghuraikannya
kepada bahagian yang lebih kecil bagi
memahami sesuatu lonsep atau peristiwa serta
mencari makna yang tersirat.
Mengesan pandangan atau pendapat yang
berpihak kepada atau menentang sesuatu
Membuat pertimbangan tentang sesuatu perkara
dari segi kebaikan dan keburukan, berdasarkan
bukti atau dalil yang sah.
Membuat pernyataan tentang hasil sesuatu
kajian yang berdasarkan kepada sesuatu
hipotesis.
Kemahiran Berfikir Kreatif
Penerangan ringkas tentang setiap kemahiran berfikir kreatif adalah
seperti yang berikut :
Menjanakan idea
Menghasilkan idea yang berkaitan
dengan sesuatu perkara.
7
Menghubungkaitkan
Membuat inferens
Meramalkan
Mengitlakkan
Membuat gambaran
mental
Membuat perkaitan dalam sesuatu
keadaan atau peristiwa untuk mencari
sesuatu struktur atau corak hubungan.
Menggunakan pengumpulan data dan
pengalaman lalu untuk membuat
kesimpulan dan menerangkan sesuatu
peristiwa.
Membuat jangkaan tentang sesuatu
peristiwa berdasarkan pemerhatian dan
pengalaman yang lalu atau data yang
boleh dipercayai.
Membuat pernyataan umum terhadap
sesuatu perkara untuk keselurahan
kumpulan berdasarkan pemerhatian ke
atas sampel atau beberapa maklumat
daripada kumpulan itu.
Membuat tanggapan atau
membayangkan sesuatu idea, konsep,
keadaan atau gagasan dalam minda atau
fikiran.
Mensintesiskan
Membuat hipotesis
Menganalogikan
Mereka cipta
Menggabungkan unsur yang berasingan
untuk menghasilkan satu gambaran
menyeluruh dalam bentuk seperti
pernyataan, lukisan dan artifak.
Membuat sesuatu penyataan umum
tentang hubungan antara pemboleh ubah
yang dimanipulasi dan pemboleh ubah
yang bergerak balas untuk menerangkan
sesuatu peristiwa atau pemerhatian..
Pernyataan ini boleh diuji untuk
membuktikan kesahihannya.
Membentuk kefahaman tentang sesuatu
konsep yang kompleks atau abstrak
secara mengaitkan konsep itu dengan
konsep yang mudah atau maujud yang
mempunyai ciri yang serupa.
Menghasilkan sesuatu yang baru atau
melakukan pengubahsuaian kepada
sesuatu yang sedia ada untuk mengatasi
masalah secara terancang.
8
Strategi Berfikir
Penerangan tentang setiap strategi berfikir adalah seperti
yang berikut :
Mengkonsepsikan
Membuat
keputusan
Menyelesaikan
masalah
Membuat pengitlakan ke arah membina
pengertian, konsep atau model
berdasarkan ciri spesifik sepunya yang
saling berhubung kait.
Memilih satu alternatif penyelesaian
yang terbaik daripada beberapa alternatif
berdasarkan kriteria tertentu bagi
mencapai matlamat yang ditetapkan.
Mencari penyelesaian yang tepat secara
terancang terhadap situasi yang tidak
pasti atau mencabar ataupun kesulitan
yang tidak dijangkakan.
Selain daripada kemahiran berfikir dan strategi berfikir yang tersebut,
kemahiran menaakul merupakan satu lagi kemahiran yang
diutamakan. Kemahiran menaakul ialah kemahiran yang digunakan
untuk membuat pertimbangan seccara logik, rasional, adil dan
saksama. Penguasaan kemahiran berfikir kritis dan kreatif serta
strategi berfikir menjadi lebih mudah jika seseorang itu berkebolehan
membuat penaakulan secara induktif dan deduktif. Rajah 1 memberi
gambaran keseluruhan tentang kemahiran berfikir dan strategi
berfikir.
Penguasaan kemahiran berfikir dan strategi berfikir (KBSB) melalui
pengajaran dan pembelajaran sains boleh dikembangkan melalui
peringkat berikut :
1. KBSB diperkenalkan.
2. KBSB dipraktikkan dengan bimbingan guru.
3. KBSB dipraktikkan tanpa bimbingan guru.
4. KBSB diaplikasikan ke situasi baru dan diperkembangkan
dengan bimbingan guru.
5. KBSB digunakan bersama dengan kemahiran yang lain untuk
mencapai tugasan berfikir.
Penerangan lanjut tentang peringkat penerapan KBSB dalam sains
diberi dalam Buku Panduan Penerapan Kemahiran Berfikir dan
Strategi Berfikir dalam Pengajaran dan Pembelajaran Sains ( Pusat
Pembangunan Kurikulum, 1999).
9
Rajah 1 : Model KBSB dalam Sains
Perkaitan antara kemahiran Berfikir dan Kemahiran Proses Sains
Kemahiran proses sains ialah kemahiran yang diperlukan untuk
mencari jawapan kepada sesuatu masalah atau membuat keputusan
secara bersistem. Ia merupakan satu proses mental yang
menggalakkan pemikiran secara, kreatif, analitis dan sistematik.
Penguasaan kemahiran proses sains bersama dengan sikap dan
pengetahuan yang sesuai menjamin keupayaan murid untuk berfikir
secara berkesan.
Untuk menguasai kemahiran proses sains, seseorang perlu
menguasai kemahiran berfikir yang berkaitan. Kemahiran berfikir
utama yang berkaitan dengan setiap kemahiran proses sains adalah
seperti berikut:
Kemahiran Proses Sains
Kemahiran Berfikir
Memerhatikan
Mencirikan
Membandingkan dan
membezakan
Menghubungkaitkan
Strategi Berfikir Mengkonsepsikan
Membuat keputusan
Menyelesaikan masalah
Kemahiran Berfikir
Kritis Mencirikan
Membandingkan
& membezakan
Mengumpulkan &
mengelaskan
Membuat urutan
Menyusun
mengikut
keutamaan
Menganalisis
Mengesan
kecondongan
Menilai
Membuat
kesimpulan
mmmm
Kreatif Menjana idea
Menghubungkait
Membuat inferens
Meramalkan
Membuat
hipotesis
Mensintesiskan
Mengitlakkan
Membuat
gambaran mental
Menganalogikan
Mereka cipta
Menaakul
10
Mengelaskan
Mengukur dan
menggunakan
nombor
Membuat inferens
Meramalkan
Menggunakan
perhubungan ruang
dan masa
Mentafsir data
Mencirikan
Membandingkan dan membezakan
Mengumpulkan dan mengelaskan
Menghubungkaitkan
Membandingkan dan membezakan
Menghubungkaitkan
Membandingkan dan membezakan
Menganalisis
Membuat inferes
Menghubungkaitkan
Membuat gambaran mental
Membuat urutan
Menyusun mengikut keutamaan
Membandingkan dan membezakan
Menganalisis
Mengesan kecondongan
Membuat kesimpulan
Mengitlakkan
Menilai
Mendefini secara
operasi
Mengawal pemboleh
ubah
Membuat hipotesis
Mengeksperimen
Berkomunikasi
Menghubungkaitkan
Menganalogikan
Membuat gambaran mental
Menganalisis
Mencirikan
Membandingkan dan membezakan
Menghubungkaitkan
Menganalisis
Mencirikan
Menghubungkaitkan
Membandingkan dan membezakan
Menjana idea
Membuat hipotesis
Meramalkan
Mensintesiskan
Semua kemahiran berfikir
Semua kemahiran berfikir
11
Pengajaran dan Pembelajaran yang Berteraskan Kemahiran
Berfikir dan Kemahiran Saintifik
Kurikulum sains ini menekankan pembelajaran berfikrah yang
berteraskan kemahiran berfikir dan kemahiran saintifik. Dalam
kurikulum ini,hasil pembelajaran yang dihasratkan ditulis secara
mengintegrasikan pemerolehan pengetahuan dengan penguasaan
kemahiran iaitu kemahiran berfikir dan kemahiran saintifik. Dalam
pengajaran dan pembelajaran, guru perlu menitikberatkan penguasan
kemahiran bersama dengan pemerolehan pengetahuan, di samping
penerapan nilai murni dan sikap saintifik.
Berikut diberi beberapa contoh hasil pembelajaran yang berkaitan
dengan pengajaran dan pembelajaran yang berteraskan kemahiran
berfikir dan kemahiran saintifik.
Contoh :
Hasil Pembelajaran: Membandingkan dan membezakan logam dan
bukan logam berdasarkan sifat fizik.
Kemahiran Berfikir: Membandingkan dan membezakan.
Penerangan:
Untuk mencapai hasil pembelajaran yang tersebut, pengetahuan
tentang sifat fizikal dan kegunaan logam dan bukan logam dalam
kehidupan harian mereka dipelajari melalui membandingkan dan
membezakan. Penguasaan kemahiran membandingkan dan
membezakan adalah sama penting dengan pengetahuan tentang sifat
fizikal dan kegunaan logam dam bukan logam.
SIKAP SAINTIFIK DAN NILAI MURNI
Pengalaman pembelajaran sains boleh memupuk sikap dan nilai
positif dalam diri murid. Sikap dan nilai positif yang dipupuk adalah
seperti berikut :
• Minat dan bersifat ingin tahu tentang alam sekeliling.
• Jujur dan tepat dalam merekod dan mengesahkan data.
• Rajin dan tabah.
• Bertanggungjawab ke atas keselamatan diri dan rakan serta
terhadap alam sekitar.
• Menyedari bahawa sains merupakan satu daripada cara
untuk memahami alam.
• Menghargai dan mengamalkan kehidupan yang bersih dan
sihat.
• Menghargai keseimbangan alam semula jadi.
• Berhemah tinggi dan hormat –menghormati.
• Menghargai sumbangan sains dan teknologi.
• Mensyukuri nikmat yang dikurniakan Tuhan.
12
• Berfikiran kritikal dan analitis.
• Luwes dan berfikiran terbuka.
• Baik hati dan penyayang.
• Bersifat objektif.
• Sistematik.
• Bekerjasama.
• Adil dan saksama.
• Berani mencuba.
• Berfikir secara rasional.
• Yakin dan berdikari.
Penerapan sikap saintifik dan nilai murni secara umum berlaku
mengikut peringkat berikut :
• Menyedari dan memahami kepentingan dan keperluan sikap
saintifik dan nilai murni.
• Memberi perhatian kepada sikap dan nilai murni.
• Menghayati dan mengamalkan sikap saintifik dan nilai
murni.
Peringkat ini perlu diambil kira oleh guru semasa merancang aktiviti
pengajaran dan pembelajaran sains agar penerapan sikap saintifik
dan nilai murni berlaku secara berkesan dan berterusan. Sebagai
contoh, semasa pengajaran yang melibatkan kerja amali guru perlu
sentiasa mengingatkan murid dan memastikan mereka menjalankan
eksperimen secara berhati-hati, bekerjasama dan jujur.
Perancangan yang rapi adalah diperlukan untuk mengoptimumkan
penerapan sikap saintifik dan nilai murni semasa pelajaran sains.
Guru perlu meneliti semua hasil pembelajaran dalam sesuatu bidang
pembelajaran yang berkaitan termasuk hasil pembelajaran tentang
penerapan sikap saintifik dan nilai murni sebelum memulakan
pelajaran.
Berikut diberi contoh hasil pembelajaran yang berkaitan dengan
penerapan sikap saintifik dan nilai murni.
Contoh :
Tahun : Tingkatan Empat
Bidang Pembelajaran
Objektit Pembelajaran
1. Bahan Kimia Dalam
Perindustrian
1.4 Menyedari kepentingan
pemeliharaan dan
pemuliharaan alam sekitar
dari pencemaran sisa
buangan industri untuk
kepentingan manusia sejagat.
13
Hasil Pembelajaran
Cadangan aktiviti
pembelajaran
Sikap saintifik dan nilai murni
Menerangkan kepentingan
mengamalkan sikap
bertanggungjawab dalam
melupuskan sisa buangan
industri.
Melihat tayangan video atau
simulasi komputer tentang
pencemaran sisa buangan
industri dan kesannya
terhadap alam sekitar.
Membincangkan kepentingan
mengamalkan sikap
bertanggungjawab dalam
melupuskan sisa buangan
industri
Menyayangi dan menghargai
alam sekitar.
Bertanggungjawab ke atas
diri sendiri, orang lain dan
alam sekitar.
Menghargai keseimbangan
alam sekitar
Bersikap sistematik
Bersikap bekerjasama.
Penerapan Unsur Patriotisme
Kurikulum sains dapat mengukuhkan dan memupuk unsur patriotisme
di kalangan murid. Sebagai contoh, dalam pembelajaran proses
pengkolonian dan proses sesaran di dalam ekosistem, murid akan
belajar mengenai kekayaan biodiversiti negara, mereka akan
menghargai kepelbagaian dan keunikan sumber semulajadi negara
dan meningkatkan kecintaan kepada negara.
STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Strategi pengajaran dan pembelajaran dalam kurikulum sains
mengutamakan pembelajaran berfikrah. Pembelajaran berfikrah
adalah satu proses pemerolehan dan penguasaan kemahiran dan
ilmu pengetahuan yang dapat mengembangkan minda seseorang
murid ke tahap yang optimum. Pembelajaran berfikrah dapat
mencetuskan pelbagai pendekatan pembelajaran seperti inkuiri,
konstruktivisme, pembelajaran kontekstual dan pembelajaran masteri.
Aktiviti yang dirancangkan dalam pembelajaran berfikrah mesti yang
dapat mencetuskan pemikiran kritis dan kreatif murid dan bukan
berbentuk rutin. Murid perlu sedar secara eksplisit kemahiran berfikir
dan strategi berfikir yang digunakan dalam pembelajaran. Soalan atau
14
masalah yang beraras tinggi ditanyakan kepada murid dan murid
diminta menyelesaikan masalah mneggunakan daya kreatif dan kritis
mereka. Murid dilibatkan secara aktif dalam pengajaran dan
pembelajaran yang mengintegrasikan pemerolehan pengetahuan,
penguasaan kemahiran dan penerapan nilai murni dan sikap saintifik.
Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran Sains
Penemuan Inkuiri
Penemuan inkuiri merupakan pendekatan yang mementingkan
pembelajaran melalui pengalaman. Inkuiri secara am bermaksud
mencari maklumat, menyoal dan menyiasat sesuatu fenomena yang
berlaku di sekeliling. Penemuan merupakan sifat utama inkuiri.
Pembelajaran secara penemuan berlaku apabila konsep dan prinsip
utama dikaji dan ditemui oleh murid sendiri. Murid melalui aktiviti
seperti eksperimen akan menyiasat sesuatu fenomena dan mencapai
kesimpulan sendiri. Guru kemudian membimbing murid untuk
memahami konsep sains melalui hasil inkuiri tersebut. Kemahiran
berfikir dan kemahiran saintifik dikembangkan semasa proses inkuiri
ini. Namun demikian, perlu diingat bahawa pendekatan inkuiri tidak
sesuai digunakan dalam semua situasi pengajaran dan pembelajaran.
Beberapa konsep dan prinsip lebih sesuai didedahkan secara
langsung oleh guru atau melalui inkuiri terbimbing.
Konstruktivisme
Konstruktivisme adalah satu fahaman yang mencadangkan murid
belajar sesuatu apabila mereka membina pemahaman mereka
sendiri. Antara unsur penting dalam konstruktivisme ialah:
Guru mengambil kira pengetahuan sedia ada murid
Pembelajaran adalah hasil usaha murid itu sendiri.
Pembelajaran berlaku bila murid menghubungkan idea asal
dengan idea baru bagi menstrukturkan semula idea mereka.
Murid berpeluang bekerjasama, berkongsi idea dan
pengalaman serta membuat refleksi.
Sains, Teknologi dan Masyarakat.
Pembelajaran yang bermakna akan berlaku jika murid dapat
menghubungkaitkan apa yang dipelajari dengan kehidupan harian
mereka. Pembelajaran bermakna berlaku dalam pendekatan seperti
pembelajaran kontekstual dan Pendekatan Sains, Teknologi dan
Masyarakat (STM).
Tema dan objektif pembelajaran yang berunsurkan STM diwujudkan
dalam kurikulum ini. Pendekatan STM mengesyorkan pembelajaran
sains melalui penyiasatan dan perbincangan berlandaskan isu sains
dan teknologi dalam masyarakat. Pengetahuan sains dan teknologi
dipelajari bersama dengan aplikasi, sains dan teknologi serta
implikasi kepada masyarakat.
15
Pembelajaran Kontekstual
Pembelajaran kontekstual adalah pembelajaran yang dikaitkan
dengan kehidupan murid. Dalam konteks ini murid tidak belajar
secara teori sahaja tetapi dapat menghargai kerelevanan
pembelajaran sains dengan kehidupan mereka. Pendekatan
kontekstual digunakan di mana murid belajar secara menyiasat
seperti dalam pendekatan inkuiri penemuan.
Pembelajaran Masteri
Pembelajaran masteri merupakan satu pendekatan yang memastikan
semua murid menguasai objektif pembelajaran yang ditetapkan.
Pendekatan ini berpegang kepada prinsip bahawa setiap murid
mampu belajar jika diberi peluang. Peluang perlu diberi kepada murid
untuk belajar mengikut kadarnya, tindakan pengayaan dan pemulihan
perlu dijadikan sebahagian daripada proses pengajaran dan
pembelajaran.
Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran
Pendekatan pengajaran dan pembelajaran tersebut boleh
dilaksanakan melalui pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran
seperti eksperimen, perbincangan, simulasi, projek dan lawatan.
Dalam kurikulum ini, cadangan kaedah pengajaran dan pembelajaran
untuk mencapai objektif pembelajaran yang tertentu dinyatakan
secara eksplisit dalam bentuk ‘Cadangan Aktiviti Pembelajaran’.
Walaubagaimanapun, guru boleh mengubahsuaikan cadangan aktiviti
pembelajaran jika perlu.
Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang pelbagai dapat
meningkatkan minat murid terhadap sains. Pelajaran sains yang
kurang menarik tidak memotivasikan murid untuk belajar dan
seterusnya mempegaruhi pencapaian murid. Penentuan kaedah
pengajaran dan pembelajaran seharusnya berdasarkan kandungan
kurikulum, kebolehan dan kepelbagaian jenis kecerdasan murid serta
sumber dan prasarana yang ada. Di samping berperanan sebagai
penyampai pengetahuan dan pakar rujuk bidang pengajarannya, guru
juga berperanan sebagai fasilitator dalam pengajaran dan
pembelajaran. Guru perlu prihatin terhadap kepelbagaian jenis
kecerdasan di kalangan murid. Kaedah dan aktiviti yang berbeza
perlu dirancang untuk murid yang mempunyai cara belajar dan
kecerdasan yang berbeza.
Berikut diberi penerangan ringkas tentang beberapa kaedah
pengajaran dan pembelajaran.
Eksperimen
Kaedah eksperimen adalah satu kaedah yang lazim dijalankan dalam
pembelajaran sains. Murid menguji hipotesis melalui penyiasatan
untuk menemui konsep dan prinsip sains tertentu secara saintifik.
16
Menjalankan eksperimen menggunakan kemahiran berfikir,
kemahiran saintifik dan kemahiran manipulatif.
Secara kebiasaan, langkah yang diikuti secara eksperimen adalah
seperti berikut:
Mengenal pasti masalah
Membuat hipotesis
Merancang eksperimen
- Mengawal pembolehubah
- Menentukan peralatan dan bahan yang diperlukan
- Menentukan langkah menjalankan eksperimen dan
kaedah mengumpulkan data dan menganalisis data
Menjalankan eksperimen
Mengumpulkan data
Menganalisis data
Mentafsirkan data
Membuat kesimpulan
Menulis laporan
Dalam perlaksanaan kurikulum ini, adalah dicadangkan selain
daripada eksperimen yang dibimbing oleh guru, murid diberi peluang
merekabentuk eksperimen, iaitu mereka sendiri yang merangka cara
eksperimen yang berkenaan, data yang boleh diukur dan bagaimana
menganalisis data serta bagaimana membentangkan hasil
eksperimen mereka.
Perbincangan
Aktiviti di mana murid menyoal dan mengemukakan pendapat
berlandaskan alasan yang sahih. Perbincangan perlu dijalankan
sebelum, semasa dan selepas menjalankan aktiviti. Guru bertindak
sebagai fasilitator dan mengetuai perbincangan dengan bertanyakan
soalan yang merangsang murid untuk mempamer kebolehan diri.
Simulasi
Aktiviti yang dijalankan menyerupai yang sebenarnya. Contoh
simulasi yang utama ialah main peranan, permainan dan penggunaan
model. Dalam main peranan, murid melakonkan sesuatu peranan
secara spontan berdasarkan beberapa syarat yang telah ditentukan.
Permainan pula mempunyai peraturan yang harus dipatuhi. Murid
bermain untuk mempelajari sesuatu prinsip ataupun untuk memahami
proses untuk membuat keputusan. Model boleh digunakan untuk
mewakili objek atau keadaan sebenar. Murid dapat membayangkan
17
situasi tersebut dan seterusnya memahami konsep dan prinsip yang
dipelajari.
Projek
Aktiviti yang dijalankan oleh individu atau sekumpulan murid untuk
mencapai sesuatu tujuan tertentu. Projek mengambil masa yang
panjang serta menjangkau waktu pembelajaran yang formal untuk
dilengkapkan. Hasil projek dalam bentuk laporan, artifak atau lain-lain
perlu dibentangkan kepada guru dan murid lain. Kerja projek
menggalakkan perkembangan kemahiran penyelesaian masalah,
kemahiran pengurusan masa dan pembelajaran kendiri.
Lawatan dan Penggunaan Sumber Luar
Pembelajaran sains tidak hanya terhad di sekolah sahaja.
Pembelajaran sains boleh melalui lawatan ke tempat seperti zoo,
muzium, pusat sains, institut penyelidikan, paya bakau dan kilang.
Lawatan ke tempat-tempat sedemikian boleh menjadikan
pembelajaran lebih berkesan, menyeronokkan dan bermakna. Untuk
mengoptimumkan pembelajaran melalui lawatan, ia mesti dirancang
secara rapi. Murid perlu menjalankan aktiviti atau melaksanakan
tugasan semasa lawatan. Perbincangan selepas lawatan perlu
diadakan.
Penggunaan Teknologi
Teknologi merupakan alat yang amat berkesan dan mempunyai
potensi yang tinggi untuk meningkatkan minat dalam pembelajaran
sains. Melalui penggunaan teknologi seperti televisyen, radio, video,
komputer dan internet, pengajaran dan pembelajaran sains boleh
menjadi lebih menarik dan berkesan. Simulasi dan animasi
berkomputer merupakan alat yang berkesan untuk menjelaskan
pengajaran dan pembelajaran yang abstrak atau konsep sains yang
sukar. Simulasi dan animasi berkomputer juga boleh dipersembahkan
dalam bentuk perisian atau melalui laman web. Perkakasan aplikasi
seperti ‘word processers’, perisian persembahan grafik (graphic
presentation softwear) dan hamparan elektronik (electronic
spreadsheets) adalah merupakan satu alat yang bernilai untuk
menganalisis dan mempersembahkan data. Penggunaan teknologi
lain seperti ‘data loggers’ dan antara muka berkomputer dalam
eksperimen dan projek dapat membantu pengajaran dan
pembelajaran sains berkesan.
ORGANISASI KANDUNGAN
Kurikulum sains ini disusun atur mengikut beberapa tema. Setiap
tema mengandungi beberapa bidang pembelajaran, setiap bidang
pembelajaran mempunyai beberapa objektif pembelajaran. Objektif
pembelajaran mempunyai satu atau lebih hasil pembelajaran.
18
Hasil pembelajaran umum ditulis mengikut peringkat dalam domain
kognitif dan afektif. Peringkat dalam domain kognitif adalah
mengetahui, memahami, mengaplikasi, menganalisis, mensintesis
dan menilai. Peringkat dalam domain afektif adalah menyedari,
menghargai, menghayati, mengagumi, menyayangi, mensyukuri,
mendalami dan mengamalkan. Hasil Pelajaran dalam domain afektif
adalah tersirat dalam aktiviti pembelajaran yang dicadangkan.
Penerapan sikap siantifik dan nilai murni perlu dijadikan teras dalam
setiap aktiviti pembelajaran. Ini adalah untuk memastikan penerapan
nilai dan sikap secara spontan dan semulajadi. Hasil pembelajaran
dalam domain psikomotor adalah tersurat dalam aktiviti pembelajaran.
Hasil pembelajaran ditulis dalam bentuk objektif perlakuan yang boleh
diukur. Secara am, Hasil pembelajaran dalam sesuatu objektif
pembelajaran disusun secara berurutan daripada mudah kepada
yang lebih kompleks. Walaubagaimanapun, dalam proses pengajaran
dan pembelajaran, aktiviti pembelajaran perlu dirancang dalam
perlakuan holistik dan integrasi yang membolehkan pelbagai hasil
pembelajaran di capai mengikut keperluan dan konteks. Guru perlu
menggunakan strategi pengajaran untuk cuba mencapai hasil
pembelajaran secara bersepadu mengikut susunan dalam huraian
sukatan pelajaran.
Cadangan aktiviti pembelajaran memberi cadangan pengalaman
pembelajaran dan maklumat tentang skop dan kedalaman sesuatu
hasil pembelajaran. Cadangan aktiviti pembelajaran diberi untuk
membantu guru merancang aktiviti yang perlu dijalankan bagi
mencapai hasil pembelajaran yang berkaitan. Satu aktiviti mungkin
dicadangkan untuk mencapai satu atau lebih hasil pembelajaran.
Pada masa yang sama, lebih daripada satu aktiviti mungkin
dicadangkan untuk satu hasil pembelajaran. Guru boleh
mengubahsuai cadangan aktiviti ini sesuai dengan jenis kecerdasan,
tahap kebolehan murid dan juga keadaan sekeliling mereka. Guru
digalakkan merekabentuk aktiviti tambahan yang inovatif dan
berkesan untuk meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran
sains.
19
TEMA: MEMPERKENALKAN SAINS Bidang Pembelajaran: 1. Pengenalan kepada Sains
Objektif Pembelajaran
Cadangan Aktiviti Pembelajaran Hasil Pembelajaran Nota Perbendaharaan Kata
1.1 Memahami sains adalah sebahagian daripada kehidupan harian.
Memerihalkan dengan contoh fenomena semula jadi yang murid boleh lihat di sekeliling mereka: a) tumbesaran manusia daripada
bayi hingga dewasa b) kejatuhan bola ke tanah c) pencairan ais Membincangkan kegunaan dan kelebihan sains dalam kehidupan harian. Menghadiri ceramah mengenai kerjaya dalam sains.
Murid boleh:
menyenaraikan apa yang dilihat di sekeliling yang berkaitan dengan sains,
menerangkan kepentingan sains dalam kehidupan harian,
menamakan kerjaya dalam sains seperti: a) guru sains b) doktor c) jurutera d) saintis alam sekitar
Semasa aktiviti pembelajaran, kemukakan konsep dan prinsip sains yang telah murid pelajari di sekolah rendah. Ceramah kerjaya dalam sains oleh ahli professional.
benefit – faedah career – kerjaya discuss – bincangkan educator – pendidik importance – kepentingan professional – profesional related – berkaitan role play – main peranan talks – ceramah natural phenomena – fenomena alam
1.2 Memahami langkah-langkah dalam penyiasatan saintifik.
Menjalankan penyiasatan saintifik/eksperimen, contoh: mengkaji faktor yang mempengaruhi bilangan ayunan bandul ringkas dalam satu jangka masa.
Murid boleh:
menyatakan langkah-langkah dalam penyiasatan saintifik/eksperimen,
menjalankan satu penyiasatan saintifik.
Penyiasatan saintifik perlu melibatkan penggunaan kemahiran proses sains.
affect – mempengaruhi determine – menentukan hypothesis – hipotesis identify – mengenal pasti investigation – penyiasatan involve – melibatkan measure – mengukur observe – memerhati
20
Objektif Pembelajaran
Cadangan Aktiviti Pembelajaran Hasil Pembelajaran Nota Perbendaharaan Kata
Murid akan:
a) menentukan apa yang akan dikaji (mengenal pasti masalah)
b) membuat tekaan yang bijak (membina satu hipotesis),
c) merancang bagaimana untuk menguji hipotesis (merancang eksperimen)
mengenal pasti pemboleh ubah,
menentukan radas dan bahan yang diperlukan,
menentukan prosedur menjalankan eksperimen, kaedah mengumpul dan menganalisa data.
d) menjalankan eksperimen, e) menulis apa yang diperhatikan
(mengumpul data), f) mencari makna daripada apa
yang diperhatikan (menganalisa dan mentafsir data),
g) membuat keputusan sama ada hipotesis adalah benar (membuat kesimpulan),
h) menulis laporan hasil penyiasatan (melapor).
Langkah (a) hingga (c) perlu dibincangkan sebelum murid menjalankan eksperimen. Aktiviti ini membantu mengenal pasti keupayaan murid dalam menjalankan penyiasatan saintifik.
oscillations – ayunan lengkap swings back and forth – berayun ulang alik pendulum – bandul
variable – pemboleh ubah
21
Objektif Pembelajaran
Cadangan Aktiviti Pembelajaran Hasil Pembelajaran Nota Perbendaharaan Kata
Murid boleh diminta untuk melaporkan hasil penyiasatan mereka kepada kelas. Mereka harus menekankan langkah yang telah diambil, apa yang diubah, apa yang dikekalkan dan apa yang diukur.
.
1.3 Mengetahui kuantiti fizik dan unitnya.
Mengenal pasti kuantiti fizik (panjang, jisim, masa, suhu dan arus elektrik), nilai dan unit sebagaimana tertera pada maklumat produk. Mencari perkataan imbuhan yang digunakan dalam pengukuran seperti kilo-, senti-, dan mili-. Mencari simbol yang digunakan dalam unit pengukuran. Mencari nilai bagi setiap imbuhan.
Murid boleh:
menyatakan kuantiti fizik iaitu panjang, jisim, masa, suhu dan arus elektrik,
menyatakan unit S.I. dan simbol yang berpadanan bagi kuantiti fizik,
menyatakan simbol dan nilai imbuhan bagi unit panjang dan jisim: mili -, senti- dan kilo-,
mengenal pasti dan menggunakan imbuhan yang sesuai dalam pengukuran panjang dan jisim.
Maklumat produk boleh dilihat pada label, kotak peralatan elektrik, paket makanan dsb. S.I. ialah singkatan kepada perkataan Perancis iaitu Systéme International d’Unités yang bermaksud sistem antarabangsa untuk unit.
abbreviation – singkatan appropriate – sesuai corresponding symbol – simbol berpadanan electric current – arus elektrik length – panjang mass – jisim measurement – ukuran physical quantity – kuantiti fizik prefix – imbuhan symbol – simbol value – nilai
22
Objektif Pembelajaran
Cadangan Aktiviti Pembelajaran Hasil Pembelajaran Nota Perbendaharaan Kata
1.4 Memahami penggunaan alat pengukuran
Mengukur panjang garis lurus, garis lengkung dan diameter objek menggunakan pembaris, benang dan angkup. Menganggar luas bentuk sekata dan tidak sekata menggunakan kertas graf. Mengukur isipadu cecair menggunakan silinder penyukat, pipet dan buret. Menentukan isipadu pepejal sekata dan tidak sekata menggunakan kaedah sesaran air. Mengukur suhu badan dan suhu air. Membincangkan pemilihan alat yang sesuai apabila membuat ukuran. Mengaplikasikan kemahiran mengukur dalam konteks menjalankan eksperimen.
Murid boleh:
memilih alat yang betul dan mengukur panjang,
menganggar luas bentuk sekata dan tidak sekata menggunakan kertas graf,
memilih alat yang betul dan menyukat isipadu cecair,
memilih alat yang betul dan mengukur suhu badan serta suhu cecair,
menentukan isipadu pepejal menggunakan kaedah sesaran air. .
Pastikan murid membuat pengukuran yang betul dan jitu.
calipers – angkup curve – garis lengkung displacement – sesaran estimate – menganggarkan irregular – tidak sekata regular – sekata volume – isi padu
23
Objektif Pembelajaran
Cadangan Aktiviti Pembelajaran Hasil Pembelajaran Nota Perbendaharaan Kata
1.5 Memahami konsep jisim
Menentukan berat pelbagai objek menggunakan neraca spring. Membincangkan berat sebagai tarikan Bumi (daya graviti) ke atas objek. Membincangkan jisim sebagai kuantiti jirim. Menentukan jisim pelbagai objek dengan menggunakan neraca alur/tuas. Membincangkan perbezaan antara jisim dengan berat. Mengaplikasikan kemahiran menggunakan neraca spring dan neraca alur/tuas dalam konteks menjalankan eksperimen.
Murid boleh:
menentukan berat suatu objek,
menerangkan konsep berat,
menerangkan konsep jisim,
menentukan jisim suatu objek,
menerangkan perbezaan antara jisim dengan berat,
mengaplikasikan penggunaan neraca spring dan neraca alur/tuas dalam konteks menjalankan eksperimen.
Unit untuk berat: Newton Unit untuk jisim: Kilogram
Jalankan eksperimen di mana murid akan menggunakan kemahiran untuk mengukur jisim dan berat.
beam balance – neraca alur determine – menentukan difference – perbezaan force – daya lever balance – neraca tuas mass – jisim matter – jirim pull – tarikan spring balance – neraca spring weight – berat
24
Objektif Pembelajaran
Cadangan Aktiviti Pembelajaran Hasil Pembelajaran Nota Perbendaharaan Kata
1.6 Menyedari kepentingan unit piawai dalam kehidupan harian
Membincangkan pelbagai unit pengukuran seperti unit untuk panjang (kaki, ela, rantai, batu, meter, kilometer), unit untuk berat (paun, auns, kati, tahil, gram, kilogram) Melakonkan sketsa untuk menunjukkan masalah yang berlaku apabila tidak menggunakan unit piawai seperti ketika membeli barang di pasar. Membincangkan kebaikan dan keburukan apabila menggunakan unit pengukuran yang tidak sama.
Murid boleh:
memberi contoh masalah yang mungkin timbul sekiranya unit piawai tidak digunakan.
act out – lakonkan advantage – kebaikan arise – timbul disadvantage – keburukan realising – menyedari standard – piawai scene – babak various – pelbagai
25
TEMA: MANUSIA DAN KEPELBAGAIAN HIDUPAN Bidang Pembelajaran: 1. Sel sebagai unit kehidupan
Objektif Pembelajaran
Cadangan Aktiviti Pembelajaran Hasil Pembelajaran Nota Perbendaharaan Kata
1.1 Memahami sel
Mengumpul maklumat mengenai organisma hidup dan mengenal pasti unit asas kehidupan yang membina organisma tersebut. Menyediakan slaid sel pipi dan sel bawang. Memerhati struktur umum sel pipi dan sel bawang di bawah mikroskop menggunakan prosedur yang betul. Melukis dan melabel pelbagai struktur sel haiwan dan sel tumbuhan. Membandingkan sel haiwan dan sel tumbuhan. Mengumpul maklumat mengenai struktur sel dan membincangkan fungsinya.
Murid boleh:
mengenal pasti sel sebagai unit asas kehidupan,
menyediakan slaid menggunakan prosedur yang betul,
menggunakan mikroskop dengan betul,
mengenal pasti struktur umum sel haiwan dan sel tumbuhan,
melukis struktur umum sel haiwan dan sel tumbuhan,
melabel struktur umum sel haiwan dan sel tumbuhan,
menyatakan fungsi setiap struktur sel,
menyatakan persamaan dan perbezaan antara sel haiwan dengan sel tumbuhan.
Struktur umum sel terdiri daripada dinding sel, membran sel, protoplasma (sitoplasma dan nukleus), kloroplas dan vakuol.
Penggunaan dan pengendalian mikroskop diperkenalkan dalam bidang pembelajaran ini.
Mengingatkan murid mengenai langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil semasa menyediakan sampel sel pipi.
animal cell – sel haiwan cell wall – dinding sel cheek cells – sel pipi chloroplast – kloroplas cytoplasm – sitoplasma handling – mengendali general – umum microscope – mikroskop nucleus – nukleus onion – bawang plant cell – sel tumbuhan precaution – langkah keselamatan prepare – sediakan protoplasm – protoplasma remind – ingatkan sample – sampel slide – slaid structure – struktur vacuole – vakuol
26
Objektif Pembelajaran
Cadangan Aktiviti Pembelajaran Hasil Pembelajaran Nota Perbendaharaan Kata
1.2 Memahami organisma unisel dan multisel.
Mengumpul maklumat mengenai organisma unisel dan multisel. Menyediakan murid dengan kad gambar, kad nama, kad yang berlabel ‘unisel’ dan ‘multisel’. Murid memadankan kad-kad bagi setiap organisma. Memerhati contoh organisma unisel dan multisel di bawah mikroskop.
Murid boleh:
menyatakan maksud organisma unisel dan multisel,
memberi contoh organisma unisel dan multisel.
Gunakan slaid yang disediakan atau spesimen baru. Perkenalkan istilah ‘mikroorganisma’.
multicellular organism – organisma multisel unicellular organism – organisma satu sel microorganism – mikroorganisma
1.3 Memahami sel membentuk tisu, organ dan sistem dalam badan manusia.
Mengumpul maklumat dan membincangkan perkara berikut: a) jenis sel manusia b) fungsi pelbagai jenis sel
manusia.
Murid boleh:
menamakan pelbagai jenis sel manusia,
menyatakan fungsi pelbagai jenis sel manusia,
menyusun organisasi sel mengikut urutan daripada yang mudah ke kompleks menggunakan istilah sel, tisu, organ, sistem dan organisma.
arrange sequentially – susun mengikut urutan cell – sel function – fungsi human being – manusia ladder – tangga organ – organ organisation of cells – organisasi sel system – sistem simple – mudah tissue – tisu
27
Objektif Pembelajaran
Cadangan Aktiviti Pembelajaran Hasil Pembelajaran Nota Perbendaharaan Kata
Menggunakan pengurusan grafik (seperti tangga hiraki) untuk menunjukkan hiraki organisasi sel:
sel tisu organ sistem organisma
1.4 Menyedari manusia adalah organisma yang kompleks.
Membincangkan mengapa manusia adalah organisma yang kompleks.
Murid boleh:
menerangkan mengapa manusia adalah organisma yang kompleks.
complex organism – organisma kompleks human being – manusia realising – menyedari
sel
tisu
organ
sistem
organisma
28
TEMA: JIRIM DALAM ALAM
Bidang Pembelajaran: 1. Jirim
Objektif Pembelajaran
Cadangan Aktiviti Pembelajaran Hasil Pembelajaran Nota Perbendaharaan Kata
1.1 Memahami jirim mempunyai jisim dan memenuhi ruang
Menunjukkan semua benda seperti buku, udara, air, tanah dan benda hidup mempunyai jisim dan memenuhi ruang melalui aktiviti. Membincangkan maksud jirim. Menyenaraikan contoh jirim.
Murid boleh:
menyatakan semua benda mempunyai jisim dan memenuhi ruang,
menerangkan maksud jirim,
menghubungkaitkan benda dan jirim,
menjalankan aktiviti untuk menunjukkan udara, air, tanah dan benda hidup mempunyai jisim dan memenuhi ruang.
air – udara living things – benda hidup mass – jisim matter – jirim occupies – memenuhi water – air soil – tanih
1.2 Memahami tiga keadaan jirim.
Mengumpul maklumat dan membincangkan: a) apa yang membina jirim, b) tiga keadaan jirim. Membandingkan tiga keadaan jirim dari segi: a) susunan zarah-zarah, b) pergerakan zarah-zarah.
Murid boleh:
menyatakan jirim terdiri daripada zarah-zarah,
menyatakan tiga keadaan jirim,
menyatakan susunan zarah-zarah dalam tiga keadaan jirim,
menyatakan perbezaan pergerakan zarah-zarah dalam tiga keadaan jirim.
particle – zarah simulate – membuat simulasi arrangement – susunan movement – gerakan state of matter – keadaan jirim
29
Objektif Pembelajaran
Cadangan Aktiviti Pembelajaran Hasil Pembelajaran Nota Perbendaharaan Kata
Membuat simulasi susunan dan pergerakan zarah-zarah dalam tiga keadaan jirim.
1.3 Memahami konsep ketumpatan
Mengingat kembali definisi ketumpatan. Menentukan ketumpatan melalui aktiviti bagi: a) objek berbentuk sekata dan
tak sekata, b) pelbagai cecair. Membincangkan mengapa ada objek dan cecair timbul dan mengaitkannya dengan ketumpatan.
Murid boleh:
mendefinisikan ketumpatan,
menerangkan mengapa ada objek dan cecair timbul,
menyelesaikan masalah mudah berkaitan ketumpatan,
menyatakan ketumpatan pelbagai objek dan cecair melalui aktiviti.
Prinsip Archimedes tidak perlu diperkenalkan.
definition – takrifan explain – menerangkan float – timbul liquid – cecair object with irregular shape – objek berbentuk tak sekata object with regular shape – objek berbentuk sekata recall – ingat semula solve – selesaikan
1.4 Menghargai penggunaan ciri-ciri jirim dalam kehidupan harian
Mengumpul maklumat dan membincangkan bagaimana: a) manusia menggunakan
pengetahuan tentang pelbagai keadaan jirim dalam penyimpanan dan pengangkutan gas dan cecair.
Murid boleh:
memerihalkan bagaimana manusia menggunakan pelbagai keadaan jirim,
memerihalkan bagaimana manusia mengaplikasikan konsep ketumpatan,
aplication – aplikasi appreciating – menghargai applies – mengaplikasi build – bina float – pelampung gas – gas property – sifat raft – rakit store – menyimpan transport – mengangkut
30
Objektif Pembelajaran
Cadangan Aktiviti Pembelajaran Hasil Pembelajaran Nota Perbendaharaan Kata
b) manusia menggunakan
konsep ketumpatan untuk membina rakit, pelampung dsb.
Menjalankan aktiviti untuk mengkaji aplikasi konsep timbul dan tenggelam yang berkaitan dengan ketumpatan.
menerangkan aplikasi konsep timbul dan tenggelam yang berkaitan dengan ketumpatan melalui aktiviti.
Bidang Pembelajaran: 2. Kepelbagaian Sumber di Bumi
Objektif Pembelajaran
Cadangan Aktiviti Pembelajaran Hasil Pembelajaran Nota Perbendaharaan Kata
2.1 Mengetahui kepelbagaian sumber di Bumi
Mengumpul maklumat mengenai sumber Bumi iaitu air, udara, tanah, mineral, bahanapi fosil dan benda hidup.
Murid boleh:
menyenaraikan sumber di Bumi yang diperlukan untuk menyokong kesinambungan hidup,
menyenaraikan sumber Bumi yang digunakan dalam kehidupan harian.
life – kehidupan knowing – mengetahui resource – sumber to sustain life – menyokong kesinambungan kehidupan
31
Objektif Pembelajaran
Cadangan Aktiviti Pembelajaran Hasil Pembelajaran Nota Perbendaharaan Kata
2.2 Memahami unsur, sebatian dan campuran
Mengumpul maklumat dan membincangkan a) maksud unsur, sebatian dan
campuran, b) maksud logam dan bukan
logam c) contoh unsur, sebatian,
campuran, logam dan bukan logam.
Membanding dan membezakan ciri-ciri unsur, sebatian dan campuran. Menjalankan aktiviti untuk membandingkan ciri-ciri logam dengan bukan logam dari segi rupa, kekerasan, kekonduksian haba dan elektrik. Menjalankan aktiviti untuk mengasingkan komponen dalam campuran seperti a) campuran serbuk besi dan
serbuk sulfur, b) campuran pasir dan garam.
Murid boleh:
menyatakan maksud unsur, sebatian dan campuran,
memberi contoh unsur, sebatian dan campuran,
menyatakan perbezaan antara unsur, sebatian dan campuran,
membanding dan membezakan ciri-ciri logam dengan bukan logam melalui aktiviti,
mengelaskan unsur kepada logam dan bukan logam berdasarkan ciri-cirinya,
memberi contoh logam dan bukan logam,
mengasingkan komponen dalam campuran melalui aktiviti.
.
appearance – rupa characterstic – ciri classify – mengelaskan compound – sebatian component – komponen conductivity – kekonduksian electricity – elektrik element – unsur hardness – kekerasan heat – haba mixture – campuran separate – mengasingkan understanding – memahami
32
Objektif Pembelajaran
Cadangan Aktiviti Pembelajaran Hasil Pembelajaran Nota Perbendaharaan Kata
2.3 Menghargai kepentingan kepelbagaian sumber Bumi kepada manusia .
Membincangkan kepentingan sumber Bumi (air, udara, tanah, mineral, bahanapi fosil dan benda hidup) kepada manusia.
Melukis peta konsep untuk menunjukkan hubungan antara sumber-sumber ini kepada keperluan asas kehidupan.
Mengumpul maklumat mengenai pemeliharaan dan pemuliharaan sumber di Bumi.
Membincangkan kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan sumber di Bumi (seperti kitar semula kertas untuk mengurangkan penebangan pokok, memulihara air bersih bagi mengelakkan kekurangan air) Menjalankan projek, kempen atau pertandingan tentang pengurangan penggunaan, penggunaan semula dan kitar semula bahan seperti buku latihan yang tidak habis digunakan sebagai buku nota dan mengumpul surat khabar lama.
Murid boleh:
menerangkan kepentingan kepelbagaian sumber Bumi kepada manusia,
menyatakan maksud pemeliharaan dan pemuliharaan sumber Bumi,
menyatakan kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan sumber Bumi,
mengamalkan penggunaan, guna semula dan kitar semula bahan.
appreciating – menghargai concept map – peta konsep conservation – pemuliharaan needs of life – keperluan hidup preservation – pemeliharaan resource – sumber relationship – hubung kait sustainable development – pembangunan lestari
33
Bidang pembelajaran: 3. Udara di sekeliling kita
Objektif Pembelajaran
Cadangan Aktiviti Pembelajaran Hasil Pembelajaran Nota Perbendaharaan Kata
3.1 Memahami komponen dalam udara
Mengumpul maklumat mengenai: a) komposisi udara, b) peratusan nitrogen, oksigen
and karbon dioksida dalam udara.
Menjalankan aktiviti untuk menunjukkan: a) peratusan oksigen dalam udara, b) udara mengandungi wap air, mikroorganisma dan habuk.
Murid boleh:
menyatakan komponen dalam udara,
menerangkan mengapa udara ialah suatu campuran,
menyatakan peratusan nitrogen, oksigen dan karbon dioksida dalam udara,
menunjukkan melalui aktiviti: a) peratusan oksigen dalam
udara, b) udara mengandungi wap
air, mikroorganisma dan habuk.
Udara ialah campuran nitrogen, oksigen, karbon dioksida, gas nadir, wap air, mikroorganisma dan habuk.
carbon dioxide – karbon dioksida composition – komposisi dust – habuk microorganism – mikroorganisma nitrogen – nitrogen oxygen – oksigen inert gas – gas nadir water vapour – wap air
3.2 Memahami ciri-ciri oksigen dan karbon dioksida
Mengumpul maklumat mengenai ciri-ciri oksigen dan karbon dioksida. Menjalankan aktiviti untuk menunjukkan ciri-ciri oksigen dan karbon dioksida dari aspek:
a) kelarutan dalam air, b) tindak balas dengan natrium
hidroksida,
Murid boleh:
menyenaraikan ciri-ciri oksigen dan karbon dioksida,
mengenal pasti oksigen dan karbon dioksida berdasarkan ciri-cirinya,
memilih ujian yang sesuai untuk oksigen dan karbon dioksida.
lime water – air kapur glowing – berbara indicator – penunjuk reaction – tindak balas solubility – keterlarutan wooden splint – kayu uji
34
Objektif Pembelajaran
Cadangan Aktiviti Pembelajaran Hasil Pembelajaran Nota Perbendaharaan Kata
c) kesan ke atas kayu uji berbara dan menyala, kertas litmus, air kapur dan penunjuk bikarbonat.
3.3 Memahami bahawa oksigen diperlukan untuk respirasi
Mengumpul maklumat dan membincangkan respirasi. Menjalankan eksperimen untuk menunjukkan semasa respirasi, benda hidup: (a) menggunakan oksigen, (b) membebaskan karbon dioksida.
Murid boleh:
menyatakan tenaga, karbon dioksida dan wap air adalah hasil respirasi,
menghubungkait benda hidup menggunakan oksigen dan membebaskan karbon dioksida semasa respirasi,
membanding dan membezakan kandungan oksigen dalam udara sedutan dengan udara hembusan dalam manusia,
menyatakan oksigen diperlukan dalam respirasi,
menjalankan eksperimen untuk menunjukkan benda hidup menggunakan oksigen dan membebaskan karbon dioksida semasa respirasi.
energy – tenaga exhaled air – udara hembusan inhaled air – udara sedutan role – peranan rate of respiration – kadar respirasi yeast – yis
35
Objektif Pembelajaran
Cadangan Aktiviti Pembelajaran Hasil Pembelajaran Nota Perbendaharaan Kata
3.4 Memahami bahawa oksigen diperlukan untuk pembakaran
Mengumpul maklumat dan membincangkan pembakaran. Menjalankan eksperimen untuk: a) menunjukkan oksigen
diperlukan untuk pembakaran,
b) mengkaji kesan saiz suatu bekas ke atas jangka masa nyalaan lilin.
Menjalankan aktiviti untuk menguji hasil pembakaran arang dan lilin.
Murid boleh:
menyatakan maksud pembakaran,
menyatakan oksigen diperlukan untuk pembakaran,
menyenaraikan hasil pembakaran,
menjalankan eksperimen untuk mengkaji pembakaran.
Arang ialah contoh karbon.
candle – lilin charcoal – arang combustion – pembakaran carbon – karbon product – hasil
3.5 Menganalisa kesan pencemaran udara
Mengumpul maklumat dan membincangkan: a) maksud pencemaran udara, b) contoh bahan cemar udara, c) sumber bahan cemar udara, d) kesan pencemaran udara ke
atas manusia dan alam sekitar,
e) langkah-langkah yang diperlukan untuk mengawal pencemaran udara.
Murid boleh:
menerangkan maksud pencemaran udara,
menyenaraikan contoh bahan cemar udara,
menyenaraikan sumber bahan cemar udara,
memerihalkan kesan pencemaran udara,
menerangkan langkah-langkah yang perlu diambil untuk menghalang dan mengawal pencemaran udara.
air pollution – pencemaran udara control – kawalan effect – kesan analysing – menganalisis environment – alam sekitar prevent – mencegah pollutant – bahan cemar source – sumber
36
Objektif Pembelajaran
Cadangan Aktiviti Pembelajaran Hasil Pembelajaran Nota Perbendaharaan Kata
Menjalankan projek untuk mengkaji: a) pencemaran udara dalam
suatu kawasan di sekitar sekolah,
b) kesan pencemaran udara.
3.6 Menyedari kepentingan untuk mengekalkan udara yang bersih
Mengumpul maklumat dan membincangkan: a) bagaimana keadaan
kehidupan tanpa udara yang bersih,
b) cara mengekalkan udara supaya bersih
c) amalan yang boleh mengekalkan udara yang bersih.
Menjalankan aktiviti untuk menunjukkan bahan cemar dalam asap rokok.
Murid boleh:
memerihalkan bagaimana kehidupan jika tiada udara bersih,
mencadangkan cara mengekalkan udara supaya bersih,
mempraktikkan amalan yang mengekalkan udara yang bersih.
describe – perihalkan habit – amalan suggest – cadangkan
37
TEMA: TENAGA Bidang pembelajaran: 1. Sumber Tenaga
Objektif Pembelajaran
Cadangan Aktiviti Pembelajaran Hasil Pembelajaran Nota Perbendaharaan Kata
1.1 Memahami pelbagai bentuk dan sumber tenaga
Mengumpul maklumat mengenai pelbagai bentuk dan sumber tenaga serta perubahan tenaga. Membincangkan matahari sebagai sumber tenaga utama. Menjalankan aktiviti untuk melihat perubahan tenaga
dari tenaga keupayaan kepada tenaga kinetik (contoh: sebiji bola yang bergolek menuruni suatu cerun),
dari tenaga kinetik kepada tenaga keupayaan (contoh: mengunci spring kereta mainan).
Murid boleh:
menyenaraikan pelbagai jenis tenaga,
menyenaraikan pelbagai sumber tenaga,
mengenal pasti perubahan tenaga,
mengenal pasti matahari sebagai sumber tenaga utama,
mengkaji perubahan tenaga keupayaan kepada tenaga kinetik dan sebaliknya melalui aktiviti.
energy change – perubahan bentuk tenaga form – bentuk slope – satah condong kinetic energy – tenaga kinetik potential energy – tenaga keupayaan primary source – sumber primer various – pelbagai vice versa – sebaliknya
38
Objektif Pembelajaran
Cadangan Aktiviti Pembelajaran Hasil Pembelajaran Nota Perbendaharaan Kata
1.2 Memahami tenaga boleh diperbaharui dan yang tidak boleh diperbaharui
Mengumpul maklumat dan membincangkan maksud sumber tenaga boleh diperbaharui dan yang tidak boleh diperbaharui. Menjalankan projek berikut: a) sumber tenaga boleh
diperbaharui dan yang tidak boleh diperbaharui,
b) penggunaan tenaga solar, c) cara meningkatkan
penggunaan tenaga secara cekap.
Murid boleh:
mendefinisikan tenaga boleh diperbaharui dan yang tidak boleh diperbaharui,
mengelaskan pelbagai sumber tenaga kepada tenaga boleh diperbaharui dan yang tidak boleh diperbaharui
menerangkan mengapa kita perlu memulihara sumber tenaga,
mencadangkan cara-cara menggunakan tenaga secara cekap.
Projek boleh melibatkan penghasilan buku skrap, model dan poster.
efficient – cekap conserve – memulihara non-renewable – tidak boleh diperbaharui renewable – boleh diperbaharui solar energy – tenaga suria
1.3 Menyedari kepentingan memulihara sumber tenaga
Membincangkan kepentingan memulihara sumber tenaga. Membincangkan penggunaan dan pengurusan sumber tenaga yang cekap.
Murid boleh:
memerihalkan pentingnya memulihara sumber tenaga,
menerangkan pengunaan dan pengurusan sumber tenaga yang cekap.
Perbincangan boleh dijalankan dalam bentuk forum, sumbangsaran dsb.
management – pengurusan
39
Bidang pembelajaran : 2. Haba
Objektif Pembelajaran
Cadangan Aktiviti Pembelajaran Hasil Pembelajaran Nota Perbendaharaan Kata
2.1 Memahami haba sebagai suatu bentuk tenaga
Menjalankan aktiviti untuk menunjukkan: a) matahari membebaskan haba. b) cara menghasilkan haba, c) haba dan suhu adalah
berbeza (contoh: Murid diminta meramal dan memerhatikan bagaimana suhu berubah apabila air panas dan air sejuk dicampurkan).
Membincangkan: a) haba ialah suatu bentuk
tenaga, b) pelbagai kegunaan haba
dalam kehidupan harian, c) maksud suhu, d) perbezaan antara suhu dengan
haba.
Murid boleh:
menyatakan matahari membebaskan haba,
menyatakan sumber lain bagi haba,
menyatakan haba ialah suatu bentuk tenaga,
memberi contoh pelbagai kegunaan haba,
menyatakan maksud suhu,
menyatakan perbezaan antara haba dengan suhu.
daily life – kehidupan harian difference – perbezaan example – contoh gives out – mengeluarkan heat – haba meaning – maksud temperature – suhu
40
Objektif Pembelajaran
Cadangan Aktiviti Pembelajaran Hasil Pembelajaran Nota Perbendaharaan Kata
2.2 Memahami pengaliran haba dan kesannya
Menjalankan aktiviti untuk menunjukkan haba boleh menyebabkan pepejal, cecair dan gas mengembang dan mengecut (contoh: bola dan gelang, merkuri dalam termometer dan udara dalam kelalang dasar bulat).
Menjalankan aktiviti untuk menunjukkan pengaliran haba melalui konduksi, perolakan dan sinaran.
Menjalankan aktiviti berkumpulan untuk membincangkan: a) fenomena alam seperti bayu
darat, bayu laut dan pemanasan bumi oleh matahari,
b) bagaimana suhu bangunan boleh dikekalkan sejuk,
c) maksud konduktor haba, d) maksud penebat haba, e) pelbagai kegunaan konduktor
dan penebat haba dalam kehidupan harian.
Menjalankan eksperimen untuk mengkaji kegunaan bahan yang berbeza sebagai penebat haba.
Murid boleh:
menyatakan haba menyebabkan pengembangan dan pengecutan pepejal, cecair dan gas,
menyatakan haba mengalir dengan tiga cara (konduksi, perolakan dan sinaran),
menyatakan haba mengalir dari kawasan panas ke kawasan sejuk,
memberi contoh pengaliran haba dalam fenomena alam,
menyatakan maksud konduktor haba,
menyatakan maksud penebat haba,
menyenaraikan pelbagai kegunaan konduktor dan penebat haba dalam kehidupan harian,
menjalankan eksperimen untuk mengkaji kegunaan bahan berbeza sebagai penebat haba.
Terangkan kesan pemanasan dan penyejukkan ke atas pepejal, cecair dan gas.
conduction – konduksi contract – mengecut convection – perolakan expand – mengembang flow – mengalir gas – gas insulator – penebat land breeze – bayu darat liquid – cecair natural phenomena – fenomena alam radiation – sinaran sea breeze – bayu laut solid – pepejal
41
Objektif Pembelajaran
Cadangan Aktiviti Pembelajaran Hasil Pembelajaran Nota Perbendaharaan Kata
2.3 Menganalisa kesan haba ke atas jirim
Menjalankan aktiviti untuk menunjukkan perubahan keadaan jirim dalam proses fizikal. Membincangkan: (i) kesan haba ke atas keadaan
jirim, (ii) contoh pemerhatian harian
yang menunjukkan perubahan kepada keadaan jirim.
Murid boleh:
menyatakan perubahan kepada keadaan jirim dalam proses fizikal,
menerangkan perubahan kepada keadaan jirim yang melibatkan penyerapan dan pembebasan haba,
memberi contoh pemerhatian harian yang menunjukkan perubahan kepada keadaan jirim.
Proses fizikal melibatkan peleburan, pendidihan, pembekuan, penyejatan, kondensasi dan pemejalwapan.
boiling – pendidihan condensation – kondensasi evaporation – penyejatan freezing – penyejukbekuan melting – peleburan process – proses reference – rujukan sublimation – pemejalwapan
2.4 Mengaplikasi prinsip pengembangan dan pengecutan jirim
Membincangkan kegunaan pengembangan dan pengecutan jirim dalam yang berikut: a) merkuri dalam termometer, b) jalur dwilogam di dalam alat
penggera kebakaran, c) ruang pada landasan keretapi, d) penggolek pada jambatan
keluli.
Membincangkan penggunaan prinsip pengembangan dan pengecutan jirim untuk menyelesaikan masalah yang mudah.
Murid boleh:
menerangkan dengan contoh pelbagai kegunaan pengembangan dan pengecutan jirim dalam kehidupan harian,
mengaplikasikan prinsip pengembangan dan pengecutan jirim dalam menyelesaikan masalah yang mudah.
bimetallic strip – jalur dwilogam expansion – pengembangan contraction – pengecutan fire alarm – alat penggera kebakaran roller – penggolek steel bridge – jambatan keluli
42
Objektif Pembelajaran
Cadangan Aktiviti Pembelajaran Hasil Pembelajaran Nota Perbendaharaan Kata
2.5 Memahami bahawa permukaan objek yang gelap dan kusam menyerap dan membebaskan haba denga lebih baik
Menjalankan eksperimen untuk menunjukkan yang berikut: a) objek yang gelap dan kusam
menyerap haba lebih baik daripada objek putih dan berkilat,
b) objek yang gelap dan kusam membebaskan haba lebih baik daripada objek putih dan berkilat.
Murid boleh:
menyatakan objek yang gelap dan kusam menyerap haba lebih baik daripada objek putih dan berkilat,
menyatakan objek yang gelap dan kusam membebaskan haba lebih baik daripada objek putih dan berkilat,
menjalankan eksperimen untuk mengkaji penyerapan dan pembebasan haba.
absorb – menyerap dull – pudar dark – gelap shiny – berkilat
2.6 Menghargai faedah pengaliran haba
Membincang dan mempraktikkan amalan seperti membuka tingkap dalam kelas atau makmal untuk meningkatkan pengaliran udara.
Murid boleh:
mengamalkan prinsip pengaliran haba demi kehidupan yang lebih selesa.
improve air circulation – memperbaiki pengudaraan comfortable living – kehidupan yang selesa
43
Penasihat Datu Dr Hj. Julaihi Hj. Bujang
Pengarah Bahagian Pembangunan Kurikulum
Mohd Zanal bin Dirin Timbalan Pengarah (Sains dan Teknologi) Bahagian Pembangunan Kurikulum
Penasihat Editorial
Zainon Abd. Majid Ketua Unit Sains Teras Bahagian Pembangunan Kurikulum
Editor
Aizatul Adzwa Mohd. Basri Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Kurikulum
Penterjemah Burhanuddin Dahalan
SMK Alang Iskandar Bagan Serai, Perak
Fong Woon Yoke SMK Menglembu Menglembu, Perak
Roslan Yusoff SMK Seri Perak Teluk Intan, Perak
Hafiz Zaki Hamdan SMK Seri Perkasa Hutan Melintang, Perak
Norhaida Alias SMK Sultan Abdul Jalil Shah Seberang Perak, Teluk Intan, Perak
Nazirah Abdul Rahman SMJK Hua Lian Taiping, Perak
Maslina Ayu Shaharuddin SMK Convent Taiping, Perak
KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH
SAINS TINGKATAN 1
PANEL PENTERJEMAH
Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia
2011