Download - Sang ketitir sang gagak
SANG KETITIR DENGAN SANG GAGAK
NAMA :
KELAS :
SEKOLAH :
Pembelajaran Interaktif Melalui Internetwww.zoom-a.com
Pembelajaran Interaktif Melalui Internetwww.zoom-a.com
1
Pada suatu hari, Sang Gagak
mencari makanan di tempat
buangan sampah sarap.
Pembelajaran Interaktif Melalui Internetwww.zoom-a.com
“Gak, gak, gak!” Sang Gagak itu
bersuara. Sang Gagak gembira kerana
di situ terdapat banyak makanan.
“Gak, gak, gak!” Sang Gagak
bersuara lagi.
2
Pembelajaran Interaktif Melalui Internetwww.zoom-a.com
3
Tiba-tiba Sang Gagak terdengar
suara ketawa.
Rupa-rupanya Sang Ketitir berada
di atas sebatang pokok.
Pembelajaran Interaktif Melalui Internetwww.zoom-a.com
4
“Mengapakah engkau ketawa,
wahai Sang Ketitir?” Sang Gagak
berasa hairan.
Pembelajaran Interaktif Melalui Internetwww.zoom-a.com
5
“Aku ketawa kerana bunyi
suaramu sangat buruk. Suara aku
lebih merdu,” Sang Ketitir bermegah.
Semenjak itu, setiap hari Sang
Ketitir datang ke situ.
Pembelajaran Interaktif Melalui Internetwww.zoom-a.com
6
Apabila melihat Sang Gagak
datang mencari makanan, Sang
Ketitir pun bernyanyi. Sang Ketitir
berbangga dengan suaranya yang
merdu itu.
Pembelajaran Interaktif Melalui Internetwww.zoom-a.com
7
Sang Gagak berdiam diri sahaja.
Sang Gagak tidak mahu diejek oleh
Sang Ketitir.
Pembelajaran Interaktif Melalui Internetwww.zoom-a.com
8
Pada suatu hari, Sang Ketitir tiada
lagi di situ. Sang Gagak berasa
hairan.
Pembelajaran Interaktif Melalui Internetwww.zoom-a.com
9
Pada suatu hari yang lain pula,
Sang Gagak pergi mencari makanan di
tepi sebuah rumah. Terkejutlah Sang
Gagak apabila melihat Sang Ketitir
berada di dalam sebuah sangkar.
Pembelajaran Interaktif Melalui Internetwww.zoom-a.com
10
Sang Gagak lalu berkata, “Wahai
Sang Ketitir! Mujurlah suaraku sangat
buruk. Orang tidak mahu
memeliharaku.”
Pembelajaran Interaktif Melalui Internetwww.zoom-a.com
11
“Engkau ditangkap orang kerana
suaramu sangat merdu. Sekarang
engkau boleh menyanyi di dalam
sangkar itu,” kata Sang Gagak.
Sang Ketitir berasa sangat malu.