Sea-Dweller
Oyster, 43 mm, Oystersteel dan emas kuning
Oyster Perpetual Sea-Dweller dalam RolesorKuning dengan bezelseramik hitam dan rantaiOyster.
Ia mempunyai dail hitam yang tersendiri dan penanda jam
pendarkilau yang hebat. Kalis air pada kedalaman 4,000
kaki (1,220 meter) dengan bezel berputar 60 minit searah,
Rolex Sea-Dweller adalah antara jam tangan penyelam
ultra-tahan yang direka oleh Rolex untuk penerokaan laut
dalam.
Bezel seramik denganpaparan pendarkilauLagenda jam tangan
penyelam
Senggat 60-minit, bezel boleh putar diwarah Sea-Dweller
membolehkan penyelam memantau masa menyelam serta
penyahmampatan mereka dengan selamat.
Dail hitamDiilhamkan oleh asal
Dail hitam pada Sea-Dweller mempunyai jarum tangan
yang besar dan indeks dikhaskan untuk model profesional
Rolex. Sea-Dweller diukir pada dail hitam dalam warna
kuning, yang meniru warna kuning emas 18 karat. Semasa
Sea-Dweller dikemas kini pada 2017, tulisan ini berwarna
merah yang merujuk kepada model asal. Paparan
Chromalight pada dail adalah suatu inovasi yang
menjangkau sempadan penglihatan dalam persekitaran
yang gelap Cahaya birunya tahan sehingga lapan jam
dengan kecerahan seragam iaitu dua kali lebih lama
berbanding bahan kilauan standard
Rolesor kuningGabungan dua bahanlogam
Emas diidamkan untuk kilauan dan kemasyurannya. Keluli
menguatkan ketahanan dan kebolehpercayaan. Mereka
secara harmoni menggabungkan sifat terbaik mereka
bersama-sama. Tanda pengenalan Rolex yang sebenar,
Rolesor telah dipamerkan pada model Rolex sejak awal
1930-an dan ditandakan sebagai nama dagangan pada
1933. Jam tangan ini merupakan tunggak koleksi Oyster.
Rantai OysterAlkimia sempurna bentukdan fungsi
Rantai Oyster adalah penciptaan yang sempurna dari segi
bentuk dan fungsi, estetika dan teknologi, yang direka
untuk menjadi kukuh dan selesa. Ia dilengkapi dengan
kancing Oysterlock yang mengelak daripada pembukaan
secara tidak sengaja, dan Glidelock yang bijak,
membenarkan pelarasan halus pada rantai menggunakan
apa-apa alat - dan membolehkan ia dipakai dan selesa
dengan pakaian selam.
Injap Pelepasan HeliumPeralatan Deep-sea
Sebelum mereka kembali ke udara terbuka, penyelam
profesional yang menuju ke permukaan selepas selaman
tepu yang dalam, mesti menghabiskan masa dalam ruang
penyahmampatan di mana mereka menghirup campuran
gas yang mengandungi helium. Molekul-molukel kecil
helium, iaitu gas yang sangat ringan dan tidak menentu
akan menyusup masuk ke seluruh ruang, juga menembusi
jam tangan. Semasa penyahmampatan, gas helium itu
tidak dapat melepaskan diri daripada penutup kalis air
dengan cukup pantas yang seterusnya menghasilkan
perbezaan tekanan yang boleh memaksa kristal tersembul
keluar dari penutup jam tangan. Jurutera Rolex mencipta
injap pelepasan gas yang dilengkapi dengan pegas: ia
terbuka apabila perbezaan tekanan di antara bahagian
dalam dan luar jam tangan mencapai 3 hingga 5 bar,
membolehkan gas helium melepaskan diri sekaligus
melindungi jam tangan.
Kanta SiklopsKanta pembesar
Kanta siklops adalah salah satu ciri Rolex yang paling unik
dan salah satu yang paling dikenali. Dinamakan selepas
wujudnya mitos Yunani gergasi yang bermata satu, Kanta
siklops membesarkan paparan lambang tarikh jam tangan
sebanyak dua setengah kali ganda untuk memudahkan
bacaan. Di sebalik siklops, seperti setiap ciri jam tangan
Rolex, terdapat sejarah penemuan, penyelidikan dan
pembangunan, serta pencarian tanpa henti untuk
kesempurnaan.
Mekanisme 3235Prestasi yang hebat
Kaliber 3235 merupakan sebuah mekanisme mekanikal
automatik baharu yang dibangunkan dan dihasilkan
sepenuhnya oleh Rolex. Mekanisme mekanikal automatik
ini berada di barisan hadapan dalam seni pembuatan jam
tangan. Suatu demonstrasi sempurna bagi teknologi Rolex
dengan 14 terpaten, ia menawarkan kelebihan asas dari
segi ketepatan, rizab kuasa, ketahanan terhadap kejutan
dan kemagnetan, kemudahan penggunaan serta
kebolehpercayaan. Ia mengintegrasikan pelepas
Chronergy baharu yang dipatenkan oleh Rolex yang
menggabungkan kecekapan tenaga yang tinggi berserta
kebolehpercayaan yang besar. Diperbuat daripada nikel
fosforus, ia juga tidak sensitif terhadap gangguan magnet.
SpesifikasiRujukan 126603
RANTAIOyster, penghubung keping tiga rata
BAHAN RANTAIRolesor kuning - kombinasi Oystersteel
dan 18 karat emas kuning
KANCINGPengancing keselamatan Oysterlock lipat
dengan sistem sambungan Glidelock Rolex
DAILHitam
BUTIRANPaparan Chromalight yang tinggi dan
sangat mudah dibaca dengan luminesens
biru tahan lama
PENSIJILANSuperlatif kronometer (COSC + Pensijilan
Rolex selepas dibuka)
Terokai dan temui lebihlanjut di Rolex.com
Semua hak milik intelektual seperti tanda perniagaan,
nama dagang, reka bentuk dan hak cipta terpelihara
adalah eksklusif hak milik Rolex. Tiada apa-apa yang
terkandung dalam laman web ini boleh diterbitkan tanpa
kebenaran bertulis. Rolex berhak pada setiap masa untuk
mengubah suai model yang dipaparkan di laman web.