�
PERUTUSAN PENGARAH URUSAN/ KETUA PEGAWAI EKSEKUTIFSEMPENA PESTA NORTHPORT 2007
3 NOVEMBER 2007, merupakan kemuncak kepada keseluruhan sambutan 21 tahun kejayaan penswastaan Northport. Pelbagai program telah kita laksanakan sepanjang tahun ini demi melahirkan penghargaan kepada semua pihak yang menyokong kejayaan Northport selama ini.
Segala aktiviti yang dirancang sama ada kepelbagaian jenis sukan keluarga, permainan, persembahan pentas dan jamuan telah diteliti mengikut perspektif syarikat berdasarkan syarat-syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.
Justeru, saya amat berbesar hati mendedikasikan kejayaan Pesta Northport ini khusus untuk Team Northport. Program ini bukan sahaja bermatlamat untuk meraikan kakitangan dan warga kerja yang menjadi tulang belakang Northport, malah untuk dikongsi sama oleh seluruh ahli keluarga Team Northport.
Sambutan dan sokongan Team Northport jelas mencerminkan kesungguhan dan rasa cinta terhadap syarikat. Oleh itu, Syabas dan Tahniah sekali lagi kepada semua yang sama- sama memastikan kelancaran Pesta Northport ini.
Harapan saya agar natijah dan kesinambungan yang baik akan terhasil daripada Pesta Northport ini. Ayuh, kita jadikan ia sebagai batu tanda atau satu asas di dalam mengorak langkah untuk meraih ribuan lagi kecemerlangan di masa akan datang. Team Northport sewajarnya merasa bangga dengan kejayaan ini, tetapi bukan untuk mendabik dada dengan kejayaan yang lepas. Tanamkan rasa yakin dan sentiasa berusaha untuk yang terbaik buat Northport.
Syabas Team Northport! Saya ucapkan ribuan terima kasih di atas komitmen tinggi anda sehingga Pesta Northport jaya kita laksanakan.
DATO’ BASHEER HASSANBIN ABDUL KADER
sidang editorialpenaung
Dato’ Basheer Hassan Bin Abdul Kader
penasihatRavindran Raman Kutty
ketua editorHj. Mohd Shah Johari
penolong editorNur Faizatul Ismah Rosli
penyedia artikelHjh. Zainon Daud
Rodziah [email protected]
jurufotoNorhelmi Saiddun
cetakanMAZIZA SDN BHDNo. 9, Jalan 111,
Kepong Baru,52000 Kuala Lumpur
penerbitNORTHPORT (MALAYSIA) BHD
Jalan Pelabuhan,Pelabuhan Utara,
42000 Pelabuhan Klang
Pancaran mengalu-alukan sumbangan Artikel daripada semua khasnya warga TEAMNORTHPORT. Segala sumbangan boleh dihantar kepada alamat diatas.
mutiara kata“Seseorang manusia harus cukup rendah hati untuk mengakui kesilapannya, cukup bijak untuk mengambil manfaat daripada kegagalannya dan cukup berani untuk membetulkan kesilapannya”.
pena editor
Team Northport,
Kemeriahan Pesta Northport masih lagi terasa. Kegembiraan jelas
terpancar dari riak wajah segenap golongan, baik anak kecil
mahupun golongan dewasa. Team Northport seharusnya berasa
bangga dengan keprihatinan syarikat dalam menghargai penat
lelah dan sumbangan warga kerjanya. Walaupun kecil jasa yang
disumbangkan, besar ertinya kepada syarikat.
Semoga dengan usaha syarikat mengadakan Pesta Northport, kita
akan lebih bersemangat dan produktif. Istimewa buat semua, seluruh
krew penerbitan Pancaran ingin mendedikasikan keluaran khas
sempena Pesta Northport ini kepada seluruh warga kerja Northport
sebagai kenangan kejayaan kita bersama.
Syabas!
�
Jika dilihat secara keseluruhan, pembangunan Pelabuhan Kelang amat berbeza dengan keadaannya pada zaman awal tahun 1900. Jika dulu, pengendalian kargo dilakukan
oleh kerahan tenaga manusia, tetapi kini dengan adanya penggunaan jentera dan teknologi moden, sistem pengendalian dagang menjadi mudah dan cepat.
Pada tahun 1880, hanya kapal- kapal dagangan kecil yang boleh menggunakan jeti Pelabuhan Klang. Tahun demi tahun, perubahan demi perubahan dilakukan. Seterusnya pada tahun 1900, sebuah jeti penumpang, tiga dermaga dan sebuah jalan keretapi sedia untuk digunakan. Pelabuhan baru yang dinamakan Pelabuhan Swettenham dibuka pada 15 September 1901 diambil sempena nama Residen British di Tanah Melayu pada ketika itu.
Ketandusan teknologi dan kekurangan tenaga mahir melambatkan proses pengendalian sekaligus menghalang kemasukan kapal-kapal besar ke Pelabuhan Klang. Namun, tahun demi tahun, perubahan demi perubahan dapat disaksikan. Penggunaan teknologi maju membuatkan Pelabuhan Klang maju dari semasa ke semasa.
Sehinggalah pada tahun 1980, Pelabuhan Klang sudah mampu mengendalikan 16.2 juta tan kargo, kira- kira sekali ganda dari rekod pengendalian yang dicatatkan pada tahun 1970. Ditambah dengan penswastaan Kelang Container Terminal (KCT) pada tahun 1986, menyaksikan perkembangan positif Pelabuhan Klang walaupun pada awalnya ramai yang gusar tentang nasib selepas penswastaan.
Penswastaan KCT berjaya membuka mata ramai pihak yang rata-rata gembira dengan hasil positif penswastaan. Pelabuhan maju selangkah lagi apabila kerajaan mengisytiharkan penswastaan seluruh Pelabuhan Klang. Dari situlah Klang Port Management (KPM) ditubuhkan.
Dua entiti di bawah naungan Permodalan Nasional Berhad (KCT & KPM) ini bergabung pada tahun 2000 membentuk NORTHPORT (MALAYSIA) BHD. Yang nyata, Northport terus mengorak langkah maju seiring dengan perkembangan industri maritim dunia.
Syabas, Northport! Kami berbangga dengan Northport!
sejarah pembangunan pelabuhan kelang
Pemunggah jentera-jentera berat ke dalam gerabak
Dermaga Tongkang di Pelabuhan Selatan
Jeti penumpang pada tahun 1901
�
Tidak dinafikan, hubungan yang baik di antara syarikat dan kakitangan mampu memberi seribu kebaikan. Majikan
yang prihatin dan situasi kerja yang baik boleh mendorong kakitangan agar menjadi lebih produktif dan ada sifat sayangkan syarikat.
Sepanjang tahun 2007 ini, kejayaan 21 tahun penswastaan Northport dirai di dalam pelbagai bentuk program yang disusun khas buat semua rakan niaga yang terdiri daripada pelanggan, agensi kerajaan, media, komuniti dan Team Northport. Segala yang dilakukan adalah dengan satu tujuan; demi menghargai kerjasama yang diberikan dan merapatkan hubungan antara satu dengan yang lain.
Didedikasi khusus untuk Team Northport, Pesta Northport adalah untuk menghargai penat lelah dan sumbangan kakitangan yang selama ini menjadi tulang belakang syarikat. Setelah kejayaan demi kejayaan dilakar bersama, seperti contoh baru- baru ini, Northport telah memenangi Anugerah Technology Business Review 2007 bagi kategori Logistik. Jelas, hanya pengorbanan dan semangat yang tinggi mampu merealisasikan kejayaan dan semua ini mustahil tanpa hubungan yang baik di antara kakitangan dan syarikat.
Diharap kesinambungan yang baik ini berterusan. Umpama bunyi hasil paluan gong yang bergema, menggambarkan harapan Northport menggarap ribuan lagi kejayaan mendatang.... Northport Boleh !!!
simbolik pesta NORTHPORT
Paluan gong menandakan bermulanya kemeriahan pesta
�
apa kata mereka
“ I think it’s good. What you have done this is very significant to all employees.”
Puan Sri Sagiyah Salikin
“Gembira. Kalau dapat buat setahun sekali macam ini lagi elok, bukan apa untuk pekerja - pekerja. Kalau boleh, tambahkan aktiviti kebajikan untuk pekerja- pekerja.” Capt. Prem
“Seronok berkumpul dengan keluarga dan kawan - kawan. Kalau boleh tiap - tiap tahun diadakan pesta sebegini.”
Jamal
“Pesta ini memberi semangat kepada warga Northport, seolah - olah syarikat menghargai penat lelah kita selama ini.”
Amir Zaman
“Seronok dapat jumpa kawan- kawan dan sekaligus dapat mengeratkan silaturrahim. Banyak game boleh main”.
Sarah Afiqah (anak Capt. Akashah-Marine)
“Overall, Pesta Northport is good & well organized, compared to what we had previous years. It’s more to employees’ welfare”
Yon Yon
“Syarikat dah membelanjakan sejumlah besar wang untuk pekerja, pekerja rasa terharu dan bangga..” Azahari
“Memang seronok, sebab dah lama tak ada program sebegini. Anak - anak dapat berhibur. Lagi bagus kalo ada program untuk ibu - ibu ke..”
Pn. Jamilah (isteri kepada Sanusi bin Maulud)
“Gembira. Kalau dapat buat setahun sekali macam ini lagi elok, bukan apa untuk pekerja - pekerja. Kalau boleh, tambahkan aktiviti kebajikan untuk pekerja- pekerja.”
Mohd. Hirahwa Faisal (Kejuruteraan)
“Pengumuman bonus menggembirakan. Pesta ini pun bagus, sebab dapat jumpa kawan - kawan lama….”
Homa Devi
“Program macam ni memang bagus. Anak - anak dapat berkumpul dan bergembira”
Rosmawati
“Saya bertugas dan hadir ke pesta. Saya juga bangga dengan syarikat yang mampu merealisasikan pesta seumpama ini kerana dapat merapatkan hubungan sesama kakitangan. Lagi bagus kalau dapat setahun atau dua tahun sekali..”
Idris
“A well - organized event. The crowd is good, however is well arranged. The best platform for the families to get together because we have a lot of activities.. Maybe this should be yearly programme..”
Azman- AGM Kejuruteraan
“Dalam kepenatan bekerja, kita diberi hiburan, memang baguslah.”
Roslan- BOMBA
“Sungguh hebat. Tidak dianggap membazir kerana keluarga dapat berkumpul dan bersuka ria. Tapi cadangan saya agar buat cara lain, sebab kupon saya tidak habis..” Abdullah (Merin)
Kakitangan bangga dan gembira dengan inisiatif syarikat mengadakan pesta ini.
Ahmat bin Abu - Presiden NMBSU
Perihal NorthportMd Sulong bin Jusoh
Dimana mana…Diwarung warung kopi, pasar pasar malam, disimpang simpang jalanKelibat logomu...Terdengar bual bicara umumTentang harumnya namamu...Northport...Gah... tersohor dipersada dunia
Northport...Kau bagaikan seperdu Merbau dirimba rayaTegap, teguh, gagah berdiri dirantau muBanirmu... Tempat berteduh penghuni rimbaDahan dahanmu... persinggahan lebah lebah tualangRedupmu... meneduh wargamu
Tapi!! Awaslah MerbauKerana... nun disana sisimu,Serumpun kadok sedang menjalarMenyedut baja bajamu dengan rakusMemanggil Lang Kangok, Lang SawahMenghalau lebah lebah tualangmu.
Buat wargamu...Disini... Ditemasya hari iniKeringatmu, penat jerihmu kalianDihargai... akan terus dihargai
Northport...Biar, biarkan badai menghempas pantaimuKerana... Buat rantaumuKau... punya nama, punya jasaBerjasa pada wargamuPenggunamuDan.. Negaramu.
�
Northport GemilangSejak mula teguh wawasanJulang bendera julang kebanggaanTerajui serantau terajui sedunia
Gemilanglah masa depan bersamaBermulalah era baru MalaysiaDi sini berlabuh kapal sedunia
Chorus :Satu pelabuhan menyatukan duniaSatu nama satu wawasanNorthport pelabuhan dunia
Gigih berusaha untuk negaraBina kejayaan bina masa depan
Satu pelabuhan menyatukan duniaSatu nama satu wawasanNorthport pelabuhan dunia
One port one team one visionOne pride one heart one nationOne world one place has made a difference Northport one port one team one vision
Satu pelabuhan menyatukan dunia Satu nama satu wawasanNorthport pelabuhan dunia
Pelabuhan Dunia…………
NORTHPORT !!!!
�
10
sekitar pesta
Tetamu kehormat duduk dibarisan utama
Sebahagian ahli lembaga pengarah yang hadir
11
sekitar pesta
Persiapan sebelum pesta
Kemeriahan pesta sama dirasaiKemudahan bas disediakan
Gembiranya mereka!
1�
sekitar pesta
Pasukan paramedik yang diketuai oleh Dr. Maznor dari Darul Ehsan Medical Centre
Persembahan pancaragam semasa pembukaanJuara Idola Northport, Afzainizam (SPU)
menerima hadiah trofi daripada Datin Zarina
Top 3 Idola Northport mengambil peluang bergambar dengan Datin ZarinaGandingan hebat Mawi dan Kamarul mendendangkan Lagu Jiwa Lagu Cinta
Alleycats begitu ‘sporting’ menghiburkan penonton
1�
sekitar pesta
Kids Corner
Senamrobik
Walaupun berhujan mereka tetap ceria...
Barisan juri yang mengadili Idola Northport.
Dari kiri Hadi Hassan, Salwa Abd Rahman dan
Freddie Fernandez.
1�
aksi spontan
Hiyshh !!!
uhh, susah jugak nak jadi ‘bigfoot’ jelmaan ni...
Dua penyingkiran pada minggu ini.
tak dapat amik gambar mawi, abg polis ni pun jadilaa...
lama la pulak cameraman ni, tido kejap laa...
anak ayam yang hilang
kumpulan ultraman
mic terbalik
1�
Melintang
1. _______ Communications, ‘Event Manager’ yang dipertanggungjawab merancang agenda sekaligus merealisasikan Pesta Northport.
2. Juara ‘Idola Northport’ ini boleh tahan juga suaranya.
3. Hidangan tengahari di Pesta Northport. Sedapnya hingga menjilat jari!
Ke Bawah
1. Satu– satunya penyanyi wanita kecil molek yang menghiburkan kita pada hari Pesta Northport.
2. Tajuk lagu tema Northport adalah ‘Northport __________’.
3. Banyaknya kereta di sini! Tempat ini dijadikan lokasi Pesta.
4. Pn. Nurul Azra, peserta tunggal wanita Idola Northport’ membawakan lagu Bunga _______ semasa pusingan final .
Selamat mencuba! Hadiah menarik menanti anda!
1
4 3 1
2
2 3G
L
Z I M
KM
N
Syarat– syarat penyertaan• Terbuka kepada seluruh kakitangan dan keluarga Team Northport,
kecuali kakitangan dan keluarga CCD.• Tarikh tutup penyertaan adalah pada 21 Disember 2007.• Hantarkan keratan ini ataupun salinan kepada: JABATAN KOMUNIKASI KORPORAT, TINGKAT 2, BANGUNAN NORTHPORT A, U/P: ISMAH
Uji pengetahuan dan kepekaan anda tentang segala yang berlaku di Pesta Northport! Isi silangkata di bawah dan anda mungkin dipilih sebagai pemenang! Siapa tahu?
teka silangkata