Download - SENARAI KANDUNGAN
SENARAI KANDUNGAN
TAJUK MUKA
SURAT
Penghargaan 2
Pendahuluan 3
Obektif Kajian 4
Kawasan Kajian 5
Kaedah Kajian 8
Hasil Kajian 10-20
Rumusan 21
Rujukan 22
Lampiran
MOHAMMAD SAFWAN BIN ISMAT HAFIZ SMK LOK YUK
PENGHARGAAN
Saya ingin mengucapkan ucapan terima kasih kepada
Pengetua SMK Lok Yuk,Encik Ng Soi Nguwng kerana telah
memberi kebenaran kepada saya untuk mejalankan kajian ini.
Tidak lupa juga kepada guru Geografi saya iaitu Cikgu Fadzli
Bin Patman yang telah banyka memberikan tunjuk ajar dan
nasihat sepanjang kajian ini dijalankan.
Ucapan terima kasih kepada kedua ibu bapa saya kerana
memberikan sokongan dan dorongan kepada saya untuk
menyiapkan kerja kajian ini. Banyak wang ringgit yang telah
mereka habsikan demi memastikan kajian ini dapat
dilaksanakan dengan jayanya.
Tidak lupa juga kepada rakan-rakan saya iaitu
Marzain,Ardi Ali Omar dan Mohd Albar Bin Gulam yang telah
banyak membantu saya ketika proses soal selidik dan temu
bual dilakukan.
Akhir sekali saya mengucapkan terima kasih kepada
penduduk Taman Kingfisher dan semua pihak yang terlibat
kerana sudi memberikan kerjasama yang baik kepada saya
semasa kajian ini dijalankan. Sekian terima kasih.
2
MOHAMMAD SAFWAN BIN ISMAT HAFIZ SMK LOK YUK
PENDAHULUAN
Saya Mohammad Safwan Bin Ismat Hafiz dari kelas 3AM4
memilih tajuk ”Pencemaran Alam Sekitar Di Kawasan
Likas,Kota Kinabalu”.untuk kajian projek Kajian Geografi
Tempatan saya. Saya mengkaji tentang aspek pencemaran
alam sekitar, menghuraikan kesan terhadap alam sekitar dan
merumuskan kesan-kesan terhadap alam sekitar tersebut.
Saya memilih kawasan kajian ini kerana menepati tema kajian
dan kawasan ini berhampiran dengan rumah dan sekolah saya.
Kami menjalankan kajian ini selepas waktu persekolahan.
Saya menulis laporan kajian ini secara individu berdasarkan
data dan maklumat yang dikumpulkan di lapangan secara
berkumpulan. Laporan kajian ini berjaya disiapkan dalam masa
13 minggu.
3
MOHAMMAD SAFWAN BIN ISMAT HAFIZ SMK LOK YUK
OBJEKTIF KAJIAN
Kajian ini dijalankan untuk memenuhi objektif-objektif seperti
berikut :
Mengenal pasti konsep pencemaran alam sekitar
Mengenal pasti jenis pencemaran alam sekitar di kawasan
kajian Likas
Mengetahui punca pencemaran alam sekitar
Menghuraikan kesan pencemaran alam sekitar
Memberi cadangan mengurangkan kesanpencemaran alam
sekitar
Penerapan nilai atau unsur patriotisme terhadap penduduk
di kawasan Likas tentang kepentingan alam sekitar semula.
4
MOHAMMAD SAFWAN BIN ISMAT HAFIZ SMK LOK YUK
KAWASAN KAJIAN
Latar Belakang Kawasan Kajian
Saya telah memilih kawasan Likas sebagai kawasan kajian. Kawasan Likas terletak di bawah pentadbiran Bandar Kota Kinabalu. Sebelum dibangunkan kawasan Likas merupakan kawasan pantai. Kawasan ini mula dibangunkan dan dimajukan pada tahun 1993. kawasan Likas merupakan kawasan perumahan kos tinggi Terdapat rumah pangsa , kondominium, apartment, rumah teres dan rumah banglo. Segala kemudahan awam infrastruktur disediakan dan dijaga rapi oleh DBKK.
Lokasi Kawasan Kajian
Kawasan Likas mempunyai keluasan seluas 30 km persegi. Lokasi kawasan ini adalah di Timur Laut Bandar Kota Kinabalu. Kampung Likas,Tun Mustapha, Masjid Bandaraya Kota Kinabalu dan Taman Kingfisher berlokasi di kawasan kajian ini. Untuk pengetahuan semua Kampung Likas berada 150 km daripada sempadan Sabah.
Pandangan Darat Fizikal Kawasan Kajian
Kawasan Likas adalah sebuah kawasan padat dengan peurmahan, kedai-kedai, bangunan kerajaan & Universiti. Terdapat kebanyakan tempat di kawasan kajian ini adalah reklamasi.
Jarak Dari Bandar
Kawasan Likas terletak lebih kurang 10km daripada Pusat Bandar Kota Kinabalu. Ia mengambil masa perjalanan selama 15 minit dengan menaiki kereta untuk sampai ke pusat bandar. Penduduk di kawasan ini juga dapat ke Pusat Bandar dengan menggunakan segala kenderaan awam seperti Bas. Stesen Bas terdekat adalah Terminal Bas Kota Kinablu.
5
MOHAMMAD SAFWAN BIN ISMAT HAFIZ SMK LOK YUK
PETA 1 – KEDUDUKAN LIKAS DI KOTA KINABALU
6
MOHAMMAD SAFWAN BIN ISMAT HAFIZ SMK LOK YUK
PETA 2 – KAWASAN KAJIAN DAERAH LIKAS
7
MOHAMMAD SAFWAN BIN ISMAT HAFIZ SMK LOK YUK
KAEDAH KAJIAN
Kaedah kajian yang telah saya gunakan untuk menyiapkan folio ini ialah:-
a)Pemerhatianb)Temubualc) Soal selidikd)Rujukan – internet dan surat khabar
Pemerhatian
Selama menjalankan kajian ini saya telah meluangkan banyak masa memerhati tempat-tempat pencemaran dan mengkaji punca pencemaran tersebut.
Temu bual
Saya mengumpulkan maklumat tentang pencemaran alam sekitar di kawasan Likas dengan menemu bual pegawai yang bertugas di ”Jabatan Alam Sekitar”.
Borang Soal Selidik
Saya juga telah memberi soalan kajian saya kepada 20 orang penduduk di kawasan Likas melibatkan 5 orang dari penempatan rumah teres di Taman Kingfisher, 5 orang di kawasan kedai-kedai, 5 orang kakitangan kerajaan, 2 orang penduduk tinggal di kampung Likas dan 3 orang murid-murid tinggal di asrama UMS. Borang soal selidik in idan respon yang didapati daoat membantu saya mengenalpasti masalah-masalah yang dihadapi oleh penduduk di kawasan Likas dan cara-cara mengatasi yang dicadangkan oleh 20 orang pengundi
8
MOHAMMAD SAFWAN BIN ISMAT HAFIZ SMK LOK YUK
DAPATAN KAJIAN
8.1 Konsep Pencemaran Alam SekitarPencemaran boleh ditakrifkan sebagai pembuangan
benda-benda atau baha-bahan hasil dari aktiviti manusia ke alam persekitaran menyebabkan terganggunya keselesaan atau kemandirian kehidupan. Takrifan Pencemaran yang lebih bermaklumat adalah menurut Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 yang mneyatakan bahawa pencemaran adalah sebarang perubahan sama ada secara langsung atau tidak langsung kepada sifat-sifat fizik, kimia,biologi atau aras-aras radiasi mana-mana bahagian alam sekeliling dengan melepaskan, mengeluarkan atau meletakkan buangan hingga menjejaskan kegunaan –kegunaan berfaedah yang menimbulkan sesuatu keadaan yang sangat berbahaya atau mungkin berbahaya kepada kesihatan, keselamatan atau kebajikan awam atau organisma-organisma lain, tumbuhan dan haiwan. Pencemaran dapat dikategorikan dan disenaraikan kepada pelbagai bentuk pencemaran alam :
1. Pencemaran udara
2. Pencemaran air
3. Pencemaran laut
4. Pencemaran bunyi
5. Pencemaran tanah
6. Bau Busuk
9
MOHAMMAD SAFWAN BIN ISMAT HAFIZ SMK LOK YUK
8.2 Jenis Pencemaran Alam Sekitar Di Kawasan Kajian
Pencemaran alam sekitar yang berlaku di kawasan kajian
saya adalah pencemaran bunyi. Pencemaran bunyi sering
berlaku di kawasan kajian saya kerana terdapatnya pelbagai
jenis pembinaan dan pembangunan. Selain itu, pencemaran
udara juga sering berlaku di kawasan saya, terutamanya
kenderaan dan pembinaan. Kebanyakkan lori akan
mengeluarkan asap hitam yang banyak dan seterusnya tapak
pembinaan menjadi penyumbang pencemaran udara yang
teruk.
Taburan sampah di tebing di sepanjang Sungai Likas
ditambah dengan keadaan ancaman bau busuk manakala air
sungai menjadi pelbagai warna serta barisan rumah setinggan
mencacatkan pemandangan rombongan media.
Sungai Likas yang mengalir di pinggir bandar raya Kota
Kinabalu ini merupakan sumber rezeki kepada penduduk di
kawasan itu sejak sekian lama.
10
MOHAMMAD SAFWAN BIN ISMAT HAFIZ SMK LOK YUK
Gambar 1 : Barisan setinggan di sepanjang Sungai Likas menjadi
punca pembuangan sampah ke Sungai Likas
11
MOHAMMAD SAFWAN BIN ISMAT HAFIZ SMK LOK YUK
8.3 Punca Pencemaran Alam Sekitar Di Kawasan Kajian
i ) Kenderaan
Pelepasan gas-gas daripada kenderaan motor. Kawasan
Likas adalah sebuah daerah yang sibuk dan ramai, penduduk
dan pekerja-pekerja di sini amat bergantung kepada
pengangkutan bermotor seperti kereta, lori dan bus. Setiap
pergerakan kenderaan motor menggunakan tenaga yang
banyak, kenderaan motor membakar bahan api fosil untuk
pergerakan yang menghasilkan asap-asap yang dapat
mencemarkan udara. Kenderaan berdaftar digunakan semakin
meningkat, ini juga bermaksud pencemaran udara semakin
meningkat dari semasa ke semasa. Kenderaan merupakan
punca utama yang menyumbang di dalam pencemaran alam
sekitar di kawasan kajian saya. Kenderaan ini akan
mengeluarkan asap dan tapak yang menyebabkan
penghakisan lapisan ozon.
12
MOHAMMAD SAFWAN BIN ISMAT HAFIZ SMK LOK YUK
Gambar 2 : Pelepasan gas-gas daripada kenderaan bermotor
ii) Pembinaan
Ancaman habuk di tapak pembinaan boleh mencemarkan
udara dan merbahaya kepada kesihatan penduduk di
sekeliling. Jika udara yang dihidu tercemar, sistem pernafasan
akan menyerap pelbagai bahan pencemar ke dalam paru-paru.
Pesakit asma apabila menyerap bahan pencemar ke dalam
badan kemungkinan akan mengakibatkan kemautan. Manusia
akan menghidap pelbahgai penyakit apabila selalu menghidu
udara yang kotor. Contoh-contoh penyakit adalah seperti
kanser paru-paru, kanse hidung dan sebagainya. Pencemaran
bunyi yang teruk apabila proses pembangunan
dijalankan,seperti pada waktu menumpuk tiang pancang ke
dalam tanah sebagai asas bangunan.
Gambar 3 Gambar 4
13
MOHAMMAD SAFWAN BIN ISMAT HAFIZ SMK LOK YUK
Gambar 5
Gambar 3,4 dan 5 : Pembinaan membawa ancaman udara dan bunyi
14
MOHAMMAD SAFWAN BIN ISMAT HAFIZ SMK LOK YUK
iii) Sampah Sarap
Sampah-sarap yang tidak terurus dengan baik di kawasan
kajian perumahan Kingfisher dan kedai-kedai berdekatan.
Keadaan ini bukan sekadar mengundang pencemaran mata,
bahkan mengundang bau busuk dan meloyakan. Tambahan
pula, ia menarik minat anjing liar mengerumun dan
menyelerakkan lagi sampah-sarap yang bertimbun ini. Juga
kewujudan penempatan setinggan yang tumbuh di tebing
Sungai Likas seperti cendawan selepas hujan. Mereka tinggal
di sepanjang Sungai Likas dilihat menjadi penyumbang kepada
penmcemaran sungai di samping membuang sampah ke
Sungai Likas serta ramai suka berkelah di tepi pantai (Teluk
Tanjung Lipat) tetapi membuang sisa-sisa makanan dan
sampah di merata-rata. Situasi menjadi kritikal apabila air
surut sampah sarap akan bertimbun dan bau busuk
menyelubungi kawasan.
Gambar 6 Gambar 7
15
MOHAMMAD SAFWAN BIN ISMAT HAFIZ SMK LOK YUKGambar 8 Gambar 9 Gambar 10
Gambar 6, 7, 8, 9 dan 10 : Sikap manusia yang tidak bertanggungjawab dan membuang sampah-sarap di merata-rata tempat
16
MOHAMMAD SAFWAN BIN ISMAT HAFIZ SMK LOK YUK
iv) Nyamuk Aedes
Sampah-sarap yang tidak terurus dengan baik dan bertaburan sekeliling tong sampah. Lalat dan langau yang semakin berleluasa yang sememangnya akan mengundang penyakit berbahaya. Serangga yang melanda di kawasan saya adalah nyamuk dan lalat.
Nyamuk Aedes merupakan jenis nyamuk yang berbahaya, ia boleh membawa kepada penyakit demam denggi. Denggi ialah satu penyakit yang membahayakan dan boleh membawa maut. Penyakit ini berpunca daripada gigitan nyamuk Aedes yang membawa virus kepada mangsanya. Cara penyebarannya ialah melalui gigitan nyamuk aedes orang yang berpenyakit virus denggi kepada orang yang sihat. Nyamuk akan berada di kawasan longkang tersumbat yang dipenuhi sampah sarap kerana di situlah tempat pembiakan nyamuk. Ini kerana mereka berhajat kepada tempat-tempat yang kotor dan tercemar.
Longgokan sisa makanan yang dibuang oleh pihak kedai-kedai makanan ke tempat pembuangan sampah menjadi punca pembiakan lalat yang banyak di persekitaran kedai. Keadaan ini merupakan situasi yang tidak sihat bagi kesihatan pelanggan yang makan di kedai dan pendudul-penduduk perumahan yang berdekatan. Persekitaran yang dipenuhi lalat memudahkan merebaknya penyakit. Penyajian makanan yang tidak sempurna, mendedahkan makanan dihinggap lalat berkemungkinan berlakunya keracunan makanan. Situasi ini sudah tentu berbahaya kepada kesihatan kita.
17
MOHAMMAD SAFWAN BIN ISMAT HAFIZ SMK LOK YUKGambar 11
Gambar 11 : Nyamuk dan lalat suka membiak di tempat yang kotor dan boleh membawa penyakit yang bahaya.
8.4 Kitaran Pencemaran Alam Sekitar Di Kawasan Kajian Likas
Hujan Asid
Seterusnya, pencemaran udara juga menyebabkan terbentuknya Hujan asid yang disebabkan oleh penggabungan gas-gas sulfur dioksida dan nitrogen oksida dengan air hujan. Ianya berlaku apabila gas-gas sulfur oksida (SC2) dan oksida-oksida nitrogen (Nox) dilepaskan ke udara dan bertindak balas dengan wap air yang terdapat di atmosfera dan seterusnya menjadi asid sulfurik dan asidnitrik. Asid ini terkumpul di dalam awan dan awan pula bergerak ke tempat-tempat lain dan membawa asid-asid tersebut. Ianya membunuh tumbuh-tumbuhan dan juga hidupan liar. Ia juga boleh menghakis pakaian, kertas dan bahan binaan bangunan. Selain itu, asid tersebut juga meresap ke dalam tanah dan menyebabkan kualiti tanah berkurang dan menjadikannya tidak subur.
18
MOHAMMAD SAFWAN BIN ISMAT HAFIZ SMK LOK YUK
Gambar 12 : Kitaran Hujan Asid
Air Tercemar
Pembuangan sisa toksid oleh sektor perkilangan dan sikap
nelayan juga telah mencemarkan air sungai. Air sungai ini
sudah tidak selamat untuk digunakan penduduk bagi
kegunaan domestik seperti memasak, membasuh dan mandi.
Hidupan Akuatik Terancam
Air sungai yang tercemar ini juga boleh menjadi ancaman
kepada hidupan akuatik. Kandungan B.O.D yang tinggi dalam
sungai, menjadi ancaman kepada ikan. Jika keadaan ini
berlarutan ikan akan mati.
Kesuburan Tanih Terjejas
Hasil sisa toksik ini menyebabkan kesuburan tanih terjejas. Ini
menyebabkan penduduk setempat juga menerima kesannya.
Penduduk tidak lagi boleh bercucuk tanam atas faktor
kesubutan tanih ini.
Bau Busuk
Timbunan sampah yang menyumbat alur sungai akan
menyebabkan berlakunya bau busuk. Ini boleh mengagangu
keselesaan penduduk yang tinggal berhampiran tebing
sungai. Longgokan sampah sarap di tempat pembuangan
sampah, boleh menimbulkan bau busuk dan asap kilang ini
19
MOHAMMAD SAFWAN BIN ISMAT HAFIZ SMK LOK YUK
tidak menyenangkan hati penduduk. Bau busuk ini akan dihidu
oleh penduduk setiap hari. Bau busuk yang disebabkan oleh
kereta yang lalu lalang di sini berasa loya dan busuk. Keadaan
ini menyebabkan ramai penduduk berasa tidak selesa tinggal
di sini. Keadaan tandas awam dan kedai-kedai tandas yang
kotor dan tanpa penjagaan kebersihan yang sempurna juga
boleh menyebabkan bau busuk.
Gambar 13 : Membuang sampah-sarap ke dalam
laut/sungai
8.5 Cadangan Untuk Mengurangkan Kesan Pencemaran Alam Sekitar Di Kawasan Likas
Penguatkuasaan Undang-undang
Pihak berkuasa tempatan (PBT) diberi kuasa untuk mengawasi mana-mana kilang di negeri masing-masing. Oleh itu jika kilang yang tidak mematuhi akta kualiti alam sekitar, penduduk di sekitarnya boleh membuat aduan kepada PBT untuk diambil tindakan
Kempen Cinta Alam Sekitar
i) Pameran Pencemaran Alam
20
MOHAMMAD SAFWAN BIN ISMAT HAFIZ SMK LOK YUK
Pameran ini boleh dilakukan di sekolah-sekolah dan juga tempat-tempat awam seperti perpustakaan awam. Pameran sebegini boleh meningkatkan kesedaran dan mengajar masyarakat untuk melindungi alam sekitar.
ii) Pertandingan
Pertandingan seperti kuiz tentang pencemaran alam sekitar boleh
meningkatkan pengetahuan dan kesedaran tentang pentingnya melindungi alam sekitar. Dengan mengadakan kuiz, peserta akan cuba memahami apakah itu pencemaran. Dalam proses ini, mereka akan mendapat pengetahuan tersebut. Mereka juga mungkin akan mencari penyelesaian kepada masalah pencemaran. Ini sudah ditentukan membawa kebaikan kepada peserta itu dan alam sekitar.
iii) Pendedahan Media Massa
Pada hari ini media massa memainkan peranan yang penting dalam membentuk cara pemikiran semua pengguna. Oleh itu dengan adanya pendedahan media massa tentang isu pencemaran, masyarakat umum akan berhati-hati dalam menangani masalah pencemaran ini. Setakat ini ,media massa yang paling banyak membuat pendedahan tentang isu
21
MOHAMMAD SAFWAN BIN ISMAT HAFIZ SMK LOK YUK
pencemaran ialah majalah dan surat khabar. Televisyen juga ada membuat pendedahan ini contoh TV3 dan NTV7 tetapi adalah terlalu sedikit ditekankan keutamaanya.
Meninggikan Serombong Asap Dan Memasang Alat Penapis Asap
Pihak berkuasa mesti mewajibkan pihak kilang meninggikan serombong asap 30 meter ke udara. Disamping itu, serombong asap itu hendaklah dipasang alat penapis asap agar asap yang dilepaskan adalah asap bersih yang telah dirawat dan tidak mencemarkan udara.
Penggunaan Petrol Tanpa Plumbum
Penggunaan petrol tanpa plumbum dapat mengurangkan kandungan plumbum dalam pelepasan asap kenderaan. Langkah ini dapat mengurangkan masalah jerebu yang sering berlaku di waktu pagi dan juga dapat mengelakkan masalah kesihatan seperti batuk dan selesema daripada berlarutan
22
MOHAMMAD SAFWAN BIN ISMAT HAFIZ SMK LOK YUK
BAHAN GRAFIK
Kawalan Pencemaran Alam Sekitar
Tiada Komen Tidak Efisien Kurang Efisien Efisien Sangat Efisien
Graf 1 Kawalan Pencemaran Alam Sekitar
23
MOHAMMAD SAFWAN BIN ISMAT HAFIZ SMK LOK YUK
Peratus Kawasan Tercemar di Likas
Petunjuk
Tercemar
Sederhana
Bersih
24
55.2%
15.8%
29%
MOHAMMAD SAFWAN BIN ISMAT HAFIZ SMK LOK YUK
RUMUSAN
Kawasan kajian Likas sememangnya sebuah daerah yang berkembang pesat serta maju dalam pelbagai bidang. Terdapat banyak perumahan, bangunan kerajaan, pusat membeli belah,pusat pendidikan, hospital, kilang-kilang dan lain lain. Namun dalam kepesatan pertumbuhannya itu, rmai yang tidak menyedari bahawa ia juga membawa kesan sampingan terhadap alam sekitar. Kegiatan-kegiatan perusahaan atau perkilangan asap-asap menyebabkan pencemaran udara dan pembuangan toksik menyebabkan pencemaran air. Selain itu, kegiatan pembangunan, penerokaan hutan dan reklamasi telah menggangu sistem ekologi bumi dan mengakibatkan hakisan tanah. Terdapat punca-punca lain yang menyebabkan pencemaran alam, seperti kegiatan pengangkutan yang mencemarkan udara dan air dan sebagainya. Sebenarnya, punca utama kemusnahan alam sekitar ini adalah disebabkan rekaan manusia yang tidak mempunyai nilai peka terhadap isu-isu sosial dalam masyarakat
Sayang pada alam sekitar, patuh kepada undang-undang,bertanggungjawab, boleh membuat pertimbangan. Maka manusialah yang perlu rasional dan menitik beratkan untuk menangani keadaan ini. Tuntasnya, kita harus berkerjasama dan memainkan peranan ini untuk mengekalkan alam sekitar. Slogan ini sangat bermakna ”Pemuliharaan Alam Sekitar Adalah Tanggungjawab Bersama”. Kita tidak sepatutnya meletakkan masalah ini di atas bahu kerajaan dengan semata-matanya. Kerjasama yang erat antara orang ramai dengan kerajaan tentunya akan lebih bermakna dan hasilnya kelak akan memuaskan hati semua orang.
25
MOHAMMAD SAFWAN BIN ISMAT HAFIZ SMK LOK YUK
RUJUKAN
Buku TeksMohd Jamil B Mohamad dan rakan, 2004 Geografi Tingkatan 3Kuala Lumpur Johor Central Sdn Bhd
Buku Rujukan
Piara Singh, 2005 Siri Teks Referens SPM Geografi Tingkatan 4 dan 5Petaling Jaya Pearson Malay Sdn BhdFokus PMR Tingkatan 1, 2 dan 3
Internethttp://my.opera.com/karanganbm/blog/masalah-pencemaran-faktor-faktor-penyebab-dan-langkah-langkah-untuk-mengatasinya
Orang Sumber
Encik Fadzil Bin Patman Seorang Guru di SMK Lok Yuk. Akhir kata diharapkan maklumat ini sedikit sebanyak dapat membantu pelajar untuk menghasilkan sebuah kerja kursus yang bermutu.
- SMK LOK YUK-
26
MOHAMMAD SAFWAN BIN ISMAT HAFIZ SMK LOK YUK
LAMPIRAN 1
Borang Soal Selidik
Pencemaran Alam Sekitar Likas
27