Download - Seni Oriental apresiasi karya seni
-
7/30/2019 Seni Oriental apresiasi karya seni
1/2
a) Catan
Tajuk: The Fresh Water Series 2001- Harmoni
Karya: Tommy Chen Keng Huah
Media Campuran
Digarap berimejkan ikan koi berkonsepkan falsafah China Yindan Yang.
Keseimbangan dan keharmonian cuba ditonjolkan dalam komposisi bulatan yang
menjelaskan bahawa keharmonian lahir daripada kesimbangan Yin dan Yang.
1. Diskripsi
Keseimbangan dan keharmonian yang dikaitkan dengan Yindan Yang boleh
diaplikasikan kepada unsur keseimbangan dalam seni tampak. Yindan Yangdisusun
hias untuk keperluan tertentu dan mendapat kepuasan estetik. Dalam masa yang sama
elemen-elemen juga disusun untuk mencapai imbangan tampak. Setiap unsur yang
memenuhi ruang hias mempunyai sifat, rupa, bentuk, warna dan jalinan. Semua sifat ini
mempengaruhi corak ruang hiasan dan menarik perhatian dari berbagai aspek serta
menyentuh emosi untuk merasai tenang dan damai.
http://3.bp.blogspot.com/_yI48gYDBVGA/TDbYPRXJexI/AAAAAAAAAwY/Dvm6QGU7Hi4/s1600/clip_image002.jpg -
7/30/2019 Seni Oriental apresiasi karya seni
2/2
2. Analisis
Kesan emosi itu dikaitkan dengan pembacaan, pemerhatian dan pendengaran
yang dimainkan dalam karya-karya seni. Kenyataan ini membawa maksud, seni itu ada
persamaan dengan permainan emosi. Ia membawa persamaan antara lamunan
perasaan dengan perasaan yang dimainkan dari penghasilan seni. Oleh itu Yindan
Yangyang ada di dalam seni berfungsi untuk memberi kesan pada perasaan.
estetikanya dan tidak terkandung nilai-nilai murninya akan menganggu emosi walaupun
boleh difahami bahasa tampak itu.
3. Interpretasi
Dalam kehidupan sebenar ada keharmonian sepertimana adanya Yindan
Yang. Ia dapat disempurnakan melalui keseimbangan dan mengikut falsafah Taoisme
setiap kehidupan terbentuk suatu keseimbangan. Ada lelaki dan perempuan, ada hitam
dan putih, ada kiri dan kanan, inilah yang dapat dilihat bahawa keseimbangan dan
keharmonian terus hidup subur. Ia ibarat satu pusaka untuk diamanahkan kepada
kehidupan sejagat, untuk persekitaran dan juga dalam berkarya. Dalam berkarya,
keseimbangan menghasilkan keharmonian dan meningkatkan nilai-nilai kualiti. Tanpa
keseimbangan dan keharmonian hasilan kerja yang kreatif sekalipun tidak dapat untuk
ditonjol dan dipegang lama.
4. Penilaian
Karya ini baik kerana bentuk-bentuk emosi itu berbeza peringkatnya, ada yang
kuat, lemah dan ada pula tersisih.