Download - Sistem Sanitary SIAP
Sistem Sanitary
Sistem sanitary merupakan system yang merangkumi peralatan kebersihan dan system
paip kebersihan didalam sesebuah bangunan. Mengikut peraturan bangunan 1985
sanitasi merupakan satu air basuhan dan bahan-bahan kotoran dan bangunan untuk
tujuan penghapusan yang terdiri daripada kelengkapan seperti , paip saluran, ruang
pemeriksaan dan tangki penghapus.
Diantara kepentingan Sistem Sanitary adalah
1. Untuk mengumpul dan mengalirkan sisa domestik seperti pepejal dan air sisa
2. Untuk menghalang pencemaran bau dari sisa domestic
3. Untuk mengelakkan penyakit-berjangkit
1
Fungsi dan jenis-jenis kelengkapan sanitasi.
Tandas duduk
Terdapat dua jenis tandas yang biasa digunakan iaitu jamban duduk dan jamban
mencangkung.
Ruang diantara tandas akan diletakkan mestilah mempunyai pertukaran udara
yang tetap.
Sebuah tandas memerlukan pertukaran udara tetap dalam keluasan 1838 cm
persegi.
2
Kolam mandi
Kolam mandi boleh didapati dalam berbagai bentuk dan warna.
Bahan-bahan yang biasa digunakan ialah tembikar `vitreous china`, tembikar
`fireclay`, `terrazzo` dan kaca gentian.
Bekalan air ke kolam mandi selalu dipasang dengan kelengkapan pancuran air
hujan.
Terdapat juga kolam mandi berbentuk bulat dan segi tiga.
Besin basuh
Pemasangan disokong oleh pendakap (chromed plated) atau berkaki tembikar
(pedestal).
Saiz bergantung kepada ruang dimana ia diletakkan.
Bentuk 4 segi bujur bersaiz 460-700 mm panjang dan 280-500 mm lebar.
3
Sinki
Biasa dibuat daripada `stanless steal`, kepingan logam atau tembikar.
Bekalan air ke pili sinki berukuran 12 mm diameter untuk kediaman dan 18 mm
diameter untuk asrma.
Air yang dibekalkan ke sinki biasanya terus dari paip penaik.
Urinal
Adalah tempat membuang air bagi bilik air lelaki.
Terdapat 3 jenis urinal jenis `stall`, urinal jenis `slab` dan urinal jenis
mencangkung.
Bahan-bahan yang selalu digunakan untuk urinal adalah tembikar dan besi tidak
berkarat.
4
SANITARY SYSTEM APPLIENCE
Jenis-Jenis Perangkap Air
-Bottle Trap
Ini adalah perangkap air yang diperbuat dripada steel,ianya lebih tahan berbanding perangkap air yang diperbuat drpd plastik.
Ini adalah perangkap air berbentuk S
Ini adalah bentuk perangkap air berbentuk P.Ianya banyak digunakan di sinki-sinki dalam rumah.
5
Sistem pembuangan
Sistem pembentungan merupakan satu sistem yang mempunyai tempat pengolahan,
sistem pengepam, paip pembentung dan peralatan lain-lain yang digunakan untuk
membawa, mengepam dan mengolah air kumbahan sebelum dialirkan ke sungai dan
sebagainya.
Terdapat dua jenis sistem pembentungan iaitu :-
A. Sistem pembentungan air atas tanah
Sumber yang dialirkan adalah dari punca air hujan, basin, sinki dan
perangkap lantai.
Air yang dialirkan dari basin, sinki, dan perangkap lantai tidak berbau dan
terlalu kotor.
Air hujan dari bumbung akan disalirkan ke gater dan ke paip turun
seterusnya akan dialirkan ke longkang.
B. Sistem pembentungan air bawah tanah
Daripada saluran bahan buangan seperti tandas, tempat buang air kecil
bagi lelaki, dan sinki.
Bahan buangan yang dialirkan melalui sistem ini adalah dari bahan
buangan bersisa dan berbau.
Ia akan dialirkan melalui saluran paip bawah tanah ke tangki septik untuk
dicuci dan selepas itu ia akan disalurkan ke sungai dan lain-lain.
6
Jenis-jenis sistem saliran pembentungan
A. Sistem saliran berasingan
Pembentungan berasingan adalah saluran air buangan dialirkan secara
berasingan.
Air hujan dan air kawasan berturap akan dialirkan oleh saliran air
permukaan ke pembentung air permukaan dan seterusnya ke sungai dan
lain-lain..
Aliran air kotor dari alatan kebersihan dialirkan ke saliran air kotor
menerusi saliran bawah tanah dan ke saliran pembentung air kotor.
Saliran air hujan tidak memerlukan pemasangan perangkap kerana tiada
bau manakala saliran air kotor memerlukan pemasangan perangkap bagi
tujuan megelakkan bau.
Sistem ini mahal kerana kos untuk membeli paip yang banyak, tetapi
dapat mengurangkan beban paip yang ditanggung oleh pembentungan.
7
B. Sistem saliran gabungan
Sistem gabungan adalah sumber air kotor dari alatan kebersihan dan air
permukaan iaitu air hujan dialirkan oleh satu saliran air kotor ke
pembentung gabungan.
Dari segi pembinaan sistem ini mudah dipasang dan kos untuk pembelian
paip dapat dijimatkan.
Air hujan yang dialirkan dapat membantu membersihkan saluran
pembentungan.
Keburukan sistem ini ialah kos untuk pelupusan adalah tinggi, ini kerana
air permukaan yang dialirkan bersama menyebabkan beban di tangki
kumbahan meningkat.
Perlimpahan akan berlaku pada tangki kumbahan yang kecil pada waktu
hujan.
8
C. Sistem separa bergabung
Sistem separa bergabung bertujuan untuk menjimatkan kos
pembentungan atau pengaliran kumbahan.
Biasanya satu saliran air hujan yang berada dibelakang rumah akan
digabungkan atau dialirkan ke saliran air kotor.
Sistem ini lebih jimat berbanding dengan sistem yang lain.
Air hujan yang dialirkan dapat membantu membersihkan saluran.
9
Lurang (manhole)
Dikenali sebagai lubang periksa, lurang adalah binaan yang terdapat pada aras
tanah. Ia di bina untuk memudahkan kerja-kerja penyelengaraan sekiranya
berlakunya kerosakkan atau bahan tersumbat pasa sistem saliran.
Bahan binaan lurang biasanya batu-bata atau konkrit. Bentuk lurang juga
pelbagai, antaranya berbentuk segiempat sama, bentuk bulat, bentuk "T" atau
bentuk "L".
Kebiasaanya, bentuk segiempat sama yang biasa digunakan. Setiap lurang
dilengkapi dengan penutup yang diperbuat daripada keluli bersaiz 18"x24".
10
Tangki septik
Tangki septik juga dikenali sebagai sistem septik adalah sistem rawatan
pembentungan skala kecil, merupakan tangki rawatan bahan kumbahan yang
biasa digunakan di kawasan kediaman rumah perseorangan.
Secara amnya, terma bagi septik merujuk kepada persekitaran bakteria
anaerobik yang terbentuk didalam tangki yang mana menguraikan bahan
buangan yang masuk kedalam tangki tersebut.
Bahan binaan tangki septik biasanya batu bata, konkrit, bahan gentian
(fiberglass) atau plastik.
Bentuk bagi tangki septik biasanya segi empat (dibina dari konkrit) atau
berbentuk silinder ( bahan daripada plastik atau fiber).
Bahan buangan akan memasuki kebuk pertama tangki dan menyebabkan
bahan pejal larut ke mendak dan sekam terapung.
Bahan mendak pejal akan diuraikan secara anaerobik yang menyebabkan
isipadu bahan pejal berkurangan.
Bahan cecair pula akan mengalir melalui pembahagi dinding ke kebuk yang
kedua dan bahan pejal mendak.
Cecair berlebihan dari ruangan kedua akan keluar dari outlet ke parit melalui
effluent pipe.
Bahan buangan yang tidak diuraikan oleh sistem anaerobik akan
menyebabkan tangki septik penuh.
Apabila ini terjadi, bahan buangan akan dikeluarkan secara manual
menggunakan pam vakum.
11
Tangki septik
Syarat jarak komponen sistem tangki septik
12
Drainage System
System drainage merupakan saliran untuk air hujan dan lumpur biasanya terbuka dan di bina disepanjang sisi kiri dan kanan jalan raya dan dikeliling bangunan
Kepentingan System Drainage
1. Untuk mengelakkan banjir atau pencemaran
2. Elak bumbung menanggung beban berlebihan dari takungan air atas bumbung
3. Mengelakkan air bertakung sekeliling rumah dan memasuki bangunan. (Risiko
Kelembapan ) melindungi tanah dari kerosakan hakisan, ketidakstabilan
permukaan dan struktur tanah
Ciri-ciri longkang yang dibina mestilah:
1. Pembinaan mestilah tidak bocor
2. Air buangan dan najis tidak memberi kesan kepada longkang.( Permukaan
Dalam Licin)
3. Mampu menerima tekanan tanah serta building settlement
4. Boleh menahan haba dan cecair
5. Boleh menjana kelajuan cuci sendiri walaupun pada aliran perlahan
6. Pembinaan mestilah ada ruang kosong walaupun pada aliran maksimum selain
itu juga supaya mudah di cuci
7. Mestilah mempunyai struktur yang stabil, kukuh dan selamat
13
Diantara contoh system drainage adalah pembemtung diantara conto-contoh pembentug adalah seperti berikut
Pipe Culvert
Pembentung paip adalah yang biasa di gunakan dimana susunan strukturnya
sangat sesuai walaupun dibawah beban yang besar.
Ia diperbuat dari bahan logam seperti corrugated atau dari bahan konkrit
Pembentung Kekotak( Box Culvert)
Pembentung kotak boleh direka dengan baik untuk banjir besar dan boleh diletakkan pada sebarang keadaan.
Ia akan lebih flexible jika ukurannya boleh diubahsuaikan dengan keadaan turus hidraulik.
Rentang span samapi 3-4 meter(10-12 kaki)
14
Pembentung Gerbang( Archel Culvert)
Boleh di gunakan dalam keadaan di mana kurang sekatan atau halaju kepada keperluan jalan air masa depan.
Rentang boleh sampai 1.8metera dan ia diperbuat dari konkrit. Bonjol (hump) mungkin terjadi di permukaan jalan. Kos pembinaan adalah mahal Untuk aliran air yang kurang sekatan atau halaju tidak terbatas.
Pembentung Balak
Biasanya diperbuat daripada konkrit bertetulang dan susunan strukturnya menyerupai satu jambatan kecil
Sistem ini juga diperkukuhkan dengan asas konkrit bagi menanggung beban Sistem ini juga diperbuat daripada dinding bata
15
Monsoon Drain
Longkang besar yang dibina untuk elak banjir dan hakisan tanah Dibina daripada bata 225 mm tebal dan benching diturap dengan simen
perintang sulfat setebal 19 mm dan berkecerunan nisbah 1:6 Terdapat longkang konkrit tuang dahulu separa bulat 225 mm
16