Download - Sistem Tiga Zaman.docx
Pengenalan
Pembahagian zaman manusia pada mulanya telah diilhamkan oleh
penyair Yunani Hesiod yang mengkelaskan manusia telah melalui empat zaman
iaitu zaman Emas, Perak, Gangsa dan Besi. Penyair Yunani Hesoid turut
menyatakan hanya zaman Gangsa dan zaman Besi adalah berasaskan kepada
penggunaan logam. Beliau mengetahui daripada puisi tradisional seperti Iliad
serta artifak gangsa yang banyak terdapat dalam masyarakat Yunani bahawa
sebelum penggunaan besi untuk membuat alat dan senjata, gangsa telah
menjadi bahan pilihan. Walau bagaimanapun, besi adalah lebih murah
berbanding gangsa, maka dengan itu masyarakat beralih kepada penggunann
besi. Beliau menggambarkan satu turutan logam, tetapi ia adalah degradasi dan
bukannya suatu perkembangan . Malah, Hesiod dalam puisinya menggambarkan
bahawa perkembangan telah mengalami kemerosotan moral iaitu manusia
semakin menjadi kejam dan ganas.
Walau bagaimanapun, Lucretius iaitu seorang penyair dan ahli falsafah
Rom sekitar tahun 99SM hingga 55SM menggantikan kemerosotan moral dengan
kemajuan manusia. Beliau menyatakan bahawa perkembangan manusia berlaku
dalam konsep evolusi iaitu sifat dunia secara keseluruhan diubah mengikut
zaman dan semuanya harus melalui fasa-fasa yang berturutan. Lucretius
menganggap bahawa peleburan awal logam berlaku secara tidak sengaja dalam
kebakaran hutan. Menurutnya lagi, penggunaan batu-batu diikuti dengan
penggunaan tembaga mendahului penggunaan besi.
Kemudiannya di akhir abad ke -16, Michele Mercati iaitu Penguasa
Botanical Garden Vatican mempercayai bahawa Vigaris seraunia iaitu batu
berbentuk baji yang seolah-olah berbentuk seperti kapak dan kepala anak panah
adalah artifak dan mencadangkan bahawa evolusi sejarah ini diikuti oleh satu
skim.1 Mercati menimbulkan persoalan terhadap dirinya bahawa mengapa orang
lebih suka untuk mengeluarkan artifak batu daripada logam? Jawapan beliau
kepada persoalan ini ialah metalurgi adalah tidak diketahui pada masa itu.2
_________________
1 Goodrum, Matthew R. “Questioning Thunderstone and Arrowheads: The Problem of Recognizing
and Interpreting Stone Artifacts in The Seventeenth Century”. United State: Brill
1
Group. 2008. Hlm 494.
2 Ibid. Hlm 496
Beliau memberi contoh petikan daripada Alkitab (Bible) untuk membuktikan
bahawa dalam masa Alkitab tersebut batu adalah bahan pertama yang
digunakan. Beliau juga menghidupkan sistem tiga zaman Lucretius yang
menyifatkan sebagai tempoh yang masing-masing berdasarkan kepada
penggunaan batu dan kayu serta gangsa dan besi.
Pada 12 November 1734, Nicholas Mahudel iaitu seorang doktor dan juga
seorang antikuari Perancis yang berminat dalam penyelidikan Prasejarah telah
membaca kertas kerja pada persidangan awam Royal Akademi, di mana beliau
mentakrifkan tiga “kelaziman” iaitu batu, gangsa dan besi dalam urutan
kronologi. Beliau telah membentangkan kertas kerja beberapa kali pada tahun
itu tetapi telah ditolak sehingga pada semakan November akhirnya diterima dan
diterbitkan oleh Akademi pada tahun 1740. Mahudel menyatakan tidak hanya
satu kegunaan batu tetapi dua lagi, setiap satu untuk gangsa dan besi. Malah,
beliau juga mengatakan bahawa alat gangsa dan besi meniru penggunaan batu.
Akhirnya satu langkah yang penting dalam pembangunan konsep Sistem
Tiga Zaman dalam menjelaskan perkembangan zaman manusia khususnya
masyarakat Prasejarah telah diperkenalkan oleh seorang Kurator Muzium Negara
Denmark di Copenhagen yang bernama Christian Jurgensen Thomsen pada
sekitar tahun 1788 hingga 1865 yang mana mentakrifkan zaman manusia
prasejarah mengikut kronologi dari zaman Batu diikuti dengan zaman Gangsa
kepada zaman Besi.3 Sistem Tiga Zaman ini telah menjadi asas dan panduan
kepada ahli sejarah dan arkeologi seterusnya dalam mengenali masyarakat
prasejarah secara lebih menyeluruh.
__________________
2
3 Hougthn Mifflin Harcourt, The American Heritage Science Dictionary. America: American Heritage
Dictionaries.2005. Hlm 628.
Pengertian Sistem Tiga Zaman
Gambar 1.0 : Christian Jurgensen Thomsen (1788-1865)
Sumber: http://www.google.com.my/archaeology/researchprojects/Rowle.
Diakses
pada 24 Mei 2012.
Sistem Tiga Zaman ialah sistem yang mengkategorikan tempoh arkeologi
prasejarah yang merujuk kepada zaman Batu, Gangsa dan Besi serta satu sistem
inovatif yang berasaskan kepada andaian perkembangan dalam teknologi
manusia dari batu kepada gangsa dan seterusnya besi.4 Sistem ini telah
dibangunkan oleh ahli arkeologi Denmark Christian Jurgensen Thomsen pada
sekitar tahun 1788 hingga 1865. Pada tahun 1816, Thomsen dilantik sebagai
Kurator Antikuiti Muzium Negara Denmark di Copenhagen.5 Beliau telah
menganjurkan koleksi artifak muzium di Scandinavia mengikut bahan asal artifak
tersebut dibuat iaitu sama ada daripada batu, gangsa atau besi.6
___________________
3
4 Meaning of Three Ages System dalam http://www.definition-of.net/three+age+system. Diakses
pada 24 Mei 2012.
5 Mark Q.S and Robert M Yohe II. Archaeology: The Science of the Human Past. United State:
Omegatype Typography. 2003. Hlm 168.
6 The Three Age of Archaeology: Stone Age, Bronze Age and Iron Age dalam
http://archaeology.knoji.com. Diakses pada 24 Mei 2012
Beliau menunjukkan bahawa artifak boleh dikelaskan kepada beberapa jenis dan
jenis ini diubah dari masa ke semasa dalam cara yang berhubung kait dengan
penguasaan peralatan seperti senjata batu, gangsa dan besi. Thomsen berhujah
tidak sesiapa pun yang yang akan menggunakan peralatan batu jika gangsa
telah digunakan dan tiada sesiapa yang mahu untuk menggunakan alat-alat
gangsa jika telah mula menggunakan besi. Oleh itu, kemajuan mesti datang
daripada urutan kronologi.7 Thomsen berpendapat bahawa pembahagian zaman
ini menunjukkan signifikasi kronologi iaitu, batu telah digantikan dengan gangsa
yang kemudiannya diikuti dengan besi. Menurut beliau, zaman kebudayaan
manusia terbahagi kepada Zaman Batu iaitu bermula sekitar 2.5 juta SM hingga
sekitar 3500 SM, Zaman Gangsa bermula sekitar 3500 SM sehingga 1200 SM dan
akhir sekali iaitu Zaman Besi yang bermula sekitar 1200 SM sehingga 500 M.
Selepas itu, Jens Jacob Asmusen Worsae menggantikan Thomsen pada
tahun 1831 sehingga tahun 1835. Beliau merupakan ahli arkeologis professional
terkenal yang pertama yang telah membuat kajian terhadap Sistem Tiga Zaman
seterusnya mengesahkan ianya sebagai “The Law Of Association”.8 “The Law of
Association” merupakan andaian yang dibina daripada Sistem Tiga Zaman iaitu
objek yang diletakkan di dalam kubur yang juga merupakan sebahagian
daripada sistem pengkebumian yang umumnya menunjukkan budaya
kebendaan yang wujud ketika pengkebumian dilakukan. Justeru itu, kaedah
Sistem Tiga Zaman ini diterima sebagai pembahagian umum terhadap tahap
kebudayaan. Pada tahun 1834 hingga tahun 1913 Sir John Lubbock
membahagikan Zaman Batu kepada Period Paleolitik dan Period Neolitik. Pada
akhir abad ke 19, Period Mesolitik telah dikenal-pasti.9
_________________
4
7 Definition : Three Age System dalam http://www.wordiq.com/definition/Three-age_system. Diakses
pada 24 Mei 2012.
8 Three Age System dalam http://www.bibarch.com/concepts/ArchPeriods.html. Diakses pada 24 Mei
2012
9 Three Age System dalam http://www.bibarch.com/concepts/ArchPeriods.html. Diakses pada 24 Mei
2012
Zaman Batu (2.5 juta SM hingga sekitar 3500 SM)
Gambar 2.0 : Alatan batu pada Zaman Batu
Sumber: http://www.any.biz/2010/09/the-un-stone-age/. Diakses pada 24 Mei
2012
Zaman Batu ialah satu tempoh prasejarah yang luas iaitu semasa batu telah
digunakan sebagai bahan utama dalam kehidupan seharian manusia. Tempoh
zaman ini berlangsung selama kira-kira 2.5 juta tahun dan berakhir antara 4500
SM hingga 2000 SM. Zaman Batu merupakan zaman pertama dalam Sistem Tiga
Zaman. Artifak Zaman Batu termasuklah alat-alat yang digunakan oleh manusia
dan spesis terdahulu dalam Homo Genus dan Paranthropus. Alat-alat batu
diperbuat daripada berbagai-bagai jenis batu. Umpamanya, flint dan rijang yang
dibentuk (atau diserpihkan) untuk digunakan sebagai perkakas pemotongan dan
senjata, manakala basalt dan batu pasir digunakan untuk alat-alat batu berasah
5
seperti batu kisar.10 Kayu, tulang, cangkerang, tanduk rusa dan bahan-bahan lain
juga digunakan secara meluas pada zaman ini. Pada akhir zaman ini, endapan
seperti tanah liat telah digunakan unutk membuat tembikar.
Zaman Batu merangkumi penerapan teknologi pertama yang meluas
dalam evolusi manusia serta penyebaran kemanusiaan dari Savana Afrika Timur
ke bahagian-bahagian lain di dunia. Zaman ini berakhir dengan perkembangan
pertanian, pembela-jinakan sebilangan haiwan dan peleburan bijih tembaga
untuk menghasilkan logam. Zaman Batu diistilahkan
___________________
10 The Stone Age dalam http://history-world.org/stone_age.htm. Diakses pada 25 Mei
2012.
sebagai prasejarah kerana manusia masih belum memulakan penulisan. Istilah
“Zaman Batu” telah digunakan oleh ahli arkeologi unutk menandakan zaman
pra-metalurgi yang alat-alat batunnya (artifak-artifak) jauh lebih tahan
berbanding dengan alat-alat yang diperbuat daripada bahan-bahan lain (yang
lebih lembut). Pada tahun 1865 John Lubbock dalam buku klasiknya, “Zaman-
Zaman Prasejarah” menyatakan Zaman Batu terbahagi kepada tiga sub-zaman
iaitu zaman Paleolitik, Mesolitik dan Neolitik. Sebenarnya, turutan fasa-fasa amat
berbeza dari satu wilayah ke satu wilayah.11
Zaman Batu dapat dibahagikan kepada zaman Paleolitik (Zaman Batu
Tua), zaman Mesolitik (Zaman Batu Pertengahan) dan zaman Neolitik (Zaman
Batu Muda). Zaman Paleolitik berlangsung dari 2.5 juta hingga 100,000 tahun
lalu.12 Zaman Mesolitik (Zaman Batu Pertengahan) iaitu sekitar 11,660 tahun
dahulu dan berakhir dengan kegiatan pertanian terawal dan berbeza tarikh
permulaannya mengikut rantau geografi. Malah, zaman Neolitik (Zaman Batu
Muda) berlangsung sekitar 10000 hingga 5000 tahun lalu yang turut
berkembang secara berbeza-beza di antara kawasan di dunia.
Tempoh Zaman Paleolitik (Zaman Batu Tua) sekitar 2.5 juta hingga 100
000 tahun yang lalu, masyarakatnya menggunakan alat batu repihan untuk
menetak. Mereka hidup berpindah randah dari satu kawasan ke kawasan yang
lain dan biasanya tinggal di kawasan terbuka iaitu di luar dan dalam gua serta
sekitar tasik. Memburu binatang liar serta memungut hasil hutan dan
6
mengamalkan cara hidup sara diri dengan menggunakan alat batu sebagai alat
utama dalm kehidupan seharian. Mereka juga mengamalkan kepercayaan
animisme serta mengamalkan upacara perkuburan.13 Pada zaman ini juga,
manusia Peking dan manusia Jawa telah wujud. Di Afrika, Eropah dan Asia ,
manusia Neanderthal telah hidup pada awal tahun 50 000 SM. Manakala pada
tahun 20 000 SM, manusia Cro Magnon sudah menguasai kebudayaan moden di
Afrika dan Eropah.
__________________
11 Zaman Batu dalam http://www.scribd.com/doc/19730033/Zaman-Batu. Diakses pada
25 Mei 2012
12 Zaman Paleolitik dan ciri-cirinya dalam http://notasejarah.tripod.com/zmnpaleolitik.htm. Diakses
pada 25 Mei 2012
13 Zaman Prasejarah dalam https://docs.google.com/viewer. Diakses pada 25 Mei 2012
Kota Tampan, Lenggong, Perak merupakan tapak arkeologikal di mana
wujudnya bukti-bukti penempatan manusia semenjak Zaman Paleolitk telah
ditemui. Tapak-tapak arkeologikal penting termasuk Kota Tampan, Bukit Jawa di
Kampung Gelok dan Kampung Temelong. Penemuan Arkeologikal paling terkenal
di Lenggong adalah Orang Perak iaitu rangka peninggalan berusia 11,000 tahun
yang ditemui pada tahun 1990. Peralatan batu berusia 100,000 tahun telah
digali berdekatan dengan Kampung Geluk dan Kampung Temelong. Malah, di
kawasan sekitar Lenggong juga ditemui bebrerapa kawasan pembuatan
peralatan-peralatan batu bagi membuat andas dan tukul-tukul batu bagi
kegunaan manusia prasejarah.14
Selain itu, tapak peninggalan Prasejarah Zaman Paleolitik juga terdapat di
daerah Lahad Datu iaitu di kawasan tapak terbuka Mansuli dan Makau.15 Alat
batu terdiri daripada alat repeh dan alat penetak dengan bahan asas daripada
batuan rijang. Malah, terdapat alat penetak bersaiz besar serta ditemui juga
peralatan batu untuk membuat alat di tapak terbuka Mansuli. Artifak batu yang
ditemui seperti alat repeh dan alat pebel juga terdapat di tapak terbuka Makau.16
7
Alat-alat batu yang tertua dikenali sebagai batu pancung seperti yang
ditemui di Olduvai Gorge Tanzania. Alat batu ini berkemungkinan telah dibuat
lebih dari 1 juta tahun yang lalu oleh Australopithecus. Batu patah dipanggil
Eolits telah dianggap sebagai alat yang terawal tetapi ia juga mustahil untuk
membezakan batu-batu buatan manusia dengan pengubahsuaian yang
dihasilkan secara semula-jadi. Manusia spesis awal Zaman Paleolitik dikenali
sebagai Home Erectus termasuk yang terdapat di Choukoutienian China dan
Clatonian, Chellean dan Abbevillian Acheulian serta Lealloisian yang diwakili dari
pelbagai tempat Eropah, Afrika dan Asia dari tahun 100,000 hingga 500,000
tahun dahulu.17
____________________
14 Lenggong dalam h ttp://www.carigold.com/portal/forums/archive/index.php?t- 69867.html. Diakses
pada 25 Mei 2012
15 Jeffrey Abdullah et al. Bukti Kebudayaan Paleolitik di Lahad Datu, Sabah: Laporan Awal. Jurnal
Arkeologi Malaysia. Vol 21. 2008. Hlm 22
16 Ibid, Hlm 23
17 The Stone Age dalam http://history-world.org/stone_age.htm. Diakses pada 25 Mei 2012.
Tempoh zaman Mesolitik (Zaman Batu Pertengahan) berlangsung sekitar
11,660 tahun dahulu dan berakhir dengan kegiatan pertanian terawal. Antara
ciri-ciri zaman ini ialah alat-alat yang dihasilkan sudah lebih baik berbanding
pada Zaman Paleolitik kerana alat batu sudah mulai dihaluskan pada bahagian
tertentu mengikut keperluan. Masyarakat zaman ini juga menjadikan gua atau
batu karang sebagai tempat berlindung dan masih memburu serta mengumpul
hasil hutan. Walau bagaimanpun, menggunakan alatan batu dalam proses
mendapatkan sumber makanan. Masyarakat ini juga masih mempercayai
kepercayaan animisme.18
Zaman Mesolitik sebagai budaya Hoabinhian yang dicirikan oleh teknologi
pebel bundar tersepih, dan tanpa sebarang tembikar. Penyelidikan terdahulu
mentakrifkan Mesolitik Semenanjung Malaysia sebagai mempunyai hubungan
rapat dengan Hoabinhian di Vietnam berdasarkan jenis alat yang digunakan.
Segala serpihan tembikar di lapisan ini telah dianggap sebagai campuran
8
Neolitik.19 Daripada bukti-bukti himpunan cangkerang dan tulang-tulang
binatang seperti, rusa, kera dan beruang yang patah dan sering kali ditemui
hangus boleh dikatakan bahawa penduduk zaman ini terdiri daripada pemungut
makanan dan pemburu. Walau bagaimanapun, penyelidikan terkini oleh pusat
Arkeologi Malaysia, Universiti Sains Malaysia telah membuktikan Malaysia tidak
mengalami Zaman Mesolitik. Keadaan ini disebabkan alat batu seperti alat batu
Hoabinh telah wujud di Bukit Jawa, Lenggong, Perak kira-kira 200 000 hingga 300
000 tahun dahulu iaitu pada zaman Paleolitik.
Tempoh zaman Neolitik berlaku sekitar 10000 hingga 5000 tahun lalu
yang berkembang secara berbeza-beza di antara kawasan di seluruh dunia.
Masyarakat zaman ini telah mula mendirikan petempatan kekal dan hidup dalam
kelompok yang besar. Alatan batu yang digunakan pada zaman ini sudah diasah
atau dipolis sehingga menjadi lebih halus dan indah. Masyarakat Neolitik telah
mencipta kapak yang diperbuat daripada batu yang
__________________
18 Zaman Batu Tengah (Mesolitikum) dalam http://herydotus.wordpress.com/2012/02/01/. Diakses
pada 25 Mei 2012
19 Heine Geldern. R. “Urheimat und Fruheste wanderungen der austronesier” dalam Anthropos27.
1932. Hlm 15
digilap dan ditajamkan dan menggunakan bajak dan cangkul yang diperbuat
daripada baru granit. Di samping itu, tembikar tenun dan batik juga sudah
dikenal-pasti. Zaman ini dikenali sebagai zaman bercucuk tanam kerana
masyarakatnya sudah mulai bercucuk tanam untuk keperluan hidup. Malah,
bajak dan roda turut dihasilkan. Pendukung kepada budaya ini adalah Homo
Sapiens dengan ras Mongoloide (mayoritas) dan ras Austromelanosoide
(minoritas).20
Bukti-bukti kewujudan tempoh Neolitik di Asia Tenggara dan Malaysia
adalah di Bukit Tengkorak, Semporna, Sabah. Kajian arkeologi yang sistematik
9
dan saintifik telah dijalankan di Bukit Tengkorak. Hasil kajian arkeologi yang
diperolehi menunjukkan Bukit Tengkorak merupakan sebuah tapak pembuatan
tembikar prasejarah yang terbesar di Asia Tenggara. Antara bukti arkeologi yang
telah ditemui terdiri daripada ribuan serpihan tembikar prasejarah dan tanah liat
yang digunakan untuk pembuatan tembikar. Ekskavasi arkeologi di Bukit
Tengkorak turut menunjukkan ia kaya dengan pelbagai artifak arkeologi seperti
alat batu mikrolit (kecil), batu pemukul kulit kayu, beliung, sisa-sisa tulang
haiwan serta cangkerang dan tulang ikan laut.21 Ini membuktikan wujudnya
aktiviti subsisten seperti pemburuan haiwan dan penangkapan ikan serta
pengumpulan cangkerang. Malah, ekskavasi di Bukit Tengkorak juga
membuktikan mengenai penghijrahan manusia dan perdagangan atau
pertukaran prasejarah maritim di Kepulauan Asia Tenggara dan Pasifik.
Cishan terletak di kaki gunung Tahang. Ekskavasi ke atas tapak ini telah
dilakukan pada tahun 1976 dan 1997.22 Dalam ekskavasi ini didapati bahawa
kawasan ini sebenarnya didiami oleh masyarakat Neolitik. Artifak yang ditemui di
kawasan ini telah menunjukkan peningkatan dari segi ciri-ciri pembuatannya
sebagai contoh tembikar yang telah ditemui menunjukan kebanyakan dihiasi
dengan pelbagai corak dan juga reka bentuk yang menarik. Di antara reka
bentuk tembikar yang telah ditemui ialah seprti tembikar berkaki tiga, dan
terdapat tembikar yang mempunyai alat pemegang. Selain itu juga telah ditemui
alatan
__________________
20 Kehidupan Manusia Purba:Zaman Batu dan Zaman Logam dalam http://sejarah.info/2011/11/.
Diakses pada 25 Mei 2012
21 Keunikan Bukit Tengkorak dalam http://www.newsabahtimes.com.my/nstweb/print/44407. Diakses
pada 25 Mei 2012
22 Gina L Barnes,1999, The Archaeology Of China, Korea, And Japan, London: Thomos And Hudson
Ltd. Hlm 27
harian yang diperbuat daripada tulang yang memperlihat pelbagai jenis dan
kegunaan yang lebih spesifik. Masyarakat yang mendiami kawasan ini juga turut
menggunakan alatan batu sebagai alatan kegunaan harian utama seperti
penggunaan kapak, dan juga alat pemotong daging. Melalui ekskavasi ini juga
10
dapat disimpulkan bahawa masyarakat yang mendiami kawasan ini bukan
sahaja tertumpu kepada bidang pertanian tetapi turut melakukan aktiviti
pencarian hasil hutan seperti pemburuan haiwan dan melakukan aktiviti
menangkap ikan.
Alat-Alat Batu Pada Zaman Batu
Zaman Paleolitik (Zaman Batu Awal)
Gambar 3.0 : Kapak Genggam
Sumber : http://blog.baliwww.com/?pp_album=main&pp_cat. Diakses pada
25
Mei 2012.
Dinamakan sebagai kapak genggam kerana alat tersebut serupa dengan kapak
tetapi tidak bertangkai dan cara menggunakannya dengan cara mengenggam.
Kapak genggam juga terkenal dengan sebutan dengan chopper yang ditakrifkan
sebagai alat penetak.23 Zaman ini merupakan masa di mana hasil buatan alat-
alat dari batunya masih kasar dan belum diasah.
___________________
23 Zaman Batu dalam http://www.scribd.com/febzz/d/13139889-Zaman-Prasejarah. Diakses pada
25 Mei 2012
11
Zaman Mesolitik (Zaman Batu Pertengahan)
Gambar 4.0 : Kapak Genggam (Peble) atau dikenali sebagai Kapak Sumatera.
Sumber : http://peta-kota.blogspot.com/2011/07/zaman-batu.html. Diakses pada
25 Mei 2012.
Kapak Genggam Peble ini ditemukan di bukit-bukit kerang di pinggir pantai yang
dikenali sebagai “Kjoken Modinger”. Malah terdapat juga alat-alat kebudayaan
Mesolitikum yang ditemukan di gua-gua yang disebut “Abris Sous Roche”.
Adapun alat-alat tersebut adalah Flaces (alat serpih) iaitu alat-alat kecil yang
diperbuat daripada batu dan berguna untuk mengupas makanan.24 Manusia
pendukung kebudayaan zaman Mesolitik ialah bangsa Papua-Melanosoid. Zaman
ini merupakan zaman peralihan di mana cara pembuatan alat-alat kehidupannya
lebih baik dan lebih halus dari Zaman Batu Tua.
___________________
24 Zaman Batu dalam http://www.scribd.com/febzz/d/13139889-Zaman-Prasejarah. Diakses pada
25 Mei 2012
12
Zaman Neolitik (Zaman Batu Muda)
Gambar 5.0 : Kapak Persegi
Sumber : http://blog.baliwww.com/?pp_album=main&pp_cat. Diakses pada 25
Mei
2012
Kapak Persegi ini ditemui di Sumatera, Jawa, Bali, Maluku, Sulawesi dan
Kalimantan. Kapak Persegi dikenali dengan pelbagai nama iaitu Beliung, Pacul
dan Torah yang berfungsi dalam mengerjakan kayu sebagaimana lazimnya
pahat pada zaman Neolitik. Bahan untuk membuat kapak tersebut ialah daripada
batu biasa dan juga batu api atau Chalcedon. Selain daripada Kapak Persegi,
Kapak Bahu, Kapak Lonjong turut ditemui.25 Jenis-jenis kapak ini menunjukkan
kebudayaan zaman Neolitik kerana hasil buatannya jauh lebih baik dari
sebelumnya serta sudah mula diperhaluskan mengikut keperluan dan fungsi
sesuatu alatan tersebut.
__________________
13
25 Zaman Batu dalam http://www.scribd.com/febzz/d/13139889-Zaman-Prasejarah. Diakses pada
25 Mei 2012
Zaman Gangsa ( 3500 SM hingga 1200 SM )
Gambar 6.0 : Alatan Gangsa pada Zaman Gangsa
Sumber : http://www.butrint.org/explore_2_1.php. Diakses pada 25 Mei 2012.
Zaman Gangsa atau Zaman Perunggu ialah zaman prasejarah semasa manusia
membuat alat-alat daripada sejenis logam yang dipanggil Gangsa. Gangsa ialah
pancalogam bersama dengan sedikit timah.26 Di sesetengah kawasan, wujud
Zaman Tembaga ataupun zaman yang telah mendahului Zaman Gangsa.27
Bukti-bukti terawal tentang kerja gangsa wujud sejak pertengahan
millenium ke 4 SM dalam budaya Maykop di Kaukasus. Kemudiannya, teknologi
ini tersebar dengan pesat ke Timur Dekat dan selepas itu ke peradaban Lembah
Indus. Zaman Gangsa tidak terjadi pada masa yang sama di seluruh dunia
kerana kelompok manusia yang berbeza memulakan penggunaan gangsa pada
masa-masa yang berbeza. Di Eropah barat, Zaman Gangsa berlangsung sejak
2000 SM hingga 800 SM di Timur Tengah Zaman Gangsa bermula seribu tahun
lebih dahulu. Ahli-ahli arkeologi mempercayai bahawa manusia menjadi lebih
teratur pada Zaman Gangsa kerana membuat alat-alat logam adalah sesuatu
kerja yang susah dan
______________________
14
26 Bronze Age dalam http://www.sciencedaily.com/articles/b/bronze_age.htm. Diakses pada 25
Mei 2012
27 Baszley Bee B. Basrah Bee. Pengantar Arkeologi. Kota Kinabalu : Universiti Malaysia Sabah. 2009
Hlm 44
memerlukan kemahiran khas. Oleh itu, orang-orang yang mempunyai kemahiran
baru ini dianggap sebagai orang yang penting. Kemudian, apabila alat-alat besi
menjadi popular Zaman Gangsa berakhir dan Zaman Besi bermula.
Penduduk pada zaman ini mula menggunakan peralatan yang dibuat
daripada gangsa disebabkan alat-alat gangsa ini adalah lebih tahan lasak
daripada alat-alat yang diperbuat daripada batu. Bukti penggunaan alat gangsa
adalah seperti gendang dan loceng gangsa yang ditemui di Batu Buruk,
Terengganu dan Sungai Lang di Selangor. Gendang gangsa ini dipercayai berasal
dari Dongson, Vietnam. Ini kerana Dongson di Vietnam dan Ban Chiang di
Thailand adalah pengeluar alat gangsa utama pada zaman ini.28
Masyarakat pada zaman ini terus bercucuk tanam, menternak binatang,
menangkap ikan, memburu dan berdagang. Selain itu, mereka juga melombong
bijih timah. Mereka melombong bijih timah dengan menggunakan tulang mawas.
Dengan adanya alat yang diperbuat daripada gangsa, manusia pada zaman ini
dapat menggali, menebang dan menebas sesuatu benda dengan mudah
berbanding pada zaman sebelumnya.
Di kepulauan, Van Heekeern 1958 mengatakan bahawa barang-barang
logam gangsa yang ditempah seperti soket gangsa, kapak gangsa dan alat-alat
pertanian gangsa merupakan alat-alat gangsa yang biasa digunakan selatan
Sumatera serta seluruh Jawa hingga ke Bali dan Nusa Tenggara. Walaupun
demikian terdapat perbezaan kapak-kapak dihasilkan di satu-satu tempat.
Contohnya, kapak gangsa yang disambung hulunya hanya dijumpai di Roti,
manakala mata kapak yang berbentuk jantung hanya ditemui di Bali.29
Zaman Gangsa juga boleh dibahagikan kepada beberapa tahap. Misalnya,
Zaman Gangsa Timur Dekat dibahagikan kepada tiga subzaman yang utama
iaitu, Zaman Gangsa Awal iaitu bermula sekitar 3500 sehingga 2000 SM, Zaman
Pertengahan pula telah bermula sekitar 2000 sehingga 1600 SM dan Zaman
15
Gangsa Akhir iaitu telah bermula sekitar 1600 SM sehingga 1200 SM. Pada
mulanya metalurgi berkembang di Anatolia Turki moden.
_________________
28 Ahmad Jelani Halimi. Sejarah dan Tamadun Bangsa Melayu. Kuala Lumpur: Utusan Publications &
Distributors Sdn Bhd. 2008. Hlm 11.
29 Ibid, Hlm 13
Gunung-ganang di Anatolia kaya dengan mendapan tembaga dan timah.
Tembaga juga dilombong di Cyprus, Mesir, Gurun Negev, Iran serta di Teluk
Parsi. Tembaga biasanya dicampur dengan arsenik, tetapi permintaan timah
yang semakin bertambah menyebabkan pengasasan laluan perdagangan jauh
dari Anatolia. Tembaga yang amat berharga diimport melalui laluan laut kepada
Maharaja Mesir Kuno dan Mesopotamia.
Zaman Besi ( 1200 SM - 500 M )
Gambar 7.0 : Alatan besi pada Zaman Besi
Sumber : http://www.krugerpark.co.za/iron-age-kruger-national-park.html. Diakses
pada 25 Mei 2012
16
Dalam bidang arkeologi, Zaman Besi ialah tingkat perkembangan mana-mana
masyarakat yang menggunakan alat-alat besi seperti perkakas dan senjata
secara ketara. Zaman Besi merupakan zaman utama yang terakhir selepas
Zaman Gangsa dalam Sistem Tiga Zaman yang mengelaskan masyarakat-
masyarakat prasejarah. Tarikh dan konteksnya berbeza-berbeza bergantung
kepada negara atau kawasan geografinya. Secara klasik, Zaman Besi dianggap
bermula pada abad ke 12 SM di Timur Dekat Kuno, India Kuno bersama tamadun
Yunani Rigveda dan Yunani bersama-sama dengan Zaman Gelap Yunani. Di
kawasan Eropah yang lain, Zaman Besi bermula terlebih dahulu. Zaman Besi
bermula pada abd ke 8 SM di Eropah Tengah dan dalam tamadun Nok di Afrika
Barat menjelang tahun 1200 SM.30 _________________
30 Duncan E. Miller dan N.J. Van Der Merwe. 'Early Metal Working in Sub Saharan
Africa' Journal of
African History. Vol 35. 1994. Hlm 18
Zaman Besi biasanya ditakrifkan tamat di Mediterranean dengan bermulanya
tradisi sejarah pada Zaman Keyunanian dan Empayar Rom, agama Buddha dan
Jainisme di India, Konfusianisme di China dan Zaman Pertengahan Awal di
Eropah Utara.
Zaman Besi berhubungan dengan suatu tahap di mana produksi besi
adalah salah satu bentuk paling rumit dalam kerja logam. Kekerasan besi, titik
lebur yang tinggi dan sumber bijih besi yang melimpah, membuatkan besi
menjadi pilihan. Malah, besi adalah lebih murah daripada gangsa. Ini
mempengaruhi pemilihan besi sebagai logam yang paling umum digunakan.31
Oleh sebab it, penggunaan besi diperkenalkan secara langsung kepada Amerika
dan Australasia melalui penjajahan Eropah, tidak adanya sebarang Zaman Besi
di kedua-dua lokasi tersebut. Lebih tiga ribu tahun yang lalu, masyarakat Hitties
di Timur Tengah mula menggunakan relau untuk mengasingkan besi daripada
bijihnya dan dituangkan bagi menjadikan alat-alat yang diperlukan. Besi lebih
bersifat mempunyai ketajaman dan lebih tahan lebih lama daripada tembaga.32
Di Malaysia, temuan arkeologi tapak-tapak manusia Zaman Besi dikenal
pasti dengan jumpaan artifak besi bersoket di lembangan Sungai Tembeling,
Bukit Jong, Kampung Nyiong, Teluk Lubuk Puai dan Tersang Pahang, Changkat
Menteri, Sungkai dan Sungai Plus di Perak.33 Tapak-tapak peninggalan artifak
17
Zaman Besi ini kebanyakannya terletak berhampiran dengan sungai atau pesisir
pantai. Ini membuktikan keadaan muka bumi mempengaruhi artifak dan
teknologi masyarakat selain perkembangan sosial dan budaya. Temuan data
arkeologi yang meliputi alatan besi dan tulang mawas di Klang, Selangor dapat
__________________
31 Zaman Besi dalam http://www.scribd.com/doc/60699560/PRESENTASI-SEJARAH. Diakses pada
Mei 2012
32 Jean Pierre Reymond. Logam dan Rahsianya. Johor Bahru: Pelangi Publishing Group Sdn Bhd.
1995. Hlm 8
33 Zuliskandar Ramli dan Nik Hassan Suhaimi Nik Abdul Rahman. Petempatan Masyarakat Zaman
Logam di Selangor Berdasarkan Data Arkeologi. Sari : International Journal At The Malay
World and Civilisation . Vol 28 (1). 2010. Hlm 45
dibahagikan kepada lima kategori utama berdasarkan kepada bentuk fizikalnya,
iaitu bentuk kapak bersoket (socketed axes), kapak panjang bersoket (long
shafted axes), sabit bersoket (socketed sockles), pisau bersoket (socketed
knives) dan mata lembing bersoket (socketed spearhead).34 Pembahagian ini
telah dilakukan oleh Sieveking berdasarkan jumpaan alatan besi yang dikumpul
di Malaya pada ketika itu.35
Di Eropah, awal Zaman Besi dapat dilihat dalam kebudayaan Hallstatt iaitu
berlangsung sekitar 800 SM hingga 450 SM.36 Kebudayaan Hallstatt ini terletak di
antara kawasan tengah Perancis Barat Hungary dan dari Alps ke pusat Bandar
Poland. Ahli arkeologi Eropah mentakrifkan budaya Hallstatt sebagai kumpulan
awal Zaman Besi Eropah Tengah. Kebudayaan Hallstatt ini adalah bebas
daripada satu sama lain tetapi mereka mempunyai saling kaitan antara
rangkaian yang luas seperti aktiviti perdagangan yang dibuktikan dengan
wujudnya budaya kebendaan seperti alatan, gaya perumahan, teknik pertanian
adalah serupa di seluruh rantau ini. Menjelang tahun 600 SM, penggunaan alat-
alat besi ini merebak ke bahagian utara Britain dan Scandinavia. Temuan ahli
arkeologi di tapak Hallstatt menemui satu sifat tersendiri kebudayaan Hallstatt
18
iaitu pengkebumian menggunakan kenderaan beroda. Kenderaan ini digunakan
untuk menggerakkan badan mayat ke liang kubur. Kenderaan ini dikenali
sebagai kereta sorong yang mempunyai roda besi yang kompleks dengan
pelbagai jejari dan kancing besi. Antara 450 dan 400 SM, kuasa awal Zaman besi
Eropah dalam kebudayaan Hallstatt telah runtuh dan satu kebudayaan baru di
sekitar pinggir laut Hallstatt telah muncul pada akhir zaman besi yang dikenali
sebagai La Tene yang mempunyai rangkaian perdagangan yang terkaya di
Eropah Tengah pada ketika itu.37 La Tene adalah tapak arkeologi yang terletak di
Switzerland. Corak kebudayaan La Tene adalah berbeza dengan kebudayan
Hallstatt. Misalnya Hallstatt, menggunakan kenderaan beroda dalam upacara
pengkebumian tetapi budaya La Tene
___________________
34 Ibid. Hlm 51
35 Ibid.
36 Halstatt Culture dalam http://archaeology.about.com/od/ironage/qt/Hallstatt-Culture.htm.
Diakses pada 27 Mei 2012
37 La Tene dalam http://archaeology.about.com/od/ironage/qt/Hallstatt-Culture.htm.
Diakses pada 27 Mei 2012
menggunakan sebuah kereta kuda beroda dua. Malah, senjata dan pedang juga
diperbuat daripada besi yang digunakan dalam peperangan. Oleh itu, kedua-dua
zaman besi awal dan akhir di bahagian Eropah terbukti melalui penemuan ahli
arkeologi terhadap kebudayaan Hallstatt dan La Tene.
Kepentingan Sistem Tiga Zaman
Pada abad ke 19, artifak-artifak prasejarah telah dikumpulkan di muzium
bersama dengan koleksi lain namun tiada sesiapa yang tahu berapa lama dan
bagaimana hendak meletakkan dan menyusun artifak-artifak ini.38 Namun
begitu, Christian Jurgensen Thomsen telah tampil dalam menyelesaikan masalah
ini dengan mengemukakan Sistem Tiga Zaman ini. Dengan itu, beliau dapat
menyelesaikan permasalahan ahli-ahli antikuari yang selama itu masih belum
19
mempunyai cara untuk menyusun dan membuat pentarikhan kepada artifak-
artifak prasejarah yang ditemui.
Sistem Tiga Zaman turut membolehkan ahli arkeologi dapat membezakan
aspek kehidupan, budaya serta kemajuan peralatan masyarakat dalam ketiga-
tiga zaman tersebut. Ahli arkeologi mampu untuk membahagikan jenis-jenis
artifak yang ditemui dan mengenal pasti usia artifak-artifak prasejarah
berdasarkan kepada Sistem Tiga Zaman iaitu Zaman Batu diikuti dengan Zaman
Gangsa dan digantikan dengan Zaman Besi. Malah, kita dapat membahagikan
tahap perkembangan manusia meliputi ruang waktu yang bersifat kronologi
berdasarkan bahan peralatan utama mereka. Menurut Thomsen Sistem Tiga
Zaman yang diperkenalkan oleh beliau mempunyai tempoh masa yang tertentu
bagi setiap Zaman dan ianya berlaku secara kronologi.39 Beliau
mengklasifikasikan Zaman Batu berlangsung sekitar 2.5 juta SM hingga 3500
SM, Zaman Gangsa bermula sekitar 3500 SM sehingga 1200 SM dan akhir sekali
Zaman Besi yang bermula sekitar 1200 SM sehingga 500 M .
Pengkajian terhadap zaman prasejarah menjadi lebih mudah, teratur dan
sistematik hasil daripada kewujudan Sistem Tiga Zaman. Ini kerana ahli
arkeologi dapat menyusun
__________________
38 Michael Chazan. World Prehistory and Archaeology. Upper Saddle River. H.J : Pretice Hall. 2011.
Hlm 35
39 Three Ages Systm dalam http://www.bbc.co.uk/history/trail/archaeology. Diakese pada
27 Mei
2012.
artifak prasejarah mengikut jenis artifak yang ditemui. Misalnya, artifak batu
disusun dalam kajian manusia zaman batu dan begitu juga kepada penemuan
artifak jenis gangsa dan logam yang mana wujud pada zaman gangsa dan
zaman logam. Hal ini, sekaligus dapat menentukan usia artifak mengikut Sistem
Tiga Zaman iaitu artifak jenis batu adalah sekitar 2.5 juta SM hingga 3500 SM
dan seterusnya bagi jenis artifak gangsa dan besi.Tanpa pengkelasan, ahli
arkeologi menghadapi masalah yang sukar unutk menentukan kelas artifak yang
ditemui. Sistem Tiga Zaman telah memberi gambaran kepada ahli arkeologi
20
terhadap kajian yang akan dilakukan. Ini membolehkan ahli arkeologi merungkai
fenomena kehidupan manusia prasejarah dengan lebih mendalam.
Jens Jacob Asmussen Worsae seorang ahli arkeologi professional Denmark
telah membuat kajian terhadap Sistem Tiga Zaman seterusnya mengesahkan
ianya sebagai “The Law of Association”.40 “The Law of Association” merupakan
andaian yang dibina daripada Sistem Tiga Zaman iaitu objek yang diletakkan di
dalam kubur merupakan sebahagian daripada pengebumian yang umumnya
menunjukkan budaya kebendaan yang telah wujud ketika pengkebumian
dilakukan. Oleh itu, Sistem Tiga Zaman ini dapat dijadikan panduan asas kepada
ahli-ahli arkeologi dalam melaksanakan penyelidikan terhadap tahap
kebudayaan manusia. Malah, sekitar tahun 1834 hingga 1913 Sistem Tiga
Zaman telah menjadi asas kepada Sir John Lubbock dalam pembahagian zaman
batu kepada dua bahagian iaitu Paleolitik (zaman batu awal) serta Neolitik
(zaman batu akhir) dan pada akhir abad ke 19, Mesolitik atau zaman batu
pertengahan diiktirafkan.41 Ini menjadikan kajian terhadap zaman prasejarah
semakin sistematik dan saintifik. Kewujudan sistem ini juga telah membuktikan
dan menggambarkan pembangunan teknologi orang-orang Eropah pada masa
tersebut kerana dapat melakukan kajian yang bersifat saintifik.
Sistem Tiga Zaman menjadi asas kepada para pengkaji dan manusia
tentang pengetahuan manusia prasejarah. Sebelum wujudnya Sistem Tiga
Zaman, manusia menghadapi kekeliruan mengenai usia sebenar bumi dan usia
kewujudan manusia. Pada ___________________
40 Three Age System dalam http://www.bibarch.com/concepts/ArchPeriods.html. Diakses pada 27
Mei 2012.
41 Norah Moloney. The Young Oxford Book Of : Archaeology. New York : Oxford University Press.
1995. Hlm 28
tahun 1640, Bishop James Ussher dari England menyatakan tarikh penciptaan
adalah 23 Oktober 4004 SM merujuk kepada Bible.42 Ini bermakna manusia telah
menduduki bumi pada sekitar 6,000 tahun yang lalu. Selama berabad, banyak
artifak seperti batu tidak dapat dikenal-pasti dan banyak yang disingkir atau
21
dibuang kerana menggambarkan bahawa alatan batu yang ditemui tersebut
adalah terbentuk akibat fenomena semula jadi bukannya buatan manusia.43
Jumpaan alatan batu bersama tulang haiwan yang telah pupus membawa
kepada spekulasi bahawa manusia berkemungkinan telah wujud lebih lama
daripada 6,000 tahun dahulu. Anggapan ini tidak diterima, kerana juga
menganggap penemuan rangka tulang dan alatan batu tersebut adalah secara
kebetulan.44 Ini menyebabkan manusia tidak sedar mengenai kewujudan
masyarakat zaman prasejarah. Namun setelah Thomsen memperkenalkan
Sistem Tiga Zaman, kajian terhadap usia kewujudan manusia dengan lebih
mendalam telah dilaksanakan oleh para ahli arkeologi dan saintis dalam
merungkaikan persoalan mengenai usia sebenar bumi. Akhirnya, kewujudan
manusia jelas telah dibuktikan bahawa manusia telah wujud sebelum 6,000
tahun yang lalu berdasarkan kepada tinggalan artifak daripada manusia Zaman
Batu iaitu zaman pertama dalam Sistem Tiga Zaman. Ini sekaligus menyedarkan
para pengkaji dan masyarakat tentang kewujudan manusia prasejarah suatu
ketika dahulu.
___________________42 Mark Q.S and Robert M Yohe II.2003. Archaeology: The Science of the Human Past. United State:
Omegatype Typography. Hlm 36.
43 Ibid.
44 Ibid.
Kesimpulan
22
Secara kesimpulannya, Sistem Tiga Zaman yang diperkenalkan oleh Christian
Jurgensen Thomsen merupakan sistem yang mengkategorikan tempoh arkeologi
prasejarah yang merujuk kepada Zaman Batu, Gangsa dan Besi serta satu
sistem inovatif yang berasaskan kepada andaian perkembangan dalam teknologi
manusia dari batu kepada gangsa dan seterusnya besi. Zaman Batu bermula
sekitar 2.5 juta SM hingga sekitar 3500 SM, Zaman Gangsa bermula sekitar 3500
SM sehingga 1200 SM dan akhir sekali iaitu Zaman Besi yang bermula sekitar
1200 SM sehingga 500 M. Walau bagaimanapun, zaman ini tidak berlaku pada
yang sama di seluruh dunia kerana tahap perkembangan kelompok manusia
yang berbeza-beza. Tempoh masyarakat prasejarah ini dapat dibuktikan melalui
tinggalan artifak-artifak manusia zaman prasejarah.
Thomsen telah memperkenalkan suatu sistem yang telah memberi
kepentingan kepada ahli arkeologi mahupun manusia bagi mengetahui
perkembangan kebudayaan manusia prasejarah. Sistem Tiga Zaman ini
merupakan langkah awal dalam menyelesaikan permasalahan penyusunan dan
pentarikhan kepada artifak tinggalan manusia zaman prasejarah. Malah, melalui
Sistem Tiga Zaman, manusia akan dapat memahami dengan mudah
perkembangan corak kehidupan masyarakat lalu. Ahli arkeologi turut dapat
melakukan penyelidikan dengan lebih teratur dan sistematik. Ini kerana
perbezaan antara ketiga-tiga zaman dalam sistem tiga zaman ini dapat
dibezakan dari aspek kehidupan masyarakat mereka dan juga kemajuan
peralatan yang digunakan oleh masyarakat yang berbeza ini.
Sistem Tiga Zaman sebenarnya telah memberi kelebihan kepada kita
untuk sedar tentang kewujudan masyarakat zaman prasejarah. Kita dapat
mengetahui dan merumuskan manusia telah melalui tiga peringkat zaman.
Tanpa Sistem Tiga Zaman, berkemungkinan manusia masih dalam kekeliruan
terhadap perkembangan manusia sebenar. Walau bagaimanapun, kajian
menyeluruh terhadap manusia zaman prasejarah sehingga kini masih
menimbulkan beberapa persoalan yang belum terjawab. Dengan peningkatan
teknologi pada masa kini dan akan datang diharapkan semua persoalan
mengenai manusia zaman prasejarah dapat diselesaikan.
23
24