PROGRAMSMARTENGLISHPIALA YAYASAN DIRAJA SULTAN MIZAN
KERTAS KONSEP PROGRAM PENGUKUHAN BAHASA INGGERIS SEKOLAH RENDAH
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI TERENGGANU 2015
SMARTENGLISHYDSM2015 Page2
KERTAS KONSEP PROGRAM PENGUKUHAN BAHASA INGGERIS SEKOLAH RENDAH
YAYASAN DIRAJA SULTAN MIZAN
1.0 Tajuk
SMART ENGLISH 2015
TEMA BAGI BAHAGIAN TERANCANG (PREPARED) :
1.1 Folklore / Traditions / Legends
1.2 Social Issues (Dealing with people / places / events)
1.3 Tourism
1.4 Health
1.5 Education
1.6 Invention
2.0 Pengenalan
Smart English ialah satu program yang melibatkan pelbagai kemahiran asas berbahasa
seperti mendengar, bertutur, membaca, menulis dan menyanyi secara terancang dan
menyeronokkan yang akan diadakan di peringkat SEKOLAH, DAERAH dan NEGERI.
Berbekalkan 5 tahun pengalaman mengendalikan program ini, di mana kita
menyaksikan 2 bentuk perubahan demi memenuhi kehendak perubahan arus peningkatan
Bahasa Inggeris, demi meningkatkan martabat program ini agar ianya selaras dengan
statusnya yang bernaung dibawah panji Yayasan Diraja Sultan Mizan, maka sedikit
penambahbaikan dilakukan demi memenuhi matlamat utama Program Pengukuhan Bahasa
Inggeris Yayasan Diraja Sultan Mizan dilaksanakan iaitu kesamarataan. Oleh itu,
dicadangkan bahawa pelaksanaan aktiviti bagi program ini dibahagikan kepada dua
Bahagian.
Aktiviti akan dibahagi kepada 2 bahagian, iaitu Bahagian 1 ;Semerta (impromptu)
dan Bahagian 2;Terancang (prepared).
SMARTENGLISHYDSM2015 Page3
Bahagian 1 adalah Bahagian Impromptu di mana peserta terlibat dalam beberapa
aktiviti bahasa secara spontan berdasarkan bahan bacaan yang berbentuk grafik dan juga
tekstual. Manakala Bahagian 2 ialah Bahagian Terancang di mana peserta membuat
persembahan berdasarkan tajuk atau tema yang akan diberikan terlebih awal sebagai
persediaan.
Setiap pasukan yang bertanding bagi program ini terdiri daripada 20 orang murid
dari 2 Kumpulan iaitu Kumpulan A (12 orang murid dari tahap 2 iaitu murid-murid
dari Tahun 4, 5 & 6) dan Kumpulan B (8 orang murid dari tahap 1 iaitu murid-murid
dari Tahun 2 & 3 sahaja). Pembahagian jantina mestilah mengikut kesaksamaan gender
bagi kedua-dua kategori ini.
Kumpulan A akan bertanding bagi Bahagian Semerta (Impromtu). Mereka akan
dinilai melalui EMPAT aktiviti yang akan melibatkan kepelbagaian asas kemahiran
berbahasa.
Setelah semua aktiviti ini selesai dijalankan, 12 orang murid dari Kumpulan A ini
akan meneruskan dengan Bahagian 2 yang merupakan Aktiviti Terancang (Prepared)
iaitu “Poetic Musical Sketch”. Di dalam Fasa Pertama bagi aktiviti terancang ini murid-
murid akan mendeklamasikan Puisi melalui Sketsa berdasarkan tajuk atau tema yang telah
diberikan lebih awal. Bagi Fasa Kedua pula mereka akan mempersembahkan “Action
Song” dimana mereka akan bergabung pula dengan 8 orang murid lagi dari Kumpulan B
yang terdiri daripada murid-murid Tahap 1 yang juga terdiri daripada murid-murid dari
Tahun 2 dan 3.
Program ini akan dilaksanakan di semua peringkat iaitu sekolah, daerah dan juga
negeri bermula dengan murid akan memaksimumkan penggunaan bahan bacaan yang sedia
ada di sekolah seperti bahan bacaan Sastera Bahasa Inggeris Tahun 4 & 5 KSSR, kad
bacaan EIRP, BIG BOOK dan buku teks yang telah dibekalkan oleh Kementerian dan
juga Kerajaan Negeri Terengganu serta bahan bacaan berbahasa Inggeris yang terdapat di
semua sekolah rendah.
Penekanan kepada aspek membaca (reading) akan berlaku di peringkat permulaan
program ini lagi. Ini adalah merupakan kemahiran asas yang perlu dikuasai berdasarkan
tahap bacaan yang mengutamakan sebutan, intonasi dan stress (mechanical reading).
Memandangkan kepentingan membaca demi merealisasikan penguasaan kemahiran
bahasa yang lain, program ini akan melibatkan semua pelajar sekolah rendah ( Tahun 4
SMARTENGLISHYDSM2015 Page4
hingga 6 ). Ianya akan dilaksanakan secara berterusan di peringkat sekolah. Di peringkat
daerah dan negeri pula, program ini lebih merupakan program sehari yang lebih menjurus
kepada satu pertandingan.
Bagi Tahun 2015, aktiviti Smart English membuat sedikit penambahbaikan dengan
penambahan satu lagi aktiviti bagi Bahagian 1 (Semerta@Impromtu) menjadikan EMPAT
aktiviti semuanya berbanding tiga aktiviti pada tahun lalu.
Aktiviti di dalam Stesyen ke 4 ini bakal mencungkil bakat dan potensi peserta
dengan mengetengahkan 2 perkara iaitu mencungkil minat membaca bahan bacaan
berbahasa Inggeris di kalangan peserta dan juga menggalakkan pelajar menggunakan
kemahiran berfikir aras tinggi bertepatan dengan Aspirasi Murid yang terkandung di dalam
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2015 iaitu hasrat melahirkan murid yang
berpengatahuan luas, mempunyai Kemahiran Berfikir yang tinggi dan mempunyai
kemahiran berbahasa selain bahasa ibunda mereka. Ini semua diharap dapat dibentuk
melalui hasil pembacaan mereka.
Semua pelajar yang menyertai program peringkat daerah dan negeri akan diisytihar
dan diberikan sijil penyertaan bertaraf YDSM YOUNG READER.
Demi menampakkan kesan atau impak yang lebih dan menggalakkan penyertaan
semaksimum mungkin, Smart English hendaklah mula dilaksanakan di peringkat kelas dan
sekolah.
2.1 Perincian Aktiviti
Bahagian Satu
2.1.1 Semerta ( Impromptu )
a. Dictation
b. Spelling
c. Aural-Oral Comprehension
d. The Missing Link
e. The Smart Reader
Bahagian Dua
2.1.2 Terancang ( Prepared )
a. Poetic Musical Sketch
Stesen 2
Stesen 3
Stesen 4
Stesen 1
SMARTENGLISHYDSM2015 Page5
3.0 Rasional
3.1 Membaca bahan Bahasa Inggeris sangat tidak popular dikalangan pelajar
negeri ini.
3.2 Pelajar tidak bermotivasi dan tidak mempunyai sebab untuk membaca yang
membawa kepada terbentuknya tabiat membaca.
3.3 Kebanyakkan program bacaan yang dirancang sebelum ini tidak
menekankan kepada aspek pemantauan, galakkan dan pemastian
pelaksanaan.
3.4 Tabiat membaca akan membantu pelajar menguasai kemahiran lain dalam
bahasa.
3.5 Kebiasaannya pelajar tidak melihat kaitan antara membaca dan kemahiran
bahasa yang lain
3.6 Kesemua aktiviti dirancang dan akan dilaksanakan dalam keadaan yang
menyeronokkan.
3.7 Pembelajaran bahasa melalui nyanyian dan puisi lebih menyeronokkan.
4.0 Objektif
4.1 Menanam tabiat suka membaca di kalangan pelajar.
4.2 Memberi sebab dan alasan yang kukuh kenapa pelajar mesti mula
membaca.
4.3 Membantu pelajar menguasai kemahiran bahasa yang lain melalui membaca.
4.4 Menyediakan aktiviti sokongan kepada gerakkerja membaca.
4.5 Meningkatkan prestasi pencapaian Bahasa Inggeris dalam semua
peperiksaan
4.6 Menerapkan kemahiran berbahasa secara berperingkat dan terancang
4.7 Melibatkan seramai mungkin pelajar di semua peringkat.
4.8 Pembelajaran bahasa lebih mudah dan menyeronokkan melalui nyanyian,
lakunan dan puisi.
SMARTENGLISHYDSM2015 Page6
5.0 Kumpulan Sasaran
Bahagian Satu
5.1 Semerta ( Impromptu )
Peringkat Sekolah:
- Semua murid Tahap Dua ( Tahun 4, 5 dan 6 )
Peringkat Zon, Daerah dan Negeri:
- 12 orang murid Tahun 4, 5 dan 6 dari setiap sekolah dari
pelbagai aras pencapaian. (Lampiran 1)
Bahagian Dua
5.2 Terancang ( Prepared )
Peringkat Sekolah:
Semua murid ( Tahun 1hingga 6 )
Peringkat Zon, Daerah dan Negeri:
12 orang murid Tahun 4 hingga 6 ( Murid pelbagai
aras pencapaian ) bergabung bersama 8 orang murid
Tahun 2 dan 3 dari sekolah masing masing.
6.0 Kekerapan Pelaksanaan
6.1 Peringkat Sekolah
- Dua kali setahun mengikut aliran
( Pemilihan wakil sekolah )
6.2 Peringkat Zon dan Daerah
- Pertandingan berbentuk karnival sehari
- Sekali setahun untuk memilih wakil zon dan daerah
6.3 Peringkat Negeri
- Pertandingan berbentuk karnival sehari
- Sekali setahun selepas selesai peringkat daerah
SMARTENGLISHYDSM2015 Page7
7.0 Pelaksanaan
7.1.1 Peringkat Sekolah, Zon, Daerah dan Negeri
Bahagian Satu
Semerta ( Impromptu )
- Sistem stesen yang mengikut aras murid perlu dilalui oleh kesemua 12
orang peserta
- 12 orang murid tahap dua
- Aktiviti pelajar Tahap Rendah, Sederhana, Tinggi dan Cemerlang
diadakan di dalan 4 stesen tertutup.
- Setiap kumpulan akan mendapat bahan bacaan dengan tajuk yang sama
tetapi kemahiran yang bakal diuji adalah melalui aktiviti-aktiviti yang
berbeza.
- Bahan bacaan dipilih oleh panel hakim yang dilantik
- Tiada penetapan TEMA yang tertentu bagi bahagian ini.(BEBAS)
- Empat orang murid dari setiap aliran -Tahun 4, 5 dan 6 serta
kesaksamaan penyertaan mengikut jantina. (Lampiran 11; Borang
Pendaftaran)
Bahagian Dua
Terancang ( Prepared ) : Poetic Musical Sketch
- TEMA yang tertentu akan ditetapkan oleh pihak penganjur bagi
bahagian Poetic Musical Sketch ini.
- Aktiviti yang terdiri daripada 2 Fasa
- 12 orang murid Tahap Dua dari Bahagian Satu dan 8 orang murid Tahap
Satu terlibat.
- Akan dijalankan di hadapan penonton.
Fasa 1; Poetic Sketch
- 12 orang murid Tahap Dua akan mendeklamasikan puisi di dalam sketsa
berdialog. (kaedah bergantung kepada sekolah)
- 2 aktiviti yang WAJIB diketengahkan : Bacaan puisi & Sketsa.
SMARTENGLISHYDSM2015 Page8
Fasa 2; Action Song
- Aktiviti yang akan menggabungkan kesemua 20 orang murid yakni 12
orang murid Tahap Dua dan 8 orang murid Tahap Satu
- Dilaksanakan sebaik sahaja selesai Fasa Pertama dari Bahagian
Terancang ini. (kaedah bergantung kepada sekolah)
- 2 aktiviti yang WAJIB diketengahkan : Nyanyian & Aksi.
8.0 Perincian Aktiviti Keseluruhan Bahagian 1; Impromtu
8.1 Stesen 1 (Tahap Pencapaian Rendah)
8.1.1A Silent Reading (1 minit)
Bahan bacaan bersaiz A4, menggunakan Font 14 – Arial,
Double spacing dan hendaklah ditaip semula. (Lampiran 2)
Bahan bacaan yang dibaca di stesen ini akan digunakan dalam semua
aktiviti yang lain.
8.1.1A - Semua pasukan akan memasuki bilik ini berdasarkan giliran hasil
undian yang dijalankan semasa pendaftaran.
-Setiap pasukan akan mendapat bahan yang serupa.
-Peserta akan diberikan 1 minit untuk membaca ( secara senyap )
( semua bahan bacaan akan dipungut apabila tamat tempoh )
-Setiap pasukan terdiri dari 4 orang peserta dari Tahap pencapaian
Rendah.
Meja dan kerusi untuk empat peserta perlulah disediakan di bilik ini.
Aktiviti diselaraskan oleh hakim dan penjaga masa. (Lampiran 3)
SMARTENGLISHYDSM2015 Page9
8.1.1B Dictation (3 minit)
8.1.1B - Bahan/Kad bacaan akan ditampal di atas mejadi dalam kelas untuk
rujukan peserta.
- Peserta akan berbaris di belakang garisan permulaan sebelum acara
bermula.
- Peserta pertama akan bergerak ke hadapan untuk membaca kad
bacaan yang ditampal dia atas meja yang terletak bahagian tengah
kelas.
- Setelah membaca kad bacaan tersebut, peserta akan berlari ke arah
papan hitam yang terletak di hadapan kelas dan menulis semula
maklumat yang telah dibaca di atas kertas mahjung yang tertampal
di atas papan hitam tadi.
- Kemudian beliau akan bergerak/berlari melepasi garisan permulaan
dan barulah peserta seterusnya dibenarkan bergerak untuk
meneruskan aktiviti.
-Peserta kedua dan seterusnya akan melakukan aktiviti yang sama
berulang kali mengikut giliran masing-masing sehingga masa
tamat.
- Masa tiga minit akan diberikan kepada setiap pasukan. Tiada had
bagi jumlah pusingan.
- Markah akan diberikan berdasarkan ketepatan dan kesempurnaan
cerita yang ditulis kembali berdasarkan kad bacaan tersebut.
8.1.2 Stesen 2 (Tahap Pencapaian Sederhana)
8.1.2A Silent Reading / FUNderstanding (1 minit)
Bahan bacaan bersaiz A4, menggunakan Font 14 – Arial,
Double spacing dan hendaklah ditaip semula.(Lampiran 4)
Bahan bacaan yang dibaca di station ini akan digunakan dalam semua
aktiviti yang lain.
SMARTENGLISHYDSM2015 Page10
8.1.2A - Semua pasukan akan memasuki bilik ini berdasarkan giliran hasil
undian yang dijalankan semasa pendaftaran.
-Setiap pasukan akan mendapat bahan yang serupa.
-Peserta akan diberikan 1 minit untuk membaca ( secara senyap )
( semua bahan bacaan akan dipungut apabila tamat tempoh )
-Peserta akan bergerak secara berpasukan untuk aktiviti berikutnya.
-Semua aktiviti di semua station adalah berdasarkan kepada bahan
bacaan yang dibaca ini.
-Setiap pasukan terdiri dari 4 orang peserta dari Tahap pencapaian
Sederhana.
Meja dan kerusi untuk empat peserta perlulah disediakan di bilik ini.
Aktiviti diselaraskan oleh hakim dan penjaga masa.(Lampiran 5)
8.1.2B Comprehension &Spelling / FUNderstanding
- 4 peserta Tahap Sederhana akan berada di station ini dan diberikan
teks bacaan yang sama.(silent reading selama 1 minit)
- Selepas aktiviti bacaan secara senyap, para peserta akan diuji pula
dengan dua aktiviti berikut;
1. Menjawab soalan kefahaman
2. Ejaan. (Lampiran 6)
- Peserta bebas menentukan siapa yang akan menjawab soalan
kefahaman dan siapa yang akan menjawab ejaan.
- Dua orang peserta dikehendaki menjawab soalan kefahaman yang
diberi dalam masa satu minit untuk setiap soalan (disediakan oleh
hakim).
- Manakala dua orang peserta lagi dikehendaki mengeja perkataan
yang diberi dan masa yang di beri ialah 30 saat bagi seorang
peserta.
- - Markah akan diberikan berdasarkan ketepatan menjawab soalan
- dan mengeja.
-
SMARTENGLISHYDSM2015 Page11
- Peserta tidak dibenarkan membantu ahli pasukan yang lain dan
tidak dibenarkan melihat Teks Bacaan semasa menjawab soalan
Ejaan.
- - Peserta dibenarkan melihat bahan bacaan yang disediakan semasa
- menjawab Soalan Kefahaman SAHAJA.
8.1.3 Stesen 3 (Tahap Pencapaian Tinggi)
8.1.3A Missing Link
- Empat peserta Tahap Tinggi dari satu pasukan akan terlibat.
- Peserta akan mengambil tempat di meja perbincangan yang disediakan.
(Lampiran 7)
-Peserta akan diberikan sekeping kad manila yang mengandungi tiga
rangka gambar yang mempunyai jalan cerita tertentu manakala
rangka gambar keempat akan sengaja dibiarkan kosong. (Lampiran 8)
-Setiap rangka gambar akan diberikan 3 perkataan untuk membantu peserta
untuk membina cerita.
-Peserta yang mendapat rangka keempat (kosong) pula dikehendaki
melengkapkan cerita tersebut mengikut kreativiti/imaginasi kumpulannya.
-Peserta dibenarkan membantu ahli kumpulannya untuk mencipta atau
menggubah cerita yang menarik dalam masa 3 minit.
-Selepas 3 minit, peserta akan bercerita secara lisan di meja yang disediakan
khas di hadapan para hakim selama 1 minit bagi setiap peserta.(Lampiran 7)
- Peserta ke empat diberikan masa tambahan sebanyak 30 saat (keseluruhan
1 ½ minit) kerana melibatkan kreativiti/imaginasi yang tinggi.
- Soalan bonus akan dibuka kepada pasukan untuk mendapatkan
markah tambahan. (Lampiran 9)
SMARTENGLISHYDSM2015 Page12
8.1.4 Stesen 4 (Tahap Pencapaian Cemerlang)
8.1.4A Young Reader
- 1 orang peserta dipilih bagi stesen ini adalah dari dikalangan peserta
yang telah terlibat dengan aktiviti The Missing Link.
- Peserta yang dipilih mestilah mencapai satu tahap yang ditetapkan iaitu
berdasarkan bilangan buku cerita/novel berbahasa Inggeris yang telah
dibaca sebagai kelayakan utama.
- Peserta harus mengemukakan senarai buku yang telah dibaca kepada
hakim. (Lampiran 12; Folio Smart Reader)
- Peserta tersebut akan dipanggil ke hadapan untuk sesi penyoalan.
- Berdasarkan senarai buku yang telah dibaca, barisan hakim yang terdiri
daripada barisan hakim yang sama bagi aktiviti The Missing Link akan
mengajukan beberapa soalan.
- Hakim akan memilih beberapa tajuk buku/novel yang telah tersenarai
secara rawak.
- Soalan-soalan yang diajukan akan berfokuskan kepada tajuk-tajuk
buku/novel yang telah dibaca oleh peserta.
- Peserta perlu menjawab secara impromptu.
- Soalan yang diajukan oleh para hakim seharusnya boleh mengesahkan
yang peserta tersebut layak dianugerahkan sijil bertaraf YDSM Young
Reader.
- Antara soalan yang boleh diajukan:
1. Author
2. Characters
3. Main Characters
4. Synopsis
5. Moral
SMARTENGLISHYDSM2015 Page13
- Pemilihan peserta akan dibuat di peringkat sekolah lagi.
- Aktiviti ini hanya akan dinilai bermula di peringkat Daerah dan Negeri
sahaja.
- Peserta yang telah dinilai dan memenuhi kriteria pemilihan akan
dianugerahkan sijil. Sekiranya semua peserta dari semua
pasukan/sekolah layak dianugerahkan sijil tersebut, maka kesemua
mereka akan dianugerahkan sijil tersebut.
- Aktiviti ini dijalankan semata-mata untuk memberi pengiktirafan kepada
pelajar-pelajar yang aktif membaca bahan bacaan Bahasa Inggeris dan ia
tidak akan menyumbang apa-apa markah kepada penentuan pemenang
bagi aktiviti Smart English.
9.0 Perincian Aktiviti Keseluruhan Bahagian 2; Terancang
9.1 Poetic Musical Sketch
-Lapan orang murid tahap satu dan dua belas orang murid tahap dua terlibat
dalam bahagian semerta akan mewakili setiap pasukan.
- Aktiviti yang melibatkan 2 Fasa.
-Akan dijalankan di hadapan penonton.
Fasa Satu (Poetical Sketch)
- Mesti melibatkan 12 orang murid Tahap 2 yang telah terlibat dengan
aktiviti Semerta atau Impromtu sahaja.
- Sekurang-kurangnya 3 orang murid Tahap Dua diWAJIBkan membaca
puisi yang dicipta di dalam persembahan sketsa berdasarkan tema.
- Sketsa yang dicipta, WAJIB mengandungi sekurang-kurangnya 3 stanza
puisi yang harus dipersembahkan oleh oleh murid yang membuat
persembahan.
- Masa diperuntukan adalah selama 3 minit.
- Semua peserta mesti mengambil bahagian sebagai penyampai atau
sekurang-kurangnya terlibat sebagai pelaku aksi.
- Muzik latar adalah dibenarkan.
- Pasukan yang menunjukkan penglibatan secara maksimum murid-
SMARTENGLISHYDSM2015 Page14
muridnya dari segi berdialog dan mendeklamasikan puisi di dalam aktiviti
ini menjadi keutamaan para juri dari segi pemarkahan.
- Penggunaan “Props” adalah dilarang sama sekali.
-Murid-murid sebaliknya hanya dibenarkan menggunakan KAD IMBASAN
sebagai ganti.
- 1 minit diberikan untuk persediaan dan pengurusan murid untuk ke
Bahagian Dua.
Fasa Dua (Action Song)
-Kesemua Dua Belas orang murid dari Tahap 2 dan Lapan orang murid
dari Tahap Satu iaitu seramai 20 orang murid semuanya, akan menjayakan
Persembahan Action Song.
-Penggunaan muzik minus-one adalah dibenarkan.
-Penggunaan Tema atau Tajuk yang sama bagi Fasa yang ke 2 ini.
-Hanya pemakaian seragam sekolah rasmi adalah dibenarkan. (Baju Putih
dan kain atau seluar biru).
- Kelonggaran diberi kepada pemakaian warna kasut. Dibolehkan samaada
berwarna Putih atau warna Hitam. Tetapi mestilah seragam.
- Penggunaan alatan latar belakang (backdrop) dan alatan (props) ADALAH
DILARANG sama sekali.
-Masa yang diperuntukan adalah antara 4 hingga 5 minit sahaja.
10.0 Pemarkahan Dan Pemilihan Pemenang.
Markah yang dipungut setiap pasukan adalah berdasarkan kutipan markah
semua aktiviti dalam fasa satu yang disertai. Lima aktiviti dalam bahagian
impromptu dan satu aktiviti dalam bahagian prepared adalah bersamaan 120
markah. (Lampiran 12; Borang Penghakiman)
Pemilihan pemenang akan ditentukan berdasarkan jumlah markah
terkumpul. Pasukan yang memungut markah tertinggi akan diistiharkan sebagai
pemenang.
SMARTENGLISHYDSM2015 Page15
Jika terdapat persamaan pungutan markah, pungutan markah setiap
aktiviti mengikut turutan akan diambil kira untuk menentukan pemenang.
Pertama : Aktiviti 1 - Jika masih seri,
Kedua : Aktiviti 2 - Jika masih seri
Ketiga : Aktiviti 3 dan seterusnya aktiviti 6
Jika masih seri maka kerjasama sekumpulan (teamwork) akan diambil kira.
11.0 Instrumen Pemantauan Dan Pelaporan.
11.1 Peringkat Sekolah
10.1.1 Dipantau oleh Ketua Panitia Bahasa Inggeris, Penyelaras Kelab dan
guru-guru Bahasa Inggeris.
11.2 Peringkat Daerah
10.2.1 Dipantau oleh Pegawai Bahasa PPD masing-masing.
11.3 Peringkat Negeri
11.3.1 Dipantau oleh Unit Bahasa Inggeris JPNT.
11.4 Pemantauan akan menggunakan kaedah soal selidik, penelitian kepada
laporan pelaksanaan program, pemaantauan dan mengambil kira
peningkatan minat dan penggunaan Bahasa Inggeris dalam komunikasi di
sekolah dan pencapaian prestasi mata pelajaran Bahasa Inggeris dalam
peperiksaan UPSR di peringkat sekolah, daerah dan negeri.
11.5 Borang pemantauan dan pelaporan (Lampiran 10)
SMARTENGLISHYDSM2015 Page16
12.0 Penutup
Pada akhir setiap tahun, projek ini diharap dapat meningkatkan jumlah
pelajar yang suka, mahu, tahu, mampu dan mahir membaca serta memahami
apa yang dibaca. Disamping itu pelajar juga diharap dapat menggunakan Bahasa
Inggeris dalam menyampaikan maklumat secara berlisan dan bertulis dengan lebih
baik.
Dengan membaca adalah diharapkan pelajar dapat mempelajari dan
menghayati budaya masyarakat luar dan juga nilai-nilai yang murni hasil
pembacaan mereka.
Aktiviti penulisan dan penghasilan adalah kemuncak kepada kesemua
aktiviti yang dijalankan. Di sini, kita dapat melihat dan menilai hasil dan impak
akhir hasil aktiviti dan minat membaca yang diterapkan dalam fasa satu. Melalui
fasa kedua ini juga, diharap suatu hari nanti kita dapat melatih dan melahirkan ramai
penulis muda yang berbakat di negeri ini.
Di pengakhirannya adalah diharap semua hasil yang positif ini dapat
melonjakkan prestasi pencapaian pelajar bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris
dalam setiap peperiksaan awam dan kemahiran menggunakan bahasa tersebut
dalam hidupan seharian mereka.
SMARTENGLISHYDSM2015 Page17
SEKALUNG PENGHARGAAN
1. EN. MAZLAN B ISMAIL JPNT
2. EN. AMINUDDIN B YAZID SK. PAKA
3. EN. AHMAD FAIZAL B TAJUDDEEN PPD SETIU
4. EN. SHAHRIZAL BIN SHAARANI PPD KUALA TERENGGANU
5. EN YUSRI BIN MAT MIN SMK. CHALOK (MODEL KHAS)
6. PN. NORAZIMAH BT OSMAN SK SERI GELIGA, KEMAMAN
7. PN. WAN RAHANAH BT KHALID SK GONG NANGKA, MARANG
8. PN. NURHANIYAH BT IBRAHIM SK KOMPLEKS TEMBESU, KT
9. PN. SITI NURAZWANA BT HASSAN SK TOK JIRING, KT
10. EN. CHEAH KIU LEE SK PUSAT CHABANG TIGA, KT
11. PN. CHE KU MAIMUN BT CHE KU ALI SK KG. BUKIT CHENDERING, KT
12. EN. NITHIANANDAN A/L MUNIANDI SK KG.BULOH, SETIU
13. EN. ZULKIFLI B MOHD HASSAN SK LKTP TENANG, BESUT
14. PN. SALINA BT AN SK SURA, DUNGUN
15. PN. ROSIAH BT ABD. AZIZ SK TANJUNG PATI, DUNGUN
16. EN. HUZAIRUL AZREEN B ABU BAKAR SK RHU RENDANG, MARANG
17. PN. ROSLINA BT MOHD HASHIM SK PADANG MENGKUANG, MARANG
18. EN. ADNAN B HARUN SK AJIL, HULU TERENGGANU
19. PN. ROSLINA BT YUSOF SK LANGGAR, HULU TERENGGANU
20. EN. WAN OMAR B WAN HASSAN SK TG. MAHMUD, BESUT
21. PN. MASLINDA BT A.RAHMAN SK KOMPLEKS GONG BADAK, KT
Kertas Konsep Tamat
SMARTENGLISHYDSM2015 Page18
SMARTENGLISHYDSM2015 Page19
LAMPIRAN 1 PEMBAHAGIAN MURID MENGIKUT TAHUN
JUMLAH PESERTA TAHAP DUA – 12 ORANG
Year 4
lelaki
lelaki
perempuan
perempuan
Year 5
lelaki
lelaki
perempuan
perempuan
Year 6
lelaki
lelaki
perempuan
perempuan
SMARTENGLISHYDSM2015 Page20
LAMPIRAN 2
STATION 1 SILENT READING / DICTATION
Once upon a time, there was a village in China. The villagers
were woodcutters. Every day, they went into the forest and collected
firewood. One of the woodcutters was Chong Foo.
One day, a fierce tiger came down from the mountains. It started
to attack the woodcutters. They sat around to think of a way to kill the
tiger. Then Chong Foo had an idea.
The next day, he went into the jungle. The tiger was resting in the
bush. He jumped on its back. Then he stabbed it with his knife. The
tiger was killed. Chong Foo carried it back to the village.
That night they had a great feast and Chong Foo was honoured
by the village chief.
IMPORTANT NOTES
Text chosen must be in narrative form.
Factual is prohibited. Typed using Arial / 14 font. Double spacing. Margin 1.5(left,right,top,bottom) One page only.
SMARTENGLISHYDSM2015 Page21
READING MATERIAL
STATION 1 LAMPIRAN 3
BLACKBOARD
DOOR
DOOR
PARTICIPANTS
SI LENT
READING
JUDGES
SMARTENGLISHYDSM2015 Page22
Lampiran 4 Station 2 SILENT READING / (FUNDERSTANDING)
Once upon a time, there was a village in China. The villagers
were woodcutters. Every day, they went into the thick forest and
collected firewood to sell. In those days, there was no electricity so, the
people cooked with wood fire. One of the woodcutters was Chong Foo.
One day, a fierce tiger came down from the mountains near the
village to look for food. It started to attack the woodcutters. No one
dared to go into the forest to collect wood. They sat around to think of a
way to kill the tiger. Then Chong Foo had an idea. He would trick and
then kill the tiger.
The next day, Chong Foo covered himself with a tiger skin. Then
he went into the jungle. The tiger was resting in the bush. It had just
eaten a deer. Chong Foo walked up to the tiger and jumped on its back
and he stabbed it with his hunting knife. The tiger struggled but Chong
Foo was very strong. After a short struggle the tiger was killed.
Chong Foo carried it back to the village and he was honoured by
the village chief in a great feast.
IMPORTANT NOTES
Text chosen must be in a narrative form.
Factual is prohibited. Typed using Arial / 14 font. Double spacing. Margin1.5(left,right,top,bottom) One page only.
SMARTENGLISHYDSM2015 Page23
STATION 2 LAMPIRAN 5
DOOR
BLACKBOARD
JUDGES
DOOR
STD.4
STD.3 STD.1 STD.2
SMARTENGLISHYDSM2015 Page24
LAMPIRAN 6
STATION 2 FUNDERSTANDING
A. COMPREHENSION QUESTIONS 1. Why did the tiger come down from the mountain?
It wanted to look for food. It wanted to eat. It was hungry.
2. How did Chong Foo trick the tiger?
He put on a cloak made of a tiger skin. He covered himself with a tiger skin.
B. SPELLING
1. Woodcutter Def: a person whose job is to chop down trees and cut wood
2. Mountain Def: an area of land that rises very high above the land around it
IMPORTANT NOTES
Words chosen for spelling should be in root form.
SMARTENGLISHYDSM2015 Page25
STATION 3 & 4 LAMPIRAN 7
BLACKBOARD
DISCUSSION TABLE
TABLE
(PICTURE) 1
TABLE
(PICTURE) 2
TABLE
(PICTURE) 3
TABLE
(PICTURE) 4
DOOR
DOOR
JUDGES
SMARTENGLISHYDSM2015 Page26
LAMPIRAN 8
Station 3 MISSING LINK
PICTURE 1
camping pitched forest
SMARTENGLISHYDSM2015 Page27
LAMPIRAN 8 Station 3 MISSING LINK
PICTURE 2
firewood cooked lunch
SMARTENGLISHYDSM2015 Page28
LAMPIRAN 8 Station 3 MISSING LINK
PICTURE 3
sat campfire song
SMARTENGLISHYDSM2015 Page29
LAMPIRAN 8
Station 3 MISSING LINK
PICTURE 4
SMARTENGLISHYDSM2015 Page30
LAMPIRAN 9
STATION 3 MISSING LINK BONUS QUESTION
(30 SECONDS ONLY) *ANY PARTICIPANT CAN VOLUNTEER TO ANSWER
“NAME TWO MORAL VALUES FROM YOUR STORY”
SUGGESTED ANSWERS:
1. COOPERATIVE
2. FRIENDLY
3. LOVE FOR THE ENVIRONMENT
4. * ACCEPT ANY SUITABLE ANSWER
SMARTENGLISHYDSM2015 Page31
Lampiran 10
SOAL SELIDIK MURID (Cth:TBA1001/001)
KAJIAN KEBERKESANAN PROGRAM PENGUKUHAN BAHASA INGGERIS
(SPEECH CHOIR DAN SMART ENGLISH) YAYASAN DIRAJA SULTAN MIZAN
BAHAGIAN A
Panduan: Di bawah ini disenaraikan beberapa maklumat diri dan sekolah anda. Sila penuhkan dan tanda ( √ ) maklumat yang dimaksudkan.
A1 Kod sekolah (Cth:TBA1001) _________________
A2 Status Kajian Sebelum Program 1
Selepas Program 2
A3 Daerah Besut 1
Setiu 2
Hulu Terengganu 3
Kuala Terengganu 4
Marang 5
Dungun 6
Kemaman 7
A4 Lokasi Sekolah Bandar 1
Pinggir Bandar 2
Kampung Tradisional 3
Pesisir Pantai /Pulau 4
Perkampungan Felda / Tanah Rancangan
5
Kampung Baru / Penempatan Semula 6
Kampung Orang Asli 7
A5 Sekolah Menengah 1
Rendah 2
SN
SMARTENGLISHYDSM2015 Page32
A6 Jenis Sekolah SK 1
SJK 2
SMK 3
SMKA 4
SABK 5
SBP 6
A7 Tahun/Tingkatan Tahap 1 (Tahun 1-3) 1
Tahap 2 (Tahun 4-6) 2
Men Ren (Tingkatan 1-3) 3
Men Atas (Tingkatan 4-5) 4
A8 Jantina Lelaki 1
Perempuan 2
A9 Kaum Melayu 1
Cina 2
India 3
Orang Asli 4
Lain-lain 5
A10 Tahap pendidikan bapa / penjaga Tidak bersekolah 1
Sek Rendah 2
Sek Menengah 3
Sijil / Diploma 4
Sarjana Muda 5
Sarjana 6
PHD 7
Sekolah Agama/Pondok 8
SMARTENGLISHYDSM2015 Page33
A11 Tahap pendidikan ibu / penjaga Tidak bersekolah 1
Sek Rendah 2
Sek Menengah 3
Sijil / Diploma 4
Sarjana Muda 5
Sarjana 6
PHD 7
Sekolah Agama/Pondok 8
A12 Pekerjaan bapa / penjaga Kerajaan 1
Swasta 2
Berniaga / Sendiri 3
Nelayan 4
Petani / Peneroka 5
Buruh 6
Pesara Kerajaan 7
Pesara Swasta 8
Menganggur 9
Lain-lain 10
A13 Pekerjaan ibu / penjaga Kerajaan 1
Swasta 2
Berniaga / Sendiri 3
Nelayan 4
Petani / Peneroka 5
Buruh 6
Pesara Kerajaan 7
Pesara Swasta 8
Surirumah 9
Lain-lain 10
SMARTENGLISHYDSM2015 Page34
A14 Bilangan adik-beradik ____________ orang
A15
Anak ke berapa dalam adik-beradik
Ke- ____________
A16 Kemudahan Internet di rumah Ada 1
Tiada 2
A17 Kemudahan ASTRO di rumah Ada 1
Tiada 2
A18
Markah peperiksaan/ujian
TOV _____________
A19
Markah peperiksaan/Ujian
OTI 1 _____________
A20
Markah peperiksaan/Ujian
OTI 2 _____________
SMARTENGLISHYDSM2015 Page35
BAHAGIAN B Di bawah ini ialah satu senarai pernyataan tentang tingkah laku dan tindakan anda berkaitan dengan program pengukuhan Bahasa Inggeris (Speech Choir dan Smart English). Anda diminta menanda (√) salah satu petak kekunci yang terdapat dihujungnya. Kekunci tersebut membawa maksud seperti berikut; 1 = Sangat Tidak Setuju (STS) 2 = Tidak Setuju (TS) 3 = Setuju (S) 4 = Sangat Setuju (SS)
B PENGLIBATAN PELAJAR DALAM PROGRAM
1 2 3 4
ITEM PERNYATAAN STS TS S SS
B1 Saya seronok menyertai program ini
B2 Guru memberi sokongan kepada saya menyertai program ini
B3 Ibubapa memberi sokongan kepada saya menyertai program ini
B4 Rakan memberi sokongan kepada saya menyertai program ini
B5 Guru membantu dalam latihan sebagai persediaan menyertai program ini
B6 Saya mendapat latihan yang mencukupi untuk menyertai program ini
B7 Program ini memberi peluang kepada saya meningkatkan kemahiran membaca bahan Bahasa Inggeris
B8 Program ini memberi peluang kepada saya meningkatkan kemahiran mendengar dalam Bahasa Inggeris
B9 Program ini memberi peluang kepada saya meningkatkan kemahiran bertutur dalam Bahasa Inggeris
B10 Saya akan galakkan pelajar-pelajar lain sertai
program ini
B11 Program ini membina keyakinan saya untuk bertutur dalam bahasa Inggeris.
B12 Program ini menambah minat saya untuk memajukan taraf bahasa Inggeris saya
SMARTENGLISHYDSM2015 Page36
B13 Saya rasa program ini perlu diteruskan
B14 Saya ingin menyertai program ini lagi jika diberi peluang
C
MINAT TERHADAP BAHASA INGGERIS
1 2 3 4 ITEM PERNYATAAN STS TS S SS
C1 Saya seronok belajar Bahasa Inggeris
C2 Saya belajar Bahasa Inggeris dengan bersungguh-sungguh
C3 Saya mengambil bahagian secara aktif dalam kelas Bahasa Inggeris
C4 Saya suka membaca bahan-bahan dalam Bahasa Inggeris
C5 Saya suka menulis dalam Bahasa Inggeris
C6 Saya suka mendengar (lagu dan lain-lain) dalam bahasa Inggeris
C7 Saya suka menonton rancangan-rancangan berbahasa Inggeris
C8 Saya tertunggu-tunggu kelas Bahasa Ingeris
C9 Saya suka kepada guru Bahasa Inggeris
C10 Saya membeli bahan bacaan berbahasa Inggeris
D
TABIAT MEMBACA
1
2
3
4 ITEM PERNYATAAN STS TS S SS
D1 Saya meminjam buku/bahan bacaan bahasa Inggeris
daripada perpustakaan
D2 Saya meminjam buku/bahan bacaan bahasa Inggeris daripada rakan
D3 Saya memperuntukkan sebahagian wang saku untuk membeli bahan/buku berbahasa Inggeris
D4 Saya membaca pelbagai buku/bahan berbahasa Inggeris
D5 Saya meluangkan masa untuk membaca bahan berbahasa Inggeris
SMARTENGLISHYDSM2015 Page37
D6 Saya kerap menggunakan kamus Bahasa Inggeris
D7 Saya bercerita semula kepada rakan isi pembacaan bahan bahasa Inggeris
E
KEYAKINAN BERKOMUNIKASI
1
2
3
4
ITEM PERNYATAAN STS TS S SS
E1 Saya menggunakan bahasa Inggeris apabila bercakap dengan guru Bahasa Inggeris
E2 Saya menggunakan bahasa Inggeris apabila bercakap dengan rakan-rakan
E3 Saya menggunakan bahasa Inggeris apabila bercakap dengan keluarga
E4 Saya menggunakan banyak vocabulary / perkataan apabila bercakap bahasa Inggeris
E5 Saya suka bertanya dalam kelas Bahasa Inggeris
E6 Saya menjawab secara sukarela apabila guru bertanya dalam kelas bahasa Inggeris
E7 Saya suka memberi pendapat dalam kelas bahasa Inggeris
E8 Saya semakin berani berkomunikasi dalam bahasa Inggeris
E9 Saya tidak kekok menggunakan bahasa Inggeris dalam percakapan
E10 Saya suka berkawan dengan kumpulan rakan yang sering menggunakan bahasa Inggeris
E11 Saya menggunakan sebutan yang betul apabila bercakap dalam bahasa Inggeris
E12 Pertuturan bahasa Inggeris saya semakin mudah difahami
E13
Saya boleh membaca teks bahasa Inggeris dengan lancer
SMARTENGLISHYDSM2015 Page38
F PENCAPAIAN
1 2 3 4 ITEM PERNYATAAN STS TS S SS
F1 Saya boleh menulis karangan Bahasa Inggeris dengan
lebih baik
F2 Saya boleh menggunakan pelbagai vocabulary dalam penulisan.
F3 Guru Bahasa Inggeris semakin banyak memuji saya
F4 Kesalahan ejaan dalam penulisan bahasa Inggeris saya semakin berkurangan
F5 Kesalahan tatabahasa dalam penulisan bahasa Inggeris saya semakin berkurangan
F6 Saya boleh membantu rakan yang menghadapi masalah dalam bahasa Inggeris
F7 Saya mudah memahami teks bahasa Inggeris
F8 Pencapaian bahasa Inggeris saya dalam peperiksaan / ujian semakin meningkat
H KEYAKINAN DIRI
STS
TS
S
SS
H1 Program ini beri keyakinan diri menggunakan Bahasa In ggeris
H2
Program ini membantu membina hubungan lebih baik antara saya dengan rakan-rakan
H3 Program ini membantu membina hubungan lebih baik antara saya dengan guru-guru
H4 Program ini membantu saya minat menyertai aktiviti kokurikulum
H5
Program ini membina rasa cinta kepada sekolah
H6
Program ini membuat saya berani bercakap di hadapan khalayak
KERTAS SOAL SELIDIK TAMAT
TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA
SMARTENGLISHYDSM2015 Page39
Lampiran 11 YDSM SMART ENGLISH 2015
Borang Pendaftaran SEKOLAH: _________________________
Tahap Cemerlang (Pencapaian Akhir Tahun 2014: 70% ke atas) / STATION 3
Bil Nama Tahun
1.
2.
3.
4.
(*Bagi Pencapaian Tahap Cemerlang Yang Tidak Mencapai Tahap Minimum, dibenarkan ambil Tahap Sederhana ke Bawah)
Tahap Sederhana (Pencapaian Akhir Tahun 2014 : 50%‐69%)/STATION 2
Bil Nama Tahun
1.
2.
3.
4.
(*Bagi Pencapaian Tahap Sederhana Yang Tidak Mencapai Tahap Minimum, dibenarkan Ambil Tahap Lemah ke Bawah)
Tahap Rendah (Pencapaian Akhir Tahun 2014: 49% ke bawah)/STATION 1
Bil Nama Tahun
1.
2.
3.
4.
Disahkan oleh : ‐‐‐‐‐‐‐‐‐‐‐‐‐‐‐‐‐‐‐‐‐‐‐‐‐‐‐‐‐‐‐‐‐‐ ( ) Guru Besar, SK
SMARTENGLISHYDSM2015 Page40
Lampiran 11 NOTA PENTING DAN CADANGAN PEMILIHAN PESERTA:
1. Setiap STATION 1 hingga Station 3 wajib disertai oleh 4 orang murid Tahap 2
yang terdiri daripada mana‐mana gabungan jantina dari Tahun 4 , 5 atau 6. Rujuk Lampiran 1.
2. Aktiviti setiap STATION direka berdasarkan aras keupayaan/tahap pencapaian murid dan bukannya mengikut Tahun.
3. Kesemua peserta adalah seramai 20 orang. Murid Tahap 2 ialah seramai 12 peserta 6 lelaki dan 6 perempuan manakala murid Tahap 1 ialah seramai 8 orang‐ 4 lelaki dan 4 perempuan.
4. Bagi murid Tahap 1 ,Panel Hakim Negeri telah menetapkan 4 orang murid lelaki dan 4 orang murid perempuan yang terdiri dari murid Tahun 2 dan Tahun 3 dibenarkan menyertai peringkat Aktiviti Terancang (Prepared /Action Song)Fasa kedua bersama‐sama dengan 12 orang murid Tahap 2 di atas.
5. Bagi sekolah kurang murid (SKM) sedikit kelonggaran diberikan dalam pemilihan peserta Tahap 1 dari segi kesaksamaan jantina.
6. Sila lampirkan bersama:
i) Cetakan keputusan Peperiksaan Akhir Tahun 2014 dari SAPS UNTUK MURID TAHUN 6 yang terlibat. (Disahkan oleh Guru Besar).
ii) Bagi murid Tahun 4 dan 5 markah boleh diambil secara offline daripada ujian peperiksaan Akhir Tahun 2014 atau Keputusan Laporan Pencapaian Murid Oktober – November yang mengikut Aras@Band. (Disahkan oleh Guru Besar). Indikator tahap pencapaian / band adalah seperti berikut:
- Aras Rendah merujuk kepada Tahap Pencapaian 1 , 2 dan 3 - Aras Sederhana merujuk kepada Tahap Pencapaian 4 - Aras Tinggi merujuk kepada Tahap Pencapaian 5 dan 6
iii) Surat beranak murid tahap 1 dan 2 masing‐masing yang telah disahkan oleh Guru Besar sekolah masing‐masing.
7. Sila sediakan dalam 1 salinan (satu salinan untuk setiap stesen dan diserahkan semasa pendaftaran)