Download - Sme6044 kumpulan 3 budaya sekolah
PROGRAM EKSEKUTIF CUTI SEKOLAHIJAZAH SARJANA PENDIDIKAN (MATEMATIK)
SESI 2013/2014
SEMESTER 1 / 2014
KURSUS:
SME6044ISU-ISU KONTEMPORARI DALAM PENDIDIKAN MATEMATIK
TUGASAN 1
Isu 11. Budaya Sekolah
DISEDIAKAN OLEHBil. Nama Ahli No.Matrik
1 LIM CHUAN YANG M20131000356
2 FATMAH BINTI AHMAD M20131000359
3 DG MASNIAH BINTI AG PIUT M20131000360
4 AMIE JOAN JUANIS M20131000371
5 DG HALIMAH BINTI AG JALI M20131000381
KUMPULAN : 3
PENSYARAH : PROF.DR.MARZITA PUTEH
KursusTajuk
Sesi
: IJAZAH SARJANA PENDIDIKAN (MATEMATIK): SME6044_ISU-ISU KONTEMPORARI DALAM PENDIDIKAN MATEMATIK
: SEMESTER 1 / 2014
ISU 11_BUDAYA SEKOLAH
Pendahuluan
Budaya sekolah merupakan aspek yang sangat penting untuk memajukan sekolah. Rusni
(2005) menakrifkan budaya sekolah sebagai cara hidup sekolah yang meliputi segala amalan
sekolah sama ada di luar dan di dalam bilik darjah yang mencerminkan nilai, kepercayaan dan
norma yang dikongsi bersama oleh warganya. Berdasarkan falsafah pendidikan negara, dan
matlamat kurikulum matematik, maka sekolah telah membina budaya mereka berdasarkan
kepercayaan dan amalan sekolah masing-masing. Budaya sekolah ialah personaliti atau
keperibadian sekolah yang mempengaruhi cara sesuatu kerja itu dijalankan. Budaya sekolah
selalunya dihuraikan dengan ‘inilah cara kita melakukan kerja di sini’. Budaya sekolah
merangkumi norma, peraturan, idea serta pelbagai perkara lain dan kesemuanya diterima dan
dipraktiskan di sesebuah sekolah (Ruhani Mat Min, 2009).
Menerusi beberapa kajian dan perbincangan, kumpulan ini memilih empat topik utama untuk
dibincangkan bersama iaitu menerusi perspektif:
1. Pentadbir
2. Guru
3. Murid
4.Komuniti
2 1. LIM CHUAN YANG (M20131000356)2. FATMAH BINTI AHMAD (M20131000359)3. DG MASNIAH BINTI AG PIUT (M20131000360)4. AMIE JOAN JUANIS (M20131000371)5. DG HALIMAH BINTI AG JALI (M20131000381)
KursusTajuk
Sesi
: IJAZAH SARJANA PENDIDIKAN (MATEMATIK): SME6044_ISU-ISU KONTEMPORARI DALAM PENDIDIKAN MATEMATIK
: SEMESTER 1 / 2014
1.0 PENTADBIR
Siapakah orang yang paling bertanggungjawab dalam sesebuah organisasi pendidikan misalnya
sekolah menengah atau sekolah rendah? Pentadbir yang ingin kita bincangkan di sini menjurus
kepada seorang yang kita kenali sebagai Pengetua atau guru Besar. Apabila seseorang dilantik
sebagai Pengetua/Guru Besar dari segi undang-undang telah sah ia adalah seorang pegawai yang
dilantik oleh Kementerian Pelajaran untuk mentadbir sesebuah sekolah sama ada sekolah
menengah atau rendah. Perlantikan beliau adalah berdasarkan pengalamannya, kelulusannya dan
kebolehannya menjadi pemimpin khususnya dari segi perhubungan awam.
1.1 Visi dan Misi
Kementerian Pendidikan Malaysia dalam usaha melonjakkan prestasi pencapaian dan
mengurangkan jurang perbezaan yang sering terjadi antara institute pengajian tinggi mahupun
sekolah kini menyelaraskan visi dan misi semua sekolah berpandukan visi dan misi KPM.
VISI
"Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera"
MISI
"Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu
Bagi Memenuhi Aspirasi Negara"
Sesebuah sekolah yang mempunyai pemimpin yang tahu akan arah dan hala tuju visi dan misi
sekolahnya dalam memanuhi hasrat pendidikan Negara sudah tentu mampu mewujudkan budaya
kerja yang cemerlang di sekolah yang ditadbirnya. Seseorang pemimpin yang berkualiti dapat
merancang dan melaksana setiap langkah dan usaha untuk mencapai matlamat ke arah
kecemerlangan ataupun kegemilangan sekolahnya.
1.2 Kawalan
3 1. LIM CHUAN YANG (M20131000356)2. FATMAH BINTI AHMAD (M20131000359)3. DG MASNIAH BINTI AG PIUT (M20131000360)4. AMIE JOAN JUANIS (M20131000371)5. DG HALIMAH BINTI AG JALI (M20131000381)
KursusTajuk
Sesi
: IJAZAH SARJANA PENDIDIKAN (MATEMATIK): SME6044_ISU-ISU KONTEMPORARI DALAM PENDIDIKAN MATEMATIK
: SEMESTER 1 / 2014
Seseorang pentadbir seharusnya mampu mengurus semua perkara di bawah pentadbirannya
dengan menggunakan kepakaran serta pengalaman yang ada misalnya hubungannya dengan guru,
staf, murid dan komuniti yang terlibat. Kita sedia maklum akan permasalahan yang sering timbul
di mana-mana sekolah yang menjadi lumrah dalam kehidupan, oleh itu seseorang pengetua atau
guru besar haruslah bijak dalam menangani setiap permasalahan ini misalnya masalah guru yang
mengamalkan budaya yang tidak elok seperti sering lewat datang bertugas atau masuk kelas yang
mana akan menimbulkan masalah-masalah lain antaranya pihak ibu bapa yang kurang senang
boleh menimbulkan kekecohan. Maka tindakan wajar yang bersesuaian dan mengikut prosedur
harus dilaksanakan segera bagi mengawal sikap guru dan tindakan ibu bapa tersebut. Dengan
menghadiri kursus, pembacaan dan perkongsian dengan rakan seangkatan akan dapat memperbaiki
setiap kelemahan yang terdapat di sekolah atau institut di bawah kawalan seseorang pentadbir di
samping usaha lain yang difikirkan munasabah.
1.3 Penghargaan
Sesetengah pegetua atau guru besar kurang memberikan kata-kata pujian apatah lagi hadiah
galakkan kepada guru, staf, murid dan komuniti yang bersangkut paut dengan institut atau
sekolahnya yang mana merupakan motivasi secara langsung dan tidak langsung. Perkara ini
kurang disedari kerana sesetengah pentadbir akan hanya menunggu majlis tahunan yang menjadi
rutin walhal perkara ini seharusnya dilakukan setiap ada kesempatan, samaada setiap hari, minggu
atau bulan mengikut kesesuaian dan keadaan yang difikirkan tepat bagi seseorang pentadbir yang
bijaksana. Pelbagai cara harus dilakukan untuk menarik minat dan kesungguhan tenaga kerja dan
ahli di bawah pentadbiran agar sesebuah sekolah itu mampu bersaing dengan cemerlang dan
mengamalkan budaya yang sihat seperti budaya penyayang dan sebagainya. Penghargaan bukan
sahaja perlu diberikan kepada guru, murid atau staf di dalam sekolah bahkan penghargaan terhadap
ibubapa atau badan-badan yang terlibat seperti pengusaha kantin, bank-bank yang memberikan
sumbangan juga perlu diingat demi menjalin hubungan yang baik dengan persekitaran.
1.4 Pengurusan Sumber
Menyentuh soal sumber pula, terdapat pelbagai jenis sumber yang ada dan perlu ada di sekolah.
Sumber kewangan yang kukuh, peralatan dan pengetahuan merupakan sumber yang penting dalam
memupuk budaya baik di kalangan semua pihak yang terlibat. Budaya mengamalkan sikap yang
4 1. LIM CHUAN YANG (M20131000356)2. FATMAH BINTI AHMAD (M20131000359)3. DG MASNIAH BINTI AG PIUT (M20131000360)4. AMIE JOAN JUANIS (M20131000371)5. DG HALIMAH BINTI AG JALI (M20131000381)
KursusTajuk
Sesi
: IJAZAH SARJANA PENDIDIKAN (MATEMATIK): SME6044_ISU-ISU KONTEMPORARI DALAM PENDIDIKAN MATEMATIK
: SEMESTER 1 / 2014
jujur dan amanah dalam pengurusan sumber kewangan antaranya akan mampu mencetuskan
keadilan dan dapat meningkatkan kualiti pengajaran guru misalnya pembelian bahan bantu
pengajaran matematik, program mencungkil bakat dalam aktiviti kokurikulum dan sebagainya.
Sumber sampingan seperti sumbangan ibubapa juga mampu menambahbaik keperluan yang lain
contohnya kekurangan peralatan belajar seperti kerusi meja dan sebagainya. Pengurusan sumber
yang cekap mampu menambahbaik amalan budaya positif di kalangan warga sesebuah sekolah itu
mahupun hubungan dengan pihak luar.
1.5 Prasarana
Apabila kita ingin membuat lawatan atau tinjauan samaada berkunjung ke tempat tersebut ataupun
melayari internet, sudah tentu kita akan tertarik dengan keindahan pengurusan prasaran dan factor-
faktor keselamatan yang terdapat di tempat tersebut. Begitu juga dengan persekitaran institut atau
sekolah yang mementingkan ciri-ciri ini sudah tentu boleh menghasilkan kualiti pencapaian yang
lebih baik berbanding institute atau sekolah yang kurang atau tidak mengamalkannya. Keadaan
persekitaran sekolah yang kurang ceria membosankan dan tidak dapat meransang minat murid
untuk berkembang dan berfikir secara kreatif apatah lagi persekitaran yang kurang selamat yang
boleh menjejaskan kesihatan serta menimbulkan kerisauan yang tinggi di kalangan warga dan
komuniti di persekitaran. Pentadbir yang boleh membudayakan amalan yang cemerlang dalam
pengurusan prasarana organisasinya merupakan pemimpin yang berkualiti dan berketrampilan
dalam mempastikan hala tuju kejayaan organisasinya di dalam dan boleh jadi juga di luar Negara.
Penutup
Apa yang dapat saya simpulkan di sini ialah, pemilihan pentadbir atau pemimpin sesebuah
organisasi misalnya pemilihan pengetua atau guru besar perlu melalui tapisan yang teliti dan
berkualiti demi menjamin mutu kepimpinan dan pentadbiran sesebuah organisasi pendidikan
justeru dapat meningkatkan kualiti pencapaian pendidikan di Negara ini. Pelbagai usaha pihak
kerajaan dan Kementerian Pendidikan Malaysia dalam menangani isu ini antaranya perubahan
dalam pemberian peluang untuk semua guru yang ingin menjadi pentadbir samaada pengetua atau
guru besar yang dahulunya berlandaskan senioriti dan lantikan pejabat pelajaran daerah ataupun
negeri semata-mata. Kini semua guru yang berkelayakan serta memenuhi syarat berpeluang untuk
memimpin sesebuah organisasi pendidikan seperti sekolah dengan membuat permohonan dan
5 1. LIM CHUAN YANG (M20131000356)2. FATMAH BINTI AHMAD (M20131000359)3. DG MASNIAH BINTI AG PIUT (M20131000360)4. AMIE JOAN JUANIS (M20131000371)5. DG HALIMAH BINTI AG JALI (M20131000381)
KursusTajuk
Sesi
: IJAZAH SARJANA PENDIDIKAN (MATEMATIK): SME6044_ISU-ISU KONTEMPORARI DALAM PENDIDIKAN MATEMATIK
: SEMESTER 1 / 2014
mengikuti kursus berkualiti di bawah kawalan Institut Aminuddin Baki (IAB). Perubahan ini
diharapkan akan dapat menambahbaik kualiti pentadbir di sesebuah organisasi pendidikan yang
terdapat di Negara ini.
2.0 GURU
Individu yang pertama perlu berubah dalam pembentukan sesebuah budaya ialah guru. Kesediaan
guru untuk berubah mencari, belajar dan menguasai ilmu baru akan meningkatkan keupayaan,
kebolehan, kredibiliti guru untuk merubah budaya pembelajaran murid secara
keseluruhannya. Kebiasaannya, pelajar menjadikan guru sebagai “role model ” mereka kerana
mereka menganggap guru sebagai golongan yang berpendidikan dan berfikiran jauh ke hadapan.
Kepimpinan guru dapat mempengaruhi pelajar ke arah situasi pembelajaran yang menggalakkan
serta membentuk cara budaya pelajar yang sesuai. Tambahan pula, pengaruh guru terhadap pelajar
sangat besar sehinggakan kadangkala kepercayaan yang diberikan oleh pelajar kepada mereka
tinggi berbanding daripada ibu bapa sendiri.
Guru adalah pemimpin yang berperanan sebagai agen perubahan. Guru melakukan
perubahan ke atas sekolah dan bilik darjah. Selain itu, guru juga memainkan peranan sebagai
pemimpin, inventor, pengajar, pengurus dan fasilitator kepada pelajar. Melalui peranan-
peranan tersebut, secara tidak langsung guru dapat menggabungkan elemen budaya seperti nilai,
norma, bahasa, kepercayaan, simbol, pengetahuan dan lain-lain. Apabila sifat budaya yang
diterapkan oleh guru menjadi ikutan pelajar, maka amalan ini akan membina budaya sekolah
Salah satu keunikan dan keunggulan sebuah sekolah adalah memiliki budaya sekolah (school
culture) yang kukuh, dan efesien.Perpaduan semua unsur baik pelajar, guru, dan ibubapa yang
bekerjasama dalam menciptakan komuniti yang lebih baik melalui pendidikan yang berkualiti,
serta bertanggung jawab dalam meningkatkan mutu pembelajaran di sekolah, menjadikan sebuah
sekolah unggul dan terkenal di mata masyarakat. Budaya sekolah merupakan ciri khas, karakter
atau watak, dan citra sekolah tersebut di masyarakat luas.
Sebuah sekolah harus mempunyai misi menciptakan budaya sekolah yang mencabar dan
menyenangkan, adil, kreatif, terintegratif, dan dedikatif terhadap pencapaian visi, menghasilkan
6 1. LIM CHUAN YANG (M20131000356)2. FATMAH BINTI AHMAD (M20131000359)3. DG MASNIAH BINTI AG PIUT (M20131000360)4. AMIE JOAN JUANIS (M20131000371)5. DG HALIMAH BINTI AG JALI (M20131000381)
KursusTajuk
Sesi
: IJAZAH SARJANA PENDIDIKAN (MATEMATIK): SME6044_ISU-ISU KONTEMPORARI DALAM PENDIDIKAN MATEMATIK
: SEMESTER 1 / 2014
pelajar yang berkualiti tinggi dalam perkembangan intelektualnya dan mempunyai karakter takwa,
jujur, kreatif, mampu menjadi teladan, bekerja keras, toleransi dan cekap dalam memimpin, serta
dapat mengembangkan sumber daya manusia yang dapat berperanan dalam perkembangan
intelek. Budaya sekolah yang harus diciptakan agar tetap efesien adalah dengan mengembangkan
budaya keagamaan, budaya kerjasama dan budaya kepemimpinan.
Budaya sekolah merupakan suatu sistem sosial yang kompleks. Guru menyampaikan ilmu
dan kemahiran kepada pelajar dalam bilik darjah sebenarnya hanyalah sebahagian kecil daripada
sistem sosial di sekolah. Guru bukan sahaja memerlukan suasana bilik darjah yang kondusif dan
menarik bagi menyampaikan pengajaran berkesan tetapi juga memerlukan suasana dan
persekitaran keseluruhan sekolah yang teratur dan terurus dengan baik.
Matlamat utama pendidikan di Malaysia ialah untuk menampung keperluan tenaga kerja
dan mencapai perpaduan negara melalui perkembangan individu yang bersepadu dan menyeluruh
dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI) selaras dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan (FPK).Bagi menyempurnakan hasrat FPK ini, para guru telah diamanahkan untuk
menjalankan tanggungjawab sebagai pendidik bukan sahaja dari segi penyebaran ilmu bahkan
dalam pembentukan sahsiah anak didiknya.Generasi yang berilmu dan berakhlak tinggi dapat
melahirkan bangsa yang bertamadun.Apabila FPK dihayati, guru harus sedar bahawa mereka
sebenarnya memikul tanggungjawab yang amat berat. Guru perlu mencurahkan ilmu sama ada
pelajarnya mahu atau tidak mahu menerimanya. Di samping itu, mereka harus peka dengan
perubahan semasa dan menyesuaikannya secara bijak bagi menangani masalah pengajaran dan
pembelajaran terutama yang berkaitan dengan disiplin pelajar.Pada amnya, guru perlu pakar atau
profesional dalam segala bidang. Untuk menjadi guru yang profesional, seseorang guru itu
harus menekankan tiga aspek penting dalam dirinya iaitu kepakaran, pengetahuan dan
pembentukan sahsiah Mereka bukan sahaja berkemahiran mengajar dan mengembangkan ilmu,
malah sikap, tingkah laku dan disiplin diri harus dibentuk ke arah profesional.
Kementerian Pendidikan telah berusaha sejak dari dahulu lagi untuk menjadikan bidang
perguruan ini sebagai satu kerjaya yang profesional. Seorang pendidik mestilah sentiasa berusaha
meningkatkan kualiti diri bagi membolehkan dirinya menjadi model kepada anak didiknya.Dalam
melaksanakan tugas, ciri-ciri dan etika keguruan hendaklah sentiasa dipatuhi dan diamalkan.
7 1. LIM CHUAN YANG (M20131000356)2. FATMAH BINTI AHMAD (M20131000359)3. DG MASNIAH BINTI AG PIUT (M20131000360)4. AMIE JOAN JUANIS (M20131000371)5. DG HALIMAH BINTI AG JALI (M20131000381)
KursusTajuk
Sesi
: IJAZAH SARJANA PENDIDIKAN (MATEMATIK): SME6044_ISU-ISU KONTEMPORARI DALAM PENDIDIKAN MATEMATIK
: SEMESTER 1 / 2014
Oleh itu, pendidik mestilah mempunyai semangat dan kesungguhan menabur bakti agar berupaya
membawa kelainan serta memberi wajah baru pada prestasi, imej dan kualiti guru.Anjakan
paradigma adalah perlu bagi memantapkan lagi sistem pendidikan negara sesuai dengan tuntutan
dan perkembangan semasa. Guru adalah penggerak daya usaha pembangunan rohani. Hasilnya,
akan lahirlah generasi serba boleh yang pintar soleh. Generasi inilah nanti yang akan mencorakkan
masa depan yang gemilang.
Demi menyahut cabaran-cabaran pendididkan dalam alaf baru ini, guru mestilah peka
dengan amanah yang diberikan.Sesungguhnya, guru adalah perancang dan penggerak pendidikan
bertaraf dunia. Usaha yang berterusan ke arah memperteguhkan kualiti pendidikan.
Tidak diragukan lagi bahawa guru yang mempunyai keperibadian yang baik akan
meninggalkan kesan yang positif dalam diri anak didik mereka. Alat teknologi moden walau
bagaimana canggih sekalipun tidak dapat mengambil peranan guru. Faktor manusia tetap
diperlukan dalam proses pembentukan dan pematangan sahsiah murid. Sebab itu banyak kajian
dibuat tentang cirri-ciri yang perlu ada pada seorang guru yang baik dan berkesan dalam
pengajaran mereka.
Cabaran yang dihadapi oleh para guru dalam mengajar murid-murid zaman ini bukanlah
suatu yang mudah. Guru berhadapan dengan kenakalan remaja yang semakin serius. Ibu bapa
harus ikut serta dalam memudahkan kerja guru-guru di sekolah.Kerajaan wajar peka dengan
keperluan persekolahan dan pembelajaran generasi baru yang semakin canggih dan
pelbagai.Masyarakat juga mustahak memainkan peranan sebagai pemangkin kejayaan guru dan
murid dalam pembelajaran mereka. Tanpa kerjasama semua pihak proses pendidikan tidak akan
berjaya menghasilkan generasi yang baik dan matlamat pendidikan nasional.
Budaya sekolah perlu diterapkan dengan kerjasama semua pihak iaitu temasuklah budaya
ilmu, budaya kerja, budaya nilai murni, budaya pentadbiran dan pengurusan dan budaya
kepimpinan dalam membentuk budaya sekolah yang efesien.Ciri-ciri dan Etika profesion keguruan
perlu difahami, dihayati dan diaplikasikan oleh setiap golongan pendidik bagi mencapai hasil yang
maksimum dalam melaksanakan misi Pendidikan Negara.
8 1. LIM CHUAN YANG (M20131000356)2. FATMAH BINTI AHMAD (M20131000359)3. DG MASNIAH BINTI AG PIUT (M20131000360)4. AMIE JOAN JUANIS (M20131000371)5. DG HALIMAH BINTI AG JALI (M20131000381)
KursusTajuk
Sesi
: IJAZAH SARJANA PENDIDIKAN (MATEMATIK): SME6044_ISU-ISU KONTEMPORARI DALAM PENDIDIKAN MATEMATIK
: SEMESTER 1 / 2014
3.0 MURID
DisiplinMurid
Masalah disiplin di sekolah merupakan masalah budaya yang telah wujud sejak sekian lama lagi.
Prosser(1999), budaya sekolah amat berkait rapat dengan disiplin sekolah. Jika budaya sekolah
baik, maka wujudlah disiplin yang baik dengan zero defect dalam semua aktiviti pendidikan, iaitu
tiada masalah P&P, tiada konflik, tiada pelanggaran disiplin, tiada masalah keceriaan sekolah dan
sebagainya.
Terdapat banyak masalah disiplin yang sering dilakukan oleh pelajar. Salah laku yang ditunjukkan
oleh pelajar banyak ragam seperti dating lambat ke sekolah, ponteng kelas, mencalarkan kereta
guru, tidak memakai lencana sekolah dan tidak menghormati guru. Semuanya melibatkan masalah
disiplin yang kecil dan masih boleh diperbaiki di mana boleh dikatakan pelajaran ia adalah pelajar
nakal. Tetapi berlainan pula dengan kes memukul guru, mengugut bunuh, merokok, menghisap
dadah atau ganja, merompak dan banyak lagi yang belum di dedahkan. Kebiasaannya, apabila
pelajar terlibat dengan masalah disiplin akan menyebabkan mereka hilang minat untuk belajar
apatah lagi memikirkan masa depan.
MenurutYahya (2007), masalah kemerosotan akhlak dan disiplin pelajar sering
ditimbulkan. Masalah ini sekaligus membawa gambaran negatif kepada sistem pelajaran kita.
Punca utama masalah ini ialah penekanan konsep pelajaran yang keterlaluan kepada isi pelajaran,
lulus periksa, pengkhususan yang terhad dan menumpukan kepada perkembangan intelek dan
kemahiran semata-mata. Persoalan pembinaan sikap, akhlak dan disiplin diabaikan. Jadi,
9 1. LIM CHUAN YANG (M20131000356)2. FATMAH BINTI AHMAD (M20131000359)3. DG MASNIAH BINTI AG PIUT (M20131000360)4. AMIE JOAN JUANIS (M20131000371)5. DG HALIMAH BINTI AG JALI (M20131000381)
KursusTajuk
Sesi
: IJAZAH SARJANA PENDIDIKAN (MATEMATIK): SME6044_ISU-ISU KONTEMPORARI DALAM PENDIDIKAN MATEMATIK
: SEMESTER 1 / 2014
pelaksanaan disiplin atau peraturan sekolah adalah penting untuk mewujudkan persekitaran
sekolah yang selesa dan harmonis. Sekolah mempunyai suasana disiplin yang teratur tanpa perlu
membina peraturan ketat, tenang tanpa penindasan yang secara amnya adalah selesa untuk suasana
proses pembelajaran. Ibrahim Mamat (2001), proses penyerapan disiplin yang dilaksanakan perlu
mengambilkira 4 perkara iaitu matlamat, corak, kaedah dan kesan. Matlamat akhir yang
ditekankan ialah mewujudkan pelajar seimbang yang serasi dengan masyarakat dan bukan yang
mengenetepikan segala nilai dan norma yang dianuti.
Bagi mengatasi masalah disiplin pelajar ini, ibu bapa seharusnya mencari masa yang sesuai
untuk meluangkan masa bersama anak-anak. Hal ini akan dapat membantu pelajar dalam
mengelakkan mereka dari terjebak dan pengaruh dan persekitaran luar yang tidak baik. Selain itu,
pelajar-pelajar yang mempunyai masalah ini seharusnya diberikan motivasi dan kaunseling yang
sesuai bagi membantu mereka untuk membina jati diri dan seterusnya menjadi insan yang berguna.
Selain itu, pihak sekolah juga harus membimbing pelajar ini untuk menjadi insan yang berguna
dan bukannya mengabaikan mereka hanya kerana mereka tidak cemerlang dalam pelajaran.
Pengaruh Media dan Teknologi
Di samping itu, pengaruh media dan teknologi juga merupakan satu pengaruh yang besar
pada masa kini, pelajar yang terlalu mudah mengakses maklumat dari media dan teknologi seperti
internet dan laman-laman sosial yang lain akan mudah terpengaruh dengan benda yang tidak baik.
Hal ini kerana mereka menganggap pengaruh ini sebagai tren yang mereka harus ikuti untuk
mendapatkan perhatian orang lain. Selain itu, sokongan daripada keluarga yang kurang
menyebabkan pelajar rapuh dalam didikan agama. Ibu bapa sekarang kebanyakannya sibuk
mencari rezeki untuk menampung kehidupan keluarga. Ini secara langsung telah mengabaikan
tanggungjawab mereka dalam mendidik anak untuk menjadi insan yang berguna.
Sikap
10 1. LIM CHUAN YANG (M20131000356)2. FATMAH BINTI AHMAD (M20131000359)3. DG MASNIAH BINTI AG PIUT (M20131000360)4. AMIE JOAN JUANIS (M20131000371)5. DG HALIMAH BINTI AG JALI (M20131000381)
KursusTajuk
Sesi
: IJAZAH SARJANA PENDIDIKAN (MATEMATIK): SME6044_ISU-ISU KONTEMPORARI DALAM PENDIDIKAN MATEMATIK
: SEMESTER 1 / 2014
Sikap meliputi 3 komponen yang utama iaitu afektif, perilaku dan kognisi. Komponen
afektif merangkumi emosi positif dan negatif individu terhadap sesuatu iaitu bagaimana perasaan
seseorang terhadapnya. Komponen perilaku pula terdiri daripada kecenderungan atau bertujuan
untuk bertindak pada tingkah laku tertentu yang berkait dengan sikap kita. Manakala komponen
kognisi merujuk kepada kepercayaan dan pemikiran yang dipegang oleh seseorang terhadap
sesuatu objek. Ketiga-tiga komponen dalam sikap ini saling berhubungan dan seterusnya berfungsi
dalam pembentukan dan pemantapan sikap individu. Sikap pelajar yang buruk adalah disebabkan
oleh pengaruh daripada rakan sebaya yang tidak baik. Pelajar-pelajar banyak menghabiskan masa
yang terluang dengan melepak dengan rakan sebaya. Abdul et al (2009), seseorang individu akan
mencari kumpulan rakan sebaya dengan menggunakan usaha yang minimum. Menurut pandangan
ini, pelajar yang tidak diterima oleh rakan sebaya akan mencari kumpulan rakan sebaya lain yang
dapat menerima mereka tanpa mengkehendaki mereka membuat perubahan tingkah laku. Perkara
tersebut secara tidak langsung menyebabkan pelajar terpengaruh dengan perangai dan sikap buruk
daripada rakan sebaya.
Motivasi
Faktor yang terakhir mempengaruhi pencapaian pelajar dalam subjek Matematik adalah
motivasi pelajar sendiri. Menjadi budaya pelajar apabila mereka menganggap matematik adalah
salah satu subjek yang sukar untuk dipelajari. Sikap yang sedemikian boleh menyebabkan
kemahiran mereka dalam bidang matematik menjadi lemah seterusnya pencapaian mereka dalam
subjek matematik juga akan terjejas. Cadangan cara bagi meningkatkan kadar motivasi pelajar
iaitu mengaitkan bahan pengajaran kepada pengalaman hidup mcreka. Dalam perkataan lain,
menjadikan bahan itu relevan pada diri mereka dengan merangsang minat mereka,
mendemonstrasikan minat yang aktif pada pelajar, mendemonstrasikan minat yang aktif dalam
hasil kerja pelajar ataupun aktiviti yang melibatkan mereka dan menggunakan banyak pujian
secara lisan dan bukan lisan.
11 1. LIM CHUAN YANG (M20131000356)2. FATMAH BINTI AHMAD (M20131000359)3. DG MASNIAH BINTI AG PIUT (M20131000360)4. AMIE JOAN JUANIS (M20131000371)5. DG HALIMAH BINTI AG JALI (M20131000381)
KursusTajuk
Sesi
: IJAZAH SARJANA PENDIDIKAN (MATEMATIK): SME6044_ISU-ISU KONTEMPORARI DALAM PENDIDIKAN MATEMATIK
: SEMESTER 1 / 2014
4.0 KOMUNITI
Komuniti merupakan kelompok masyarakat yang tinggal di sesuatu kawasan .Dalam istilah
pendidikan , komuniti adalah masyarakat yang tinggal di persekitaran sekolah. Banyak faktor yang
mempengaruhi budaya sekolah dalam konteks komuniti. Antara faktor yang mempengaruhi ialah
faktor persepsi komuniti,keselamatan , hubungan dan kawalan.
Dalam faktor persepsi , komuniti memberi tanggapan yang positif atau negetif terhadap
sekolah. Perkara ini berlaku sekiranya terdapat perubahan pada sekolah mengenai pencapaian
akademik,budaya sekolah yang tercerlah,kegiatan kokurikulum yang mengagumkan dan komitmen
semua warga sekolah yang tinggi.Komuniti akan membuat persepsi yang positif jika sekolah
dipersekitarannya sangat menonjol terhadap sesuatu bidang. Tanggapan yang negative pula
bertentangan dengan persepsi positif.
Selain itu, faktor hubungan juga memberikan pengaruh kepada sekolah. Jenis-jenis
hubungan yang telah dikenalpasti meberi kesan terhadap sekolah ialah hubungan eduktif,hubungan
kultural dan hubungan institusional. Hubungan eduktif ialah hubungan kerjasama komuniti dengan
sekolah dalam mendidik murid , antara guru.Hubungan kultural merupakan hubungan komuniti
dalam mengembangkan kebudayaan setempat. Hubungan institusional merupakan hubungan
12 1. LIM CHUAN YANG (M20131000356)2. FATMAH BINTI AHMAD (M20131000359)3. DG MASNIAH BINTI AG PIUT (M20131000360)4. AMIE JOAN JUANIS (M20131000371)5. DG HALIMAH BINTI AG JALI (M20131000381)
KursusTajuk
Sesi
: IJAZAH SARJANA PENDIDIKAN (MATEMATIK): SME6044_ISU-ISU KONTEMPORARI DALAM PENDIDIKAN MATEMATIK
: SEMESTER 1 / 2014
kerjasama antara sekolah,lembaga(PIBG), badan berkanun, kerajaan,swasta dan individu berkaitan
dengan pembangunan sekolah.
Sokongan komuniti terhadap sekolah boleh kita lihat dari segi bentuk tingkahlaku dan
perasaan, kewangan,bantuan sokongan berbentuk peralatan.Sokongan tingkahlaku dan perasaan
boleh dilihat melalui kata-kata pujian,semangat,galakan dan tenaga.Bantuan sokongan berbentuk
kewangan daripada orang perseorangan ,badan berkanun,swasta,kerajaan untuk memenuhi
keperluan sekolah.Selain itu sokongan dari segi peralatan dari pihak tertentu seperti
computer,kerusi meja, khemah dan mengikut keperluan sekolah.
Dalam faktor kawalan pula, dalam komuniti dapat memberikan tiga faktor yang boleh
terlibat dalam mempengaruhi budaya sekolah. Antaranya ialah faktor kawalan keselamatan,
kawalan sebaran laman social dan kawalan sumber manusia. Dalam faktor kawalan keselamatan,
kerjasama dari pihak ibubapa dan komuniti setempat dalam sikap bertolak ansur antara satu sama
lain.Contohnya menghantar dan mengambil anak di sekolah.Sikap tolak ansur dalam situasi
tersebut akan mengelakkan kemalangan dan rasa tidak puas hati, Faktor kawalan sebaran laman
social seperti facebook,twitter , blog dapat dicegah dengan kerja sama pihak komuniti yang
mengambil berat tentang kebajikan dan maruah sekolah dalam memerhati, memantau perjalanaan
aktiviti dalam face book sekolah, blog, twitter dan lain-lainn lagi.Sebaran yang negetif dapat
disekat terlebih awal sebelum diketahui oleh pihak masyarakat luar.Selain laluan negetif kebaikan
perkara positif dalam mengawal laman social perlu untuk memperkenalkkan budaya sekolah yang
baik dan cemerlangke luar negeri dan Negara.Disini akan meningkatkan nama sekolah dan
seterusnya meningkatkan nama komuniti setempat atau kampong tersebut.
Selain itu juaga dalam faktor kawalan, kawalan sumber manusia lain juga perlu diambil
kira. Contohnya kemasukkan agen-agen insuran, pinjaman(bank) dan agen –agen penjual buku
yang memasuki tanpa had dimana ini mengganggu pembelajaran murid dan mengganggu kerja
guru dalam mengatur dan menyusun semula pengajaran guru akan datang.
Secara kesimpulannya ,jika faktor-faktor komuniti tidak diambil berat, maka budaya
sekolah akan musnah dalam meningkatkan kualiti pentadbiran,guru,murid dan komunitidalam
mencapai visi-misi sekolah seterusnya mencapai visi,misi peringkat daerah dan negeri dalam
mencapai pendidikan Malaysia selari dengan pendidikan dunia.
13 1. LIM CHUAN YANG (M20131000356)2. FATMAH BINTI AHMAD (M20131000359)3. DG MASNIAH BINTI AG PIUT (M20131000360)4. AMIE JOAN JUANIS (M20131000371)5. DG HALIMAH BINTI AG JALI (M20131000381)
KursusTajuk
Sesi
: IJAZAH SARJANA PENDIDIKAN (MATEMATIK): SME6044_ISU-ISU KONTEMPORARI DALAM PENDIDIKAN MATEMATIK
: SEMESTER 1 / 2014
Rumusan
Antara budaya positif yang biasa diamalkan sekolah ialah budaya kerja, budaya sosial,
budaya berfikir dan budaya teknologi maklumat. Budaya kerja ialah sikap rajin, tidak berkira masa
dan wang, menepati masa, bekerjasama dengan semua pihak dan mengajar dengan bantuan bahan
bantu mengajar. Budaya sosial contohnya ramah, penyayang, bertanggungjawab dan prihatin.
Budaya berfikir ialah budaya yang bermatlamat dan berorientasikan akademik. Berfokus dan
berfikiran positif. Manakala budaya teknologi maklumat ialah sekolah boleh menggunakan internet
dan semua sumber untuk kecemerlangan sekolah. Warga sekolah seharusnya mampu menyokong
semua program yang dirancang dan berkebolehan dalam meningkatkan ilmu untuk mencapai
matlamat sekolah dengan cemerlang.
14 1. LIM CHUAN YANG (M20131000356)2. FATMAH BINTI AHMAD (M20131000359)3. DG MASNIAH BINTI AG PIUT (M20131000360)4. AMIE JOAN JUANIS (M20131000371)5. DG HALIMAH BINTI AG JALI (M20131000381)
KursusTajuk
Sesi
: IJAZAH SARJANA PENDIDIKAN (MATEMATIK): SME6044_ISU-ISU KONTEMPORARI DALAM PENDIDIKAN MATEMATIK
: SEMESTER 1 / 2014
Rujukan
Abdullah, S. Y., Abdul, R. M., &Abd, G. A. (2007). Guru Sebagai Pemimpin. Kuala Lumpur:
PTS Professional.
A, G. A., & Abdul, R. A. (2009). Mengurus Tingkahlaku Pelajar. Kuala Lumpur: PTS
Professional
Publishing.
A.S.Hornby; Translator: Asmah Haji Omar (2007), Oxford Compact Advanced
Learner’s English-Malay Dictionary, Shah Alam, Selangor.
Azis, N. P., &Noraini, I. (2008). Perjuangan Memperkasakan Pendidikan di Malaysia:
Pengalaman 50 Tahun Merdeka. Cheras, Kuala Lumpur: Utusan Publications &
Distributors.
Prosser, J. (1999). School Culture. London: Paul Chapman Pub.
Sabri, A., Zawawi, T. Z., & Aziz, O. (2006). Isu-Isu Dalam Pendidikan Matematik. Selangor:
Utusan Publications & Distributors.
Shahril, M. (2008). Dasar Kewangan Pendidikan. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing
Sdn. Bhd.
15 1. LIM CHUAN YANG (M20131000356)2. FATMAH BINTI AHMAD (M20131000359)3. DG MASNIAH BINTI AG PIUT (M20131000360)4. AMIE JOAN JUANIS (M20131000371)5. DG HALIMAH BINTI AG JALI (M20131000381)
KursusTajuk
Sesi
: IJAZAH SARJANA PENDIDIKAN (MATEMATIK): SME6044_ISU-ISU KONTEMPORARI DALAM PENDIDIKAN MATEMATIK
: SEMESTER 1 / 2014
Sufean, H. (2005). Pentadbiran Dalam Pembangunan Pendidikan. Pahang: PTS Professional
Publishing
Yahya, D., Aziah, I., &Yaakob, D. (2007). Kepimpinan & Pembangunan Pelajar Sekolah Di
Malaysia. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing.
Walters, J. (2007). Managing Classroom Behavior and Discipline. Huntington Beach:
1Teacher Created Materials Pub.
West-Burnham, J., &Tengku, A. A. T. Z. (2009). Mengurus Kualiti di Sekolah =: Managing
Quality In Schools. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan Negara Malaysia
16 1. LIM CHUAN YANG (M20131000356)2. FATMAH BINTI AHMAD (M20131000359)3. DG MASNIAH BINTI AG PIUT (M20131000360)4. AMIE JOAN JUANIS (M20131000371)5. DG HALIMAH BINTI AG JALI (M20131000381)