Download - Soalan 2 Dasar Luar
-
7/22/2019 Soalan 2 Dasar Luar
1/25
-
7/22/2019 Soalan 2 Dasar Luar
2/25
-
7/22/2019 Soalan 2 Dasar Luar
3/25
GMGA 3033OPERASI DAN PENILAIAN DASAR AWAM
Friederich (1963 :79) mendefinisikan dasar awam sebagai apa yang sebenarnya
dilakukan oleh kerajaan, dan bukan apa yang dicadangkan untuk diambil tindakan
terhadap sesuatu perkara iaitu
A proposed course of action of a person, group, or government within a given
environment providing obstacles and opportunities which the policy was proposed to
utilize and overcome in an effort to reach a goal or realize and objective or a
purpose.
3.0 Definisi Dasar Luar Negara
Menurut Lew Hee Men, et al. (2005), Dasar Luar bermaksud berbaik-baik dengan
semua negara demi keamanan dan kesejahteraan dunia. Beliau juga mentakrifkandasar luar kepada dua bentuk, iaitu :
Hubungan Bilateral (hubungan secara terus dengan negara-negara tertentu)
Relations are conducted between two countries in areas upon which they
have agreed to engage in cooperation.
Hubungan Multilateral (hubungan dalam bentuk kumpulan dan pertubuhan).
Involves an arrangement of a least three or more countries on areas of
mutual interest to the parties. Contohnya : Asean, UN, EU, OIC dsb.
Mohd. Nor Mat Yazid (1994) pula menyatakan, dasar luar dapat diertikan sebagai
matlamat, rancangan dan tindakan yang dilakukan oleh sesebuah negara dalam
usaha berhubung dengan sesebuah negara lain. Hubungan di antara sebuah negara
dengan negara lain adalah perlu dan penting dalam menjaga kepentingan,
keselamatan dan kemakmuran sesebuah negara.
Azizi Ahmad pula memberikan definisi dasar luar sebagai polisi menjalani
perhubungan antarabangsa dengan negara lain. Dasar luar merupakan tindakan
yang diambil oleh pembuat dasar sesuatu kerajaan membentuk dan menyelesaikan
sesuatu masalah. Ia merupakan strategi atau tindakan menghapus, mengurang,
mengekal atau memperluaskan kerjasama antara negara.
Selain itu, OUM mendefinisikan dasar luar sebagai merangkumi matlamat,
perancangan dan tindakan yang diambil oleh sesebuah negara sehubungan dengan
3 194707
-
7/22/2019 Soalan 2 Dasar Luar
4/25
-
7/22/2019 Soalan 2 Dasar Luar
5/25
GMGA 3033OPERASI DAN PENILAIAN DASAR AWAM
sumbangan yang bermakna terhadap PBB melalui penyertaan penuh
semangat dalam agensi-agensi PBB seperti UNESCO dan UNCTA D.
Sebagai contoh, Malaysia telah menghantar tentera pendamai ke Congo,
Afrika (Zaire) pada tahun 1960 bagi menamatkan perang saudara di sana.
4.3 Agama Islam
Hubungan baik dengan negara-negara Islam juga merupakan perkara yang
dipertimbangkan dalam pembentukan dan pelaksanaan Dasar Luar Malaysia.
Sebagai sebuah negara yang menjadikan Islam sebagai agama rasmi,
Malaysia cuba menjalinkan hubungan yang erat dengan negara-negara Islam
yang lain melalui hasil cetusan idea Perdana Menteri Malaysia Pertama, YTMTunku Abdul Rahman melalui penubuhan Pertubuhan Persidangan Islam
atau Organization of the IslamicConference (OIC) pada tahun 1971.
Malaysia telah memberikan komitmen yang tinggi dan memainkan peranan
yang penting terhadap hubungan dengan negara-negara Islam. Sebagai
contoh, Malaysia pernah menjadi tuan rumah persidangan pertubuhan ini
pada tahun 1974 dan 2003, memberi bantuan kepada kepada negara-negara
Islam yang menghadapi masalah seperti menghantar pasukan perubatan keLubnan, Bosnia dan Afghanistan, menjadi perantara dalam menyelesaikan
peperangan di antara Iran dan Iraq, dan sebagainya.
4.4 Bekas Jajahan British
Malaysia mengalami banyak krisis dan pergolakan sebelum merdeka dan
semasa awal kemerdekaan yang melibatkan dalam negara dan negara jiran.
Antaranya, Kebangkitan PKM (1948 1960), Konfrontasi Indonesia (1963
1965), Krisis dengan Filipina (1963 1965) dan perpisahan Singapura dari
Malaysia (1965). Keadaan ini menyebabkan Malaysia berada pada
kedudukan berbahaya dan terancam. Sehubungan dengan itu, tindakan bijak
pemimpin pada masa itu telah melaksanakan Dasar Luar untuk berbaik-baik
dengan negara-negara Komanwel yang lain melalui Perjanjian Pertahanan
Inggeris-Malaya atau Anglo-Malaya Defence Agreement (AMDA) yang telah
ditandatangani pada tahun 1957 bagi menyerahkan tanggungjawab
mempertahankan Tanah Melayu kepada Britain, Australia dan New Zealand
5 194707
-
7/22/2019 Soalan 2 Dasar Luar
6/25
GMGA 3033OPERASI DAN PENILAIAN DASAR AWAM
sekiranya Malaya diserang diancam/diserang oleh pertubuhan atau negara
yang dimaksudkan.
4.5 Dasar Berkecuali
Dasar berkecuali juga merupakan salah satu faktor yang dijadikan
pertimbangan oleh Malaysia dalam melaksanakan Dasar Luarnya. Dalam hal
ini, Malaysia cuba menetapkan pendiriannya untuk tidak campur tangan
dalam hal ehwal pentadbiran negara lain dan sebaliknya. Antara usaha yang
dilaksanakan oleh Malaysia melalui dasar ini ialah mengisytiharkan konsep
Zon Aman, Bebas dan Berkecuali atau Zone of Peace Freedom and
Neutrality (ZOPFAN) bersama-sama dengan negara ASEAN yang lain. Ini
dilakukan bagi memastikan Malaysia dan negara serantau bebas daripada
campurtangan kuasa-kuasa besar yang lain.
4.6 Prinsip Hidup Bersama
Malaysia turut menekankan prinsip hidup bersama dalam Dasar Luar yang
dilaksanakannya. Dalam hal ini Malaysia telah membuat beberapa perubahan
dengan mengambil pendekatan yang lebih berani dan telah berusaha
mendekati -negaranegara Dunia Ketiga seperti Afrika, Timur Tengah dan
negara-negara kecil di Selatan Pasifik. Sebagai contoh, Dr. Mahathir
Mohamad amat tegas dalam menyuarakan pandangannya tentang isu-isu
seperti Dasar Aparteid6 yang dilaksanakan oleh kerajaan Afrika Selatan dan
penderitaan yang dialami oleh penduduk Palestin akibat kekejaman Israel.
Negara ini percaya bahawa setiap masyarakat di dunia ini bebas menjalani
kehidupan aman serta mempunyai hak yang sama rata.
5.0 Faktor - Faktor Pertimbangan Pembentukan Dasar Luar
5.1 Sejarah
Hubungan luar yang berbentuk perdagangan dengan negara luar seperti
Arab, China, Siam dan beberapa negeri di Kepulauan Melayu termasuklah
Indonesia, Brunei, Singapura telah terjalin sejak zaman Kesultanan Melayu
Melaka. Selepas Malaysia mencapai kemerdekaan, negara telah menyertai
pertubuhan Komanwel yang dianggotai oleh negara bekas tanah jajahan
6 194707
-
7/22/2019 Soalan 2 Dasar Luar
7/25
-
7/22/2019 Soalan 2 Dasar Luar
8/25
GMGA 3033OPERASI DAN PENILAIAN DASAR AWAM
memberi laluan kepada hubungan dengan negara luar. Malaysia
mengamalkan konsep demokrasi yang menyokong penuh kebebasan
manusia dan kemakmuran rakyat. Sistem politik Malaysia juga memberi
kebebasan untuk negara mengadakan hubungan dengan mana-mana negara
khususnya yang memberi faedah kepada pembangunan negara.
Contohnya, dasar Malaysia yang menyokong Palestin adalah bagi
mewujudkan keamanan di rantau Asia Barat. Selain itu, Malaysia juga
berpegang teguh pada prinsip-prinsip dan Piagam Pertubuhan Bangsa-
Bangsa Bersatu (PBB) bagi memelihara keamanan dunia. Oleh itu, Malaysia
tegas dengan pendiriannya menyokong semua resolusi yang telah diambil
oleh PBB bagi mencapai dan mengekalkan keamanan dunia.
5.4 Geografi
Malaysia yang terletak di persimpangan laut di antara Lautan Pasifik dengan
Lautan Hindi di rantau Asia Tenggara dan bersempadan dengan hampir
kebanyakan negara di rantau ini seperti Singapura, Thailand, Indonesia,
Filipina dan Brunei menjadi laluan utama bagi kebanyakan perdagangan
antara Timur Jauh dengan Timur Tengah melalui perairan Selat MelakaPerairannya juga menjadi laluan utama kapal-kapal perdagangan di dunia.
Dengan itu, keselamatan negara serantau akan mempengaruhi dan
meninggalkan kesan terhadap keselamatan Malaysia. Sehubungan dengan
itu, Malaysia perlu mengamalkan dasar berbaik-baik dengan negara luar bagi
memastikan wilayah ini bebas, aman dan terhindar daripada tekanan
pengaruh dan ancaman luar.
5.5 Demografi
Malaysia telah menjalinkan hubungan diplomatik yang baik dengan negara-
negara Islam sejajar dengan penduduknya yang majoriti beragama Islam.
Malaysia tidak mengadakan hubungan diplomatik dengan negara Israel
disebabkan dasar negara berkenaan yang menceroboh dan menindas
peribumi Palestin. Rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan
agama juga diberikan kebebasan sepenuhnya untuk mengamalkan budaya
hidup dan agama masing-masing. Amalan konsep perpaduan dan sikap
8 194707
-
7/22/2019 Soalan 2 Dasar Luar
9/25
GMGA 3033OPERASI DAN PENILAIAN DASAR AWAM
komited terhadap hak asasi manusia menyebabkan Malaysia menentang
keras Dasar Apartheid yang diamalkan di Afrika Selatan. Malaysia juga tidak
mengadakan sebarang hubungan diplomatik dengan negara berkenaan
sehinggalah undang-undang dasar apartheid itu dihapuskan oleh kerajaan
Afrika Selatan. Oleh itu, faktor kepelbagaian kaum di negara ini amat
mempengaruhi pembentukan dasar luar Malaysia. Oleh itu, faktor sejarah,
ekonomi, politik, geografi dan demografi adalah merupakan faktor
menyebabkan wujudnya hubungan luar antara Malaysia dengan
antarabangsa. Ini bermula sejak sebelum merdeka sehinggalah merdeka
seterusnya hinggalah ke hari ini.
5.6 Keselamatan Negara
Keselamatan negara menjadi agenda penting yang mempengaruhi dasar luar
Malaysia. Kedudukan Malaysia yang strategik perlu diawasi daripada
dicerobohi oleh anasir-anasir tertentu seperti lanun dan pengganas. Oleh itu,
Malaysia perlu mengadakan hubungan dengan negara luar supaya dapat
bersama-sama menentang pengganas.
5.7 Globalisasi
Di era globalisasi, kita sendiri sedar kemusnahan yang berlaku di negara lain
boleh memberi kesan secara langsung kepada Malaysia. Sehubungan
dengan itu, dasar luar negara yang proaktif dan bervisi adalah penting bagi
menjamin kepentingan dan kedaulatan negara. Selain daripada itu, Malaysia
juga perlu meletakkan dirinya sebaris dengan negara lain agar pandangan
dan pendapat Malaysia sentiasa diambilkira.
6.0 Objektif Dasar Luar Negara
Objektif asas dan utama Dasar Luar Malaysia adalah bertujuan untuk melindungi
kepentingan nasional di peringkat antarabangsa. Menurut mantan Menteri Luar
Negeri, Dato Seri Syed Hamid Albar, antara objektif-objektif paling utama dasar luar
negara Malaysia adalah menjaga, mempertahankan dan memajukan kepentingan-
kepentingan Malaysia di peringkat global. Dasar ini akan turut menjaga dan
mempertahankan kemerdekaan, kedaulatan dan keselamatan Malaysia seterusnyamempertahankan prinsip menghormati kemerdekaan dan kedaulatan sesebuah
9 194707
-
7/22/2019 Soalan 2 Dasar Luar
10/25
-
7/22/2019 Soalan 2 Dasar Luar
11/25
-
7/22/2019 Soalan 2 Dasar Luar
12/25
-
7/22/2019 Soalan 2 Dasar Luar
13/25
-
7/22/2019 Soalan 2 Dasar Luar
14/25
-
7/22/2019 Soalan 2 Dasar Luar
15/25
-
7/22/2019 Soalan 2 Dasar Luar
16/25
GMGA 3033OPERASI DAN PENILAIAN DASAR AWAM
memastikan hubungan dua hala dengan semua negara jiran tidak terjejas akibat
masalah tersebut. Persetujuan untuk merujuk kepada ICJ berkaitan tuntutan
pertindahan wilayah menunjukkan sejauh mana kita bersedia untuk mencari
penyelesaian bagi masalah dua hala. Hubungan dua hala (bilateral relations) atau
dikenali juga sebagai diplomasi dua hala (bilateral diplomacy) ialah hubungan atau
diplomasi yang dilakukan secara dua hala atau antara dua buah negara sahaja. Ia
merupakan jenis hubungan atau diplomasi yang paling lama dilaksanakan sejak
adanya konsep negara-bangsa dan interaksi antara negara-negara ini.
Diplomasi jenis ini dikatakan lebih efektif dan telus kerana hanya dua negara yang
terlibat membincangkan isu yang hanya ada kena mengena di antara kedua-duanya.
Ia juga dikatakan lebih efektif kerana kurangnya kerenah dan halangan yang bolehmembantutkan usaha-usaha ke arah persepakatan dan kerjasama. Diplomasi jenis
ini lebih mudah diuruskan kerana ianya melibatkan dua buah negara sahaja dan
segala permasalahan dapat diselesaikan secara perundingan atau perbincangan
bersama sekiranya kedua-dua negara berada dalam situasi hubungan yang baik.
Namun begitu, diplomasi dua hala ini sukar dilaksanakan dalam situasi tegang, iaitu
ketika wujudnya ketidaksefahaman di antara kedua-dua negara. Oleh itu, mereka
memerlukan pihak ketiga atau pihak luar untuk menjadi mediator (pemudahcara)bagi membantu menyelesaikan permasalahan tersebut.
8.1 China
Hubungan dua hala Malaysia-China telah menunjukkan peningkatan yang
signifikan dalam tempoh tiga dekad yang lalu. Hubungan diplomatik yang
terjalin antara kedua-dua negara ini bukan hanya dalam aspek keselamatan
dan kepentingan politik sahaja tetapi kini ianya merangkumi aspek ekonomi,
sosial dan sebagainya. Hubungan diplomatik yang lebih formal ini telah wujud
lebih 35 tahun yang lalu semasa zaman Tun Razak Hussein dan diteruskan
oleh Perdana Menteri Malaysia selepasnya sehinggalah kepada anak
Allayarham iaitu Dato Seri Najib Tun Razak. Beliau menyatakan bahawa
China kini dianggap sebagai negara gergasi dan memainkan peranan penting
dalam menangani kemelut ekonomi dunia. Beliau melihat bahawa China
merupakan negara trading partner yang penting dalam pembangunan
ekonomi negara Malaysia.
16 194707
-
7/22/2019 Soalan 2 Dasar Luar
17/25
-
7/22/2019 Soalan 2 Dasar Luar
18/25
GMGA 3033OPERASI DAN PENILAIAN DASAR AWAM
Kedua-dua pemimpin negara ini perlu menggalakkan interaksi antara
masyarakat kedua-dua negara bagi mengetahui scenario semasa kedua-dua
negara. Dengan adanya pendekatan seperti ini, masyarakat kedua-dua
negara lebih memahami permasalahan yang yang berlaku dan seterusnya
dapat memperkukuhkan semangat persaudaraan, kerjasama dan dapat
menjalinkan hubungan baik antara kedua-dua mereka. Secara
keseluruhannya, hubungan Malaysia-Singapura semakin bertambah erat dan
kukuh semasa era Dato Seri Najib kerana beliau melihat negara jiran,
Singapura sebagai sebuah negara trading patner yang penting kepada
Malaysia. Di samping itu, beliau melihat Singapura boleh membantu
meningkatkan ekonomi Malaysia terutama ekonomi di Johor dengan
membuat pelaburan dalam bidang-bidang yang tertentu, terutama di kawasan
Iskandar Malaysia. Beliau melihat bahawa konsep prosper thy neighbours
sangat penting dalam kita menjalinkan hubungan dua hala ini.
8.3 Jepun
Hubungan Malaysia-Jepun bukanlah suatu perkara yang baru dalam sejarah.
Berdasarkan penulisan-penulisan sejarah, hubungan Malaysia-Jepun telah
terjalin sejak beberapa abad yang lalu dan kini ianya lebih dominan dalam
aspek hubungan perdagangan dan ekonomi serta hubungan politik dan
sosial. Sejarah hubungan bilateral Malaysia-Jepun yang lebih moden bermula
apabila Perdana Menteri Jepun, Kishi Nobusuke melawat negara ini pada
tahun 1957, iaitu selepas negara mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957
dan seterusnya Tunku Abdul Rahman telah mengadakan lawatan balas ke
Jepun pada tahun 1958.
Pada zaman Tunku, Malaysia telah mengadakan beberapa perjanjian
ekonomi dengan negara matahari terbit tersebut. Perjanjian Perdagangan
Jepun-Persekutuann Tanah Melayu merupakan perjanjian ekonomi pertama
di antara kedua-dua negara dan selepas itu, kita terus mengadakan lagi
beberapa perjanjian ekonomi dengan Jepun yang bertujuan untuk menjalin
kerjasama dan membangunkan ekonomi negara ini.
Dalam era pemerintahan Tun Mahathir, hubungan Malaysia-Jepun mulamengorak langkah ke arah satu hubungan yang erat dan kukuh. Beliau telah
18 194707
-
7/22/2019 Soalan 2 Dasar Luar
19/25
-
7/22/2019 Soalan 2 Dasar Luar
20/25
GMGA 3033OPERASI DAN PENILAIAN DASAR AWAM
dan Amerika Syarikat bekerjasama dalam beberapa aspek utama seperti
hubungan perdagangan dua hala, kerjasama ekonomi serantau (ASEAN,
APEC, WTO) serta usahasama ketenteraan dalam menangani isu keganasan
samada di peringkat serantau dan antarabangsa (Pascoe, 1999). Hubungan
dua hala ini bukan hanya terhad kepada beberapa perkara di atas sahaja
malah kerjasama antara Malaysia dan Amerika Syarikat juga berkembang
dalam aspek pendidikan, pelancongan, perbankan dan perkhidmatan.
Sehubungan dengan itu mereka telah membincangkan pelbagai isu semasa
dunia, termasuklah juga Model Ekonomi Baru (MEB) yang diumumkan oleh
Najib tempoh hari yang bertujuan antara lainnya untuk menjadikan Malaysia
sebuah negara berpendapatan tinggi. Kedua-dua pemimpin itu begitu komited
dalam meningkatkan kerjasama antara kedua-dua negara memandangkan
hubungan ekonomi antara kedua-dua negara sangat menggalakkan. Amerika
Syarikat merupakan rakan perdagangan terbesar Malaysia dan negara ini
adalah rakan perdagangan ke-10 terbesar Amerika Syarikat (Berita Harian,
18 April 2010).
9.0 Isu-Isu Hubungan Luar
Malaysia amat menekankan usaha untuk meneruskan hubungan yang rapat dengan
negara-negara jirannya. Dalam hal ini, Malaysia telah mengambil pendekatan yang
konstruktif dalam usaha untuk menyelesaikan masalah-masalah yang berpanjangan
termasuklah tuntutan bertindih dan penentuan sempadan darat dan maritim. Setiap
usaha diplomasi yang telah dilakukan oleh Malaysia dibuat untuk memastikan
hubungan dua-hala Malaysia dengan jiran-jirannya tidak terjejas. Sebagai contoh,
Malaysia bersetuju membawa kes-kes tuntutan bertindih wilayah yang melibatkan
Singapura dan Indonesia ke Mahkamah Antarabangsa (ICJ). Ini menunjukkan
Malaysia sebenarnya bersedia dan bersungguh-sungguh untuk mencari jalan
penyelesaian demi menjaga hubungan dua-halanya. Selain itu, penubuhan
suruhanjaya bersama yang berasingan di antara Malaysia dan Brunei, Indonesia,
Filipina, Thailand, Laos dan Vietnam juga telah memberikan satu rangka kerja yang
berguna dalam membina kerjasama dua-hala yang di dalam pelbagai bidang.
Penekanan yang khas diberikan kepada hubungan Malaysia-Singapura. Potensi
kerjasama dua-hala yang terdapat dalam hubungan ini adalah amat luas. Walaupun
20 194707
-
7/22/2019 Soalan 2 Dasar Luar
21/25
GMGA 3033OPERASI DAN PENILAIAN DASAR AWAM
begitu, hubungan tersebut selalu diganggu oleh emosi yang tercetus dari lipatan
sejarah lampau. Oleh itu, kedua-dua belah pihak perlu lebih bertolak ansur di antara
satu sama lain. Hubungan dua-hala yang dijalankan perlu berteraskan formula
menang-menang supaya dapat meraih sokongan rakyat di kedua-dua negara.
Sebenarnya, hubungan Malaysia-Singapura perlu bertukar daripada acuan lamanya
kepada satu hubungan yang lebih matang, saling- bergantungan dan yang memberi
faedah bersama. Ini adalah penting kerana hubungan tegang antara kedua-dua
buah negara akan membawa kesan yang negatif ke atas komuniti serantau.
Hubungan dua-hala dengan negara-negara di rantau Asia, Afrika, Timur Tengah dan
Amerika Latin juga perlu diteruskan tanpa mengenepikan rakan dagang tradisi
Malaysia di benua Eropah dan Amerika. Jepun, Kesatuan Eropah Amerika Syarikat,Australia, Republik Korea akan terus menjadi rakan dagang kita yang utama dan
menjadi sumber pelaburan dan teknologi terutamanya dengan tertubuhnya koridor
raya multimedia di Malaysia. Satu-satunya negara yang terkecuali ialah Israel.
Malaysia akan hanya memikirkan untuk memulakan hubungannya dengan Israel
selepas satu perjanjian damai yang komprehensif dimeterai di antara Israel dan
Palestin. Pada peringkat sub-rantau, usaha yang lebih mantap akan dijalankan ke
arah menjayakan konsep pembangunan segitiga seperti IMT-GT, IMS-GT, danBIMP-EAGA. Usaha-usaha seumpama ini akan memberi peluang kemajuan kepada
kawasan-kawasan yang kurang membangun selaras dengan polisi memakmurkan
jiran (prosper-thy- neighbour) yang di aspirasi oleh Kerajaan.
Pada peringkat rantau pula, Malaysia akan terus berusaha untuk menjadikan
ASEAN sebagai satu pertubuhan serantau. Usaha ini termasuklah menyokong
segala bentuk kerjasama fungsian seperti ASEAN Mekong Development Co-
operation, menyokong peringkat awal AFTA dan juga perlaksanaan kawasan
pelaburan ASEAN.
Dalam situasi pasca perang dingin yang menyaksikan pertumbuhan kumpulan-
kumpulan kerjasama serantau dan keadaan keselamatan serantau yang tidak
menentu, Malaysia percaya bahawa pertubuhan ASEAN adalah mustahak bukan
sahaja kepada aspek ekonomi malahan kepada strategi pertahanan negara-negara
di dalam ASEAN itu sendiri. Kesejahteraaan, keamanan dan kestabilan ASEAN
bersama jiran-jirannya yang terdekat akan memberikan keamanan kepada seluruh
21 194707
-
7/22/2019 Soalan 2 Dasar Luar
22/25
-
7/22/2019 Soalan 2 Dasar Luar
23/25
GMGA 3033OPERASI DAN PENILAIAN DASAR AWAM
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu seharusnya terus menjadi effektif dalam
menangani isu-isu pembangunan global, keamanan dan keselamatan, aktiviti-aktiviti
kemanusian, krisis antarabangsa, kes-kes pencabulan undang-undang PBB dan
undang-undang antarabangsa dengan adil dan saksama. Dalam bidang ekonomi
pula, Malaysia akan terus mengambil sikap dan peranan yang aktif di dalam WTO.
Satu fenomena yang akan memberikan impak yang besar ke atas dasar luar
Malaysia di alaf baru ini ialah globalisasi. Cabaran terbesar kita adalah untuk
mengambil yang terbaik daripada proses globalisasi tersebut dan memberikan yang
terbaik kepada sistem tersebut. Ini seterusnya membolehkan kita menyumbang
kepada keamanan dan kestabilan dunia dan menunjukkan contoh negara yang
bertangungjawab kepada masyarakat antarabangsa. Walabagaimanapun,pengalaman Malaysia setakat ini dalam dimensi politik dan ekonomi yang dicetuskan
oleh proses globalisasi adalah kurang menyenangkan.
Dalam bidang politik, kita telah menyaksikan berakhirnya perang dingin.
Walaubagaimanapun, situasi keamanan dunia pada masa ini tidak membayangkan
ianya adalah sebuah tempat yang betul-betul selamat seperti yang diharapkan
selepas berakhirnya perang dingin. Persekitaran global yang aman seperti yang
diharapkan tidak dapat diwujudkan. Konflik-konflik yang lama masih lagi tidak dapat
diselesaikan dan sering kali menambahkan masalah dan ketegangan. Pada masa
yang sama, konflik-konflik yang baru dan yang lebih hebat implikasinya muncul dan
terus menimbulkan lebih banyak masalah. Bosnia Herzegovina, Kosovo, Timor-
Timor dan beberapa konflik di beberapa negeri di Afrika adalah contoh yang jelas
kepada kita. Isu-isu Palestin, Afghanistan dan Jammu dan Kashmir pula masih tidak
ada jalan penyelesaian. Disamping itu, dua isu penting yang lain termasuklah:
Terorisme yang terus mengancam nyawa dan harta benda mangsa yang tidak
bersalah; dan
Pertambahan pesat pembuatan senjata canggih yang mengundang prospek
perang nuklear, kimia dan biologi
Oleh kerana itu adalah amat penting bahawa dasar luar Malaysia bersedia dan
berusaha ke arah memastikan lebih banyak negara-negara menandatangani
perjanjian dan konvensyen antarabangsa seperti Nuclear Non-Proliferation Treaty
23 194707
-
7/22/2019 Soalan 2 Dasar Luar
24/25
-
7/22/2019 Soalan 2 Dasar Luar
25/25
GMGA 3033OPERASI DAN PENILAIAN DASAR AWAM
lantang dalam menangani sesuatu isu, namun, Malaysia tidak pernah serik untuk
berjuang mempertahankan pendirian kita.
Untuk terus relevan dengan keperluan negara, dasar luar negara tidak boleh statik.
Walaupun perubahan dalam keutamaan menjadi ciri asas bagi dasar luar negara
Malaysia, namun kesinambungan juga jelas kelihatan. Perubahan dan
kesinambungan ini memperlihatkan tahap keyakinan dan kematangan negara yang
lebih tinggi dalam mengendalikan hubungan antarabangsanya. Malah, kepimpinan
Malaysia turut diiktiraf dalam pelbagai isu yang menarik minat negara membangun.
Dasar Luar Malaysia Era Dato Seri Najib Tun Razak telah memperlihatkan
kesinambungan dasar luar Perdana Menteri sebelumnya, di mana Malaysia masih
menekankan pendekatan dasar luar yang proaktif di peringkat antarabangsa. Walau
bagaimanapun, Dato Seri Najib telah menekankan betapa pentingnya mengadakan
hubungan dua hala (diplomasi dua hala) dalam pendekatan dasar luar Malaysia.
Diplomasi dua hala dikatakan lebih efektif dan telus kerana ianya hanya melibatkan
dua negara dalam membincangkan isu-isu yang ada kena mengena di antara
kedua-dua negara tersebut. Di samping itu, ia juga dikatakan lebih efektif kerana
kurangnya kerenah atau halangan yang boleh membantutkan usaha-usaha ke arah
persepakatan dan kerjasama antara dua buah negara yang terlibat.
Namun demikian, walaupun wujudnya perubahan pemimpin dan pendekatan dalam
dasar luar Malaysia tetapi objektif dan matlamat negara tetap sama iaitu menjadikan
Malaysia sebagai sebuah negara yang maju dari segi ekonomi, stabil dari segi
politik, dihormati oleh semua masyarakat dunia dan mampu memberikan
sumbangan di arena antarabangsa. Bagi mencapai hasrat ini, Malaysia harus
mempunyai dasar luar yang bukan sahaja dinamik, tetapi juga berupaya mengubah
corak dan oreintasinya, selaras dengan maklumbalas yang diterima oleh Kerajaan
dan setimpal dengan tuntutan semasa. Dengan pendekatan ini diharapkan Malaysia
akan terus mengorak langkah menuju ke arah sebuah negara maju menjelang tahun
2020.