Download - Soalan Tugasan BMM3103
-
7/29/2019 Soalan Tugasan BMM3103
1/47
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
KAMPUS BATU LINTANG, KUCHING SARAWAK
TUGASAN BMM3103PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
NAMA GURU PELATIH : PATRICE ANN ANAK ABOT
NO. MATRIKS : 200707203
NO. KAD PENGENALAN : 890628-13-5240
KURSUS : PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN
AMBILAN JANUARI 2009
OPSYEN : BAHASA MELAYU
SEMESTER : DUA
TEMPOH KURSUS : 22 JUN 2009 30 NOVEMBER 2009
KOD MATA PELAJARAN : BMM3103
MATA PELAJARAN : PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
PENSYARAH PEMBIMBING : ENCIK WONG SHIA HO
JABATAN : JABATAN PENGAJIAN MELAYU
1
-
7/29/2019 Soalan Tugasan BMM3103
2/47
Halaman Pengakuan.
Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan
ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya .
Tandatangan:
Nama Penulis :
Tarikh :
2
-
7/29/2019 Soalan Tugasan BMM3103
3/47
Konsep pengujian, pengukuran dan penilaian.
Pengujian
Pengujian merupakan proses penyerahan set soalan yang piawai yang
perlu dijawab, atau set instrumentatauproseduryang bersistem bagi
mengukur sampel tingkah laku atau perubahan seseorang individu (murid).
Menurut Cronbach (1970), ujian ialah satu prosedur yang bersistem
untuk memerhatikan perlakuan atau tingkah laku seseorang individudan
membuat huraian dengan bantuan skala bernombor, atau satu sistem yang
berkategori.
Contohnya:
Skala bernombor seperti 30/100 untuk penglihatan.
Skala bernombor 100 untuk ujian darjah kecerdasan.
Skala bernombor 80/100 untuk ujian pencapaian bagi sesuatu mata
pelajaran.
Kepentingan pengujian bagi mengukur perubahan tingkah laku murid
dikukuhkan
oleh Milagros (1981) seperti yang dipetik dalam Raminah Haji Sabran (1991)
yang menegaskan bahawa:
Ujian adalah satu cara untuk mendapatkan contohan perlakuan yang
diperlihatkan oleh murid dalam keadaan yang dikawal atau
ditentukan.
Maklumat yang diperoleh daripadanya akan dijadikan dasar untuk
membuat penilaian dan pengadilan
(Raminah, 1991:2)
Hasil daripada jawapan yang diberikan oleh murid, satu ukuran yangdisebut
sebagai markah (skor) akan diberikan kepada individu berkenaan. Pengujian
menjelaskan kedudukan prestasi murid yang diuji.
Proses pengujian lazimnya bermula dengan peringkat persediaan, diikuti
dengan perlaksanaan (pentadbiran ujian) dan berakhir dengan pemeriksaan
3
-
7/29/2019 Soalan Tugasan BMM3103
4/47
skrip jawapan. Melalui proses pengujian inilah seseorang guru dapat mengetahui
sama ada murid-muridnya telah menguasai sejumlah kemahiran yang dipelajari.
Pengukuran
Pengukuran bermaksud sebagai suatu proses mendapatkan penjelasan
secara numerik atau melalui angka tentang sebanyak mana individu atau murid
mempunyai sesuatu ciri yang diukur dengan menggunakan instrumen.
Pengukuran adalah langkah menentukan tahap sejauh mana seseorang individu
memiliki sifat-sifat tertentu.
Misalnya, guru mewakilkan sesuatu indeks berbentuk angka kepada prestasi
seseorang individu supaya status individu berkenaan lebih tepat dapat mewakili
sifat tertentu.
Pengukuran boleh dilaksanakan tanpa pengujian. Misalnya, proses
mendapatkan maklumat berbentuk kuantitatif menggunakan proses pencerapan
atau penggunaan skala pemeringkatan.
Seperti pengujian, pengukuran tidak bersifat mutlak. Pengukuran
ketinggian mental seseorang individu sudah tentu lebih sukar dan tidak dapat
dilakukan dengan tepat berbanding dengan pengukuran ketinggian fizikal
seseorang individu yang menggunakan alat ukur yang tepat seperti penggunaanpembaris.
Sebagai contoh, seseorang murid yang mendapat skor 90 tidak boleh
dianggap mengetahui 2 kali ganda murid yang mendapat skor 45 walaupun
90 itu 2 kali angka 45. Sementara murid yang mendapat skor sifar pula
tidak juga boleh dianggap sebagai tidak mempelajari sebarang perkara
atau tidak memahami sesuatu pelajaran yang dilalui.
Hal ini jelas menunjukkan pengukuran aspek berkenaan bukanlah petunjuk yang
tepat sebagaimana mengukur ketinggian murid menggunakan kayu ukur atau
pembaris.
Oleh yang demikian, guru harus menggunakan instrumen yang tepat bagi
menghasilkan keputusan yang tepat. Jika instrumen yang digunakan cacat,
maka hasil yang diperoleh daripada ukuran yang dijalankan itu juga tidak tepat.
4
-
7/29/2019 Soalan Tugasan BMM3103
5/47
Penilaian
Penilaian boleh didefinasikan dengan banyak cara. Menilai boleh
dianggap sebagai proses membuat pertimbangan atau membuat keputusan
dalam memberikan nilai, mutu, kualiti, harga bagi sesuatu benda dan perkara.
Stufflebeam et al. (1971:xxv) menyatakan penilaian sebagai the process of
delineating, obtaining, and providing useful information for judging
decision alternatives.
Gay(1985) berpendapat bahawa penilaian ialah satu proses yang
dianggap bersistem semasa mengumpul dan menganalisis data bagi
menentukan sama ada sesuatu objektif yang ditetapkan itu telah tercapai. Hal ini
bertujuan untuk membolehkan guru dapat membuat pertimbangan atau
keputusan yang tepat berhubung dengan pengajaran dan pembelajaran.
Phopam (1975) mentafsirkan penilaian yang bersistem mestilah
mengandungi satu tafsiran yang formal tentang nilai fenomena pendidikan.
Secara menyeluruh, penilaian pendidikan mencakupi aspek-aspek seperti hasil
pengajaran, program pengajaran dan matlamat ke arah usaha pengajaran itu
ditentukan.
Dalam sesuatu bilik darjah, apabila guru memberikan ujian, adakah guru
berkenaan mengukur atau menilai pencapaian murid?
Dalam keadaan ini, kita boleh mengatakan bahawa guru sebenarnya
mengukur pencapaian murid melalui ujian yang dijalankan. Tindakan susulan
yang dilakukan oleh guru itu berserta maklumat lain yang berkaitan untuk emnilai
prestasi murid berkenaan. Dalam sesetengah keadaan, penilaian dibuat tanpa
sebarang pengukuran yang melibatkan ujian terlebih dahulu; tetapi hanya
melibatkan pertimbangan nilai semata-mata.
Hal ini jelas menunjukkan bahawa penilaian boleh dijalankan dengan
menggunakan maklumat atau data yang berbentuk kuantitatif atau data
berbentuk kualitatif ataupun yang melibatkan kedua-duanya sekali.
Secara kuantitatif, maklumat yang diperoleh melalui penilaian dinyatakan
dalam bentuk angka dan maklumat ini boleh disusun, dikemaskini serta
diringkaskan dalam kaedah yang lebih mudah difahami.
5
-
7/29/2019 Soalan Tugasan BMM3103
6/47
Secara kualitatif, maklumat dapat dinyatakan dan dihuraikan tanpa
menggunakan nombor-nombor. Contohnya, Ani menyelesaikan tugas
yang diberikan oleh guru dengan kemas.
Secara ringkas, prosedur penilaian mengandungi aspek pengujian,
pengukuran, penganalisisan serta merumuskan data yang diperoleh.
Rajah 1.1 Prosedur Penilaian.
Pentaksiran
Popham (2000) berpendapat istilah pengukuran, pengujian dan
penaksiran digunakan silih berganti dan dianggap sebagai sinonim. Pentaksiran
melibatkan proses membuat keputusan berdasarkan suatu peraturan atau
piawaian dan merupakan sebahagian daripada proses pembelajaran.
Dalam konteks pendidikan, pentaksiran dianggap sebagai suatu proses
pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod,
memberikan skor (markat) dan menterjemah maklumat pembelajaran murid bagi
tujuan tertentu.
6
Persediaan Ujian
Pentadbiran Ujian
Pemeriksaan dan Pengukuran
Analisis Ujian
Interpretasi dan Tindakan Susulan
-
7/29/2019 Soalan Tugasan BMM3103
7/47
Hasil pentaksiran dinyatakan dalam bentuk skor. Skor mestilah sah dan
boleh dipercayai untuk memastikan keadilan kepada murid serta mengekalkan
kewibawaan institusi pentaksiran.
Kesimpulannya, dasar penting bagi pencapaian pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan adalah melalui langkah-langkah pengujian,
pengukuran dan penilaian yang tepat dan berkesan yang dijalankan oleh guru di
bilik darjah. Justeru, kecekapan guru dalam membangunkan instrumen
pengujian dan penilaian amat penting malah sama pentingnya dengan
penguasaan guru terhadap Kurikulum yang diajar bagi menjamin keberkesanan
pengajaran dan pembelajaran.
7
-
7/29/2019 Soalan Tugasan BMM3103
8/47
Penentuan bentuk tingkah laku murid yang ingin dicapai disebut sebagai
objektif atau matlamat. Perubahan yang ingin dicapai boleh digambarkan melalui
aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan dengan tersusun dan rapiserta kemajuan murid ang dinilai dari semasa ke semasa dengan menggunakan
ujian sebagai salah satu instrumen penilaian. Prosedur yang dijalankan dalam
menilai murid dapat menentukan sejauh mana berkesannya aktiviti pengajaran.
Guru bertanggungjawab menetapkan apa yang harus dilakukan (objektif
pengajaran) dan menentukan apa yang harus dipelajari oleh murid (objektif
pembelajaran). Objektif pengajaran dan objektif pembelajaran pada asasnya
adalah sama. Namun begitu, objektif pengajaran menyatakan perlakuan guru
manakala objektifpembelajaran menyatakan perlakuan murid.
Contoh objektif pengajaran;1. Menyatakan sebab-sebab berlakunya sesuatu perkara, hal atau keadaan.
2. Memberikan penerangan cara merumuskan karangan.
3. Mengawasi murid beratur untuk masuk ke bilik darjah.
Contoh objektif pembelajaran;1. Murid dapat menyebut bunyi vokal dan konsonan dengan betul.
2. Murid dapat menjawab 7 daripada 10 soalan pemahaman.
3. Murid dapat menyenaraikan luma haiwan yang berdarah panas.
Biasanya dalam pembentukan objektif atau jenis hasil pembelajaran yang
perlu ditunjukkan bergantung kepada beberapa domai atau bidang yang
diberikan penekanan.
Terdapat 3 domain dalam aktiviti pendidikan, iaitu;
1. Domain kognitif melibatkan perkembangan kemahiran kebolehan intelek
murid.
2. Domain afektif melibatkan perkembangan sikap dan nilai murid.
3. Domain psikomotor melibatkan perkembangan kemahiran dan
kebolehan fizikal atau otot.
8
Objektif pengajaran
-
7/29/2019 Soalan Tugasan BMM3103
9/47
9
-
7/29/2019 Soalan Tugasan BMM3103
10/47
Taksonomi Bloom, 1989
Pemeringkatan dalam Taksonomi Bloom membahagikan aspek atau
domain kognitif kepada enam (6) peringkat dengan susunan bermula daripada
asas kepada yang lebih tinggi atau daripada peringkat mudah kepada peringkat
yang lebih sukar.
1. Pengetahuan
Peringkat ini mencakupi semua perilaku yang memfokus pada
pengenalan dan pengingatan idea, pendapat, prinsip, bahan, prosedur dan
peristiwa yang berlaku (Abu Bakar Nordin, 1986). Dalam konteks pembinaan
soalan ujian, guru kerap membina soalan pada peringkat pengetahuan sahaja.
Keadaan ini tidak menggalakkan murid untuk berfikir dengan serius dan
mendalam.
Peringkat Konsep Ciri-ciri Kata kunci
Pengetahuan Mengukur kebolehanmurid untuk mengingatiatau mengenalimaklumat dalam bentukyang sama seperti yangdipersembahkankepadanya sebelumini.
- menggunakan prosesmental pengetahuan.- maklumat ataukandungan yangserupa denganpengajaran guru danbuku teks.
- soalan tidakmemerlukan calonmengatur isi dalambentuk baharu.
Siapa
Apa
Di mana
Bila
Definisi
Contoh soalan;
1. Siapakah nama Perdana Menteri Malaysia yang keempat?
(A) Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj
(B) Tun Dr. Mahathir Mohamad
(C) Datuk Seri Najib Tun Razak(D) Datuk Khalid Mohd. Jiwa
(Jawapan; B
10
-
7/29/2019 Soalan Tugasan BMM3103
11/47
2. Kefahaman
Aspek kefahaman bermaksud objektif, perlakuan, jawapan, dan tindakan
yang menunjukkan pengertian yang bermakna. Pemahaman boleh dibahagikan
kepada beberapa aspek iaitu menterjemah, mengintrepretasi, dan ekstrapolasi
(membuat anggaran).
Peringkat Konsep Ciri-ciri Kata kunci
Kefahaman Mengukur kebolehanseseorang muridmenggunakanmaklumat yangdiperoleh (terdahulu)untuk menyelesaikanmasalah yang baru.
- soalan memerlukanpenggunaan prosesmental melalui langkahterjemahan, tafsirandan ekstrapolasi.- calon menyatakankefahaman dalam ayatatau perkataan sendiri.
Huraikan
Bandingkan
Bezakan
Nyatakan dengan
perkataan sendiri.
Contoh soalan;
2. Adi dipilih sebagai ketua murid kerana dia mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang baik.
(A) Mengapakah Adi dipilih sebagi setua murid?
(B) Bilakah Adi dipilih sebagai ketua murid?
(C) Bagaimanakah cara Adi dipilih sebagai ketua murid?
(D) Siapakah yang dilantik sebagai ketua murid?
(Jawapan: A
3. Aplikasi
Aplikasi bermaksud penguasaan ciri-ciri yang terdiri daripada konsep,
prinsip, teori, hukum, prosedur dan cara am dalam situasi khusus dan situasi am
(Abu Bakar Nordin, 1986).
Dalam konteks pembinaan ujian, soalan pada aras ini bertujuan
menentukan sama ada murid dapat memilih pengetahuan yang bersesuaian
serta menggunakan dengan betul dalam menyelesaikan masalah yang baharu
dihadapi.
11
-
7/29/2019 Soalan Tugasan BMM3103
12/47
Peringkat Konsep Ciri-ciri Kata kunci
Aplikasi Soalan pada aras inibertujuan untukmenentukan sama adamurid dapat memilih
pengetahuan yangbersesuaian sertamenggunakannyadengan betul dalammenyelesaikanmasalah baru.
- soalan menggunakanproses mental aplikasi.- objektif memerlukan3 frasa, kebolehan
menggunakan,prinsip/generalisasidan masalah/ situasibaharu.
Gunakan
Pilih
Buat
Kira
Selesaikan
Contoh soalan:
Griffen menyidai pakaian yang telah dibasuh di ampaian
3. Berdasarkan penyataan di atas, manakah antara yang berikut membantu
mempercepat pengeringan pakaian itu?
I Sejuk
II Berangin
III Mendung
IV Panas
(A) I dan II sahaja (C) II dan IV sahaja
(B) I dan III sahaja (D) III dan IV sahaja
4. Analisis
Peringkat analisis mempunyai fungsi tertentu dengan membahagi dan
menentukan bahagian-bahagian kecil atau unsur bagi sesuatu perkara yang
dikemukan dan memperlihatkan pertalian unsur-unsur itu.
Peringkat Konsep Ciri-ciri Kata kunci
Analisis Murid dapat
menentukan unsurdengan mencari buktiuntuk menyokongkesimpulan yangdiberi.
- soalan menggunakan
proses mental analisis.- situasi masalahbaharu, tidak biasadan berbeza daripadapengajaran.- memerlukan fikirankritis.
Mengana
Kenapa Apakah factor
Rumuskan
Buktikan
12
-
7/29/2019 Soalan Tugasan BMM3103
13/47
Contoh Soalan:
4. Mengapakah perokok berisiko tinggi untuk menghidap pelbagai jenis penyakit ?
(A) kerana asap rokok mengandungi bahan nimia yang beracun.
(B) kerana rokok mengandungi kuman.
(C) Kerana asap rokok yang disedut telah tercemar.
(D) Kerana perokok akan mengurangkan makan makanan berkhasiat.
5. Sintesis
Sintesis membawa makna penggabungan unsur dan bahagian spaya
komunikasi itu lebih berstruktur dan tersusun.
Peringkat Konsep Ciri-ciri Kata kunciSintesis Murid dapat menyusunidea dan membericadangan melaluiandaian,analisis danhubungan dengan apayang telah dipelajari.
- masalah, tugas atausituasi baharu kepadapelajar atau berbezadaripada pengajaran.- diselesaikan dalambentuk day kreatif yangtinggi.
Ramalkan
Hasilkan
Tuliskan,
cadangkan apaakan berlaku
Contoh soalan:
6. Raju mempunyai RM345. Dia membeli sebuah topi dengan harga RM12.50 dan 2
helai baju. Selepas membayar barangan tersebut, baki wangnya masih ada RM180.Berapakah harga sehelai baju yang dibelinya?
(A) RM 55.00
(B) RM 76.25
(C) RM 82.50
(D) RM 152.50
13
-
7/29/2019 Soalan Tugasan BMM3103
14/47
7. Penilaian
Penilaian memerlukan murid tahu akan kriteria yang digunakan bagi
menilai perkara yang berlainan. Murid membuat pertimbangan bagi sesuatu
tujuan atau idea, hasil kerja, penyelesian bahan dan sebagainya.
Peringkat Konsep Ciri-ciri Kata kunci
Penilaian Murid akan dapatmembuatpertimbangan tentangnilai untuk sesuatutujuan atau idea.
- situasi masalah yanghendak dinilai mestilahbaharu.- soalan pengujianproses mentalperingkat penilaian.- mutu penilaian bolehdibandingkan denganpenilaian pakar.
- soalan dibentukberdasarkan 3bahagian;
Apa yang hendak
dinilai
Arahan tidak balas
Kriteria yang
digunakan dalampenilaian itu
Pertimbangkan
Tafsirkan
Tentukan
Pertahankan
Contoh soalan:
Para nelayan di negara kita kurang berkemampuan dari segi ekonomi. Kebanyakan
mereka masih menggunakan peralatan tradisional. Pada musim tengkujuh pula mereka
tidak dapat turun ke laut. Masalah-masalah inilah yang menjadi durikepada para
nelayan kita yang menyebabkan pendapatan mereka terjejas
6. menjadi duri dalam petikan dapat dimaksudkan sebagai ........
(A) menjadi penghalang
(B) menjadi penyebab
(C) menjadi punca
(D) menjadi peringatan
14
-
7/29/2019 Soalan Tugasan BMM3103
15/47
15
-
7/29/2019 Soalan Tugasan BMM3103
16/47
Domain Krathwol
Domain Krathwol juga dikenali sebagai domain afektif (objektif afektif).
Domain ini mempunyai pertalian dengan perasaan, emosi, minat, sikap,
penghargaan dan nilai.
Dari segi praktisnya dalam bilik darjah, guru mungkin jarang menulisnya
dalam buku rekod pengajaran berbanding dengan objektif kognitif.
1. Penerimaan
16
Mempunyai sifat-sifat kesediaan untuk
menerima sesuatu yang ditimbulkan.
Bermula dengan kesedaran.
Setelah sedar, individu menerima
rangsangan dan cuba untuk membezakan
setiap rangsanagn yang diterima.
Contoh: Murid dapat membezakan isi
pelajaran yang dikemukakan oleh guru.
-
7/29/2019 Soalan Tugasan BMM3103
17/47
Penerimaan dianggap sebagai mempunyai sifat-sifat kesedaran untuk
menerima sesuatu. Peringkat ini bermula dengan kesedaran. Selepas menerima,
individu akan menunjukkan kesediaan menerima iaitu individu berkenaan tidak
berusaha melarikan diri daripada ransangan yang diterima. Seterusnya, individu
berkenaan akan mula mengambil bahagian sacara terkawal atau terpilih dan
akan cuba membezakan setiap ransangan yang diterima.
2. Gerak Balas
Gerak balas wujud apabila individu mempunyai motif atau tujuan dan
minat sendiri dalam mengaitkan dirinya dengan sesuatu ransangan atau
menimbulkan kesan terhadap sesuatu perkara yang menjadi peransang. Pada
peringkat ini, individu akan bertindak balas mengikut arahan yang diterima bagi
menghasilkan kepuasan dirinya.
3. Penilaian
17
Wujud apabila seseorang bertindak balas
terhadap rangsangan yang diterima
disebabkan motif sendiri / arahan orang lain.
Tindak balas yang dilakukan melahirkan rasa
puas
Contohnya, murid mendapat kepuasan
daripada sesuatu aktiviti yang dilakukannya.
Seseorang memahami nilai sesuatu perbuatan
yang dilakukannya kepada masyarakat
Nilai yang ditunjukkan bersifat stabil dan menjadi
landasan setiap perlakuannya.
-
7/29/2019 Soalan Tugasan BMM3103
18/47
Dalam konteks ini, semua perkara seperti peristiwa, benda dan interaksi
mempunyai nilai yakni nilai yang dipegang oleh masyarakat. Niali yang
ditunjukkan bersifat stabil dan memperlihatkan tingkah laku yang dilakukan boleh
dijangka kerana menjadi landasan setiap perlakuan yang ditunjukkan.
4. Organisasi
Peringkat organisasi atau penyusunan memperlihatkan penyusunan nilai
yang banyak kepada satu sistem nilai yang lebih praktikal. Terdapat dua bentukiaitu mengkonsepsualisasikan nilai dan mengelola sistem nilai dengan memilih
dan menyusun nilai-nilai menjadi satu sistem nilai.
5. Perwatakan
Bil Bentuk Penilaian Maksud
1 Penerimaan nilai Menerima semua nilai yang
terdedah kepada individu.
2 Pemilihan nilai Memilih nilai yang tertentu untuk
didedahkan kepada orang lain
3 Komitmen Memegang teguh kepercayaan dan
mempertahankannya daripada
sebarang cabaran
18
Organisasi nilai yang banyak kepada satu
sistem nilai yang lebih praktikal.
Terbahagi kepada dua bentuk:
Mengkonsepsualisasi nilai melihat pertalian
antara nilai-nilai.
Mengelola sistem nilai memilih dan
menyusun nilai menjadi satu sistem nilai.
Seseorang dapat mematuhi nilai yang
bermakna dengan kekal mengamalkannya
sebagai satu cara hidup.
Peringkat ini memperlihatkan:
Perwatakan yang mirip kepada nilai tertentu
seperti dapat membuat keputusan dengan
sendiri.
Mempunyai nilai sistem tersendiri, iaitu
mempunyai falsafah atau prinsip hidupnya.
-
7/29/2019 Soalan Tugasan BMM3103
19/47
Pada peringkat ini, seseorang individu atau murid dapat mematuhi
sesuatu nilai yang bermakna dengan mengamalkannya sebagai satu cara hidup.
Contoh soalan berdasarkan Domain Krathwohl.
Baca puisi dibawah dan jawab soalan yangdisediakan.
Tenang-tenang air di laut,Sampan koleh mudik ke tanjung,Hati terkenang mulut menyebut,Budi sedikit rasa nak junjung.
Pisang emas dibawa belayar,Masak sebiji di atas peti,Hutang emas boleh dibayar,
Hutang budi dibawa mati.
19
-
7/29/2019 Soalan Tugasan BMM3103
20/47
Tanam serai tanam halia,Tanam juga pokok sengkuang,Orang berbudi disanjung mulia,Ke mana pergi tiada terbuang.
Cantik sungguh gelang suasa,Mari dipakai apabila berjalan,Hidup perlu berbudi bahasa,Banyak terdapat handai taulan.
Tahap-tahap soalan1) Penerimaan
Penerimaan merupakan satu bentukkesediaan atau penerima sesuatu yang
ingin disampaikan.
Hayati pantun di atas.
2) Gerak balasMurid akan bertindak balas terhadapransangan kerana dia mempunyaimotif. Motif ini adalah motif ingin tahu.Gerakbalas pada mulanya atas arahanterpaksa dan akhirnya akan menjadikepuasan.
Apakah yang berlaku dalam pantuntersebut?
3) MenilaiSesorang itu memahami nilai sesuatuperbuatan yang dilakukannya kepada
masyarakat. Nilai atau motif ini bolehdianggap motif luaran atau menjadilandasan kepada setiap individu.
Nyatakan nilai-nilai yang dipelajaridaripada pantun tersebut.
4) OrganisasiSeseorang itu boleh menyusun semulasesuatu nilai kepada suatu set susunanyang sistematik.
Nyatakan pengajaran yang terdapatdalam pantun tersebut.
-
7/29/2019 Soalan Tugasan BMM3103
21/47
-
7/29/2019 Soalan Tugasan BMM3103
22/47
Taksonomi SOLO
Perkataan solo merupakan akronim daripada bahasa Inggeris Structure
of Observed Learning Outcomes (SOLO).
5 aras Taksonomi Solo
1) Prestructural
Jawapan mengandungi maklumat yang tidak berkaitan.
2) Unistructural
Jawapan mengandungi satu maklumat yang berkaitan.
-
7/29/2019 Soalan Tugasan BMM3103
23/47
3) Multistructural
Jawapan mengandungi beberapa maklumat yang berkaitan.
4) Relational
Jawapan mengandungi hubung kait di antara maklumat yang berkaitan.
5) Extended Abstract
Jawapan tidak hanya meliputi maklumat berkaitan tetapi merangkumi maklumat
tambahan.
-
7/29/2019 Soalan Tugasan BMM3103
24/47
-
7/29/2019 Soalan Tugasan BMM3103
25/47
Jadual penentuan ujian (JPU) menghuraikan aspek-aspek pencapaian
yang hendak diukur serta memberikan panduan untuk mendapatkan satu sampel
item-item soalan. Pembinaan ujian yang akan dijalankan hendaklah mengikut
perancangan dan keperluan spesifikasi ujian yang telah ditetapkan. JPU bukan
sahaja membantu mengenal pasti kandungan pelajaran yang diajar tetapi turut
mengenal pasti objektif pelajarn bagi setiap tahap domain objektif berdasarkan
Taksonomi Bloom.
Enam elemen yang perlu diketahui sebelum membina jadual penentuan
ujian bagi ujian ialah:
1. keseimbangan sasaran ujian
2. keseimbangan tahap pembelajaran
3. format ujian
4. jumlah item
5. bilangan item ujian bagi setiap sasaran tahap pembelajaran
6. kebolehan kemahiran yang dipilih bagi setiap rangka kerja
JPU merupakan satu blue-printujian yang perlu dibina dan hanya setelah
pembina dapat menetapkan jenis dan kandungan ujian yang hendak dibina.
Dalam proses membina ujian, ujian yang sah dan boleh dipercayai mestilah
mengikut prosedur berikut:
1. Merancang ujian.
2. Menggubal ujian.
3. Memilih dan menyelaras soalan.
4. Memprauji soalan.
5. Memasang kertas soalan.
Dalam pembinaan Jadual Penentuan Ujian, langkah-langkah berikut
hendaklah diikuti.
Langkah 1 Mengkaji Sukatan Pelajaran
Sukatan pelajaran dikaji untuk
mendapatkan maklumat yangmenyeluruh tentang
Aspek yang dianalisis:
Skop dan kedalaman kajian
pada sesuatu tajuk.
Pendekatan yang telah diambil
Jadual Penentuan Ujian
-
7/29/2019 Soalan Tugasan BMM3103
26/47
kurikulumyang telah dibina.
Kandungan sukatan pelajaran
dianalisis untuk menentukankepentingan tiap-tiapkandungan.
dalam pengajarn sesuatu tajuk.
Kepentingan bandingan antara
satu tajuk dengan tajuk yanglain.
Kekompleksan sesuatu tajuk.
Masa pengajaran yang diberibagi sesuatu tajuk.
Langkah 2 Menganalisis Objektif Pelajaran
Objektif pelajaran dianalisis
untuk menentukan jenis-jeniskemahiran dan tahapkesukaran yang perlu diuji.
Maklumat daripada analisis
amat penting kepadapenggubal soalan danpenggubal ujian.
Dengan ini sifat ujian dan
bilangan soalan dapatditentukan.
Selain itu, aras kemahiran dan
kesukaran soalan yang diujijuga dapat ditentukan.
Tiga paksi utama:1. Paksi kandungan
Tajuk
Subtajuk
2. Paksi kemahiran
Aras kemahiran
3. Paksi wajaran
Peratusan pemberatan setiap
tajuk
Bilangan soalan
Kepentingan Jadual Penentuan Ujian (JPU)
Lazimnya Jadual Penentuan Ujian dibina untuk memudahkan proses
pembinaan dan penggubalan kertas ujian supaya kemas dan teratur. JPU yang
lengkap dibina amat membantu penggubal soalan dan pembina ujian. Antara
kepentingan JPU termasuklah:
i) Ujian yang akan dibina adalah bersistem.
ii) Kesahan dari segi pensampelan sukatan pelajaran adalah terjamin.
iii) Taburan tajuk adalah seimbang, dan pelajar diuji pada keseluruhan
kurikulum.
iv) Taraf, mutu dan aras kesukaran ujian dapat dikekalkan dari
setahun ke setahun, walaupun dibina oleh pembina yang berlainan.
v) JPU dijadikan panduan kepada penggubal soalan dan pembina
ujian.
-
7/29/2019 Soalan Tugasan BMM3103
27/47
vi) Dapat mengelakkan ujian yang dibina secara sembarangan dan
dapat dilakukan secara terancang dan rapi.
vii) Dalam JPU, bilangan soalan bagi sesuatu tajuk diberi berdasarkan
pentingnya tajuk atau objektif pelajaran serta perbandingan dapat
dibuat antara satu ujian dengan ujian yang lain.
-
7/29/2019 Soalan Tugasan BMM3103
28/47
Berdasarkan tajuk tugasan, saya telah menyiapkan Jadual Penentuan
Ujian yang telah digunakan sebagai rujukan dan panduan dalam pembinaan
soalan ujian. Bilangan soalan ialah sebanyak 40 soalan objektif dan mengikut
format ujian UPSR bagi murid tahun 6. Soalan objektif ini merangkumi semua
tajuk yang telah dipelajari, yakni 30 soalan tatabahasa dan 10 soalan
berdasarkan petikan pemahaman.
Kriteria Bilangan soalan Nombor soalan
Tatabahasa 30 1 30
PetikanPemahaman 1
(Ucapan)5 31 - 35
Petikan
Pemahaman 2(Rencana)
5 36-40
Analisis bilangan soalan tatabahasa adalah seperti berikut:
Bil Item soalan Bilangan soalan
1. Kata ganti nama 4
2. Kata tugas 2
3. Kata ganda 1
4. Peribahasa 1
5. Simpulan bahasa 1
6. Penjodoh bilangan 1
7. Sinonim 1
8. Antonim 1
9. Imbuhan 2
10. Penggunaan kata yang tepat 7
11. Ayat yang sama maksud 2
12. Membentuk jawapan 1
13. Membina soalan 1
14. Penggunaan kata dalam ayat 3
15. Memilih ayat yang betul 2
Jumlah 30
-
7/29/2019 Soalan Tugasan BMM3103
29/47
Nama: Kelas:
SEKOLAH KEBANGSAAN SEMATAN
PEPERIKSAAN PERCUBAAN UPSR 2009
BAHASA MELAYU TAHUN ENAM
BAHASA MELAYU
PEMAHAMAN
Lima puluh minit
JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU
1.Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan.
2. Jawab semua soalan.
3. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan iaitu A, B, C
dan D. Bagi setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja.
-
7/29/2019 Soalan Tugasan BMM3103
30/47
Soalan 1 19
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
Soalan 1 berdasarkan gambar di bawah.
1. Puan kalsom sedang .. pakaian anaknya yang koyak
menggunakan jarum.
A menyulam C mengait
B menjahit D menenun
2. Penonton yang hadir di Istana Budaya terpesona mendengar suara
Datuk Sharifah Aini yang merdu ketika mendendangkan
lagu.
A biduanita C usahawan
B seniman D peragawati
3. Walaupun sudah berusia hampir 100 tahun, namun istana lama di atas
Bukit Payung itu masih .
A teguh C kentalB gagah D mantap
-
7/29/2019 Soalan Tugasan BMM3103
31/47
4. Melaya berasa sungguh gembira apabila mendapat kad undangan ke
majlis perkahwinan .................... sahabat lamanya yang menetap di
Sabah ................. minggu hadapan.
A dari ... pada C daripada ... pada
B dari ... di D daripada ... di
5. Mengapakah asyik termenung sahaja, Shiela? Ada apa-
apa yang boleh .. bantu? tanya Raffi kepada Shiela.
A kita awak C mereka ... saya
B anda ... kami D awak saya
6. Majlis Ramah Mesra itu diadakan bertujuan perpaduan
antara penduduk yang tinggal di taman perumahan itu.
A pengukuhan C mengukuhkan
B kekukuhan D berkukuh
Soalan 7 berdasarkan gambar di bawah.
7. .... datuk sudah tua, .. dia masih kuat bekerja
di kebunnya.
A Walaupun tetapi C Sekiranya ... sehingga
B Apabila namun D Meskipun ... lantaran
-
7/29/2019 Soalan Tugasan BMM3103
32/47
8. Beribu-ribu ekor ayam yang dijangkiti penyakit selsema burung
terpaksa dimusnahkan kerana .................. akan merebak kepada
manusia.
A dihadapi C dikhuatiri
B diingati D disyaki
9. Mary dan Norhadi mendapat ................... lipas kudung kerana mereka
melakukan kerja dengan pantas.
A hebahan C gelaran
B panggilan D pameran
10.Gotong-royong membersihkan sungai di hujung kampung itu
dilakukan oleh sekumpulan .....................
A wartawan C angkasawan
B sukarelawan D dermawan
Soalan 11 berdasarkan gambar di bawah.
11.Siti dan Baiziela . apabila melihat seorang lelaki yang
tidak siuman berhampiran mereka.
A berbisik-bisik C berbual-bual
B berangan-angan D berebut-rebut
-
7/29/2019 Soalan Tugasan BMM3103
33/47
12. ...................... hanyalah rakyat biasa di negeri Melaka ini, Kata
Damak kepada Bentayan.
A Baginda C Hamba
B Beta D Patik
13.Puan Mary ....................... dulang yang berisi minuman untuk
suaminya yang baru pulang dari pekan.
A menggelek C menggalas
B menatang D menjinjing
14.Air di dalam perigi itu sudah ....................... kerana musim kemarau
yang melanda.
A porak peranda
B tunggang-langgang
C gundah-gulana
D kering-kontang
15.Mangsa-mangsa ........................ itu menerima bantuan makanan
daripada pihak kerajaan.
A. kebakaran C membakar
B pembakaran D terbakar
16........................... jenis makanan disediakan kepada pengunjung yang
datang ke gerai itu.
A Sesetengah C Beberapa
B Pelbagai D Seluruh
-
7/29/2019 Soalan Tugasan BMM3103
34/47
17.Pasukan bola sepak Sekolah Kebangsaan Daik sukar ditewaskan
kerana mempunyai beberapa orang pemain yang merupakan
dalam pasukan tersebut.
A kaki ayam C kaki bangku
B ayam tambatan D ayam jantan
18. Sedap betul masakan gulai ayam yang emak buat ini,
kata Steven kepada Habib.
A patik C dia
B mereka D awak
19.Penduduk yang tinggal di perkampungan nelayan di Pulau Pangkor itu
saling membantu . dalam kehidupan sehari-harian
mereka.
A seperti isi dengan kuku C seperti cincin dengan permata
B seperti aur dengan tebing D seperti bulan dengan matahari
20.Pak Wan tidak segagah dahulu lagi kerana usianya yang sudah lanjut.
Perkataan seerti bagi gagah ialah
A pegun C perkasa
B tegap D lemah
21.Zaharin berani datang ke rumah usang itu walaupun banyak cerita
yang didengarinya tentang kejadian seram di rumah itu.
Perkataan berlawan bagi usang ialah
A baru C besar
B buruk D kecil
-
7/29/2019 Soalan Tugasan BMM3103
35/47
Soalan 22 24
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.
22. I Encik Hapni tidak dapat minum kopi itu kerana masih hangat.
II Persembahan kebudayaan pelbagai kaum itu mendapat
sambutan hangat daripada penonton.
III Berita tentang pendaki negara berjaya sampai ke puncak
Gunung Everest masih hangat.
IV Beberapa buah bot nelayan hangat akibat dilanda tsunami.
A I dan II C I, II, dan III
B II dan III D II, III, dan IV
23. I Semua murid dapat menjawab peperiksaan itu kerana soalan
yang dikemukakan sangat senang.
II Amirah tidak berani mengganggu kakaknya yang senang tekun
mengulang kaji pelajaran.
III Rumah suzi hanya terletak senang beberapa buah rumah
daripada rumah saya.
IV Tok Wan senang hati apabila melihat padinya sedang
menguning.
A I dan II C I dan IV
B I dan III D I, II, dan III
24. I Peserta aktiviti iti terpaksa menarik kenderaan pacuan empat
roda yang rosak itu sejauh satu kilometer.
-
7/29/2019 Soalan Tugasan BMM3103
36/47
II Ziela terpaksa menarik diri daripada menyertai aktiviti
perkhemahan Persatuan Tunas Puteri itu kerana diserang
demam campak.
III Pak Taib turun ke Sungai Pahang lalu menarik perahunya ke
darat.
IV Elina menarik muka masam apabila dimarahi ayahnya.
A I dan IV C III dan IV
B II dan III D II, III, dan IV
25. Pilihjawapan yang sesuai bagi ayat tanya di bawah.
Bilakah aktiviti perkhemahan pengakap akan diadakan lagi?
A Semua ahli pengakap sekolah kita akan menyertai perkhemahan.
B Aktiviti perkhemahan pengakap itu akan diadakan lagi pada akhir
tahun ini.
C Aktiviti perkhemahan pengakap itu dipimpin oleh Cikgu Anuar.
D Aktiviti perkhemahan pengakap itu akan diadakan di Hulu Yam.
26. Pilih ayat tanya yang sesuai bagi ayat di bawah.
Adi dipilih sebagai ketua murid kerana dia mempunyai ciri-ciri
kepimpinan yang baik
A Mengapakah Adi dipilih sebagai ketua murid?
B Bilakah Adi dipilih sebagai ketua murid?
C Bagaimanakah cara Adi dipilih sebagai ketua murid?
D Siapakah yang dilantik sebagai ketua murid?
-
7/29/2019 Soalan Tugasan BMM3103
37/47
Soalan 27 28
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.
27. Pasukan penyelamat berjaya menyelamatkan anak-anak kapal dalam
kejadian feri karam semalam.
A Pasukan penyelamat berjaya menyelamatkan diri daripada anak-
anak kapal dalam kejadian feri karam semalam.
B Anak-anak kapal berjaya diselamatkan oleh pasukan penyelamat
dalam kejadian feri karam semalam.
C Pasukan penyelamat dan anak-anak kapal berjaya menyelamatkan
diri dalam kejadian feri karam semalam.
D Dalam kejadian feri karam semalam, anak-anak kapal berjaya
menyelamatkan pasukan penyelamat.
28. Kereta itu terbabas sebelum terjatuh ke dalam gaung, terang Encik
Said kepada pegawai polis.
A Encik Said memberitahu pegawai polis bahawa keretanya terbabas
sebelum terjatuh ke dalam gaung.
B Encik Said memberitahu pegawai polis bahawa kereta it terbabas
sebelum jatuh ke dalam gaung.
C Pegawai polis itu memberitahu bahawa kereta Encik Said terbabas
sebelum terjatuh ke dalam gaung.
D Kereta yang dinaiki Encik Said dan pegawai polis itu terbabas
sebelum terjatuh ke dalam gaung.
Soalan 29 30
Pilih ayat yang betul
29. A Mereka-mereka terlibat dalam aktiviti lumba haram itu akan
dikenakan tindakan yang tegas oleh polis.
-
7/29/2019 Soalan Tugasan BMM3103
38/47
B Sudah satu setengah jam Rizal menunggu Izat di hadapan panggung
wayang itu.
C Setengah orang tidak suka makan ulam-ulaman yang dihidangkan
walaupun makanan tersebut berkhasiat.
D Hisyam keluar ke kereta lalu mendapatkan ibunya yang sedang
menunggu di muka pintu rumah.
30. A Banyak murid-murid yang hadir ke majlis sambutan Hari Guru.
B Kamu mesti menyiapkan sekolah kerja itu sekarang juga.
C Seluruh Kampung Merlimau itu sudah dilanda banjir.
D Persembahan tarian zapin itu mereka persembahkan kepada para
tetamu.
Soalan 31 35
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Selamat sejahtera saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi Majlis. Yang
Berusaha Tuan Guru Besar, Tuan Kamal Tuan Hashim, guru-guru, dan
murid-murid yang dikasihi kerana menjemput saya untuk menyampaikan
ucapan sempena Minggu Murid Sihat di sekolah ini.
Hadirin yang dikasihi,
Tahap kesihatan rakyat merupakan pengukur terbaik bagi kejayaan
sesebuah negara. Sehubungan itu, kerajaan terus berusaha untuk
meningkatkan tahap kesihatan rakyat agar setanding dengan negara-negaramaju.
Salah satu usaha kerajaan untuk mencapai matlamat ini adalah dengan
melancarkan kempen anti merokok dalam kalangan rakat. Kempen yang
dilancarkan melalui Kementerian Kesihatan ini bermatlamat ke arah
Malaysia tanpa rokok. Perubahan gaya hidup telah memberi kesan yang
mendalam terhadap tahap kesihatan penduduk di negara ini. Tabiat merokok
-
7/29/2019 Soalan Tugasan BMM3103
39/47
adalah paling membimbangkan. Hasil perangkaan mendapati lebih kurang
lapan peratus daripada 4.6 juta perokok ialah pelajar.
Perangkaan tersebut sungguh membimbangkan. Oleh sebab itu, semua
pihak disaran bersama-sama memainkan peranan untuk mengurangkan
penglibatan golongan tersebut dalam gejala yang tidak berfaedah ini.
Kempen anti merokok telah dilancarkan oleh mantan Perdana Menteri
Malaysia, Tun Abdullah Ahmad Badawi bertujuan supaya generasi muda di
negara kita bebas daripada rokok. Kempen ini menggunakan slogan Tak
Nak! Setiap Sedutan Membawa Padah. Mesej ini jelas sekali ditujukan
kepada golongan muda.
Murid-murid hendaklah menyemai semangat benci akan tabiat
merokok. Tabiat merokok dapat mempengaruhi murid-murid hingga terbabit
dalam gejala yang tidak sihat. Bayangkan pada setiap hari, kira-kira 50-60
orang remaja mula merokok. Bilangan remaja perempuan yang merokok
juga semakin bertambah.
Hadirin sekalian,
Berdasarkan kajian yang dijalankan, kematian yang diakibatkan tabiat
merokok semakin bertambah pada setiap tahun. Sebatang rokok
mengeluarkan asap yang mempunyai lebih daripada 4000 bahan kimia yang
beracun, antaranya karbon monoksida, hidrogen sianida, arsenik, metanol,
dan sebagainya. Perokok berisiko tinggi untuk menghidap penyakit kanser
paru-paru, penyakit jantung, batuk dan banyak lagi.
Baiklah, murid sekalian. Sebagai penutup bicara, ingin saya tekankan
bahawa merokok ibarat membunuh diri sendiri. Oleh itu, katakanlah Tak
Nak kerana setiap sedutan akan membawa padah. Sekian, terima kasih.
31. Bilakah ucapan tersebut disampaikan?
A Semasa perhimpunan sekolah
B Semasa program Minggu Murid SihatC Semasa pelancaran kempen anti merokok
D Semasa majlis penyampaian hadiah.
-
7/29/2019 Soalan Tugasan BMM3103
40/47
32. Pihak manakah yang bertanggungjawab melancarkan kempen anti
merokok?
A Pihak Kementerian Kesihatan
B Pihak Kementerian Pelajaran
C Pihak sekolah
D Pihak kerajaan
33. Pernyataan yang berikut merupakan tujuan kempen anti merokok,
kecuali
A untuk meningkatkan tahap kesihatan rakyat.
B untuk mengelakkan rakyat daripada terlibat dalam kegiatan merokok.
C untuk menambahkan bilangan rakyat.
D untuk mengelakkan remaja terlibat dalam perkara yang tidak
berfaedah.
34. Mengapakah perokok berisiko tinggi untuk menghidap pelbagai jenis
penyakit?
A kerana asap rokok mengandungi bahan kimia yang beracun
B kerana rokok mengandungi kuman
C kerana asap rokok yang disedut telah tercemar
D kerana perokok akan mengurangkan makan makanan berkhasiat
35. Pada pendapat kamu, siapakah yang menyampaikan ucapan tersebut?
A Pegawai Kementerian Kesihatan
B Pegawai Kementerian Pelajaran
C Guru besar
D Ketua murid
-
7/29/2019 Soalan Tugasan BMM3103
41/47
Soalan 36 40
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Penglibatan Malaysia dalam teknologi satelit bermula sejak tahun 1960-an
dengan penggunaan stesen penerimaan di kuantan, Pahang. Malaysia terus
melangkah dalam bidang teknologi satelit apabila menubuhkan Pusat
Remote Sensing Negara (MARCES) pada tahun 1990. Walau
bagaimanapun, kejayaan Malaysia dalam teknologi satelit bermula apabila
berjaya membina TiungSAT-1, iaitu satelit penderia jauh yang dilancarkan
pada 26 September 2000.
Selepas mencapai kejayaan dalam bidang teknologi satelit, Malaysia
sekali lagi mencatat sejarah apabila seorang rakyat negara ini berjaya
menjadi angkasawan pertama negara. Beliau bersama-sama angkasawan
Rusia mengikuti ekspidisi ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) untuk
menjalankan suatu projek penyelidikan. Kejayaan Malaysia menghantarseorang angkasawan ke angkasa lepas itu telah menaikkan nama Malaysia di
mata dunia sebagai negara yang maju dalam bidang sains dan teknologi.
Selain itu, kejayaan ini membuktikan bahawa Malaysia mampu melakukan
suatu projek yang dianggap mustahil sebelum ini.
Program Angkasawan Malaysia telah dilancarkan pada 8 Ogos 2003 oleh
bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Program ini sangat
penting untuk memupuk minat rakyat Malaysia dalam bidang sains dan
teknologi. Dengan penglibatan rakyat Malaysia dalam bidang ini, tidak
mustahil akan lahir pakar-pakar dalam bidang sains angkasa lepas.
Seterusnya bidang-bidang baharu sains dan teknologi akan dirintis oleh
rakyat negara kita. Program Angkasawan Malaysia ini juga dilihat sangat
pentig untuk memberikan inspirasi kepada rakyat Malaysia agar sentiasa
mencapai keunggulan, kesepakatan, serta menanam semangat jati diri untuk
membina sesebuah negara.
Pelbagai cara mula dilakukan oleh pihak kerajaan untuk menarik
minat rakyat agar menceburi bidang sains dan teknologi. Maklumat-
maklumat tentang bidang tersebut telah disebarkan secara meluas kepada
rakyat. Di sekolah pula, diadakan pelbagai program yang dapat menarik
minat murid terhadap bidang ini. Antara program yang diadakan adalahseperti pertandingan mereka cipta pakaian angkasawan, dan peraduan
mencipta roket.
Malaysia mesti terus melangkah lebih jauh dalam bidang sains dan
teknologi supaya kemajuan negara kita setanding dengan negara-negara luar.
Oleh yang demikian, bidang sains dan teknologi perlu dibangunkan dengan
lebih pesat di negara kita.
-
7/29/2019 Soalan Tugasan BMM3103
42/47
36. Sejak tahun 1960-an, Malaysia terlibat dalam bidang
A perindustrian
B pertanian
C teknologi satelit
D pelancongan
37. Apakah yang kamu faham tentang TiungSat-1 berdasarkan petikan?
A Sebuah roket yang dilancarkan ke angkasa lepas
B Sebuah satelit penderia jauh
C Sut yang digunakan oleh angkasawan
D Seekor burung tiung
38. Apakah sejarah yang dicatat oleh Malaysia selepas mencapai kejayaan
dalam bidang teknologi satelit?
A Sebuah kapal angkasa berjaya dibina oleh rakyat tempatan.
B Seorang rakyat tempatan berjaya menjalankan ekspedisi ke Rusia.
C Seorang rakyat tempatan berjaya menjalankan suatu projek
penyelidikan di Rusia.
D Seorang rakyat negara ini berjaya menjadi angkasawan pertama
negara.
39. Maksud ekspedisi dalam petikan di bawah ialah
A minat sesorang dalam sesuatu bidang.
B penyelidikan tentang sesuatu
C sesuatu bidang yang diceburi
D perjalanan ke sesuatu tempat
-
7/29/2019 Soalan Tugasan BMM3103
43/47
40. Pernyataan yang berikut adalah benar berdasarkan petikan, kecuali
A kejayaan Malaysia dalam teknologi satelit bermula apabila membina
TiungSAT-1.
B angkasawan Malaysia bersama-sama angkasawan Rusia mengikuti
ekspedisi ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS).
C program Angkasawan Malaysia dilancarkan pada 8 Ogos 2003 oleh
bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.
D kerajaan Malaysia memperkenalkan subjek Aeroangkasa di sekolah
untuk menarik minat murid terhadap bidang sains dan teknologi.
- Soalan Tamat -
-
7/29/2019 Soalan Tugasan BMM3103
44/47
Syukur kepada Tuhan, saya dapat menyiapkan tugasan ini dengan
jayanya. Terima kasih diucapkan kepada pensyarah pembimbing, Encik Wong
Shia Ho, keluarga dan rakan-rakan yang sentiasa memberi dorongan, panduan,
semangat serta nasihat yang amat berguna sepanjang saya menyiapkan
tugasan ini. Sepanjang menyiapkan tugasan kali ini, banyak kenangan manis
dan pahit yang saya lalui termasuk dugaan dan cabaran yang melanda sehingga
pada satu ketika saya berasa tertekan dan hampir putus asa. Namun, atas
dorongan rakan yang tidak terhingga saya berusaha untuk menyiapkan tugasan
ini sebaik-baiknya.
Pembinaan Jadual Penentuan Ujian (JPU) amat mencabar mental dan
fizikal. Kuliah tentang JPU memang mudah difahami tetapi untuk mempraktikkan
serta mengaplikasi segala ilmu tersebut ke atas sehelai kertas sangat sukar.
Empat kali saya menghasilkan JPU barulah menampakkan hasil yang diinginkan,
sehinggakan saya boleh menghafal setiap susunan dan ayat yang terdapat
dalam JPU tersebut. Terima kasih kepada En. Wong kerana memberi tunjuk ajar
semasa menyemak JPU yang dihantar sebelum dimurnikan.
Walaupun ini adalah pengalaman pertama saya menyiapkan JPU, namun
saya berbangga kerana dapat mempelajari cara untuk menyiapkan JPU
sebemlum menempuh alam pendidikan yang sebenar. Sememangnya diakui,
pembinaan JPU sangat penting sebelum menyediakan soalan ujian. Hal ini
supaya penggubal soalan tidak terkeluar dari landasan soalan yang hendak diuji
dan akan menjadi panduan kepada penggubal lain.
Selain itu, proses membina satu set kertas ujian Bahasa Melayu untuk
tahun 6 tersebut juga sangat mencabar. Saya perlu memilih dan membuat
soalan yang mengikut kehendak JPU. Saya menggunakan banyak buku sebagai
rujukan dan panduan supaya soalan yang dibina mengikut kemampuan dan
kemahiran murid tahun 6.
-
7/29/2019 Soalan Tugasan BMM3103
45/47
Set kertas ujian tersebut telah diuji kepada pelajar Tahun 6 Sekolah
Kebangsaan Sematan semasa PBS (Pengalaman Berasaskan Sekolah) pada 17
Ogos hingga 21 Ogos 2009. Sebelum PBS, saya telah meminta bapa saya untuk
melihat dan menyemak sama ada kertas ujian tersebut sesuai untuk pelajar
tahun 6 atau sebaliknya memandangkan beliau juga mengajar Bahasa Melayu.
Pelbagai persoalan dan nasihat ditimbulkan termasuk bagaimana set kertas ujian
tersebut dibina. Nasihat yang paling berguna ialah jangan menjadi guru pemalas,
yakni apabila musim peperiksaan ada guru yang hanya mencetak daripada buku
yang dibeli.
Saya memberikan ujian set soalan tersebut kepada pelajar pada hari Isnin
memandangkan mereka akan menjalani peperiksaan percubaan UPSR peringkat
bermula hari Selasa hingga Khamis. Itupun setelah perbincangan bersama-sama
guru besar dan penolong kanan 1, yakni saya meminta untuk diberikan waktu
supaya saya dapat menguji set soalan tersebut. Saya bernasib baik kerana ada
guru Tahun 6 yang tidak hadir pada hari tersebut kerana berkursus. Peluang itu
saya gunakan sebaik-baiknya apabila guru besar mengizinkan saya masuk
menggantikan guru tersebut.
Bait-bait lagu kusangka panas hingga ke petang, namun hujan ditengah
hari... sering bermain-main di fikiran saya. Guru pembimbing yang sepatutnyamembimbing saya langsung tidak memberi kerjasama. Pelbagai tohmahan
dilemparkan kepada semua guru pelatih yang pernah datang ke sekolah
tersebut. Beliau mengatakan guru pelatih hanya menunggu untuk disuap dan
langsung tidak bersopan santun. Maklumat dan pengetahuan yang saya
perlukan langsung tidak dihulurkan. Malah ketika saya ingin menemu bual beliau,
jawapan yang diberikan sangat mengecewakan dengan alasan beliau tidak
mahu guru pelatih meniru gayanya mengajar. Pada ketika itu, saya berasa
sangat terkilan dan berdoa agar tidak menjadi guru yang sedemikian.
Pada hari berikutnya, saya berjumpa dengan penolong kanan 1, Pn.
Saptuyah Saee memandangkan guru besar bercuti untuk menyelesaikan
masalah yang dihadapi. Syukur kepada Tuhan kerana beliau sangat memahami
keadaan tersebut dan berharap supaya saya tidak berkecil hati. Akhirnya beliau
-
7/29/2019 Soalan Tugasan BMM3103
46/47
sendiri mengambil alih sebagai guru pembimbing saya sepanjang PBS
dijalankan kerana beliau juga mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu di
sekolah tersebut. Saya sentiasa merujuk kepada beliau sekiranya ada persoalan
dan keraguan tentang tugasan mahupun maklumat lain yang diperlukan.
Akhir kata, semoga tugasan kali ini akan menjadi panduan dan
pengalaman yang dapat digunakan pada masa akan datang.
Sekian, terima kasih.
-
7/29/2019 Soalan Tugasan BMM3103
47/47
Bibliografi
http://www.portal.com.my
Azizi Ahmad & Mohd Isha Awang: Pengukuran dan Penilaian Pendidikan:
Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur 2008
Aziz Majid & Che Suraya: Dinamik A+, Bahasa Malaysia: Terbitan UNIK
DIDIK Sdn. Bhd. 2009
Intan Maskinah & Gama Ismail: Pra-UPSR, Bahasa Malaysia: Terbitan
Marshall Cavendish 2009
http://www.portal.com.my/http://www.portal.com.my/