LAPORAN TEKNIKAL BPI 1/2018
STATUS HAIWAN
KESAYANGAN DI
PUTRAJAYA Shariffah Nazari, Mastura Yaacob,
Dr. Muhammad Nazri Khairuddin, Sharil Azwan Mohd Zain,
Fakhrulisham Razali, Dr. Marzuna Md Yunus,
Dr. Chandrawathani Panchadcharam
1
LAPORAN TEKNIKAL - KAJI SELIDIK
STATUS HAIWAN KESAYANGAN DI PUTRAJAYA
Disediakan oleh
Shariffah Nazari1, Mastura Yaacob1, Dr. Muhammad Nazri bin Khairuddin2,
Sharil Azwan Bin Mohd Zain1, Fakhrulisham bin Razali1,
Dr. Marzuna Md Yunus2, Dr Chandrawathani Panchadcharam1
1 Bahagian penyelidikan dan Inovasi, IPPV
2 Bahagian Pengurusan Biosekuriti dan SPS, IPPV
1.0 Pendahuluan
Putrajaya adalah wilayah persekutuan ke tiga setelah Kuala Lumpur dan Labuan. Merupakan sebuah bandar terancang seluas 49.32 km2 yang mana pembangunannya dilakukan dengan wawasan untuk menjadikan Putrajaya sebuah bandaraya mampan menjelang 2025 dengan kapasiti penduduk sebanyak 350,000 orang. Putrajaya dengan keluasan 4,930 hektar yang dibahagikan kepada 20 Presint mensasarkan populasi penduduk dengan 65,000 unit kediaman iaitu 55 peratus kuarters kerajaan dan 45 peratus untuk lagi untuk orang ramai.
Pada tahun 2017 populasi pendudukan Putrajaya adalah berjumlah lebih kurang 86,300 orang atau 25% kapasiti maksimumnya menjelang 2025. Adalah dijangkakan pertambahan penduduk pada masa hadapan akan membawa kepada pertambahan haiwan kesayangan di Putrajaya. Berikutan tiadanya data asas untuk mengetahui kedudukan aktiviti memelihara haiwan kesayangan di Putrajaya maka satu kajian ringkas untuk mengetahui status haiwan kesayangan di Putrajaya telah dilakukan mulai Oktober 2017 hingga Disember 2017 secara temuduga dan online. Objektif utama kajian adalah untuk mendapatkan maklumat asas mengenai status pemilikan Haiwan kesayangan, kesihatan dan penjagaannya dan haiwan berkeliaran. Soalan-soalan berkaitan kesedaran penduduk mengenai hal-hal berkaitan bidang kuasa Jabatan Veterinar juga dimasukkan dalam kajian ini disamping peta kedudukan klinik dan kedai haiwan yang terdapat di Putrajaya dan sekitarannya.
2.0 Latar Belakang Responden
Sebanyak 594 orang responder telah menyertai kaji selidik ini. Daripada
jumlah ini, 75.0% (446) adalah penghuni kuarters kerajaan, 13.5%(80)
responden menghuni rumah milik persendirian dan 11.5%(68) responden
tinggal di rumah sewa (Rajah 1). Dapatan ini adalah hampir sama dengan data
yang dikeluarkan oleh Jabatan Statistik Negara mengenai pemilikan rumah
2014, yang mana 79.1% adalah kuarters kerajaan, 11.7 % milik persendirian
sementara 9.2% adalah disewa.
2
Kebanyakkan responden didapati tinggal di rumah kediaman jenis
Pangsapuri (64% atau 380 orang), 32% (190) di rumah teres dan 4%(23)
responden mempunyai banglo. Data Jabatan statistik 2010 juga menunjukkan
komposisi jenis kediaman yang hampir sama di mana 74.7% kediaman di
Putrajaya adalah jenis rumah pangsa/apartment/kondominium dan pejabat,
25.9% adalah jenis rumah biasa.
Rajah 3 menunjukkan majoriti responden tinggal di Presint 5 (26.5%),
diikuti Presint 9 (20.6%), Presint 11(17.6), Presint 18 (14.7%), Presint
14(11.8%), Presint 17 (5.9%) dan Presint 8 (2.9%). Ini sejajar dengan data yang
dikeluarkan oleh Bahagian pengurusan asset, Jabatan Perdana Menteri pada
tahun 2014 yang menunjukan Presint 9, 11, 5 dan 18 merupakan kawasan
dimana kebanyakan kuarters kerajaan didapati.
Seramai 29.2% responden mempunyai bilangan isi rumah seramai
empat 4(29.2%), 5(19.8%) , 3(18.8%), 1(11.5%), 9.4% masing-masing
mempunyai 2 dan 6 orang dan 1.0% masing-masing mempunyai 7 dan 9 orang
bilangan isi rumah. Rajah 4 menerangkan perkara ini. Analisa data kajian juga
menunjukkan 53.5% daripada responden adalah lelaki manakala 46.5% adalah
perempuan yang mana sebahagian besar responder berumur kurang dari 20
tahun dan selebihnya diantara 21 tahun hingga 60 tahun. Majoriti responden
adalah berbangsa Melayu (94.3%), 3.0% India, 2.0% Cina dan selebihnya adalah
merupakan bumiputera Sabah dan Sarawak (0.7%). Dari segi pekerjaan
kebanyakan merupakan pelajar (68.35%), 15.95% adalah merupakan
kakitangan kerajaan, 9.3% adalah kakitangan swasta dan selebihnya bekerja
sendiri (4.2%). Hampir separuh responder berpendapatan seisi rumah antara
RM3,000 hingga RM10,000 sebulan, 39.2% berpendapatan kurang daripada
RM3,000 sebulan, 5.2% tidak mempunyai pendapatan dan 2.1% daripada
mempunyai pendapatan melebihi RM10,000 sebulan.
Rajah 1: Pemilikan Rumah Kediaman
0.0%
10.0%
20.0%
30.0%
40.0%
50.0%
60.0%
70.0%
80.0%
Kuarters Kerajaan Milik Persendirian Sewa
75.0%
13.5% 11.5%
3
Rajah 2: Jenis Kediaman
Rajah 3: Lokasi Kediaman
0.0%
10.0%
20.0%
30.0%
40.0%
50.0%
60.0%
70.0%
Pangsapuri Teres Banglo Lain –lain
61.5%
30.2%
4.2% 4.2%
0.0%
5.0%
10.0%
15.0%
20.0%
25.0%
30.0%
Presint 5 Presint 9 Presint 11 Presint 18 Presint 14 Presint 17 Presint 8
26.5%
20.6%
17.6%
14.7%
11.8%
5.9%
2.9%
4
Rajah 4: Bilangan Isi Rumah
3.0 AKTIVITI PEMELIHARAAN HAIWAN KESAYANGAN DI PUTRAJAYA
Daripada keseluruhan data kajiselidik didapati seramai 47% (279)
responder merupakan pemilik haiwan kesayangan. Bagi pemilik haiwan
kesayangan, 46% (128) daripada mereka adalah penghuni kuarters. Kucing
merupakan haiwan kesayangan paling popular (71.5%, 124 betina dan 167
jantan), diikuti ikan(14.4%), hamster(4.6%), arnab(3.0%), kura-kura (2.6%),
anjing(1.3%), burung(1.3%), Hedge Hog (1.0%) dan Iguana (0.35%)(Rajah 5).
Bagi responder (46 orang) yang menjawab mengenai asal usul haiwan
peliharaan masing-masing, kebanyakkan haiwan kesayangan ini (62.9%, 28)
adalah dipungut daripada haiwan berkeliaran tidak bertuan, 23.9% (10) adalah
daripada hadiah/pemberian orang dan 15.2%(7) adalah haiwan yang dibeli
(Rajah 6). Kajian juga menunjukkan 74.7% daripada responden merupakan
pemilik utama haiwan kesayangan manakala 25.3% lagi bukan merupakan
pemilik utama haiwan kesayangan.
Dari segi status Pembiakan dan kesihatan Haiwan Kesayangan, didapati
58.8% haiwan kesayangan ini telah dikembirikan, 38.2% tidak dikembirikan dan
2.9% adalah status dikembiri tidak diketahui ( rajah 7). Manakala
kebanyakannya (86.0%) tidak mempunyai microchip hanya 13.6% haiwan
kesayangan ini telah ditanam microchip, dan 0.4% tidak diketahui status
microchip (Rajah 8). Rajah 9, menunjukkan kebanyakkan haiwan kesayangan
(67.4%) tidak pernah menerima suntikan vaksin, hanya 30.7% telah divaksinkan
dan 1.9% tidak diketahui status pemvaksinan.
11.5%9.4%
18.8%
29.2%
19.8%
9.4%
1.0% 1.0%0.0%
5.0%
10.0%
15.0%
20.0%
25.0%
30.0%
35.0%
0 1 2 3 4 5 6 7 8 9
5
Rajah 5: Jenis Haiwan Kesayangan Dipelihara di Putrajaya
Rajah 6: Cara Perolehan Haiwan Kesayangan
0.0%
10.0%
20.0%
30.0%
40.0%
50.0%
60.0%
70.0%
80.0% 71.5%
14.4%
4.6% 3.0% 2.6% 1.3% 1.3% 1.0% 0.3%
0.0%
10.0%
20.0%
30.0%
40.0%
50.0%
60.0%
70.0%
Beli Hadiah / Pemberian Haiwan yang tidakbertuan berkeliaran
15.2%
23.9%
60.9%
6
Rajah 7: Status Kembiri Haiwan Kesayangan
Rajah 8: Status Penanaman mikrocip Haiwan Kesayangan
0.0%
10.0%
20.0%
30.0%
40.0%
50.0%
60.0%
Dikembirikan (Telahdimandulkan)
Tidak dikembirikan Tidak diketahui
58.8%
38.2%
2.9%
0.0%
10.0%
20.0%
30.0%
40.0%
50.0%
60.0%
70.0%
80.0%
90.0%
Tidak Ya Tidak diketahui
86.0%
13.6%
0.4%
7
Rajah 9: Status Pemvaksinan Haiwan Kesayangan
4.0 KACAU GANGGU HAIWAN BERKELIARAN DI PUTRAJAYA
Haiwan berkeliaran tanpa tuan merupakan fenomena biasa di kawasan
perbandaran dan boleh menimbulkan ganguan kepada penduduk setempat.
Rajah 10 menunjukkan walaupun 82% daripada responden menyedari
kehadiran haiwan kerkeliaran di kawasan kediaman mereka di Putrajaya tetapi
kebanyakan mereka (68%) tidak menganggap haiwan berkeliaran ini
menimbulkan kacau ganggu di kawasan masing-masing (Rajah 11). Manakala
hanya 32% responden lagi menyatakan terganggu dengan kehadiran haiwan
berkeliaran di kawasan perumahan masing-masing. Kucing merupakan haiwan
berkeliaran paling banyak berkeliaran dengan bilangan minimum sebanyak 2
hingga maksimum, 10 ekor. Anjing berkeliaran hanya dilaporkan dilihat pada 4
situasi tetapi dalam bilangan yang lebih besar iaitu antara 1 hingga 15 ekor.
0.0%
10.0%
20.0%
30.0%
40.0%
50.0%
60.0%
70.0%
Tidak Ya Tidak diketahui
67.4%
30.7%
1.9%
8
Rajah 10: Kehadiran Haiwan Berkeliaran di Kawasan Kediaman
Rajah 11: Kacau Ganggu Haiwan Berkeliaran di Kawasan Perumahan
5.0 PENJAGAAN HAIWAN KESAYANGAN KEMUDAHAN KESIHATAN
Pemeliharaan dan penjagaan haiwan kesayangan memerlukan
komitmen dan peruntukan perbelanjaan tertentu. Hasil kajiselidik mendapati
hampir separuh (53%) pemilik di Putrajaya tidak pernah membawa haiwan
kesayangan mereka ke klinik Veterinar. Bagi 46.3% lagi responden yang pernah
membawa haiwan kesayangan ke klinik Veterinar, tujuan utama kunjungan
mereka adalah untuk pemeriksaaan kesihatan umum (47.0%), 33.8% vaksinasi,
13.25% pembedahan, 4.1% microchip dan 1.8% untuk mendapatkan Pet
Passport (Rajah 12). Sebanyak 68.7% responden memilih untuk membawa
haiwan kesayangan mereka ke klinik swasta di sekitar kawasan Putrajaya,
82%
18%
Ya Tidak
32%
68%
Ya Tidak
9
Kajang dan Bangi manakala 31.3% responden lagi membawa haiwan
kesayangan ke Klinik Veterinar Kerajaan Cheras. Bagi responder yang ada
membawa haiwan kesayangan mereka ke Klinik Veterinar, kekerapan
kunjungan bergantung kepada beberapa perkara, 36.4% daripada responden
membawa haiwan kesayangan ke klinik mengikut tahap kesihatan haiwan
peliharaan serta tarikh temujanji dalam jadual vaksinasi. Sebanyak 34.1%
responder membawa haiwan kesayangan setiap 3 bulan sekali, 25% sekali
setahun sekali dan hanya 4.5% membawa setiap sebulan ( Rajah 13).
Dari segi peruntukan kewangan, kebanyakan pemilik haiwan (82%)
mengeluarkan perbelanjaan antara RM1 hingga RM250 sebulan bagi
mempastikan kesejahteraan haiwan kesayangan masing-masing (Rajah 14),
manakala sebanyak 15.4% pemilik haiwan kesayangan tidak mengeluarkan
perbelanjaan tetap bulanan untuk haiwan kesayangan mereka. Daripada
perbelanjaan bulanan ini, 84.6% responder menggunakannya untuk
perolehan makanan (45.7%), kesihatan (27.1%), perhiasan dan mainan
(16.5%), dandan (7.95%) dan 2.85% untuk perkhidmatan penginapan haiwan
kesayangan masing-masing (Rajah 15).
Hasil kajian juga mendapati 97% responden bersetuju sekiranya klinik
Veterinar kerajaan dibuka di Putrajaya. Daripada peta Putrajaya ( rajah 16)
didapati hanya sebuah Klinik Veterinar swasta berdaftar menyediakan
perkhidmatan veterinary di Presint 15, Putrajaya, sementara 38 buah lagi
dalam 15 km radius dari pusat bandar Putrajaya yang merangkumi sebahagian
daerah di Selangor (23), Kuala Lumpur (14) dan Negeri Sembilan (1).
Rajah 12: Tujuan Lawatan ke Klinik Veterinar
0.0%
5.0%
10.0%
15.0%
20.0%
25.0%
30.0%
35.0%
40.0%
45.0%
50.0%
Pemeriksaankesihatan
umum
Vaksinasi Pembedahan Microchip Pet Passport
47.0%
33.8%
13.2%
4.1%1.8%
10
Rajah 13: Kekerapan Lawatan Ke Klinik Veterinar
Rajah 14: Jumlah Perbelanjaan Bulanan Untuk Haiwan Kesayangan
0.0%
5.0%
10.0%
15.0%
20.0%
25.0%
30.0%
35.0%
40.0%
lain-lain 3 bulan sekali 1 tahun sekali 1 kali sebulan
36.4%34.1%
25.0%
4.5%
0.0%
10.0%
20.0%
30.0%
40.0%
50.0%
60.0%
70.0%
80.0%
RM 1 – RM 250 RM 251 – RM500 RM501 – RM750 > RM1000
74.5%
19.7%
2.9% 2.9%
11
Rajah 15: Pembahagian perbelanjaan Bulanan Untuk Haiwan Kesayangan
6.0 PENGETAHUAN MENGENAI BIDANG KUASA JABATAN VETERINAR
Hasil kajian mendapati kesedaran orang ramai mengenai bidang kuasa
Jabatan Perkhidmatan Veterinar di Putrajaya adalah rendah. Ini dibuktikan
dengan 78.6% responden tidak mengetahui mengenai undang-undang
berkaitan bidang kuasa Jabatan Veterinar Malaysia, hanya 10.45% responden
mengetahui tentang Akta Kebajikan Haiwan, Akta Binatang 1953 (7.6%) dan
Akta Makanan Haiwan (3.5%) (Rajah 17). Mengenai Kesedaran masyarat
Putrajaya mengenai kejadian penyakit zoonotic adalah baik, dengan 62.4%
daripada responden tahu mengenai penyakit haiwan kesayangan yang boleh
menjangkiti manusia manakala hanya 37.6% responden yang tidak mengetahui
(Rajah 18). Dari segi kebajikan haiwan, kebanyakkan responder (65.6%) tidak
mengetahui tentang prinsip 5 kebebasan yang merupakan tunggak kepada
kebajikan haiwan hanya berbanding 34.4% responden mengetahui
mengenainya.
0.0%
5.0%
10.0%
15.0%
20.0%
25.0%
30.0%
35.0%
40.0%
45.0%
50.0%
Makanan Kesihatan Perhiasan Dandan Penginapan
45.7%
27.1%
16.5%
7.9%
2.8%
12
Rajah 17: Kesedaran Bidang Kuasa Jabatan Veterinar
Rajah 18: Kesedaran Penyakit Berjangkit antara Haiwan dan Manusia
7.0 Kesimpulan
Kajian ini menunjukan serba sedikit mengenai status
pemeliharaan haiwan kesayangan dan berkeliaran di Putrajaya. Terdapat
sedikit kekangan dalam kajiselidik ini dimana terdapat penghuni kuarter yang
keberatan untuk memberi kerjasama disebabkan terdapatnya peraturan
0.0%
10.0%
20.0%
30.0%
40.0%
50.0%
60.0%
70.0%
80.0%
Tidak tahu Akta KebajikanHaiwan
Akta Binatang1953
Akta makananHaiwan
78.6%
10.4%7.6%
3.5%
62.4%
37.6%
Ya Tidak
13
daripada pihak Bahagian Pengurusan Hartanah, Jabatan Perdana Menteri yang
tidak membenarkan pemeliharaan haiwan kesayangan di kuarters kerajaan.
Walaubagaimana pun didapati penduduk Putrajaya cenderung untuk
mempunyai haiwan kesayangan di dalam keluarga masing-masing yang mana
kebanyakannya adalah kucing dan ikan.
Kebanyakkan haiwan kesayangan yang dipelihara oleh
penduduk Putrajaya berasal daripada haiwan terbiar, Ini menunjukan terdapat
haiwan berkeliaran tanpa tuan dalam komuniti. Haiwan-haiwan tanpa tuan ini
jika terus dibiarkan akan membiak dan menimbulkan masalah kacau ganggu di
kawasan kediaman terbabit. Kempen kesedaran dan kawalan seperti kembiri
dicadangkan diadakan dari masa ke semasa bagi mengelakkan pertambahan
haiwan terbiar masa datang seiring dengan petambahan penduduk.
Penubuhan klinik veterinar kerajaan di Putrajaya merupakan
pilihan terbaik bagi penduduk Putrajaya bagi golongan berpendapatan
sederhana seperti kakitangan kerajaan tetapi perkhidmatan penjagaan
kesihatan haiwan kesayangan boleh juga didapati daripada sejumlah besar
klinik Veterinar swasta dalam lingkungan 15 km radius Putrajaya.
Memandangkan kesedaran orang ramai mengenai fungsi dan
objektif Jabatan adalah agak rendah di kalangan penduduk Putrajaya, kempen
dan promosi mengenai Jabatan ini perlu diadakan secara berterusan dengan
penyertaan aktif Jabatan dalam acara setempat.
Rujukan
1. Anggaran Penduduk Pertengahan Tahun berasaskan data Banci
Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010.
http://www.bph.gov.my/sbbphv2/images/Kuaters/Maklumat%20Kuarter
s%20BPH%20di%20Putrajaya.pdf
2. Buku tahunan Perangkaan Malaysia 2015.
https://www.dosm.gov.my/v1/uploads/files/4_Portal%20Content/1_Abo
ut%20us/7_AnnualReport/Laporan_Tahunan_2015_DOSM.pdf
3. Data Penduduk Bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
http://www.data.gov.my/data/en_US/dataset/9feac45f-c2c5-485b-86e1-
f503d50fadc4/resource/0337a0ab-2f5c-44cf-9cbb-e699746ecc52
4. Perangkaan terpilih KPKT Sehingga 31 Mac 2015.
http://www.kpkt.gov.my/resources/index/user_1/GALERI/PDF_PENERBIT
AN/PERANGKAAN%20TERPILIH/Buku_Perangkaan_31Mac2015.pdf
14
15
16
17
18