Download - Sumbangan Tokoh-Tokoh Islam
7/27/2019 Sumbangan Tokoh-Tokoh Islam
http://slidepdf.com/reader/full/sumbangan-tokoh-tokoh-islam 1/35
Dalam masa tidak sampai dua abad agama Islam telah berjaya berkembang
di seluruh Malaysia mengambil alih hampir sepenuhnya ajaran Hindu-Buddha yang
sudah bertapak sudah berabad-abad lamanya di Asia. Sesungguhnya terdapat
banyak faktor yang memainkan peranan dalam perkembangan agama Islam.
Justeru apabila membincangkan dua faktor penting yang membawa kepada
perkembangan Islam di Malaysia.
Yang pertama ialah, peranan golongan-golongan penyebar Islam, golongan
mubaligh, golongan ulama dan ahli sufi serta pedagang-pedagang asing. Golongan-
golongan yang menyebarkan agama Islam ini cuba menghormati dan mengekalkan
budaya setempat selagi tidak bercanggah dengan aqidah Islam. Pada masa itu,
mereka menyesuaikan Islam dengan struktur sosial, budaya setempat dan cara
hidup mereka. Contohnya, Wali Songo menggunakan segala unsure budaya
setempat seperti permainan gamelan dan wayang kulit sebagai medium untuk
menyebarkan agama Islam. Justeru, masyarakat tempatan tidak berasa satu kejutan
apabila mereka menukar kepada sistem kepercayaan baru malah ini telah
menyebabkan masyarakat Melayu menerima Islam dengan mudah ekoran daripada
kebijaksanaan golongan penyebar Islam dalam usaha mendekati Islam dengan
masyarakat setempat.
Faktor kedua pula ialah, ciri-ciri istimewa yang terdapat dalam agama Islam
itu sendiri seperti tiada dasar paksaan dalam ajaran Islam dan Islam mendatangkan
manfaat kepada semua lapisan masyarakat sama ada kepada golongan atasan dan
juga rakyat biasa. Selain itu, Islam adalah agama yang sesuai dengan tabii manusia
dan sesuai bagi setiap masa dan tempat. Agama Islam mudah difahami oleh semua
orang dan tidak bertentangan dengan rasional manusia. Tambahan pula, Islam
merupakan salah satu agama yang sederhana sifatnya dan ini telah mendapat
tempat di kalangan masyarakat Melayu.
Kedatangan Islam di Asia telah mendatangkan banyak perubahan dalam
kehidupan masyarakat Malaysia. Yang pertama adalah dari segi sistem politik dan
pentadbiran. Sistem kesultanan Kerajaan Uthmaniyyah telah diperkenalkan dimana
ketua negara dan ketua agama Islam ialah Sultan iaitu sebagai amanah Allah di
muka bumi. Baginda dibantu oleh penasihat, ulama dan mufi semasa menjalankan
pentadbiran. Dengan kedatangan Islam, Islam tidak merubah sistem politik bercorak
7/27/2019 Sumbangan Tokoh-Tokoh Islam
http://slidepdf.com/reader/full/sumbangan-tokoh-tokoh-islam 2/35
kebangsawanan, namun Islam cuba memberi tafsiran baru terhadap konsep raja.
Raja bukan lagi sebagai keturunan dewa tetapi hanya sebagai pemegang kuasa
yang menjalankan pemerintahan mengikut hukum-hukum yang telah ditetapkan oleh
Allah s.w.t. Malah penggunaan kata “raja” yang berasal daripada bahasa Sanskrit
juga telah ditukarkan kepada perkataan Arab iaitu “Sultan”.
Jika dikaji Hukum Kanun Melaka yang wujud sejak abad ke-14, jelas
menunjukkan bahawa Islam telah memainkan peranan yang amat penting. Apa yang
terkandung dalam Hukum Kanun Melaka itu amat bertepatan sekali dengan laporan
sejarah Melayu mengenai wasiat Sultan Mansur Shah kepada puteranya Sultan
Alauddin supaya menjalankan pemerintahan negeri menurut perintah Allah.
Dilaporkan Sultan Alauddin supaya menjalankan pemerintahan negeri menurut
perintah Allah. Menurut Sejarah Melayu kerana tindakan Sultan Alauddin tersebut,
Bandar Melaka menjadi kembali aman dan tenang.
Perubahan yang kedua pula ialah, perkembangan intelektual. Sebelum
kedatangan Islam, masyarakat melayu mempunyai sistem kepercayaan animisme-
animisme iaitu satu bentuk kepercayaan yang mempercayai bahawa setiap benda
ada jiwa, roh atau semangat yang mempunyai perwatakan sendiri, sama ada dapat
membawa kesan baik atau buruk kepada kehidupan mereka. Kemudiannya fahaman
Hindu-Buddha telah mempengaruhi sistem kepercayaan orang Melayu. Dengan
kedatangan Islam, agama ini menekankan tentang konsep tauhid iaitu kewujudan
Tuhan Yang Maha Esa dan menafikan segala kekuatan yang lain. Islam
menekankan tentang fahaman yang bercorak akaliah yang diasaskan kepada ilmu
mantik. Hadis Nabi dengan tegas menyatakan bahawa “tiada agama bagi orang
yang tidak mempunyai akal”. Islam mementingkan mantik atau rasional, maka cara
berfikir orang Melayu yang bersifat tahyul dan fantasi telah bertukar kepada fikiran
yang bersifat akliah.
Akibat daripada pengaruh pemikiran intelektual Islam itu, maka pemikiran
orang Melayu mula didedahkan dengan idea-idea yang bersifat ilmiah dan falsafah,
bermula dengan pengenalan kepada ilmu teologi Islam dan ilmu tasawuf Islam.
Dengan itu, penulisan bersifat falsafah mula ditulis dalam Bahasa Melayu dan
seterusnya telah membawa kepada kemunculan karya-karya berbentuk seperti yang
7/27/2019 Sumbangan Tokoh-Tokoh Islam
http://slidepdf.com/reader/full/sumbangan-tokoh-tokoh-islam 3/35
dihasilkan oleh Hamzah Fansuri, Naruddin al-Raniri, Shamsuddin al-Sumaterani
dan sebagainya.
Menurut Syed Naquibb al-Attas pengaruh Hindu yang selama ini berkembang
di masyarakat melayu tidak memperkenalkan pemikiran falsafah dan intelektual
dalam masyarakat melayu. Yang ditekankanya ialah hanya aspek ritualistik dalam
upacara ibadat dan adat istiadat, di samping aspek bercorak astetik seperti
penekanan kepada seni sastera, seni tarian dan seni ukiran sahaja. Oleh itu beliau
berpendapat bahawa zaman Islam adalah satu zaman yang membawa
pembaharuan dengan mementingkan ilmu dan intelektual.
Kesan seterusnya ialah, perkembangan Bahasa Melayu. Bahasa melayu
telah dijadikan sebagai bahasa ilmu pengetahuan dan mula mendapat tempat di
kalangan penduduk Melayu yang menganut Islam. Bahasa Melayu Kuno yang
menggunakan huruf-huruf India seperti Kawi mula menggunakan huruf-huruf Arab
yang dikenali sebagai Jawi. Gelaran Jawi mungkin berkait rapat dengan panggilan
Jawi yang digunakan oleh orang Arab terutama di Mekah terhadap bangsa melayu
dan Indonesia. Kata “Jawi” adalah kata sifat yang membawa erti „orang Jawa‟ atau
„berasal dari tanah Jawa‟. Sistem tulisan Jawi terdiri daripada 29 huruf -huruf Arab
dan ditambah 6 huruf bukan Arab yang diciptakan oleh orang Melayu sendiri. Enam
huruf bukan Arab tersebut ialah ca, nga, pa, ga, nya, va. Menurut Syed Naquibb al-
Attas, penambahan huruf-huruf tersebut adalah untuk melambangkan bunyi-bunyi
yang lazim ada pada lidah orang Melayu.
Melalui pengaruh Islam dan huruf Arab dalam penulisan Melayu, maka
Bahasa Melayu telah berkembang dengan pesatnya dan menjadi bahasa yang kaya
dengan pelbagai istilah yang telah dipinjamkan daripada perbendaharaan kata Arab
dan Parsi. Dengan perkembangan tersebut, Bahada Melayu mulai menjadi bahasa
pengantar dalam penulisan bercorak keagamaan dan kesusasteraan. Malah,
Bahasa Melayu juga telah dijadikan sebagai medium dalam gerakan dakwah Islam
di masyarakat Melayu. Para pengembara dari Eropah yang mengunjungi
masyarakat melayu pada zaman Islam telah melaporkan bagaimana Bahasa Melayu
telah berkembang dengan meluas sebagai bahasa komunikasi. Misalnya, Magellan
menyatakan bahawa Bahasa Melayu telah menjadi lingua franca.
7/27/2019 Sumbangan Tokoh-Tokoh Islam
http://slidepdf.com/reader/full/sumbangan-tokoh-tokoh-islam 4/35
Tamadun Islam turut memberi kesan ke atas Kesenian Melayu di Malaysia.
Pengaruh kesenian Islam yang merupakan sebagai satu ciri kebudayaan Islam turut
berkembang dengan pesatnya bagi mempengaruhi kebudayaan Melayu tradisional.
Pengaruh kesenian Islam itu merangkumi semua aspek kesenian seperti seni bina,
seni muzik, seni suara, seni ukir, seni hias dan sebagainya. Pengaruh Islam dalam
seni bina Melayu dapat dilihat menerusi bangunan-bangunan seperti masjid yang
bercorak kubah, mimbar, mihrab dan menara azan.
Pengaruh seni bina Islam ini boleh dilihat pada bangunan-bangunan awam
seperti bangunan Keretapi Tanah Melayu Berhad dan Bangunan Sultan Abdul
Samad, Kuala Lumpur. Terdapat juga corak hiasan pada bangunan yang
memperlihatkan ciri keislamannya seperti bahagian-bahagian bangunan diukirkan
dengan kesenian Islam, yang disebut „arabesque‟ iaitu sejenis ukiran yang bercorak
bunga-bunga, dedaun atau pola geometri. Terdapat juga ukiran yang berbentuk
kaligrafi yang mengandungi ayat-ayat al-Qur‟an atau nama-nama Allah.
Islam juga turut mempengaruhi seni suara dan seni muzik Melayu
umpamanya dan bidang seni suara mahaban dan gasidah merupakan sejenis seni
suara Arab yang telah diubahsuaikan dan dijadikan sebagai suatu bentuk seni lagu
dalam masyarakat Melayu. Murhaban dan qasidah ialah sejenis nyanyian yang
mengandungi perutu ajaran-ajaran Islam atau puji-pujian kepada Nabi Muhammad
s.a.w. yang dilagu dalam Bahasa Arab. Pada hari ini terdapat juga seni katanya
telah diterjemahkan dalam Bahasa Melayu supaya dapat difahami oleh para
pendengarnya. Nasyid adalah sejenis lagu yang berasal daripada Bahasa Arab yang
dinyanyikan tanpa muzik tetapi kemudian disertai dengan alat-alat muzik yang
berasal dari negeri Arab.
Tambahan pula, seni khat mengalami perkembangan yang pesat dalam
masyarakat Melayu seterusnya kedatangan Islam. Seni khat banyak diukirkan pada
masjid-masjid yang berfungsi untuk mengajar dan mengingat ummat Islam. Fungsi
keduanya ialah, sebagai menambahkan keindahan kepada masjid yang mana seni
khat tersebut dilakukan dengan cantik indah. Seni khat juga turut menjadi hiasan di
rumah-rumah kediaman orang melayu malah juga dibuat pada kain tekatan dan
sulaman.
7/27/2019 Sumbangan Tokoh-Tokoh Islam
http://slidepdf.com/reader/full/sumbangan-tokoh-tokoh-islam 5/35
Sejajar dengan itu, Tamadun Islam juga turut memberi kesan ke atas sistem
pendidikan dan ilmu pengetahuan. Semasa zaman Hindu, sistem pendidikan hanya
diberikan kepada golongan bangsawan sahaja, namun dengan kedatangan Islam
sistem pendidikan lebih bersifat menyeluruh yang mana golongan rakyat biasa juga
telah diberikan peluang mendapatkan pendidikan selaras dengan ajaran agama
Islam yang menekankan pendidikan untuk semua umat manusia tanpa mengira
kedudukan atau pangkat seseorang. Sistem pengajian yang lebih tinggi dan
bercorak formal atau sistematik ialah madrasah yang telah diperkenalkan oleh
Nizam al-Mulk, seorang wazir Kerajaan Saljuk, Baghdad.
Sebagai kesimpulan, Islam merupakan teras penting sistem kepercayaan
masyarakat Melayu. Kepercayaan kepada Allah s.w.t. sebagai Pencipta Yang Maha
Esa telah merevolusikan sistem kepercayaan masyarakat melayu daripada fahaman
animisme dan Hindu-Buddha kepada konsep ketauhidan. Revolusi kepercayaan ini
juga telah menyebabkan perubahan yang besar kepada pelbagai aspek kehidupan
orang melayu termasuklah sistem politik dan pentadbiran, perkembangan intelektual,
perkembangan Bahasa Melayu, kesenian Melayu, Ilmu pengetahuan dan ilmu
pengetahuan.
7/27/2019 Sumbangan Tokoh-Tokoh Islam
http://slidepdf.com/reader/full/sumbangan-tokoh-tokoh-islam 6/35
Dunia Islam mempunyai beribu-ribu tokoh agung yang telah memberi
sumbangan yang tiada tolak bandingannya di dalam berbagai-bagai bidang ilmu
pengetahuan. Bidang tersebut seperti Sains, Falsafah, Matematik, Geografi,
Astronomi, Sastera, perubatan, mantik, sejarah, politik dan sebagainya. Setiap
bidang itu telah melahirkan beratus-ratus tokoh yang telah mengharumkan dunia
Islam dan Barat. Tokoh-tokoh Islam tersebut telah memberi sumbangan kea rah
wujudnya tamadun Barat sekarang.
Antara tokoh Islam yang agung dan terlampau banyak berjasa dan memberi
sumbangan kepada tamadun Islam dan Barat ialah Ibnu Sina, Ibnu Rusyd, al-Farabi,
al-Ghazali, Iqbal, al-Razi, al-Kindi dan sebagainya.
7/27/2019 Sumbangan Tokoh-Tokoh Islam
http://slidepdf.com/reader/full/sumbangan-tokoh-tokoh-islam 7/35
Ibnu Sina merupakan doctor Islam yang terulung. Sumbangannya dalam
bidang perubatan bukan sahaja diperakui oleh dunia Islam tetapi juga oleh Sarjana
Barat. Nama sebenarnya ialah Ali al-Husein bin Abdullah bin Hassan Ali bin Sina.
Beliau juga dikenali sebagai Avicenna di dunia Barat. Ibnu Sina dilahirkan pada
tahun 370 Hijrah bersamaan dengan 980 M. Pengajian peringkat awalnya bermula di
Bukhara dalam bidang bahasa dan sastera. Selain itu, beliau turut mempelajari ilmu-
ilmu lain seperti geometri, logik, matematik, sains, fiqh, dan perubatan. Semasaberumur 10 tahun, beliau telah menghafal al-Quran sebanyak 30juz.
Seterusnya semasa berumur 17 tahun beliau dapat mengubati Sultan
Bukhara, Sultan Nub bin Mansur. Kehebatan dan kepakaran dalam bidang
perubatan tiada tolok bandingnya sehingga beliau diberikan gelaran al-Syeikh al-
Rais (Mahaguru Pertama). Bukunya “Al qanun fi al-Tib” telah diterbitkan di Rom
pada tahun 1593 sebelum dialihbahasakan ke dalam bahasa Inggeris dengan judul
“Precepts of Medicine”. Dalam jangka masa tidak sampai 100 tahun, buku itu telah
dicetak ke dalam 15 buah bahasa. Beliau sangat masyhur dalam bidang falsafah
dan kedoktoran. Luqman Hakim (1986) menyatakan dunia Islam telah melahirkan
enam raksasa falsafah. Tokoh yang paling terkemuka sekali dalam kalangan ahli-
ahli falsafah tersebut ilah Ibnu Sina.
Penguasaannya dalam pelbagai bidang ilmu itu telah menjadikannya
seorang tokoh sarjana yang serba boleh. Beliau tidak sekadar menguasainya tetapi
berjaya mencapai tahap kemuncak (zenith) iaitu puncak kecemerlangan tertinggi
dalam bidang yang diceburinya. Hasil tulisan Ibnu Sina sebenarnya tidak terbatas
kepada ilmu perubatan sahaja. Tetapi turut merangkumi bidang dan ilmu lain seperti
metafizik, muzik, astronomi, philologi (ilmu bahasa), syair, prosa, dan agama.
Perkara yang lebih menakjubkan pada Ibnu Sina ialah beliau juga merupakan
seorang ahli falsafah yang terkenal. Beliau pernah menulis sebuah buku berjudul al-
Najah yang membicarakan persoalan falsafah. Pemikiran falsafah Ibnu Sina banyakdipengaruhi oleh aliran falsafah al-Farabi yang telah menghidupkan pemikiran
IBNU SINA
7/27/2019 Sumbangan Tokoh-Tokoh Islam
http://slidepdf.com/reader/full/sumbangan-tokoh-tokoh-islam 8/35
Aristotle. Oleh sebab itu, pandangan perubatan Ibnu Sina turut dipengaruhi oleh
asas dan teori perubatan Yunani khususnya Hippocrates. Perubatan Yunani
berasaskan teori empat unsur yang dinamakan humours iaitu darah, lendir (phlegm),
hempedu kuning (yellow bile), dan hempedu hitam (black bile). Menurut teori ini,
kesihatan seseorang mempunyai hubungan dengan campuran keempat-empat
unsur tersebut. Keempat-empat unsur itu harus berada pada kadar yang seimbang
dan apabila keseimbangan ini diganggu maka seseorang akan mendapat penyakit.
Beliau telah menghasilkan karyanya yang pertama iaitu Al-Majmu semasa
berumur 21 tahun. Karya ini menyentuh berbagai-bagai bidang ilmu secara umum.
Banyak karangan beliau dalam berbagai-bagai bidang ilmu menjadi rujukan dan dan
diterjemahkan ke dalam berbagai-bagai bahasa. Antara karyanya yang termasyhur
ialah Al-Kanun Fi Tibb (Canon Of Medicine). Buku ini dianggap sebagai „kitab
pegangan utama‟ ilmu kedoktoran dan mempunyai pengaruh yang kuat di dunia
perubatan di Eropah beratus-ratus tahun lamanya. Buku ini telah menghuraikan
cara-cara pengubatan bermacam-macam penyakit, ilmu pathologi dan
pharmaecologi secara mendalam. Sehingga abad ke 19M, buku ini merupakan
rujukan utama dalam bidang kajian penyakit saraf. Bidang penyakit saraf merupakan
bidang yang baru dan yang dirintiskan oleh Ibnu Sina.
Ibnu Sina percaya bahawa setiap tubuh manusia terdiri daripada empat unsur
iaitu tanah, air, api dan angin. Keempat-empat unsur ini memberikan sifat lembap,
sejuk, panas, dan kering serta sentiasa bergantung kepada unsur lain yang terdapat
dalam alam ini. Ibnu Sina percaya bahawa wujud ketahanan semula jadi dalam
tubuh manusia untuk melawan penyakit. Jadi, selain keseimbangan unsur-unsur
yang dinyatakan itu, manusia juga memerlukan ketahanan yang kuat dalam tubuh
bagi mengekalkan kesihatan dan proses penyembuhan. Sejajar dengan itu, beliau
turut menghasilkan Asy-Syifa yang dikenali sebagai Sanatio dalam bahasa Latin
atau Sufficents yang terdiri daripada 18 jilid. Buku ini mengandungi berbagai-bagai
bidang ilmu seperti metafizik, logik, fizik, matematik, psikologi, pertanian, veteriner,
retorik dan syair.
Ibnu Sina telah menyatakan bahawa pencipta yang dinamakan sebagai
"Wajib al-Wujud" ialah satu. Dia tidak berbentuk dan tidak boleh dibahagikan dengan
apa-apa cara sekalipun. Menurut Ibnu Sina, segala yang wujud (mumkin al-wujud)
7/27/2019 Sumbangan Tokoh-Tokoh Islam
http://slidepdf.com/reader/full/sumbangan-tokoh-tokoh-islam 9/35
terbit daripada "Wajib al-Wujud" yang tidak ada permulaan. Tetapi tidaklah wajib
segala yang wujud itu datang daripada Wajib al-Wujud sebab Dia berkehendak
bukan mengikut kehendak. Walau bagaimanapun, tidak menjadi halangan bagi
Wajib al-Wujud untuk melimpahkan atau menerbitkan segala yang wujud sebab
kesempurnaan dan ketinggian-Nya.
Pemikiran falsafah dan konsep ketuhanannya telah ditulis oleh Ibnu Sina
dalam bab "Himah Ilahiyyah" dalam fasal "Tentang adanya susunan akal dan nufus
langit dan jirim atasan. Pemikiran Ibnu Sina ini telah rnencetuskan kontroversi dan
telah disifatkan sebagai satu percubaan untuk membahaskan zat Allah. Al-Ghazali
telah menulis sebuah buku yang berjudul Tahafat al'Falasifah (Tidak Ada
Kesinambungan Dalam Pemikiran Ahli Falsafah) untuk membahaskan pemikiran
Ibnu Sina dan al-Farabi.
Antara percanggahan yang diutarakan oleh al-Ghazali ialah penyangkalan
terhadap kepercayaan dalam keabadian planet bumi, penyangkalan terhadap
penafian Ibnu Sina dan al-Farabi mengenai pemban gkitan jasad manusia dengan
perasaan kebahagiaan dan kesengsaraan di syurga atau neraka. Walau apa pun
pandangan yang dikemukakan, sumbangan Ibnu Sina dalam perkembangan
falsafah Islam tidak mungkin dapat dinafikan. Bahkan beliau boleh dianggap sebagai
orang yang bertanggungjawab menyusun ilmu falsafah dan sains dalam Islam.
Sesungguhnya, Ibnu Sina tidak sahaja unggul dalam bidang perubatan tetapi
kehebatan dalam bidang falsafah mengatasi gurunya sendiri iaitu Abu Al-Nasr Al-
Farabi (al-Farabi).
Selain daripada itu, beliau juga telah mencetuskan kajian dalam bidang kimia
iaitu mengenai sikap logam yang telah dirintis oleh Jabir Ibnu Hayyan. Beliau juga
telah menulis didalam bidang teori geografi fizikal iaitu mengenai pembentukan
lembah hasil daripada hakisan sungai di kawasan tanah tinggi. Beliau juga telah
menulis tentang minerologi yang telah menjadi sumber ilmu geologi di Eropah.
Beliau juga menghurai mengenai roh. Ibnu Sina menyatakan roh boleh dibahagi
kepada tiga bahagian, iaitu roh manusia, roh haiwan, dan roh tumbuh-tumbuhan.
Selaras dengan itu, beliau banyak menghasilkan karya yang bermutu tinggi.
Antaranya ialah, Saguji yang membincangkan bidang ilmu logik, Fi-Aqsam al-Ulumal-Aqliah tentang pembahagian ilmu-ilmu rasional, dan Ilahiyyat tentang metafizik,
7/27/2019 Sumbangan Tokoh-Tokoh Islam
http://slidepdf.com/reader/full/sumbangan-tokoh-tokoh-islam 10/35
ilmu jiwa (Kitab an-Najat), bidang galian (Fiad-Din), bidang sastera Arab (Risalah fi
Asbab Huduts al-Huruf), cerita fiksyen (Risalah ath-Thayr) dan bidang politik
(Risalah as-Siyasah).
Beliau juga merupakan seorang tokoh politik yang pernah memegang jawatan
sebagai Menteri selama enam tahun di Hamadan ilmu polituk di dalam buku
Asysyifa. Beliau telah meninggal dunia di Hamdan pada tahun 1037M semasa
berumur 58 tahun. Ibnu Sina merupakan seorang cendekiawan muslim yang agung
dan memberi sumbangan kepada ilmu pengetahuan moden.
7/27/2019 Sumbangan Tokoh-Tokoh Islam
http://slidepdf.com/reader/full/sumbangan-tokoh-tokoh-islam 11/35
7/27/2019 Sumbangan Tokoh-Tokoh Islam
http://slidepdf.com/reader/full/sumbangan-tokoh-tokoh-islam 12/35
Nama sebenar beliau ialah Abu A-Walid Muhammad bin Ahmad. Di dunia
barat beliau dikenali sebagai Averroes. Beliau lahir di Cordoba dan masyhur di
dalam bidang falsafah, perubatan dan perundangan Islam. Pada tahun 1169M beliau
telah dilantik sebagai hakim di kota Seville dan kemudian di Cordova. Dilahirkan di
Sepanyol dan meninggal dunia di Maghribi, beliau adalah ahli falsafah yang paling
agung pernah dilahirkan dalam sejarah Islam. Pengaruhnya bukan sahaja
berkembang luas didunia Islam, tetapi juga di kalangan masyarakat di Eropah.
Ibnu Rushd mempelajari ilmu fiqh dan perubatan daripada rakannya yang
juga merupakan tokoh perubatan yang terkenal di Sepanyol, Ibnu Zuhr yang pernah
bertugas di sebagai doktor istana di Andalusia. Sebelum meninggal dunia, beliau
telah menghasilkan bukunya yang terkenal Al Taysir. Buku itu telah diterjemahkan
ke dalam bahasa Latin dan bahasa Inggeris dengan judul Faclititation of Treatment.
Selain menjalin perhubungan yang akrab dengan Ibnu Zuhr, Ibnu Rushd juga
mempunyai hubungan yang baik dengan kerajaan Islam Muwahidin. Dua tahun
kemudian, beliau dilantik menjadi hakim di Cordova. Ramai yang berasa cemburu
dan dengki dengan kedudukan Ibnu Rusyd. Kerana desakan dan tekanan pihak
tertentu yang menganggapnya sebagai mulhid, beliau dibuang ke daerah Alaisano.
Beliau sangat rajin membaca, mengulangkaji dan menulis pada setiap malam.
Mengikut riwayatnya beliau sentiasa berjaga malam untuk melakukan kerja-kerja
yang berkaitan dengan ilmu kecuali pada malam beliau kahwin dan semasa
kematian bapanya. Beliau banyak menulis buku yang berkaitan dengan bidang
falsafah, perubatan dan perundangan Islam. Antaranya ialah Mabadi al-Falasifah
(falsafah), Kulliah (perubatan), Tafsir Urjiza (tafsir), Taslulu (ilmu kalam), Tahafut al-
Tahafut (falsafah), Muwafaqah al-Hikmah wa al-Syariah (falsafah dan fekah).
Karangan beliau yang bertajuk Averroism menjadi isu perdebatan cerdik
pandai di dunia barat beberapa kurun lamanya. Beliau juga telah menghasilkan bukumengenai falsafah. Buku yang berkaitan dengan falsafah ialah Fisl al-Maqal dan
IBNU RUSYD
(1126-1198 M)
7/27/2019 Sumbangan Tokoh-Tokoh Islam
http://slidepdf.com/reader/full/sumbangan-tokoh-tokoh-islam 13/35
Tahafut al-Tahafut. Azizan Baharudin (1986) menyatakan Ibnu Rusyd telah
memainkan peranan penting dalam perkembangan skolatisisme melalui ulasannya
tentang tulisan-tulisan Aristotle.
Pembicaraan falsafah Ibnu Rushd banyak tertumpu pada persoalan yang
berkaitan dengan metafizik, terutamanya ketuhanan. Beliau telah mengemukakan
idea yang bernas lagi jelas, dan melakukan pembaharuan semasa membuat
huraianya mengenai perkara tersebut. Hasil pemikiran yang dimuatkan dalam
tulisannya, terutamanya dalam bidang falsafah, telah mempengaruhi ahli falsafah
Barat. Dua orang ahli falsafah Eropah, iaitu Voltaire dan Rousseau dikatakan bukan
sekadar terpengaruh oleh falsafah Ibnu Rusyd, tetapi memperolehi ilham daripada
pembacaan karyanya. Pemikiran Voltaire dan Rousseau telah mencetuskan era
Renaissance di Perancis sehingga merobah wajah Eropah keseluruhannya
sebagaimana yang ada pada hari ini. Masyarakat Barat sebenarnya terhutang budi
kepada Ibnu Rusyd kerana pemikirannya, sama ada secara langsung ataupun tidak
langsung, telah mencetuskan revolusi di benua Eropah.
Karya besar lain yang pernah dihasilkan oleh Ibnu Rushd adalah "Kulliyah fit-
Thibb" yang mengandungi 16 jilid, mengenai perubatan secara umum. Buku
"Kulliyah fit-Thibb" telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin pada tahun 1255 oleh
Bonacosa, orang Yahudi dari Padua. Buku itu kemudian diterjemahkan ke dalam
bahasa Inggeris dengan judul General Rules of Medicine. Hospital Les Quinze-Vingt
yang juga merupakan hopital pertama di Paris didirikan oleh Raja Louis IX
berdasarkan model hospital Sultan Nuruddin di Damsyik yang kaedah perubatannya
merupakan hasil daripada idea dan pemikiran Ibnu Rushd. Kehebatannya dalam
bidang perubatan tidak berlegar di sekitar perubatan umum, tetapi juga merangkumi
pembedahan dan fungsi organ di dalam tubuh manusia. Ibnu Rushd memberi
penekanan tentang kepentingan menjaga kesihatan. Beberapa pandangan yang
dikemukakan dalam bidang perubatan juga didapati mendahului zamannya. Beliau
pernah menyatakan bahawa demam campak hanya akan dialami oleh setiap orang
sekali sahaja.
Ilmu pengetahuan yang dimiliki oleh Ibnu Rushd turut menjangkau bidang
yang berkaitan dengan kemasyarakatan apabila beliau cuba membuat pembahagian
masyarakat itu kepada dua golongan iaitu golongan elit yang terdiri daripada ahli
7/27/2019 Sumbangan Tokoh-Tokoh Islam
http://slidepdf.com/reader/full/sumbangan-tokoh-tokoh-islam 14/35
falsafah dan masyarakat awam. Pembahagian strata sosial ini merupakan asas
pengenalan pembahagian masyarakat berdasarkan kelas seperti yang dilakukan
oleh ahli falsafah terkemudian, seperti Karl Max dan mereka yang sealiran
dengannya. Karya-karya lain Ibnu RushdMabadil termasuk Pengantar Ilmu Falsafah,
Tafsir Urjuza yang membicarakan perubatan dan tauhid, Taslul, buku mengenai ilmu
kalam, Kasyful Adillah, yang mengungkap persoalan falsafah dan agama, Tahafatul
Tahafut, ulasannya terhadap buku Imam Al-Ghazali yang berjudul Tahafatul
Falaisafah, dan Muwafaqatil Hikmah Wal Syari'a yang menyentuh persamaan antara
falsafah dengan agama.
Beliau juga telah menulis sebuah buku muzik yang diberi judul "De Anima
Aristoteles" (Commentary on the Aristotle's De Animo). Hasil karyanya ini
membuktikan betapa Ibnu Rushd begitu terpengaruh dan tertarik oleh ilmu logik
yang dikemukakan oleh ahli falsafah Yunani, Aristotle. Apabila melihat keterampilan
Ibnu Rusyd dalam pelbagai bidang ini, maka tidak syak lagi beliau merupakan tokoh
ilmuwan Islam yang tiada tolok bandingannya. Malahan dalam banyak perkara,
pemikiran Ibnu Rusyd jauh lebih besar dan berpengaruh jika dibandingkan dengan
ahli falsafah yang pernah hidup sebelum zamannya ataupun selepas kematiannya.
7/27/2019 Sumbangan Tokoh-Tokoh Islam
http://slidepdf.com/reader/full/sumbangan-tokoh-tokoh-islam 15/35
7/27/2019 Sumbangan Tokoh-Tokoh Islam
http://slidepdf.com/reader/full/sumbangan-tokoh-tokoh-islam 16/35
Nama sebenar beliau Abu Nasar Muhammad al-Farabi dan dikenali di dunia
Barat dengan panggilan Alpharabius. Beliau berasal dari Farab (Uzbekistan, Rusia)
dan berpindah ke Baghdad. Beliau telah belajar bahasa Arab dan ilmu mantik di
bawah guru Abul Basyar Matta dan falsafah di bawah pimpinan Yuhanna Ibnu
Khailan. Beliau telah dapat menguasai berbagai-bagai bahasa seperti Yunani, Arab,
Parsi, Syria dan Turki.
Al-Farabi lebih terkenal daripada al-Kindi terutama di dalam bidang tasauf. Ini
kerana beliau lebih memberi penjelasan, tafsiran dan dapat menyusun isi kitab-kitab
falsafah Yunani. Beliau meminati falsafah Aristotles, sehingga beliau sanggup
membaca buku Anima karya Aristotles, sebanyak 200 kali dan Physica sebanyak 40
kali. Beliau mendapat jolokan Aristotles Arab kerana kupusan mengenai falsafah
Aristotle.
Mustafa Haji Daud (1991) menyatakan al-Farabi menggunakan falsafah untuk
mencari dan menentukan kebenaran. Ilmu mantik dipergunakan secara meluas
untuk menentukan kebenaran dan kebatilan. Namun begitu kebenaran mutlak
berdasarkan kepada akidah Islamiah. Itulah cara yang terbaik untuk mencapai
kebersihan jiwa, kebahagiaan dan kesempurnaan.
Beliau telah menulis 128 buah buku terutama sekali di dalam bidang falsafah.
Antara buku-buku masyhur ialah seperti al-Mahaniyatul Fadhilah (bidang politik),
bandar yang Ideal (al-Madinah al-Fadila) dan Bandar Kerajaan (al-Siyasah al-
Madaniyyah). Azizan Baharuddin (1986) menyatakan buku tersebut membincangkan
tentang kerajaan yang ideal dan bagaimana cara untuk mendapatkannya. Ia juga
berkata bahawa sesebuah negara ia memerlukan seorang pemimpin yang cekap
dan boleh memainkan peranan yang penting dalam semua bidang dan ini ibarat
jantung di dalam jasad manusia. Pemimpin merupakan tempat masyarakat
mendapat sumber inspirasi dan panduan.
AL FARABI
870-950 M
7/27/2019 Sumbangan Tokoh-Tokoh Islam
http://slidepdf.com/reader/full/sumbangan-tokoh-tokoh-islam 17/35
Al-Farabi telah menggunakan perkataan akal. Mahamood Nazar Mohamed
(1990) menyatakan al-Farabi berpendapat akal mempunyai dua bahagian kekuatan.
Pertama, boleh berfikir sesuatu yang berbentuk abstrak dan kedua, daya kekuatan
untuk mencari tempat berlindung. Beliau menyatakan daya kekuatan yang kedua
akan hancur bersama-sama jasad apabila tetap kekal bersama roh dan daya
kekuatan yang pertama tetap kekal bersama roh pada hari kiamat kelak.
Al-Farabi juga telah meminati bidang muzik dan seni suara. Antara karyanya
ialah Grand Book on Music, Styles in Music and On the Classification of Rhythm.
7/27/2019 Sumbangan Tokoh-Tokoh Islam
http://slidepdf.com/reader/full/sumbangan-tokoh-tokoh-islam 18/35
Nama sebenar beliau ialah Abu Hamid Ibnu Muhammad al-Tusi al-Ghazali.
Nama panggilannya (kunyah) pula Abu Hamid. Di antara nama-nama gelaran lain
yang telah diberikan kepadanya ialah Hujjatul-Islam, Siraj al-Mujtahidin dan Zain al-
Abidin. Beliau dilahirkan pada tahun 450H (1058 M) di negeri Thaus, Parsi. Beliau
sangat terkenal di bidang falsafah, fekah dan seorang ahli sufi sehingga sekarang.
Beliau digelar sebagai Hujjatul Islam kerana keagungannya di dalam bidang falsafah
sangat sukar ditandingi. Beliau juga merupakan seorang wali Allah yang besar dan
lebih dikenali umum sebagai seorang tokoh pemikir Islam serta dianggapi sebagai
al-mujaddid untuk kurunnya.
Luqman Hakim (1986) menceritakan bahawa selepas perompak merompak
manuskrip yang disayangi oleh Al-Ghazali, beliau telah menghafal dan memahami
semua pelajaran yang dipelajarinya. Sejak dari kecil lagi al-Ghazali telah
mempelajari ilmu fekah. Beliau telah mempelajari dan mendalami ilmu pengetahuandaripada ulama-ulama yang terkenal pada masa itu. Antaranya beliau telah belajar
ilmu fekah, falsafah dan mantik daripada Imam Harmain al-Juwaini meninggal dunia
beliau telah meninggalkan Naishapur dan berpindah ke Askar.
Di kota, ini beliau telah berkenalan dengan Perdana Menteri Nizamul Mulk.
Seterusnya, Nizamul Mulk telah melantik Al-Ghazali sebagai professor dan pengetua
di Universiti Nizami, Baghdad dalam usia 31 tahun. Beliau telah menyampaikan
pelajaran di dalam bidang fekah. Kuliah beliau telah mendapat sambutan hangat dan
beliau menjadi terkenal. Beliau mengajar di universiti ini selama empat tahun.
Beliau telah menulis kitab berjudul Ihya Ulumuddin yang bermaksud Menjiwai
Ilmu-ilmu Agama. Kitab ini merupakan sebuah karya yang agung dan terkenal di
seluruh dunia Islam sehingga ke hari ini. Dalam kitab ini, beliau telah
menghubungkan ilmu lahir dengan ilmu batin dan ilmu fekah dengan tasauf di bawah
tinjauan falsafah yang mendalam.
AL GHAZALI
1058-1111M
7/27/2019 Sumbangan Tokoh-Tokoh Islam
http://slidepdf.com/reader/full/sumbangan-tokoh-tokoh-islam 19/35
Sejajar dengan itu, beliau turut berkhidmat di Universiti Nizami di kota
Baghdad. Kuliah yang diadakan oleh beliau semakin mendapat sambutan yang
hangat dan menaikkan martabat beliau sebagai seorang ulama yang agung. Al-
Ghazali telah mendirikan sekolah sendiri di Thaus, tempat kelahirannya. Beliau telah
memilih hidup zuhur dan beribadat . Di samping itu, al-Ghazali memberi kuliah yang
menghubungkaitkan ilmu agama dengan falsafah dan giat menulis buku-buku.
Al-Ghazali sangat berminat terhadap falsafah. Kegigihan al-Ghazali di dalam
falsafah telah menjadikan beliau seorang ahli falsafah Islam yang dikagumi di
seluruh dunia Islam. Beliau telah menulis sebanyak lebih 70 buah kitab dalam
berbagai-bagai bidang seperti fekah, mantik, falsafah, tasauf dan sebagainya. Kitab
Ihya Ulumuddin merupakan kitab yang paling agung sekali dan terkenal di seluruh
pelosok dunia Islam sehingga ke hari ini. Kebanyakan kitab beliau telah
diterjemahkan ke dalam berbagai bahasa seperti Inggeris, Perancis, dan Jerman.
7/27/2019 Sumbangan Tokoh-Tokoh Islam
http://slidepdf.com/reader/full/sumbangan-tokoh-tokoh-islam 20/35
Kubur Al-Ghazali.
Sebuah kitab tulisan
al-Ghazali
Sebuah kitab tulisan
al-Ghazali
7/27/2019 Sumbangan Tokoh-Tokoh Islam
http://slidepdf.com/reader/full/sumbangan-tokoh-tokoh-islam 21/35
Muhammad Iqbal dilahirkan di Sailkot, Punjab pada Februari 1873. Selepas
mendapat pendidikan rendah di tempat kelahirannya, beliau berguru dengan
seorang tokoh ulama iaitu Maulana Mir Hassan. Mir Hassan telah memberi
dorongan dan semangat kepada Iqbal untuk terus mendalami ilmu pengetahuan.
Iqbal boleh bercakap dan menguasai berbagai-bagai bahasa dengan baik.
Antaranya ialah Urdu, Parsi, Inggeris, Jerman, Perancis, Arab dan Sanskrit. Beliautelah mengambil kesempatan semasa berada di Eropah dengan mengkaji sikap,
watak dan sosial bangsa-bangsa di Eropah. Luqman Hakim (1986) menjelaskan
Iqbal telah membuat kesimpulan bahawa semua kesulitan dan pertentangan yang
berlaku disebabkan oleh sifat-sifat individualisme dan egoisme yang berlebihan serta
fahaman nasionalisme yang sempit. Beliau mengkagumi sifat dinamis bangsa
Eropah yang tidak kenal putus asa.
Pada tahun 1908, beliau telah kembali ke tanah air dan mengajar di
Government College, Lahore dalam bidang falsafah dan sastera Inggeris. Beliau
telah banyak menulis dalam berbagai-bagai bahasa seperti Inggeris, Urdu, dan Parsi
dan menyentuh pelbagai bidang seperti falsafah dan sastera. Luqman Hakim (1986)
menyentuh keagungan dan keagungan dan ketokohan Iqbal dan memetik pendapat
Syakib Arsalan, pejuang Islam di Syria dan pengarang terkenal mengatakan Iqbal
merupakan seorang ahli fikir yang terbesar yang pernah dilahirkan di dunia Islam
selama seribu tahun kebelakangan ini.
Buku pertama yang ditulis oleh beliau ialah Asrar-i-Khudi pada tahun 1915
yang menyentuh tentang ego dan perjuangan hidup. Pada tahun 1918 beliau telah
menghasilkan buku kedua yang menyentuh ajaran-ajaran Islam yang berjudul
Rumuz-i-Bekhusi. Selain daripada itu, beliau banyak menulis buku-buku falsafah
dalam pelbagai falsafah. Sebahagian besar karya Iqbal telah diterjemahkan ke
dalam beberapa bahasa seperti Jerman, Perancis, Inggeris, Arab, Rusia, Itali dan
lain-lain.
MUHAMMAD
IQBAL
7/27/2019 Sumbangan Tokoh-Tokoh Islam
http://slidepdf.com/reader/full/sumbangan-tokoh-tokoh-islam 22/35
Luqman Hakim (1986) menjelaskan dari segi falsafah, pemikiran Iqbal
berteraskan keislaman dan berpendapat bahawa nilai asas manusia ialah ego.
Manusia sempurna mengikut Iqbal ialah seorang manusia mukmin. Bagi mencari
manusia sempurna itu Iqbal mengkehendaki ego yang hidup dan berkembang
mempunyai kekuatan sendiri.
Iqbal juga aktif di dalam kegiatan sosial dan politik. Pada tahun 1927, Iqbal
telah dilantik menjadi anggota Majlis Legislatif Punjab. Pada tahun 1930 beliau telah
dilantik sebagai ketua sidang tahunan Muslim League atau Liga Muslimin. Dalam
tahun 1931-1932 beliau telah menyertai Persidangan Meja Bulat yang diadakan di
London untuk merumuskan undang-undang dasar untuk benua kecil India. Pada
April 1938, beliau telah menghembuskan nafas yang terakhir dan meninggalkan
ajarannya di dalam bidang falsafah.
7/27/2019 Sumbangan Tokoh-Tokoh Islam
http://slidepdf.com/reader/full/sumbangan-tokoh-tokoh-islam 23/35
Sir Mohammad Iqbalل محمد عمہ ب ق ا
Iqbal in 1929, with his son
Javid Iqbal.
Iqbal in Spain, 1933.
7/27/2019 Sumbangan Tokoh-Tokoh Islam
http://slidepdf.com/reader/full/sumbangan-tokoh-tokoh-islam 24/35
Iqbal with Muslim political
activists.(L to R): Mohammad Iqbal (third),
Syed Zafarul Hasan (sixth). (at
Iqbal with Choudhary Rahmat
Ali and other Muslim activists
The First Journal of Tolu-e-Islam
7/27/2019 Sumbangan Tokoh-Tokoh Islam
http://slidepdf.com/reader/full/sumbangan-tokoh-tokoh-islam 25/35
The page of First Journal of Tolu-
e-Islam in which Syed Nazeer
dedicated this journal to Sir Iqbal
Final years
Tomb of Muhammad Iqbal at the
entrance of the Badshahi Mosque.
7/27/2019 Sumbangan Tokoh-Tokoh Islam
http://slidepdf.com/reader/full/sumbangan-tokoh-tokoh-islam 26/35
Street named in Iqbal's honour in
Heidelberg, Germany.
7/27/2019 Sumbangan Tokoh-Tokoh Islam
http://slidepdf.com/reader/full/sumbangan-tokoh-tokoh-islam 27/35
Tokoh Abd Al-Rahman Ibn Muhammad Ibn Khaldun (دب من ع ح ر ا ن ب ن محمد ب
ن و د خ ي م ر ض ح ا ) ataupun lebih dikenali dengan Ibn Khaldun merupakan salah
seorang pakar sains Islam yang hidup antara tahun 1332 - 1395. Nama penuhnya
adalah Abd al-Rahman ibn Muhammad ibn Muhammad ibn Abi Bakr Muhammad ibn
al-Hasan Ibn Khaldun lahir pada 27 Mei 1332 di Tunisia dan meninggal 17 Mac 1406
di Kaherah, Mesir.
Keluarga Ibn Khaldun merupakan orang berada yang memberikan pendidikan
terbaik kepadanya. Ibn Khaldun merupakan salah seorang pakar sejarah Arab
teragung, juga dikenali sebagai bapa kepada sejarah kebudayaan dan sains sosial
moden. Beliau turut mengembangkan falsafah tidak berasaskan keagamaan paling
awal, terkandung dalam karyanya Muqaddimah (“Pengenalan”). Ibn Khaldun juga
menulis sejarah Muslim di Afrika Utara yang terulung.
Ibn Khaldun menjawat beberapa jawatan di bawah pemerintah Tinisia dan
Morocco dan pada tahun 1363 bertindak sebagai duta raja Moor di Granada, kepada
Pedro Kejam Castile "the Cruel of Castile". Karya teragungnya bermula sebagai
penulisan mengenai sejarah orang-orang Arab dan Barber, tetapi mengandungi
pendekatan saintifik mengenai pemahaman sejarah, politik, dan ekonomi. Ibn
Khaldun juga mempercayai bahawa perkara yang di kurniakan Allah boleh
dibuktikan secara empirikal.
Ibn Khaldun belayar ke Alexandria pada Oktober 1382, dimana beliau
menghabiskan riwayatnya sebagai guru dan pensyarah di Al-Azhar dan universiti
lain. Ibn Khaldun juga pernah dilantik sebagai Hakim Diraja oleh Sultan Abul Abbas,
Cairo dan mengerjakan haji pada 1387. Ibn Khaldun menyertai orang-orang Mesir
dalam kempen mereka memerangi Tamerlane, pemerintah Mongol, dan
bertanggung jawab mengatur penyerahan diri bandar Damsyik semasa ketiadaan
Sultan Faraj.
IBNU
KHALDUN
7/27/2019 Sumbangan Tokoh-Tokoh Islam
http://slidepdf.com/reader/full/sumbangan-tokoh-tokoh-islam 28/35
Selaras dengan itu, beliau juga memajukan konsep ekonomi, perdagangan
dan kebebasan. Ibn Khaldun membangunkan idea bahawa tugas kerajaan hanya
terhad kepada mempertahankan rakyatnya dari keganasan, melindungi harta
persendirian, menghalang penipuan dalam perdagangan, mencetak dan
menguruskan penghasilan wang, dan melaksanakan kepimpinan politik bijaksana
dengan perpaduan sosial dan kuasa tanpa paksaan.
Dari segi ekonomi, Ibn Khaldun memajukan teori nilai dan hubungkaitnya
dengan tenaga buruh, memperkenalkan pembahagian tenaga kerja, menyokong
pasaran terbuka, menyedari kesan dinamik permintaan dan bekalan keatas harga
dan keuntungan, menolak cukai yang tinggi, menyokong perdagangan bebas
dengan orang asing, dan percaya kepada kebebasan memilih bagi membenarkan
rakyat bekerja keras untuk diri mereka sendiri.
Tambahan lagi, Ibn Khaldun terkenal kerana hasil kerjanya dalam sosiologi,
astronomi, numerologi, kimia, dan sejarah. Secara berseorangan, Ibn Khaldun telah
meletakkan titik mula bagi tradisi intelelek pemikiran bebas Islam dan Arab, kerajaan
bertanggung jawab, pasaran efisien, penyiasatan sains empirikal, pengkajian
sosialogi, dan penyelidikan sejarah.
7/27/2019 Sumbangan Tokoh-Tokoh Islam
http://slidepdf.com/reader/full/sumbangan-tokoh-tokoh-islam 29/35
7/27/2019 Sumbangan Tokoh-Tokoh Islam
http://slidepdf.com/reader/full/sumbangan-tokoh-tokoh-islam 30/35
Nama lengkapnya Hamka ialah Haji Abdul Malik Karim Amrullah (lahir diKampung Molek, Meninjau, Sumatera Barat, Indonesia pada 17 Februari 1908 - 24
Julai 1981) adalah seorang penulis dan ulama terkenal Indonesia. Ayahnya ialah
Syekh Abdul Karim bin Amrullah, yang dikenal sebagai Haji Rasul, yang merupakan
pelopor Gerakan Islah (tajdid) di Minangkabau, sekembalinya dari Makkah pada
tahun 1906.
Beliau mendapat nama gelaran iaitu "Buya" yang diambil daripada perkataan
Arab 'Abi' atau 'Abuya' yang membawa maksud ayah atau seseorang yang amat
dihormati. Hamka merupakan ketua Majelis Ulama Indonesia,salah satu daripada
pertubuhan agama Islam yang terbesar di Indonesia selain Nahdlatul Ulama dan
Muhammadiyah.
Hamka merupakan ketua editor majalah Indonesia sewaktu zaman
penjajahan Belanda iaitu seperti Pedoman Masyarakat,Panji Masyarakat dan Gema
Islam. Hamka hanya mendapat pendidikan rendah di Sekolah Rendah
Maninjau.Beliau hanya belajar setakat gred 2.Namun,ketika beliau berumur 10
tahun,ayahnya membuka Thawalib atau sekolah fardhu ain di kampung halamannya
Padang Panjang.Hamka kemudiannya belajar dan menguasai bahasa Arab.Beliau
juga menjadikan Syeikh Ibrahim Musa, Syeikh Ahmad Rasyid, Sutan Mansur, R.M.
Surjopranoto dan Ki Bagus Hadikusumo,cendekiawan Muslim tersohor sebagai
mentornya.
Hamka aktif berdakwah sejak beliau berumur 17 tahun.Beliau menubuhkan
Persatuan Hindia Timur di Makkah dan mengajar cara mengerjakan haji yang betul
kepada jemaah haji Indonesia.Hamka merupakan pengasas Kolej al-Muballighin
untuk melatih pendakwah dan menerbitkan majalah dakwah seperti Pembela
Islam,Merdeka,Menara,Pemandangan,Gema Islam,Pedoman Masyarakat dan
Qathib al-Ummah.
Beliau banyak menghabiskan masanya dengan membaca buku
falsafah,sastera,sejarah,dan politik.Hamka juga menyelidiki karya-karya Arab dan
7/27/2019 Sumbangan Tokoh-Tokoh Islam
http://slidepdf.com/reader/full/sumbangan-tokoh-tokoh-islam 31/35
Barat yang diterjemahkan ke bahasa Arab seperti Karl Marx dan Arnold Toynbee.
Beliau melibatkan diri dengan pertubuhan Muhammadiyah dan menyertai
cawangannya dan dilantik menjadi anggota pimpinan pusat Muhammadiyah.Beliau
melancarkan penentangan terhadap khurafat,bida'ah,thorikoh kebatinan yang
menular di Indonesia.Oleh itu,beliau mengambil inisiatif untuk mendirikan pusat
latihan dakwah Muhammadiyah.Hamka juga berjuang demi tanah airnya dengan
mengetuai Front Pertahanan Nasional untuk menyekat kemaraan Belanda di
Indonesia.
Akibat daripada kedatangan beliau bersuara menyebabkan dirinya dipecat
daripada jawatan umum Majlis Ulama Indonesia.Beliau juga pernah meringkuk di
penjara bersama-sama tokoh Majlis Syura Muslim Indonesia (MASYUMI). Selain
hanya menjadi guru agama di Tebing Tinggi dan Padang Panjang,beliau juga
menjadi pensyarah di Universiti Islam Jakarta dan Universiti
Muhammadiyah,Reaktor Perguruan Tinggi Jakarta dan Pengawai Tinggi Agama
Indonesia. Doktor Kehormat dari Universiti al-Azhar Mesir pada 1959M. Guru Besar
(Profesor) oleh Universiti Moestopo Jakarta pada 1960M. Doktor Kehormat oleh
Universiti Kebangsaan Malaysia pada 1974M.
Antara karya-karya yang dihasilkan oleh beliau ialah Khatibul Ummah, Jilid 1-
3. Ditulis dalam huruf Arab. Si Sabariah. (1928). Pembela Islam (Tarikh Saidina Abu
Bakar Shiddiq),1929. Adat Minangkabau dan agama Islam (1929). Ringkasan tarikh
Ummat Islam (1929). Kepentingan melakukan tabligh (1929). Muhammadiyah di
Minangkabau 1975,(Menyambut Kongres Muhammadiyah di Padang). Pandangan
Hidup Muslim,1960. Kedudukan perempuan dalam Islam,1973. Tafsir Al-Azhar Juzu'
1-30, ditulis pada masa beliau dipenjara oleh Sukarno.
Beliau meninggal dunia pada 1981M pada usia 73 tahun di Malaysia.
Sepanjang hidup beliau,Hamka merupakan seorang yang petah berpidato,berjiwa
seni melalui pantun dan syair dalam karyanya serta seorang yang berani dalam
memberi semangat untuk umat Islam menentang pihak Belanda di Indonesia.
7/27/2019 Sumbangan Tokoh-Tokoh Islam
http://slidepdf.com/reader/full/sumbangan-tokoh-tokoh-islam 32/35
7/27/2019 Sumbangan Tokoh-Tokoh Islam
http://slidepdf.com/reader/full/sumbangan-tokoh-tokoh-islam 33/35
Tokoh Abu Yusuf Yaqub Ibn Ishaq Al-Khindi atau juga dikenali sebagai Al-
Khindi (801-873). al-Kindi dilahirkan di Kufa, pusat pengajian dunia belajar di suatu
masa. Bapanya adalah gabenor Kufa, sebagaimana datuknya sebelumnya. al-Kindi
merupakan keturunan suku kaum Kinda yang telah berpindah dari Yemen. Puak ini
telah menyatukan sebilangan suku-suku dan mencapai kedudukan yang berkuasa
pada abad-abad Kelima dan Keenam, tetapi kehilangan kuasa pada pertengahan
abad Keenam.
Pendidikan al-Kindi bermula di Kufa, kemudiannya di Basrah, dan akhirnya di
Baghdad. Pengetahuan tentang pembelajaran yang hebatnya tidak lama kemudian
merebak, dan Khalifah al Ma'mun melantiknya di Rumah Kebijaksanaan di Baghdad,
yang merupakan pusat yang baru sahaja ditubuhkan bagi penterjemahan teks-teks
falsafah dan saintifik orang Yunani. (Beliau juga terkenal kerana penulisan seni
khatnya yang cantik, dan pada suatu ketika pernah bekerja sebagai jurutulis kepadaal Mutawakkil.)
Apabila al Ma'mun meninggal, abangnya (al Mu'tasim) menjadi Khalifah, dan
al-Kindi dikekalkan dalam jawatannya, serta mengajar anak al Mu'tasim.
Bagaimanapun, ketika pemerintahan al Wathiq, dan terutamanya al Mutawakkil,
peluang al-Kindi' surut. Terdapat pelbagai teori-teori mengenai ini. Sesetengah
orang mengatakan kejatuhan al-Kindi akibat persaingan di Rumah Kebijaksanaan,
yang lain pula merujuk kepada penyeksaan yang ganas oleh al Mutawakkil terhadap
orang Islam yang tidak ortodoks (serta bagi bukan muslim). Malah, pada suatu
ketika, al-Kindi pernah di pukul dan perpustakaannya disita buat sementara. Beliau
meninggal dalam semasa pemerintahan 873 CE bagi al M'utamid.
Al-Kindi merupakan seorang pakar dari pelbagai bidang pemikiran yang
berbeza. Beliau merupakan pakar dalam muzik, falsafah, astronomi, perubatan,
geografi, dan matematik. Selama hayat beliau dianggap sebagai ahli falsafah Muslim
dan paling besar, ada akhirnya hanya diatasi oleh nama nama hebat seperti sebagai
AL-KINDI
7/27/2019 Sumbangan Tokoh-Tokoh Islam
http://slidepdf.com/reader/full/sumbangan-tokoh-tokoh-islam 34/35
Abu Al-Nasr Al-Farabi (Al-Pharabius) dan Ibn Sina (Avicenna). Beliau adalah
dianggap sebagai ahli falsafah Arab keturunan paling agung, walaupun;
sesungguhnya, beliau sering dirujuk hanyalah sebagai "ahli falsafah Arab".
Satu dari matlamat utama falsafahnya adalah untuk mengabung kesesuaian
antara falsafah dan teologi alam di sebelah dan teologi spekulatif dan diwahyukan di
tangan yang lain (bagaimanapun sebenarnya beliau menolak teologi spekulatif).
Beliau menekankan, bagaimanapun, wahyu adalah sumber pengetahuan lebih hebat
dalam sekurang-kurangnya sesetengah bidang, dan ia menjamin perkara-perkara
mengenai kepercayaan yang akal pemikiran tidak boleh mendedahkannya.
Pendekatannya kepada bidang falsafah bukanlah hasil pemikiran yang asal,
tetapi merangkumi penulisan Aristotelian dan (terutama) Plato baru (neo Plato).
Bagaimanapun hasil kerjanya amat penting kerana ia memperkenalkan dan
mempopularkan falsafah Yunani dikalangan cendikiawan Muslim. Kebanyakan apa
yang kanan menjadi perbendaharaan kata falsafah piawaian Arab berasal dari al-
Kindi; sesungguhnya, jika tidak kerananya, hasil ahli falsafah seperti al Farabi,
Avicenna, dan al Ghazali mungkin tidak tercapai.
Sebagai seorang doktor, al-Kindi adalah ahli farmakologi pertama untukmenentukan dan menggunakan dos ubat yang betul untuk kebanyakan daripada
dadah-dadah yang terdapat pada masa itu. Sebagai satu ahli kimia yang termaju,
beliau adalah seorang penentang alkimia; beliau menunjukkan kesilapan mitos yang
logam asas mudah boleh diubah menjadi logam berharga seperti emas atau
argentum. Dalam matematik, beliau menulis beberapa buah buku yang ditujukan
khas bagi sistem nombor, dan banyak menyumbang bagi asas hisab moden. al-
Kindi juga mempopularkan angka Hindu-Arabic di kalangan orang Arabs.
Sejajar dengan itu al-Kindi turut menulis sekurang-kurangnya dua ratus lima
puluh buah buku, kebanyakannya sumbangannya bagi geometri (tiga puluh dua
buah buku), falsafah dan perubatan (dua puluh dua buah buku setiap satu), logik
(sembilan buah buku), dan fizik (dua belas buah buku). Pengarunnya dalam bidang
fizik, matematik, ubat, falsafah dan muzik adalah meluas dan berpanjangan selama
beberapa abad. Abu Yusuf Yaqub Ibn Ishaq Al-Khindi juga aktif dalam bidang
terjemahan. Beliau adalah antara penterjemah awal yang terlibat dalammenterjemahkan hasil karya dalam bidang Yunani ke dalam bahasa Arab.
7/27/2019 Sumbangan Tokoh-Tokoh Islam
http://slidepdf.com/reader/full/sumbangan-tokoh-tokoh-islam 35/35
Kebanyakan daripada buku-bukunya, malangnya, telah hilang, bagaimanapun
beberapa yang terselamat dalam bentuk terjemahan Latin oleh Gherard Cremona,
dan yang lain telah ditemui dalam manuskrip Arab — yang lebih penting lagi, dua
puluh empat hasil kerja beliau yang hilang telah dijumpai kembali pada pertengahan
abad ke dua puluh. Sebagai contoh, misalnya, satu teks yang baru ditemui
Manuskrip berkenaan Nyah Diskrip Perutusan yang Diskrip, satu wacana dalam
kriptologi, merangkumi kaedah pemecahan tulisan rahsia, encipherments,
pemecahan tulisan rahsia bagi encipherments tertentu, dan analisis statistik dan
penganalisisan statistik mengenai surat-surat dan penggabungan surat dalam
Tulisan Arab.