PERINGATAN: Pendaftaran peserta bermula pada jam 7.30 pagi sehinggga 8.00 pagi. Semua peserta
dikehendaki berada di SK Siputeh sebelum jam 8.00 pagi.
0
“UTP Einstein EXPO 2017”
HDB 1012: MPU4 COMMUNITY
ENGAGEMENT PROJECT (CEP)
“UTP Einstein EXPO 2017”
SYARAT- SYARAT PERTANDINGAN
PERINGATAN: Pendaftaran peserta bermula pada jam 7.30 pagi sehinggga 8.00 pagi. Semua peserta
dikehendaki berada di SK Siputeh sebelum jam 8.00 pagi.
1
“UTP Einstein EXPO 2017”
Berikut merupakan syarat- syarat pertandingan UTP Einstein EXPO 2017 bagi setiap
pertandingan. Syarat-syarat berikut wajib dipatuhi oleh setiap sekolah yang menyertai
pertandingan ini.
1.0 SYARAT-SYARAT UMUM PERTANDINGAN.
1.1 Program ini terdiri daripada enam pertandingan. Jumlah maksimum peserta bagi
keenam-enam pertandingan ini adalah seramai 17 orang.
1.2 Pihak sekolah tidak diwajibkan untuk menghantar 17 orang peserta.
Walaubagaimanapun, penyertaan akan didahulukan kepada sekolah yang menghantar
17 orang peserta dan sekolah yang berjaya menghantar borang penyertaan terlebih
dahulu.
1.3 Setiap pertandingan terbuka kepada 20 penyertaan sahaja kecuali pertandingan Rocket
Showdown.
1.4 Setiap murid hanya dibenarkan menyertai satu pertandingan sahaja.
1.5 Tiada had bilangan murid lelaki dan perempuan yang ditetapkan.
1.6 Semua murid diwajibkan memakai pakaian seragam sekolah kecuali murid yang
menyertai pertandingan Rocket Showdown.
1.6.1 Murid yang menyertai pertandingan Rocket Showdown dikehendaki untuk
memakai pakaian sukan sekolah.
PERINGATAN: Pendaftaran peserta bermula pada jam 7.30 pagi sehinggga 8.00 pagi. Semua peserta
dikehendaki berada di SK Siputeh sebelum jam 8.00 pagi.
2
“UTP Einstein EXPO 2017”
1.7 Setiap sekolah perlu menghantar seorang guru pengiring atau lebih.
1.8 Ibu bapa murid dibenarkan/ digalakkan untuk hadir memeriahkan program ini.
1.9 Senarai nama murid yang menyertai pertandingan hendaklah dihantar kepada pihak
penganjur sebelum hari Jumaat, 14 April 2017.
1.10 Keselamatan setiap murid adalah di bawah tanggungjawab guru pengiring sekolah
masing- masing. Pihak penganjur tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang
kejadian yang tidak diingini sepanjang pertandingan berlangsung.
1.11 Pihak penganjur akan menyediakan sarapan pagi dan makanan tengah hari kepada para
peserta.
1.12 Semua murid perempuan yang beragama Islam dikehendaki membawa telekung solat
masing-masing.
1.13 Penglibatan semua murid dari pagi hingga petang pada hari pertandingan adalah
diwajibkan.
1.13.1 Penyertaan murid dalam pertandingan tersebut akan dibatalkan secara langsung
sekiranya terdapat murid yang pulang ke rumah sebelum pertandingan tamat.
1.14 Borang penyertaan untuk setiap pertandingan telah dikepilkan di bahagian lampiran.
PERINGATAN: Pendaftaran peserta bermula pada jam 7.30 pagi sehinggga 8.00 pagi. Semua peserta
dikehendaki berada di SK Siputeh sebelum jam 8.00 pagi.
3
“UTP Einstein EXPO 2017”
1.15 Berikut merupakan cara-cara untuk menghantar penyertaan:
1.15.1 Pihak sekolah dikehendaki mengisi borang-borang penyertaan yang telah
dikepilkan di bahagian lampiran.
1.15.2 Setelah selesai mengisi borang, pihak sekolah perlu menghantar gambar
borang yang telah diisi kepada ahli jawatankuasa yang bertugas iaitu
Saudara Muhammad Izham bin Shahbudin melalui aplikasi Whatsapp di
talian (0134649423).
Sebarang pertanyaan atau keraguan, sila hubungi:
1. Muhammad Ikhwan Akmal bin Mohd Yusoff
Pengurus Projek,
UTP Einstein EXPO 2017,
Universiti Teknologi PETRONAS.
No. tel: 016-2606526
Emel: [email protected]
PERINGATAN: Pendaftaran peserta bermula pada jam 7.30 pagi sehinggga 8.00 pagi. Semua peserta
dikehendaki berada di SK Siputeh sebelum jam 8.00 pagi.
4
“UTP Einstein EXPO 2017”
2.0 SYARAT PERTANDINGAN PUBLIC SPEAKING.
2.1. Terdapat 20 buah sekolah yang akan bertanding. Sebuah sekolah hanya dibenarkan
untuk menghantar hanya satu penyertaan yang terdiri daripada seorang murid bagi
pertandingan ini.
2.2. Penyertaan terbuka kepada murid Tahap Dua sahaja.
2.3. Pada hari pertandingan, para peserta perlu tiba di SK Siputeh selewat-lewatnya pada
pukul 8.00 pagi dan membuat pendaftaran di kaunter pendaftaran yang terletak di
kantin SK Siputeh.
2.4. Setelah mendaftar, para peserta kemudiannya dikehendaki untuk ke kelas 1 Zamrud
dimana pertandingan akan dilangsungkan. Fasilitator yang bertugas akan membawa
para peserta ke kelas 1 Zamrud.
2.5. Pertandingan ini mempunyai satu pusingan sahaja. Para peserta diberi pilihan untuk
memilih satu tajuk daripada tiga tajuk yang telah disediakan. Tajuk ini boleh dipilih
oleh pihak sekolah sebaik sahaja menerima syarat ini.
PERINGATAN: Pendaftaran peserta bermula pada jam 7.30 pagi sehinggga 8.00 pagi. Semua peserta
dikehendaki berada di SK Siputeh sebelum jam 8.00 pagi.
5
“UTP Einstein EXPO 2017”
2.6. Tajuk :
• Tajuk A : Importance of Science and Technology in education
• Tajuk B : Effect of Science and Technology to Human Attitude
• Tajuk C : Pros and Cons of Technology for Young Generations
2.7. Karya yang disampaikan oleh peserta haruslah dihasilkan sendiri tanpa meniru hasil
karya orang lain. Tajuk yang disediakan hendaklah berdasarkan tema Sains dan
Teknologi.
2.8. Semasa pertandingan bermula, setiap peserta diberi masa selama 5 minit dalam setiap
pusingan untuk berucap. Loceng akan dibunyikan sekali sebagai tanda permulaan masa.
Pada minit ke-4, loceng akan dibunyikan sekali menandakan masa berbaki sebanyak
seminit dan pada minit ke-5, loceng akan dibunyikan sekali menandakan masa telah
tamat.
2.9. Loceng akan dibunyikan sekali setiap 30 saat sekiranya peserta melebihi had masa yang
telah ditetapkan.
2.10. Pihak penganjur membenarkan penggunaan props untuk menambahkan keserian dalam
penyampaian semasa pertandingan berlangsung. Namun, tiada markah tambahan akan
diberikan kepada para peserta.
2.11. Bantuan luar tidak dibenarkan semasa pertandingan sedang berlangsung.
PERINGATAN: Pendaftaran peserta bermula pada jam 7.30 pagi sehinggga 8.00 pagi. Semua peserta
dikehendaki berada di SK Siputeh sebelum jam 8.00 pagi.
6
“UTP Einstein EXPO 2017”
2.12. Pertandingan ini diadili oleh lima orang hakim jemputan dari Universiti Teknologi
Petronas. Pemarkahan diberi berdasarkan idea, bahasa dan cara penyampaian peserta.
Keputusan hakim adalah muktamad.
2.13. Pemenang tempat pertama, kedua dan ketiga akan diumumkan semasa majlis
penutupan pada sebelah petang.
PERINGATAN: Pendaftaran peserta bermula pada jam 7.30 pagi sehinggga 8.00 pagi. Semua peserta
dikehendaki berada di SK Siputeh sebelum jam 8.00 pagi.
7
“UTP Einstein EXPO 2017”
3.0 SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN INOVASI (3R).
3.1 Terdapat 20 buah sekolah yang akan bertanding. Sebuah sekolah hanya dibenarkan
untuk menghantar satu pasukan yang terdiri daripada dua orang murid sahaja.
3.2 Penyertaan terbuka kepada murid Tahap Dua sahaja.
3.3 Peralatan untuk rekaan inovasi perlu disediakan oleh pasukan sekolah masing-masing.
3.4 Kos peralatan untuk penyediaan rekaan inovasi adalah tanggungjawab peserta.
3.5 Para peserta diwajibkan mengunakan bahan – bahan kitar semula untuk rekaan inovasi
seperti surat khabar lama, kotak, botol plastik, botol kaca, tin minuman, gelung tisu dan
sebagainya.
3.6 Peserta wajib menyiapkan rekaan inovasi sebelum hari pertandingan.
3.7 Idea inovasi mestilah sesuai dengan tema ‘Sains dan Teknologi’dan mestilah daripada
ciptaan asli peserta tanpa meniru hasil inovasi orang lain.
3.8 Peserta perlu membawa hasil rekaan inovasi dan bersedia untuk memberi penerangan
mengenai hasil rekaan inovasi tersebut untuk diberi pemarkahan oleh pihak juri.
3.9 Pada hari pertandingan, para peserta perlu tiba di SK Siputeh selewat-lewatnya pada
pukul 8.00 pagi dan membuat pendaftaran di kaunter pendaftaran yang terletak di kantin
SK Siputeh.
3.10 Setelah mendaftar, para peserta akan berkumpul untuk diberi taklimat ringkas tentang
perjalanan pertandingan pada hari itu.
PERINGATAN: Pendaftaran peserta bermula pada jam 7.30 pagi sehinggga 8.00 pagi. Semua peserta
dikehendaki berada di SK Siputeh sebelum jam 8.00 pagi.
8
“UTP Einstein EXPO 2017”
3.11 Setelah selesai sesi taklimat, para peserta akan diberikan masa selama sepuluh minit
untuk membuat persiapan di tapak pameran masing-masing.
3.12 Setiap kumpulan perlu berada di kawasan tapak pameran masing-masing untuk
membuat penerangan ringkas tentang hasil rekaan inovasi kepada pihak hakim. Masa
yang diberikan untuk pembentangan rekaan inovasi adalah lima minit bagi setiap
kumpulan.
3.13 Sesi soal jawab akan diadakan sejurus habis sesi pembentangan.
3.14 Para hakim yang terdiri daripada kalangan pihak penganjur akan melawat dari satu
tapak pameran ke tapak pameran yang lain untuk menghakimi dan menilai hasil inovasi
para peserta.
3.15 Para hakim akan melawat tapak pameran para peserta secara rawak.
3.16 Oleh itu, para peserta dilarang membiarkan tapak pameran mereka kosong tanpa wakil
seorang peserta ketika pihak hakim melawati tapak pameran mereka.
3.17 Para peserta hanya dibenarkan meninggalkan tapak pameran mereka pada waktu rehat
sahaja iaitu pada jam 1.30 petang sehingga jam 2.00 petang.
3.18 Tiada penilaian untuk kali kedua sekiranya para hakim mendapati tapak pameran yang
dilawati kosong.
3.19 Pemarkahan diambil dalam tempoh masa lima minit persembahan hasil rekaan inovasi
dibentangkan. Pemenang akan dipilih berdasarkan kriteria-kriteria yang telah ditetapkan
dalam borang pemarkahan.
PERINGATAN: Pendaftaran peserta bermula pada jam 7.30 pagi sehinggga 8.00 pagi. Semua peserta
dikehendaki berada di SK Siputeh sebelum jam 8.00 pagi.
9
“UTP Einstein EXPO 2017”
3.20 Pihak penganjur akan menyediakan sebuah meja murid (saiz meja sekolah) dan dua
buah kerusi sebagai tapak pameran untuk setiap pasukan.
3.21 Pemenang tempat pertama, kedua dan ketiga akan diumumkan semasa majlis
penutupan pada sebelah petang.
PERINGATAN: Pendaftaran peserta bermula pada jam 7.30 pagi sehinggga 8.00 pagi. Semua peserta
dikehendaki berada di SK Siputeh sebelum jam 8.00 pagi.
10
“UTP Einstein EXPO 2017”
4.0 SYARAT- SYARAT PAMERAN DAN PERTANDINGAN PROJEK SAINS.
4.1 Terdapat 20 buah sekolah yang akan bertanding. Sebuah sekolah hanya dibenarkan
untuk menghantar satu pasukan yang terdiri daripada dua orang murid.
4.2 Penyertaan terbuka kepada murid Tahap Dua sahaja.
4.3 Setiap pasukan perlu mempamerkan satu projek prototaip yang bertemakan Sains
dan Teknologi di tapak pameran pada hari pertandingan.
4.4 Projek yang dihasilkan mestilah memberi faedah kepada masyarakat. Di samping itu,
para peserta perlu mengaplikasikan pengetahuan sains yang dipelajari dalam projek
ini.
4.2 Setiap projek akan dinilai berdasarkan kriteria-kriteria yang terdapat dalam borang
pemarkahan di bahagian lampiran.
4.3 Pada hari pertandingan, para peserta perlu tiba di SK Siputeh selewat-lewatnya pada
pukul 8.00 pagi dan membuat pendaftaran di kaunter pendaftaran yang terletak di
kantin SK Siputeh.
4.4 Setelah mendaftar, peserta dibenarkan ke tapak pameran bersama guru pengiring
bagi membuat persiapan pameran dan pertandingan projek sains.
4.5 Setiap pasukan tidak dibenarkan menukar projek yang akan dipamerkan setelah
melakukan pendaftaran.
4.6 Sebelum acara pameran dimulakan, para peserta akan berkumpul untuk sesi taklimat
ringkas berkenaan perjalanan pertandingan tersebut.
PERINGATAN: Pendaftaran peserta bermula pada jam 7.30 pagi sehinggga 8.00 pagi. Semua peserta
dikehendaki berada di SK Siputeh sebelum jam 8.00 pagi.
11
“UTP Einstein EXPO 2017”
4.7 Para peserta diberi masa selama 10 minit untuk persediaan terakhir di tapak pameran
masing-masing setelah selesai sesi taklimat ringkas.
4.8 Setiap pasukan dikehendaki memakai pakaian seragam sekolah sepanjang
pertandingan berlangsung.
4.9 Sepanjang pameran berlangsung, peserta dikehendaki berada di tapak pameran untuk
membentangkan hasil projek kepada para hakim dan penonton.
4.10 Para peserta dilarang meninggalkan tapak pameran tanpa wakil kecuali pada waktu
rehat sahaja iaitu bermula jam 1.00 petang hingga jam 2.00 petang.
4.11 Tiada penilaian kedua dilakukan sekiranya tapak pameran didapati tiada wakil.
4.12 Para hakim yang terdiri daripada kalangan pihak penganjur akan melawat setiap
tapak pameran secara rawak bagi sesi pengakiman dan penilaian.
4.13 Peruntukan masa bagi sesi pembentangan untuk setiap pasukan adalah tidak
melebihi 5 minit.
4.14 Sesi soal jawab bersama pihak hakim akan dijalankan sejurus tamat sesi
pembentangan tajuk.
4.15 Segala kelengkapan perhiasan untuk menghias tapak pameran dan prototaip adalah
tanggungjawab peserta di tapak pameran masing-masing.
4.16 Kelengkapan yang disediakan untuk pameran adalah sebuah meja (bersaiz meja
sekolah) dan dua buah kerusi sahaja.
PERINGATAN: Pendaftaran peserta bermula pada jam 7.30 pagi sehinggga 8.00 pagi. Semua peserta
dikehendaki berada di SK Siputeh sebelum jam 8.00 pagi.
12
“UTP Einstein EXPO 2017”
4.17 Pihak penganjur berhak membatalkan kelayakan peserta sekiranya tahap kebersihan
di kawasan tapak pameran tidak memuaskan.
4.18 Pemenang tempat pertama, kedua dan ketiga akan diumumkan semasa majlis
penutupan pada sebelah petang.
PERINGATAN: Pendaftaran peserta bermula pada jam 7.30 pagi sehinggga 8.00 pagi. Semua peserta
dikehendaki berada di SK Siputeh sebelum jam 8.00 pagi.
13
“UTP Einstein EXPO 2017”
5.0 SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN MEWARNA.
5.1 Terdapat 20 buah sekolah yang akan bertanding. Sebuah sekolah hanya dibenarkan
untuk menghantar lima orang murid untuk pertandingan ini.
5.2 Penyertaan terbuka kepada semua murid Tahap Dua sahaja.
5.3 Para peserta diwajibkan membawa peralatan mewarna sendiri pada hari
pertandingan.
5.4 Pihak penganjur hanya menyediakan kertas lukisan mewarna, tiga pengasah pensel
dan satu plastik sampah untuk setiap kelas. .
5.5 Peserta hanya dibenarkan membawa pensel warna sahaja. Lain–lain peralatan
mewarna seperti krayon dan pensel warna berasaskan air tidak dibenarkan sama
sekali. Sekiranya peserta gagal mematuhi peraturan tersebut, peserta tidak
dibenarkan menyertai pertandingan ini.
5.6 Setiap peserta diberikan satu kertas lukisan mewarna bersaiz A4 sahaja.
5.7 Pada hari pertandingan, para peserta perlu tiba di SK Siputeh selewat-lewatnya pada
pukul 8.00 pagi dan membuat pendaftaran di kaunter pendaftaran yang terletak di
kantin SK Siputeh.
5.8 Peserta akan diberi taklimat ringkas sebelum pertandingan bermula.
5.9 Semua peserta akan berada di kelas yang ditetapkan oleh pihak pengajur untuk
pertandingan mewarna.
5.10 Peserta haruslah menulis nama penuh dan sekolah di bahagian yang disediakan.
PERINGATAN: Pendaftaran peserta bermula pada jam 7.30 pagi sehinggga 8.00 pagi. Semua peserta
dikehendaki berada di SK Siputeh sebelum jam 8.00 pagi.
14
“UTP Einstein EXPO 2017”
5.11 Peserta dibenarkan untuk keluar sebentar ke bilik segar setelah diizinkan.
5.12 Guru-guru dilarang membantu peserta sama ada dari dalam atau luar kawasan
pertandingan mewarna.
5.13 Peserta yang sudah selesai mewarna dibenarkan untuk meninggalkan tempat
pertandingan setelah diberi kebenaran oleh pihak penganjur.
5.14 Tempoh masa untuk mewarna selama 1 jam 30 minit sahaja.
5.15 Pemenang akan dipilih oleh pihak penganjur berdasarkan kreativiti dalam
penggunaan warna dan kekemasan dalam mewarna. Keputusan hakim adalah
muktamad.
5.16 Pemenang tempat pertama, kedua dan ketiga akan diumumkan semasa majlis
penutupan pada sebelah petang.
PERINGATAN: Pendaftaran peserta bermula pada jam 7.30 pagi sehinggga 8.00 pagi. Semua peserta
dikehendaki berada di SK Siputeh sebelum jam 8.00 pagi.
15
“UTP Einstein EXPO 2017”
6.0 SYARAT-SYARAT KUIZ SAINS DAN TEKNOLOGI
6.1 Pertandingan kuiz ini adalah bertemakan sains dan teknologi.
6.2 Terdapat 20 buah sekolah yang akan bertanding. Sebuah sekolah haya dibenarkan
untuk menghantar satu pasukan yang terdiri daripada tiga orang murid.
6.3 Pertandingan ini adalah terbuka untuk murid Tahap Dua sahaja.
6.4 Pertandingan ini akan dimainkan sepenuhnya di dalam Bahasa Inggeris.
6.5 Pada hari pertandingan, para peserta perlu tiba di SK Siputeh selewat-lewatnya pada
pukul 8.00 pagi dan membuat pendaftaran di kaunter pendaftaran yang terletak di
kantin SK Siputeh.
6.6 Para peserta dikehendaki untuk berkumpul di bilik LCD1 untuk sesi taklimat
mengenai pertandingan ini iaitu 15 minit sebelum pertandingan bermula.
6.7 Fasilitator akan membawa para peserta ke tempat pertandingan masing-masing
sebaik sahaja taklimat berakhir.
6.8 Pertandingan ini mempunyai lima jumlah pusingan iaitu pusingan pertama, kedua,
suku akhir, separuh akhir dan pusingan akhir.
6.9 Pada pusingan pertama dan kedua, lapan pasukan terbaik akan mara ke peringkat
suku akhir.
6.10 Pada pusingan suku akhir, empat pasukan terbaik akan mara ke peringkat separuh
akhir.
6.11 Pada pusingan separuh akhir, dua pasukan terbaik akan mara ke peringkat akhir.
PERINGATAN: Pendaftaran peserta bermula pada jam 7.30 pagi sehinggga 8.00 pagi. Semua peserta
dikehendaki berada di SK Siputeh sebelum jam 8.00 pagi.
16
“UTP Einstein EXPO 2017”
6.12 Terdapat lima pusingan di dalam kuiz ini:
6.12.1 Pusingan Pertama: Write It Right (ejaan dalam Bahasa Inggeris)
6.12.1.1 Sebaik sahaja peserta dibawa ke tempat pertandingan bagi
pusingan pertama, fasilitator yang bertugas akan memberi sedikit
taklimat mengenai syarat-syarat bagi pusingan ini.
6.12.1.2 Bahagian ini adalah khusus untuk pusingan pertama sahaja.
6.12.1.3 Terdapat enam perkataan dalam Bahasa Inggeris yang akan
diajukan oleh pembaca soalan.
6.12.1.4 Setiap pasukan diminta untuk menghantar seorang wakil pemain
ke meja yang disediakan.
6.12.1.5 Sebaik sahaja soalan dibaca, masa akan dikira dan pemain akan
menulis jawapan mereka di atas kertas yang disediakan.
6.12.1.6 Soalan akan dibaca sekali sahaja.
6.12.1.7 Masa yang diberikan adalah sebanyak 30 saat untuk setiap soalan.
(Jika peserta gagal memberi jawapan dalam masa 30 saat, peserta
tersebut tidak akan diberikan markah)
6.12.1.8 Setiap soalan memerlukan seorang wakil yang berbeza.
PERINGATAN: Pendaftaran peserta bermula pada jam 7.30 pagi sehinggga 8.00 pagi. Semua peserta
dikehendaki berada di SK Siputeh sebelum jam 8.00 pagi.
17
“UTP Einstein EXPO 2017”
6.12.2 Pusingan Kedua: Choose It Right
6.12.2.1 Bahagian ini adalah khusus untuk pusingan kedua sahaja.
6.12.2.2 Pusingan kedua akan diteruskan di dalam kelas yang sama seperti
pusingan pertama.
6.12.2.3 Terdapat 10 soalan yang bakal diajukan kepada peserta oleh
pembaca soalan.
6.12.2.4 Soalan ini mempunyai pilihan jawapan.
6.12.2.5 Setiap pasukan diminta untuk menghantar seorang wakil pemain
ke meja yang disediakan untuk menjawab soalan.
6.12.2.6 Sebaik sahaja soalan dan pilihan jawapan selesai dibaca, masa
akan mula dikira dan peserta dikehendaki untuk menulis jawapan
di atas kertas yang akan disediakan.
6.12.2.7 Soalan akan dibaca sekali sahaja.
6.12.2.8 Masa yang diberikan untuk menjawab setiap soalan adalah
sebanyak 10 saat. (Jika peserta gagal memberi jawapan dalam
masa 10 saat, peserta tersebut tidak akan diberikan markah)
6.12.2.9 Peserta yang paling pantas mengangkat tangan dan memberikan
jawapan yang betul akan menerima satu markah. Sekiranya
peserta tersebut gagal memberi jawapan yang tepat, peluang
menjawab akan dibuka kepada peserta lain.
PERINGATAN: Pendaftaran peserta bermula pada jam 7.30 pagi sehinggga 8.00 pagi. Semua peserta
dikehendaki berada di SK Siputeh sebelum jam 8.00 pagi.
18
“UTP Einstein EXPO 2017”
6.12.2.10 Setiap soalan memerlukan seorang wakil yang berbeza.
Sebaik pusingan dua berakhir, para peserta dikehendaki untuk
kembali ke bilik LCD1 sementara pengiraan markah dijalankan.
6.12.2.11 Sebaik sahaja pengiraan markah berakhir, fasilitator akan
mengumumkan pasukan yang layak ke peringkat seterusnya.
6.12.2.12 Pasukan yang layak ke pusingan seterusnya akan dibawa ke
tempat pertandingan masing-masing oleh fasilitator yang
bertugas.
6.12.3 Pusingan Suku Akhir, Separuh Akhir dan Pusingan Akhir:
Choose It Right dan Think It Right
6.12.3.1 Syarat-syarat bagi bahagian Choose It Right adalah sama seperti
yang tertera di atas.
6.12.3.2 Bahagian ini merupakan cabaran terakhir di dalam kuiz ini dan
adalah khusus untuk pusingan suku akhir, separuh akhir dan
pusingan akhir sahaja.
6.12.3.3 Sesi taklimat mengenai syarat-syarat bagi pusingan ini akan
dikendalikan oleh fasilitator yang bertugas sebaik sahaja peserta
berada di tempat pertandingan masing-masing.
PERINGATAN: Pendaftaran peserta bermula pada jam 7.30 pagi sehinggga 8.00 pagi. Semua peserta
dikehendaki berada di SK Siputeh sebelum jam 8.00 pagi.
19
“UTP Einstein EXPO 2017”
6.12.3.4 Bahagian Think It Right berbentuk soalan bertulis dalam Bahasa
Inggeris sepenuhnya.
6.12.3.5 Terdapat 10 soalan yang akan dikemukakan oleh pembaca
soalan.
6.12.3.6 Setiap pasukan dikehendaki untuk menghantar seorang wakil
pemain ke meja hadapan.
6.12.3.7 Sebaik sahaja pembaca soalan selesai membaca soalan, masa
akan mula dikira dan peserta dikehendaki untuk menulis jawapan
di atas kertas yang akan disediakan.
6.12.3.8 Soalan akan dibaca sekali sahaja.
6.12.3.9 Masa yang diberi untuk peserta menulis jawapan adalah
sebanyak 15 saat untuk setiap soalan. (Jika peserta gagal
memberi jawapan dalam masa 15 saat, peserta tersebut tidak
akan diberikan markah).
6.12.3.10 Peserta yang paling pantas mengangkat tangan dan memberikan
jawapan yang tepat akan menerima satu markah. Sekiranya
peserta tersebut gagal memberikan jawapan yang tepat, peluang
menjawab soalan akan dibuka kepada peserta lain.
6.12.3.11 Setiap soalan memerlukan seorang wakil yang berbeza.
PERINGATAN: Pendaftaran peserta bermula pada jam 7.30 pagi sehinggga 8.00 pagi. Semua peserta
dikehendaki berada di SK Siputeh sebelum jam 8.00 pagi.
20
“UTP Einstein EXPO 2017”
6.12.3.12 Sebaik sahaja tamat pusingan suku akhir, fasilitator akan
membawa para peserta ke bilik LCD1 sementara pengiraan
markah berlangsung.
6.12.3.13 Sebaik pengiraan markah selesai, fasilitator yang bertugas akan
mengumumkan pasukan yang layak ke peringkat separuh akhir.
6.12.3.14 Pasukan yang layak ke peringkat separuh akhir akan dibawa ke
tempat pertandingan masing-masing oleh fasilitator.
6.12.3.15 Sebaik selesai pusingan separuh akhir, pasukan yang layak ke
pusingan akhir akan dibawa ke tempat pertandingan untuk
pusingan akhir.
PERINGATAN: Pendaftaran peserta bermula pada jam 7.30 pagi sehinggga 8.00 pagi. Semua peserta
dikehendaki berada di SK Siputeh sebelum jam 8.00 pagi.
21
“UTP Einstein EXPO 2017”
6.13 SKEMA PERMARKHANAN:
6.13.1 Bahagian A: WRITE IT RIGHT
6.13.1.1 Setiap soalan bernilai dua markah.
6.13.1.2 Bahagian ini terdiri daripada enam soalan.
6.13.1.3 Markah penuh bagi bahagian ini adalah sebanyak 12 markah.
6.13.2 Bahagian B: CHOOSE IT RIGHT
6.13.2.1 Setiap soalan bernilai 10 markah.
6.13.2.2 Bahagian ini terdiri daripada 10 soalan.
6.13.2.3 Markah penuh bagi bahagian ini adalah sebanyak 100 markah.
6.13.2.4 Peserta yang paling pantas mengangkat tangan dan memberi
jawapan yang tepat akan menerima satu markah.
6.13.2.5 Sekiranya peserta memberi jawapan salah, tiada markah yang
akan diberi kepada peserta tersebut dan pembaca soalan akan
terus membaca soalan seterusnya.
6.13.3 Bahagian C: THINK IT RIGHT
6.13.3.1 Setiap soalan bernilai satu markah.
6.13.3.2 Bahagian ini terdiri daripada 10 soalan.
6.13.3.3 Markah penuh bagi bahagian ini adalah sebanyak 10 markah.
6.13.3.4 Peserta yang paling pantas mengangkat kertas jawapan dan
memberikan jawapan yang tepat akan menerima satu markah.
PERINGATAN: Pendaftaran peserta bermula pada jam 7.30 pagi sehinggga 8.00 pagi. Semua peserta
dikehendaki berada di SK Siputeh sebelum jam 8.00 pagi.
22
“UTP Einstein EXPO 2017”
6.13.3.5 Sekiranya peserta memberi jawapan salah, tiada markah yang
akan diberi kepada peserta tersebut dan pembaca soalan akan
terus ke soalan seterusnya.
6.14 Pemenang tempat pertama, kedua dan ketiga akan diumumkan pada majlis
penutupan pada sebelah petang.
PERINGATAN: Pendaftaran peserta bermula pada jam 7.30 pagi sehinggga 8.00 pagi. Semua peserta
dikehendaki berada di SK Siputeh sebelum jam 8.00 pagi.
23
“UTP Einstein EXPO 2017”
7.0 SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN ROCKET SHOWDOWN
7.1 Terdapat 20 sekolah yang akan bertanding. Sebuah sekolah dibenarkan untuk
menghantar satu atau dua pasukan. Satu pasukan terdiri daripada dua orang
murid.
7.2 Penyertaan adalah terbuka kepada murid Tahap Satu dan Tahap Dua.
7.3 Kriteria untuk rekaan roket adalah seperti berikut :
7.5.1 Peserta dibenarkan untuk menggunakan botol bersaiz 1.5 Liter.
Kuantiti maksimum yang dibenarkan adalah sebanyak dua buah
botol.
7.5.2 Peserta bebas untuk memilih jenis bahan yang akan digunakan
untuk bahagian sayap dan pemberat roket ciptaan masing-masing.
7.5.3 Peserta bebas untuk memilih jenis bahan untuk memilih saiz dan
jenis bahan yang akan digunakan untuk payung terjun masing-
masing.
7.5.4 Peserta bebas untuk menetapkan ukuran tali yang akan digunakan
untuk payung terjun masing-masing.
7.4 Setiap pasukan yang bertanding hendaklah menyiapkan roket masing-masing
sebelum hari pertandingan.
PERINGATAN: Pendaftaran peserta bermula pada jam 7.30 pagi sehinggga 8.00 pagi. Semua peserta
dikehendaki berada di SK Siputeh sebelum jam 8.00 pagi.
24
“UTP Einstein EXPO 2017”
7.5 Pada hari pertandingan, para peserta perlu tiba di SK Siputeh selewat-lewatnya
pada pukul 8.00 pagi dan membuat pendaftaran di kaunter pendaftaran yang
terletak di kantin SK Siputeh.
7.6 Pam akan disediakan untuk membantu pelancaran roket.
7.7 Para peserta dikehendaki untuk berkumpul di padang pada hari pertandingan.
Fasilitator yang bertugas akan memberi sedikit taklimat mengenai syarat-syarat
pertandingan.
7.8 Pasukan-pasukan yang bertanding akan dibahagikan kepada dua kumpulan besar.
7.9 Giliran pasukan untuk melancarkan roket akan ditentukan secara undian.
7.10 Sebaik giliran ditetapkan, pertandingan akan dimulakan.
7.11 Masa sebanyak lima minit untuk kedua-dua percubaan akan diberi kepada setiap
pasukan untuk mengepam roket menggunakan pam yang disediakan.
7.12 Dua percubaan akan diberi kepada setiap pasukan. Pemenang akan dipilih
berdasarkan masa yang paling lama sebuah roket berada di udara. Hanya masa
yang terbaik di antara kedua-dua percubaan akan diambil kira.
7.13 Masa hanya akan mula dikira sebaik sahaja payung terjun pada roket dibuka.
7.14 Pertandingan ini akan diadili oleh hakim dari Universiti Teknologi Petronas.
7.15 Terdapat dua orang hakim di dalam pertandingan ini. Hakim dikehendaki untuk
merekod masa bagi menentukan pemenang.
7.16 Pemenang tempat pertama, kedua dan ketiga akan diumumkan pada majlis
penutupan pada sebelah petang.
PERINGATAN: Pendaftaran peserta bermula pada jam 7.30 pagi sehinggga 8.00 pagi. Semua peserta
dikehendaki berada di SK Siputeh sebelum jam 8.00 pagi.
25
“UTP Einstein EXPO 2017”
Lampiran
BORANG PENYERTAAN PERTANDINGAN
NAMA SEKOLAH: ____________________________________________________
SENARAI NAMA GURU PENGIRING:
BIL NAMA GURU NO. KAD PENGENALAN
1.
2.
3.
PERINGATAN: Pendaftaran peserta bermula pada jam 7.30 pagi sehinggga 8.00 pagi. Semua peserta
dikehendaki berada di SK Siputeh sebelum jam 8.00 pagi.
26
“UTP Einstein EXPO 2017”
BORANG PENYERTAAN PUBLIC SPEAKING
NAMA SEKOLAH: ____________________________________________________
BIL. NAMA PESERTA MYKID
1.
PERINGATAN: Pendaftaran peserta bermula pada jam 7.30 pagi sehinggga 8.00 pagi. Semua peserta
dikehendaki berada di SK Siputeh sebelum jam 8.00 pagi.
27
“UTP Einstein EXPO 2017”
BORANG PENYERTAAN PERTANDINGAN INOVASI
NAMA SEKOLAH: ____________________________________________________
BIL.
NAMA PESERTA MYKID
1.
2.
PERINGATAN: Pendaftaran peserta bermula pada jam 7.30 pagi sehinggga 8.00 pagi. Semua peserta
dikehendaki berada di SK Siputeh sebelum jam 8.00 pagi.
28
“UTP Einstein EXPO 2017”
BORANG PENYERTAAN PAMERAN PERTANDINGAN PROJEK SAINS
NAMA SEKOLAH: ____________________________________________________
BIL. NAMA PESERTA MYKID
1.
2.
PERINGATAN: Pendaftaran peserta bermula pada jam 7.30 pagi sehinggga 8.00 pagi. Semua peserta
dikehendaki berada di SK Siputeh sebelum jam 8.00 pagi.
29
“UTP Einstein EXPO 2017”
BORANG PENYERTAAN PERTANDINGAN MEWARNA
NAMA SEKOLAH: ____________________________________________________
BIL.
NAMA PESERTA MYKID
1.
2.
3.
4.
5.
PERINGATAN: Pendaftaran peserta bermula pada jam 7.30 pagi sehinggga 8.00 pagi. Semua peserta
dikehendaki berada di SK Siputeh sebelum jam 8.00 pagi.
30
“UTP Einstein EXPO 2017”
BORANG PENYERTAAN PERTANDINGAN KUIZ SAINS DAN
TEKNOLOGI
NAMA SEKOLAH: ____________________________________________________
BIL. NAMA PESERTA MYKID
1.
2.
3.
PERINGATAN: Pendaftaran peserta bermula pada jam 7.30 pagi sehinggga 8.00 pagi. Semua peserta
dikehendaki berada di SK Siputeh sebelum jam 8.00 pagi.
31
“UTP Einstein EXPO 2017”
BORANG PENYERTAAN PERTANDINGAN ROCKET SHOWDOWN
NAMA SEKOLAH: ____________________________________________________
PASUKAN PERTAMA:
BIL. NAMA PESERTA MYKID
1.
2.
PASUKAN KEDUA:
BIL. NAMA PESERTA MYKID
1.
2.