TAHAP KESEDIAAN PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN PEDAGOGI,
SIKAP DAN MINAT MENGAJAR GURU PELATIH KIMIA TAHUN
AKHIR 5SPK DAN 5SPC, FAKULTI PENDIDIKAN, UTM
SITI FATIMAH BINTI AB. WAHAB
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PSZ 19:16(Pind. 1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS υ
JUDUL : TAHAP KESEDIAAN PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN PEDAGOGI, SIKAP DAN MINAT MENGAJAR GURU PELATIH KIMIA TAHUN AKHIR 5SPK DAN 5SPC, FAKULTI PENDIDIKAN, UTM
SESI PENGAJIAN : 2005/2006
Saya _________________________________________________________________ (HURUF BESAR)
mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :
1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. Disahkan oleh 4. ** Sila tandakan ( √ ) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau
kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh
organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
TIDAK TERHAD (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap : No. 53, Lorong 17, Dr. Baharin Bin Abu Perumahan Kempadang Perdana, 25150 Kuantan, Nama Penyelia Pahang Tarikh : 26 APRIL 2006 Tarikh : 26 APRIL 2006
SITI FATIMAH BINTI AB. WAHAB
√
CATATAN * Potong yang tidak berkenaan ** Jenis tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak
berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
υ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja khusus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
ii
“ Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana
Muda Sains dan Komputer Serta Pendidikan (Kimia).”
Tandatangan :
Nama Penyelia : DR. BAHARIN BIN ABU
Tarikh : 26 APRIL 2006
iii
TAHAP KESEDIAAN PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN PEDAGOGI,
SIKAP DAN MINAT MENGAJAR GURU PELATIH KIMIA TAHUN AKHIR
5SPK DAN 5SPC, FAKULTI PENDIDIKAN, UTM
SITI FATIMAH BINTI AB. WAHAB
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Dan Komputer Serta Pendidikan (Kimia)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL 2006
iv
PENGAKUAN
“Adalah dengan ini saya akui bahawa karya ini adalah hasil kerja saya sendiri. Ia belum
pernah dicetak, diterbitkan atau dibukukan oleh mana-mana individu atau syarikat
penerbitan sebelum ini kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya
jelaskan sumbernya.”
Tandatangan :
Nama Penulis : SITI FATIMAH BINTI AB. WAHAB
Tarikh : 26 APRIL 2006
v
Dedikasi Teristimewa buat ibuku, Khatijah Binti Sulong dan bapaku, Ab. Wahab Bin Dollah,
yang teramat dikasihi dan disayangi,
Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kerana telah banyak memberi dorongan dan sokongan sejak kaki ini
mula menjejak ke alam persekolahan sehinggalah sekarang…
memberikan apa jua bantuan yang kuperlukan walau susah ataupun senang …
Buat kakakku, Rohayati dan abang-abangku, Zulkifli dan Muhammad Zubir,
Jutaan terima kasih kerana sentiasa memberi perangsang dan semangat kepadaku untuk meneruskan
perjuangan dalam mengejar cita-cita yang diimpikan,
serta menghulurkan apa jua bantuan yang kuperlukan…
Buat tunangku, Mohd Khairie,
Terima kasih kerana memahami diri ini, sentiasa memberikan dorongan dan semangat yang tidak pernah
mengenal jemu…
Buat adik-adikku, Siti Aishah, Siti Nazira dan Muhamad Zulhusni,
Jangan mudah berputus asa,
Teruskan usaha kalian dalam mengejar cita-cita yang diimpikan …
Buat rakan taulan,
Terima kasih atas segalanya...
Terima kasih, semoga jasa anda diberkati Allah S.W.T…
vi
PENGHARGAAN
Segala puji-pujian bagi Allah S.W.T. kerana dengan limpah kurnia, taufiq dan
hidayah-Nya, penulisan ini dapat disiapkan juga akhirnya.
Di kesempatan ini, penulis ingin merakamkan ucapan penghargaan yang tidak
terhingga kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak dalam
menyiapkan kajian ini termasuk yang telah memberi dorongan dan sokongan kepada
penulis serta memberi kekuatan dalam menyiapkan Projek Sarjana Muda ini dengan
jayanya.
Setinggi-tinggi penghargaan yang tidak terhingga kepada Dr. Baharin Bin Abu
selaku penyelia bagi projek ini di atas segala susah payah menunjuk ajar, menasihat,
menyemak, menyumbang idea serta bimbingan yang diberi sepanjang tempoh projek ini
dijalankan sehingga berjaya disiapkan juga.
Jutaan terima kasih juga ditujukan kepada Fakulti Pendidikan, Universiti
Teknologi Malaysia, Skudai, Johor, pensyarah-pensyarah serta guru-guru pelatih 5SPK
dan 5SPC yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan Projek
Sarjana Muda ini.
Dengan kerjasama semua, maka projek ini dapat berjalan dengan lancar dan
dapat disiapkan dengan sempurna. Semoga penyelidikan yang dijalankan ini dapat
memberi manfaat kepada semua pihak dan semoga Allah S.W.T membalas segala jasa
baik kalian.
vii
ABSTRAK
Kajian berbentuk deskriptif ini dijalankan bagi mengkaji tahap kesediaan
pengetahuan dan kemahiran pedagogi, sikap dan minat mengajar guru pelatih kimia
tahun akhir, Universiti Teknologi Malaysia. Responden kajian terdiri daripada 85 orang
guru pelatih 5SPC dan 5SPK Fakulti Pendidikan, UTM yang terdiri daripada 12 orang
lelaki dan 73 orang perempuan. Instrumen kajian terdiri daripada satu set borang soal
selidik yang mengandungi 79 item terdiri daripada lima bahagian iaitu Bahagian A,B, C,
D dan E. Bahagian A bagi mendapatkan maklumat berkenaan latar belakang responden,
manakala Bahagian B, C dan D bertujuan untuk menilai tahap kesediaan guru pelatih
terhadap aspek pengetahuan dan kemahiran pedagogi, sikap dan minat mengajar dan
kesediaan mengajar mata pelajaran Kimia dalam Bahasa Inggeris. Bahagian E pula
adalah untuk mengenalpasti masalah dan kebimbangan di kalangan guru-guru pelatih
untuk mengajar di sekolah. Maklum balas yang diterima diukur menggunakan skala
empat mata dan seterusnya dianalisis secara deskriptif menggunakan perisian Statistical
Packages for Social Sciences (SPSS) versi 11.5. Hasil analisis dipersembahkan dalam
bentuk kekerapan, peratusan dan min. Nilai kebolehpercayaan Alpha Cronbach kajian
ialah 0.98. Hasil dapatan kajian menunjukkan tahap kesediaan sikap dan minat mengajar
guru pelatih adalah tinggi, manakala tahap kesediaan pengetahuan dan kemahiran
pedagogi dan kesediaan mengajar mata pelajaran Kimia dalam Bahasa Inggeris adalah
sederhana. Dapatan kajian juga menunjukkan guru pelatih menghadapi masalah dalam
pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Kimia dalam Bahasa Inggeris dan masalah
dalam menangani masalah disiplin pelajar. Sebagai kesimpulannya, beberapa cadangan
dikemukakan kepada pihak yang berkenaan untuk meningkatkan tahap kesediaan guru
pelatih dalam aspek pengetahuan dan kemahiran pedagogi serta sikap dan minat
mengajar.
viii
ABSTRACT
This descriptive study examines the preparedness level of knowledge and
pedagogical skills, attitude and enthusiasm to teach for the final year chemistry trainee
teachers at University Technology Malaysia (UTM). The respondents of this study
involves 85 chemistry student teachers from 5SPC and 5SPK of Faculty of Education,
UTM which consists of 12 males and 73 females. A set of questionnaire was used as the
instrument for this study which is divided into five parts; Part A, B, C, D and E. Part A
is to gather the data of the respondents background. Part B, C and D are to identify the
trainee teacher’s preparedness level of pedagogical knowledge and skills; attitude and
enthusiasm; and their preparedness to teach chemistry in English. Part E of the
questionnaire is to identify the problem and worriedness faced by the trainee teachers to
teach in school. The responses given will be analyzed by four points scale and then
descriptively analyzed by using statistical software, Statistical Packages for Social
Sciences (SPSS) version 11.5. The findings are presented by using frequency,
percentage and mean. The reliability value of Alpha Cronbach for this research is 0.98.
The finding revealed that the preparedness level in trainee teacher’s attitude and
enthusiasm was high; both the preparedness level in pedagogy knowledge and skills and
the preparedness level to teach chemistry in English are moderate. The finding also
showed that trainee teachers have problems in conducting teaching and learning
chemistry in English, as a medium language. Besides that, trainee teachers also have
problems in handling and managing students with discipline problems. As a conclusion,
few suggestions were discussed to increase the preparedness level in student teachers’
pedagogical knowledge and skills, attitude and enthusiasm.
ix
KANDUNGAN
BAB PERKARA HALAMAN
PENGESAHAN STATUS TESIS i
PENGESAHAN PENYELIA ii
JUDUL iii
PENGAKUAN iv
DEDIKASI v
PENGHARGAAN vi
ABSTRAK vii
ABSTRACT viii
SENARAI JADUAL xiv
SENARAI RAJAH xvi
SENARAI SIMBOL/ SINGKATAN xvii
SENARAI LAMPIRAN xviii
1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 4
1.3 Pernyataan Masalah 6
1.4 Objektif Kajian 9
1.5 Persoalan Kajian 9
1.6 Skop/ Batasan Kajian 9
1.7 Kepentingan Kajian/ Rasional 10
x
1.8 Definisi Operasi 11
1.9 Kesimpulan dan Organisasi Bab 14
2 SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 16
2.2 Kursus Pendidikan di Universiti Teknologi Malaysia 16
2.3 Kurikulum Pendidikan Guru 17
2.4 Pengajaran dan Pembelajaran 19
2.5 Kesediaan Dari Aspek Pengetahuan 20
2.6 Kesediaan Dari Aspek Pengetahuan Dan Kemahiran
Pedagogi 22
2.6.1 Merancang Objektif Pengajaran 24
2.6.2 Kemahiran Set Induksi 25
2.6.3 Penyampaian 27
2.6.4 Teknik Penyoalan 28
2.6.5 Penggunaan Alat Dan Bahan Bantu Mengajar
(ABBM) 30
2.6.6 Pengurusan Bilik Darjah 31
2.6.7 Kemahiran Berfikir Secara Kritis Dan
Kreatif (KBKK) 34
2.6.7.1 Pemikiran Kritis 35
2.6.7.2 Pemikiran Kreatif 36
2.6.8 Kemahiran Penerapan Nilai Murni 37
2.6.9 Penutup Pengajaran 38
2.7 Kesediaan Dari Aspek Sikap Dan Minat 39
2.8 Kesediaan Untuk Mengajar Mata Pelajaran Kimia
Dalam Bahasa Inggeris 42
2.9 Masalah Dan Kebimbangan Di Kalangan Guru-Guru
Pelatih 44
2.10 Tugas dan Peranan Guru 45
xi
2.10.1 Guru Sebagai Pengajar Dan Penyebar Ilmu 46
2.10.2 Guru Sebagai Pembimbing 46
2.10.3 Guru Sebagai Penyelidik 47
2.10.4 Guru Sebagai Agen Perubahan 47
2.10.5 Guru Sebagai Pengurus 47
2.11 Sahsiah Guru 48
2.12 Penutup 49
3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 50
3.2 Rekabentuk Kajian 50
3.3 Tempat Penyelidikan 51
3.4 Persampelan dan Populasi 51
3.5 Instrumen Kajian 52
3.5.1 Bahagian A 52
3.5.2 Bahagian B, C dan D 53
3.5.3 Bahagian E 54
3.6 Prosedur Kajian 54
3.7 Jangkamasa Kajian 55
3.8 Kajian Rintis 55
3.9 Kajian Sebenar 59
3.10 Analisis Data 59
3.11 Penutup 60
4 ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 61
4.2 Analisis Latar Belakang Responden 61
4.2.1 Jantina 62
xii
4.2.2 Bangsa 62
4.2.3 Kursus 63
4.3 Bahagian B, C dan D 63
4.3.1 Analisis Data Bagi Tahap Kesediaan Guru
Pelatih Terhadap Aspek Pengetahuan Dan
Kemahiran Pedagogi 64
4.3.1.1 Aspek Merancang Objektif
Pengajaran 65
4.3.1.2 Aspek Set Induksi 67
4.3.1.3 Aspek Penyampaian 70
4.3.1.4 Aspek Teknik Penyoalan 74
4.3.1.5 Aspek Penggunaan Alat Dan Bahan
Bantu Mengajar (ABBM) 76
4.3.1.6 Aspek Pengurusan Bilik Darjah 78
4.3.1.7 Aspek Kemahiran Berfikir Secara
Kritis Dan Kreatif (KBKK) 80
4.3.1.8 Aspek Kemahiran Penerapan Nilai
Murni 83
4.3.1.9 Aspek Penutup Pengajaran 85
4.3.1.10 Rumusan Terhadap Tahap
Kesediaan Pengetahuan
dan Kemahiran Pedagogi
Responden 87
4.3.2 Analisis Data Bagi Tahap Kesediaan Guru
Pelatih Terhadap Aspek Minat dan Sikap 89
4.3.2.1 Aspek Minat Mengajar 89
4.3.2.2 Aspek Sikap Mengajar 91
4.3.2.3 Rumusan Terhadap Tahap
Kesediaan Sikap dan Minat
Mengajar Responden 94
4.3.3 Analisis Data Bagi Tahap Kesediaan
xiii
Mengajar Mata Pelajaran Kimia
Dalam Bahasa Inggeris 95
4.4 Kesimpulan Bagi Analisis Keseluruhan Data
Tahap Kesediaan Pengetahuan dan
Kemahiran Pedagogi, Sikap dan Minat
Mengajar dan Pengajaran Subjek Kimia Dalam
Bahasa Inggeris 98
4.5 Analisis Masalah Pengajaran Dan Pembelajaran 99
4.6 Penutup 102
BAB 5 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 103
5.2 Rumusan Kajian 103
5.3 Perbincangan Persoalan Kajian 105
5.3.1 Tahap Kesediaan Guru Pelatih Dalam Aspek
Pengetahuan dan Kemahiran Pedagogi 105
5.3.2 Tahap Kesediaan Guru Pelatih Dalam Aspek
Sikap dan Minat Mengajar 113
5.3.3 Tahap Kesediaan Guru Pelatih Untuk
Mengajar Mata Pelajaran Kimia Dalam
Bahasa Inggeris 116
5.3.4 Masalah Dan Kebimbangan Guru Pelatih
Untuk Mengajar Di Sekolah 118
5.4 Cadangan Kajian 119
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 121
5.6 Penutup 122
RUJUKAN 123
Lampiran A – C 131 - 139
xiv
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK HALAMAN
3.1 Taburan Soalan Mengikut Setiap Persoalan Kajian 53
3.2 Taburan Skor Mengikut Skala Empat Mata 54
3.3 Pekali Alpha Cronbach 56
4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 62
4.2 Taburan Responden Mengikut Bangsa 62
4.3 Taburan Responden Mengikut Kursus 63
4.4 Skala Pemeringkatan Empat Mata 64
4.5 Analisis Kekerapan, Peratusan dan Min Bagi
Aspek Merancang Objektif Pengajaran 65
4.6 Analisis Kekerapan, Peratusan dan Min Bagi
Aspek Kemahiran Set Induksi 68
4.7 Analisis Kekerapan, Peratusan dan Min Bagi
Aspek Penyampaian 71
4.8 Analisis Kekerapan, Peratusan dan Min Bagi
Aspek Teknik Penyoalan 74
4.9 Analisis Kekerapan, Peratusan dan Min Bagi
Aspek Penggunaan Alat Dan Bahan Bantu
Mengajar (ABBM) 76
4.10 Analisis Kekerapan, Peratusan dan Min Bagi
Aspek Pengurusan Bilik Darjah 79
xv
4.11 Analisis Kekerapan, Peratusan dan Min Bagi
Aspek Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan
Kreatif (KBKK) 81
4.12 Analisis Kekerapan, Peratusan dan Min Bagi
Aspek Kemahiran Penerapan Nilai Murni 83
4.13 Analisis Kekerapan, Peratusan dan Min Bagi
Aspek Penutup Pengajaran 85
4.14 Analisis Min dan Sisihan Piawai Bagi Tahap
Kesediaan Pengetahuan dan Kemahiran Pedagogi
Responden 88
4.15 Analisis Kekerapan, Peratusan dan Min Bagi
Aspek Minat Mengajar 89
4.16 Analisis Kekerapan, Peratusan dan Min Bagi
Aspek Sikap Mengajar 91
4.17 Analisis Min dan Sisihan Piawai Bagi Tahap
Kesediaan Sikap dan Minat Mengajar Responden 94
4.18 Analisis Kekerapan, Peratusan dan Min Bagi
Aspek Pengajaran Subjek Kimia Dalam
Bahasa Inggeris 95
4.19 Analisis Min dan Sisihan Piawai Bagi Tahap
Kesediaan Pengetahuan dan Kemahiran Pedagogi,
Sikap dan Minat Mengajar dan Mengajar Mata
Pelajaran Kimia Dalam Bahasa Inggeris 98
4.20 Masalah-Masalah Dan Kebimbangan Yang
Dihadapi Oleh Guru Pelatih Berkaitan Dengan
Tugas Dan Tanggungjawab Mengajar Di Sekolah 100
xvi
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK HALAMAN
3.1 Julat Nilai Min Terhadap Tahap Kesediaan 60
xvii
SENARAI SIMBOL
% - Peratus
ABBM - Alat Dan Bahan Bantu Mengajar
BBM - Bahan Bantu Mengajar
FP - Fakulti Pendidikan
FPK - Falsafah Pendidikan Kebangsaan
INTAN - Institut Tadbiran Awam Negara
KBKK - Kemahiran Berfikir Secara Kritis Dan Kreatif
KBSM - Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia
S - Setuju
SPC - Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Kimia)
SPK - Ijazah Sarjana Muda Sains Dan Komputer Serta
Pendidikan (Kimia)
SPSS - Statistical Packages For Social Sciences For Windows
SS - Sangat Setuju
STS - Sangat Tidak Setuju
TS - Tidak Setuju
UTM - Universiti Teknologi Malaysia
xviii
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK HALAMAN
A Soal Selidik 131
B Surat Kebenaran Untuk Menjalankan Kajian 138
C Surat Memohon Kebenaran Untuk Menulis Laporan
Akhir Projek Sarjana Muda Melebihi 100 Muka Surat 139
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Umum melihat guru sentiasa dipandang mulia dan dihormati oleh masyarakat.
Namun begitu, profesion guru bukanlah semudah yang dijangka. Lebih-lebih lagi pada
masa kini tugas guru dalam pengajaran di bilik darjah menjadi semakin mencabar
terutamanya bagi bakal-bakal guru yang akan menceburi profesion ini. Jackson (1979)
menyatakan bahawa tugas mengajar adalah satu sumbangan bertujuan untuk menjadikan
dunia satu tempat yang lebih sempurna dan memperkembangkan diri manusia. Ini
bermaksud bahawa seseorang guru itu perlu bertanggungjawab terhadap masyarakat
untuk membina satu generasi pelajar yang sempurna seperti yang diharapkan oleh
masyarakat dan negara. Keperluan untuk menghasilkan guru yang berkesan semakin
meningkat bagi memastikan pencapaian pelajar-pelajar dalam pembelajaran.
Menurut Lee Pau Wing (1998) dalam bukunya yang bertajuk “Guru dan
Profesion Pendidikan” mengatakan bahawa untuk menjadi guru sekolah yang berjaya,
seseorang itu mesti memiliki tiga keperluan iaitu seseorang guru perlu mempunyai
pengetahuan yang mencukupi dalam mata pelajaran yang diajar, menguasai teknik dan
kaedah pengajaran yang berkesan bagi penyampaian sesuatu pelajaran dan mempunyai
sifat-sifat peribadi yang murni. Guru yang memiliki sifat-sifat ini merupakan guru yang
berjiwa keguruan di mana ia sentiasa berusaha bersungguh-sungguh untuk
2
melengkapkan diri demi keperluan profesionnya. Ini membolehkan ia menjadi seorang
guru yang berkesan sehingga dapat mencapai kejayaan dalam profesion perguruan.
Pendidikan merupakan satu daripada strategi kerajaan bagi menyatupadukan
rakyat dan membangunkan negara. Wawasan 2020 telah menggariskan hasrat negara
untuk mewujudkan satu masyarakat yang maju, demokratik dan penyayang pada masa
hadapan di mana ahli-ahlinya terdiri daripada insan-insan yang sempurna. Seseorang
guru perlu menghayati hasrat negara ini dan berusaha menjadikan dirinya sebagai
seorang insan yang sempurna. Adalah amat penting bagi guru menjadikan diri mereka
insan yang sempurna kerana di sekolah guru menjadi contoh dan teladan kepada pelajar-
pelajarnya. Ini menjadikan perguruan satu profesion yang amat mencabar.
Guru-guru pelatih yang akan menceburi profesion perguruan diharapkan dapat
memainkan pelbagai peranan untuk menjadikan diri mereka sebagai pendidik yang
berjaya. Menurut Fleming (1969), selain mempunyai sifat diri yang sempurna, guru
dikehendaki memainkan pelbagai peranan seperti berikut:
i. Sebagai penuntut motivasi:
Mengetahui kajian-kajian tentang motivasi dari segi falsafah, psikologi,
biologi dan sosiologi, mengetahui sifat-sifat semulajadi manusia dari segi
psikologi, sosiometri, konsep kemahuan dan konsep diri.
ii. Sebagai penggalak kepada pembelajaran:
Mengetahui teori penyekutuan, teori bidang, mengetahui penentu-penentu
sosial dan perseorangan.
iii. Sebagai pemerhati pertumbuhan pelajar:
Mengetahui pertumbuhan dan pembangunan manusia, menginsafi sifat-sifat
delinkuens dan kelembaman, dan memahami pelajar-pelajar dalam bilik
darjah.
3
iv. Sebagai tukang seni dan teknik:
Mempunyai kebolehan sebagai tukang seni dalam pengajaran, berkebolehan
dalam melakukan ujian kecerdasan, berkebolehan dalam menilai personaliti
dan menyimpan rekod dan berkebolehan dalam melakukan pemerhatian diri
dan kumpulan.
v. Sebagai penyelidik:
Mengetahui hasil-hasil penyelidikan dan melakukan ujikaji dengan mencuba
sesuatu inovasi dalam pengajaran.
vi. Sebagai pentadbir dan terapis:
Memikul tanggungjawab pentadbiran, menggunakan sumber komuniti dan
melaksanakan tugas terapis.
(sumber: Lee Pau Wing (1998). “Guru dan Profesion Pendidikan”.)
Menurut Omar Mohd. Hashim (1999), guru-guru pelatih akan menghadapi
banyak cabaran semasa mengajar di sekolah. Harapan masyarakat terhadap profesion
perguruan juga akan bertambah. Bagi memastikan guru-guru menjalankan tugas dengan
baik dan cekap serta bagi mengawal kualiti pendidikan di sekolah, kursus-kursus
perkembangan profesional seperti seminar dan bengkel dalam bidang-bidang yang amat
mendesak mengikut keperluan perlu diadakan bagi membolehkan guru-guru
memperbaiki kekurangan diri dan meluaskan pengetahuan serta kemahiran demi
kemajuan pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Guru-guru pelatih perlu mempunyai
semangat bekerja, berusaha dan bertekad bagi mencapai falsafah pendidikan guru di
Malaysia iaitu melahirkan:
“Guru-guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik,
bersedia menjunjung aspirasi negara, serta menjunjung warisan
kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu dan memelihara
satu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan
berdisiplin."
4
Bagi guru-guru yang berjiwa keguruan, inovasi-inovasi dan idea-idea baru yang
diperkenalkan biasanya dapat diterima dengan baik. Mereka sentiasa merasakan diri
mereka belum mencapai tahap kesempurnaan dan sentiasa ingin memperbaiki diri (Lee
Pau Wing, 1998). Bagi guru-guru pelatih, kursus persediaan mengajar yang sedang
dijalani oleh mereka dapat membantu mereka melengkapkan diri dari segi pengetahuan,
kemahiran dan sikap bagi menghadapi tugas mengajar apabila mereka menceburi
profesion perguruan kelak.
1.2 Latar Belakang Masalah
Menurut Esah Sulaiman (2003a), profesion bermaksud pekerjaan yang
memerlukan pengetahuan dan kepakaran tertentu. Ini bermakna seseorang itu perlu
melalui latihan yang berstruktur dan sistematik untuk suatu jangka masa tertentu bagi
memperoleh pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk bekerja. Manakala
profesional ialah seseorang yang pakar dalam bidang tertentu, sentiasa mengembangkan
pengetahuan dan kemahirannya serta memberikan perkhidmatan yang berkualiti.
Profesion perguruan perlu mempunyai ciri-ciri profesionalisme. Menurut
Hedderdof (1971), profesionalisme bermaksud suatu nilai yang murni jika seseorang itu
dapat mengamalkan tanggungjawabnya dengan penuh dedikasi dan tidak mementingkan
diri atau suka memilih pekerjaan. Berdasarkan pernyataan ini, seseorang guru perlu
melaksanakan tugas dengan bersungguh-sungguh dan sentiasa berusaha meningkatkan
profesionalismenya dari semasa ke semasa dan sentiasa memberikan khidmat yang
terbaik. Seseorang guru yang mengamalkan profesionalisme merupakan guru yang
efektif di mana ia dapat mendidik pelajar-pelajarnya mencapai kecemerlangan dari segi
akademik dan sahsiah mereka.
INTAN (1995) menjelaskan profesionalisme mementingkan mutu perkhidmatan
dan dedikasi terhadap pekerjaan, di mana seseorang itu perlu mempunyai komitmen
5
dalam menjalankan sesuatu tugas untuk memberikan perkhidmatan yang berkualiti dan
memberikan sumbangan kepada masyarakat dan negara. Ciri-ciri profesionalisme perlu
dipupuk ke dalam diri guru-guru pelatih. Guru-guru pelatih merupakan mereka yang
sedang menjalani latihan dan pendidikan guru yang diadakan oleh Kementerian
Pendidikan dan Badan Berkanun di maktab perguruan dan universiti tempatan.
Kurikulum pendidikan guru memberi peluang kepada guru-guru pelatih atau bakal-bakal
guru memperoleh ilmu tentang pelbagai teori pengajaran dan amali bagi membolehkan
mereka menjadi guru yang profesional (Kurikulum Pendidikan Malaysia, 1984).
Yaakub Isa (1996) dalam bukunya yang bertajuk “Almanak Pendidikan”
mengatakan bahawa sambutan Hari Guru yang diadakan pada setiap 16 Mei setiap tahun
dapat meningkatkan kesedaran dan komitmen mereka sebagai guru. Hari Guru memberi
peluang kepada guru-guru memajukan kecekapan melalui seminar-seminar,
persidangan-persidangan dan sebagainya. Persatuan dan pertubuhan guru juga
memainkan peranan dalam memupuk dan meningkatkan profesionalisme di kalangan
guru-guru di mana aktiviti-aktiviti seperti seminar, forum, konvensyen dan penyelidikan
dijalankan (Esah Sulaiman, 2003a).
Menurut Mok Soon Sang (1988), perubahan sistem pendidikan pada dekat 80-an
memerlukan golongan guru mengubah diri ke arah pandangan, sikap, kemahiran dan
daya usaha untuk memperlengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran
demi meningkatkan prestasi dan keupayaan di dalam bidang kerja yang kian mencabar.
Adalah amat penting bagi guru-guru pelatih melengkapkan diri mereka dengan
pengetahuan dan kemahiran yang dapat mendidik pelajar dari segi akademik dan sahsiah
bagi membolehkan mereka memberikan perkhidmatan mengajar yang berkualiti.
Berdasarkan kepada perubahan sistem pendidikan, satu kajian perlu dibuat bagi menilai
tahap kesediaan guru-guru pelatih dari segi pengetahuan dan kemahiran pedagogi, sikap
dan minat mengajar dan kesediaan untuk mengajar mata pelajaran Kimia dalam Bahasa
Inggeris. Masalah dan kebimbangan yang dihadapi oleh mereka juga perlu dikaji.
6
1.3 Pernyataan Masalah
Menurut Faridah Karim (2000) dalam jurnal “Strategizing Teaching and
Learning in The 21ST Century” menyatakan bahawa guru-guru mengalami kesukaran
melaksanakan komponen-komponen kritikal dalam kurikulum. Guru-guru mengalami
kesukaran dalam mempelbagaikan strategi pengajaran, melaksanakan aktiviti-aktiviti
yang berpusatkan pelajar, menggunakan teknik-teknik tertentu untuk berinteraksi dengan
pelajar, memberikan tugasan kepada pelajar-pelajar, merancang bahan-bahan
pengajaran.dan bahan bantu mengajar serta sukar membuat penilaian isi kandungan mata
pelajaran. Guru-guru juga dikatakan kurang berinovasi dalam menyampaikan
pengajarannya. Hal ini disebabkan oleh beberapa faktor, iaitu:
i. Guru kekurangan pengetahuan dan kemahiran mengajar. Ini disebabkan
mereka tidak bersedia atau tidak dilatih dengan sebaik-baiknya.
ii. Matlamat dan konsep inovasi dalam strategi pengajaran tidak jelas kepada
mereka.
iii. Guru kekurangan bahan dan sumber pengajaran yang sesuai untuk membina
pengajarannya.
iv. Guru kekurangan motivasi disebabkan kurangnya galakan daripada pihak
pentadbir.
v. Kekurangan koordinasi dan komunikasi di antara semua pihak yang terlibat
dalam proses pelaksanaan inovasi dalam strategi pengajaran.
Cooper (1989) berpendapat bahawa guru yang berkesan ialah guru yang
memperolehi ilmu pengetahuan khusus dan kemahiran mengajar seperti berikut:
i. Menguasai ilmu pengetahuan dalam teori pembelajaran dan psikologi
manusia.
ii. Menunjukkan sikap jujur yang dapat menggalakkan pembelajaran serta
mewujudkan interaksi yang positif dalam pelbagai hala.
7
iii. Memperolehi ilmu pengetahuan yang lengkap dalam matapelajaran yang
diajar.
iv. Menggunakan kaedah dan teknik mengajar yang memudahkan pelajar-pelajar
menjalankan aktiviti pembelajaran mereka.
Rashidi Azizan (1995) dalam bukunya bertajuk “Pengajaran Dalam Bilik Darjah:
Kaedah dan Strategi” pula menyatakan bahawa guru-guru pelatih dan guru-guru yang
baru sahaja memulakan kerjaya dalam profesion perguruan biasanya menghadapi
masalah mengenalpasti dan memilih kaedah-kaedah pengajaran yang sesuai untuk
digunakan dalam sesuatu sesi pengajaran. Antara punca masalah ini adalah:
i. Kurang atau tiada pendedahan secukupnya mengenai semua kaedah dan
teknik pengajaran dalam kursus-kursus latihan perguruan kerana batasan
masa.
ii. Terdapat pelbagai nama yang sebenarnya bermaksud satu kaedah pengajaran
yang sama.
iii. Tidak dapat menggunakan sesuatu kaedah secara berkesan kerana kurang
pengetahuan tentang rasional pemilihan dan teknik kaedah berkenaan.
iv. Tidak terdapat buku teks atau rujukan yang khusus membincangkan semua
kaedah pengajaran yang boleh digunakan dalam bilik darjah.
v. Wujud salah tanggapan antara kaedah pengajaran dengan penggunaan alat
bantu mengajar.
Berdasarkan pernyataan pengkaji-pengkaji ini, dapatlah dikatakan bahawa bakal-
bakal guru pada masa kini perlu melengkapkan diri mereka dengan ilmu pengetahuan
dan kemahiran yang mencukupi bagi membolehkan proses pengajaran dan pembelajaran
berjalan dengan lancar dan mereka juga perlu menunjukkan keinginan dan inisiatif
kendiri serta motivasi untuk mengajar. Peranan guru amat penting dalam bilik darjah.
Bagi guru-guru pelatih, menguasai pengetahuan dan kemahiran dalam pengajaran adalah
amat penting. Ini kerana sekiranya pengetahuan dan kemahiran untuk mengajar kurang,
proses pengajaran akan menjadi kurang lancar dan hambar. Menguasai sesuatu bidang
8
yang hendak disampaikan kepada orang lain merupakan suatu perkara yang amat
penting. Kebolehan dan keupayaan seseorang guru menguasai ilmu yang diajar akan
menjadikannya seorang guru yang kreatif dan yakin untuk menyampaikan
pengajarannya.
Di Universiti Teknologi Malaysia, tidak banyak kajian yang dijalankan bagi
menilai tahap kesediaan pengetahuan dan kemahiran pedagogi, sikap dan minat
mengajar serta kesediaan untuk mengajar mata pelajaran Kimia dalam Bahasa Inggeris
di kalangan guru-guru pelatih. Oleh itu, sewajarnya kajian mengenainya dijalankan
memandangkan guru-guru pelatih tahun akhir akan keluar dari alam universiti dan
seterusnya berdepan dengan pelbagai cabaran apabila mereka sudah memasuki bidang
pekerjaan kelak. Kesediaan dari segi aspek-aspek tersebut amat penting bagi menjamin
mereka berjaya di masa hadapan. Kajian ini secara tidak langsung dapat membantu
guru-guru pelatih memikirkan cara yang terbaik bagi melengkapkan diri mereka dengan
ilmu dan kemahiran yang mencukupi dalam bidang yang diceburi serta memupuk sikap
dan minat yang baik dalam diri mereka.
Oleh itu, kajian ini dibuat untuk menilai tahap kesediaan guru-guru pelatih kimia
tahun akhir dari kursus 5SPC dan 5SPK Semester 10 di Fakulti Pendidikan, UTM
bertujuan untuk mengetahui sama ada mereka sudah bersedia dan melengkapkan diri
dengan pengetahuan dan kemahiran perguruan yang mencukupi selaras dengan
kehendak dasar dan kurikulum pendidikan negara. Tahap kesediaan yang akan dikaji
dalam kajian ini ialah pengetahuan dan kemahiran pedagogi, sikap dan minat mengajar
serta kesediaan untuk mengajar mata pelajaran Kimia dalam Bahasa Inggeris. Kajian ini
juga akan mengenalpasti masalah dan kebimbangan yang dihadapi oleh guru-guru
pelatih untuk mengajar di sekolah. Kajian ini akan menjawab persoalan “ Adakah guru
pelatih telah bersedia dari segi pengetahuan dan kemahiran mengajar, sikap dan minat
mengajar dan mempunyai kesediaan untuk mata pelajaran Kimia dalam Bahasa
Inggeris?” dan juga “Apakah masalah dan kebimbangan di kalangan guru-guru pelatih
untuk mengajar di sekolah?”.
9
1.4 Objektif Kajian
1.4.1 Menilai tahap kesediaan guru pelatih dari aspek pengetahuan dan kemahiran
pedagogi yang mencukupi untuk pengajaran bilik darjah.
1.4.2 Menilai tahap kesediaan guru pelatih dari aspek sikap dan minat mengajar.
1.4.3 Mengkaji tahap kesediaan guru pelatih untuk mengajar mata pelajaran Kimia
dalam Bahasa Inggeris.
1.4.4 Mengenalpasti masalah-masalah yang wujud di kalangan guru-guru pelatih untuk
mengajar di sekolah.
1.5 Persoalan Kajian
1.5.1 Apakah tahap kesediaan guru pelatih dalam aspek pengetahuan dan kemahiran
pedagogi untuk pengajaran bilik darjah?
1.5.2 Apakah tahap kesediaan sikap dan minat mengajar di kalangan guru-guru
pelatih?
1.5.3 Apakah tahap kesediaan guru pelatih untuk mengajar mata pelajaran Kimia
dalam Bahasa Inggeris?
1.5.4 Apakah masalah dan kebimbangan di kalangan guru-guru pelatih untuk mengajar
di sekolah?
1.6 Skop/ Batasan Kajian
Kajian ini adalah untuk melihat tahap kesediaan guru-guru pelatih kimia tahun
akhir untuk mengajar di sekolah. Penyelidik menggunakan sampel dari semua guru
pelatih kimia tahun akhir dari kursus Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer Serta
Pendidikan Kimia (5SPK) dan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Kimia Serta Matematik