TAHAP LITERASI SAINS DALAM KALANGAN PELAJAR TINGKATAN
EMPAT SEKOLAH ALIRAN AGAMA
DI DAERAH HILIR PERAK , PERAK.
NOR HAFIZ B. MOHD ASPAR
FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
ii
iii
TAHAP LITERASI SAINS DALAM KALANGAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT
SEKOLAH ALIRAN AGAMA
DI DAERAH HILIR PERAK , PERAK.
NOR HAFIZ B. MOHD ASPAR
Disertasi ini dikemukakan
sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan ( Sains )
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL, 2008
ii
PENGAKUAN
“ Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan
dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya
jelaskan sumbernya”.
Tandatangan : ...........................................
Nama penulis : NOR HAFIZ B. MOHD ASPAR
Tarikh : 17 APRIL 2008
iii
DEDIKASI
Teristimewa buat ;
Ayahanda dan bonda yang dikasihi...
Mohd Aspar B. Mardi
Siti Hatijah Bt. Haji Ali
Budi dan jasa kalian akan tetap
Kukenang hingga akhir hayatku .........
Buat isteri yang disayangi...
Norazidah Bt. Mohd Ali
Pengorbanan dan kesabaranmu
Hanya Allah yang mampu membalasnya...
Buat puteri dan putraku...
Norhaya Anaqah
Salahuddin Al- Ayubi
Kalian azimatku...
iv
PENGHARGAAN
Syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya
projek sarjana muda ini telah dapat disiapkan sebagaimana yang telah dirancang.
Selawat serta salam juga keatas junjungan besar baginda Rasullah S.A.W, keluarga
baginda, para sahabat, para syuhada serta pejuang – pejuang Islam dimuka Bumi ini.
Penulis ingin merakamkan setinggi – tinggi penghargaan dan ucapan terima
kasih kepada pensyarah penyelia iaitu Encik Mohd Ali Bin Ibrahim atas bimbingan,
dorongan, teguran dan nasihat yang diberikan sepanjang tempoh penyediaan kajian
projek sarjana muda ini.
Penghargaan juga ditujukan kepada Pegawai Tadbir Agama Daerah Hilir
Perak yang membantu memudahkan perjalanan kajian serta pengetua, guru-guru dan
pelajar - pelajar sekolah yang turut terlibat dalam kajian ini.
Akhir sekali penghargaan diberikan juga kepada semua individu yang turut
terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung membantu menjayakan
penyediaan kajian projek sarjana muda ini.
v
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan mengkaji tahap pengetahuan konsep dan aplikasi sains
dalam kehidupan pelajar tingkatan empat aliran agama. Responden kajian terdiri
daripada 131 orang pelajar tingkatan empat dari empat buah sekolah di daerah Hilir
Perak, Perak. Alat kajian terdiri daripada satu set borang soal selidik dengan nilai
kebolehpercayaannya ialah α = 0.813. Hasil analisis menunjukkan bahawa min
tahap pengetahuan sains ialah 2.77 dan min aplikasi sains ialah 2.66. Ini
menunjukkan tahap pengetahuan sains dan aplikasi sains berada pada tahap yang
tinggi. Hasil ujian t menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan bererti antara
lelaki dan perempuan dalam tahap pengetahuan sains dan aplikasi sains dalam
kehidupan (p > 0.05 ). Hasil kajian juga menunjukkan bahawa terdapat perbezaan
bererti terhadap tahap pengetahuan sains dan aplikasi sains dengan kumpulan
pencapaian gred PMR pelajar baik dan pelajar lemah (p < 0.05). Kolerasi Pearson
pula menunjukkan perkaitan yang signifikan antara pengetahuan sains dan aplikasi
sains ( r = .657, p < 0.01 ).
vi
ABSTRACT
The purpose of these studies is to determine the understanding level of
science concept and their applications in their daily lives among 131 form four
religion stream students from four schools in Hilir Perak District. The instruments
used in this study is a questionnaire have with the reliability of α = .813. It was
found that mean of the understanding level of science concept is 2.77 and the mean
of science knowledge application are 2.66. It indicated that the mean was at the high
level. T-test suggested that there were no significant differences across gender
(p > .05). On the other hand, there was a significant different (p < .05) between the
good and the weak group of students PMR grad. Pearson correlation show that there
was a significant between science concept understanding and science knowledge
applications (r = .657, p < .01).
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v-vi
KANDUNGAN vii - x
SENARAI JADUAL xi
SENARAI SINGKATAN xii
SENARAI LAMPIRAN xiii
1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 2
1.3 Pernyataan Masalah 8
1.4 Objektif Kajian 9
1.5 Persoalan Kajian 9
1.6 Kepentingan Kajian 10
1.7 Batasan Kajian 10
1.8 Definisi Istilah 11
1.8.1 Konsep Sains 11
1.8.2 Literasi Konsep Sains Dalam
Kehidupan 12
1.8.3 Sekolah Aliran Agama 13
1.8.4 Pelajar – pelajar 13
viii
1.9 Rumusan 13
2 SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 15
2.2 Literasi Sains 17
2.3 Kefahaman Konsep Asas Sains 19
2.4 Miskonsepsi 20
2.5 Fungsi Kognitif Mengikut Jantina 23
2.6 Rumusan 26
3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 25
3.2 Reka Bentuk Kajian 25
3.3 Responden Kajian 26
3.4 Alat Kajian 26
3.4.1 Bahagian A : Latar Belakang
Responden 27
3.4.2 Bahagian B : Pengetahuan Sains 27
3.4.3 Bahagian C : Aplikasi Sains 28
3.5 Tatacara Kajian 29
3.6 Kajian Rintis 30
3.7 Analisis Kajian 31
3.8 Rumusan 34
4 ANALISIS DATA DAN KEPUTUSAN
4.1 Pengenalan 35
4.2 Analisis Maklumat Latar Belakang Responden 35
4.2.1 Analisis Taburan Responden Mengikut
Jantina 36
ix
4.2.2 Analisis Taburan Gred Pencapaian PMR
Dalam Matapelajaran Sains 36
4.3 Analisis Pengetahuan Sains Pelajar Tingkatan Empat
Aliran Agama 37
4.4 Analisis Aplikasi Sains Pelajar Tingkatan Empat
Aliran Agama 39
4.5 Perbezaan Antara Tahap Pengetahuan Sains Dalam
Kalangan Pelajar Lelaki Dan Perempuan 41
4.6 Perbezaan Antara Tahap Aplikasi Sains Dalam
Kalangan Pelajar Lelaki Dan Perempuan 42
4.7 Perbezaan Antara Tahap Pengetahuan Sains
Dengan Kumpulan Gred PMR Pelajar 43
4.8 Perbezaan Antara Tahap Aplikasi Sains
Dengan Kumpulan Gred PMR Pelajar 43
4.9 Hubungan Pengetahuan Sains Dan Aplikasinya
Dalam Kehidupan 44
5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 46
5.2 Perbincangan 46
5.2.1 Tahap Penguasaan Pengetahuan Sains
Pelajar Tingkatan Empat Aliran Agama 47
5.2.2 Tahap Penguasaan Aplikasi Sains pelajar
Tingkatan Empat Aliran Agama 48
5.2.3 Perbezaan Antara Tahap Pengetahuan Sains
Di Kalangan Pelajar Lelaki Dan Perempuan 50
5.2.4 Perbezaan Antara Tahap Aplikasi Sains
Di Kalangan Pelajar Lelaki Dan Perempuan 50
5.2.5 Perbezaan Antara Tahap Pengetahuan Sains
Dengan Kumpulan Pelajar 51
5.2.6 Perbezaan Antara Tahap Aplikasi sains
Dengan Kumpulan Pelajar 52
x
5.2.7 Hubungan Antara Pengetahuan Sains dan
Aplikasinya Dalam Kehidupan 52
5.3 Kesimpulan 53
5.4 Cadangan 55
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 57
5.6 Rumusan 58
RUJUKAN 59
Lampiran A-C 64 - 66
xi
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
3.1 Konsep Sains, Nombor Item Dan Bilangan Item
Bagi Pengetahuan Sains 27
3.2 Konsep Sains, Nombor Item Dan Bilangan Item
Bagi Aplikasi Sains 28
3.3 Tahap Penilaian Berdasarkan Min 32
3.4 Kekuatan Kolerasi Pearson, r 33
3.5 Analisis Kolerasi Pearson 33
4.1 Frekuensi Dan Peratus Responden Mengikut Jantina36
4.2 Frekuensi Dan Peratus Mengikut Gred Pencapaian
PMR Bagi Matapelajaran Sains 36
4.3 Taburan Min, Sisihan Piawai Dan Tahap Bagi Setiap
Item Untuk Pengetahuan Sains 38
4.4 Nilai Min Dan Tahap Bagi Setiap Konsep Sains 39
4.5 Taburan Min, Sisihan Piawai Dan Tahap Bagi
Setiap Item Untuk Aplikasi Sains 40
4.6 Nilai Min Dan Tahap Bagi Setiap Konsep Sains 41
4.7 Ujian t Pengetahuan Sains Dengan Jantina 42
4.8 Ujian t Aplikasi Sains Dengan Jantina 42
4.9 Ujian t Pengetahuan Sains Dengan Kumpulan Pelajar 43
4.10 Ujian t Aplikasi Sains Dengan Kumpulan Pelajar 44
4.11 Nilai Kolerasi Pearson Untuk Hubungan Tahap
Pengetahuan Sains Dan Aplikasi Sains 44
xii
SENARAI SINGKATAN
% - Peratus
f - Frekuensi
SBK - Sekolah Bantuan Kerajaan
SMAR - Sekolah Menengah Agama Rakyat
SMAN - Sekolah Menengah Agama Negeri
SBP - Sekolah Berasrama Penuh
SMKA - Sekolah Menengah Kebangsaan Agama
KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia
STAM - Sijil Tinggi Agama Malaysia
IPT - Institusi Pengajian Tinggi
SPSS - Statistical Package for the Social Sciences
UTM - Universiti Teknologi Malaysia
xiii
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Borang Soal Selidik 64
B Surat Akuan Pelajar 65
C Surat Kebenaran Menjalankan Kajian dari
Jabatan Agama Islam Daerah Hilir Perak 66
14
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Di zaman pemerintahan British terdapat empat aliran persekolahan di Tanah
Melayu iaitu sekolah ‘vernakular’ Melayu, Cina, Tamil dan Inggeris. Aliran yang
berbagai ini adalah berpunca daripada sikap penjajah Inggeris yang melaksanakan sistem
pecah dan perintah.
“Pengalaman kami telah menunjukkan bahawa negeri – negeri yang ditadbir oleh
pihak Inggeris, orang Melayu tidak mempunyai tempat mereka, hak mereka tidak
dihiraukan langsung dan tidak diambil kira. Sekolah Melayu diturunkan ketaraf
yang paling bawah dalam sistem pendidikan dan diberikan hanya pendidikan
“Vernakular” selama tiga hingga empat tahun. Pada akhir persekolahan tersebut,
apa yang dapat dilakukan oleh orang Melayu ialah sekadar mencari sesuap nasi
sahaja.”
( Faaland, Parkinson & Rais, 2002).
Kenyataan tersebut adalah menjelaskan bagaimana situasi masyarakat Melayu
yang begitu lemah dan susah dalam negaranya sendiri. Justeru kesedaran baru telah
15
timbul dikalangan orang – orang Melayu untuk mendapatkan pendidikan yang lebih baik
dan sempurna daripada apa yang telah disediakan oleh pihak Inggeris.
Keikhlasan pentadbir – pentadbir British seperti R.J Wilkonson, A.M. Skinner
dan R.O.Winstedt dalam menjalankan tugas untuk meningkatkan pendidikan orang
Melayu adalah amat diragui. William R. Roff. dalam Ibrahim Saad (1981:20) telah
menerangkan :
Banyak orang menyangka bahawa Laporan Winstedt itu satu pembaharuan tetapi
mengikut Roff, Winstedt telah tidak mempedulikan perkembangan intelek
Melayu. Ini disebabkan pada masa itu ia sedang membina kemasyhuran sendiri
dengan menulis sejarah dan kesusasteraan Melayu.
Kesan sistem pendidikan Inggeris yang tidak mengubah taraf pendidikan dan
meningkatkan pengetahuan serta taraf hidup orang – orang Melayu telah menyebabkan
institusi pendidikan orang – orang Melayu mulai berubah dan tersusun dengan lebih
kemas. Selepas Perang Dunia Kedua muncul sekolah – sekolah pondok atau sekolah
Arab dan sekolah – sekolah agama ( madrasah atau dikenali sebagai sekolah agama
moden ) di seluruh Semenanjung terutamanya di Kelantan, Kedah, Perak dan Pulau
Pinang. Ilmu yang disampaikan adalah mencakupi ilmu keduniaan dan akhirat. Malah
taraf pendidikan yang diberikan disetengah – setengah madrasah adalah lebih bermutu
tinggi jika dibandingkan dengan sekolah –sekolah yang ditubuhkan oleh orang – orang
Inggeris, contohnya Madrasah Al-Masyhur Pulau Pinang, Madrasah Muhammadiah di
Kota Bahru dan Maahad Al-Ihya’ asy- Syarif Gunung Semanggol, dimana pelajar dapat
melanjutkan pelajaran ke Asia Barat terutamanya di Masjidil – Haram, Makkah dan
Universiti Al- Azhar, Mesir. Kesannya sekolah – sekolah Melayu yang didirikan oleh
pihak Inggeris telah dapat disaingi.
16
1.2 Latar belakang Masalah
Mengikut statistik yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan (1997) terdapat
27 658 orang pelajar yang memasuki sekolah menengah kebangsaan agama (SMKA),
iaitu sekolah yang dianjurkan oleh kementerian tersebut. Bilangan ini bertambah menjadi
29 898 (1998 ) dan 31 388(1999). Bilangan ini tentulah menjadi berlipat ganda sekiranya
terdapat lebih banyak bilangan SMKA yang ditubuhkan kerana permintaan yang diterima
untuk memasuki sekolah aliran tersebut bertambah dengan ketaranya dari tahun ke tahun.
KPM dalam laporan Pembangunan Pendidikan 2001 hingga 2010 telah
menyatakan bahawa ;
Dari segi memenuhi keseimbangan permintaan jenis sekolah Kementerian
Pelajaran Malaysia (KPM) menghadapi masalah memenuhi permintaan yang
semakin bertambah terhadap pendidikan agama pada peringkat menengah.
Adalah menjadi cabaran kepada KPM untuk menambah jurusan agama di sekolah
menengah sedia ada termasuk sekolah berasrama penuh (SBP).
(Kementerian Pendidikan Malaysia, 2001)
Kenyataan ini memberikan gambaran bahawa permintaan terhadap pendidikan
agama semakin mendapat sambutan daripada masyarakat. Ibu bapa pelajar Melayu pada
masa ini sedang berlumba-lumba untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah aliran
agama disebabkan oleh tanggungjawab mereka yang menjadi semakin berat dalam
mempastikan mutu pendidikan agama dan moral yang tinggi bagi anak-anak mereka
dalam menghadapi cabaran sosial semasa yang semakin membimbangkan. Oleh itu,
sebagai alternatif mereka menghantar anak – anak mereka kesekolah yang beraliran
agama dengan harapan akan dapat mengambil alih sebahagian dari beban dan
tanggungjawab mereka dalam memberikan pendidikan agama.
17
Didorong oleh permintaan yang banyak inilah maka pihak swasta juga mengambil
peluang untuk membuka sekolah-sekolah agama swasta atau memberikan penekanan
yang tinggi terhadap pendidikan agama di samping pendidikan umum bagi seseorang
pelajar itu mengambil peperiksaan rasmi anjuran Kementerian Pelajaran. Di samping itu
bilangan pelajar di sekolah-sekolah menengah agama rakyat (SMAR) dan sekolah
menengah agama negeri (SMAN) juga telah bertambah semasa kesemasa. SMAR
mempunyai pelajar kira-kira 62 000 (1998) dan meningkat kepada 70 000 (1999).
Manakala SMAN pula mempunyai pelajar seramai 63 000 (1998) dan bilangan ini
bertambah menjadi lebih daripada 62 000 (1999).
Bilangan pelajar yang memasuki SMKA, SMAR dan SMAN pada tahun 1999,
jika dijumlahkan maka sudah melebihi 162 000 pada tahun yang sama. Statistik ini
belum lagi mengambil kira bilangan para pelajar yang sedang belajar di sekolah-sekolah
agama swasta dan sekolah-sekolah yang ditubuhkan oleh orang-orang perseorangan atau
kumpulan-kumpulan tertentu yang tidak diketahui bilangannya. Sekiranya bilangan ini
juga diambil kira maka jumlah pelajar-pelajar di dalam aliran agama ini mungkin telah
mencecah ke angka 300 000 keseluruhannya pada masa ini.
Mungkin tidak banyak masalah yang dihadapi oleh SMKA dalam mencapai
matlamat untuk menyediakan calon-calon untuk memasuki institusi pengajian tinggi
(IPT) kerana sekolah jenis ini mempunyai kelengkapan dan kemudahan yang agak baik,
serta bilangan guru terlatih yang mencukupi. Pelajar-pelajar lepasan sekolah ini juga
pada umumnya dapat mengikuti berbagai-bagai aliran di peringkat diploma dan ijazah
termasuk bidang sains. Tetapi yang mungkin menjadi masalah dalam hal ini ialah
pelajar-pelajar sekolah menengah rakyat atau negeri kerana kebanyakan sekolah jenis ini
tidak mempunyai kelengkapan yang cukup atau guru-guru yang terlatih. Sekolah-sekolah
jenis ini mungkin tidak mempunyai makmal sains yang mencukupi untuk membuka kelas
aliran sains, atau tidak mempunyai guru yang berkelulusan dalam bidang tersebut.
Akhirnya pelajar lepasan sekolah ini akan mengambil aliran sastera atau mengambil
18
peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) untuk melayakkan diri mereka
memasuki aliran pengajian Islam di universiti tempatan, di Mesir, Jordan dan sebagainya.
KPM dalam laporan Pembangunan Pendidikan 2001 hingga 2010 menyatakan
bahawa;
Tahap penyertaan pelajar yang rendah dalam jurusan sains dikaitkan dengan
kualiti pendidikan sains seperti kekurangan makmal sains tulen dan kekurangan
peralatan pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, kekurangan guru sains yang
berkelayakan dan asas pendidikan sains yang kurang mantap dikalangan pelajar
juga merupakan faktor yang mempengaruhi kualiti pendidikan sains dan
menyebabkan pelajar kurang menyertai jurusan sains.
Kenyataan di atas menyatakan bahawa faktor kemudahan insfrastruktur dan
kepakaran adalah antara faktor yang dikenalpasti oleh KPM sebagai punca kurangnya
pelajar mengambil dan berminat dalam jurusan sains. Dengan sumber kewangan yang
terhad dan kepakaran yang minima yang dimiliki sekolah – sekolah aliran agama masalah
ini amat sukar diatasi.
Dua matlamat utama pendidikan sains iaitu pertama untuk menghasikan insan –
insan bergelar saintis , pekerja mahir dalam bidang teknikal dan kedua melahirkan ahli –
ahli masyarakat yang dapat menggunakan sains akan sukar untuk dicapai.
Pihak Kementerian Pelajaran telah menggubal kurikulum berdasarkan keperluan
semasa negara dan ciri – ciri sejagat sains. Fokus utamanya adalah pembelajaran sains
berfikrah dan mengoptimumkan hasil pembelajaran. Kurikulum sains terdiri daripada
dua matapelajaran teras dan empat matapelajaran elektif. Matapelajaran teras adalah
sains sekolah rendah dan sains sekolah menengah. Manakala matapelajaran elektif pula
hanya untuk sekolah menengah atas iaitu biologi, fizik, kimia dan sains tambahan.
19
Walaupun pelbagai perancangan rapi telah diatur oleh pihak KPM dalam
memastikan pelaksanaan matapelajaran sains KBSM berjalan dengan lancar. Namun
begitu masih juga wujud kekangan – kekangan yang tidak dapat dielakkan. Jamil Ahmad
(1993) telah melaksanakan kajian mengenai masalah – masalah dalam pelaksanaan sains
KBSM di Sekolah-sekolah Menengah di negeri Kedah Darul Aman. Kajian ini telah
menumpukan kepada sembilan faktor utama yang mempengaruhi pelaksanaan kurikulum
Sains KBSM di sekolah-sekolah, iaitu fakor guru, pelajar, pentadbir sekolah, pembantu
makmal, ibu bapa, makmal sains, alat radas dan bahan kimia, bahan rujukan dan bahan
bantu mengajar.
Hasil kajian menunjukkan masalah pelaksanaan sains KBSM secara
keseluruhannya merupakan masalah biasa (min 3.024). Dari segi dimensi, didapati faktor
ibu bapa merupakan masalah utama dalam pelaksanaan sains KBSM (min 3.808).
Faktor-faktor lain merupakan masalah biasa iaitu faktor pelajar (min 3.532), bahan
rujukan (min 3.407), bahan bantu mengajar (min 3.292), pembantu makmal (min 2.987),
makmal sains (min 2.856), guru sains (min 2.838), alat radas dan bahan kimia (min
2.782) dan pentadbir sekolah (min 2.603).
Walaupun secara keseluruhan, masalah pelaksanaan sains KBSM merupakan
masalah biasa sahaja, namun demikian terdapat beberapa masalah utama yang telah
dikenalpasti dalam kajian ini. Dari segi ibu bapa, masalah utamanya ialah ibu bapa
kurang mengambil berat pelajaran anak-anak di rumah, terlalu mementingkan pencapaian
anak-anak dalam peperiksaan daripada penguasaan kemahiran proses sains dan aplikasi
sains serta tidak faham matlamat pendidikan sains KBSM. Dari segi pelajar, didapati
pelajar kurang membuat rujukan tambahan, hanya bergantung kepada buku teks sahaja,
tidak membuat persediaan awal sebelum mengikuti pelajaran sains, kurang aktif dalam
kelas dan tidak faham Falsafah Pendidikan Negara serta matlamat dan objektif
pendidikan sains KBSM. Masalah utama guru-guru sains pula ialah dari segi kursus
orientasi atau pendedahan terhadap sains KBSM tidak mencukupi dan guru menghadapi
masalah melaksanakan pengajaran secara inkuiri kerana bilangan pelajar terlalu ramai
20
dalam kelas. Dari segi bahan bantu mengajar pula, didapati bahan-bahan dalam bentuk
spesimen segar dan spesimen awet dalam makmal tidak mencukupi.
Mohamad Idris Abdul Hamid (2003) dalam kajiannya berkaitan dengan keperluan
guru-guru sains sekolah rendah dalam aspek pengajaran sains menyatakan bahawa hasil
kajian menunjukkan guru-guru sains mempunyai keperluan dalam semua aspek
pengajaran mereka sama ada dari persepsi guru sains dan dari persepsi pendidik guru
sains.
Antara keperluan utama ialah menjadi kreatif dalam pengajaran sains, mendapat
maklumat mengenai inovasi (pembaharuan) dalam pengajaran sains, mempertingkatkan
pengetahuan mengenai kerjaya yang berkaitan dengan sains, mempertingkatkan
pengetahuan mengenai isu kemasyarakatan yang berkaitan dengan sains,
mempertingkatkan pengetahuan mengenai perkembangan kurikulum sains, membuat alat
mudah makmal sains, memperoleh kemahiran berfikir secara kritis dan
mempertingkatkan kelayakan akademik dalam pendidikan sains
Faktor-faktor yang menimbulkan masalah pengajaran dan pembelajaran di bilik
darjah merangkumi aspek manusia iaitu guru, pelajar dan pentadbir serta aspek bahan.
Dalam aspek manusia penekanan diberikan kepada aspek guru iaitu pengetahuan isi
kandungan guru, kemahiran mengajar isi kandungan, strategi pengajaran dan kaedah
pengajaran guru. Manakala aspek bahan ialah makmal, alat radas, bahan kimia, bahan
bantu mengajar, bahan rujukan dan kurikulum.
Rodiah Hamid (2003) pula menyatakan dalam tinjauannya mengenai masalah
pengajaran dan pembelajaran sains teras bahawa tahap penguasaan isi kandungan dan
tahap kemahiran mengajar isi kandungan secara keseluruhannya adalah tinggi bagi mata
pelajaran Biologi diikuti oleh Kimia dan Fizik. Seterusnya bagi masalah yang
melibatkan strategi pengajaran, kaedah pengajaran, pelajar dan aspek bahan, ia
21
merupakan masalah biasa. Manakala masalah yang melibatkan pentadbir merupakan
masalah kecil.
Selain itu, masalah sikap juga perlu diberikan perhatian. Ini kerana masalah ini
wujud dalam diri pelajar itu sendiri. Lee Sui Chin (2001), menyatakan bahawa empat
aspek sikap utama pelajar ialah kepentingan belajar kimia, keseronokan belajar kimia,
pandangan terhadap guru kimia dan implikasi sosial bagi mata pelajaran kimia. Kajian
ini memperlihatkan kepentingan sikap terhadap kimia dan pengetahuan asas sains sebagai
faktor yang boleh menentukan pencapaian pelajar bagi mata pelajaran kimia di sekolah.
Abu Hassan (2003), menyatakan terdapat dua sikap utama dalam sains iaitu sikap
emosional dan sikap intelektual. Sikap emosional dirujuk sebagai sikap yang wujud
secara semulajadi dalam diri pelajar. Pengembangan dan galakan kepada sikap ini akan
menghasilkan pelajar yang berminat dan bersifat ingin tahu tentang alam sekitar, fleksibel
dan bersifat terbuka, tabah, bekerjasama, ikram, mensyukuri nikmat Tuhan dan
mengamalkan budaya hidup yang sihat.
Manakala sikap intelektual adalah berasaskan intelek atau rasional seseorang.
Perkembangannya adalah sejajar dengan pemerolehan kemahiran proses sains dan idea-
idea sains. Sikap positif ini akan menghasilkan pelajar yang jujur, bersistem dan yakin,
bertanggungjawab terhadap keselamatan diri dan rakan – rakan, menghargai sumbangan
sains dan teknologi serta menyedari bahawa sains adalah merupakan salah satu cara
untuk memahami alam.
Kajian ini akan cuba menilai keberkesanan kurikulum sains yang telah
dilaksanakan negara kita. Kajian ini juga merupakan satu usaha utuk meninjau tahap
kefahaman konsep sains dan penggunaannya dalam kehidupan seharian di kalangan
pelajar sekolah menengah aliran agama di Malaysia.
22
1.3 Pernyataan Masalah
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tahap penguasaan pengetahuan konsep sains
dan aplikasi sains dalam kehidupan seharian pelajar tingkatan empat aliran agama.
Penelitian juga akan dibuat berdasarkan kepada perbezaan jantina dan juga perbezaan
kumpulan pencapaian gred PMR pelajar. Manakala penilaian adalah berdasarkan
pencapaian objektif kurikulum sains yang memberi penekanan kepada pemahaman para
pelajar terhadap konsep sains dan aplikasi sains yang telah dijalankan oleh pelajar dalam
kehidupan seharian mereka.
1.4 Objektif Kajian
Objektif kajian ini dijalankan adalah antara lain untuk ;
(i) Mengenalpasti penguasaan tahap pengetahuan sains para pelajar tingkatan
empat sekolah menengah aliran agama.
(ii) Mengenalpasti penguasaan tahap aplikasi sains dalam kehidupan seharian.
(iii) Mengenalpasti perbezaan yang bererti tentang tahap pengetahuan sains
dan aplikasi sains dengan jantina pelajar.
(iv) Mengenalpasti perbezaan yang bererti tentang tahap pengetahuan sains
dan aplikasi sains dengan kumpulan pencapain gred PMR pelajar.
(v) Mengenalpasti hubungan yang wujud antara pengetahuan sains dan
aplikasi sains dalam kehidupan.
23
1.5 Persoalan Kajian
Di dalam kajian ini, persoalan kajian adalah bertumpukan kepada ;
(i) Apakah tahap penguasaan pengetahuan sains para pelajar tingkatan empat
sekolah menengah aliran agama?
(ii) Apakah tahap aplikasi sains dengan kehidupan para pelajar tingkatan
empat sekolah menengah aliran agama?
(iii) Adakah terdapat perbezaan yang bererti terhadap tahap pengetahuan sains
dalam kalangan pelajar lelaki dan perempuan?
(iv) Adakah terdapat perbezaan yang bererti terhadap tahap aplikasi sains
dalam kalangan pelajar lelaki dan perempuan?
(v) Adakah terdapat perbezaan yang bererti terhadap tahap pengetahuan sains
dengan kumpulan pencapaian gred PMR pelajar?
(vi) Adakah terdapat perbezaan yang bererti terhadap tahap aplikasi sains
dengan kumpulan pencapaian gred PMR pelajar?
(vi) Apakah terdapat hubungan yang signifikan antara pengetahuan sains dan
aplikasi sains dalam kehidupan seharian?