TAHAP PENGAMALAN NILAI-NILAI MURNI DI KALANGAN PELAJAR
TINGKATAN 4 DI SEKOLAH MENENGAH TEKNIK JOHOR BAHRU DAN
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SKUDAI, JOHOR.
HO YEE WAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
TAHAP PENGAMALAN NILAI-NILAI MURNI DI KALANGAN PELAJAR
TINGKATAN 4 DI SEKOLAH MENENGAH TEKNIK JOHOR BAHRU DAN
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SKUDAI, JOHOR: SATU TINJAUAN
HO YEE WAN
Tesis Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi
Sebahagian Daripada Syarat Penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kemahiran Hidup)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
April, 2006
iv
DEDIKASI
Buat En Kamalularifin, penyelia Projek Sarjana Muda, bantuan dan sokongan yang
diberikan olehmu menjadi dorongan bagiku ketika menyiapkan projek ini.
Buat ibu dan ayah yang tersayang, doa dan restu kalian menjadi dorongan kepada
anakmu untuk meneruskan perjuangan untuk mencapai kejayaan di dunia dan di
akhirat nanti
Buat abang dan adik perempuanku, jutaan terima kasih kerana sokongan dan doa
kalian.
Buat rakan-rakan seperjuanganku, bantuan dan doamu menjadi dorongan kepadaku
dalam perjuanganku ini.
v
PENGHARGAAN
Terlebih dahulu penulis ingin merakamkan penghargaan ikhlas dan ribuan
terima kasih kepada pensyarah Pembimbing Projek Sarjana Muda, EN
KAMALULARIFIN BIN SUBARI atas bimbingan, dorongan, tunjuk ajar,
perbincangan serta nasihat pakar yang diberikan dalam menjayakan projek ini.
Seterusnya penghargaan ditujukan kepada Bahagian Perancangan dan
Penyelidikan Dasar Pendidikan (EPRD), Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)
dan Jabatan Pelajaran Negeri Johor atas kebenaran bertulis yang diberikan bagi
menjalankan kajian ini.
Tidak ketinggalan juga penghargaan ditujukan kepada Pengetua, Penolong
Kanan, guru-guru tingkatan, guru-guru dan pelajar-pelajar SMT Johor Bahru dan
SMK Skudai atas kerjasama yang telah diberikan untuk menyempurnakan kajian ini.
Akhir sekali, penulis ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak
yang telah memberikan apa jua sokongan dan bantuan sama ada secara langsung atau
tidak langsung dalam proses menyiapkan Projek Sarjana Muda ini.
vi
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap pengamalan nilai murni di
kalangan pelajar tingkatan 4 di Sekolah Menengah Teknik Johor Bahru dan Sekolah
Menengah Skudai, Johor. Nilai murni yang dikaji adalah hormat-menghormati,
kerajinan, hemah tinggi, kebersihan fizikal dan mental dan patriotisme.
Pembolehubah bersandar dalam kajian ini adalah tahap pengamalan nilai murni
pelajar tingakatan 4 sementara pembolehubah bebas yang telah dikenal pasti adalah 5
faktor yang dikaji. Jumlah sampel kajian adalah seramai 243 orang pelajar
tingakatan 4 di Sekolah Menengah Teknik Johor Bahru Dan Sekolah Menengah
Skudai, Johor. Reka bentuk kajian yang dijalankan adalah menggunakan kaedah
tinjauan berbentuk deskriptif dengan menggunakan statistik deskriptif perbandingan
kekerapan dan peratusan. Instrument kajian yang digunakan adalah soal selidik yang
mempunyai 2 bahagian terdiri daripada bahagian A dan bahagian B. Hasil soal
selidik di analisis dengan menggunakan Stastiscal Package For Science Social
(SPSS) 11.0. Hasil kajian mendapati tahap pengamalan nilai nurni hormat-
menghormati, kerajinan, hemah tinggi, kebersihan fizikal dan mental dan patriotisme
adalah tinggi di kalangan pelajar. Kajian juga memberi cadangan kepada pihak-
pihak tertentu agar mereka boleh mengambil tindakan sepatutnya supaya pengamalan
nilai murni dapat diamalkan secara berterusan di kalangan mereka.
vii
ABSTRACT
The Purpose of this research is to identify the level of virtue among the form
4 students in Sekolah Menengah Teknik Johor Bahru and Sekolah Menengah Skudai,
Johor. The virtues involved in this research are respect, diligence, courtesy, physical
cleanliness and mental purity, and patriotism. Dependent variable of this research is
the level of virtue among the form 4 students while the independent variable is the 5
factor which is studied. The total of samples is 243 form 4 students in Sekolah
Menengah Teknik Johor Bahru and Sekolah Menengah Skudai, Johor. The research
design used is descriptive observation method with frequency and percentage
statistic descriptive comparison. The research instrument used is questionnaire
consists of two parts which is part A and part B. The result of the research is
processed using the Stastiscal Package For Science Social (SPSS) 11.0. The result
shows that the level of respect, diligence, courtesy, physical cleanliness and mental
purity, and patriotism practice is high. This research also gives suggestion to certain
party as they could take relevant actions so that the virtue can be practiced among the
students continuously.
viii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
DEDIKASI iv
PENGHARGAAN v
ABSTRAK vi
ABSTRACT vii
KANDUNGAN viii
SENARAI JADUAL xii
SENARAI RAJAH xiv
SENARAI SIMBOL/ SINGKATAN xv
SENARAI LAMPIRAN xvi
1 PENDAHULUAN 1
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 2
1.3 Pernyataan Masalah 6
1.4 Objektif Kajian 6
1.5 Persoalan Kajian 7
1.6 Kepentingan Kajian 8
1.6.1 Pihak Sekolah 8
1.6.2 Guru-guru 8
1.6.3 Ibu bapa 8
ix
1.7 Batasan Kajian 9
1.8 Definisi Istilah 9
1.8.1 Pengamalan 9
1.8.2 Tahap Pengamalan 10
1.8.3 Nilai 10
1.8.4 Murni 10
1.8.5 Nilai-nilai murni 11
1.8.6 Hormat-menghormati 11
1.8.7 Kerajinan 11
1.8.8 Hemah Tinggi 11
1.8.9 Kebersihan Fizikal dan Mental 12
1.8.10 Patriotisme 12
2 SOROTAN KAJIAN 13
2.1 Pengenalan 13
2.2 Pendidikan Malaysia 13
2.3 Matlamat Pendidikan 14
2.4 Nilai 15
2.5 Nilai-nilai Murni 16
2.5.1 Hormat-menghormati 16
2.5.2 Kerajinan 18
2.5.3 Hemah tinggi 20
2.5.4 Kebersihan Fizikal dan Mental 21
2.5.5 Patriotisme 22
2.6 Kurikukum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) 24
2.7 Objektif Dalam Pendidikan Moral 24
2.8 Kajian Lepas Terhadap Penerapan dan Pengamalan 25
Nilai-nilai Murni
x
3 METODOLOGI KAJIAN 27
3.1 Pengenalan 27
3.2 Reka Bentuk Kajian 27
3.3 Sampel Kajian 28
3.4 Instrumen Kajian 29
3.4.1 Bahagian A 29
3.4.2 Bahagian B 29
3.5 Kesahan Soal Selidik 31
3.6 Kebolehpercayaan 31
3.7 Prosedur Kajian 31
3.8 Analisis Data 32
4 ANALISIS DATA 35
4.1 Pengenalan 35
4.2 Analisis Bahagian A 36
4.3 Analisis Bahagian B 37
4.3.1 Analisis Persoalan Kajian 1 37
4.3.2 Analisis Persoalan Kajian 2 40
4.3.3 Analisis Persoalan Kajian 3 43
4.3.4 Analisis Persoalan Kajian 4 46
4.3.5 Analisis Persoalan Kajian 5 50
4.4 Analisis Purata Peratusan Kajian 53
5 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN 56
5.1 Pengenalan 56
5.2 Rumusan Kajian 56
5.3 Perbincangan 57
5.3.1 Perbincangan Persoalan 1 57
5.3.2 Perbincangan Persoalan 2 59
5.3.3 Perbincangan Persoalan 3 60
xi
5.3.4 Perbincangan Persoalan 4 62
5.3.5 Perbincangan Persoalan 5 63
5.4 Cadangan-cadangan 64
5.4.1 Kepada Sekolah 65
5.4.2 Kepada Guru 65
5.4.3 Kepada Ibu Bapa 66
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 66
5.6 Kesimpulan 67
RUJUKAN 68
Lampiran A – D 72
xii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK HALAMAN
1.1 Senarai Laporan Perlakuan Pelajar Sekolah Menengah Di Johor 3
Bahru Dan Peratusan Daripada Jabatan Pendidikan Negeri Johor
2.1 Senarai Nilai Hormat-menghormati Yang Disarankan Oleh 17
Kementerian Pendidikan Malaysia (1982)
2.2 Senarai Nilai Kerajinan Yang Disarankan Oleh 29
Kementerian Pendidikan Malaysia (1982)
2.3 Senarai Nilai Hemah Tinggi Yang Disarankan Oleh 20
Kementerian Pendidikan Malaysia (1982)
2.4 Senarai Nilai Kebersihan Fizikal Dan Mental Yang Disarankan 22
Oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (1982)
2.5 Senarai Nilai Patriotisme Yang Disarankan Oleh 23
Kementerian Pendidikan Malaysia (1982)
3.1 Perkelasan Skala Likert Beserta Dengan Markah Skor 30
3.2 No. Item Berdasarkan Persoalan Kajian dan Jenis Skala Yang 30
Digunakan Bagi Setiap Persoalan Kajian
3.3 Pemeringkatan Skala Likert 32
3.4 Tahap Analisis Peratus 32
3.5 Penilaian Responden Berdasarkan Perats 33
4.1 Taburan Responden Mengikut Sekolah 36
4.2 Taburan Responden Mengikut Jantina 36
4.3 Analisis Tahap Pengamalan Nilai Hormat-menghormati Di Kalangan 37
Pelajar Tingkatan 4 Aliran Teknik dan Harian
4.4 Analisis Tahap Pengamalan Kerajinan Di Kalangan Pelajar Tingkatan 4 40
Aliran Teknik dan Harian
xiii
4.5 Analisis Tahap Pengamalan Nilai Hemah Tinggi Di Kalangan Pelajar 43
Tingkatan 4 Aliran Teknik dan Harian
4.6 Analisis Tahap Pengamalan Nilai Kebersihan Fizikal Dan Mental 46
Di Kalangan Pelajar Tingkatan 4 Aliran Teknik dan Harian
4.7 Analisis Tahap Pengamalan Nilai Patriotisme Di Kalangan Pelajar 50
Tingkatan 4 Aliran Teknik dan Harian
4.8 Analisis Purata Peratusan Kajian 53
xiv
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK HALAMAN
4.1 Perbandingan Tahap Pengamalan Nilai Hormat-menghormati Di 38
Kalangan Pelajar Tingkatan 4 Di SMT Johor Bahru dan SMK Skudai
4.2 Perbandingan Tahap Pengamalan Kerajinan Di Kalangan Pelajar 41
Tingkatan 4 Di SMT Johor Bahru dan SMK Skudai
4.3 Perbandingan Tahap Pengamalan Nilai Hemah Tinggi Di Kalangan 44
Pelajar Tingkatan 4 Di SMT Johor Bahru dan SMK Skudai
4.4 Perbandingan Tahap Pengamalan Nilai Kebersihan Fizikal dan Mental 48
Di Kalangan Pelajar Tingkatan 4 Di SMT Johor Bahru dan SMK Skudai
4.5 Perbandingan Tahap Pengamalan Nilai Patriotisme Di Kalangan 51
Pelajar Tingkatan 4 Di SMT Johor Bahru dan SMK Skudai
4.6 Perbandingan Purata Peratusan Kajian 54
xv
SENARAI SIMBOL/ SINGKATAN
JPN Jabatan Pendidikan Negeri Johor
KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia
K - Kerap
PSM - Projek Sarjana Muda
SK Sangat Kerap
SMK Sekolah Menengah Kebangsaan
SMT Sekolah Menengah Teknik
STK Sangat Tidak Kerap
SPSS - Statistical Package For Social Science
TK Tidak Kerap
UTM - Universiti Teknologi Malaysia
% - Peratus
f - frekuensi
xvi
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK
HALAMAN
A Borang Soal Selidik 81
B Surat Kebenaran Dari Fakulti Pendidikan, UTM 89
C Surat Kebenaran Dari Bahagian Perancangan dan
Penyelidikan Dasar Pendidikan, KPM 90
D Surat Kebenaran Dari Jabatan Pelajaran Negeri Perak 92
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Malaysia merupakan negara majmuk yang terdiri daripada tiga kaum utama
iaitu kaum Melayu, Cina dan India. Malah, Malaysia mempunyai rekod cemerlang
sebagai negara berbilang kaum, agama dan budaya di mana ia tidak seperti negara
majmuk lain yang menghadapi masalah besar dalam mengimbangi kebebasan
pengaruh nilai dan beragama dalam masyarakat (Mohd Roslan, 2005). Bagi
kebanyakan rakyat Malaysia, kebebasan beragama sedia terjamin dalam
Perlembagaan negara. Selain itu, budaya dan sistem nilai-nilai murni menjadi mercu
tanda sebuah negara yang maju.
Bagi masyarakat Asia, mereka tidak memikirkan soal kekayaan dan
keselesaan material, malah mereka dianggap sebagai orang yang bertoleransi, tidak
agresif dan tidak ganas dalam sosial (Abdul Rahman, 1999). Mereka lebih
mementingkan pertalian persaudaraan dan mengamalkan nilai-nilai positif
umpamanya nilai kekeluargaan, kerjasama dan muafakat (Syed Husin Ali, 1971).
Misalnya di Malaysia, Muzaffar dalam Abdul Rahman (1999), menegaskan bahawa
orang Melayu, Cina dan India menilai keluarga sebagai asas bagi komuniti di mana
mereka menekankan nilai hormat kepada ibu bapa, orang tua dan orang yang
bijaksana.
2
Menurut Abdullah dalam Kempen Budi Bahasa dan Nilai-Nilai Murni,
budaya dan sistem nilai inilah yang sebenarnya menjadi kayu ukur dan mercu tanda
sesebuah negara maju (Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Warisan Malaysia,
2005). Nilai-nilai murni ini dipandang tinggi sehinggakan beliau menegaskan
bahawa usaha membentuk masyarakat. Malaysia yang mempunyai budi bahasa dan
nilai-nilai murni tinggi akan menjadi satu aktiviti penting kerajaan (Hata Wahari,
2005). Sememangnya identiti rakyat Malaysia yang berpegang kepada nilai
kepercayaan dan sikap budi bahasa yang tinggi merupakan salah satu ciri yang
membezakan Malaysia dengan orang lain (Azrina, 2005). Kejayaan yang dicapai
oleh negara ini hanya dapat dikekalkan jika masyarakat mempunyai budi pekerti dan
nilai-nilai murni yang tinggi. Malangnya, menurut Azrina (2005), rakyat Malaysia tidak lagi menghormati
orang lain, bercakap kasar, sombong, tidak mempedulikan orang lain, mementingkan
diri sendiri dan sebagainya. Masalah sosial yang membabitkan murid sekolah
semakin meningkat dan membimbangkan kerana sekolah yang merupakan institusi
sosial semakin renggang hubungannya dengan masyarakat setempat.
1.2. Latar Belakang Masalah
Selaras dengan wawasan pembangunan negara, perkembangan nilai dalam
sesuatu masyarakat perlu diambil kira bagi menentukan supaya bersesuaian dengan
matlamat dan hala tuju perubahan dan kemajuan. Sekolah merupakan satu institusi
masyarakat yang penting dalam mementingkan perhubungan dan perubahan
tingkahlaku pelajar-pelajar mengikut arah dan kehendak masyarakat (Khadijah
Haidi, 1994). Justeru itu, sekolah perlu memainkan peranan dalam mengekalkan
corak kehidupan dan kebudayaan yang dianggap baik. Moral yang rendah dan nilai-
nilai murni yang semakin pupus dalam amalan hidup generasi muda hari ini perlulah
dibendung dan diambil perhatian sewajarnya. Sistem pendidikan haruslah dinilai
semula dan perubahan yang menekankan kepada aspek moral dan nilai-nilai murni
perlu diberi keutamaan (Abd Rahim, 2001).
3
Jesteru itu, pada tahun 1990, penerapan nilai-nilai murni dilakukan secara
menyeluruh dalam semua mata pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
(KBSM). Pendekatan ini dikenali sebagai nilai merentasi kurikulum. Di samping
itu, pengajaran nilai-nilai murni secara khusus terkandung dalam mata pelajaran
Pendidikan Islam bagi pelajar muslim dan mata pelajaran Pendidikan Moral bagi
pelajar bukan Islam mengikut Laporan Kementerian Pendidikan Malaysia (1991)
dalam Abd Rahim (2001). Matlamat penerapan nilai-nilai murni melalui pendidikan
adalah untuk melahirkan insan dan juga warganegara yang baik hati serta memiliki
akhlak mulia.
Akan tetapi, pembabitan remaja dalam kegiatan jenayah kian
membimbangkan (Hasliza, 2005). Menurut Abd. Rahim (1997), statistik yang
dikeluarkan oleh pihak polis Bukit Aman Kuala Lumpur, jumlah tangkapan kes
juvana mengikut pecahan umur 10 tahun hingga 18 tahun dari tahun 1993 hingga
1995 amat membimbangkan. Dalam tahun 1995, bilangan pelajar yang ditanggap
kerana kes juvana sahaja dari umur 10 tahun hingga 18 tahun adalah seramai 4,192
orang. Ini belum lagi dicampur dengan jumlah pelajar yang terbabit dengan
kesalahan tingkahlaku. Walaupun tidak semua tangkapan kes juvana melibatkan
pelajar sekolah tetapi secara rambangnya tahap umur 10 tahun hingga 18 tahun
melayakkan mereka dikategorikan sebagai pelajar. Sekiranya mereka tidak terkandas
dalam peperiksaan, dibuang sekolah atau malas belajar mereka masih di alam
persekolahan. Hal ini dapat dilihat dalam Laporan Jabatan Pendidikan Negeri Johor
(2005) yang berkaitan dengan nilai dan perlakuan pelajar seperti di bawah:
Jadual 1.1 : Senarai Laporan Perlakuan Pelajar Sekolah Menengah di Johor
Bahru dan Peratusan Daripada Jabatan Pendidikan Negeri Johor (2005)
No Perlakuan Pelajar Peratus (%) 1 Kurang ajar
• Berkelakuan kasar terhadap guru. • Berkelakuan kasar terhadap pengawas. • Berkelakuan kasar terhadap murid. • Berbahasa kesat • Menyimpan rokok. • Menghisap rokok. • Mengganggu pengajaran dan pembelajaran.
1.31
4
• Tidak menghormati guru. • Tidak menghormati pengawas. • Minum dalam kelas.
2 Tidak jujur • Menipu yang melibatkan wang. • Menipu yang melibatkan kepercayaan.
0.04
3 Musnah (vandalisme) • Merosakkan harta benda sekolah. • Merosakkan harta benda pengetua/ guru besar dan
guru-guru • Merosakkan harta benda kantin • Merosakkan harta benda murid
0.05
4 Ponteng • Ponteng kelas • Ponteng sekolah • Ponteng perhimpunan • Ponteng kegiatan luar bilik darjah • Ponteng ujian • Ponteng peperiksaan • Ponteng asrama
0.49
5 Kekemasan diri • Rambut panjang. • Bermisai/janggut • Memakai pakaian yang tidak mengikut peraturan
sekolah. • Mamakai barang-barang perhiasan.
0.61
6 Kenakalan 0.33 7 Tidak mementingkan masa
• Berkeliaran di kawasan sekolah. • Datang lewat termasuk lewat ke perhimpunan. • Makan di kantin di luar masa sekolah. • Lewat pulang ke asrama
0.53
Jadual di atas menunjukkan 259902 pelajar sekolah menengah dalam negeri
Johor, seramai 104 pelajar tidak mengamalkan nilai kejujuran di mana mereka
melakukan penipuan dalam bentuk wang dan kepercayaan. Sementara itu, sebanyak
130 pelajar itu terlibat dalam aktiviti vandalisme iaitu merosakkan harta banda
sekolah, pengetua, kantin sekolah dan rakan (Laporan Pendidikan Negeri Johor,
2005).
Mengikut Laporan Jabatan Pendidikan Negeri Johor (2005), perlakuan
kurang ajar merupakan kes yang paling banyak dilakukan oleh pelajar, iaitu
5
sebanyak 2.31% daripada sejumlah 259902 pelajar menengah. Antara perlakuan
yang dirangkumi dalam kes ini adalah pelajar berkelakuan kasar terhadap guru, rakan
dan pengawas, berbahasa kesat, menyimpan rokok, menghisap rokok, mengganggu
pembelajaran dan pembelajaran dan tidak menghormati guru dan pengawas serta
minum dalam kelas. Menghormati orang-orang yang penting dalam masyarakat
seperti profesor, guru, doktor peguam, ibu bapa, tokoh agama, pegawai dan ahli
politik merupakan satu amalan yang dipertahankan dalam masyarakat timur. Sebagai
contoh, nilai menghormati orang lain merupakan satu nilai masyarakat timur yang
unggul, lembut dan berhemah (Abd Rahim, 2001).
Selain itu, nilai patriotik adalah sangat penting dalam masyarakat Malaysia
kerana ia dapat memberikan kesetiaan dan menjadikan negara ini sebuah negara
maju selaras dengan Wawasan 2020 (Abdul Rahim, 2001). Akan tetapi, pada masa
kini ramai golongan belia lebih mengagung-agungkan budaya dan nilai hidup barat
sepertimana yang dinyatakan oleh Syed Hamid (2002) menyatakan bahawa satu
gejala yang tidak sihat dan amat malang yang kini melanda golongan belia ialah
sikap suka mengagung-agungkan budaya dan nilai hidup secara barat, tanpa mengira
sama ada nilai-nilai itu baik atau boleh memberi kesan buruk kepada pembangunan
negara. Antaranya adalah budaya "black metal", penagihan dadah dan kegiatan tidak
bermoral telah meningkat dan menjadi amalan bagi sesetengah belia.
Masalah sosial dan krisis moral tidak akan dapat dibendung sekiranya nilai-
nilai murni tidak dipertahankan oleh masyarakat (Abdul Rahim, 2001). Menurut
Bohiyah (1998) menyatakan bahawa salah satu daripada punca permasalahan ini
adalah tipisnya pengetahuan nilai-nilai baik yang diistilahkan sebagai nilai-nilai
murni. Masyarakat perlu mempertahankan nilai-nilai yang baik atau nilai-nilai murni
bagi mengatasi segala bentuk kejahilan, kemungkaran, kejahatan dan kemusnahan.
Ini menunjukkan kepentingan nilai murni dalam masyarakat. Nilai-nilai murni
adalah asas pembentukan peribadi seseorang insan. Mohd Yusri (1998) dalam Abd
Rahman (1999) menyatakan bahawa ciri menentukan kejayaan seseorang dari segi
akhlak, perwatakan seseorang itu mesti dibentuk dan ditingkatkan untuk mencapai
kejayaan.
6
Oleh itu, penerapan nilai-nilai murni melalui pendidikan perlu dilakukan untuk
melahirkan pelajar yang berkebolehan dan mempunyai sahsiah yang baik..
Pendidikan di semua peringkat persekolahan perlu menanamkan nilai-nilai positif
selari dengan Falsafah Pendidikan Negara yang menyatakan pendidikan Malaysia
adalah satu usaha untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi
intelek, rohani, emosi dan jasmani (Abd Rahim, 2001). Jadi, bidang pendidikan
memainkan peranan penting bagi membina dan menanam nilai-nilai positif untuk
menjadikan masyarakat maju dan moden.
1.3 Pernyataan Masalah
Tujuan utama nilai-nilai murni diterapkan dalam dasar KBSM adalah untuk
melahirkan pelajar yang bukan sahaja cermerlang dari segi akademik, tetapi juga
membentuk pelajar yang mempunyai personaliti yang baik dan dikagumi (Goh,
2000). Oleh itu, golongan muda perlu dididik supaya lebih bertanggungjawab, dapat
memainkan peranan positif dan mempertahankan aspek kemoralan bagi membina
kehidupan yang baik dan bebas daripada ancaman masalah. Jadi, pengkaji ingin
mengkaji tahap pengamalan nilai-nilai murni di kalangan pelajar sekolah menengah
teknik dan sekolah menengah harian.
1.4 Objektif Kajian
Objektif-objektif kajian yang disasarkan oleh pengkaji dalam kajian ini ialah
untuk:
14.1 Mengenalpasti tahap pengamalan nilai hormat-menghormati di kalangan
pelajar tingkatan 4 aliran teknik dan harian.
7
14.2 Mengenalpasti tahap pengamalan nilai kerajinan di kalangan pelajar
tingkatan 4 aliran teknik dan harian.
14.3 Mengenalpasti tahap pengamalan nilai hemah tinggi di kalangan pelajar
tingkatan 4 aliran teknik dan harian.
14.4 Mengenalpasti tahap pengamalan nilai kebersihan fizikal dan mental di
kalangan pelajar tingkatan 4 aliran teknik dan harian.
14.5 Mengenalpasti tahap pengamalan nilai patrotisme di kalangan pelajar
tingkatan 4 aliran teknik dan harian.
1.5 Persoalan Kajian Persoalan kajian yang disasarkan oleh pengkaji dalam kajian ini ialah: 1.5.1 Apakah tahap pengamalan nilai hormat-menghormati di kalangan pelajar
tingkatan 4 aliran teknik dan harian?
1.5.2 Apakah tahap pengamalan nilai kerajinan di kalangan pelajar tingkatan 4
aliran teknik dan harian?
1.5.3 Apakah tahap pengamalan nilai hemah tinggi di kalangan pelajar tingkatan 4
aliran teknik dan harian?
1.5.4 Apakah tahap pengamalan nilai kebersihan fizikal dan mental di kalangan
pelajar tingkatan 4 aliran teknik dan harian?
1.5.5 Apakah tahap pengamalan nilai patrotisme di kalangan pelajar tingkatan 4
aliran teknik dan harian?