TAJUK INOVASI: Malaysia (Oceanographic) Data Aggregation and Archiving System (MyDAS) NAMA JABATAN: Direktorat Oseanografi Kebangsaan (NOD), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi PENGENALAN
Sebagai agensi kerajaan yang bertindak sebagai focal point bagi kepimpinan semua
aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D) oseanografi dan sains marin negara, Direktorat
Oseanografi Kebangsaan (NOD) menyedari keperluan untuk mewujudkan satu mekanisma
perkongsian data di dalam pangkalan data utama (central database) bagi kementerian,
agensi dan institusi yang terlibat dengan oseanografi dan sains marin.
Penubuhan Pangkalan Data Oseanografi Nasional (Malaysia National Oceanographic
Data Center - MyNODC) pada 24 Julai 2010 adalah inisiatif untuk mewujudkan pusat
repositori dan depositori kebangsaan serta menyediakan platform mesra untuk mengakses
data dan maklumat serta pertukaran data oseanografi negara. MyNODC boleh diakses
melalui laman web http://www.mynodc.gov.my.
Bagi meningkatkan keupayaan MyNODC sebagai pangkalan data yang komprehensif,
NOD telah diluluskan dengan Skim Dana Flagship MOSTI bagi melaksanakan fasa
pembangunan MyNODC seterusnya iaitu, Malaysia (Oceanographic) Data Aggregation and
Archiving System (MyDAS). Projek MyDAS yang melibatkan kerjasama antara MIMOS
Berhad, Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
akan mewujudkan MyNODC yang
lebih efisyen dan efektif dalam menerima data lautan daripada pelbagai sumber yang
seterusnya melalui fasa pemprosesan dan pengarkiban bagi mendapatkan ramalan dan
pemodelan lautan.
LAPORAN INOVASI
Tujuan Projek Inovasi:
MyDAS adalah sistem integrasi pengurusan data pemodelan lautan dan analisis ramalan, khusus untuk menyokong fungsi Pusat Pangkalan Data Oseanografi Nasional (MyNODC) sedia ada.
Proses Pelaksanaan Inovasi:
No Entiti Pelaksanaan Inovasi
1 NOD
i. NOD acts as Project Management Team to ensure the project meets targeted milestones and deliverables within the set duration thus reporting to Fund Section, MOSTI. ii. Engage with national and international strategic cooperation to maximize the potential output of MyDAS through Human Capital Development, iii. Strengthen role of MyDAS (coordinate use of human resources and infrastructure) to support MyNODC as national central database for oceanography & marine science data & information.
2 MIMOS Berhad
i. Develop integrated data management system modules:
MyDAS Cloud Computing System module
MyDAS Data Collection and Assimilation module
MyDAS Oceanographic Thesaurus module
MyDAS Semantic Index and Search module
MyDAS Linked Open Data module
MyDAS Modelling and Forecasting module
MyDAS Ocean Data Archive Portal module
MyDAS Data Exchange Platform module
MyDAS Outreach and Capacity Development Programme
ii. Linking modules with related activities and deliverables from other stakeholders, iii. Reporting of achieved milestones and deliverables to NOD.
3 Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
i. Collection of daily data through UMT ground receiving station to generate environmental and ocean parameters, ii. In-situ data measurement through field work, ocean cruises and sensors, iii. Generate baseline database of environmental parameters using historical satellite imagery, iv. Linking collected data and information to MyDAS Data Collection and Assimilation, MyDAS Ocean Data Archive Portal and MyDAS Data Exchange Platform modules, iv. Reporting of achieved milestones and deliverables to NOD.
4 Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
i. Development of Ocean Forecasting System – data management (modelling & forecasting system) to link with MyDAS Modelling and Forecasting module, ii. Construction of a data interoperability module to ensure the integration of forecasting system output and data management framework on MyDAS Ocean Data Archive Portal and MyDAS Data Exchange Platform modules . iii. Reporting of achieved milestones and deliverables to NOD.
Proses sebelum dan selepas:
Impak inovasi terhadap kumpulan sasar/perkhidmatan/ jabatan/agensi/Negara :
Elemen Inovatif/Kreativiti
Pembangunan baru sistem integrasi pengurusan data pemodelan lautan dan analisis ramalan Laut China Selatan dan aplikasi IT seperti Mi-doc yang akan memberi manfaat kepada komuniti penyelidik dan saintis.
Data-data berharga bidang oseanografi dan sains marin dikumpulkan di pangkalan data utama yang mampu menjadi sokongan dan rujukan untuk sebarang keputusan berkaitan ancaman, perubahan dan perancangan pembangunan bidang oseanografi dan sains marin.
Elemen Keberkesanan
MyNODC tanpa inovasi MyDAS Setelah inovasi MyDAS diimplementasikan
Isu:
1. Ketiadaan satu standard pertukaran data oseanografi
2. Akses yang terhad untuk mendapatkan data oseanografi
3. Masih menggunakan sistem manual untuk data entri serta
Faedah/ Peningkatan produktiviti:
1. Satu integrasi repositori berpusat mengenai data oseanografi serta maklumat modeling dan ramalan lautan mengikut standard MacGDI dan antarabangsa.
2. Kelancaran sistem pencarian maklumat
kesukaran menyelenggara sumber data yang tidak tersusun daripada domain data oseanografi dan agensi
dan muat turun data oleh pengguna dengan penetapan peranan pengguna tertentu dalam sistem dan had akses bagi setiap peringkat pengguna
3. Pengurangan penggunaan campur tangan manusia dalam proses pengurusan data secara manual, dan meningkatkan kualiti data dengan implementasi pengurusan proses data secara auto dan lebih sistematik
Elemen Signifikan
Bagaimana perkhidmatan boleh mesra pelanggan?
Walaupun pengguna tidak mempunyai latar belakang oseanografi, paparan sistem yang mesra pengguna iaitu modul MyDAS Semantic Index, Natural Language Query dan Visual Semantic Query akan memaparkan hasil carian jadual, graf dan peta GIS yang mudah, senang difahami dan mampu mendidik orang awam mengenali bidang ini.
Penjimatan masa/kos/sumber manusia?
MyDAS menyediakan satu platform di mana pengguna mengakses, memuat naik, memuat turun, berkongsi dan penyimpanan data berkaitan sumber marin dan oseanografi pada satu sistem yang bersepadu. Koleksi-koleksi data yang diakses secara atas talian dapat menjimatkan masa, tenaga dan kos setiap agensi yang juga terlibat dalam bidang oseanografi.
Dengan adanya satu pangkalan data utama, ia meminimumkan risiko negara kehilangan data-data berharga apabila berlaku pertukaran atau ketiadaan pegawai. Autoriti untuk menempatkan data oseanografi di MyNODC akan mengurangkan kerugian akibat pengulangan aktiviti penyampelan data antara institusi dan universiti yang terus berlaku saban tahun.
Sejauh mana ianya memenuhi objektif inisiatif ini diambil?
Pembangunan MyDAS menyokong sistem MyNODC sedia ada dan berperanan sebagai pangkalan data oseanografi berpusat. Ia terdiri daripada rangka kerja, pemerhatian data lautan yang komprehensif, pengumpulan data dan asimilasi, pemodelan lautan, simulasi,
ramalan, arkib data dan berkongsi platform. Pembangunan projek adalah sebahagian daripada kesinambungan MyNODC Road Map, yang kini di Fasa 3.
Elemen Relevan
Pembangunan MyDAS mampu menyokong visi MOSTI untuk menjana ilmu pengetahuan dalam usaha MyNODC memaparkan data-data berfaedah yang bermanfaat untuk penyelidikan dan bidang tugas pengguna MyNODC.
Peningkatan kecekapan MyNODC dalam mengumpul data oseanografi pada masa akan
datang akan mengelakkan kerugian jangka panjang kepada negara atas senario pembiayaan
berulang kepada penyelidikan serupa dan pembaziran masa yang mungkin membantutkan
kemajuan signifikan bidang oseanografi dan sains marin negara.
Galeri Gambar
Sesi Perbicangan Perkongsian Data Berkaitan Oseanografi dan Sains Marin
1.
Tarikh: 10/02/2015
Tempat: Jabatan Laut Malaysia (JLM ), Pelabuhan Klang, Selangor.
2.
Tarikh: 13/02/2015
Tempat: Maritime Institute of Malaysia (MIMA), Jalan Yap Kwan Seng , Kuala Lumpur
3.
Tarikh: 1 April 2015
Tempat: Malaysian Centre for Geospatial Data Infrastructure (MaCGDI)
4.
Tarikh: 14 Mei 2015
Tempat: Fakulti Pengajian Alam sekitar, UPM
5.
Tarikh: 14 Jun 2015
Tempat: Institute of Ocean and Earth Sciences (IOES), University of Malaya
6. Perbincangan NOD & MIMOS mengenai MyNODC GUI Design
Tarikh: 30 Januari 2015
Tempat: NOD, MOSTI
7. MyDAS Requirements & Design Review Workshop
Tarikh: 26 & 27 Mac 2015
Tempat: MIMOS
8. Demo of Prototype MyNODC & Requirements Book and Design Book Sign-Off.
Tarikh: 24 April 2015
Tempat: NOD, MOSTI
9. World Oceans Week 2015
Tarikh: 12 - 14 Jun 2015
Tempat: Planetarium, Kuala Lumpur from
Semasa pameran World Oceans Week 2015, pengunjung diberi pendedahan tentang
objektif dan matlamat MyDAS.
Disediakan oleh: Unit MyNODC Direktorat Oseanografi Kebangsaan Tel : 03-8885 8214 Emel : [email protected]