TAJUK PROJEK:
PEMPROSESAN BIODIESEL MENGGUNAKAN MINYAK MASAK BUANGAN:
MEMPROMOSI INDUSTRI BERINTEGRASI LESTARI DI KILANG KEROPOK CIP DI
BATU PAHAT
KOD PROJEK:
I-GT/19 (UTHM-11)
IPTA:
UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA
KETUA PROJEK:
PROFESOR DR. SULAIMAN HAJI HASSAN
AKADEMIA:
DR. MOHAMMAD SUKRI BIN MUSTAPA
DR. AHMAD JAIS BIN ALIMIN
ENCIK MOHD AZWIR BIN AZLAN
RAKAN INDUSTRI:
AZHAR MANUFACTURING SDN. BHD.
BIDANG TUMPUAN UTAMA:
1) KEUNTUNGAN EKONOMI UNTUK SEKTOR INDUSTRI DI SEKTOR DIKENAL
PASTI
2) KELESTARIAN DAN INISIATIF TEKNOLOGI HIJAU
TEMPOH:
MEI 2011 – NOVEMBER 2012
1. RINGKASAN EKSEKUTIF
Objektif utama projek ini adalah untuk membangunkan loji pemprosesan biodiesel sebagai bahan
bakar dengan menggunakan sisa minyak masak untuk mengurangkan masalah pelupusan minyak
masak terpakai. Fokus projek ini ialah pembinaan loji pemprosesan biodiesel yang mudah
dipasang dan bersaiz kecil serta memberi latihan tentang kaedah pemprosesan biodiesel. Loji
yang direka bentuk dan dibina telah dipasang di kilang syarikat Azhar Manufacturing Sdn. Bhd.
dan dikendalikan sendiri oleh pekerja-pekerja kilang tersebut. Melalui projek ini, pengusaha
industri, Azhar Manufacturing Sdn. Bhd. selaku rakan industri telah dapat memproses sisa
minyak bagi mengurangkan masalah pembuangan sisa minyak masak. Selain itu, projek ini juga
telah mempromosikan kesedaran mengenai kepentingan menjaga alam sekitar dan memupuk
amalan kitar semula dalam kalangan kakitangan syarikat mahupun komuniti masyarakat amnya.
2. IMPLEMENTASI PROJEK
PERKARA
BUTIRAN
OBJEKTIF
1) Untuk meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan menjaga persekitaran dengan menentukan bahan buangan diproses menjadi bahan yang berguna seperti bahan bakar yang boleh digunakan semula.
2) Untuk membantu pengusaha menjaga persekitaran kilang dan berkongsi pengetahuan mengenai proses biodiesel.
AKTIVITI
1) Menjalankan eksperimen dengan mengambil sisa pembuangan minyak masak daripada kilang.
2) Mereka bentuk dan membina loji biodiesel kecil pada kapasiti 100 kg WCO.
3) Memasang loji rintis yang telah dijalankan pada 20 Jun 2012 di Azhar Manufacturing Sdn. Bhd.
4) Menguji prestasi loji biodiesel dan enjin diesel di Azhar Manufacturing Sdn. Bhd. yang telah dijalankan pada 1 Julai hingga 14 Julai 2012.
5) Memindahkan ilmu pengetahuan dan melatih kakitangan kilang mengendalikan loji penghasilan biodiesel.
OUTPUT
Industri: 1) Loji biodiesel yang siap dibina dan boleh digunakan. 2) Pengurangan penggunaan bahan api diesel untuk sistem loji. 3) Pengetahuan kakitangan dalam proses pengendalian loji meningkat. 4) Kesedaran kakitangan dan industri dalam amalan kitar semula dan
menjaga alam sekitar meningkat.
IPTA: 1) Juruteknik UTHM berkongsi pengalaman dan kemahiran
membangunkan loji biodiesel. 2) Peluang untuk menguji loji biodiesel di industri memberi kelebihan
kepada IPTA menambah baik teknologi yang sedia ada. 3) Pelajar UTHM mendapat ilmu pengetahuan membangunkan loji
biodiesel. Pembangunan Modal Insan:
1) Graduan pelatih mendapat ilmu pengetahuan tentang proses membangunkan loji biodiesel dari peringkat permulaan hingga ke peringkat pengujian.
2) Graduan pelatih lebih cekap dan lebih kreatif dengan pengetahuan yang mereka peroleh.
PEMEGANG TARUH & AGENSI
1) Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 2) Azhar Manufacturing Sdn. Bhd.
KEBERHASILAN
Industri: 1) Azhar Manufacturing Sdn. Bhd. dapat menjalankan perniagaan di
samping menjaga alam sekitar. 2) Industri telah dapat mengembangkan perniagaan dan menjimatkan kos
dalam proses R&D.
IPTA: 1) UTHM mendapat pengiktirafan dan penghargaan kerana
mempamerkan teknologi terkini kepada industri. 2) UTHM memperoleh data dan pengalaman yang boleh digunakan oleh
IPTA dalam pembelajaran di universiti hasil daripada kerjasama dengan industri.
Pembangunan Modal Insan: 1) Graduan pelatih mendapat kesedaran tentang menjaga alam sekitar
dan mempraktikkan konsep kitar semula. 2) Graduan pelatih mendapat peluang mendapatkan pekerjaan dalam
sektor industri pengilangan.
3. LAPORAN KEMAJUAN PROJEK A) Laporan Berkala Oleh Ketua Projek
PROPOSAL 3
BULAN 6
BULAN 9
BULAN 12
BULAN 15
BULAN 18
BULAN LAPORAN
AKHIR
B) Laporan Berkala Oleh Industri
6 BULAN 9 BULAN 12 BULAN 15 BULAN 18
BULAN LAPORAN
AKHIR
Laporan dihantar Laporan tidak dihantar
4. PENILAIAN PROJEK
Rakan Industri : Azhar Manufacturing Sdn. Bhd. Tarikh Lawatan : 17 Julai 2014 Panel Penilai : 1) Encik Mohd Amin Mohamad (UTEM) 2) Profesor Dr. Khairul Anuar (UTM)
ANALISIS KESELURUHAN PENILAIAN (Item A hingga D dinilai oleh Panel Penilai KTP Pemantauan manakala Item E adalah penilaian oleh pihak Industri)
SEKSYEN ITEM PENILAI 1 PENILAI 2
A PENCAPAIAN PROJEK (40%) 25% 24%
B AKADEMIA (10%) 8% 6%
C GRADUAN PELATIH (10%) 8% 7%
D ORGANISASI INDUSTRI/KOMUNITI (10%) 7% 7%
E LAPORAN DARIPADA INDUSTRI (30%) 22% 22%
MARKAH KESELURUHAN (%) 70% 66%
MARKAH SELEPAS KUMULATIF 68%
PENILAIAN OLEH INDUSTRI A) Penilaian Terhadap Akademia
BIL
PENILAIAN AKADEMIA
SKALA PENILAIAN
1.
Keberkesanan ilmu yang dipindahkan oleh akademia kepada industri
4/5
2.
Keupayaan akademia untuk membimbing bagi menyelesaikan masalah seperti mana yang dikehendaki oleh industri
4/5
3.
Pengetahuan akademia terhadap projek
4/5
4.
Komitmen akademia terhadap projek 4/5
B) Penilaian Terhadap Ilmu Yang Dipindahkan
BIL
PENILAIAN ILMU YANG DIPINDAHKAN
SKALA PENILAIAN
1.
Sasaran objektif projek yang telah dicapai
4/5
2.
Hasil yang dicapai berbanding sumbangan yang disalurkan oleh industri
4/5
C) Penilaian Terhadap Graduan Pelatih
BIL
PENILAIAN GRADUAN PELATIH
SKALA PENILAIAN
1.
Pengetahuan yang diperoleh graduan pelatih daripada projek
3/5
2.
Keberkesanan graduan pelatih menyampaikan ilmu
3/5
3.
Kemahiran graduan pelatih berkomunikasi, berfikir, merancang, memimpin, dan kerja berpasukan
3/5
4.
Etika kerja graduan pelatih terhadap projek 4/5
Maklum Balas Keseluruhan Daripada Pihak Industri Terhadap Projek Biodiesel mempunyai nilai komersial yang tinggi tetapi untuk menghasilkannya menggunakan mesin yang
sedia ada mengambil masa yang lama dan kos yang tinggi. Oleh itu, hasil kajian ini mencadangkan supaya
pemprosesannya dilakukan dengan lebih cekap supaya masa pemprosesannya dapat dipendekkan.
Komen Daripada Panel Pakar KTP Pemantauan
Setelah meneliti laporan berkala, laporan akhir dan penilaian panel penilai, projek ini mempunyai nilai tambah dalam industri dan telah mencapai objektif yang ditetapkan. Namun demikian, kecekapan pemprosesan loji dalam projek ini perlu dipertingkatkan lagi supaya kaedah ini dapat digunakan dalam skala yang lebih besar. Projek ini berada pada kategori hijau.
LAMPIRAN
Kakitangan syarikat Azhar Manufacturing Sdn. Bhd. mengendalikan loji pemprosesan biodiesel
Loji pemprosesan biodiesel ini telah siap dibina dan telah diuji di kilang Azhar Manufacturing Sdn. Bhd.