Download - tamadun islam
LATAR BELAKANG
Gerakan menentang pemerintahan Kerajaan Umaiyah bermula oleh penyokong Saidina Ali (Syiah),kemudian dibantu keluarga Abbas. Kepimpinan gerakan ini kemudiannya dipegang oleh keturunan Abbas.
Menjelang kejatuhan kerajaan umaiyah,gerakan kumpulan ini diketuai oleh Ibrahim bin Mohamad dari keturunan Abbas.
Tetapi setelah dia ditangkap oleh khalifah kerajaan Umaiyah dan dipenjarakan, ketua gerakannya berpindah kepada saudaranya Abdullah as-Saffah.
Setelah kufah berjaya ditawan dan damsyik pula oleh panglima Abu Muslim al-Khurasani, lalu Abdullah as-Saffah pun dilantik menjadi khalifah Abbasiyah yang pertama.
Nama penuhnya ialah Abdullah bin Mohamad Ali bin Abdullah bin Abbas.
Dinamakan Abbasiyyah berdasarkan nama Abbas,bapa saudara Nabi Muhammad SAW.
Karajaan Abbasiyyah telah memerintah selama lima abad (132h-656h)
Ia telah mengantikan kerajaan Bani Umaiyah melalui satu revolusi.
KERAJAAN ABBASIYAH BOLEH DIBAHAGI KEPADA 3 PERINGKAT:
PERINGKAT KELAHIRAN
PERINGKAT KEGEMILANGAN
PERINGKAT KEMUNDURAN
TERDAPAT 6 FAKTOR PERKEMBANGAN ILMU PENGETAHUAN DI ZAMAN ABBASIYAH :
FAKTOR PERTAMA
(WUJUD BIDANG PENTERJEMAHA
N)
FAKTOR KEDUA (PENEMUAN
KERTAS OLEH ORANG ARAB )
FAKTOR KETIGA (PENGARUH
BUDAYA ASING)
FAKTOR KEEMPAT
(LAHIR PARA INTELEK ISLAM)
FAKTOR KELIMA
(KEGIATAN KHALIFAH
ABBASIYAH)
FAKTOR KEENAM (BAGHDAD MEMBUAT
HUBUNGAN DENGAN NEGARA
LUAR)
FAKTOR PERTAMA
Wujud kegiatan dibidang penterjemahan Bermula pada zaman khalifah al-Makmun
yang mendirikan Baytul-Hikmah (institusi sains di Baghdad)
Fungsi institusi- menterjemah buku-buku falsafah
dan sains ( Yunani – Arab )
Pengarah pertama- Sahl bin Harun bin Salm.
Hunayn ibn Ishaq ( Banu al-Munajjam) dianggap “Bapa Penterjemah Arab” juga dilantik sebagai pegurus perpustakaan.
FAKTOR KEDUA
Penemuan kertas oleh orang-orang Arab. Diperkenalkan menerusi orang-orang cina. Kilang kertas pertama didirikan pada tahun
178H/794M dengan inisiatif al-Fadhil bin Yahya (menteri Harun al-Rashid).
Penemuan kertas mempergiatkan lagi usaha penulisan ilmu pengetahuan kerana sebelum ini menggunakan kulit-kulit binatang,pelepah tamar yang memerlukan masa lebih lama untuk diproses.
FAKTOR KETIGA
Pengaruh budaya asing hasil daripada penaklikan dan peluasan wilayah.
Orang Arab telah berasimilasi dengan penduduk tempatan seperti bangsa Parsi yang terlebih dahulu mencapai kemajuan.
FAKTOR KEEMPAT
Lahirnya para intelek islam dalam berbagai bidang pengetahuan.
Misalnya al-kindi,beliau terkenal sebagai ahli falsafah,ahli kimia,astrologi,kedoktoran dan muzik.
FAKTOR KELIMA
Kegiatan khalifah-khalifah abasiyyah dalam memajukan ilmu pengetahuan.
khalifah-khalifah Abasiyyah seperti Abu Jaafar al-Mansur,Harun al-Rasyid dan al-Makmum sangat gemar dan berminat kepada ilmu pengetahuan.
zaman al-makmum iaitu di abad ke-9 merupakan puncak kemajuan ilmu pengetahuan.
FAKTOR KEENAM
Baghdad, pusat pentadbiran kerajaan abbasiyyah juga telah mengadakan perhubungan dengan negara-negara luar seperti negeri cina disebelah timur dan kepulauan british di sebelah barat.
Oleh kerana adanya perhubungan yang begitu luas,maka berlakulah pertemuan kebudayaan dari berbagai bangsa dari berbagai keturunan yang telah menimbulkan berbagai masalah.
TAMADUN YANG DICAPAI:1. POLITIK Kawasan pemerintahan kerajaan
abasiyyah sangat luas, meliputi kawasan-kawasan dari sebelah timur,sempadan-sempadan negeri india dan cina hingga ke sebelah baratnya dilautan atlantik.
Baghdad sebagai pusat pemerintahan. Jabatan khalifah berdasarkan sistem
Monarki. Khalifah- sebagai ketua negara, dibantu
ahli-ahli majlis yang dilantil oleh wazir. Manakala jajahan pula dilantik gabenor sebagai wakil khalifah.
Kerajaan ini telah menjalinkan hubungan diplomatik yang baik dengan negara-negara luar,khususnya kerajaan Perancis.
2. EKONOMI Galakan di sektor pertanian- bekalan air
disediakan Mendirikan kilang-kilang perusahaan seperti kilang gandum. Perniagaan berkembang pesat sekali.
Baghdad menjadi pusat perdagangan dunia yang masyur waktu itu.
3. SOSIAL Hasil daripada perkembangan islam dan keluasan
jajahan pemerintahan kerajaan abasiyyah telah membawa beberapa perubahan kepada masyarakat:
Warganegara terdiri dari berbagai-bagai bangsa seperti arab,parsi.
Pergaulan antara mereka bertambah erat hingga terdapat perkahwinan campur.
Kemudahan-kemudahan diwujudkan seperti jalan-jalan raya yang baik dan hospital-hospital.
4. ILMU PENGETAHUAN Perkembangan ilmu pengetahuan telah
bertambah luas dan mendalam dari segi:
Ilmu naqli(quran dan hadis)seperti tafsir,hadis,fekah.tokoh-tokoh yang terkemuka seperti imam malik,syafie.
Ilmu akli(akal)seperti ilmu astronomi,perubatan.tokoh-tokoh yang terkemuka seperti al-khawarizmi,ibnu sina.
ZAMAN KEMUNDURAN
Zaman bani abasiyyah dapat dibahagikan kepada dua peringkat:
1. Peringkat keagungan yang bermula dari Abul-Abbas al-Saffah(749m-754m) hingga al-Makmum(813m-833m),kuasa politik benar-benar ditangan khalifah-khalifah Abbasiyyah.
2. Peringkat kemunduran, iaitu sejak al-Muktasim hingga kejatuhan abbasiyah pada 1258m.ketika ini, khalifah-khalifah Kbbasiyah seumpama patung kerana kuasa politik ditangan kaum Mamluk Turki, diikuti Bani Buwaih dan Bani Seljuq.