Download - Tamadun islamkerajaanuthamaniyah
shafyniezaikanadiaTamadunIslam Kerajaan Uthamaniyah
1
PENDAHULUAN / PENGENALAN
Kerajaan Uthamaniyah
Kerajaan Uthamaniyah merupakan sebuah kuasa Islam yang muncul di barat laut Anatolia kira-
kira pada awal abad ke-14 Masihi. Kemunculannya berkait rapat dengan keadaan dunia Islam
yang kucar-kacir selepas serangan Monggol pada bahagian pertama abad ke-13 Masihi. Suasana
politik yang bepecah belah di Eropah ketika itu telah memberikan peluang kepada Kerajaan
Uthamaniyah meluaskan kekuasaannya di Balkan pada pertengahan abad ke-14 Masihi dengan
kejayaan besar di Kosovo pada tahun 1389 Masihi dan Nicoplis pada tahun 1396 Masihi.
Kerajaan ini bertahan selama kira-kira enam abad dan berakhir selepas berlakunya Perang Dunia
Pertama.
shafyniezaikanadiaTamadunIslam Kerajaan Uthamaniyah
2
ISI-ISI PERBINCANGAN
1. Sejarah Kerajaan Uthmaniyah (1300-1922)
Pada abad pertengahan, muncul kerajaan Islam yang berpusat di Turki dan merupakan
salah satu daripada tiga kerajaan besar Islam pada masa itu selain Safawiyah dan Moghul.
Kerajaan tersebut ialah Uthmaniyah. Kerajaan Uthmaniyah pernah menjadi negara terkuat dan
berkuasa setelah mengalahkan Constantinople (Istanbul) dan kerajaan Rom Timur (Byzantium).
Kerajaan itu memainkan peranan penting bagi agama Islam terutamanya dalam meluaskan
wilayah Islam.
Kerajaan Uthmaniyah berkuasa selama lebih kurang tujuh abad (1300-1922) dan
dipimpin oleh 36 sultan. Puncak kejayaan Uthmaniyah adalah pada zaman Sulaiman 1. Namun
setelah itu, ia semakin lama semakin lemah kerana berlakunya pemberontakan dan kalah dalam
peperangan dengan bangsa Eropah sehingga akhirnya kerajaan Uthamaniyah dihapuskan dan
digantikan dengan penubuhan Republik Turki. Setelah ditubuhkan oleh Uthman 1, Sultan
kerajaan Uthmaniyah terus berusaha untuk meluaskan wilayah kekuasaan mereka.
1.1 Tarekat Bektasyi
Agama Islam memainkan peranan utama bagi masyarakat Turki dan menjadi satu-
satunya sumber hukum, dengan mazhab Hanafi sebagai mazhab negara. Dalam bidang tasauf,
ajaran Tarekat Bektasyi berkembang pesat. Tarekat ini diajar oleh Bektasyi Velidari Khurasan
dan terkenal di Anatolia (Asia Kecil) pada 1281. Tarekat Bektasyi amat terpengaruh di kalangan
tentera Janissary, sehingga mereka sering disebut sebagai Tentera Bektasyi. Ajaran Tarekat
Bektasyi sehingga kini masih terus berkembang.
1.2 Janissary
Sebagai sultan pertama, Uthman 1 lebih menumpukan usaha untuk memantapkan
kekuasaan dan melindungi wilayah daripada serangan musuh, terutama Byzantium. Setelah
Uthman meninggal dunia, baginda digantikan oleh puteranya, Orkhan. Untuk memperkukuhkan
shafyniezaikanadiaTamadunIslam Kerajaan Uthamaniyah
3
kekuasaannya, Orkhan membentuk pasukan yang kuat dikenal sebagai Janissary atau
Inkisyariah. Pada zaman Orkhan, peluasan wilayah bermula. Pasukan Janissary terus menakluki
Broissa (Turki), Izmir (Asia Kecil) dan Ankara. Pasukan Janissary yang dibentuk oleh Sultan
Orkhan merupakan pasukan kuat yang Berjaya menakluki wilayah lain dan meluaskan
kekuasaan kerajaan Uthmaniyah.
1.3 Bayazid 1
Uthmaniyah berkembang menjadi kerajaan besar setelah sultan Uthmanyiah keempat,
Bayazid 1, meluaskan wilayah hingga ke Eropah, meneruskan tugas ayahnya, Murad 1. Hal itu
membuatkan Eropah menjadi marah lalu berperang menentang Uthmaniyah pada tahun 1396.
Peperangan itu dimenangi oleh Bayazid 1. Pada 1402, Pasukan Timurlane (pemerintah Moghul)
menyerang Uthmaniyah. Bayazid 1 ditawan dan Uthmaniyah mengalami kekalahan. Akibatnya,
hamper seluruh wilayah Uthmaniyah jatuh ke tangan Timurlane.
1.4 Awal penubuhan
Kerajaan Uthmaniyah ditubuhkan oleh Uthman, putera Ertugrul dari kabilah Oghuz di
daerah Mongol yang datang ke Turki untuk meminta perlindungan pemerintah Saljuk, Sultan
Alauddin 11, daripada serangan orang Mongol. Mereka juga membantu Alauddin berperang
menentang Byzantium. Uthman dilantik sebagai panglima perang kerajaan Saljuk, menggantikan
ayahnya. Setelah Sultan Alauddin mangkat, Uthman mengambil alih kuasa dan sejak itulah
tertubuhnya kerajaan Uthmaniyah.
1.5 Sulaiman 1
Puncak kejayaan kerajaan Uthmaniyah dicapai semasa pemerintahan Sulaiman 1 (1520-
1566). Baginda digelar al-Qanun (Pembuat Undang undang) kerana kejayaannya mengubal
undang-undang yang mengatur masyarakat. Selain itu, Sulaiman 1 juga digelar Sulaiman Yang
Agung. Pada zaman kekuasaannya, Uthmaniyah memiliki wilayah yang sangat luas. Oleh sebab
itu, kerajaan Uthmaniyah menjadi Negara terkuat dan berkuasa pada waktu itu. Sepeninggalan
shafyniezaikanadiaTamadunIslam Kerajaan Uthamaniyah
4
Sulaiman 1, Uthmaniyah mula lemah meskipun masih dianggap sebagai kerajaan besar sehingga
empat abad berikutnya.
1.6 Muhammad 11
Pada 1453, Muhammad 11 menakluki Constantinople. Dengan penaklukan kota yang
merupakan pintu masuk Eropah dan laluan perdagangan Timur dan Barat itu, nasib Barat
bergantung sepenuhnya kepada kerajaan Uthmaniyah. Muhammad 11 kemudian menjadikan
Constantinople sebagai ibu kota kerajaan dan menukar namanya menjadi Istanbul (Takhta
Islam). Walaupun telah ditalukinya, Muhammad 11 tetap memberikan kebebasan beragama
kepada penduduk Constantinople.
1.7 Muhammad Al- Fatih
Uthmaniyah kembali bangkit pada zaman Murad 11, dan diteruskan olehputeranya
Muhammad 11, yang digelar al-Fatih (Si Penakluk). Pada zamannya, peluasan kekuasaan Islam
dilakukan secara besar-besaran. Beliau berjaya menaluki Constantinople. Dengan jatuhnya
Constantinople, maka kerajaan Uthmaniyah semakin mudah menaluki wilayah lain seperti
Serbia, Albania dan Hungary.
1.8 Abdul Hamid 11
Pada 1876, Sultan Abdul Hamid 11 menaiki taktha. Pemerintahannya bersifat mutlak dan
penuh kekerasan. Oleh sebab itu, timbul rasa tidak puas hati di kalangan orang awam dan tentera.
Gerakan penentang yang menentang Sultan Abdul Hamid 11 inilah yang kemudian dikenal
dengan nama Gerakan Turki Muda. Sementara itu, kumpulan tentera membentuk jawatankuasa
rahsia untuk menggulingkan sultan, seperti Jawatankuasa Perkumpulan Persatuan dan Kemajuan
dengan salah seorang pemimpinnya ialah Mustafa Kamal Ataturk. Mustafa Kamal bersama-sama
rakan-rakannya berupaya mengakhiri kekuasaan Sultan Abdul Hamid 11. Pada 1922, Majlis
Agung yang dipimpin Mustafa Kamal menghapuskan jawatan sultan dan mengisytiharkan
penubuhan Republik Turki.
shafyniezaikanadiaTamadunIslam Kerajaan Uthamaniyah
5
1.9 Peninggalan
Sebagai 'bangsa tentera', Uthmaniyah lebih banyak menumpukan pada kegiatan
ketenteraan, sementara dalam bidang ilmu pengetahuan, mereka kurang menonjol. Oleh sebab
itu, dalam khazanah intelektual Islam, hampir tidak ada ilmuwan terkemuka dari dinasti ini.
Bagaimanapun, dalam mengembangkan senibina Islam, kerajaan ini cukup berjasa. Mereka
banyak mendirikan masjid yang dihiasi dengan seni khat indah dan bangunan khas lainnya.
Masjid Salimiyyah di kota Adrianople yang dibina pada 1570, pada zaman pemerintahan Sultan
Salim 11 merupakan salah sebuah bagunan bersejarah peninggalan Kerajaan Uthmaniyah.
2. Sistem Pemerintahan
2.1 Sejarah Pemerintah
Sultan merupakan kuasa tertinggi dalam sisitem pemerintahan yang dilantik mengikut sistem
feudal. Sultan berkuasa dalam bidang agama, politik, ekonomi dan pentadbiran Pada awalnya,
sultan-sultan ini tediri daripada para amir yang menjadi tuan-tuan tanah dalam kerajaan Saljuq
yang bepusat di Konya.
Urkhan, salah seorang daripada amir itu kemudiannya mengisytiharkan dirinya sebagai
sultan. Setelah itu, Bayazid diiktiraf oleh Khalifah Abbasiyah di Kaherah sebagai ‘Sultan al
Rum’ , iaitu pemimpin negara Islam. Murad II pula menggunakan gelaran ‘Sultan al-Barrain wa
al-Bahrain I’ (sultan di dua benua dan dua lautan).
Murad I telah menggelarkan dirinya ’Khalifah Allah SWT di bumi’ setelah bejaya
menawan kota Adrianople. Namun begitu, setelah oang Kristain berkuasa sejak perjanjian
Kuchuk Kainarji (1774 Masihi), ahli-ahli diplomat Turki Uthmaniyah memperolok-olokkan
orang Eropah dengan mengatakan bahawa sultan, seperti juga paus hanya berkuasa dalam hal
ehwal agama dan tidak lebih daripada itu.
Sultan dibantu oleh Wazir Besar yang merupakan ketua pentadbir dan penasihat sultan.
Tugas beliau dinyatakan dengan jelas dalam Kanunname, iaitu buku perlembagaan yang digubal
shafyniezaikanadiaTamadunIslam Kerajaan Uthamaniyah
6
pada zaman Muhammad II. Sebagai simbol kuasa yang ada padanya, beliau diamanahkan
memegang cap mohor (Tughra) sebagai wakil sultan.
2.2 Susunan Pembantu Pemerintah
Di bawahnya terdiri daripada:
i. Tiga orang hakim tentera, seorang Rumeli, seorang di Anatolia dan seorang
lagi di Afrika.
ii. Dua orang Beylerbey, seorang di Asia dan seoang di Eropah.
iii. Dua orang Defterdar (book keeper) yang bertanggungjawab dalam urusan
pentadbiran kewangan.
iv. Seorang Agha daripada tentera Janisari sebagai wakil tentera darat dan
seorang laksamana tentera laut.
v. Seorang Nishanji bagi monogram sultan.
Kadi ialah ketua agama bagi setiap daerah yang bekuasa menjalankan hukum jenayah dan
sivil menurut syariah Islam berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah.Selepas Salim I, diwujudkan
pula jawatan Sheikh al-Islam (mufti) yang berpejabat di Istanbul. Tugas beliau adalah untuk
memberikan fatwa dalam semua aspek agama temasuk keputusan beperang terhadap sesama
Islam.
Kadangkala sultan turut campur tangan dalam soal fatwa, misalnya ketika menentang
ajaran Syiah bagi tujuan menjaga keamanan negara. Mufti juga diberikan hak melantik pegawai
pegawai istana di ibu kota Istanbul.
Penubuhan kerajaan Tuki Uthamaniyah telah diasaskan kepda sistem feudal yang ditiru
daripada kerajaan Byzantine. Sistem pemeintahannya juga tuut dibantu oleh golongan tentera
yang dikenali sebagai fief. Fief meupakan tentera asasi keajaan Turki.
2.3 Sistem Kuasa
shafyniezaikanadiaTamadunIslam Kerajaan Uthamaniyah
7
Tentera yang berjasa dikurniakan tanah dan tanah-tanah tersebut dikendalikan oleh para
petani. Tanah kurniaan ini telah menghasilkan antara 3000-20 000 asper. Asper ialah mata wang
perak.
Tentera yang berkhidmat secara peribadi dengan sultan diberikan tanah fief yang lebih luas
(ziamet) dan hasilnya mencapai 100 000 asper. Tanah kurniaan yang lebih luas (khass) diberikan
kepada gabenor wilayah. Tanah kurniaan di Eropah menyediakan sebanyak 80 000 ekor kuda,
sementara di Asia 50 000ekor kuda.
Tentera fief merupakan tentera asasi kerajaan Turki Uthmaniyah. Senjata yang digunkan
oleh mereka ialah tombak, pedang, panah dan perisai. Pakaian meeka ialah baju dan serban serta
menunggang kuda.
Mereka ini dikelompokkan di bawah beberapa orang ketua yang membawa bendera
(Sanjak atau Liwa’). Ketua ini dipanggil bey. Antara bey ada beberapa orang beylerbey, terbesar
ialah Beyberbey Anatolia dan yang kedua Beyberbey Rumani di Eropah. Bey-bey ini juga
memakai gelaran Pasha. Beyberbey meujuk kepada turus tentera sultan yang mempunyai kuasa
yang sangat luas, malah putera mahkota tunduk kepadanya.
Sistem feudal runtuh setelah kerajaan Uthmaniyah bertambah luas dan sultan terpaksa
menyerah kuasa tanah fief kepada beyberbey. Pihak beyberbey telah menyalahgunakan kuasa
dengan bertindak memberikan tanah fief kepada mereka yang menyokongnya dan merampas fief
daipada orang yang melakukan kesalahan kecil.
Penyalahgunaan kuasa ini telah dihapuskan oleh Sulaiman al-Qanuni menerusi Kanunname
(1530M). Walau bagaimanapun, sistem tanah fief ini diteruskan tetapi syarat-syaratnya
diketatkan. Lama-kelamaan tentera feudal telah digantikan dengan tentera upahanyang
menggunakan senjata yang lebih canggih termasuk meriam besar bermula pada akhir abad ke-16
Masihi.
Tentera Turki Uthmaniyah di peringkat awalnya terdiri daripada empat pasukan (skuadron
menyamai 120-200 orang) yang diasaskan oleh Orkhan sendiri. Bilangannya kemudin bertambah
sehingga 11 500 orang bagi setiap skuadron ( 1534 Masihi).
3. PENUBUHAN KERAJAAN UTHMANIYYAH
3.1 Sejarah penubuhan
shafyniezaikanadiaTamadunIslam Kerajaan Uthamaniyah
8
Kerajaan ini muncul di Barat Laut Anatolia pada awal abad ke 14M. Ianya muncul selepas
dunia Islam diserang Tentera Monggol pada awal abad ke 13M. Uthmaniyyah berasal daripada
nama pengasasnya iaitu Osman Bin Ertughrul. Beliau merupakan ketua orang turki ( Kayi ). Ibu
Negeri kerajaan Uthmaniyyah ini terletak di Bursa, Edirne dan Istanbul. Ianya Bertahan selama 6
abad (600 tahun) merangkumi Anatolia, Semenanjung Balkan, dunia Arab, Afrika Utara,
Semenanjung Arab, Caucasus dan kepulauan di Lautan Mediterranean. Mereka mempunyai
perkaitan dengan orang Turki (puak Saljuq). Selepas kejatuhan puak Saljuq pada awal abad ke-
14M, muncul beberapa imarah orang Turki yang bebas. Antara imarah tersebut ialah Germiyan
(timur), Aydin dan Karasi (barat daya), serta Karaman. 1324M, Orhan b. Osman berjaya
menakluki Bursa, ibu negeri Byzantium di Anatolia. Ini menyebabkan imarah ‘Uthmaniyyah
menerima sumber-sumber kewangan untuk berkembang menjadi sebuah negara.
3.2 PERLUASAN KUASA KERAJAAN UTHMANIYYAH
Imarah Osman ialah satu-satunya imarah yang masih julang panji gazi (jihad) menentang
Byzantium. Gallipoli (di Eropah) berperanan sebagai pengkalan untuk meluaskan kekuasaan
‘Uthmani di Balkan. Pada tahun 1361M, kota Adrianople (Edirne) jadi ibu negeri pada zaman
Murat b. Orhan. Murat berjaya menguasai bandar-bandar lain seperti Macedonia (1371-1387M),
Bulgaria (1382M), Sofia (1385M), Nis (1386M), Serbia (1389M). Bayazid b. Murat berjaya
berhadapan dengan pemberontalan dalaman dan luaran. Beliau berjaya kalahkan pakatan
Kristian Hungary di Sungai Danube (1396M).
Namun Bayazid kalah teruk dengan Timur Lang (Timurlane) pada tahun 1402M -
Pertempuran Ankara. Kekalahan kuasa Osmani tidak diambil kesempatan oleh pihak Kristian
Eropah kerana sibuk bercakaran sesama sendiri. Anak-anak Bayazid mula berkuasa semula tapi
bersaing antara satu sama lain; Suleyman, Mehmet, Musa dan Isa. Mehmet yang berjaya.
Mehmet menyatukan semula Kerajaan ‘Uthmaniyyah di bawah satu pemerintahannya pada tahun
1413M. Kemudian Mehmet digantikan oleh anaknya, Murat II. Muncul perebutan kuasa dalam
Kerajaan ‘Uthmaniyyah antara golongan bangsawan Turki dengan golongan devsirme &
Yeniceri. Murat II digantikan oleh anaknya, Mehmet II (Muhammad al-Fatih).
shafyniezaikanadiaTamadunIslam Kerajaan Uthamaniyah
9
Pada 29 Mei 1453M, kota Constantinople ditakluki oleh tentera Mehmet II, dinamakan
Istanbul. Pengaruh dan kuasa golongan bangsawan Turki sudah berakhir Manakala pengaruh dan
kuasa golongan devsirme mula meningkat. Mehmet II membangunkan semula Istanbul dengan
menjemput penduduk dari semua kalangan bangsa datang ke Istanbul. Mereka diberi galakan dan
kemudahan. Cukai dikurang atau dihapuskan, kebebasan agama, budaya dan bahasa diberi
jaminan.
4. ZAMAN KEAGUNGAN UTHMANIYYAH
Zaman ini merangkumi era pemerintahan:
1. Sultan Bayazid II b. Mehmet II.
2. Sultan Selim I b. Bayazid II.
3. Sultan Suleyman al-Qanuni b. Selim I
Namun Kerajaan ‘Uthmaniyyah berhadapan dengan kuasa baru Eropah, Empayar
Hubsburg di Vienna (Austria).Gerakan ketenteraan Suleyman begitu agresif sehingga beliau
berjaya menguasai sebahagian kecil Eropah (wilayah Balkan). Aktiviti kesenian dan keilmuan
berkembang maju; menerusi pembinaan masjid dan istana, serta kolej. Meskipun zaman
Suleyman dianggap zaman kemuncak pemerintahan ‘Uthmaniyyah, akan tetapi bibit kelemahan
sudah bercambah pada ketika itu.
Pemerintahannya yang terlalu lama menyebabkan beliau mula menyisih dan memberi
tugas pentadbiran kepada Perdana Menteri. Kemenangan golongan devsirme ke atas golongan
bangsawan Turki turut mendorong faktor kelemahan ini. Masing-masing mula mencari kuasa
dan pengaruh, termasuk pihak sultan sendiri. Ini ditambah pula dengan pengaruh harem.
5. ZAMAN KEMEROSOTAN UTHMANIYYAH
Selepas era pemerintahan Sultan Suleyman Kanuni, kerajaan pusat mula mengalami
kelemahan. Masalah ekonomi mula meruncing dan menjejaskan tahap kualiti kehidupan pelbagai
shafyniezaikanadiaTamadunIslam Kerajaan Uthamaniyah
10
peringkat sosial masyarakat ‘Uthmaniyyah. Muncul beberapa pemberontakan dalaman yang
tidak berpuas hati dengan apa yang dialami.
Namun beberapa usaha pemulihan tetap diteruskan oleh para sultan pada abad ke-17M
seperti Sultan Osman II, Murat IV serta keluarga Koprulu. Akan tetapi usaha pemulihan ini
hanya bersifat sementara, memandangkan pihak musuh sentiasa mengambil kesempatan atas
kelemahan kuasa pusat.
KESIMPULAN
shafyniezaikanadiaTamadunIslam Kerajaan Uthamaniyah
11
LAMPIRAN
shafyniezaikanadiaTamadunIslam Kerajaan Uthamaniyah
12
Empayar Turki Uthmaniyyah, 1481 -1683
shafyniezaikanadiaTamadunIslam Kerajaan Uthamaniyah
13
RUJUKAN
Tafsir Sobuni, Mausuah Feqhiah oleh ulama Kuwait, Mughnil Muhtaj oleh Syarbini, Mu'tamad
Fil Feqhis Syafie oleh Dr Muhammad Zuhaily, Fathul Bari oleh Ibnu Hajar Asqalani dan lain2.