-
Team Cahaya News andAnnouncements
Kecemerlangan Perkhidmatan | Amanah | Berpasukan | Penambahbaikan Yang Berterusan | Bertanggungjawab | Pencapaian | Bergembira
EARTH DAYDunia ini adalah milik bersama! Kerana itulah kami turut memberi perhatian terhadap komuniti di luar termasuk alam sekitar, sebagaimana kami memberi perhatian terhadap para pesakit kami. Salah satu cara kami menunjukkan penghargaan adalah melalui Hari Perkhidmatan Hari Bumi (Earth Day). Hari Bumi merupakan acara tahunan yang disambut oleh masyarakat tempatan yang memberi pelbagai faedah kepada bumi.
Tahun ini, ramai teammate, tanpa mengira umur, turut bekerjasama membantu masyarakat setempat menjayakan pelbagai program
Hari Bumi dan secara tidak langsung menjadikan bulan ini sebagai bulan yang istimewa. Kami berharap agar usaha kami membersihkan pantai, masjid, taman permainan dan lain-lain tempat yang terlibat, dapat membaikpulih tempat berkenaan menjadikannya lebih bersih dan kemas.
Syabas ahli pasukan di dalam menjayakan program yang bermanfaat dengan memberi keceriaan selari dengan konsep DaVita Way.
-
Team Cahaya News and Announcements
(PEMBANGUNAN BERPASUKAN) TEAM BUILDING ROADSHOWKami meneruskan pembangunan berpasukan kami bersama dengan pasukan daripada negeri-negeri di sebelah utara dan selatan. Semangat yang ditunjukkan oleh setiap teammate adalah sungguh mantap dan saksama.
Banyak acara yang berlangsung semasa jerayawara (roadshow) ini termasuklah mengadakan sesi perbincangan dan permainan. Diharap agar aktiviti ini dapat mengukuhkan lagi jalinan persahabatan di antara teammate dan terus memberi motivasi kepada semua untuk menjalani kehidupan yang sihat sejajar
dengan DaVita Way. Kami telah menamatkan jerayawara ini dengan jayanya bersama dengan Region 1!
Kami kongsikan di sini beberapa gambar semasa acara-acara ini berlangsung bersama teammate daripada Alor Setar, Kangar, Gurun, Pendang, Seberang Perai, SPS, SPU, Sungai Siput, Batu Berendam, Kuala Sungai Baru dan Masjid Tanah untuk tontonan anda.
“Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.” Helen Keller-
EARTH DAY
Kecemerlangan Perkhidmatan | Amanah | Berpasukan | Penambahbaikan Yang Berterusan | Bertanggungjawab | Pencapaian | Bergembira
-
Team Cahaya News and Announcements
MAJLIS BERBUKA PUASA DAN SAMBUTAN HARI RAYA
Kecemerlangan Perkhidmatan | Amanah | Berpasukan | Penambahbaikan Yang Berterusan | Bertanggungjawab | Pencapaian | Bergembira
Salah satu daripada acara tahunan Pasukan Cahaya ialah dengan mengadakan Majlis Berbuka Puasa. Acara ini dijalankan bersempena dengan kehadiran bulan Ramadan yang disambut oleh umat Islam di seluruh dunia. Pada bulan ini, umat Islam akan berpuasa, mengerjakan amal ibadat, muhasabah diri dan juga membanyakkan kerja amal. Hari Raya atau dikenali juga sebagai Eidul Fitri di negara lain merupakan sambutan sebagai penutup Ramadan dan disambut secara besar-besaran oleh umat Islam di seluruh negara. Sambutan Hari Raya ini merupakan acara tahunan kami di DaVita dan setiap cawangan akan meraikannya
bersama-sama dengan teammate masing-masing, para pesakit dan ahli keluarga. Sebagai negara yang berbilang bangsa, kami bersyukur kerana dapat meraikan pelbagai jenis sambutan perayaan bersama-sama tanpa mengira bangsa.
Ia juga merupakan salah satu cara yang sihat untuk mengeratkan lagi hubungan sesama bangsa di dalam satu komuniti yang harmoni. Di sini kami sertakan beberapa gambar yang diambil ketika kami meraikan sambutan menjelang Ramadan dan sambutan Hari Raya di seluruh negara untuk dikongsi bersama.
-
Team Cahaya News and Announcements
SELOKA RAYA 2019Kami di DaVita Malaysia telah menyambut perayaan Hari Raya, iaitu Seloka Raya – Rumah Terbuka Hari Raya. Perayaan tersebut diadakan pada jamuan tengah hari dan bertujuan untuk menyampaikan rasa terima kasih kami kepada badan-badan
organisasi yang telah menderma dan menunjukkan sokongan mereka kepada kami. Ia merupakan satu majlis yang penuh dengan keriangan, gelak ketawa dan diselangi dengan pertunjukan persembahan muzik tradisional.
Kecemerlangan Perkhidmatan | Amanah | Berpasukan | Penambahbaikan Yang Berterusan | Bertanggungjawab | Pencapaian | Bergembira
-
Team Cahaya News and Announcements
PELAN TINDAKAN PENGLIBATAN (ENGAGEMENT ACTION PLAN) Penglibatan anda di tempat kerja adalah keutamaan kami. Seperti yang telah anda ketahui, kami telah membentangkan Pelan Penglibatan yang kami cipta berdasarkan hasil tinjauan tahun 2018 dan maklum balas yang kami terima pada tahun lepas.
Tiga isu utama yang sering dibangkitkan berdasarkan hasil tinjauan dan perbincangan lanjut adalah seperti berikut:• Jurang komunikasi di antara HQ dan klinik• Kurang kefahaman mengenai nilai teras DaVita dan rasa diri tidak penting di DaVita • Kebajikan untuk setiap teammate DaVita
Hasil tinjauan dan maklum balas tahun lepas telah kami jadikan sebagai rujukan dan sumber untuk memperbaiki pelan tindakan kami untuk tahun ini. Selain daripada memberi kenaikan gaji, pembahagian bonus, pemberian faedah dan pampasan, kami turut merangka Pelan Tindakan Penglibatan bagi memperbaiki lagi perkhidmatan kami.
Antara aktiviti yang telah kami jalankan untuk membangkitkan lagi semangat penglibatan ahli pasukan kami adalah:• Mengadakan jerayawara pembangunan berpasukan (teambuilding roadshow) • Pengambilan Orientasi Baharu secara dalam talian dan di HQ• Menyediakan laporan berkala pada setiap suku tahun• Menyusun semula setiap rancangan yang melibatkan Core Value Pins• Kebebasan bersuara semasa perjumpaan bersama (Village call) pada setiap bulan dan pada
setiap suku tahun di Town Halls• Mengadakan Pertandingan Boling Pasukan Cahaya
Untuk setiap aktiviti dan daya usaha yang berkaitan dengan Pelan Tindakan Penglibatan (Engagement Action Plan), logo yang di sebelah ini akan turut dipamerkan bagi melahirkan kesedaran dan juga untuk menunjukkan penglibatan dan komitmen kami secara berterusan.
Jadual di bawah ini merupakan senarai penuh pelan yang telah kami rangkakan.
Bidang Tugasan
Komunikasi
Aktiviti Core Values dan homeroom bulanan
Menggalakkan kesemua 40 buah klinik untuk turut serta dan menyuarakan pendapat mereka semasa sesi Voice of the Village bersama dengan HQ (waktu yang tetap pada setiap bulan – setiap Khamis pada minggu ke-2)
Bengkel komunikasi efektif untuk HQ
Pasukan Jerayawara Pembangunan Berpasukan (Teambuilding roadshow)
Mengadakan Pertandingan Persahabatan (contoh: Pertandingan Boling Pasukan Cahaya)
Penghargaan
Menyusun semula program yang melibatkan penganugerahan penghargaan (We Are Here, pemenang teammate terbaik untuk suku tahun, pemenang core value pins, Night Of Honour, penerbitan buletin berkala pada setiap suku tahun, pengiktirafan rakan sejawat)
Nilai Teras
Menyediakan ruangan mengenai panduan nilai teras di buletin berkala pada setiap suku tahun
Aktiviti core values semasa homeroom
Kursus Dalaman
Kursus dalaman di HQ pada setiap suku tahun untuk teammate baru
Kursus dalaman di atas talian pada setiap dua minggu
Sokongan selepas kursus dalaman (mentorship)
Pembelajaran dan Perkembangan
FAST, DWOT, Asas-asas Kepimpinan, Seminar yang dijalankan berdasarkan web (webinar) dan bengkel pembelajaran.
Menyediakan latihan untuk ahli pasukan – seperti seminar berdasarkan web dan latihan melalui video
Kami akan terus bekerjasama dan berusaha sepanjang tahun untuk merealisasikan pelan tindakan ini. Justeru itu, kami memerlukan sokongan anda untuk bekerjasama dengan ahli pasukan kami dan berfikiran terbuka agar kami dapat memberi perkhidmatan yang padu kepada anda dan menjadikan Village kami sebagai sebuah tempat yang istimewa kepada semua.
One for All!
Kecemerlangan Perkhidmatan | Amanah | Berpasukan | Penambahbaikan Yang Berterusan | Bertanggungjawab | Pencapaian | Bergembira
-
Team Cahaya News and Announcements
Tahukah Anda?Bahan bacaan mengenai kesihatan buah pinggang telah disediakan untuk anda. Anda boleh rujuk kepada kami sekiranya anda memerlukan satu set untuk diri sendiri atau keluarga / sahabat! Ia boleh didapati dalam bahasa Inggeris & Melayu!
Tahukah Anda?DaVita Malaysia mempunyai nombor telefon yang baharu untuk pelanggan / pesakit sekiranya mereka mempunyai sebarang pertanyaan, cadangan atau maklum balas. 1 800 180 780
DaVitaLine
Teammate terbaik bagi suku tahun
Tahniah diucapkan kepada Muhammad Razlan Azim Bin Mohammed Eskak kerana telah dipilih sebagai teammate terbaik untuk suku tahun kedua tahun 2019!
Razlan merupakan pemandu di cawangan Sungai Besar dan telah menjadi contoh sebagai seorang yang menjalani kehidupan mengikut konsep DaVita Way. Beliau bukan sahaja telah menjalankan kerja beliau dengan sepenuh tenaga malah beliau juga turut membantu jururawat-jururawat di kawasan itu mengambil stok harian, membantu dari segi keselesaan pesakit dan banyak lagi. Beliau bukan sahaja menjalankan pekerjaan beliau dengan jujur malah beliau turut membantu membuat kerja yang bukan di dalam skop pekerjaan beliau.
Tahniah Razlan! Kami bangga dengan usaha anda. Teruskan bersinar menjadi pekerja contoh. Anda adalah bintang kebanggaan kami.
Kecemerlangan Perkhidmatan | Amanah | Berpasukan | Penambahbaikan Yang Berterusan | Bertanggungjawab | Pencapaian | Bergembira
-
Team Cahaya News and Announcements
BAHAGIAN CORE VALUES
Bertanggungjawab (Accountability)
Kami tidak akan menggunakan ayat seperti “bukan salah saya” atau “ianya diluar bidang tugasan saya”. Kami mempunyai tanggungjawab untuk menjalankan tugasan kami dengan jujur di samping mempunyai tanggungjawab terhadap keseluruhan organisasi. Kami turut bertanggugjawab ke atas hasil tugasan kami.
Perasaan bertanggungjawab lahir dari dalam diri. Ianya bukan sesuatu yang boleh diberi tetapi kita haruslah memilih untuk memilikinya.
Bukan mudah untuk menjalankan tanggungjawab terhadap sesuatu tugasan yang diberi tetapi ianya bukan sesuatu yang mustahil untuk dicapai. Berikut adalah antara contoh sikap seseorang yang bertanggungjawab menurut risalah oleh Inc.com yang boleh kita contohi dan jadikan pedoman untuk kehidupan harian kita.
1. Mereka menjalankan tanggungjawab mereka. Orang yang mempunyai rasa tanggungjawab akan memastikan bahawa
setiap tugasan yang diberi dilaksanakan sepenuhnya dengan sempurna.
2. Mereka tidak memberi sebarang alasan. Orang yang bertanggungjawab tidak akan menyalahkan orang lain di atas
setiap kesilapan yang mereka lakukan. Mereka tidak mudah untuk dipengaruhi.
3. Mereka sentiasa menepati waktu. Orang yang bertanggungjawab faham akan kepentingan menetapi garis
waktu yang ditetapkan untuk sesuatu tugasan dan akan menyiapkan setiap tugasan yang diberi di dalam jangka waktu tersebut. Sikap bertimbang rasa dan menghormati ketetapan waktu yang diberi, menjadikan mereka sebagai seorang yang boleh dipercayai.
4. Mereka mengawal keadaan. Mereka merupakan seorang yang aktif dan boleh berdiri dengan sendiri.
Mereka akan terus melaksanakan setiap tugasan yang diberi tanpa berlengah-lengah dan boleh bekerja tanpa bimbingan.
5. Mereka tidak akan bertindak mengikut perasaan. Mereka akan berfikiran positif dan tidak akan membiarkan perasaan
negatif mengawal hidup mereka.
6. Mereka akan berusaha merealisasikan harapan orang terhadap diri mereka.
Orang yang bertanggungjawab akan dengan sendirinya faham apa yang perlu dilakukan apabila diberi sesuatu tugasan. Mereka akan berfikir dengan mendalam tentang tugasan tersebut dan akan memberi keputusan yang boleh diharapkan. Apabila berlaku sebarang rintangan, mereka cepat untuk bertindak bagi menyelesaikan rintangan tersebut dan akan berkongsi jalan penyelesaian dengan semua yang terlibat.
7. Mereka mempunyai semangat bekerjasama. Mereka pandai menggunakan setiap sumber di sekeliling mereka. Mereka
akan menggunakan kesempatan yang sedia ada untuk suatu yang bermanfaat agar mencapai hasil yang positif.
8. Mereka tidak mengharap kepada pujian. Mereka berasa puas apabila dapat menyempurnakan sesuatu tugasan
bersama dengan pasukan mereka. Sebarang pujian yang diterima akan dianggap sebagai bonus tambahan terhadap hasil kejayaan mereka.
Apakah sikap tanggungjawab yang anda rasa ada pada diri anda? Ambillah masa untuk merenung diri sendiri mengenai sikap tanggungjawab yang ada pada diri anda dan kemudian berkongsilah dengan pasukan anda agar dapat bersama-sama memanfaatkan nilai teras ini sebagai satu pasukan.
Para Pemenang Core Value PinsTahniah kepada pemenang pin core values untuk suku tahun ini! Teruskan kerja hebat anda. Kami amat berbangga dengan anda!
Service ExcellenceMohd Yusran (Sri Rampai) Risman Zamani (Alor Setar) Nurul Najwa (HQ)
IntegrityNor Majidah (HQ) Baanu Pannirselvam (Batang Berjuntai) Siti Zaharah Bt Jumat (Pontian)
TeamNurul Huda (HQ) Nurzaiti Najiha (HQ) Mohamad Qhairul Aizam (Rembau) Siti Hasmah (HQ)
Continuous ImprovementSuria Bt Mahmud (Seremban) Nurul Atikah (Kota Tinggi) Tan Hai Shi (HQ)
AccountabilitySuzi Sohari (Taman Seri Setia) Ain Farhana (Sungai Besar)Mohamad Amali Md Saad (Kota Damansara) Maisurah Munawar (HQ)
FulfillmentMarianie Abdul Wahab (Bangi) Chris Koh (HQ)
FunMuhammad Affiq Bin Bakar (Seremban)Khairunisa Mislan (HQ)
Kecemerlangan Perkhidmatan | Amanah | Berpasukan | Penambahbaikan Yang Berterusan | Bertanggungjawab | Pencapaian | Bergembira
-
Team Cahaya News and Announcements
PERTANDING BOLING TEAM CAHAYA Pusingan pertama berakhir pada 19hb Julai! Siapakah 3 orang yang bakal mewakili pasukan anda untuk pusingan berikutnya? Mari kita bersedia untuk memberi sokongan kepada mereka di pusingan yang akan datang!
Will you strike out or will your team be the 1st ever Team Cahaya Bowling Tournament Champion?
DaVita Malaysiapresents
TOURNAMENT 2019
BOWLING
ROUND 1
best 2 teammates to represent centre in Round 2)ROUND 2Before 30th September 2019 (within region to
Final Round)FINAL ROUND 20th October 2019, Kuala Lumpur
GRAND PRIZE
Trophy and cash prize!
Kecemerlangan Perkhidmatan | Amanah | Berpasukan | Penambahbaikan Yang Berterusan | Bertanggungjawab | Pencapaian | Bergembira
-
TERKINI MENGENAI PUSAT DIALISIS : Penempatan Semula
CENTRES UPDATES : Expansion
PUSAT DIALISIS ANDALAS
PUSAT DIALISIS KLANG
Sebelum
Selepas
Dengan besar hati kami mengumumkan bahawa DaVita Klang (dahulu dikenali sebagai Andalas), DaVita Bangi dan DaVita Wangsa Maju akan berpindah ke tempat baharu. Kami berharap agar kami dapat memberi perkhidmatan yang lebih memuaskan kepada pesakit kami di tempat yang lebih selesa.
Team Cahaya News and Announcements
Kecemerlangan Perkhidmatan | Amanah | Berpasukan | Penambahbaikan Yang Berterusan | Bertanggungjawab | Pencapaian | Bergembira
-
Team Cahaya News and Announcements
PUSAT DIALISIS BANGISebelum
Selepas
TERKINI MENGENAI PUSAT DIALISIS : Penempatan Semula
Kecemerlangan Perkhidmatan | Amanah | Berpasukan | Penambahbaikan Yang Berterusan | Bertanggungjawab | Pencapaian | Bergembira
-
Team Cahaya News and Announcements
PUSAT DIALISIS WANGSA MAJUSebelum
Selepas
TERKINI MENGENAI PUSAT DIALISIS : Penempatan Semula
Kecemerlangan Perkhidmatan | Amanah | Berpasukan | Penambahbaikan Yang Berterusan | Bertanggungjawab | Pencapaian | Bergembira
-
Team Cahaya News and Announcements
PUSAT DIALISIS ALOR SETARSebelum
Selepas
TERKINI MENGENAI PUSAT DIALISIS : PengembanganDaVita Alor Setar, DaVita Sungai Petani Utara, DaVita Pendang, DaVita Sungai Besar, DaVita Kajang, DaVita Cheras, DaVita Taman Tasik Jaya, DaVita Kota Damansara, DaVita Kuala Sungai Baru, DaVita Benut dan DaVita Johor Bahru telah menjalani ubahsuai dan kelihatan lebih menarik dan selesa.
Kecemerlangan Perkhidmatan | Amanah | Berpasukan | Penambahbaikan Yang Berterusan | Bertanggungjawab | Pencapaian | Bergembira
-
Team Cahaya News and Announcements
PUSAT DIALISIS SUNGAI PETANI UTARASebelum
Selepas
TERKINI MENGENAI PUSAT DIALISIS : Pengembangan
Kecemerlangan Perkhidmatan | Amanah | Berpasukan | Penambahbaikan Yang Berterusan | Bertanggungjawab | Pencapaian | Bergembira
-
Team Cahaya News and Announcements
PUSAT DIALISIS PENDANGSebelum
Selepas
TERKINI MENGENAI PUSAT DIALISIS : Pengembangan
Kecemerlangan Perkhidmatan | Amanah | Berpasukan | Penambahbaikan Yang Berterusan | Bertanggungjawab | Pencapaian | Bergembira
-
Team Cahaya News and Announcements
PUSAT DIALISIS SUNGAI BESARSebelum
Selepas
TERKINI MENGENAI PUSAT DIALISIS : Pengembangan
Kecemerlangan Perkhidmatan | Amanah | Berpasukan | Penambahbaikan Yang Berterusan | Bertanggungjawab | Pencapaian | Bergembira
-
Team Cahaya News and Announcements
PUSAT DIALISIS KAJANGSebelum
Selepas
TERKINI MENGENAI PUSAT DIALISIS : Pengembangan
Kecemerlangan Perkhidmatan | Amanah | Berpasukan | Penambahbaikan Yang Berterusan | Bertanggungjawab | Pencapaian | Bergembira
-
Team Cahaya News and Announcements
PUSAT DIALISIS CHERASSebelum
Selepas
TERKINI MENGENAI PUSAT DIALISIS : Pengembangan
Kecemerlangan Perkhidmatan | Amanah | Berpasukan | Penambahbaikan Yang Berterusan | Bertanggungjawab | Pencapaian | Bergembira
-
Team Cahaya News and Announcements
PUSAT DIALISIS TAMAN TASIK JAYASebelum
Selepas
TERKINI MENGENAI PUSAT DIALISIS : Pengembangan
Kecemerlangan Perkhidmatan | Amanah | Berpasukan | Penambahbaikan Yang Berterusan | Bertanggungjawab | Pencapaian | Bergembira
-
Team Cahaya News and Announcements
PUSAT DIALISIS KOTA DAMANSARASebelum
Selepas
TERKINI MENGENAI PUSAT DIALISIS : Pengembangan
Kecemerlangan Perkhidmatan | Amanah | Berpasukan | Penambahbaikan Yang Berterusan | Bertanggungjawab | Pencapaian | Bergembira
-
Team Cahaya News and Announcements
PUSAT DIALISIS KUALA SUNGAI BARUSebelum
Selepas
TERKINI MENGENAI PUSAT DIALISIS : Pengembangan
Kecemerlangan Perkhidmatan | Amanah | Berpasukan | Penambahbaikan Yang Berterusan | Bertanggungjawab | Pencapaian | Bergembira
-
Team Cahaya News and Announcements
PUSAT DIALISIS BENUTSebelum
Selepas
TERKINI MENGENAI PUSAT DIALISIS : Pengembangan
Kecemerlangan Perkhidmatan | Amanah | Berpasukan | Penambahbaikan Yang Berterusan | Bertanggungjawab | Pencapaian | Bergembira
-
Team Cahaya News and Announcements
PUSAT DIALISIS JOHOR BAHRUSebelum
Selepas
TERKINI MENGENAI PUSAT DIALISIS : Pengembangan
Kecemerlangan Perkhidmatan | Amanah | Berpasukan | Penambahbaikan Yang Berterusan | Bertanggungjawab | Pencapaian | Bergembira
-
Team Cahaya News and Announcements
AKREDITASI OLEH MALAYSIAN SOCIETY OF QUALITY IN HEALTH (MSQH) Kami amat berbangga dengan enam pusat DaVita kami yang telah mendapat akreditasi oleh MSQH. Ia adalah satu proses penilaian taraf perkhidmatan kesihatan dengan standard kualiti yang telah ditetapkan dan merupakan satu proses ke arah peningkatan perkhidmatan kesihatan yang optima. Enam cawangan tersebut adalah - Pusat Dialisis DaVita Rawang, Pusat Dialisis DaVita Seremban, Pusat Dialisis DaVita Kota Damansara, Pusat Dialisis DaVita Gurun, Pusat Dialisis DaVita Pontian dan Pusat Dialisis DaVita Sabak Bernam.
Tahniah kepada pasukan Regulatory dan Quality di dalam menjayakan proses ini. Semoga lebih banyak pusat cawangan kami mendapat akreditasi oleh MSQH ini.
Kecemerlangan Perkhidmatan | Amanah | Berpasukan | Penambahbaikan Yang Berterusan | Bertanggungjawab | Pencapaian | Bergembira