Download - Tebuculosis by [email protected]
MASM1212-PERUBATAN SOSIAL & PENCEGAHAN 2013
Isi kandungan
1.0 PENGHARGAAN.......................................................................................................................2
2.0 OBJEKTIF..................................................................................................................................3
3.0 PENGENALAN...........................................................................................................................4
4.0 STATISTIK TUBERCULOSIS DI MALAYSIA.........................................................................7
5.0 CARA TRANSMISI.....................................................................................................................9
6.0 PATOFISIOLOGI......................................................................................................................10
7.0 MANIFESTASI KLINIKAL.......................................................................................................12
8.0 PENYIASATAN TUBERCULOSIS..........................................................................................13
9.0 PENGUBATAN DAN JAGAAN PESAKIT..............................................................................14
10.0 KAWALAN DAN PENCEGAHAN.........................................................................................16
11.0 PERANAN PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN............................................................18
12.0 KESIMPULAN........................................................................................................................21
13.0 RUJUKAN...............................................................................................................................22
14.0 LAMPIRAN.............................................................................................................................23
1 | P a g e
MASM1212-PERUBATAN SOSIAL & PENCEGAHAN 2013
1.0 PENGHARGAAN
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.Alhamdulillah, syukur
ke hadrat Ilahi yang telah mengurniakan rahmatNya sehingga kami dapat menyempurnakan
tugasan bagi subjek perubatan sosial dan pencegahan MASM1212 ini dengan jayanya.Terlebih
dahulu kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada
EN.MOHAMMAD SHAHRIZAN BIN TAHA selaku pensyarah Perubatan sosial dan
pencegahan serta selaku penyelia di atas segala bimbingan, teguran dan nasihat yang
diberikan sepanjang kami menyempurnakan tugasan ini. Jutaan terima kasih juga diucapkan
kepada kedua ibubapa kami, yang tidak penah leka dalam membimbing dan memberi tunjuk
ajar yang bermanfaat serta sokongan dari segi moral dan juga kewangan.
Ribuan terima kasih jua buat rakan-rakan di Kolej sains kesihatan bersekutu johor bahru
dan juga kepada orang perseorangan yang turut membantu secara langsung mahupun tidak
langsung dalam menjayakan tugasan ini. Akhir kata, Sekali lagi kami memanjatkan doa
kesyukuran ke hadrat Ilahi, agar segala usaha yang disumbangkan dan dipelajari diberkati oleh
Allah s.w.t di dunia dan akhirat.
Sekian,terima kasih.
2 | P a g e
MASM1212-PERUBATAN SOSIAL & PENCEGAHAN 2013
2.0 OBJEKTIF
3 | P a g e
1 . D e fin is ik a n tu b e rk u lo s is .
2 . M e n y a ta k a n e t io lo g i d a n je n is - je n is tu b e rk u lo s is .
3 . M e n e ra n g k a n p a to f is io lo g i d a n m a n ife s ta s i k lin ik a l tu b e rk u lo s is
4 . M e n e ra n g k a n c a ra t ra n s m is i s e r ta fa k to r - fa k to r y a n g m e m p e n g a ru h i ja n g k ita n tu b e rk u lo s is .
4 . M e n y a ta k a n p e n y ia s a ta n b a g i k e s tu b e rk u lo s is .
5 . M e n e ra n g k a n c a ra p e n c e g a h a n ,k a w a la n d a n ra w a ta n tu b e rk u lo s is .
6 . M e n g h u ra ik a n P e ra n a n P e m b a n tu P e ru b a ta n d i d a la m p e n c e g a h a n tu b e rk u lo s is
MASM1212-PERUBATAN SOSIAL & PENCEGAHAN 2013
3.0 PENGENALAN
Secara ringkasnya, penyakit tuberkulosis terbahagi kepada tiga. Salah satunya adalah
tuberkulosis miliari yang mana tubercle-tubercle menyerang pelbagai organ termasuk paru-
paru. Yang kedua adalah tuberkulosis pulmonary akut iaitu jangkitan terhad pada paru-paru
sahaja dan kerap berlaku pada kanak-kanak. Yang kedua adalah tuberkulosis pulmonary kronik
yang mana jangkitan ini kerap berlaku kepada orang-orang dewasa. Ia juga merupakan jenis
tuberkulosis yang kerap kali berlaku.Menurut kamus oxford (medical dictionary), tuberculosis
adalah 1“Satu penyakit yang disebabkan oleh jangkitan Mycobacterium tuberculosis [rujuk
gambar rajah 1.0] tubercle bacillus yang boleh menjejaskan hampir semua mana-mana tisu
atau organ badan, tetapi kawasan yang paling biasa dijangkiti tuberculosis adalah paru-paru.
1 Sumber daripada oxford medical dictionary edisi ke-8 oleh oxford university press
4 | P a g e
Tu
be
rcle
Ba
sil
li
Human type
Mycobacterium Tuberkulosis
M. Africanum (pada manusia)
Bovine type M. Bovis
(pada binatang)
MASM1212-PERUBATAN SOSIAL & PENCEGAHAN 2013
“Tuberculosis, juga dikenali sebagai TB, adalah jangkitan bakteria yang boleh merebak melalui
nodus limfa dan saluran darah kepada mana-mana organ di dalam badan anda. Ia adalah yang
kerap dijumpai di dalam paru-paru. Mikrobakterium Tuberkulosis adalah spesies bakteria
patogenik dalam kumpulan mycobacteriaceae. Ia telah dijumpai oleh Robert Koch dan beliau
mendapati bahawa bakteria ini mempunyai lapisan berlilin pada sel permukaan yang luar biasa
menjadikan sel-sel ditembusi oleh pewarnaan gram.
2 Gambar Rajah 1.0
Mycobacterium tuberculosis
Kebanyakan orang yang terdedah kepada TB tidak pernah mengalami gejala kerana
bakteria boleh hidup dalam bentuk tidak aktif di dalam badan. Tetapi jika sistem imun lemah,
seperti penghidap HIV atau warga tua, bakteria TB boleh menjadi aktif. Dalam keadaan aktif,
bakteria TB menyebabkan kematian tisu dalam organ-organ yang dijangkiti. Penyakit TB aktif
boleh membawa maut jika tidak dirawat. Kerana bakteria yang menyebabkan batuk kering(TB)
yang dihantar melalui udara, penyakit ini boleh berjangkit. Jangkitan adalah yang paling kerap
2 Sumber bergambar daripada laman web: http://textbookofbacteriology.net/tuberculosis.html
5 | P a g e
MASM1212-PERUBATAN SOSIAL & PENCEGAHAN 2013
berlaku jika anda terdedah kepada seseorang yang mempunyai TB secara berterusan atau
langsung, sebagai contoh tinggal atau bekerja dalam jarak dekat dengan seseorang yang
mempunyai penyakit TB yang aktif. Namun begitu, kerana bakteria biasanya tinggal terpendam
(tidak aktif) selepas mereka menyerang tubuh, hanya sebilangan kecil orang yang dijangkiti TB
akan pernah mempunyai penyakit yang aktif. Selebihnya akan mempunyai apa yang dipanggil
jangkitan TB terpendam - mereka menunjukkan tanda-tanda jangkitan dan tidak akan dapat
untuk menyebarkan penyakit ini kepada orang lain, melainkan jika penyakit mereka menjadi
aktif kembali.
Gambar rajah 1.1 – organ yang boleh dijangkiti tuberculosis
6 | P a g e
MASM1212-PERUBATAN SOSIAL & PENCEGAHAN 2013
4.0 STATISTIK TUBERCULOSIS DI MALAYSIA
Kehadiran penyakit ini di kalangan masyarakat memang tidak disedari kerana ia
merebak melalui udara dan titisan cecair badan daripada pesakit kepada orang lain. Penyakit ini
berjangkit dengan mudah dan tidak mengenal mangsa.Seseorang yang terdedah kepada udara
yang tercemar dengan kuman tibi akan menghidu kuman ke dalam saluran pernafasan melalui
hidung, mulut, larinks dan kuman boleh hinggap di mana-mana sahaja bahagian tersebut.
3Tidak ketinggalan, kebanjiran pendatang asing juga dikaitkan dengan penyebaran tibi
secara meluas.Lima tahun lalu, jumlah pesakit tibi di kalangan pekerja asing (dari Indonesia,
Filipina, Myanmar dan Bangladesh) meningkat kepada 11 peratus dan turun ke paras 8 hingga
9 peratus dalam dua tahun kebelakangan ini.Melalui pemeriksaan kesihatan yang diwajibkan
Agensi Pengawasan Pemeriksaan Perubatan Pekerja Asing (Fomema), pekerja asing yang
didapati ada parut pada paru-paru mereka akibat tibi tidak dibenar bekerja di negara ini.Yang
menjadi masalah ialah, bagi setiap pekerja asing yang datang secara sah, dua atau tiga lagi
yang berkemungkinan dijangkiti kuman tibi masuk secara haram. Ini menyebabkan kawalan
penyakit tibi lebih sukar. Di Malaysia, pada kurun ke-20 penyakit ini dikenali sebagai batuk
kering Pada tahun 1950-an, penyakit tibi merupakan pembunuh utama penduduk di Tanah
Melayu (Malaya). Pada tahun 1961, Program Kawalan Tibi Kebangsaan ditubuhkan dan semua
3 Data statistik dari laman web kementerian kesihatan Malaysia CPG – Respiratory http://www.moh.gov.my/v/rm
7 | P a g e
MASM1212-PERUBATAN SOSIAL & PENCEGAHAN 2013
pesakit tibi dirujuk ke Pusat Tibi Negara di Jalan Pahang, Kuala Lumpur (sekarang dikenali
sebagai Institut Perubatan Respiratori).
4Jumlah penghidap HIV dan AIDS di Kelantan pada tahun lepas adalah tertinggi di
Malaysia jika dibandingkan dengan negeri-negeri lain. Statistik Kementerian Kesihatan
mendapati setiap 28.8 bagi setiap 100,000 penduduk Kelantan telah dijangkiti penyakit
ini..Statistik Kementerian Kesihatan juga menunjukkan bahawa majoriti daripada penularan TB
berlaku di kalangan orang Melayu iaitu 65,235 atau 71 peratus daripada jumlah penghidap TB
di seluruh Negara. 5Berdasarkan data daripada kementerian kesihatan Malaysia 2011,
menyatakan bahawa TB merupakan penyakit kedua terbanyak yang dikenalpasiti iaitu 62.56
incedence rate per 100,000 populasi, selepas demam denggi iaitu sebanyak 64.37 incedence
rate per 100,000 populasi. Tetapi berdasarkan pada statistik kementerian kesihatan Malaysia
kadar kematian tertinggi dicatatkan adalah tuberculosis iaitu 5.37 kematian per 100,000
populasi, berbanding deman denggi dan AIDS masing-masing sebanyak 0.01 dan 3.66
kematian per 100,000 populasi.
4 Sila rujuk statistik dan graf pada helaian lampiran (sumber daripada kementerian kesihatan Malaysia dan world health organization)5 Sumber statistik berjadual dari laman web kementerian kesihatan Malaysia, sila rujuk halaman lampiran
8 | P a g e
MASM1212-PERUBATAN SOSIAL & PENCEGAHAN 2013
5.0 CARA TRANSMISI
6Gambar rajah 2.0 – cara jangkitan tuberculosis
Penyakit Tibi biasanya berjangkit melalui cecair mulut dan hidung yang mengandungi
kuman Tibi apabila pesakit Tibi batuk, bercakap atau bersin. Sesiapa yang menyedut udara
yang mengandungi cecair ini akan menghadapi risiko dijangkiti kuman Tibi. Selain itu, kuman
Tibi juga boleh merebak melalui direct contact dengan seseorang yang menghidap penyakit ini,
contohnya melalui ciuman.
Di samping itu, seseorang boleh dijangkiti kuman Tibi melalui fomit iaitu apabila orang-
orang yang sihat menggunakan peralatan orang yang menghidap Tibi seperti pinggan,
mangkuk dan sebagainya. Penyakit juga boleh merebak melalui makanan dan minuman yang
6 Sumber dari Malaysian Association For The Prevention of Tuberculosis (MAPTB) http://www.maptb.org.my
9 | P a g e
MASM1212-PERUBATAN SOSIAL & PENCEGAHAN 2013
tercemar dengan kuman Tibi. Sebagai contoh apabila seseorang mengambil susu mentah dari
lembu berpenyakit Tibi akan menyebabkan seseorang itu dijangkiti penyakit Tibi.
6.0 PATOFISIOLOGI
Penyebaran penyakit Tibi terjadi kerana kuman Mycobacterium Tuberculosis
dikeluarkan samada secara sengaja ataupun tidak ke udara melalui batuk ataupun bersin.
Kuman Tibi boleh hidup dalam udara bebas selama lebih kurang 1-2 jam bergantung pada sinar
ultraviolet dan kelembapan.
7Gambar rajah
3.0 - patofisiologi tuberculosis
Suasana yang lembab dan gelap membolehkan kuman Tibi hidup selama berhari-hari bahkan
berbulan-bulan lamanya. Apabila partikel kuman Tibi ini disedut oleh orang yang sihat melalui
7 Gambar rajah bergambar dari Pearson Education Ltd dicapai melalui laman web : http://www.pearsonhighered.com/
10 | P a g e
MASM1212-PERUBATAN SOSIAL & PENCEGAHAN 2013
pernafasan maka zarah ini akan terus melekat pada salur pernafasan atau paru-paru. Partikel
Tibi boleh memasuki alveolar jika zarah bersaiz kurang daripada 5 mikrometer. Kuman Tibi ini
akan berhadapan dengan sel neutrophil seterusnya dengan sel makrofaj. Kebanyakkan partikel-
partikel Tibi akan dihapuskan oleh sel makrofaj lalu dibawa keluar ke bronkial dan trakea
melalui pergerakan sillia. Apabila kuman yang selebihnya menetap di paru-paru, ia akan terus
membiak dan berkembang dalam sitoplasma sel makrofaj lalu dibawa ke organ lain.
Kuman Tibi yang menetap pada paru-paru akan membentuk tuberculosis pneumonia
kecil dan lebih dikenali sebagai fokus primer. Fokus primer ini boleh menjangkiti seluruh paru-
paru dan menyebabkan efusi pleura sekiranya ia menjalar ke pleura. Kuman juga dapat masuk
ke saluran gastrointerstinal, saluran limfa, orofarinks dan kulit dan dipanggil komplek primer.
Kemudian kuman akan masuk ke dalam vena dan menjalar ke seluruh organ seperti paru-paru,
otak, ginjal dan tulang. Apabila ia masuk ke dalam arteri pulmanori ia akan mengakibatkan
tuberkulosis miliari.
11 | P a g e
MASM1212-PERUBATAN SOSIAL & PENCEGAHAN 2013
7.0 MANIFESTASI KLINIKAL
Tanda dan simpton penyakit Tibi terbahagi kepada dua iaitu Am dan Local. Antara tanda
dan simpton am yang ditunjukkan penghidap penyakit ini adalah letih lesu dan malaise kerana
terlalu kerap batuk. Selain itu, penghidap Tibi juga akan mengalami insomnia dan kurang daya
tumpuan. Pesakit juga akan kehilangan selera makan seterusnya menyebabkan berat badan
merosot. Di samping itu, pesakit akan mengalami demam ringan dan paling teruk pada lewat
malam serta berpeluh dengan banyak. Bagi pesakit perempuan pula, amenorrhoea mungkin
boleh berlaku. Sekiranya pesakit diperingkat yang lebih teruk, terdapat clubbing pada kuku.
Gambar rajah 4.0 –
batuk kronik dan kahak
Bagi tanda dan simpton local pula, kita dapat lihat pesakit akan mengalami batuk yang kronik
jenis kering dan lama kelamaan akan menghasilkan kahak. Kahak yang dihasilkan adalah jenis
12 | P a g e
MASM1212-PERUBATAN SOSIAL & PENCEGAHAN 2013
mucopurulent dan kadangkala mengandungi kesan darah di dalamnya. Haemoptitis juga boleh
berlaku di mana-mana peringkat sekalipun dan suara mungkin serak kerana batuk yang
berpanjangan.
8.0 PENYIASATAN TUBERCULOSIS
Antara penyiasatan yang boleh dilakukan adalah dengan mengambil latar belakang
aduan dari pesakit. Sebagai contoh sekiranya pesakit batuk lebih daripada dua minggu
kemungkinan pesakit mengalami tuberkulosis. Selain itu, sputum acid fast bacillus dan sputum
untuk CNS juga boleh digunakan. Untuk sptum acid fast basillus, sputum akan diambil
sebanyak tiga kali dan sekiranya positif ini menunjukkan adanya jangkitan Tibi. Bagi
penyiasatan CNS, sekiranya kuman ini mengambil masa sepuluh hingga empat belas hari untuk
membiak ia menunjukkan ciri-ciri kuman Tibi.
Gambar rajah 5.0 – chest x-ray pesakit tuberculosis
Selain itu, sinar x-ray dada juga boleh digunakan kerana daripada x-ray akan ada
bayangan atau shadow yang boleh kita nampak jika adanya Tibi. TWDC juga boleh dilakukan
13 | P a g e
MASM1212-PERUBATAN SOSIAL & PENCEGAHAN 2013
bagi pesakit yang disyaki menghidap Tibi dan sekiranya ia meningkat ini menunjukkan ada
jangkitan. Kadangkala bronchoscopi juga akan dijalankan untuk melihat secara terus kedalam
bronchial dan paru-paru bagi mengesan kaviti. Penyiasatan seperti haemoglobin test dan
tuberculin test juga boleh digunakan untuk mengenalpasti penyakit Tibi.
9.0 PENGUBATAN DAN JAGAAN PESAKIT
Penyakit tuberculosis sebenarnya dapat dirawat sepenuhnya tetapi mesti mengikut apa
yang telah digariskan oleh pakar perubatan sebagai contoh pengambilan ubat mengikut arah.
Dadah anti tuberculosis tujuan pemberian adalah Untuk mengawal penyakit .selain itu, Untuk
mengelak relapse dan Untuk menentukan pesakit tidak lagi ada infeksi.
8Rawatan tuberculosis adalah selama 6 bulan
8 Sumber rujukan daripada kementerian kesihatan Malaysia dan Malaysian association for the prevention of tuberculosis (MAPTB)
14 | P a g e
RAWATAN TUBERCULOSIS(2 FASA)
Fasa Intensif – 2 bulan/Daily – (56 dos)
SHRZ/ EHRZ
Fasa Intermittent – 4 bulan/Biweekly – (32 dos)
SHR / HR
MASM1212-PERUBATAN SOSIAL & PENCEGAHAN 2013
UBAT SIMBOL
INJ. STREPTOMYCIN S
ISONIAZID H
RIFAMPICIN R
PYRAZINAMIDE Z
ETHAMBUTOL E
(REGIM PILIHAN) 6 BULAN
SHRZ - 2 BULAN - DAILY (56 DOS)
SHR - 4 BULAN - BIWEEKLY (32 DOS)
(REGIM ALTERNATIF) – 6 BULAN
EHRZ - 2 BULAN – DAILY - 56 DOS
HR - 4 BULAN – BIWEEKLY - 32 DOS
15 | P a g e
MASM1212-PERUBATAN SOSIAL & PENCEGAHAN 2013
10.0 KAWALAN DAN PENCEGAHAN
Program rancangan kawalan Tibi telah dilaksanakan sejak tahun 1961 lagi dan
diintegrasikan dalam Perkhidmatan Perubatan dan Kesihatan Negara pada tahun 1969.
Pasukan Pengurusan Penyakit Tibi pula dibentuk dalam tahun 1973. Tujuan penubuhan
rancangan kawalan Tibi adalah untuk melindungi 95% daripada jumlah yang berisiko dengan
pelalian BCG. Selain itu ia juga bertujuan mengesan 2/3 daripada punca jangkitan yang wujud
dalam masyarakat dan menghapuskan punca-punca jangkitan secara berkekalan dengan
sistem rawatan yang sempurna.
16 | P a g e
MASM1212-PERUBATAN SOSIAL & PENCEGAHAN 2013
9Gambar rajah 6.0 – vaksin bacille Calmette-Guerin BCG
Antara aktiviti yang dijalankan oleh Rancangan Kawalan Tibi adalah program pelalian
BCG, program mengesan kes, program rawatan Tibi, pendidikan kesihatan dan sebagainya.
Dalam konteks pelalian BCG, ia diberikan secara terus kepada semua yang berumur bawah 20
tahun melalui suntikan intradermal. Vaksin BCG adalah daripada kuman Tibi yang telah
dilemahkan dan digunakan untuk mencegah penyakit Tibi. Vaksin ini sangat selamat dan
berkesan kepada kanak-kanak.
Untuk program mengesan kes pula, ia dilakukan secara integrasi antara hospital dan
klinik kesihatan di seluruh Negara. Salah satu cara mengesan kes ini adalah dengan
menggunakan kaedah “Direct Smear Microscopy” dan ia adalah paling mudah dan berkesan.
Selain itu, ujian sputum juga dilakukan untuk mengesan jangkitan pada paru-paru. Program
rawatan Tibi adalah 100% berkesan sekiranya dilaksanakn dengan baik dan bersepadu.
Kejayaan program ini bergantung kepada Sisitem pelaksanaan program dan kerjasama
daripada pesakit. Bagi pendidikan kesihatan pula, pihak-pihak hospital akan mengadakan
secara kempen ataupun seminar bagi mengurangkan kes penyakit ini. Tujuan program ini
dijalankan adalah bagi meningkatkan kefahaman masyarakat tentang bahaya penyakit Tibi.
Di bawah Millenium Development Goal (MDG) bagi kawalan penyakit Tibi, Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu (UN) telah mensasarkan agar insiden penyakit Tibi dihentikan dan
dikurangkan menjelang tahun 2015, manakala Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah
mensasarkan untuk eliminasi penyakit Tibi pada tahun 2050. WHO Regional Goal pula telah
mensasarkan untuk mengurangkan separuh daripada kadar insiden dan kadar kematian
menjelang tahun 2010 apabila dibandingkan dengan tahun 2000. Jika dilihat dari segi sasaran,
Malaysia masih belum mencapai sasaran yang ditetapkan.
9 Sumber rujukan bergambar dari Centers for Disease Control and Prevention 1600 Clifton Rd. Atlanta, GA 30333, USA melalui laman web http://www.cdc.gov/tb/publications/factsheets/prevention/bcg.htm
17 | P a g e
PERA
NAN
PEM
BAN
TU P
ERU
BATA
N
DAL
AM P
ROG
RAM
RAW
ATAN
TB
Tugas Penyeliaan
Bekalan Logistik
Latihan
Tugas Umum
Peningkatan Lanjutan ( Pendidikan / Latihan )
Human Relation(Pegawai Perhubungan-Perantara)
Monitoring dan Penilaian
MASM1212-PERUBATAN SOSIAL & PENCEGAHAN 2013
Bagi mencapai MDG tersebut, WHO telah menetapkan beberapa sasaran khusus untuk
mengurangkan kejadian kes TB iaitu :
i. 70% kes TB berjangkit di dalam masyarakat mestilah dikesan;
ii. 100% pesakit mesti dipastikan mendapat rawatan di bawah penyeliaan, atau secara
DOTS (Directly Observed Therapy Short course), dan
iii. Sekurang-kurangnya 85% mereka yang dikesan mesti disembuhkan
11.0 PERANAN PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN
18 | P a g e
MASM1212-PERUBATAN SOSIAL & PENCEGAHAN 2013
10Penolong pegawai perubatan(PPP) terlibat secara langsung dalam program
pencegahan penyakit berjangkit antaranya adalah tuberculosis. Antara Peranan penolong
pegawai perubatan ialah Tugas Penyeliaan, sebagai seorang ppp seharusnya dapat
mengesan kes tibi sejak dari awal lagi, ini bertujuan untuk mengelakkan daripada berlakunya
jangkitan atau rebakan penyakit kepada orang lain,seterusnya mengambil specimens mengikut
norm, membuat rekod kutipan kahak bagi Semua kes yang ada tanda/simptom mestilah ambil
sample kahak, bagi Kes positif didaftar dan beri rawatan, selain itu, ppp mestilah membuat
Notifikasi dan memastikan Keputusan / penghantaran dalam keadaan selamat.
11Seterusnya adalah, rawatan kes. Memastikan Penyeliaan penuh rawatan pada pesakit,
memberi arahan yang jelas pada pesakit supaya tidak ada sebarang salah faham berkenaan
penyakit yang dihidapi, selain itu, Kesan kes engkar rawatan (defaulter) bagi mengelakkan
daripada berlakunya rebakan penyakit kepada orang lain. Seterusnya Pengekalan rekod
rawatan dan pastikan rujukan kes hendaklah jelas dengan rawatan. Selain itu, pastikan
10 Sumber rujukan dari nota kuliah masm1212-perubatan sosial & pencegahan (pembantu perubatan) kolej sains kesihatan bersekutu johor bahru oleh En. Baidi bin badiri (januari 2013)11 Sumber rujukan dari nota kuliah masm1212-perubatan social & pencegahan (pembantu perubatan) kolej sains kesihatan bersekutu johor bahru oleh En. Baidi bin badiri (januari 2013)
19 | P a g e
MASM1212-PERUBATAN SOSIAL & PENCEGAHAN 2013
Kebajikan pesakit terjaga dan akhir sekali mestilah mendapat maklum balas jika kes tamat
rawatan
Selain itu, latihan .Melatih Anggota yang terlibat dalam Program Kawalan TB, Kerap kali
berbincang dengan anggota Progran Kawalan TB mengenai perkembangan
semasa.,Mengorientasi anggota baru mengenai Program Kawalan TB, Menyelia latihan dalam
pekhidmatan ini termasuk Doktor dan Paramedik di Pusat TB Kebangsaan.\
Dari segi Bantuan Logistik. Kita mestilah Menyediakan kemudahan rawatan
pengurusan TB sebagai contoh sputum cups. selain itu,Menghantar specimen dan mengutip
data-data seta Menyediakan TB DRUG untuk pesakit dalam program rawatan TB
Membuat Penilaian dan Monitor .Menentukan norm kutipan specimen sputum
memenuhi taget,Menentukan kemudahan pemeriksaan kes,Menyediakan laporan kemajuan,
Mengutip data-data dan analisis mengikut peringkat , memastikan Laporan defaulter dan
abandoned rate dibuat dan akhir sekali Membuat kohort analisis (penyelidikan)
12Menjadi Pengawai Perhubungan (perantara) hal ini bertujuan untuk Mengekalkan
hubungan rapat dan kerjasama anggota perkhidmatan kesihatan, Pusat Tibi Kebangsaan dan
sebagainya.selain itu, kerjasama Hubungan dengan agensi lain, contohnya MAPTB(Malaysian
Association for the Prevention of Tuberculosis), NGO dan lain-lain serta secara tidak langsung
dapat menjaga Hubungan baik dengan pesakit tibi dan keluarga mereka
Peningkatan Lanjutan (Pendidikan dan Latihan ). Perlu Meningkatkan pengetahuan
sebagai contoh kaedah terbahari dalan rawatan tibi. selain itu, perlulah Melibatkan dalam
12 Sumber rujukan dari nota kuliah masm1212-perubatan social & pencegahan (pembantu perubatan) kolej sains kesihatan bersekutu johor bahru oleh En. Baidi bin badiri (januari 2013)
20 | P a g e
MASM1212-PERUBATAN SOSIAL & PENCEGAHAN 2013
aktiviti-aktiviti promosi program kawalan tibi. serta menyertai Latihan lanjutan sebagai contoh
seminar , forum dll ini dapat menbantu memantapkan lagi pengetahuan berkenanan
pencegahan dan rawatan TB, selain itu Terlibat dalam penyelidikan, bancian dan lain-lain dalam
program kawalan tibi.
Akhir sekali, Tugas-tugas umum dalam konteks ini ia berkaitan dengan tugas-tugas
yang tidak specific sebagai contoh Menghadiri mesyuarat kakitangan contohnya komferen di
peringkat daerah dan negeri. Selain itu,Menjalankan tugas-tugas yang relevan dan yang diarah
oleh pegawai atasan.
12.0 KESIMPULAN
Turbekulosis adalah penyakit bawaan udara yang disebabkan oleh bakteria
Mycobacterium tuberculosis (M. tuberculosis). Mycobacterium tuberculosis dan tujuh spesies
lain mycobacterial yang berkait rapat ialah (M. bovis, M. africanum, M. microti, M. caprae, M.
pinnipedii, M. Canetti dan M. mungi) Kebanyakan dari spesies ini telah didapati menyebabkan
penyakit pada manusia M. tuberculosis dibawa dalam “airborne particles” yang dipanggil
“droplet nuclei”,yang berukuran 1 - 5 mikron diameter. “droplet nuclei” berjangkit apabila orang-
orang yang mempunyai penyakit TB batuk, bersin, menjerit, atau menyanyi. Bergantung kepada
keadaan sekitar, zarah kecil boleh kekal berada di udara selama beberapa jam. M. tuberculosis
21 | P a g e
MASM1212-PERUBATAN SOSIAL & PENCEGAHAN 2013
disebarkan melalui udara, tidak melalui sentuhan permukaan. Jangkitan berlaku apabila
seseorang menyedut “droplet nuclei “mengandungi Mycobacterium tuberculosis akan melalui
mulut atau rongga hidung dan saluran pernafasan atas serta bronkus untuk sampai ke alveoli
paru-paru.Oleh itu, Masyarakat perlu lebih peka dan menghindari kawasan sesak yang boleh
memberi risiko kepada penyakit TB,dengan itu dapatlah kita mengurangkan rebakan virus
tuberculosis ini.
13.0 RUJUKAN
1. Grant H.D. et al ( 1995 ) Brady’s Emergency Care 7th ed USA : A Simon & Schuster
Company.
2. W.O. Phoon and P. C. Y. Chen ( 1987 ) Textbook Of Community Medicine In South East
Asia USA : A Simon & Schuster Company .
3. Ewles & Simnett ( 1994 ) Promoting Health 4th ed Middlesex : Scutari Press
4. KKM ( 1989 ) Panduan Untuk Rancangan Imunisasi ( 2nd ed ) Kuala Lumpur :
Kementerian Kesihatan Malaysia.
5. KKM ( 1994 ) Garis Panduan Rancangan Kesihatan Sekolah Kuala Lumpur : Bahagian
Penjagaan Kesihatan Asas & Pembangunan Keluarga.
6. CDC. Screening for tuberculosis and tuberculosis infection in high-risk populations:
Recommendations of the Advisory Council for the Elimination of Tuberculosis. MMWR
22 | P a g e
MASM1212-PERUBATAN SOSIAL & PENCEGAHAN 2013
1995; 44 (No. RR-11): 18– 34. www.cdc.gov/mmwr/preview/mmwrhtml/00038873.htm
(Accessed September, 2013)
7. CDC. Guidelines for preventing the transmission of Mycobacterium tuberculosis in
health-care settings, 2005. MMWR 2005; 54 (No. RR-17). (Accessed September,
2013).www.cdc.gov/mmwr/preview/mmwrhtml/rr5417a1.htm?s_cid=rr5417a1_e
8. Stop TB Partnership and World Health Organization. An International Roadmap for
Tuberculosis Research. Geneva: World Health Organization, 2011 (also available at:
www.stoptb.org/assets/documents/resources/publications/technical/tbresearchroadma
p.pdf; accessed September, 2013).
9. Dr. B Venugopalan,(2007) Malaysian Association For The Prevention of Tuberculosis
(MAPTB) (available at: http://www.maptb.org.my/index.htm accessed September, 2013)
14.0 LAMPIRAN
23 | P a g e