Download - Teknologi Maklumat Komunikasi.pdf
-
8/20/2019 Teknologi Maklumat Komunikasi.pdf
1/1
Contoh Rancangan Pelajaran Harian (RPH)
Mata Pelajaran dan
Kelas:
Dunia Sains dan Teknologi – Elemen TMK Tahun 2
Amal
Tema /Tajuk: Tiada
Masa: 10.00 – 11.00 pagi (60 minit)
Standard
Pembelajaran:
1.4 dan 4.1
Objektif
Pembelajaran:
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat
berkomunikasi melalui e-mel dengan mengamalkan
etika penggunaan kata laluan dan teks.
Aktiviti pengajaran
dan pembelajaran:
1. Membuat demonstrasi cara mendaftar masuk,
menghantar dan membalas e-mel.
2. Murid mendaftar masuk emel, menghantar dan
membalas e-mel.
Elemen Merentas
Kurikulum (EMK):
1. Bahasa: Menggunakan laras bahasa yang sopan
semasa berkomunikasi.
2. Kreativiti: Memanipulasi pelbagai warna dan saiz fon
pada teks e-mel mengikut kreativiti.
Bahan Bantu Belajar: Perisian e-mel seperti Gmai l , Yahoo dan Hotmai l .
Penilaian pengajaran
dan pembelajaran:
Murid boleh menceritakan langkah-langkah
menghantar e-mel di akhir pembelajaran.
Refleksi: Seramai 25 orang murid boleh menghantar dan
membalas e-mel tanpa masalah. Seramai 5 orang murid
yang menghadapi kesukaran menggunakan fitur-fitur
perisian e-mel untuk menghantar dan membalas emel.
Murid tersebut akan mengulangi aktiviti menghantar
dan membalas e-mel dengan bimbingan guru.