Download - TEKS-UCAPAN-PERPISAHAN.doc
TEKS UCAPAN PERPISAHAN
Bismillahirrahmanirahim
Yg berusaha _______________________, Guru Besar SK Jalan Gurney 2, Yang
diraikan Pn. ______________________, KP ___________________ dan
___________________,
Yang dihormati _______________________________, Penolong Kanan
Pentadbiran,
Datin __________________________Penolong Kanan HEM,
_____________________ Penolong Kanan Kokurikulum, Guru-guru serta
murid2 yang dikasihi sekalian..
Assalamualaikum wrt dan salam sejahtera.
Alhamdulillah. Bersyukur kita ke hadrat ilahi kerana dgn limpah izinnya kita dapat
bersama-sama berkumpul di Dewan Bunga Raya pada hari yang mulia ini. Sebagai
pembuka Majlis, saya mempersilakan alFadhil
Ustaz_____________________________ untuk membacakan doa. Dipersilakan.
Amin..amin Yarabbal Alamin..Semoga majlis kita pada hari ini lebih diberkati.
Murid-murid sekalian pasti ada yang sudah tahu dan mungkin ada yang tertanya-
tanya apa tujuan kita berkumpul pada hari ini. Kita akan kehilangan seorang guru
yang kita sayangi dan kasihi iaitu _________________________ yang akan
bertukar ke SK ___________________ sebagai ___________________________.
Sedih hati tidak terkira..berat hati ingin melepaskan cikgu yang saya pasti semua
orang sayang..namun apa kan daya walaupun dengan linangan air mata, kami tetap
merestui pemergian _________________________________. Tahniah diucapkan
dan bersama-samalah kita mendoakan semoga beliau sentiasa maju jaya bertugas
di tempat baharu.
Ada serangkap pantun ingin saya hadiahkan,
Raut wajah penuh ketenangan,
Tidak terkalam kasih dijunjung,
Jasamu tetap dikenang,
Budimu tetap disanjung
Sirih puan buat laksamana,
Pinang beracik sebagai teman,
Hadir puan amat bermakna,
Dikenang diingat sepanjang zaman,
Justeru itu tanpa membuang masa, saya menjemput Yang Berusaha Guru Besar
kita Pn. ____________________________ untuk memberikan ucapan.
Seterusnya majlis mempersilakan yang diraikan Pn.______________________
untuk memberikan ucapan beliau. Dipersilakan....
Terima kasih Pn._______________________________ atas ucapan itu tadi. Kata-
kata dan ungkapan penuh bermakna, tersemat di hati kami sampai bila-bila.
Hadirin sekalian,
Majlis yang sederhana ini akan diteruskan dengan sebuah tayangan video /
persembahan slaid yang memaparkan kenangan-kenangan sukaduka kita bersama
yang diraikan ______________________________.
Hadirin yang dikasihi sekalian, seterusnya majlis diserikan dengan sebuah
persembahan nyanyian oleh guru-guru SKJG2. Majlis dengan hormatnya
dipersilakan.
Terima kasih semua guru atas persembahan itu tadi.
Majlis dengan sukacitanya ingin menjemput yang diraikan
____________________________ untuk menyempurnakan acara memotong kek.
berhampar lapik berlicin daun
bagai lesung dengan antan
purnama pula berganti tahun
jasamu puan kekal di ingatan
Kini tibalah saat yang ditunggu.. Dijemput pula wakil murid dari setiap kelas
(ketua kelas / penolong ketua kelas) untuk menyampaikan hadiah kelas sebagai
tanda ingatan tulus ikhlas kepada yang diraikan
________________________________. Majlis dengan hormatnya dipersilakan.
Justeru tanpa membuang masa saya mempersilakan
1. wakil kelas pra sekolah
2. wakil kelas tahun 1 (panggil ikut
kelas:_________________________________)
3. wakil kelas tahun 2 (panggil ikut
kelas:_________________________________)
4. wakil kelas tahun 3 (panggil ikut
kelas:_________________________________)
5. wakil kelas tahun 4 (panggil ikut
kelas:_________________________________)
6. wakil kelas tahun 5 (panggil ikut
kelas:_________________________________)
7. wakil kelas tahun 6 (panggil ikut
kelas:_________________________________)
8. wakil daripada kelab guru*
sutera batik pemberian teruna
dipakai sidara nampak berseri
terimalah hadiah tidak seberapa
tanda ingatan tulus dihati
rakan-rakan sekalian,
hadiah diberi seikhlas hati,
kini marilah bersalaman menyusun jari,
bermaaf-maafan seikhlas hati,
semoga ukhwah kekal abadi.
Diminta semua murid2 beratur mengikut kelas masing-masing untuk sesi
bersalaman dengan Pn. ___________________________.
Berakhirnya sesi bersalaman itu tadi, maka berakhirnya sudah majlis kita pada hari
ini. Serangkap pantun terakhir buat _____________________________,
sutera batik bertenun indah
dipakai si dara nampak berseri
biar jauh jarak memisah
pastinya ada rindu di hati
Sebelum mengundur diri, saya ingin memaklumkan kepada semua guru
matapelajaran yang mengajar waktu 5.30 petang diminta bersiap sedia untuk
bergerak ke kelas bersama-sama murid sebentar lagi ketika murid2 berbaris.
Sekian dari saya, wabilahitaufik wal hidayah wassalamualaikum warrah
matullahiwabarakatuh..