1
TEKS UCAPAN
YBHG. DATUK HAJI MOHAMMAD BIN MENTEK
KETUA SETIAUSAHA
KEMENTERIAN KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN
KERAJAAN TEMPATAN
SEMPENA
ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG (APC) SWCORP
TAHUN 2015
21 MAC 2015 (ISNIN)
DEWAN KRISTAL (KPKT)
2
Terima Kasih Pengacara Majlis, Puan Nor Inchun Binti Mohamed Salleh Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) YBhg. Dato’ Dr. Tam Weng Wah Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar Dan Pembangunan) YBhg. Dato’ Halimi Bin Abd. Manaf Timbalan Ketua Setiausaha (Kesejahteraan Bandar)
YBhg. Dato’ Dr. Zulkapli Bin Mohamed Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam (SWCorp)
3
YBhg. Dato’ Zainul Abidin Bin Abdullah Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan) Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam (SWCorp)
Yang Berusaha Dr. Mohd Pauze Bin Mohamad Taha Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Teknikal) Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam (SWCorp) Ketua-ketua Jabatan dan wakil-wakil Jabatan dan Kementerian,
Pengarah-Pengarah SWCorp Bahagian dan Negeri,
Pegawai-pegawai kanan dan seluruh warga kerja SWCorp serta
4
Tuan-tuan dan Puan-puan yang dihormati sekalian.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera
dan Salam 1 Malaysia.
1. Terlebih dahulu marilah kita bersama-sama memanjatkan
kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah rahmat
serta keizinan-Nya jua dapat kita berhimpun pada hari ini bagi
meraikan pegawai dan warga kerja sempena Majlis Anugerah
5
Perkhidmatan Cemerlang (APC) Perbadanan Pengurusan
Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam (SWCorp) Bagi Tahun
2015. Sesungguhnya, Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang
ini merupakan suatu bentuk penghargaan dan pengiktirafan
kepada warga SWCorp yang telah menunjukkan
perkhidmatan yang cemerlang dalam memastikan sistem
penyampaian perkhidmatan Kerajaan sentiasa mencapai
standard dan kualiti yang ditetapkan dan yang lebih penting,
memenuhi kehendak dan ekspektasi pelanggan dan rakyat.
6
2. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk
mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada
pihak SWCorp khususnya kepada YBhg. Dato’ Dr. Zulkapli bin
Mohamed selaku Ketua Pegawai Eksekutif yang sudi menjemput
saya untuk menghadiri dan seterusnya menyempurnakan majlis
ini. Peluang untuk bersama-sama sebahagian besar warga
SWCorp ini amatlah saya hargai. Ianya penting dalam usaha kita
membentuk sinergi dan pasukan kerja yang hebat serta mantap
yang akan memastikan semua agenda, misi dan visi Kementerian
Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan
(KPKT) terlaksana.
7
3. Setinggi-tinggi tahniah dan syabas saya ucapkan
kepada kesemua 54 orang penerima APC yang telah
menunjukkan prestasi yang cemerlang sepanjang tahun
2015. Semoga dengan pengiktirafan ini akan membangkitkan lagi
azam para penerima untuk bertugas dengan lebih gigih dan
penuh iltizam pada masa akan datang seterusnya menaikkan
imej perkhidmatan awam secara amnya dan Kementerian
khususnya.
Para hadirin yang dihormati sekalian,
8
4. Saya yakin Anugerah Perkhidmatan Cemerlang yang
diberikan pada hari ini merupakan pembakar semangat dan
pendorong untuk semua warga SWCorp berkhidmat dengan lebih
baik ke arah meningkatkan mutu kerja dan produktiviti. Penerima-
penerima anugerah pada hari ini sudah pastinya dinilai dari aspek
kewibawaan, keterampilan dan penglibatan dalam memberi
sumbangan kepada organisasi. Justeru, saya berharap warga
cemerlang SWCorp akan sentiasa berusaha maju ke hadapan
bagi meneruskan kecemerlangan dalam bidang tugas
masing-masing, bukan sahaja sebagai peneraju perubahan,
9
tetapi juga sebagai penggerak utama ke arah kecemerlangan
perkhidmatan demi kejayaan diri, organisasi, bangsa dan
negara.
5. Kepada semua penerima anugerah pada hari ini, saya ingin
mengingatkan bahawa ini hanyalah langkah permulaan bagi anda
semua untuk terus berusaha menjadi penjawat awam yang lebih
cemerlang pada masa akan datang. Jadikanlah anugerah
kecemerlangan yang diterima ini sebagai satu amanah dan
cabaran untuk terus memberi komitmen yang terbaik. Perlu
diingatkan bahawa penyampaian perkhidmatan dan
10
kecekapan tadbir urus yang baik (good governance) serta
mengutamakan budaya kerja cemerlang merupakan
ekspektasi yang perlu diberi perhatian selaras dengan dasar
Kerajaan yang mendahulukan kepentingan rakyat dan
mengutamakan pencapaian.
6. Kita seharusnya sedar bahawa sebagai penjawat awam,
kita juga boleh berjihad dengan memberi perkhidmatan yang
terbaik kepada rakyat dan masyarakat lebih-lebih lagi skop
utama di SWCorp adalah untuk memastikan pengurusan sisa
11
pepejal dan pembersihan awam di Malaysia berada pada
tahap yang terbaik demi kelestarian alam sekitar dan
kelangsungan kehidupan. Ini merupakan sumbangan yang
amat besar dan insyaAllah semoga usaha-usaha murni dan ikhlas
ini akan diberkati oleh Allah S.W.T.
Para hadirin yang dihormati sekalian,
7. Tahun 2016 sudah pasti merupakan tahun yang amat
mencabar bagi Malaysia. Perkembangan semasa ekonomi
12
serantau dan global memberi kesan kepada kedudukan
kewangan Kerajaan Persekutuan. Bagi memastikan
perkembangan ekonomi negara terus kukuh dengan kedudukan
fiskal yang mampan, langkah-langkah proaktif dan instruktif wajar
dilaksanakan secara bersepadu oleh semua pihak. Sehubungan
itu, semua Kementerian dan Jabatan dikehendaki menyusun
semula keutamaan program serta aktiviti masing-masing supaya
sejajar dengan agenda nasional. Dalam hal ini, sudah pasti impak
yang besar akan dirasai oleh kita semua di Kementerian dalam
merencanakan semua agenda yang telah ditetapkan. Justeru,
saya berharap dengan situasi yang kian mencabar pada hari ini,
13
tidak akan merencatkan operasi serta memperlahankan
gerak kerja di SWCorp dalam mencapai sasaran di peringkat
organisasi dan Kementerian yang telah pun disusun rapi
sepanjang tahun ini.
8. Saya difahamkan terdapat dua (2) inisiatif utama pada
tahun ini yang perlu dilaksanakan oleh SWCorp sebagai
memenuhi dan mencapai KPI di peringkat Kementerian iaitu
pengurusan sisa pepejal ke arah alam sekitar yang mampan
dan transformasi minda masyarakat ke arah pembudayaan
14
kebersihan persekitaran. Berdasarkan penetapan inisiatif ini,
saya berharap SWCorp dapat melaksanakan tindakan-tindakan
yang strategik melalui program-program yang berimpak tinggi
bagi meningkatkan amalan 3R dalam kalangan masyarakat,
meningkatkan jaringan kerjasama dan kefahaman
masyarakat mengenai pengurusan sisa pepejal, mewujudkan
persekitaran yang menggalakkan amalan kebersihan lestari,
meningkatkan tahap keberkesanan penguatkuasaan dan
penyampaian perkhidmatan yang berkesan dan berkualiti.
15
9. Untuk memastikan kejayaan terhadap pelaksanaan inisiatif-
inisiatif tersebut, budaya kerjasama sepasukan (teamwork)
seharusnya diterapkan di semua lapisan pentadbiran
SWCorp. Memetik kata-kata tokoh terkenal Henry Ford,
”Coming together is a beginning, keeping together is
progress, working together is success”.
Berdasarkan ungkapan ini, ianya memberikan peringatan yang
baik kepada kita tentang pentingnya kolaborasi dan kerjasama
yang erat di antara Kementerian, Jabatan dan semua
pemegang taruh (stakeholders) serta mengikis budaya kerja
secara berasingan.
16
10. Saya juga berharap SWCorp sentiasa mengutamakan
perkhidmatan yang bersih dan berintegriti sepertimana yang
telah ditekankan dalam nilai-nilai ’Cepat, Tepat dan Integriti’
(CTI) perkhidmatan awam. Ingin saya tegaskan di sini bahawa
Kementerian sentiasa memandang serius terhadap segala
teguran dari Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2014 Siri 3 yang
melibatkan SWCorp dalam pengurusan sisa pepejal dan
pembersihan awam. Jadikanlah ini sebagai iktibar yang
mengkehendaki kita memantapkan dan menambah baik
Standard Operating Procedure (SOP) yang berkesan supaya
wujud proses tindakan dan sistem komunikasi, pelaporan,
17
kawalan penguatkuasaan yang lebih cekap, sistematik dan
bersepadu. Dalam hal ini, saya yakin SWCorp kini sedang
mengambil tindakan susulan dengan sewajarnya melalui strategi
dan tindakan penambahbaikan secara berterusan untuk
mengelakkan teguran yang sama di masa hadapan.
Para hadirin yang dihormati sekalian,
11. Kejayaan usaha-usaha untuk mewujudkan persekitaran
hidup yang berkualiti dan mampan selaras dengan wawasan
negara ini terletak di bahu kita semua. ”We must move forward
18
– as ONE, to achieve our goal of vision 2020”. Berdasarkan
amanah dan tanggungjawab yang besar menanti tuan-tuan dan
puan-puan, pada kesempatan ini saya sekali lagi menyeru agar
seluruh warga SWCorp bergerak seiring dengan Kementerian
dan jabatan-jabatan lain di bawah KPKT. Marilah kita bersama-
sama mentransformasikan cara kita bekerja, cara kita berfikir,
cara kita berinteraksi dan cara kita bertindak agar ianya
selari dan bertepatan dengan kehendak dan keadaan
semasa. Kita harus sedar bahawa kita semua mempunyai dan
menggalas tanggungjawab yang berat dalam melaksanakan
19
tugas khususnya dalam memastikan persekitaran hidup yang
berkualiti demi kesejahteraan rakyat dan negara.
PENUTUP
12. Akhir kata, sekali lagi saya mengucapkan syabas dan
setinggi-tinggi tahniah kepada semua penerima Anugerah
Perkhidmatan Cemerlang SWCorp bagi tahun 2015. Saya
berharap agar semua yang diraikan hari ini dapat mengekalkan
rentak kecemerlangan dan komitmen yang tuan-tuan dan puan-
20
puan telah tunjukkan selama ini, dan terus mendokong usaha
Kerajaan ke arah kemakmuran negara serta kesejahteraan
rakyat. Saya juga berharap agar penganugerahan ini dapat
menggalakkan warga SWCorp untuk terus memberikan
sumbangan dan berusaha mempertingkatkan produktiviti dan
mutu kerja yang berkualiti tinggi serta menghasilkan
perkhidmatan yang terbaik. Tidak lupa juga kepada pihak urus
setia majlis yang telah bertungkus-lumus dalam penganjuran
majlis yang gilang-gemilang pada hari ini. Teruskan
kecemerlangan dan bertekadlah untuk menjadi cemerlang
pada masa akan datang.