Download - Teks Ucapan.new Format
Pengenalan
Teks ucapan
Ucapan ialah salah satu komunikasi sehala, iaitu hadirin hanya mendengar
perkara yang disampaikan oleh orang yang berucap. Ucapan biasanya terdapat dalam
majlis-majlis perasmian, perhimpunan, perkahwinan, perpisahan, keraian, ulang tahun
dan sebagainya. Oleh itu, kandungan ucapan adalah berbeza-beza bergantung pada
jenis majlis itu. Sebagai contoh, ucapan dalam majlis perasmian tentulah tidak sama
dengan kandungan ucapan dalam majlis ulang tahun. Demikian juga hadirin yang hadir
mungkin berbeza dari segi latar belakang, umur, status sosial dan sebagainya.
Misalnya, hadirin yang hadir dalam majlis ulang tahun biasanya terdiri daripada rakan
taulan dan saufara-mara yang mempunyai hubungan rapat. Sebaliknya, mereka yang
hadir dalam majlis perasmian bangunan sekolah baharu tentunya terdiri daripada para
guru, ibu, bapa, murid, kumpulan masyarakat setempat dan teramu kenamaan.
Ucapan menggambarkan seseorang yang bercakap tentang sesuatu di hadapan
khalayak. Ucapan merupakan pelahiran idea-idea secara lisan di hadapan hadirin.
Ucapan ini disampaikan dalam upacara tertentu seperti majlis rasmi atau sambutan
istimewa. Lazimnya, ucapan dikemukakan berdasarkan tema dan agenda sesuatu
majlis. Ucapan memerlukan kemahiran dalam aspek-aspek pertuturan dan ekspresi
yang berkesan. Individu yang memberikan ucapan juga hendaklah dapat menguasai
perhatian hadirin supayaa mereka menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap
perkara yang diucapkan.
Definisi Ucapan
Ucapan ialah kata-kata yang mengandungi isi bagi melahirkan berbagai-bagai
harapan dan perasaan kepada khayalak tertentu. Ucapan juga merupakan kegiatan
melafazkan kata-kata kesejahteraan, rasa terima kasih, tahniah, takziah dan
sebagainya. Dalam kehidupan seharian kita, kata-kata sebegini terkandung dalam
berbagai-bagai jenis ucapan seperti ucapan menyambut tetamu, ucapan selamat
datang, ucapan perpisahan, ucapan takziah dan tahniah.
Ucapan dapat diertikan sebagai kata-kata yang dilafazkan, sama ada berbentuk
nasihat, pernyataan atan pemberitahuan secara terbuka kepada sekumpulan khayalak,
Kata-kata tersebut seperti rasa gembira, sedih, simpati dan sebagainya. Sebagai
contoh, rasa gembira dilahirkan kerana semua tetamu dapat hadir bersama-sama
dalam majlis tersebut; ucapan tahniah pula ditujukan kepada tetamu yang diraikan
kerana naik pangkat atau mendapat kejayaan; perasaan sedih pula disediakan kerana
terpisah dengan kawan yang diraihkan.
Jenis Ucapan
Ada ucapan yang berbentuk umum, iaitu yang merupakan komunikasi secara umum
bertujuan untuk menyampaikan maklumat kepada sekumpulan orang. Ucapan jenis ini
lebih merupakan ucapan spontan, iaitu yang dilafazkan di khalayak ramai secara serta-
merta tanpa direncanakan dengan khusus terlebih dahulu. Dalam hal ini, ucapan dapat
dibahagikan kepada dua jenis dengan berdasarkan majlis berlansungnya ucapan
tersebut, iaitu:
Ucapan rasmi
Merupakan penyampaian ucapan dalam majlis formal yang dihadiri oleh tetamu khas
atau orang-orang kenamaan. Orang yang menyampaikan ucapan rasmi ini boleh terdiri
daripada orang kenamaan seperti para menteri, ketua jabatan, raja-raja dan
sebagainya. Ucapan rasmi ialah bentuk komunikasi sehala, iaitu hanya pengucap
sahaja yang akan bertutur pada masa tersebut dan hadirin bertindak sebagai
pendengar. Dalam ucapan rasmi, pengucap perlu membuat persediaan dari segi
bersesuaian dengan konteks dan situasi majlis tersebut. Dalam keadaan tertentu,
pengucap boleh juga hanya membaca teks yang disediakan terlebih dahulu. Dalam
majils formal, teks ucapan yang dirancang akan digunakan sepenuhnya tanpa
mengubah isi yang ditetapkan. Teks ini merupakan skrip ucapan yang disiapkan oleh
mereka yang dipertanggungjawab sebelum majlis bermula.
Ucapan tidak rasmi
Merupakan ucapan yang disampaikan secara bebas tanpa terikat kepada sebarabg
prosedur. Ucapan jenis menggunakan bahasa yang lebih mudah, ringkas dan terus
kepada maksud, misalnya ucapan dalam majlis hari jasi atau ulang tahun perkahwinan,
ucapan hari raya, ucapan meraikan rakan sejawat yang baharu dan sebagainya. Bagi
ucapan yang tidak rasmi yang melibatkan pernyataan perasaan sedih, terharu, simpati
dan ucapan tidak melibatkan pernyataan perasaan sedih, terharu, simpati dan ucapan
takziah, ucapan boleh diselitkan dengan unsur jenaka dan usikan yang menimbulkan
drasa gembira dan gelak ketawa. Ucapan jenis ini juga kadangkala merupakan
komunikasi dua hala, iaitu pendengar boleh menyampuk, bertanya atau membalas apa-
apa yang diujarkan oleh pengucap.
Ciri-ciri ucapan yang baik
Ucapan sering dikaitkan dengan majlis-majlis istimewa seperti mengalu-alukan
seseeorang, keraian dan penganugerahan serta kejayaan dalam sesebuah organisasi
seperti pengendalian mesyuarat dam membentangkan struktur organisasi dan
belanjawan. Ucapan yang berkesan ialah apabila pengucap bersedia menyesuaikan
diri dengan hadirin dan sentiasa berwaspada terhadap paras kefahaman hadirin
tentang mesej atau ucapan yang disampaikannya. Pengucap juga perlu berucap
dengan menggunakan paras sikap yang sama dengan pendengar yang bertujuan
supaya hadirin dapat memahami isi kandungan ucapannya dengan mudah.
Bagi ucapan yang berlaku di tempat awam pula akan melibatkan bilangan
pendengar yang ramai. Interaksi dua hala antara sumber dengan pengucap
merupakan sumber penyampai, manakala pendengar hanya sebagai penerima
maklumat. Walau dalam keadaan apa pun, sesuatu ucapan yang baik itu hendaklah
mempunyai perkara-perkarayang berikut:
Bahasa mudah difahami
Bahasa yang digunakan oleh pengucap hendaklah yang mudah untuk difahami oleh
kumpulan sasaran. Bahasa yang mudah bermaksud bahasa yang tidak berbunga-
bunga, banyak kiasan, mengandungi makna-makna pendengar keliru dan sukar
memahami isi ucapan yang disampaikan. Sebaliknya, bahasa yang digunakan
haruslah berkesan, padat, tegas dan menyakinkan. Bahasa juga hendaklah sesuai
dengan taraf hadirin dan mesej ucapan. Pemilihan kata, struktur ayat, laras bahsa dan
sebagainya harus tepat dan sesuai. Bagi teks ucapan rasmi, gaya bahasa perlu
bersifat formal, serius dan tegas.
Isi yang bermakna
Isi yang bermakna hendaklah sesuai dengan tajuk ucapan dan disesuaikan juga
dengan tahap keupayaan dan penerimaan pendengar. Misalnya, jika pendengar terdiri
daripada kanak-kanak tersebut. Sebaliknya, jika kumpulan pendengar ialah orang
dewasa, maka isi ucapan tentulah lebih padat dan mengambil kira status sosial bagi
kumpulan khalayak tentulah sedemikian. Faktor taraf pendidikan pendengar juga perlu
diberikan pertimbangan dalam menyediakan dan menyampaikan isi kandungan ucapan.
Struktur ucapan
Ucapan yang baik hendaklah disampaikan dengan mengikut struktur ucapan yang
ditetapkan. Setiap ucapan perlu didahului oleh kata alu-aluan bagi menghargai hadirin
yang hadir. Kemudian, diikuti isi kandungan ucapan dengan mendahulukan isi yang
penting daripada isi yang kurang penting. Pada waktu-waktu tertentu, pengucap perlu
menyebut rujukan terhadap hadirin bagi menarik tumpuan mereka. Antara ayat yang
biasa digunakan ialah “Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian”, “Saudara-
saudara sekalian” dan “Rakan-rakan seperjuangan” yang saya dikasihi. Ucapan yang
tidak berstruktur akan menyebabkan pendengar tidak dapat mengikuti isu ucapan
pengucap secara berkesan.
Suara yang jelas
Individu yang diminta untuk memberikan ucapan hendaklah menyampaikan ucapannya
dengan suara jelas dan terang merupakan unsur utama yang mempengaruhi
keberkesanan ucapan dan dapat menarik perhatian pendengar unutk mengekalkan
tumpuan mereka. Pengucap harus mengelakkan penggunaan nada suara yang
mendatar sepanjang ucapanya. Suara yang demikian akan menyebabkan penonton
mudah bosan dan tidak memberikan perhatian sepenuhnya. Sebaliknya, pengucap
perlu menggunakan nada suara yang berbeza-beza dalam keadaan tertentu. Misalnya,
nada suara perlu ditinggikan apabila pengucap hendak memberikan penegasan
terhadap perkara-perkara tertentu dan nada suara yang ceria pula jika menyebut
sesuatu yang menggembirakan.
Cara persembahan
Cara penubuhan merujuk kepada cara pengucap menyampaikan ucapan secara
keseluruhan. Cara persembahan sesuatu ucapan itu hendaklah memperlihatkan
keyakinan dan kesungguhan pengucap itu sendiri. Cara persembahan yang baik dapat
melindungi kekurangan-kekurangan yang tidak disengajakan oleh pengucap.
Sekiranya isi kandungan ucapan bersesuaian dan berkualiti, tetapi cara persembahan
tidak diolah dengan sebaik-baiknya, maka keseluruhan ucapan itu menjadi tidak
berkesan.
Keyakinan diri
Ucapan juga perlu disampaikan dengan penuh keyakinan diri dan tanpa teragak-agak
atau gugup. Pengucap perlu bertenang semasa memulakan ucapannya dan
seterusnya mengekalkan kestabilan emosinya sepanjang sesi ucapannya itu. Keadaan
bertenang itu penting bagi membantu pengucap menyampaikan ucapannya dengan
dengan lebih baik dan hadirin pula akan lebih selesa mendengar jika berucap dengan
tenang. Pengucap juga perlu yakin terhadap diri sendiri, keupayaannya berucap dan
pengetahuan sedia adanya. Di samping itu, pengucap perlu mengelakkan diri daripada
menampilkan suara yang menunjukkan keyakinan diri yang rendah atau nada ragu-ragu
terhadap perkara yang diucapkannya.
Gaya penyampaian
Gaya penyampaian meliputi pengerakan anggota seperti badan, tangan, kepala, mimik
muka, pandangan mata dan senyuman. Gaya penyampaian hendaklah
berkesinambungan dengan isi ucapan, misalnya pengucap hanya mengangkat tangan
dalam keadaan tertentu dan bukannya sepanjang masa. Demikian juga berucap tidak
perlu melemparkan senyuman kepada hadirin sepanjang ucapannya berlangsung.
Pada umumnya, pengerakan tangan, mimik muka dan pandangan mata mempunyai
makna-makna tertentu dan dapat berfungsi bagi membantu pengucap mengukuhkan
dan menegaskan perkara-perkara tertentu dalam ucapannya. Sebaliknya, gaya
penyampaian yang keterlaluan dan pengerakan anggota yang berlebihan tidak perlu
dalam sesuatu ucapan.
Format ucapan
Ucapan merupakan sejenis teks yang berformat. Namun demikian, setakat ini tiada
satu format yang khusus dan seragam bagi penulisan teks ucapan. Oleh itu, format
yang dimaksudkan itu dapatlah dirujuk kepada struktur teks itu sahaja yang terdiri
daripada tiga bahagian, iaitu bahagian permulaan, bahagian isi dan bahagian penutup.
Secara umun, format teks ucapan bagi satu taraf hadirin adalah sama dengan teks
ucapan dua taraf hadirin, melainkan pada aspek protokol dan salutasi bagi hadirin
terdapat sedikit perbezaan, iaitu dengan melihat kehadirin tetamu dalam majlis tersebut.
Anda telah diminta untuk memberi sebuah ucapan pada hari persaraan salah seorang
guru disekolah anda.Sediakan teks ucapan yang lengkap untuk disampaikan pada hari
tersebut
1. Pendahuluan
Kata alu-aluan kepada hadirin yang hadir
Contoh : Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada Yang
saya Hormati Tuan Pengerusi Majlis,Yang Berusaha Tuan Guru Besar,Yang
Berusaha Guru-Guru Penolong Kanan,Yang diraikan……………..guru-guru
serta murid-murid yang dikasihi sekalian.
2. Isi
Ucapan terima kasih kerana telah diberi peluang untuk menyampaikan
ucapan kepada guru yang akan bersara.
Isi-isi ucapan merangkumi :
- Latar belakang guru yang akan bersara.
- Pendidikan serta kursus-kursus yang pernah disertai.
- Pengalaman
- Pencapaian selama menjalankan tanggungjawab sebagai seorang
guru
Kata-kata penghadapan hendaklah disertakan ketika ingin memulakan isi
baru.
Contoh :
– Hadirin yang dihormati
– Sudara-saudari sekalian
3. Penutup
• Akhir sekali saya mendoakan agar Puan Ramlah Bahri sentiasa berjaya dalam
hidupnya dan mendapat keberkatan dalam setiap perkara yang
dilakukannya.Saya akhiri ucapan saya ini dengan dua rangkap pantun ;
Pulau Pandan jauh ke tengah,
Gunung Daik bercabang tiga,
Hancur badan dikandung tanah,
Budi yang baik dikenang juga.
Kalau ada sumur diladang,
Boleh kita menumpang mandi,
Kalau ada umur yang panjang,
Boleh kita berjumpa lagi.
Sekian,terima kasih.
PANGKAT/GELARAN CARA MENGALAMATKAN
Pegawai Tinggi Kerajaan Negeri
• Setiausaha Kerajaan Negeri
• Pegawai Kewangan Negeri
• Penasihat Undang-undang Negeri
Yang Berhormat
Ketua Hakim Negara Yang Amat Arif Tun/Tan Sri/Datuk
Hakim Besar/Hakim Yang Amat Arif Tan Sri/Datuk
Mufti Sahibussamahah Tan Sri /Datuk
Kadi Sahibulfadilah Tuan Kadi
Haji/Hajjah Yang Mulia Tuan Haji/Hajjah
Ustaz/Ustazah Yang Berbahagia
Pengetua/Guru Besar Yang Berusaha
Profesor/Profesor Madya Yang Berbahagia
Protokol Panggilan Hormat
PANGKAT/GELARAN CARA MENGALAMATKAN
Yang di-Pertuan Agong Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka
baginda Yang Dipertuan Agong
Yang Dipertua Negeri Tuan Yang Terutama
Raja Muda/Tengku Mahkota Duli Yang Teramat Mulia
Perdana Menteri Malaysia Yang Amat Berhormat
Timbalan Perdana Menteri Yang Amat Berhormat
Menteri Besar/Ketua Menteri Yang Amat Berhormat
Menteri/Timbalan Menteri Yang Berhormat
Wakil Rakyat/Adun Yang Berhormat
Ahli Dewan Negara/Senator Yang Berhormat Senator
Contoh Teks Ucapan
TEKS UCAPAN PENGACARA MAJLIS MAKAN MALAM MPV 2004.
Mengumumkan ketibaan Timbalan Menteri Pelajaran 1, Kementerian Pelajaran
Malaysia, YB. Dato' Hon Choon Kim berserta rombongan.
Yang Berhormat Timbalan Menteri Pelajaran 1, Kementerian Pelajaran Malaysia,Dato'
Hon Choon Kim,Yang Dihormati Ketua Sektor Pengurusan dan Akademik, Jabatan
Pelajaran Sabah, Puan Hajah Aminah Musaly, Yang Berbahagia Pegawai Pelajaran
Bahagian Sandakan, Dr. Dayu Sansalu, dif-dif kehormat, tuan2 dan puan2 sekalian.
Sirih junjung penyeri majlis,
majlis MPV kita raikan,
selamat datang tamu ke majlis,
majlis makan malam kita sajikan.
Assalamualaikum dan salam sejahtera serta selamat datang ke Majlis Jamuan Jabatan
Pelajaran Sabah.
Hadirin dan hadirat sekalian,
Bersyukur kita ke hadrat Illahi kerana dipertemukan di dalam majlis yang indah ini.
Untuk makluman hadirin sekalian, majlis ini diraikan sempena Pameran MPV Sekolah
Menengah Akademik Zon Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan 2004.
Hadirin sekalian,
majlis dengan ini mempersilakan Yang berbahagia Pegawai Pelajaran ...........untuk
memberi ucapan alu-aluan.majlis dengan ini mempersilakan.
terima kasih.............
Sebelum memulakan majlis makan malam ini, dijemput........untuk membacakan doa
makan.dipersilakan.
Bertamu rai sandakan,
gendang gendut tali kecapi,
sambil menonton kita makan,
pelbagai persembahan akan diserikan.
Sambil menikmati hidangan, beberapa persembahan akan dipertontonkan kepada para
hadirin sebagai hiburan sampingan.dengan ini majlis memulakan persembahan dengan
menjemput.............untuk menyampaikan ...........dipersilakan
hadirin dan hadirat,
majlis ini diteruskan lagi dengan persembahan...................dipersilakan
seterusnya kita nikmati pula persembahan nyanyian daripada..............majlis dengan
sukacitanya mempersilakan.
Para hadirin sekalian,
sebentar tadi kita telah menikmati gemersik suara................, kita serikan lagi majlis ini
dengan persembahan tarian...........
dengan sukacitanya majlis mempersilakan.
Hadirin yang dihormati,
majlis ini diteruskan dengan persembahan..............
terima kasih ...........atas persembahan itu tadi.
para hadirin,
kita hangatkan lagi suasana dengan menjemput..................yang akan
mempersembahkan.............dipersilakan.
Hadirin yang dihormati,
dengan berakhirnya persembahan itu tadi, maka sampai di sinilah sahaja majlis pada
malam ini. kita akan tangguhkan majlis ini dan berharap berjumpa pada masa akan
datang.
kalau ada sumur di ladang,
bolehlah kita menumpang mandi,
kalau ada umur yang panjang,
bolehlah kita berjumpa lagi.
segala kesilapan dan kekurangan daripada pihak penganjur harap dimaafkan. sekian,
wabillahi taufik wal hidayah assalamualaikum w.b.t.
dengan ini diumumkan keberangkatan pulang YB Dato' Hon Choon Kim berserta
rombongan.
.......................................................................
Format Secara ringkas.
1. Mengumumkan ketibaan tetamu kehormat.(hadirin diminta berdiri)
2. Ucapan salam dan selamat datang serta kesyukuran.
3. Pengenalan ringkas majlis yang diadakan.
4. Ucapan alu-aluan daripada tuan rumah.
4.1Perucap alu-aluan
- Mengucapkan Selamat datang
- Menyatakan fungsi dan objektif majlis
- Melaporkan aktiviti
- Mengemukakan Cadangan dan permintaan
- Mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada…….
5.Ucapan terima kasih drpd penganjur(jika perlu)
5.1Perucap terima kasih
- Berterima kasih diberi peluang berucap
- Mengucapkan selamat datang ke majlis
- Melaporkan aktiviti …..
- Mengemukakan cadangan dan permintaan
- Mengucapkan terima kasih kepada tamu kehormat dan AJK …..
6.Ucapan utama daripada tetamu kehormat(jika beliau ingin berucap)
6.1Perucap Utama
- Mengucapkan tahniah kepada pengelola
- Melaporkan informasi terkini…….
- Memberi nasihat
- Menjawab cadangan dan permintaan
- Kata penutup……..
7.Terus kepada agenda utama majlis seperti agenda makan malam atau pun
anugerah.
8.penutup
9.mengumumkan keberangkatan pulang tetamu kehormat(hadirin diminta berdiri)
Semoga ianya dapat membantu sesiapa jua......................